berita spanco...kereta proton perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan...

32
BERITA SPANCO Pembangunan Kemahiran Melalui Program SLDN Kepentingan Penjagaan Suspensi Kereta WWW.PRIHATINSPANCO.COM.MY

Upload: others

Post on 06-Sep-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

BERITA SPANCO

Pembangunan Kemahiran

Melalui Program SLDN

Kepentingan Penjagaan Suspensi KeretaW W W . P R I H A T I N S P A N C O . C O M . M Y

Page 2: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

01JILID

Jan - Mac 2020

BERITA SPANCO

4

2628

24Perspektif

Jom MakanJentera Servis Kami

Kembara

SPANCO Memartabatkan Warisan Sejagat

Juadah Tradisional dan Popular SarawakPembangunan Kemahiran Melalui Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

7 Rumah Inap Menarik di Sarawak

WARISAN16

MEKANIKA18

AUTO & DIGITAL20

RAWAT & REHAT22

JEJAK INSPIRASI10

12

SALAM PRIHATIN3

PILIHAN SERVIS ANDA30

Memartabatkan Warisan Seni Loyang

Jaga Suspensi Kereta Sebelum Terlewat

Keistimewaan Proton X70 -‘Hi Proton’

Langkah-Langkah Melindungi Diri daripada COVID-19

Peristiwa Penting SPANCO

Evolusi Fleet SPANCO: 1994-2019

Komitmen SPANCO Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan

Sarawak, Negeri Sembilan, Perak, Kelantan, Pahang, Pulau Pinang & Perlis

8Hab

SPANCOPortal PRIHATIN

Mendapat Sambutan Pembaca

Page 3: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

3 PRIHATIN / S A L A M P R I H A T I N

Tahun 2019 telah melabuhkan tirai mengakhiri dekad lalu. Ia menyaksikan dedikasi dan kerja keras berpasukan warga SPANCO dalam menggalas tanggungjawab menguruskan fleet Kerajaan Persekutuan yang kini berjumlah hampir 13,000 kenderaan. Segala keringat dan pengorbanan kakitangan di setiap peringkat selama ini seharusnya dihargai dan disanjung tinggi. Kami mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap kepercayaan yang diberikan oleh Kerajaan selama lebih

PENAUNGDato’ Hamzah Mohd Salleh

SIDANG PENGARANGPeter LimShaheeran JalalludinMohd Fairuz SallehNor Azhan Haji AbdulRazi Zainuddin

PENERBITSPANCO Sdn Bhd (172957-U)No. 2, Jalan Perusahaan 2Kawasan Perusahaan Batu Caves68100 Batu Caves.Tel 03-6192 8888Faks 03-6192 8999emel [email protected] Bebas Tol 1-800-88-6999www.spanco.com.my

PENCETAKCFM Printing & StationerySdn Bhd (7533-H)Lot 2, Jalan Usahawan 5P.K.N.S Setapak Industrial AreaOff Jalan Genting Kelang53300 Kuala Lumpur.Tel 03 4023 3611Faks 03 4021 3033 PERUNDING PENERBITANMZR Global Sdn Bhd (1056636-U)

Sila hantar komen, maklum balas dan sumbangan karya anda kepada Sidang Pengarang seperti di alamat penerbit yang tertera di atas. Bahan penulisan hendaklah disertakan sekali dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang Pengarang berhak melakukan penyuntingan sebelum karya diterbitkan.

PORTAL PRIHATINwww.prihatinspanco.com.my

27 tahun. Amanah bagi melaksanakan konsesi membekal dan menyenggara kenderaan dalam tempoh interim ini tidak akan dipersiakan. SPANCO akan terus memperkasakan kemudahan infrastruktur, sistem dan teknologi pengurusan fleet melalui pelaburan berterusan. Matlamat kami adalah untuk terus meningkatkan piawaian dan kualiti perkhidmatan demi kepuasan pelanggan. Keazaman ini sentiasa dipupuk terhadap setiap warga SPANCO melalui latihan dan pembangunan insan yang berterusan. Ia termasuklah komitmen kami dalam

melaksanakan program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) melalui kerjasama dengan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL). Kumpulan kedua seramai 10 orang perantis telah dipilih untuk mengikuti program ini di bawah format ‘Hired and Learn’. Ia adalah sebahagian daripada inisiatif SPANCO dalam melahirkan lebih ramai pekerja berkemahiran dalam sektor automotif. SPANCO juga meneruskan usaha dalam memartabatkan warisan sejagat yang kini semakin dilupakan. Pada tahun ini, kami mengangkat seni loyang untuk diketengahkan. Kehalusan seni loyang juga merupakan satu manifestasi simbolik SPANCO yang mengutamakan kemahiran, ketepatan, perincian dan kehalusan. Oleh itu, kami meneruskan jalinan kerjasama dengan pakar reka alam Melayu, Prof. Dr. Che Husna Azhari dalam menjulang warisan seni loyang ke persada yang lebih tinggi. Akhir kata, semoga tahun 2020 ini bakal membawa harapan baharu demi kemakmuran bersama. SPANCO, Sentiasa Bersama Mu!

KOMITMEN SPANCO MENINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN

DATO’ HAMZAH MOHD SALLEH

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Page 4: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

4 PRIHATIN / P E R S P E K T I F

SPANCO MEMARTABATKAN WARISAN SEJAGAT

Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang unik kerana mempunyai banyak kaum, budaya, bahasa, agama dan adat resam. Kewujudan pelbagai kaum dan budaya sentiasa memberi peluang kepada rakyat untuk mengenali budaya satu sama lain. Seni kraf tangan merupakan keunggulan ciptaan manusia di mana ia mempunyai nilai estetika yang mendalam dan membawa kepentingan kebudayaan sesebuah kaum. Kesenian Melayu seperti seni tari, suara, muzik dan kraf tangan sentiasa dihargai dan diminati oleh masyarakat.

Page 5: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

5 PRIHATIN / P E R S P E K T I F

Ia menjadi tunjang kebudayaan masyarakat sejak turun temurun. Seni kraf tangan seperti songket, tembikar, batik, tembaga dan sebagainya ialah antara kraf tangan kaum Melayu yang diwarisi sejak turun temurun. Aloi yang lebih dikenali sebagai loyang merupakan salah satu seni kraf tangan yang terkenal pada zaman dahulu. Artifak yang berasaskan gabungan logam tembaga dan zink ini adalah salah satu petunjuk yang sangat ampuh dalam mengenali budaya dan nilai hidup di Nusantara.

LOYANG Ramai mengetahui nama saintifik bagi aloi ini ialah loyang namun dalam kalangan masyarakat umum ia lebih dikenali sebagai tembaga. Penghasilan aloi ini mengambil masa disebabkan proses pembuatan mempunyai keperincian tertentu dan produk akhir perlu mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu keras, kuat, tahan kakisan dan mempunyai sifat kekilauan yang cantik. Bagi memastikan semua ciri tersebut dapat dihasilkan, proses untuk membuatnya juga

Loyang menjadi pilihan alternatif disebabkan oleh kilauannya yang menyerupai emas.

memerlukan kesabaran yang tinggi daripada seorang tukang. Pada masa dahulu, loyang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian masyarakat iaitu mereka menggunakannya sebagai matawang, barang perhiasan, alat persenjataan, peralatan kulinari dan perkakasan harian. Ia juga digunakan sebagai barangan yang berkaitan dengan adat istiadat masyarakat. Walaupun emas memainkan peranan penting dalam sejarah sehinggakan Tanah Melayu pernah dikenali sebagai ‘Golden Khersonese’ pada suatu masa dahulu, namun tidak semua mampu memilikinya. Justeru, loyang menjadi pilihan alternatif disebabkan oleh kilauannya yang menyerupai emas.

PROSES MEMBUAT LOYANG Tembaga agak mudah cair pada suhu yang rendah berbanding besi yang mencair pada suhu 1,000 darjah celcius. Bagi menghasilkan loyang yang berkualiti, proses membuatnya diberi perhatian yang mendalam. Oleh itu, proses untuk membuat loyang mengikut gaya tradisional dimulakan dengan acuan lilin dan goresan timbul.

Page 6: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

6 PRIHATIN / P E R S P E K T I F

Tembaga agak mudah cair pada suhu yang rendah berbanding

besi yang mencair pada suhu 1,000 darjah

celcius

Proses pertama dimulakan dengan acuan lilin iaitu pembentukan kayu untuk dijadikan asas acuan dan merangka bentuk serta corak barang yang akan dihasilkan. Seterusnya proses membuat acuan iaitu pembuatan

kelonsong atau bentuk yang diingini akan dihasilkan dengan mencelup acuan ke dalam lilin berulang kali mengikut ketebalan yang dikehendaki. Lilin akan dilarik supaya seimbang, sama rata dan sesuai dengan bentuk luar barangan.

Kemudian lilin yang telah siap dilarik akan ditampalkan dengan tiga lapisan tanah liat halus. Selepas itu, proses menuang dilakukan iaitu mencairkan campuran logam dan dimasukkan ke dalam acuan. Campuran logam akan

Page 7: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

7 PRIHATIN / P E R S P E K T I F

Satu manifestasi simbolik SPANCO

yang mengutamakan kemahiran, ketepatan,

keperincian dan kehalusan.

dipanaskan di dalam bekas yang dipanggil sebagai relau. Api relau digunakan untuk mencairkan lilin di dalam tanah liat halus dan dituang keluar bagi meninggalkan rongga yang membentuk acuan. Ketika acuan dibakar, lilin mencair dan

menyerap ke dalam campuran pembalut tersebut. Ia diikuti dengan cairan tembaga lebur dituangkan ke dalam acuan dan ditinggalkan sehingga sejuk dan membeku supaya dapat dipecahkan tanah liat untuk mengeluarkan

barangan tembaga yang masih mempunyai permukaan yang kasar. Kemudian proses mencuci dilakukan iaitu kerja-kerja mencuci, mengikis dan menggilap. Logam berserta tompok-tompok hitam

berlebihan pada barang akan dikeluarkan dengan mengikis sehingga bersih. Selepas itu, loyang akan digosok dengan menggunakan kertas pasir dan digilap dengan sejenis bahan kimia yang memberikan kemasan yang halus dan berseri. Selepas itu, kemasan dilakukan dengan memeriksa lubang halus supaya tiada kecacatan berlaku. Sekiranya terdapat lubang, ia akan ditampal dengan timah hitam dan diakhiri dengan goresan timbul iaitu pengukiran pada tembaga bagi mencantikkan barang tersebut.

MEMARTABATKAN SENI LOYANG SPANCO meneruskan inisiatif dalam memartabatkan warisan sejagat yang kini semakin dilupakan. Bagi tahun 2020, SPANCO mengangkat seni loyang untuk diketengahkan. Kehalusan seni loyang ini juga merupakan satu manifestasi simbolik SPANCO yang mengutamakan kemahiran, ketepatan, keperincian dan kehalusan.

Oleh itu, SPANCO meneruskan jalinan kerjasama dengan pakar reka Alam Melayu, Prof. Dr. Che. Husna Azhari dalam menjulang warisan seni loyang ke persada yang lebih tinggi. Kalendar Tahun 2020 SPANCO ini memaparkan artifak-artifak terpilih yang dibahagikan kepada 12 kategori aplikasi dan penggunaan. Diharapkan khalayak umum dapat lebih menghargai seni warisan ini dan berbangga dengan khazanah yang dimiliki bangsa.

Page 8: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

8 PRIHATIN / H A B S PA N C O

Oleh yang demikian, pembaharuan terutamanya dari segi digital dilakukan oleh SPANCO berkembang selaras dengan perkembangan teknologi dari semasa ke semasa. Pada Mac tahun lepas, kami telah mengambil langkah berani dengan membangunkan portal rasmi majalah PRIHATIN bagi memudahkan pembaca PRIHATIN untuk mendapatkan akses yang

PORTAL PRIHATIN MENDAPAT SAMBUTAN PEMBACASejak memulakan operasi pada tahun 1994, SPANCO sentiasa memberikan penekanan terhadap inovasi berterusan. Dalam meniti arus kemodenan ini, kemajuan teknologi telah memudahkan akses kepada maklumat.

lebih cepat

di mana-mana sahaja.

Adaptasi media digital ini adalah bagi menjangkau lebih ramai pembaca dan menjadikan bahan bacaan SPANCO sebagai sumber informasi kepada pelanggan. Selama lebih 20 tahun, majalah PRIHATIN menjadi salah satu platform utama SPANCO bagi menyalurkan

Page 9: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

9 PRIHATIN / H A B S PA N C O

maklumat mengenai operasinya dalam menguruskan fleet kenderaan Kerajaan. Sebelum pelancaran portal rasmi, pembaca majalah PRIHATIN hanya boleh memuat turun bahan bacaan dan artikel-artikel lain dalam bentuk PDF daripada laman web korporat SPANCO. Inovasi telah dilakukan dengan melancarkan portal rasmi PRIHATIN bagi meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan maklumat kepada lebih ramai pembaca yang kini lebih cenderung kepada media digital. Ia juga merupakan salah satu langkah penjenamaan SPANCO. Setahun selepas pelancaran rasmi portal, PRIHATIN versi digital ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada para pembaca.

Sokongan daripada anda meningkat hari demi

hari di mana jumlah

pembaca melonjak dengan

ketara. Seksyen gaya hidup iaitu kolum Rawat dan Rehat, Kembara, Jom Makan dan Warisan menjadi bahan bacaan yang diminati oleh para pembaca selain laporan, berita terkini dan tips pemanduan daripada SPANCO. Seiring dengan peningkatan pembaca, kami sentiasa berusaha untuk menjaga kualiti portal dengan menghasilkan teks yang menarik dengan penggunaan grafik dan warna yang lebih kontemporari. Majalah PRIHATIN juga dihasilkan sebagai salah

satu sumber bacaan kepada kalangan pemandu bagi memperoleh panduan dan kesedaran mengenai penjagaan, pemanduan, servis kenderaan dan keselamatan jalan raya. www.prihatinspanco.com.my

Portal PRIHATIN boleh dilayari di

Page 10: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

10 PRIHATIN / J E J A K I N S P I R A S I

Pelancaran Pusat Servis Wilayah baharu di Batu Caves, Selangor.

Sistem pengurusan fleet T9 dilancarkan.

Kelulusan Servis dalam talian dilaksanakan.

• Pelancaran Pusat Servis Wilayah baharu di Bangi, Selangor.

• Pelancaran sistem pengurusan fleet baru (Fleet Management System) FMS.

• Penyerahan kereta Volvo S90 (kenderaan pendahulu) dan Volvo XC90 (kenderaan pengiring) kepada Istana Negara.

• Portal dalam talian PRIHATIN SPANCO dilancarkan.

SPANCO terus komited dalam meningkatkan piawaian dan kualiti perkhidmatan demi kepuasan pelanggan.

Operasi papan pemuka (management dashboard) dilaksanakan.

SPANCO menerima anugerah BrandLaureate untuk penjenamaan syarikat korporat terbaik dalam pengurusan fleet.

Bermula dengan 2,200 kenderaan pada tahun 1994, fleet yang diuruskan oleh SPANCO ketika ini telah mencecah hampir 13,000 kenderaan. Sepanjang tempoh itu, pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi. Namun, ia terus menguatkan keazaman SPANCO untuk terus meningkatkan kecekapan dan keupayaan kami. Berikut adalah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sejak SPANCO memulakan operasi.

PERISTIWA PENTING SPANCO

508958908702

9737

12,800

91539559

unitfleet

unitfleet

unitfleet

unitfleet

unitfleet

unitfleet

unitfleet

2009

200520072008

2011 2012

2019

10

Page 11: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

11 PRIHATIN / J E J A K I N S P I R A S I

SPANCO memulakan operasi membekal dan menyenggara kenderaan Saloon Kerajaan Persekutuan.

• Pusat Servis Wilayah di Puchong, Selangor telah dibuka.

• Sijil ISO 9002:1994 dianugerahkan kepada SPANCO Services Sdn. Bhd.

Perjanjian Tambahan Konsesi dimeterai di Putrajaya.

SPANCO memperoleh kontrak untuk membekalkan dan menguruskan 1,200 kereta peronda baharu (Mobile Patrol Vehicles) untuk Polis Diraja Malaysia.

• Pelancaran Aplikasi Mobil SPANCO, Job Status Screen dan Service Status Board.

• Kereta baharu Proton Perdana 2.0L diperkenalkan untuk menggantikan Proton Perdana 2.0.

• Penyerahan 4 buah kereta Proton Preve sebagai Lead Car kepada Jabatan Penjara Malaysia.

• Memperluaskan Sistem Temu Janji Servis (Service Appointment System) kepada seluruh Pusat Servis diiktiraf (PSD)

• Portal fleet berwajah baharu dari segi reka bentuk, informasi dan pemberitahuan segera (push notification).

• Pelaksanaan Skim Perantisan SPANCO di bawah program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia.

Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor.

Sijil kualiti ISO dinaik taraf kepada ISO 9001:2000

Sistem MIMS Open Enterprise (SIKOM) dilaksanakan.

2264 3922

4951

11,092 11,808

12,33012,400

10,227

4750 4540

3912unitfleet

unitfleet

unitfleet

unitfleet

unitfleet

unitfleet

unitfleet

unitfleet

unitfleet

unitfleet

unitfleet

1994 1996 1999

2004

2014 2015 2016

20172018

20002003

11

Page 12: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

12 PRIHATIN / J E J A K I N S P I R A S I

EVOLUSI FLEET SPANCO : 1994-2019

1995

1996

• Volvo 940• Mercedes Benz E200• Mercedes Benz E230• Proton Wira 1.5• Proton Iswara 1.3

Proton Perdana 2.0

12

1994• Volvo 240• Mercedes Benz 200E• Mercedes Benz 200E• Mercedes Benz S320

Page 13: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

13 PRIHATIN / J E J A K I N S P I R A S I

1997-1998• Proton Perdana Executive 2.0• Proton Perdana Standard 2.0• Proton Waja 1.6• Proton Waja Chancellor 1.6

Proton Perdana Executive 2.0

13

1999-2001Proton Perdana Executive 2.0

2001-2003Proton Waja 1.6

2004-2005

Page 14: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

14 PRIHATIN / J E J A K I N S P I R A S I

2006-2007

2008-2010

2011-2013

2014

Proton Waja Chancellor 1.6

• Proton Persona 1.6• Proton Saga 1.3

• Proton Inspira 2.0• Proton Preve 1.6

• Proton Perdana 2.0 Standard• MPV Waja 1.6

Page 15: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

15 PRIHATIN / J E J A K I N S P I R A S I

2015

2016

2017-2018

2019

• Proton Perdana 2.4 Premium• MPV Inspira 2.0• MPV Preve 1.6

Proton Perdana 2.0 L

• Volkswagen Passat 2.0• Proton Perdana 2.4 L

• Volvo XC90 T5• Proton X70• Volvo S90 2.0 T5• Proton Persona 1.6

Page 16: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

16 PRIHATIN / W A R I S A N

MEMARTABATKANWarisan seni loyangSPANCO telah meneruskan jalinan kerjasama dengan pakar reka Alam Melayu, Prof. Dr. Che Husna Azhari dalam menjulang warisan seni loyang ke persada yang lebih tinggi. Seni loyang merupakan warisan turun temurun kita yang perlu dimartabatkan supaya generasi masa depan tidak akan melupakan khazanah ini. Sepanjang tahun 2020, PRIHATIN akan memaparkan artifak-artifak loyang terpilih yang dibahagikan kepada 12 kategori aplikasi dan penggunaan. Keluaran kali ini mengetengahkan kebak laksa, ketur dan kendi basuh tangan, serta set anak kangsa.

1) KEBAK LAKSA - PERKAKASAN KULINARI Kebak laksa merupakan salah satu alat tradisional yang terkenal pada tahun 50an dalam kalangan masyarakat sebagai alat memasak. Ia diperbuat daripada tembaga dengan teknik-teknik terperinci. Alat ini adalah acuan bagi menghasilkan sejenis makanan tradisi terkenal di Malaysia iaitu laksa. Terdapat dua bahagian daripada kebak laksa di mana satu ialah badannya yang berbentuk silinder, pemampat doh yang mempunyai skru yang boleh diputar dan dilaras. Seterusnya bahagian atas kebak perlu diputar untuk menghasilkan tekanan supaya ia dapat membentuk urat laksa melalui lubang kecil. Urat laksa ditadah masuk ke dalam belanga air mendidih dan dimasak. Antara komponen yang terdapat dalam

kebak laksa ialah kebak (silinder), alang, ala, pemekup dan cermin.

2) KETUR DAN KENDI BASUH TANGAN - ESTETIKA HIDANGAN Ketur dan kendi basuh tangan berfungsi sebagai alat perkakasan untuk membasuh tangan di sisi tempat makan. Ia

KEBAK LAKSA

Page 17: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

17 PRIHATIN / W A R I S A N

ASAL

USU

L LOY

ANG

berbentuk seperti labu di mana bahagian atas atau mulutnya agak lebar, bahagian tengah berkeluk-keluk atau bulat dan berpundi di bahagian perutnya. Diperbuat daripada ayan iaitu zink atau timah sari, kendi digunakan sebagai alat untuk menyimpan air bagi tujuan

minum, membasuh tangan dan sebagainya.

3) SET ANAK KANGSA - AKSESORI PERKAHWINAN Anak kangsa secara tradisi merupakan bekas yang digunakan untuk menyaji makanan atau buah-buahan. Ia boleh disusun secara bertingkat terutamanya apabila menghidangkan kuih-muih atau manisan. Perkakas ini juga turut digunakan secara meluas sebagai bekas hantaran dalam majlis seperti majlis persandingan, meminang dan pertunangan. Set anak kangsa dibuat dalam pelbagai saiz dan bentuk.

Bahan logam terkenal sejak zaman prasejarah dan tembaga merupakan logam terawal digunakan oleh manusia. Berdasarkan kajian, peralatan berasaskan tembaga telah dibawa masuk oleh masyarakat Funan semasa proses penghijrahan mereka pada zaman Dong Sun. Negeri Terengganu terkenal dengan hasil seni loyang dan sehingga kini ia diwarisi oleh anak-anak muda. Penemuan gong tembaga di negeri Terengganu menjadi bukti pertama kewujudan tembaga dan kemudian ia berkembang sehingga masyarakat mula belajar karya seni loyang sehingga kini. Penghasilan kraf tembaga dengan reka bentuk kreatif yang mempunyai motif dan corak adalah bagi menggambarkan keharmonian dan tatatertib dalam sesebuah peradaban.

Ia terdiri daripada tiga jenis campuran tembaga yang terdiri daripada tembaga putih, zink dan kuning di mana ia dipanaskan dalam relau pada suhu tertentu. Sebelum dipanaskan dalam relau, secara tradisinya proses membuat tembaga bermula dengan menggabungkan acuan tanah liat dan lilin. Kebanyakan proses untuk menghasilkan tembaga masih menggunakan tangan dengan kaedah campuran tembaga bersama aloi tertentu. Beberapa alat digunakan dalam pembuatan tembaga iaitu gunting, pemukul kayu, alat pengukir, penggilap dan cat gelap. Kemudian proses pembentukan tembaga selepas kering dilakukan dengan reka corak, menekap atas kertas lukisan, memahat, menukul dan mengecat gelap pada seluruh permukaan.

Set anak kangsa

KETUR DAN KENDI BASUH TANGAN

Page 18: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

18 PRIHATIN / M E K A N I K A

Antara tujuan utama suspensi kereta ialah ia membantu pengendalian dan pemberhentian kereta sebagai satu sistem keselamatan dan memberi keselesaan kepada pemandu. Ia juga mengekalkan kedudukan roda, memberikan penumpang keselesaan daripada bunyi bising jalan, bonggol dan getaran. Selain itu, suspensi kereta yang baik turut memberi keselesaan ketika memandu di mana ia memudahkan pengendalian bagi kawalan stereng lebih stabil. Bagi mengekalkan prestasi

Kita sering memandu kereta tanpa memberi perhatian terperinci kepada kenderaan atas sebab-sebab tertentu. Setiap bahagian kereta mempunyai fungsi sendiri yang memainkan peranan untuk menggerakkan kenderaan. Salah satu bahagian kereta yang ingin disentuh kali ini ialah sistem gantungan atau suspensi kereta. Ia merupakan sistem spring, sistem tayar, penyerap hentakan dan sambungan mekanikal yang menghubungkan kenderaan dengan rodanya serta membenarkan pergerakan selesa.

suspensi kereta, beberapa aspek penjagaan perlu dititikberatkan supaya ia berfungsi dengan baik untuk jangka masa panjang.

PEMERIKSAAN TAYAR Salah satu komponen suspensi kereta yang perlu diberi perhatian dan pengawasan secara kerap ialah tayar kereta. Segelintir daripada kita tidak menganggap tayar sebahagian daripada suspensi kereta yang secara relatifnya merupakan komponen paling penting dalam kenderaan. Ia memberikan daya tarikan untuk

KEPENTINGAN PENJAGAAN SUSPENSI KERETA

Page 19: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

19 PRIHATIN / M E K A N I K A

pecutan, menyerap hentakan dan gegaran antara roda dan permukaan jalan. Oleh itu, sentiasa periksa keadaan tayar dari segi tekanan angin dan penyelenggaraan biasa iaitu membuat imbangan dan jajaran roda. Tekanan angin yang cukup pada keempat-empat tayar akan menyebabkan ia bertahan lama berbanding tayar yang mempunyai tekanan angin kurang atau terlebih.

PENJAJARAN RODA Bagi memberi kawalan yang maksimum dan membenarkan semua roda berpusing dengan

betul dan sempurna ketika memandu, ia perlu berada dalam keadaan yang baik. Suspensi kereta boleh rosak jika berlaku pelanggaran pada objek atau lubang di atas jalan secara kerap. Walaupun tidak dapat mengelakkan berlakunya keadaan ini, kita perlu sentiasa berwaspada ketika memandu demi menjaga sistem gantungan kereta supaya ia berada dalam keadaan baik serta berupaya mengekalkan jangka hayatnya. Sekiranya pergerakan tayar kereta anda tidak betul, maka penjajaran roda perlu dilakukan termasuk dengan mengetatkan

komponen suspensi depan dan belakang kereta.

MINYAK STERENG Sekiranya anda menggunakan stereng kuasa hidraulik, jangan lupa untuk periksa minyak stereng secara berkala. Ia adalah bagus untuk memerhati tahap cecair dan kekuatan tali pada setiap penukaran minyak atau setiap 50,000 km. Tali yang tergelincir atau paras cecair yang rendah boleh merosakkan komponen stereng dan ia boleh mengakibatkan kereta anda tidak selamat untuk dipandu.

Selain itu, digalakkan untuk menukar minyak stereng pada setiap perjalanan 30,000 km atau lebih. Pemandu kereta jangan lupa untuk sentiasa mengawasi perjalanan kereta anda.

PENYERAP HENTAKAN Penyerap hentakan atau shock absorber mempunyai fungsi untuk membantu mengawal pergerakan spring dan suspensi kenderaan bagi meminimumkan gegaran dan lantunan. Pemeriksaan keadaan penyerap hentakan setiap 3 tahun atau 36,000 km – bergantung kepada jenis kereta, adalah digalakkan bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik. Sentiasa pastikan tiada kebocoran minyak pada penyerap hentakan kerana ia memerlukan gantian atau boleh menyumbang kepada kerosakan komponen suspensi lain.

PERIKSA PERGERAKAN KERETA Bagi memeriksa suspensi kereta berada dalam keadaan baik, pemeriksaan pergerakan kereta perlu dilakukan sebagai langkah manual untuk mengetahui masalah kereta. Pandu kereta anda dengan menurunkan tingkap dan tanpa memasang radio bagi mengesan sebarang bunyi dari kawasan roda apabila anda melepasi bonggol. Sekiranya anda mendengar bunyi yang mencekik apabila kereta anda melantun maka penyerap kejutan mungkin mempunyai masalah. Selain itu, jika kereta anda sering ke tepi walaupun anda memandu secara lurus, maka tayar kereta anda mengalami masalah. Dengan ini, pengesanan awal boleh dilakukan serta mampu mengelakkan berlakunya kerosakan yang lebih serius.

Page 20: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

20 PRIHATIN / A U T O & D I G I T A L

Kereta Proton X70 merupakan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama dikeluarkan oleh PROTON yang menjadi pencetus perubahan dalam dunia automotif negara. Sejak diperkenalkan ke pasaran tempatan, ia telah menarik perhatian masyarakat dan menjadi buah mulut ramai. Bukan sekadar kereta yang mempunyai arahan suara, malah ia mempunyai reka bentuk yang canggih, kabin yang lapang dan selesa. Enjin 1.8 liter Turbo Gasoline Direct Injection (TGDI) yang menghasilkan kuasa 181 hp dan tork 285Nm pada 1,500 rpm terdapat dalam kereta Proton X70 dengan harga yang kompetitif bersama pakej yang menarik juga adalah antara kehebatan kereta baru ini. Dengan ini, berikut adalah beberapa ciri lain yang terdapat dalam kereta X70.

SISTEM MAKLUMAT KOKPIT BERSEPADU (GKUI) Selain mempunyai perincian varian seperti material kerusi, warna, aksesori, 6 slot USB dan beberapa ciri keselamatan yang lain, Proton X70 mendapat perhatian tinggi bagi sistem baru yang diperkenalkan oleh mereka. Pihak syarikat Proton bersama syarikat China -Zhejiang Geely Holding Group (Geely) telah bekerjasama memperkenalkan Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu yang juga dikenali sebagai GKUI. Ia merupakan satu sistem yang menawarkan pelbagai fungsi kepada pengguna melalui aplikasi serta mereka dapat kekal berhubung dengan kereta melalui telefon pintar yang beroperasi dalam OS Android.

KEISTIMEWAAN PROTON X70 -‘HI PROTON’

Page 21: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

21 PRIHATIN / A U T O & D I G I T A L

Dengan adanya kad eSIM, sistem infotainmen GKUI mempunyai lima aplikasi yang menawarkan perkhidmatan utama seperti radio atas talian, muzik atas talian, navigasi, ramalan cuaca dan pengecaman suara. Terdapat skrin sentuh yang bersaiz 8 inci dengan paparan warna penuh 1280 x 720 serta dilengkapi ruang memori dalaman sebanyak 16GB yang menjadi akses kepada aplikasi dan fungsi-fungsi lain. Sistem ini mempunyai sambungan Wi-Fi dalam kereta X70 yang memudahkan penumpang bagi menggunakan hotspot mudah alih.

APLIKASI PROTON LINK Selain itu, melalui penggunaan aplikasi Proton

Link, pengguna X70 dapat mengawasi kedudukan kereta mereka. Bagi proses ini, pengguna dikehendaki memadankan keretanya dengan aplikasi alat mudah alih

• Enam beg udara SRS• Sistem Brek Anti-Kunci

(ABS)• Pengagihan Brek Elektronik

(EBD)• Bantuan Brek (BA)• Kawalan Menuruni Bukit

(HDC)• Lampu Isyarat Berhenti

Kecemasan (ESS)• Sistem Kawalan

Cengkaman (TCS)• Amaran Pelepasan Laluan

(LDW)

menerusi Proton Link dengan menggunakan identiti peribadi yang dikhaskan untuk setiap pemilik. Aplikasi ini juga dapat membantu pemilik kereta untuk mendapatkan maklumat mengenai jarak perjalanan, penggunaan bahan api, maklumat servis berkala, baki petrol, purata halaju semasa, tekanan minyak pelincir, baki data Internet semasa dan tempoh perjalanan kereta. Lebih menarik dalam penggunaan aplikasi ini ialah, pengguna dapat mencari kereta jika ia hilang atau anda lupa di mana tempat parkirnya melalui fungsi ‘cari kereta saya’. Senang bukan?

SISTEM KAWALAN SUARA ‘HI PROTON’ Dengan wujudnya teknologi perisian pengecaman suara, kita dapat memberi arahan secara lisan kepada sistem kereta X70. GKUI juga telah memudahkan proses ini dengan sistem yang mampu mengesan suara orang. Konsep ‘Hi Proton’ membolehkan anda berhubung dengan sistem kereta di mana ia menolong anda mengendalikan tingkap kereta dan penyaman udara, memainkan lagu, menghubungi orang, meramal cuaca, navigasi dan sebagainya.

KEMUDAHAN KESELAMATAN

Akses kepada sistem ini diberikan kepada pemilik kenderaan dengan menyebut ‘Hi Proton’ yang memberi pelbagai pilihan yang boleh dikawal melalui arahan lisan sahaja.

Page 22: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

22 PRIHATIN / R A W A T & R E H A T

Wabak novel coronavirus (COVID-19) yang bermula di Wuhan, China telah menjadi isu hangat dalam kalangan masyarakat seluruh dunia sejak awal tahun ini. Wabak COVID-19 ialah sejenis virus yang disebarkan oleh haiwan kepada manusia dengan menyebabkan penyakit selesema, demam sehingga kepada penyakit lebih kronik seperti SARS dan MERS. Bagi mencegah penyakit ini terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh anda.

LANGKAH-LANGKAH MELINDUNGI DIRI DARIPADA COVID-19

MENCUCI TANGAN“Mencegah lebih baik daripada mengubati”, dengan ini antara langkah pencegahan penyakit ini ialah kerap mencuci tangan untuk melindungi diri daripada penyebaran bakteria dan kuman. Mencuci tangan selama 20 saat dengan air dan sabun amat digalakkan sebelum makan, selepas menggunakan tandas dan selepas bersin dan batuk. Selain itu, produk yang berasaskan alkohol seperti bahan pencuci tangan (hand sanitizer) juga boleh digunakan apabila tiada air dan sabun bagi memastikan tiada jangkitan. Ia dapat digunakan dengan mudah ketika berada di tempat awam seperti dalam bas, kedai makan, lif dan tempat-tempat lain yang terdapat orang ramai.

PENUTUP MULUT DAN HIDUNGSentiasa memakai penutup mulut dan hidung ketika berada di kawasan tumpuan orang ramai seperti pusat beli-belah, tempat kerja dan bandar bagi mengelakkan jangkitan virus daripada orang yang kurang sihat. Bagi individu yang kurang sihat, digalakkan duduk di rumah atau memakai penutup mulut dan hidung bagi melindungi diri dan orang lain. Penutup mulut dan hidung jenis N95 disyorkan oleh para doktor tetapi ketika berada di situasi kecemasan topeng muka jenis kain dan pembedahan tiga lapisan turut boleh digunakan bagi melindungi diri.

Page 23: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

23 PRIHATIN / R A W A T & R E H A T

TINGKATKAN IMUNITISistem imuniti adalah salah satu sistem badan yang melindungi tubuh badan kita daripada serangan penyakit yang berpunca daripada jangkitan kuman dan bakteria. Bagi mencegah diri daripada COVID-19, kita perlu menguatkan sistem imuniti badan supaya ia dapat melawan serangan mikroorganisma. Menambah jumlah makanan sihat dalam menu seharian seperti vitamin C (dos antara 1g ke 2g), buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu meningkatkan sistem imuniti.

DAPATKAN RAWATANSegera dapatkan rawatan di klinik terdekat sekiranya anda jatuh sakit iaitu mengalami jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk dan selesema lebih daripada 14 hari. Selain itu, memaklumkan sejarah perjalanan kepada doktor yang merawat adalah penting untuk mereka mengenal pasti punca masalah kesihatan anda.

*Rujukan – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan World Health Organization (WHO)

ELAKKAN SENTUHANElakkan menyentuh bahagian muka seperti mulut, hidung, mata, dahi dan pipi di mana kita kerap melakukannya tanpa disedari. Pelbagai jenis mikroorganisma terdapat pada permukaan tangan yang menjadi salah satu punca penyakit. Penyentuhan muka secara kerap mempunyai kecenderungan virus merebak dengan cepat tanpa disedari akibat daripada menyentuh permukaan atau peralatan yang tercemar dengan bersin dan batuk orang sakit. Bagi mengelakkan penyebaran virus kepada diri, kita haruslah mengelak daripada menyentuh muka.

Penggunaan topeng muka yang betul adalah bahagian berwarna perlu berada di bahagian luar dan putih di dalam.

TAHUKAHANDA?

Page 24: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

24 PRIHATIN / K E M B A R A

7 RUMAH INAP MENARIK DI SARAWAKSarawak adalah negeri yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, kebudayaan dan tradisi yang sesuai untuk menjadikan ia sebagai tempat percutian bersama rakan dan keluarga. Kewujudan rumah inap memberi peluang kepada pelancong untuk menikmati dan meneroka tradisi serta budaya yang terdapat di sesebuah tempat terutamanya di kawasan luar bandar. Disebabkan populariti Sarawak sebagai destinasi pelancongan yang ideal, kami menyenaraikan beberapa rumah inap yang memberi keselesaan kepada anda dengan menawarkan harga yang berpatutan.

3) Rumah Inap Wilson BanaRumah semi moden Wilson Bana menawarkan 6 bilik dengan memartabatkan warisan budaya mereka. Terdapat banyak aktiviti yang anda boleh lakukan iaitu bersiar-siar pada waktu malam, mempelajari seni tenunan songket, tarian Ngajat, jungle trekking, demonstrasi memasak nasi dan ayam dengan kayu buluh dan sebagainya. Semua kemudahan am juga disediakan oleh tuan rumah dengan harga bermula daripada RM30 bagi setiap malam.

1) Rumah Inap Patrick LibauAnda kaki jungle trekking? Maka, rumah inap ini sangat sesuai untuk melakukan aktiviti kegemaran anda. Terletak berhampiran Gua Niah, memberi peluang untuk meneroka gua tertua serta melakukan aktiviti kebudayaan seperti ritual miring, tarian kaum Iban dan masakan tradisional yang disediakan oleh tuan rumah. Sebanyak 25 buah bilik di rumah panjang ini mampu menampung orang ramai dan sesuai untuk bonding time. Harga bermula daripada RM50 setiap malam.

2) Rumah Inap Yudan Terletak kira-kira 7 kilometer dari lapangan terbang Ba’kelalan, rumah inap Yudan merupakan salah satu rumah inap yang terletak di kawasan tanah tinggi. Rumah papan biru muda, mempunyai 4 bilik yang luas dan dilengkapi dengan semua kemudahan am. Pemandangan yang menyejukkan mata di samping membaca buku, bermandi-manda di air terjun dan melawat tempat bersejarah adalah antara aktiviti menarik di sini. Harga bermula daripada RM76 bagi setiap malam.

@homestaywilsonbanapoai

@homestaypatricklibau

@homestayborneo

Page 25: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

25

Rumah inap dan rumah tetamu adalah dua jenis penginapan yang berbeza. Rumah inap ialah sejenis penginapan di mana anda tinggal bersama tuan rumah dan mengenali budaya tempatan mereka manakala rumah tetamu menyediakan rumah dengan kelengkapan am untuk mengadakan aktiviti secara beramai-ramai seperti majlis perkahwinan, hari keluarga, hari interaksi dan lain-lain tanpa tuan rumah.

PRIHATIN / K E M B A R A

5) Rumah Inap TaraweRumah Inap Tarawe di Bario terletak pada ketinggian 100 meter dari paras laut. Mendaki di kawasan sekitar dan melakukan aktiviti lain seperti memancing, berbasikal, berkayak, bersiar-siar di waktu malam dan melawat muzium merupakan kegemaran pelancong. Ia mempunyai 6 bilik dengan harga bermula daripada RM50.

7) Rumah Inap GiamMakan sambil menikmati pemandangan yang indah adalah impian semua orang. Rumah Inap Giam yang terletak 40 kilometer dari Kuching mempunyai sungai Sarawak di belakang rumah yang memberi pemandangan menarik. Tarian dan makanan tradisional tuan rumah adalah aktiviti yang disediakan oleh mereka dengan menawarkan 3 bilik bersama kemudahan seperti televisyen, penghawa dingin, peralatan memasak dan lain-lain. Harga bermula daripada RM200 bagi setiap orang.

4) Penawan Waterfalls Eco ParkKeunikan Rumah Inap Penawan Waterfalls Eco Park ini memang menjadi buah mulut pelancong. Persekitaran yang dikelilingi oleh alam semula jadi khususnya air terjun menjadi tarikan utama pengunjung. Wildlife trekking dan berkelah adalah antara aktiviti yang boleh anda lakukan di samping menikmati makanan istimewa seperti ikan tahai dan nasi bakelalan bersama keluarga. Rumah Penawan mempunyai 6 bilik dengan kos setiap malam bermula daripada RM150.

6) Rumah Inap RichardMerancang hari keluarga tetapi sukar mencari penginapan yang sesuai? Jangan risau, Rumah Inap Richard mampu meringankan beban anda dengan menawarkan 20 buah bilik yang selesa untuk anda. Taman rekreasi, air terjun, sungai, tempat memasak dan aktiviti kebudayaan lain dapat anda nikmati sepanjang penginapan anda. Tunggu apa lagi, cepat tempah sebelum terlewat. Harga bermula daripada RM50 bagi setiap malam.

@tarawehomestay

@giamhomestay

@penawanwaterfall

+6013 823 1426

TAHUKAHANDA?

Page 26: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

26 PRIHATIN / J O M M A K A N

Negeri Sarawak bukan sahaja terkenal dengan adat dan budaya, malah makanan mereka juga unik dan cukup lazat untuk membuatkan anda cepat terliur. Sekiranya anda berpeluang menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang, jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan unik mereka.

JUADAH TRADISIONAL DAN POPULAR SARAWAK

2) Mi KolokMi kolok asalnya diperkenalkan oleh kaum Cina Sarawak yang kini terkenal di seluruh Sarawak kerana kelazatan dan kesesuaian untuk dimakan pada bila-bila masa. Mi seakan maggi ataupun mi sanggul dihidangkan dengan sup dan kicap serta hirisan daging atau ayam.

1) Laksa SarawakMakanan paling popular di negeri ini ialah Laksa Sarawak di mana sambalnya terkenal dengan penggunaan ramuan tradisional bersama kuah yang dicampur dengan santan. Bihun menjadi bahan asas yang dihidangkan sekali bersama limau nipis, hirisan telur dadar, sambal pedas, hirisan ayam dan udang.

3) UmaiMakanan tradisional kaum Melanau yang mempunyai rasa masam, manis dan pedas sangat menyelerakan untuk dimakan bersama nasi. Bahan utama yang digunakan ialah ikan atau udang mentah diperap bersama jus limau nipis, bawang, cuka, garam dan cili.

Page 27: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

27 PRIHATIN / J O M M A K A N

6) Manok PansohSejenis makanan di mana ayam dimasak dalam buluh bersama ramuan khas. Makanan tradisional masyarakat Iban mendapat perhatian orang ramai kerana proses memasak sama seperti lemang. Ia enak dimakan waktu tengahari bersama nasi.

7) LinutLinut atau dikenali sebagai ambuyat ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung sagu dan dimakan bersama sambal belacan. Tekstur linut agak likat kerana penggunaan sagu sebagai bahan utama tetapi jangan risau untuk menikmatinya, kerana ia dijamin sedap.

8) LemantakSejenis makanan yang dihormati oleh masyarakat Sarawak kerana menjadi penyelamat mereka ketika penjajahan Jepun. Ia juga dikenali sebagai tumpik dan dimasak menggunakan tepung sagu yang dicampur dengan kelapa parut dan dicicah bersama gula apong.

9) Nasi Goreng DabaiNama yang unik ini pasti membuatkan anda berfikir apakah ini? Dabai ialah sejenis buah paling sedap dan hanya didapati di Sarawak secara bermusim. Nasi Goreng Dabai mempunyai rasa lemak sama seperti buah zaitun tetapi ia lebih lazat dimakan dengan pes dabai yang diawet.

5) Kek Lapis Kek Lapis Sarawak mempunyai keunikan sendiri dengan pelbagai corak, warna menarik dan rasa yang begitu mempesonakan. Tekstur kek yang lembab dengan nama unik seperti Kek Belacan, Lingkaran Buluh, Panah Asmara dan lain-lain sentiasa mendapat sambutan masyarakat. Tidak hairan harga kek lapis agak mahal kerana proses memasaknya memakan masa yang lama.

4) Aiskrim Gula ApongGula Apong berbeza dengan Gula Melaka kerana ia diperbuat daripada nira nipah. Penggemar pencuci mulut jangan lepaskan peluang untuk makan aiskrim gula apong yang mempunyai tekstur lembut dan enak dimakan bersama salutan Oreo, kacang, Nestum dan lain-lain.

Page 28: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

28

Bagi menyokong inisiatif ini, SPANCO secara rasmi telah diiktiraf sebagai Pusat SLDN pada tahun 2017. Pada tahun yang sama juga SPANCO telah menaja 10 perantis dari seluruh Semenanjung Malaysia, terdiri daripada mereka

PRIHATIN / J E N T E R A S E R V I S K A M I

PEMBANGUNAN KEMAHIRAN MELALUI PROGRAM SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN)

Pendekatan SLDN dapat meningkatkan pengeluaran tenaga mahir yang memenuhi kehendak semasa industri. Sistem latihan ini juga memberi pendedahan kepada perantis situasi kerja yang sebenar.

“Dual” bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu di:

Tempat kerja sebenar yang merangkumi 70% latihan amali (praktikal)

Pusat latihan yang merangkumi 30% pembelajaran teori (pengetahuan)

+1 2Sistem Latihan Dual Nasional

atau SLDN merupakan inisiatif Kerajaan yang mula dilaksanakan pada 19 Mei 2004.

Page 29: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

29

yang berada dalam kumpulan pendapatan isi rumah B40. Kesemua perantis kini telah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang Automotif Servis Selepas Jualan dengan kerjasama Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) sebagai rakan strategik (institusi) dan sehingga hari ini kesemua 10 perantis telah menjadi juruteknik sepenuh masa di SPANCO. Bagi meneruskan komitmen SPANCO terhadap program ini, SPANCO sekali lagi menawarkan tempat yang sama kepada 10 perantis baru pada tahun 2020. Menurut Encik Zulfika Hamidon, Ketua Bahagian Sumber Manusia

dan Pentadbiran SPANCO, kumpulan kedua program SLDN ini mengaplikasikan

format “Hired and Learn”, yang mana perantis

telah ditawarkan kontrak

pekerjaan bersama SPANCO dengan gaji minimum

serta faedah-

faedah lain. Pada masa yang

sama, perantis akan menjalani kursus

SKM Tahap 3 - Automotif Servis Selepas Jualan selama lapan bulan. Beliau juga menyatakan bahawa bagi memastikan kualiti dan kejayaan program SLDN kedua ini, SPANCO telah bekerjasama dengan Pusat Giat MARA bagi mendapatkan 10 pelajar terbaik mereka dalam bidang Automotif Servis Selepas Jualan (SKM) Tahap 2,

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) sebagai rakan strategik institusi dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad atau “HDRF” sebagai penaja penuh pembelajaran perantis melalui “Strategic Initiatives Fund” mereka. Kesemua 10 perantis telah mula berkhidmat di SPANCO sebagai juruteknik pada bulan Februari 2020 dan akan memulakan kursus Automotif Servis Selepas Jualan (SKM)

PRIHATIN / J E N T E R A S E R V I S K A M I

Zulfika Hamidon, Ketua Bahagian Sumber Manusia

Tahap 3 di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) pada bulan Mac 2020 sehingga bulan Oktober 2020 sambil bekerja. Menurut Encik Zulfika lagi, SPANCO akan terus komited untuk melahirkan pekerja berkemahiran (K-Workers) bagi menyokong visi Kerajaan ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Page 30: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

30 PRIHATIN / P I L I H A N S E R V I S A N D A

SARAWAK

SARAWAK

SARAWAK

05

05

05

04

06

06

JURUTEKNIK

JURUTEKNIK

JURUTEKNIK

HOIST

HOIST

HOIST

Wakil Servis Sah Proton Edar KH Motor Sdn Bhd

Lot 1508 Block 2Samarahan Land District

Jalan Datuk Musa94300 Kota Samarahan, Sarawak.

TEL 082 672 699FAKS 082 673 699

Wakil Servis Sah Proton Edar Syarikat JL Motors Sdn Bhd

Lot 1893 Jalan BulatanPiasau Industrial Estate

98000 Miri, Sarawak.TEL 085 656 696

FAKS 085 661 601

Wakil Servis Sah Proton EdarNgu’s Motor Service Sdn Bhd

Lot 559 Block 9Jalan Bukit Lima

96000 Sibu, Sarawak. TEL 084 421 6865

FAKS 084 421 6765

Wakil Servis Sah Proton Edar

Wakil Servis Sah Proton Edar

Wakil Servis Sah Proton Edar

Bateri

Bateri

Bateri

Tayar

Tayar

Tayar

HawaDingin

HawaDingin

HawaDingin

Khidmat Tunda

Khidmat Tunda

Khidmat Tunda

Pembaikan Kemalangan

Mekanikal

Mekanikal

Mekanikal

Page 31: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti

31 PRIHATIN / P I L I H A N S E R V I S A N D A

NEGERI SEMBILAN

PERAK

KELANTAN

PAHANG

PULAU PINANG

SARAWAK

PERLIS

PELANTIKAN BARU PSD

05

05

04

07

03

03

03

06

05

04

11

03

02

02

JURUTEKNIK

JURUTEKNIK

JURUTEKNIK

JURUTEKNIK

JURUTEKNIK

JURUTEKNIK

JURUTEKNIK

HOIST

HOIST

HOIST

HOIST

HOIST

HOIST

HOIST

Wakil Servis Sah Proton EdarSetia Auto Drive Sdn BhdNo 30 Persiaran Industri Galla 1Taman Perindustrian Galla70200 Seremban, Negeri Sembilan.Tel 06 765 1119 Faks 06 761 0077

Wakil Servis Sah Proton EdarDidi Motors Sdn BhdLot 4573 Jalan Slim Baru35900 Tanjung Malim, Perak.Tel 05 210 8888

Wakil Servis Sah Proton EdarNuri Motor Sdn Bhd Lot 1474 & 1480 Taman KoperasiSungai Durian Luar18000 Kuala Krai, Kelantan.Tel 09 966 8288 Faks 09 966 8588

Wakil Servis Sah Proton EdarHoi Keen Service Sdn BhdLot 6, Jalan Indera Mahkota 3/1Bandar Indera Mahkota25200 Kuantan, Pahang.Tel 09 573 5898 Faks 09 573 6898

Wakil Servis Sah Proton EdarAutobinee Oriental Sdn Bhd288-K & 290 Jalan Air Itam11400 Pulau Pinang.Tel 04 829 0685 Faks 04 826 1392

Wakil Servis Sah Proton EdarSupernau Motors Trading Sdn BhdNo 16 Jalan Merbau96100 Sarikei, Sarawak.Tel 084 651 675 Faks 084 651 786

Pusat Servis Diiktiraf SPANCOStatus Bebas, SH Tyres & Auto Service CentreNo 13 Jalan Seri SatuTaman Seri Sena Pasar Borong01000 Kangar, Perlis.Tel & Faks 04 976 4458

Wakil Servis Sah Proton Edar

Wakil Servis Sah Proton Edar

Wakil Servis Sah Proton Edar

Wakil Servis Sah Proton Edar

Wakil Servis Sah Proton Edar

Wakil Servis Sah Proton Edar

Bateri

Bateri

Bateri

Bateri

Bateri

Bateri

Bateri

Tayar

Tayar

Tayar

Tayar

Tayar

Tayar

Tayar

HawaDingin

HawaDingin

HawaDingin

HawaDingin

Khidmat Tunda

Khidmat Tunda

Khidmat Tunda

Khidmat Tunda

Khidmat Tunda

Pembaikan Kemalangan

Mekanikal

Mekanikal

Mekanikal

Mekanikal

Mekanikal

Mekanikal

Page 32: BERITA SPANCO...Kereta Proton Perdana baharu diperkenalkan sebagai kereta rasmi penjawat awam kanan Malaysia. Pusat Servis Wilayah Puchong dipindahkan ke Bangi, Selangor. Sijil kualiti