bercuti di vietnam

8
Bercuti di Vietnam 9 Tips Elak Cukai Sewaktu Bercuti Ke Vietnam | Bandung, Ghuang Zhou dan Ho Chi Minh City adalah tempat memborong bagi peniaga Malaysia . Yang melancong pun serupa sebab di mana barang murah di situlah tempat tumpuan pelancong. Yang borong banyak-banyak untuk berniaga atau borong nak pakai sendiri mesti cuba nak elak bayar cukai dekat airport .Jom cuba beberapa tips supaya dapat elak atau kurangkan tax yang perlu di bayar sewaktu bercuti ke Vietnam. Tapi kalau kena bayar juga dan di tanya cakaplah elok-elok dan bersopan santun. 9 Tips Elak Cukai Sewaktu Bercuti Ke Vietnam Vietnam popular dengan barangan tekstil seperti baju kurung, tudung, kain cotton. Selain itu bagi yang suka barang travel beg galas seperti Deuter sangat famous di sana kerana Deuter mempunyai kilang di Vietnam.Kalau yang kata barang Deuter di sana ori tak boleh nak percaya sangat sebab ia untuk pasaran luar Vietnam. Kalau seludup lain tapi rata-rata ia adalah jenis high quality untuk menandakan ia adalah barangan tiruan. Barang-barang ni semua kena bersiap sedia untuk di kenakan cukai kerana bila bercuti ke Vietnam dan tak

Upload: nancy

Post on 15-Jul-2016

290 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tips jika ingin bercuti ke Vietnam

TRANSCRIPT

Page 1: Bercuti Di Vietnam

Bercuti di Vietnam

9 Tips Elak Cukai Sewaktu Bercuti Ke Vietnam | Bandung, Ghuang Zhou dan Ho Chi Minh City adalah tempat memborong bagi peniaga Malaysia . Yang melancong pun serupa sebab di mana barang murah di situlah tempat tumpuan pelancong.

Yang borong banyak-banyak untuk berniaga atau borong nak pakai sendiri mesti cuba nak elak bayar cukai dekat airport .Jom cuba beberapa tips supaya dapat elak atau kurangkan tax yang perlu di bayar sewaktu bercuti ke Vietnam. Tapi kalau kena bayar juga dan di tanya cakaplah elok-elok dan bersopan santun.

9 Tips Elak Cukai Sewaktu Bercuti Ke Vietnam

Vietnam popular dengan barangan tekstil seperti baju kurung, tudung, kain cotton. Selain itu bagi yang suka barang travel beg galas seperti Deuter sangat famous di sana kerana Deuter mempunyai kilang di Vietnam.Kalau yang kata barang Deuter di sana ori tak boleh nak percaya sangat sebab ia untuk pasaran luar Vietnam. Kalau seludup lain tapi rata-rata ia adalah jenis high quality untuk menandakan ia adalah barangan tiruan. Barang-barang ni semua kena bersiap sedia untuk di kenakan cukai kerana bila bercuti ke Vietnam dan tak beli barang-barang ni rasa menyesal bila dah sampai Malaysia. Harga kat negara kita mahal kecuali kita peniaga dan rasa tak berbaloi kalau beli dengan pembekal di Malaysia lebih murah. Kalau tak nak kena cukai atau bayar sikit aje jom tengok beberapa cara yang boleh di cuba.

1.Buang semua plastik pembalut baju atau barang yang kita beli. Barang yang masih berbalut menandakan ia barang baru. Kalau masih dalam plastik mesin scanner nampak ia barang baru.

2.Kalau beli barang nak buat berniaga eloknya test dulu buat dropship. Kalau ada sambutan dan customer selalu cari boleh beli dalam kuantiti kecil. Kalau dah ada regular customer boleh beli dalam kuantiti yang lebih.

Page 2: Bercuti Di Vietnam

3.Kalau di suruh bayar cukai minta resit sebagai bukti . Bayaran cukai tanpa resit menandakan bayaran tu tak sah .Maknanya  duit cukai yang di bayar tadi  tu tak tau pergi ke mana.

4.Elakkan bercuti ke Vietnam  di waktu puncak atau peak time. Bilangan pengunjung terlalu sesak bila bercuti semasa musim perayaan atau semasa cuti sekolah.

5.Buang tag atau label di baju atau barang yang kita beli. Kalau tak buang label menandakan ia barang baru.

6.Pakai barang yang kita beli supaya tak nampak ia barang baru seperti beg travel, beg galas, handbag atau apa saja. Boleh cuba bahagikan kepada beberapa orang yang sekali travel dengan kita. Dah lepas kastam boleh adjust balik barang.

7.Simpan resit setiap barang yang di beli sewaktu bercuti ke Vietnam. Kalau beli banyak dan nak baru nak belajar buat berniaga cuba slow talk dengan penjual di kedai untuk minta resit yang boleh adjust.Jadi resit original tu simpan untuk rekod sendiri.

8.Jika membeli dalam kuantiti yang banyak boleh suruh pekedai hantar barang menggunakan cargo cuma mungkin lewat sampai sikit . Ambik masa dalam seminggu dua juga  . Kalau pakai courrier 3-4 hari dah dapat. Jadi kita tak perlu bayar baggage tambahan dan tak payah risau cukai import. Saya pernah bayar FEDEX RM 112 untuk 100 pasang baju dari Vietnam dan saya rasa berbaloi .

9.Beg yang kita masukkan ke cabin ( bukan hand carry ) elok di balut plastik sampai ke roda. Servis balut beg ni ada kat airport cuma harga ikut bayaran sesebuah negara. Kalau di Europe memang mahal cecah ratus ringgit juga .Cara ni sebenarnya nak elakkan roda beg rosak tapi dalam masa yang sama kastam malas sikit nak periksa.

Page 3: Bercuti Di Vietnam

Jom Ketahui 5 Destinasi Menarik Di Vietnam | Vietnam merupakan negara yang sedang pesat membangun. Negara yang begitu lama dalam kancah peperangan ini sekarang sedang terkenal dengan industri tekstil seperti kain ela dan baju kurung. Ramai peniaga Malaysia terutama peniaga kecil-kecilan yang memborong di Vietnam kerana harga yang berpatutan dengan kuantiti borong yang lebih kecil.

Vietnam yang dulu berperang lama dengan tentera Amerika meninggalkan kesan-kesan penjajahan yang kini di jadikan sebagai memorial kepada pelancung.Jom kita tengok 5 destinasi menarik di Vietnam .

1.Ben Thanh Market

Ben Thanh market berada di District 1 iaitu kawasan yang paling banyak menjual baju kurung, kain ela, beg serta barang-barang cenderamata untuk di bawa pulang. Di sini juga rata-rata kedai yang menjual kain menawarkan perkhidmatan menjahit baju yang siap dalam masa 24 jam dan terus di hantar ke hotel. Unik servis mereka kan ?

Hati-hati cakap melayu di sini sebab ramai peniaganya pandai berbahasa melayu . Mungkin kerana jumlah pelancong dari Malaysia yang begitu ramai membanjiri pasar ini mereka mempelajari bahasa melayu. Kalau berbual dalam loghat negeri masing-masing baru mereka tak faham. Ben Thanh market memang destinasi menarik di Vietnam bagi saya.

2. Cu Chi Tunnel

               

Cuci tunnel merupakan salah satu lokasi atau destinasi menarik di Vietnam yang

Page 4: Bercuti Di Vietnam

tak boleh anda lepaskan .  Di sini kita boleh melihat pelbagai cara dan perangkap di pasang di dalam terowong bawah tanah ketika perang Vietnam dan tentera US. Cuci tunnel merupakan tempat tentera Vietcong menyembunyikan diri dari di kesan tentera US pada tahun 70 an.

Di dalam terowong ini lengkap dengan ruang memasak , ruang tidur , runag makan malah ruang khas untuk menyiksa sesiapa saja yang cuba berpaling tadah. Untuk ke Cuci Tunnel ini dari Ho Chi Minh city adalah dalam satu jam perjalanan dengan bayaran masuk 4 USD.

3.Vietnam War Museum

Muzium yang terletak di District 3 di Ho Chi Minh ini  adalah muzium yang memaparkan kesengsaraan rakyat Vietnam akibat keganasan tentera Amerika sewaktu zaman perang. Senjata serta alatan perang banyak di pamirkan di sini. Kita tahukan

betapa kuatnya semangat askar Vietnam yang kurus kering .melawan tentera Amerika yang lengkap canggih seperti yang di tonton macam dalam cerita Rambo lakunan Ricky Balboa.

Saya tak ingat nama sebenar pelakun tu cuma saya ingat nama glamer dia dalam satu cerita yang saya tonton he he.Tak lengkap jika bercuti tanpa melawat muzium ini kerana kesan perang Vietnam boleh di lihat hingga sekarang. Tiket masuk Viet Dong 15000.Kira sendiri ye sebab letih mengira duit Vietnam yang banyak kosong di belakang ni

4.Pasar Borong Cho Binh Thay

Kalau dah namanya peniaga yang menjual

Page 5: Bercuti Di Vietnam

baju dan kain ela, tempat ni memang salah satu yang mesti kena singgah. Pasar borong Cho Binh Tay terletak di District 5 di Ho Chi Minh city. Saya pergi dengan teksi dulu jarak perjalanan lebih kurang 10-15 minit sahaja dengan tambang teksi anggaran 100,000 +- Viet Dong.

Kain chiffon yang bergermelapan penuh dengan batu-batu memang sangat murah di sini. Lagi cantik lagi mahal tapi bandingkan yang mahal di sini dengan yang murah  di Kuala lumpur macam antara langit dengan bumi harganya. Kain untuk suit lelaki juga saya dapati sangat berkualiti dan memang berbaloi jika meemrlukan suit yang kemas dengan harga yang murah..

5.. Sungai Mekong

Sungai Mekong adalah sungai yang ke 10 terpanjang di dunia. Ia merentasi berbapa negara seperti China, myanmar, Thailand serta Cambodia. Menyusuri sungai ini anda boleh berhenti di persinggahan yang akan membawa anda ke kawasan kawasan tarikan pelancung yang lain  dengan menaiki bot.

Ada 4 pulau di sepanjang anda melayari Sungai Mekong dan salah satu pulau ini ialah Pulau Unicorn yang banyak pokok kelapa. Di sini ada di tunjukkan cara membuat coconut candy yang sangat famous di sana juga paper rice atau kertas nasi yang menjadi salah satu dari daya tarikan untuk persinggahan.

Tips Sebelum Check Out Di Tan So Nhat Airport, Vietnam. Jaga-Jaga

Kalau bercuti kita suka beli barang-barang di luar negara seperti keychain, fridge magnet sebagai kenangan kita tela sampai ke sana. Kalau

Page 6: Bercuti Di Vietnam

ada budget lebih buah tangan mungkin lebih sikit. Kalau backpack selalunya kita lebih suka menikmati keindahan alam dan melihat budaya asing yang berlainan dari negara kita.

Kalau bercuti ke China , Bandung dan Vietnam beg travel mesti penuh dengan barang-barang seperti kasut, baju, tudung , kain dan lain-lain barang jenis textile. Ke tiga-tiga negara dan daerah tadi memang lokasi melancung yang paling hot bagi rakyat Malaysia.

Saya ada satu pengalaman menarik di Vietnam untuk di kongsi. Ia semasa saya nak check out dan di dapati beg kami terlebih muatan sehingga lebih kurang 10 kg! Satu kg terlebih tak silap saya cajnya semasa di kaunter Airasia ialah RM 45.Bayangkan kami terpaksa membayar sehingga RM 450 . Terlampau syok shopping sampai lupa daratan.

Masalahnya kaunter Aisasia di Vietnam tidak menerima duit Viet Dong atau RM .Kami bernasib baik kerana dapat menumpang baggage group pelancong lain yang kekurangan baggage dan mereka meminta kami masukkan baggage kami di dalam group mereka.

Jadi kalau anda melancong ke Vietnam, sediakan duit USD atau pastikan credit card atau debit card anda cukup untuk simpanan emergency.Saya tidak pasti syarikat penerbangan yang lan samada mereka menerima matawang lain atau tidak kerana matawang Vietnam sendiri ketika saya pergi pada tahun 2012 tidak di terima di kaunter tersebut.