beradab kepada nabi muhammad saw: surah al-baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22...

41
Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan tidak para sahabat lakukan terhadap Nabi Muhammad SAW ketika era penurunan wahyu. Namun, nasikh dan mansukh menjadi perkara penting yang membongkarkan kebenaran Islam dan kesesatan kepercayaan Yahudi dan nasrani. Artikel ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk mengupas tafsiran ayat surah al-Baqarah (2: 104-110) daripada kitab tafsir turath Islam. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat lima aspek pengajaran yang boleh diambil oleh umat Islam dan umat manusia, iaitu adab berkata-kata sahabat dengan Rasulullah SAW, adab tidak meminta dan mempersoalkan hukum hakam yang difardukan oleh Islam, nasakh dan persoalan, larangan menyerupai orang kafir dalam bentuk perbuatan, percakapan, dan amalan, serta ingatan Allah SWT kepada umat Islam terhadap Yahudi berkaitan dengan agama Islam. Kata Kunci: Adab, nasakh, nasikh, mansukh, syariat, hukum hakam, Yahudi, Islam. Abu Dawud, Sulaiman. 2009. Sunan Abi Dawud. Shu‘aib al-Arnut & Muhammad Kamil Qurrah Balali (Ed.). Jld. 1-7. Beirut: Dar al-Risalah al- ‘Alamiyyah. Ahmad, Muhammad Hambal. 2001. Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal. Shu‘ay al-Arna’ut & ‘Adil Murshid (Ed.). Al-Qahirah: Mu’assah al-Risalah. Al-Bazzar, Ahmad. 2009. Musnad al-Bazzar. Mahfuz al-Rahman Zain Allah, Sa‘ad, ‘Adil, & Sabri al-Shafi‘i ‘Abd al-Khaliq (Ed.). Jld. 1-18. Al-Madinah al-Munawwarah: Maktabah al-‘Ulum wa al-Hikam. Al-Bukhari, Muhammad Ismail. 2001. Al-Jami‘ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min Umur Rasulullah SAW wa Sunanihi wa Ayyamihi – Sahih al-Bukhari. Muhammad Zuhair Nasir Al-Nasir (Ed.). Jld. 1-9. Masurah: Dar Tuq al-Najat. Al-Harith, Ibn Abi Usamah. 1992. Bughyat al-Bahith ‘an Zawa’id Musnad al-Harith. Hussain Ahmad Salih al- Bakiri (Ed.). Al-Madinah al-Munawwarah: Markaz Khidmat al-Sunnah wa al-Sirah al-Nabawiyyah. Al-Ruyani, Abu Bakr Muhammad. 1995. Musnad al-Ruyani. Ayman ‘Ali Abu Yamani (Ed.). Jld. 1-2. Al- Qahirah: Mu’assasah Qurtubah. Al-Sabuni. 1981. Mukhtasar Ibn Kathir. Jld. 1-3. Beirut-Lubnan: Dar al-Quran al-Karim. Al-Tabrani, Sulaiman Ahmad. 1994. Al-Mu‘jam al-Kabir. Hamdi ‘Abd al-Majid al-Salafi (Ed.). Jld. 1-25. Al- Qahirah: Maktabah bin al-Taymiyyah. Al-Tabrani, Sulaiman Ahmad. 1995. Al-Mu‘jam al-Ausat. ‘Abd al-Muhsin bin Ibrahim al-Hasini Tariq bin ‘Audullah bin Muhammad (Ed.). Jld. 1-10. Al-Qahirah: Dar al-Harmain. Al-Tirmidhi, Muhammad ‘Isa. 1998. Al-Jami‘ al-Kabir - Sunan al-Tarmidhi. Bashar ‘Awad Ma‘ruf (Ed.). Jld. 1-6. Beirut: Dar al-Girb al-Islami. Basmeih, Abdullah. 1999. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri. Ibn ‘Abbas, Abdullah ‘Abbas. t.th. Tanwir al-Mikbas Min Tafsir Ibnu ‘Abbas. Mujd al-Din Abu Tahir Muhammad bin Ya‘kub (Ed.). Lubnan: Dar al-Kutub ‘lmiyah. Ibn Abi Hatim, ‘Abdul Rahman. 1998. Tafsir al-Quran al-‘Azim li bin Abi Hatim. As‘ad Muhammad al- Tayyib (Ed.). Al-Mamlakah al-‘Arabiyyah al-Sa‘udiyyah: Maktabah Nizar Mustafa al-Bazz. Ibn al-Kathir, Ismail. 1999. Tafsir al-Quran al-A‘zim. Jld. Juz. 1-4. Al-Qahirah: Dar al-Hadis. Ibn Jarir, Muhammad. 2001. Tafsir Al-Tabari - Jami‘ al-Bayan fi Ta’wil al-Quran. ‘Abdullah bin ‘Abd al- Muhsin Al-Turkiyy (Ed.). Jld. 1-24. Yamamah: Dar Hijr li al-Tiba‘ah wa al-Nasr wa al-Tawzi‘ wa al- I‘lan. Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: 104-110) Kamarul Azmi Jasmi Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia [email protected] Suggested Citation: Jasmi, Kamarul Azmi (2018). “Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: 104-110) ” in Program Budaya al-Quran pada 28hb. Mac 2019 di Kolej Tun Fatimah, UTM. Program anjuran Pusat Islam, UTM, 2(2-2), p. 1-39. Abstract References

Upload: vuongphuc

Post on 12-Aug-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan tidak para sahabat lakukan terhadap Nabi Muhammad SAW ketika era penurunan wahyu. Namun, nasikh dan mansukh menjadi perkara penting yang membongkarkan kebenaran Islam dan kesesatan kepercayaan Yahudi dan nasrani. Artikel ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk mengupas tafsiran ayat surah al-Baqarah (2: 104-110) daripada kitab tafsir turath Islam. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat lima aspek pengajaran yang boleh diambil oleh umat Islam dan umat manusia, iaitu adab berkata-kata sahabat dengan Rasulullah SAW, adab tidak meminta dan mempersoalkan hukum hakam yang difardukan oleh Islam, nasakh dan persoalan, larangan menyerupai orang kafir dalam bentuk perbuatan, percakapan, dan amalan, serta ingatan Allah SWT kepada umat Islam terhadap Yahudi berkaitan dengan agama Islam. Kata Kunci: Adab, nasakh, nasikh, mansukh, syariat, hukum hakam, Yahudi, Islam.

Abu Dawud, Sulaiman. 2009. Sunan Abi Dawud. Shu‘aib al-Arnut & Muhammad Kamil Qurrah Balali

(Ed.). Jld. 1-7. Beirut: Dar al-Risalah al- ‘Alamiyyah. Ahmad, Muhammad Hambal. 2001. Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal. Shu‘ay al-Arna’ut & ‘Adil

Murshid (Ed.). Al-Qahirah: Mu’assah al-Risalah. Al-Bazzar, Ahmad. 2009. Musnad al-Bazzar. Mahfuz al-Rahman Zain Allah, Sa‘ad, ‘Adil, & Sabri al-Shafi‘i

‘Abd al-Khaliq (Ed.). Jld. 1-18. Al-Madinah al-Munawwarah: Maktabah al-‘Ulum wa al-Hikam. Al-Bukhari, Muhammad Ismail. 2001. Al-Jami‘ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min Umur Rasulullah SAW

wa Sunanihi wa Ayyamihi – Sahih al-Bukhari. Muhammad Zuhair Nasir Al-Nasir (Ed.). Jld. 1-9. Masurah: Dar Tuq al-Najat.

Al-Harith, Ibn Abi Usamah. 1992. Bughyat al-Bahith ‘an Zawa’id Musnad al-Harith. Hussain Ahmad Salih al-Bakiri (Ed.). Al-Madinah al-Munawwarah: Markaz Khidmat al-Sunnah wa al-Sirah al-Nabawiyyah.

Al-Ruyani, Abu Bakr Muhammad. 1995. Musnad al-Ruyani. Ayman ‘Ali Abu Yamani (Ed.). Jld. 1-2. Al-Qahirah: Mu’assasah Qurtubah.

Al-Sabuni. 1981. Mukhtasar Ibn Kathir. Jld. 1-3. Beirut-Lubnan: Dar al-Quran al-Karim. Al-Tabrani, Sulaiman Ahmad. 1994. Al-Mu‘jam al-Kabir. Hamdi ‘Abd al-Majid al-Salafi (Ed.). Jld. 1-25. Al-

Qahirah: Maktabah bin al-Taymiyyah. Al-Tabrani, Sulaiman Ahmad. 1995. Al-Mu‘jam al-Ausat. ‘Abd al-Muhsin bin Ibrahim al-Hasini Tariq bin

‘Audullah bin Muhammad (Ed.). Jld. 1-10. Al-Qahirah: Dar al-Harmain. Al-Tirmidhi, Muhammad ‘Isa. 1998. Al-Jami‘ al-Kabir - Sunan al-Tarmidhi. Bashar ‘Awad Ma‘ruf (Ed.). Jld.

1-6. Beirut: Dar al-Girb al-Islami. Basmeih, Abdullah. 1999. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran. Kuala Lumpur: Jabatan

Perdana Menteri. Ibn ‘Abbas, Abdullah ‘Abbas. t.th. Tanwir al-Mikbas Min Tafsir Ibnu ‘Abbas. Mujd al-Din Abu Tahir Muhammad

bin Ya‘kub (Ed.). Lubnan: Dar al-Kutub ‘lmiyah. Ibn Abi Hatim, ‘Abdul Rahman. 1998. Tafsir al-Quran al-‘Azim li bin Abi Hatim. As‘ad Muhammad al-

Tayyib (Ed.). Al-Mamlakah al-‘Arabiyyah al-Sa‘udiyyah: Maktabah Nizar Mustafa al-Bazz. Ibn al-Kathir, Ismail. 1999. Tafsir al-Quran al-A‘zim. Jld. Juz. 1-4. Al-Qahirah: Dar al-Hadis. Ibn Jarir, Muhammad. 2001. Tafsir Al-Tabari - Jami‘ al-Bayan fi Ta’wil al-Quran. ‘Abdullah bin ‘Abd al-

Muhsin Al-Turkiyy (Ed.). Jld. 1-24. Yamamah: Dar Hijr li al-Tiba‘ah wa al-Nasr wa al-Tawzi‘ wa al-I‘lan.

Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: 104-110)

Kamarul Azmi Jasmi

Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia [email protected]

Suggested Citation: Jasmi, Kamarul Azmi (2018). “Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: 104-110) ” in Program Budaya al-Quran pada 28hb. Mac 2019 di Kolej Tun Fatimah, UTM. Program anjuran Pusat Islam, UTM, 2(2-2), p. 1-39.

Abstract

References

Page 2: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

Ibn Majah, Muhammad Yazid. 2009. Sunan Ibn Majah. Shu‘ayb Al-Arna’ut, ‘Adil Murshid, Muhammad Kamil Qurrah Balali, & 'Abd al-Latif Hirzullah (Ed.). Jld. 1-5. Beirut: Dar al-Risalah al-'Alamiyyah.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019a. Bani Israil dan Ilmu Sihir serta Kisah Harut dan Marut: Surah al-Baqarah (2: 102-103). Kertas Kerja dalam Budaya al-Quran, 7hb. Mac 2019. Kolej Tun Fatimah, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019b. Bani Israil dan Ilmu Sihir serta Kisah Harut dan Marut: Surah al-Baqarah (2: 102-103). Kertas Kerja dalam Budaya al-Quran, 14hb Mac 2019. Kolej Tun Fatimah, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019c. Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: 104-110). Kertas Kerja dalam Budaya al-Quran, 14hb Mac 2019. Kolej Tun Fatimah, UTM.

Muslim, al-Hajjaj. t.th. Sahih Muslim. Jld. 1-8. Beirut: Dar al-Fikr.

Page 3: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: 104-110) *

Kamarul Azmi Jasmi

Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia [email protected]

Abstrak

Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan tidak para sahabat lakukan terhadap Nabi Muhammad SAW ketika era penurunan wahyu. Namun, nasikh dan mansukh menjadi perkara penting yang membongkarkan kebenaran Islam dan kesesatan kepercayaan Yahudi dan nasrani. Artikel ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk mengupas tafsiran ayat surah al-Baqarah (2: 104-110) daripada kitab tafsir turath Islam. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat lima aspek pengajaran yang boleh diambil oleh umat Islam dan umat manusia, iaitu adab berkata-kata sahabat dengan Rasulullah SAW, adab tidak meminta dan mempersoalkan hukum hakam yang difardukan oleh Islam, nasakh dan persoalan, larangan menyerupai orang kafir dalam bentuk perbuatan, percakapan, dan amalan, serta ingatan Allah SWT kepada umat Islam terhadap Yahudi berkaitan dengan agama Islam. Kata Kunci: Adab, nasakh, nasikh, mansukh, syariat, hukum hakam, Yahudi, Islam.

جس مخ جخمح جح مج حج مث هت مت خت حت مع جع مظ حط مض خض حض جض مص خص حص مس خس حس خل خل حل جل مك لك خكحك جك مق حق مف خفحف جف مغ جغ يه ىه مه جه ين ىن من خنحن جن يم ىم مم خم حم جم يل ىل مل

نئ مئ زئ رئ ى ر ذ يي ىي مي خي حي جي زث رث يت ىتنت مت زت رت يب ىب نب مب زب رب يئ ىئ ىل مل يك ىك مك لك اك يق ىق يف ىف يث ىث نث مث

ني ميزي ري ى ين ىن نن من زن رن مم ام يل مت خت حت جت هب مب خب حب جب هئ مئخئ حئ جئ يي ىي حض جض مص خص حص مس خسحس جس مخ جخ مح جح مج حج مثهت

*Artikel ini dibincangkan dalam Ceramah Program Budaya al-Quran Mingguan di Kolej Tun Fatimah, UTM pada 28hb. Mac 2019 anjuran Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia.

Page 4: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

2

Maksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan, “raaina” (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah, “unzurna”, dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); dan (ingatlah, bahawa) orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (104) Orang kafir dari Ahli kitab, dan juga dari orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari Tuhan kamu Padahal Allah berhak menentukan rahmat kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah (jualah yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar. (105) Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu? (106) Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan. (107) Adakah kamu pula hendak meminta dari Rasul kamu sebagaimana diminta dari Nabi Musa (oleh kaumnya) dahulu? Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran, maka sesungguhnya ia sesat dari jalan yang lurus. (108) Banyak antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad SAW). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (109) Dan dirikanlah oleh kamu akan solat dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. (110)

(Surah al-Baqarah, 2: 104-110)

PENGENALAN

Selepas Allah SWT menyingkap pembohongan kaum Bani Israil terhadap beberapa perkara yang berkaitan dengan kebenaran Nabi Muhammad SAW dan pengikutnya serta menafikan pembohongan mereka terhadap Nabi Sulaiman AS yang mengajarkan sihir (Al-Sabuni, 1981; Jasmi, 2019a), Allah SWT menyatakan pula beberapa ayat yang melarang umat Islam mengikuti tindakan dan kelakuan Yahudi yang bertujuan mencerca Nabi Muhammad SAW, memperihalkan tentang ayat nasikh dan mansukh, melarang banyak bertanya sewaktu era pengutusan Nabi Muhammad SAW yang akan kembali memberatkan umat Islam sendiri, serta keiginan orang Yahudi agar umat Islam tersesat daripada ajaran Islam dan al-Quran (Al-Sabuni, 1981; Jasmi, 2019c). Perbincangan tafsiran al-Quran dibahagikan kepada empat kelompok perbincangan, iaitu surah al-Baqarah (2: 104-105), surah al-Baqarah (2: 106-107), surah al-Baqarah (2: 108), dan surah al-Baqarah (2: 109-110). Pada bahagian akhir, perbincangan difokuskan kepada beberapa perkara penting, iaitu tentang adab yang ditekankan al-Quran kepada para sahabat ketika berkomunikasi dengan Rasulullah SAW ketika era perutusan wahyu; ingatan Allah SWT kepada umat Islam tentang orang Yahudi dan Nasrani dan apa yang perlu dilakukan kepada kedua-dua kaum ini, dan perbincangan nasikh dan mansukh serta persoalannya. Perbincangan tafsiran menghasilkan lima pengajaran utama sebagai yang dibincangkan secara terperinci. Sebagai ingatan bahawa segala terjemahan ayat al-Quran dalam kertas kerja ini menggunakan terjemahan Abdullah Basmeih (1999), iaitu tafsir al-Quran Pimpinan al-Rahman terbitan Jabatan Perdana Menteri.

Page 5: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

3

TAFSIRAN AYAT

Pada bahagian tafsiran ini, empat kelompok ayat tafsiran dibahagikan, iaitu surah al-Baqarah (2: 104-105), surah al-Baqarah (2: 106-107), surah al-Baqarah (2: 108), dan surah al-Baqarah (2: 109-110). Surah al-Baqarah (2: 104-105)

Allah SWT membicarakan tentang beberapa adab penting dalam komunikasi antara para sahabat dengan Nabi SAW agar umat Islam terpelihara daripada mencaci secara tidak sengaja kepada Baginda kerana mengikuti cara percakapan kaum Yahudi terhadap Nabi SAW. Firman-Nya:

مخ جخمح جح مج حج مث هت مت خت حت حط مض خض حض جض مص خص حص مس خس حس جس

لك خكحك جك مق حق مف خفحف جف مغ جغ مع جع مظ خل حل جل مك

Maksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan, “raaina” (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah, “unzurna”, dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); dan (ingatlah, bahawa) orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (104) Orang kafir dari Ahli kitab, dan juga dari orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari Tuhan kamu Padahal Allah berhak menentukan rahmat kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah (jualah yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar. (105)

(Surah al-Baqarah, 2: 104-105)

Berkata, Imam Ibn al-Kathir (1999: 1/373), melalui ayat ini Allah SWT melarang hamba-Nya yang beriman menyerupai diri dengan orang kafir dalam ucapan dan perbuatan. Hal ini demikian kerana orang Yahudi selalu menggunakan ucapan yang dalamnya terkandung makna sindiran atau cacian yang tersembunyi maksud sebenarnya, iaitu menghina Nabi SAW. Untuk itu apabila mereka hendak menyatakan, “Isma‘ lana” (اسمع لنا) yang bermaksud, “Sudilah kiranya anda mendengar (memperhatikan) kami.” Maka mereka akan berkata, “ra‘ina ” (راعنا). Perkataan ini terkandung makna sindiran dengan kata-kata yang bererti kebodohan. Perkataan ini diambil dari akar kata al-Ru‘unah ( عونة :seperti yang disebutkan dalam firman-Nya ,(الر

خي حي جي يه ىه مه جه ين ىن من خن حن زئ رئ ى ر ذ يي ىي مي نت مت زت رت يب ىب نب مب زب رب يئ ىئ نئ مئ

Maksud: Antara orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad),

Page 6: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

4

“Kami dengar.” (Sedang mereka berkata dalam hati), “Kami tidak akan menurut.” (Mereka juga berkata), “Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk.” Serta (mereka mengatakan), “Ra‘ina ” (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela agama Islam. Dan kalaulah mereka berkata, “Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami,” tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka). (46)

(Surah al-Nisa’, 4: 46)

Demikian pula disebutkan oleh hadis yang menceritakan bahawa mereka itu (orang Yahudi) apabila mengucapkan salam, sesungguhnya yang mereka ucapkan hanya bererti al-Samu 'alaikum ( السام عليكم), sedangkan makna al-Samu ( السام) ialah kebinasaan atau kematian. Hadis tersebut adalah seperti berikut (Al-Bukhari, 2001: 6024, 6401; Muslim, t.th.: 2165):

ن ��شة ، :تهود � رسول اهللا «قال

�ذن رهط من ا

ام علي*م «)قا&وا: ملسو هيلع هللا ىلصاستأ ».ا&س/

ت ��شة: عنة «)قال

/ام وا&ل يا ��شة إن/ اهللا «: ملسو هيلع هللا ىلص)قال رسول اهللا ».بل علي*م ا&س/

ه ;<ر >

)ق @ األ ت: ».DبB ا&ر;

&م Hسمع ما قا&وا؟«قال

ت وعلي*م «قال: »أ

».قد قل

Maksud: ‘A’ishah RA berkata, “Serombongan orang Yahudi minta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW, lalu mereka mengucapkan, “Al-Samu ‘alaykum [السام عليكم], iaitu, “kematian bagimu.” ‘A’ishah RA menjawab, “Bal ‘alaykum al-sam wa al-la‘nah ( بل عليكم السام واللعنة).” Maka Rasulullah SAW bersabda, “Ya ‘A’ishah! Sesungguhnya Allah suka kepada sifat ramah-tamah dalam segala urusan. ‘A’ishah berkata, “Tidakkah engkau mendengar ucapan mereka? Jawab Baginda SAW, “Ya! Aku mendengarnya, oleh kerana itu aku menjawab, ‘Wa‘alaikum ( وعليكم), iaitu juga kepada kamu (kematian).”

(Al-Bukhari dan Muslim) Oleh kerana itu, bila menjawab salam mereka umat Islam diperintahkan menggunakan kata-kata wa ‘alaikum ( وعليكم) tanpa disebutkan perkataan keji atau perkataan buruk. Agar kata-kata buruk tidak merosakkan diri seseorang. Hal ini kerana sesungguhnya apa yang diperkenankan oleh Allah SWT hanyalah buat umat Islam untuk kebinasaan mereka, sedangkan dari mereka yang ditujukan kepada umat Islam tidak diperkenankan. Tujuan ayat ini ialah Allah SWT melarang para Mukmin menyerupai orang kafir dalam ucapan dan perbuatannya. Untuk itu Allah SWT berfirman:

مخ جخمح جح مج حج مث هت مت خت حت خس حس جس

Maksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan, “raina” (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah, “unzurna”, dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya) dan (ingatlah, bahawa) orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (104)

(Surah al-Baqarah, 2: 104)

Page 7: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

5

Tegahan agar tidak menyerupai orang Yahudi daripada segi rupa dan perkataan sebagaimana juga yang terdapat dalam satu hadis sebagaimana berikut (Ahmad, 2001: 5115):

عن ابن مر، /Kيدي « :ملسو هيلع هللا ىلص، قال: قال رسول ا Mيف، بعثت ب اعة با&س/ ا&س/ة

/ل ;Pوجعلت ا ،Rت ظل; رم

T Uوجعل رز .

W كY Z

وحده ال /Kح_/ يعبد ا

<ري، ومن Hشب/ه بقوم )هو منهم.ف أ

غار � من خال »وا&ص/

Maksud: Ibn Umar RA yang menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, “Aku diutus sebelum hari kiamat dengan membawa pedang hingga hanya Allah SWT semata-mata yang disembah, tiada sekutu bagi-Nya; dan rezekiku dijadikan di bawah naungan tombakku, serta kenistaan dan kehinaan dijadikan bagi orang yang menentang perintahku. Barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk dari golongan mereka.

(Ahmad)

Hadis ini mempunyai maksud yang sama dengan hadis yang lain, iaitu apa yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud (2009: 4031):

عن ابن مر /Kشب/ه بقوم )هو : «ملسو هيلع هللا ىلص، قال: قال رسول اH منهم من.«

Maksud: Ibn ‘Umar RA berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.”

(Abu Dawud)

Dalam hadis ini terkandung larangan, peringatan, dan ancaman yang keras daripada meniru-niru orang kafir dalam ucapan, perbuatan, pakaian, hari-hari raya, ibadah mereka, serta perkara lainnya yang tidak disyariatkan kepada umat Islam dan perkara yang Islam tidak mengakuinya. Imam Ibn Abi Hatim (1998: 3891) menyatakan daripada Ibn Ma‘an dan ‘Aun atau salah seorang dari keduanya:

، )قال: / dهد إ eن <سعود )قال: ا /Kبد ا f، أ

ن/ رجال

« أ

iعاj /Kإذا سمعت ا

ين آمنوا�kقول: /

Pها ا Bk<ر ]۳:۱۰۰ ،[آل عمران �يا أ

رعها سمعك، فإن/ه خr يأ

فأ

ن vنk wZ و ».ه به، أ

Maksud: Seorang lelaki datang kepada Abdullah bin Mas‘ud, lalu lelaki itu berkata, “Berilah aku pelajaran.” Ibn Mas‘ud menjawab, “Apabila kamu mendengar Allah SWT berfirman, “Hai orang yang beriman,” maka bukalah seluas-luasnya telingamu (perhatikanlah) kerana sesungguhnya hal itu merupakan kebaikan yang diperintahkan atau kejahatan yang dilarang.”

(Ibn Abi Hatim)

Al-A‘masy meriwayatkan dari Khaythamah yang pernah berkata, “Apa yang kamu baca dalam al-Quran yang bunyinya menyatakan, “Hai orang yang beriman” maka sesungguhnya hal itu dalam kitab Taurat disebutkan, “Hai orang miskin.” Muhammad Ibn Ishaq

Page 8: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

6

meriwayatkan menceritakan daripada Ibn ‘Abbas sehubungan dengan makna kalimat ra‘ina ”.Ia menyatakan, ertinya ialah “perhatikanlah kami dengan pendengaranmu .(راعنا) Al-Dahhak meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas sehubungan dengan takwil firman Allah SWT yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan, “ra‘ina ” (Surah al-Baqarah, 2: 104). Pada mulanya mereka menyatakan kepada Nabi SAW, “Bukalah pendengaranmu luas-luas untuk kami.” Sesungguhnya ucapan ra‘ina ini sama dengan ucapanmu, ‘atina (عاطنا).” Kenyataan ini sama seperti apa yang diriwayatkan oleh Abu al-‘Aliyah dan Abu Malik serta al-Rabi‘ Ibn Anas, Atiyyah al-Awfi dan Qatadah (Ibn Abi Hatim, 1998: 1038). Sedangkan Mujahid menyatakan bahawa makna la taqulu ra‘ina (ال تقولوا راعنا) ialah “janganlah kamu menyatakan hal yang bertentangan.” Menurut riwayat lain disebutkan, “Janganlah kamu katakan, “Perhatikanlah kami, maka kami akan memperhatikanmu.” Seterusnya ‘Ata’ menyatakan bahawa ra‘ina adalah suatu dialek dalam kalangan orang Ansar, maka Allah SWT melarang dialek tersebut. Al-Hasan pula menyatakan bahawa ucapan ra‘ina ialah kata ejekan sebagai yang terdapat dalam perkataan al-Ra‘in min al-qawli ( اعن من القول ertinya kata-kata yang digunakan untuk (الرtujuan kejian. Allah SWT melarang memperolok-olok ucapan Nabi SAW dan seruan baginda yang mengajak mereka masuk Islam. Hal yang sama diriwayatkan pula dari Ibn Juraij bahawa dia menyatakan perkara yang sama. Bagi Abu Sakhr yang menyatakan tafsiran firman Allah SWT yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan, “raaina” (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah, “unzurna”, dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya)” (Surah al-Baqarah, 2: 104) bahawa pada mulanya apabila ada seseorang dalam kalangan orang Mukmin mempunyai suatu hajat kepada Nabi SAW, sedangkan Nabi SAW beranjak pergi dari mereka kerana ada urusan, maka mereka memanggilnya dengan ucapan, “Sudilah kiranya engkau memperhatikan kami.” Hal ini dirasakan sebagai sesuatu yang kurang beradab untuk Rasulullah SAW apabila ditujukan oleh seseorang kepada diri baginda SAW. Sedangkan al-Suddi menyatakan, seorang lelaki dalam kalangan orang Yahudi Bani Qainuqa‘ yang dikenal dengan nama Rifa‘ah Ibn Zayd sering datang kepada Nabi SAW. Apabila Rifa‘ah bersua dengannya, lalu mereka berbincang-bincang. Rifa‘ah menyatakan:

رعy سمعك واسمع غr <سمع. أ

Maksud: Dengarkanlah aku, semoga engkau tidak mendengar apa-apa.

Perkataan ini merupakan perkataan daripada dialeknya sedangkan kaum Muslimin menyangka bahawa para nabi terdahulu dihormati dengan ucapan tersebut. Maka salah seorang kaum Muslimin meniru dengan perkataan yang sama ini untuk baginda SAW dengan katanya:

اسمع غr <سمع غr صاغر

Maksud: Dengarkanlah, semoga engkau tidak mendengar, semoga engkau tidak berkecil hati. Kalimat inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

حي جي يه ىه مه جه ين ىن من خن حن � ى ر ذ يي ىي مي خي

Page 9: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

7

Maksud: Antara orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad), “Kami dengar,” (sedang mereka berkata dalam hati), “Kami tidak akan menurut.” (Mereka juga berkata), “Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk,” serta (mereka mengatakan), “Raaeina”; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela agama Islam.

(Surah al-Nisa’, 4: 46)

Maka Allah SWT memerintahkan kepada para Mukmin agar mereka jangan mengucapkan perkataan “ra‘ina” kepada Nabi SAW. Imam Ibn Jarir (2001: 2/377) menyatakan, pendapat yang benar menurut kami sehubungan dengan masalah ini ialah Allah SWT melarang para Mukmin menyatakan kepada Nabi-Nya ucapan ra‘ina kerana kalimat ini tidak disukai oleh Allah SWT bila mereka tujukan kepada Nabi-Nya. Pengertian ayat ini sama dengan makna yang terkandung dalam hadis Nabi SAW berikut (Muslim, t.th.: 2284):

eيه قمة بن وائل، ن أ

ن عل ;|/}قو&وا: «قال: ملسو هيلع هللا ىلص، عن اj

كرم «ال

، »ال

*ن قو&وا بلة «ول

عنب »ا�

».kعy ال

Maksud: ‘Al-Qamah bin Wa’il daripada bapanya menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda, “Janganlah kamu sebutkan buah anggur dengan nama al-Karam, melainkan sebutlah al-Habalah.”

(Muslim)

Seterusnya, Imam Ibn al-Kathir (1999: 1/375) menyambung perbincangan tafsiran dalam firman Allah SWT berikut pula:

مع جع مظ حط مض خض حض جض مص خص حص مس جل مك لك خكحك جك مق حق مف خفحف جف مغ جغ

خل حل

Maksud: Orang kafir dari Ahli kitab, dan juga dari orang musyrik, tidak suka kiranya diturunkan kepada kamu sedikit dari kebaikan (atau wahyu) dari Tuhan kamu Padahal Allah berhak menentukan rahmat kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah (jualah yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar. (105)

(Surah al-Baqarah, 2: 105) Melalui riwayat ini Allah SWT menjelaskan kepada Nabi-Nya tentang permusuhan orang kafir dalam kalangan ahli kitab dan orang musyrik yang sangat keras terhadap diri Nabi SAW. Mereka adalah orang yang para Mukmin diperingatkan oleh Allah SWT agar jangan menyerupai mereka, sehingga terputuslah hubungan intim antara para Mukmin dan orang kafir. Kemudian Allah SWT mengingatkan para Mukmin akan nikmat yang dilimpahkan oleh-Nya kepada mereka berupa syariat yang sempurna yang diturunkan kepada nabi mereka, iaitu Nabi Muhammad SAW Hal ini diungkapkan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:

Page 10: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

8

خل حل جل مك لك خكحك جك مق حق مف

Maksud: Padahal Allah berhak menentukan rahmat kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah (jualah yang) mempunyai limpah kurnia yang amat besar. (105)

(Surah al-Baqarah, 2: 105)

Oleh itu, mereka para Mukmin wajar mensyukuri nikmat yang dianugerahkan kepada mereka sehingga mereka menjadi satu umat yang dihormati hasil daripada keberkatan syariat yang diturunkan itu. Surah al-Baqarah (2: 106-107)

Allah SWT seterusnya membicarakan tentang ayat al-Quran yang diturunkan kepada baginda SAW buat umatnya. Terdapat ayat yang diturunkan ini yang dimansukhkan sama ada pada bacaan dan makna atau pada bacaan sahaja. Firman-Nya:

ىه مه جه ين ىن من خنحن جن يم ىم مم خم حم جم يل ىل مل ى ر ذ يي ىي مي خي حي جي يه يئ ىئ نئ مئ زئ رئ

Maksud: Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu? (106) Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan. (107)

(Surah al-Baqarah, 2: 106-107) Berkata Imam Ibn al-Kathir (1999: 1/375), maksud ayat “Ma nansakh min ayat” dalam kalangan ahli tafsir sahabat dan tabiin, serta ulama tafsir adalah seperti berikut: (1) Imam Ibn ‘Abbas (t.th.: 1/16): Ayat apa pun yang Kami ganti. (2) Imam Mujahid, murid Abdullah bin Mas‘ud RA, Abu al-‘Aliyah, dan Muhammad bin

Ka‘ab al-Qurazi: Ayat apa pun yang Kami tetapkan tulisannya sedangkan hukumnya Kami ganti.

(3) Al-Dahhak: Apa saja yang Kami buat engkau lupa padanya. (4) ‘Ata’: Apa saja dari al-Quran yang Kami tinggalkan. (5) Abu Hatim: Apa pun yang ditinggalkan oleh Allah SWT dan tidak diturunkan kepada

Muhammad SAW. (6) Al-Suddi: Makna ma nansakh ialah ayat apa pun yang dicabut oleh Allah SWT. (7) Imam Ibn Jarir (2001: 2/388): Hukum ayat apa saja yang Kami pindahkan ke yang lainnya

dan Kami ubah serta Kami ganti hukumnya. Misalnya, Kami ganti halal menjadi haram, haram menjadi halal, mubah menjadi dilarang, dan dilarang menjadi mubah (boleh). Hal ini hanya terjadi dalam masalah perintah, larangan, cegahan, mutlak, larangan dan

Page 11: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

9

keharusan. Manakala perkara yang menyangkut masalah berita dan kisah, tiada nasikh dan mansukh padanya.

Menurut Ibn Abi Hatim (1998: 1057), pandangan al-Suddi yang membawa maksud dicabut dan diangkat oleh Allah SWT adalah sebagaimana keterangan dalam hadis berikut (Ibn Majah, 2009: 2553):

اب: «عن ابن ب/اس قال: ط/ن kطول با{/اس زمان ح_/ «قال مر eن ا�

قد خشيت أ

ل

جد «kقول قائل: ما أ

ال

، أ /Kضة من فرائض اYوا ب�ك فر

B، )يضل /Kو�ن/ ا&ر/جم @ كتاب ا

jها و اع�اف، وقد قرأ

و �ن �ل أ

�;نة، أ

حصن ا&ر/جل وقامت ا�

، إذا أ wا&ر/جم حق

يخة إذا ز�ي يخ وا&ش/ ت/ة ا&ش/

«ا فار�وهما ا� /Kعده ملسو هيلع هللا ىلصرجم رسول اe ور�نا.«

Maksud: Ibnu ‘Abbas RA berkata, “‘Umar bin Khattab berkata, “Aku khawatir setelah lama masa berlalu, hingga seseorang berkata, “Tidak aku temukan hukum rejam dalam kitab Allah (al-Quran), hingga mereka akan sesat kerana meninggalkan salah satu dari syariat Allah. Ingatlah! Sesungguhnya hukum rejam benar adanya. Apabila terjadi zina lalu ada saksi atau wanita yang bersangkutan hamil, atau ada pengakuan, maka aku membaca, “Laki-laki dan wanita dewasa apabila keduanya berzina, maka benar-benar rajamlah mereka." Rasulullah SAW melakukan hukum rejam dan kamipun melaksanakannya sepeninggal baginda."

(Ibn Majah)

Juga terhadap hadis berikut (Al-Bukhari, 2001: 6436; Muslim, t.th.: 1048):

�س ن أ ت� : «ملسو هيلع هللا ىلصاهللا ، قال: قال رسولe

&و �ن البن آدم واديان من مال ال

اب، وYتوب اهللا � من تاب B�&ا /

جوف ابن آدم إال kمأل

».واديا ثا�ا، وال

Maksud: Anas bin Malik menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sekiranya anak Adam memiliki sebukit emas, nescaya ia akan mengharapkan dua bukit emas lagi, dan tidaklah mulutnya dipenuhi melainkan dengan tanah, dan Allah akan menerima taubat siapa yang bertaubat.”

(Al-Bukhari dan Muslim) Berkata Imam Ibn al-Kathir (1999: 1/375), perkataan nasakh (النسخ) berasal dari naskh al-kitab ( نسخ الكتاب), iaitu menukilnya dari suatu salinan ke salinan yang lain. Demikian pula makna menasakhkan hukum ke hukum yang lainnya dan makna yang dimaksudkan ialah memindahkan hukumnya dan menukil suatu ibarat ke ibarat yang lainnya, iaitu merevisinya, iaitu tanpa membezakan apakah yang dinasakh itu hukumnya atau tulisannya kerana kedua-dua keadaan tersebut tetap dinamakan nasakh. Sehubungan dengan definisi nasakh ini, maka ulama ahli Usul berbeza-beza dalam mengungkapkannya. Akan tetapi kesimpulan dari semua pendapat mereka tidak jauh berbeza. Hal ini kerana makna nasakh menurut istilah syarak sudah dimaklumi dalam kalangan ulama. Sebahagian dari mereka menyatakan bahawa nasakh ertinya menghapuskan suatu hukum dengan dalil syarak yang datang kemudian. Termasuk ke dalam pengertian definisi ini ialah menasakh hukum yang ringan dengan hukum yang berat dan sebaliknya. Selain itu, nasakh juga ada yang tidak ada gantinya. Perbahasan terperinci mengenai hukum nasakh, jenis, serta syaratnya dibahas dalam kitab Usul Fiqh. Satu hadis menjelaskan (Al-Tabrani, 1994: 13141; 1995: 4637):

Page 12: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

10

eيه، قال: «ن سا&م، ن أ /Kهما رسول ا

قرأ

نصار سورة، أ

ن من األ

رجال

، ملسو هيلع هللا ىلصقرأ

صبحا يان بها، فلم kقدرا منها � حرف، فأ

;لة يصل

�ف�نا kقرآن بها، )قاما ذات

�ديM � رسو /Kملسو هيلع هللا ىلصل ا /Kقال رسول ا( ،

W ملسو هيلع هللا ىلص، فذكرا» : ،  �ا �سخ وأ ها <م/ إ�/

هوا نها: » فا&

، kقرأ BهريBو ن¢سها�« ف�ن ا&ز

].»۱۰۶:£[ا�قرة: �ما ن¢سخ من آية أ

Maksud: Salim dari ayahnya menceritakan bahawa ada dua orang lelaki membaca suatu surat yang pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kedua-duanya, dan kedua-dua lelaki itu selalu membaca surat tersebut dengan bacaan itu. Maka pada suatu malam kedua-duanya berdiri mengerjakan solat, tetapi keduanya tidak mampu membaca surat tersebut barang satu huruf pun. Lalu pada pagi harinya kedua-duanya datang menghadap Rasulullah SAW dan menceritakan hal tersebut. Maka Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya surat itu termasuk surat yang dinasakh atau aku dijadikan lupa kepadanya. Oleh kerana itu, lupakanlah ia. Al-Zuhri membacanya, (ما ننسخ من آية أو ننسها) yang bererti, “Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan).

(Al-Tabrani)

Berdasarkan hadis, maka firman Allah SWT, “aw nunsiha” (أو ننسها), iaitu bererti kami jadikan manusia lupa kepadanya. Dua kalimah ini boleh dibaca dengan dua jenis bacaan, iaitu nansa’aha (ننسأها) dan nunsiha (ننسها). Orang yang membaca nansa’uha ertinya Kami menangguhkannya. Oleh kerana itu, Ibn ‘Abbas menafsirkan firman Allah SWT berikut:

مل ىل يل جم حم خم

Maksud: Apa saja ayat yang Kami ganti atau yang Kami tinggalkan tanpa menggantinya.

(Surah al-Baqarah, 106)

Tafsiran “aw nunsiha” (أو ننسها) dalam kalangan para sahabat, tabiin, dan ulama tafsir adalah seperti berikut: (1) Mujahid dan dari murid Ibn Mas‘ud RA: Kami tetapkan tulisannya, sedangkan

hukumnya Kami ganti. (2) ‘Ubayd bin ‘Umayr, Mujahid, ‘Ata’, Abu al-‘Aliyah, dan Ibn ‘Abbas: Kami akhirkan

dan Kami tangguhkan hukumnya. (3) Atiyyah al-Aufi, al-Suddi dan al-Rabi‘ bin Anas: Kami akhirkan hukumnya, tetapi

tidak Kami nasakhkan. (4) Al-Dahhak: Ayat ini menerangkan bahawa antara ayat al-Quran itu ada yang nasikh

dan ada yang mansukh, iaitu ada yang merevisi dan ada yang direvisi. (5) Qatadah: Allah SWT menjadikan Nabi-Nya lupa kepada apa yang dikehendaki-Nya,

dan Dia menasakh apa yang dikehendaki-Nya dari ayat tersebut. (6) ‘Awf bin al-Hasan: Sesungguhnya Nabi kamu membaca suatu ayat al-Quran,

kemudian baginda dijadikan berada dalam keadaan lupa oleh Allah SWT. (7) Ubaid bin Umair: Kami menghapuskan hukumnya dari kamu. Imam Ibn Abi Hatim (1998: 1058) kemudian berhujah dengan memetik kata-kata Ibn ‘Abbas berikut:

Page 13: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

11

ل � ا{/|; ا ي¥ : ملسو هيلع هللا ىلص�ن <م/ /Kنزل ايل وY¢ساه با{/هار، فأ

/و¦ با&ل

ما ن¢سخ �ا&

و مثلهاr منها أ

ت §و ن¢سها نأ

.�من آية أ

Maksud: Antara wahyu yang diturunkan oleh Nabi SAW adalah wahyu yang diturunkan pada malam hari, dan pada siang harinya baginda lupa. Maka Allah SWT menurunkan firman-Nya, “Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. (Surah al-Baqarah, 2: 106).

(Ibn Abi Hatim)

Imam Ibn Jarir (2001: 1757) menyatakan satu athar:

قاسم بن ر¨يعة قال: : «عن ال

ª وق/اص kقرأ

ما ن¢سخ من آية «سمعت سعد eن أ

و ت¢سها: ».أ

W ت

و ت¢سأها«فإن/ سعيد eن ا»سي/ب يقرأ: «قال: قل

قال: )قال ».أ

قرآ«سعد: مسي;ب إن/ ال

� آل ا&

مسي;ب وال

� ا&

ل ، جل/ ­ناؤه: ».ن &م ي¥ /Kقال ا

: �سنقرئك فال ت¢® � � /ك إذا �سيت �] 6[األ كهف: �واذكر ر

.]24[ال

Maksud: Al-Qasim bin Rabi‘ah yang menceritakan bahawa beliau pernah mendengar Sa‘ad bin Abu Waqqas membacakan ayat ini seperti berikut, (ما ننسخ من آية أو تنسها) yang bermaksud, “Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami lupakan (Surah al-Baqarah, 2: 106), iaitu dengan bacaan ‘tansaha’ (تنسها). Maka ia berkata kepada Sa‘ad bin Abu Waqqas bahawa sesungguhnya Sa‘id bin al-Musayyab membacanya dengan bacaan aw tunsa’uha (أو تنسأها). Maka Sa'd bin Abu Waqqas menjawab, “Sesungguhnya al-Quran itu tidak diturunkan kepada al-Musayyab, juga tidak kepada keluarga al-Musayyab.” Selanjutnya Sa‘ad bin Abu Waqqas membacakan firman-Nya: (سنقرئك فال تنسى) yang bermaksud, “Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (a-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa, (6) (Surah al-A‘la, 87: 6). Dan membaca firman-Nya: ( واذكر ربك إذا نسيت), yang bermaksud, “Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa. (Surah al-Kahfi, 18: 24).

(Ibn Jarir)

Imam Ibn Abi Hatim (1998: 11/66) membawakan satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam (Ahmad, 2001: 21085):

قضانا، «ن ابن ب/اس قال: قال مر: w أ

°ªدع من قول أ قرؤنا، و�ن/ا {

wª أ

».وأ

k wªقول: خذت من فم رسول اهللا «وأ

دعه ملسو هيلع هللا ىلصأ

أ

ما ن¢سخ من �واهللا kقول: ».فال

و ن¢سها ].»۱۰۶:£[ا�قرة:�آية أ

Maksud: Ibn ‘Abbas berkata, “Umar RA pernah menyatakan, “Orang yang paling adil antara kami dan Ubay ialah orang yang paling ahli qiraat, tetapi sesungguhnya kami benar-benar meninggalkan sebahagian dari perkataan Ubay. Demikian itu kerana Ubay pernah menyatakan bahawa ia tidak akan meninggalkan sesuatu pun yang pernah ia dengar dari Rasulullah SAW.”

Page 14: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

12

Padahal Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan). (Surah al-Baqarah, 2: 106).

(Ahmad) Hadis ini diperkukuhkan pula dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam (Al-Bukhari, 2001: 4481):

دع من «: ، قال: قال مر عن ابن ب/اس ، و�ن/ا { w قضانا

، وأ wª

قرؤنا أ

أ

eي²ا kقول: ن/ أ

، وذاك أ °ª

دع ش�ئا سمعته م «قول أ

أ

ال /Kوقد قال ملسو هيلع هللا ىلص.» ن رسول ا

:

iعاj /Kو ن¢سها�ا ].»۱۰۶:£[ا�قرة:�ما ن¢سخ من آية أ

Maksud: Ibn ‘Abbas berkata, “Sahabat Umar pernah menyatakan, “Orang yang paling ahli qiraat antara kami adalah Ubay, sedangkan orang yang paling ahli dalam masalah peradilan antara kami adalah Ali. Tetapi sesungguhnya kami benar-benar meninggalkan sebahagian dari perkataan Ubay. Demikian itu kerana dia pernah menyatakan bahawa dia tidak akan meninggalkan sesuatu pun dari apa yang pernah dia dengar dari Rasulullah SAW 'Padahal Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan). (Surah al-Baqarah, 2: 106).

(Al-Bukhari) Seterusnya, Imam Ibn al-Kathir (1999: 1/378) melanjutkan perbincangan tafsiran firman Allah SWT berikut:

خنحن جن يم ىم مم

Maksud: Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya.

(Surah al-Baqarah, 2: 106) Ayat ini membawa maksud yang pelbagai dalam kalangan ulama tafsir daripada sahabah dan tabiin, iaitu: (1) Ibn ‘Abbas: Lebih baik manfaatnya buat kamu dan lebih ringan bagi kamu. (2) Abu al-‘Aliyah: Kami akan mendatangkannya atau Kami datangkan yang sebanding

dengannya. (3) Al-Saddi: Kami datangkan yang lebih baik daripada apa yang Kami nasakhkan itu, atau

Kami datangkan yang sebanding dengan apa yang Kami tinggalkan itu. (4) Qatadah: Ayat yang dalamnya terkandung keringanan atau rukhsah (kemurahan) atau

perintah atau larangan.

Imam Ibn al-Kathir (1999: 1/378) menyambung lagi perbincangan tafsiran dalam firman Allah SWT berikut pula:

Page 15: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

13

نئ مئ زئ رئ ى ر ذ يي ىي مي خي يئ ىئ

Maksud: Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan. (107)

(Surah al-Baqarah, 2: 107) Melalui ayat ini, Allah SWT memberi petunjuk kepada hamba-Nya bahawa Dialah yang mengatur semua makhluk menurut apa yang dikehendaki-Nya, Dialah yang menciptakan dan yang memerintah, Dialah yang mengatur, Dialah yang menciptakan mereka menurut apa yang dikehendaki-Nya, Dia membahagiakan dan mencelakakan siapa yang dikehendaki-Nya, Dia menyehatkan dan membuat sakit siapa yang dikehendaki-Nya, Dia memberi taufik siapa yang dikehendaki-Nya, Dia yang menghinakan siapa yang dikehendaki-Nya. Allah juga yang mengatur hukum hakam kepada para hamba-Nya menurut apa yang dikehendaki-Nya. Untuk itu Dia menghalalkan dan mengharamkan apa yang dikehendaki-Nya, Dia membolehkan dan mengharamkan apa yang dikehendaki-Nya. Dialah yang mengatur hukum menurut apa yang dikehendaki-Nya, tiada yang dapat menolak ketetapan-Nya, dan tiada yang menanyakan apa yang diperbuat-Nya, sedangkan merekalah yang akan dimintai pertanggungjawaban oleh-Nya. Dia menguji hamba-Nya dan ketaatan mereka kepada rasul-Nya melalui hukum nasakh. Untuk itu, Dia memerintahkan sesuatu kerana dalamnya terkandung kemaslahatan yang hanya Dia sendirilah yang mengetahuinya, kemudian Dia melarangnya kerana suatu penyebab yang hanya Dia sendirilah yang mengetahuinya. Taat yang sesungguhnya ialah mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya, mengikuti rasul-Nya dalam membenarkan apa yang diberitakan oleh mereka, dan mengerjakan apa yang diperintahkan mereka serta menjauhi apa yang dilarang oleh mereka. Dalam ayat ini terkandung makna bantahan yang keras dan penjelasan yang terang kepada kekufuran orang Yahudi dan kepalsuan keraguan mereka yang mempercayai bahawa nasakh merupakan hal yang mustahil, baik menurut rasio mereka maupun menurut apa yang didugakan oleh sebahagian dalam kalangan mereka yang bodoh lagi ingkar, atau menurut dalil naqli seperti yang dibuat-buat oleh sebahagian yang lain dalam kalangan mereka untuk mendustakannya. Imam Ibn Jarir (2001: 2/403) menyatakan bahawa takwil ayat ini adalah seperti berikut:

Tidakkah kamu mengetahui, hai Muhammad, bahawa sesungguhnya milik-Ku-lah semua kerajaan langit dan kerajaan bumi serta kekuasaan keduanya, bukan milik selain-Ku. Aku mengatur hukum pada keduanya dan semua yang ada pada keduanya menurut apa yang Aku kehendaki. Dan Aku memerintahkan pada keduanya serta pada semua yang ada pada keduanya menurut apa yang Aku kehendaki. Aku melarang semua yang Aku kehendaki. Aku menasakh dan mengganti sebahagian dari hukum-Ku yang Aku tetapkan terhadap hamba-Ku menurut apa yang aku kehendaki pada ketika Aku menghendakinya. Aku menetapkan pada keduanya semua yang Aku kehendaki.

Abu Ja‘far bin Jarir menyatakan, sekalipun berita ini ditujukan sebagai khitab kepada Nabi SAW oleh Allah SWT sebagai penghormatan dari-Nya buat Nabi SAW, tetapi sekali gus sebagai bantahan yang mendustakan orang Yahudi kerana mereka mengingkari adanya penasakhan kitab Taurat serta ingkar kepada kenabian Nabi Isa AS dan Nabi Muhammad

Page 16: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

14

SAW Mereka melakukan demikian kerana kedua-dua Rasul ini datang dengan membawa kitab yang diturunkan dari sisi Allah SWT yang dalamnya terkandung hal yang diturunkan oleh Allah SWT untuk mengubah sebahagian dari hukum hakam Taurat. Maka Allah SWT memberitahukan kepada mereka bahawa milik Dialah semua kerajaan langit dan bumi serta kekuasaan yang ada pada keduanya. Semua makhluk adalah penduduk dari kerajaan-Nya yang harus taat kepada-Nya. Mereka harus patuh dan taat kepada perintah dan larangan-Nya, dan Allah SWT berhak memerintah mereka dengan apa yang dikehendaki-Nya, serta melarang mereka dengan apa yang dikehendaki-Nya. Dia menasakhkan apa yang dikehendaki-Nya dan menetapkan apa yang dikehendaki-Nya. Dia berhak mengadakan apa yang dikehendaki-Nya, baik berupa ketetapan, perintah, ataupun larangan-Nya. Menurut Imam Ibn al-Kathir (1999: 1/379), hal yang mendorong orang Yahudi mengungkit-ungkit masalah nasakh tiada lain hanyalah kekufuran dan keingkaran mereka. Hal ini kerana sesungguhnya menurut rasional akal bahawa tiada sesuatu hal pun yang mencegah adanya penasakhan dalam hukum hakam Allah SWT, sebab Dia memutuskan hukum menurut apa yang dikehendaki-Nya, sebagaimana Dia berbuat menurut apa yang dikehendaki-Nya. Padahal masalah nasakh itu sesungguhnya terjadi dalam kitab Allah SWT yang terdahulu dan syariat-syariat-Nya sebelum al-Quran. Misalnya dalam syariat Nabi Adam Allah SWT menghalalkan menikahkan anak lelakinya dengan anak perempuannya. Kemudian sesudah populasi manusia bertambah banyak, maka hal tersebut diharamkan. Dalam syariat Nabi Nuh, sesudah dia keluar dari perahunya, maka ia dihalalkan memakan daging semua haiwan; kemudian dimansukh, dan yang dihalalkan hanya sebahagiannya saja. Pada masa lalu, iaitu dalam syariat Nabi Ya‘qub bahawa kaum Bani Israil diperbolehkan menikahi dua orang perempuan yang bersaudara (kakak dan adiknya), kemudian dalam kitab Taurat hal tersebut diharamkan, demikian pula pada syariat sesudahnya. Allah SWT pernah memerintahkan kepada Nabi Ibrahim AS untuk menyembelih anak laki-lakinya, iaitu Nabi Ismail. Kemudian hal itu dimansukh sebelum Nabi Ibrahim melakukannya. Allah SWT memerintahkan agar membunuh semua Bani Israil yang pernah menyembah anak lembu, kemudian hukuman tersebut dinasakh agar mereka tidak habis kerana dihukum mati. Masih banyak hal lainnya yang sangat panjang kisahnya bila dikemukakan; mereka mengakui adanya penasakhan tersebut, tetapi mereka berpaling dan tidak mahu mengakuinya. Bantahan yang mereka kemukakan terhadap dalil tersebut tujuan utamanya ialah untuk mengelak dari kenyataan itu sendiri. Dalam kitab mereka sudah dikenal adanya berita gembira mengenai kedatangan Nabi Muhammad SAW, juga perintah untuk mengikutinya. Kenyataan ini mewajibkan mereka mengikuti Nabi SAW dan bahawa tiada lagi suatu amal pun yang dapat diterima kecuali dengan mengamalkan syariatnya, tanpa memandang kepada suatu pendapat yang menyatakan bahawa sesungguhnya syariat yang terdahulu sudah berakhir sampai dengan masa Nabi SAW diangkat menjadi utusan Allah SWT. Maka hal ini bukan dinamakan nasakh kerana berdasarkan kepada firman-Nya yang menyatakan:

يتىت نت مت زت رت

Maksud: Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).

(Surah al-Baqarah, 2: 187)

Menurut pendapat lainnya apa yang disebut oleh ayat ini bersifat mutlak, dan bahawa syariat Nabi Muhammad SAW menasakhnya. Berdasarkan interpretasi mana pun pada garis besamya diwajibkan mengikuti syariat Nabi Muhammad SAW, tiada pilihan lain, mengingat dia datang membawa Kitab Allah

Page 17: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

15

yang paling akhir dan yang baru diturunkan oleh Allah SWT Melalui ayat surat al-Baqarah ini Allah SWT menjelaskan boleh adanya nasakh sebagai bantahan terhadap orang Yahudi Laknatullah ‘Alayh sebagaimana yang Allah SWT berfirman dengan maksud, Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan. (Surah al-Baqarah, 2: 107). Hal ini kerana semua kerajaan ini adalah milik Allah SWT tanpa ada yang me-nyaingi-Nya, maka Dia berhak mengatur hukum menurut apa yang dikehendaki-Nya. Seperti yang disebutkan dalam ayat lainnya, iaitu firman-Nya:

ميزي ري ى ين

Maksud: Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan.

(Surah al-A‘raf, 7: 54)

Begitu juga ditetapkan dalam surah Ali ‘Imran (3: 93) dalam salah satu ayatnya yang menceritakan perihal kaum ahli kitab, bahawa dalamnya terdapat nasakh, iaitu pada firman-Nya:

ى ر ذ يي ىي مي خي حي جي يه ىه مب زب رب يئ ىئ نئ مئ زئ رئ

Maksud: Segala jenis makanan dahulu adalah halal bagi Bani Israil, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil (Nabi Yaakub) kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika ada makanan yang diharamkan kepada kamu - wahai Bani Israil - sebelum Kitab Taurat diturunkan) maka bawalah kamu Kitab Taurat itu kemudian bacalah akan dia, kalau betul kamu orang yang benar. (93)

(Surah Ali ‘Imran, 3: 93)

Seluruh kaum Muslimin sepakat bahawa nasakh dalam hukum hakam Allah SWT itu ada kerana dalamnya terkandung hikmah yang agung dan mereka semua menyatakan bahawa nasakh itu ada. Akan tetapi, mengenai pendapat Abu Muslim al-Asbahani, iaitu salah seorang seorang ulama tafsir yang menyatakan bahawa tiada suatu nasakhpun dalam al-Quran, pendapatnya itu lemah, tidak dapat diterima lagi tidak diendahkan. Hal ini demikian kerana ternyata dia memaksakan diri dalam membantah kenyataan nasakh yang ada, antara lain dalam masalah idah empat bulan sepuluh hari yang sebelumnya adalah satu tahun. Dia tidak mengemukakan jawaban yang dapat diterima dalam masalah ini. Juga dalam masalah pengalihan kiblat dari Baitul Maqdis ke Ka'bah, dia tidak menjawab sepatah kata pun. Masalah lainnya yang dia tidak dapat menjawabnya ialah dinasakh-Nya perintah bersabar bagi seorang muslim dalam menghadapi sepuluh orang musyrik, hingga menjadi dua orang musyrik saja. Contoh lainnya ialah wajib bersedekah sebelum bermunajat (berbicara) dengan Rasul SAW, dan lain sebagainya. Surah al-Baqarah (2: 108)

Allah SWT menegaskan tentang peri penting untuk beradab kepada Nabi Muhammad SAW khususnya ketika era penurunan wahyu berdasarkan pengajaran yang boleh diambil terhadap kaum Bani Israil yang tidak bersikap demikian kepada Nabi Musa AS. Firman-Nya:

Page 18: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

16

زث رث يت ىتنت مت زت رت يب ىب نب مب زب رب يف ىف يث ىث نث مث

Maksud: Adakah kamu pula hendak meminta dari Rasul kamu sebagaimana diminta dari Nabi Musa (oleh kaumnya) dahulu? Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran, maka sesungguhnya ia sesat dari jalan yang lurus. (108)

(Surah al-Baqarah, 2: 108) Imam Ibn al-Kathir (1999: 1/380) berkata, melalui ayat ini Allah SWT melarang para Mukmin banyak bertanya kepada Nabi SAW mengenai hal yang belum terjadi. Ayat ini semakna dengan ayat lainnya, iaitu firman-Nya:

جخ مح جح مج حج مث هت مت خت حت جت هب مب خب

حط مض خض حض جضمص خص حص مس خس حس جس مخ

Maksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar. (101)

(Surah al-Ma’idah, 5: 101)

Maksudnya, jika kamu menanyakannya secara terperinci sesudah al-Quran diturunkan, nescaya hal itu akan diterangkan kepada kamu. Tetapi janganlah kamu menanyakan sesuatu sebelum ada keterangannya, kerana barangkali hal itu akan diharamkan kerana adanya pertanyaan kamu itu. Oleh kerana itu, dalam sebuah hadis sahih disebutkan seperti berikut (Al-Bukhari, 2001: 7289):

eيه ن �<ر ª وق/اص، ن أ

ن/ ا{/|/ بن سعد بن أ

ظم «قال: ملسو هيلع هللا ىلص، أ

إن/ أ

ه

¶جل <سأ

م من أ م، فحر; ء &م Dر/ ل ن

».ا&مسلمM جرما، من سأ

Maksud: ‘Amir bin Sa‘d bin Abi Waqqas daripada bapanya RA mencertikan bahawa Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya Muslim yang paling besar dosanya ialah seseorang yang menanyakan sesuatu yang (pada asal mulanya) tidak diharamkan, kemudian diharamkan kerana pertanyaannya itu.

(Al-Bukhari)

Ketika Rasulullah SAW ditanya mengenai seorang lelaki yang menjumpai isterinya sedang bersama lelaki lain, baginda SAW bingung; sebab jika menjawabnya bererti baginda SAW membicarakan suatu perkara yang besar. Tetapi jika Baginda SAWu diam, bererti baginda SAW diam terhadap perbuatan tersebut. Maka baginda SAW tidak suka dengan orang yang menanyakan demikian, lalu baginda SAW mencelanya. Sesudah itu turunlah ayat

Page 19: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

17

Mula‘anah, iaitu ayat tentang li‘an. Oleh kerana itu, maka dalam kitab hadis al-Mugirah bin Syu‘bah ada menyebut (Al-Bukhari, 2001: 7292; Muslim, t.th.: 593):

ن ºيل وقال، و¹ vنk ؤال، و�ضاعة ا&مال �ن Bة ا&س ½.

Maksud: Adalah Rasulullah SAW melarang perbuatan dikatakan begitu dan berkata begini, banyak bertanya, dan memboroskan harta.

(Al-Bukhari dan Muslim) Dalam khutbah Rasulullah SAW ada menyatakan (Muslim, t.th.: 1337):

ª هرYرة، قال: ت*م، فإ�/ما «، )قال: ملسو هيلع هللا ىلصخطبنا رسول اهللا «ن أ

ذرو¾ ما تر¹

ن¿يائهم، فإذا فهم � أ

ة سؤا&هم واختال <رت*م هلك من �ن ºبل*م ب*½

أ

ء فدعوه توا منه ما استطعتم، و�ذا �هيت*م ن ء فأ ÀÁ.«

Maksud: Abu Hurayrah RA berkata, “Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami dengan sabdanya, “Biarkanlah aku dengan apa yang aku tinggalkan buat kamu, kerana sesungguhnya binasa orang sebelum kamu hanya kerana mereka banyak bertanya dan banyak menentang para nabi mereka. Oleh kerana itu, apabila aku perintahkan suatu perintah kepada kamu, kerjakanlah oleh kamu apa yang kamu mampu darinya. Dan jika aku larang kamu dari sesuatu, maka jauhilah ia.

(Muslim) Dalam satu situasi yang lain, pernah Rasulullah SAW memberitahu tentang kewajipan haji sebagaimana hadis berikut (Al-Tirmidhi, 1998: 3055; Ibn Majah, 2009: 2884):

، قال: ° ت «ن

ا نزل �&م/

ه س¿يال

�يت، من استطاع إ

� ا{/اس، حجB ا� /Kو�

جB @ «قا&وا: ]ÃÄ:۳،[آل عمران ا� /K�م؟ يا رسول ا ;Å« :فسكت، ­م/ قا&وا» @

أ

ت: ن«)قال: »Å; �م؟، و&و قل

ت ».م، &وجبت «ال

ل �ف¥

ين آمنوا، ال

/Pها ا Bk

يا أ

*م HسؤÆم شياء إن jبد ل

&وا ن أ

].Ç:۱۰۱، [ا»ائدة �Hسأ

Maksud: ‘Ali RA berkata, “Ketika turun wahyu, ( على الناس، حج البيت، من استطاع إليه سبيال Aو)

Erti: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. (Surah Ali ‘Imran, 3: 97). Lalu para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah! Adakah haji itu dilakukan setiap tahun? Baginda SAW diam. Kemudian mereka bertanya lagi, “Adakah haji itu dilakukan setiap tahun.” Baginda menjawab, “Tidak.” Kalaulah aku katakan, “Ya! Maka akan diwajibkan (setiap tahun).” Lalu turunlah wahyu, ( يا أيها الذين آمنوا، ال تسألوا عن أشياء إن تبد لكم تسؤكم), yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu. (Surah al-Ma’idah, 5: 101).

(Al-Tirmidhi dan Ibn Majah)

Oleh kerana itu dalam satu hadis yang lain ada menjelaskan (Muslim, t.th.: 12):

Page 20: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

18

�س بن ما&ك ن أ :ل رسول اهللا «، قال

ن �سأ

ء، ف�ن ملسو هيلع هللا ىلصنهينا أ ن

ن �سمع

Èو ،

Wعاقل، ف�سأ

ادية ال

هل ا�

ن يÉء ا&ر/جل من أ

».kعجبنا أ

Maksud: Anas bin Malik menyatakan, “Kami dilarang menanyakan sesuatu kepada Rasulullah SAW.” Anas RA sangat senang bila ada seorang lelaki dalam kalangan penduduk Badwi (perkampungan), lalu lelaki itu bertanya kepada Rasulullah SAW, maka kami akan mendengarkannya dengan penuh perhatian.

(Muslim)

Manakala satu athar yang lain pula juga menyatakan (Al-Ruyani, 1995: 308):

Ëاء قال: «عن ا& /Kل رسول ا

سأ

ن أ

رYد أ

نة أ / ا&س/ Ì

أ

ء ملسو هيلع هللا ىلصإن �نت ¶ /À&عن ا

عراب

تمÎ/ اإل

jهي/به، قال: و�ن كن/ا { ».فأ

Maksud: Al-Barra bin Azib yang menyatakan, “Sesungguhnya berlalu masa satu tahun aku memendam perasaan ingin bertanya kepada Rasulullah SAW tentang suatu masalah, tetapi aku merasa takut dan segan kepadanya. Sesungguhnya aku benar-benar berharap semoga ada orang Badwi datang bertanya kepadanya (lalu aku mendengarnya).”

(Al-Ruyani)

Sifat beradab yang dipraktikkan oleh para sahabat sebagaimana yang disuruh oleh Allah SWT tentang tidak banyak bertanya ada digambarkan oleh satu hadis berikut (Al-Bazzar, 2009: 5065):

يت قوما خ «، قال: عن ابن ب/اس، صحاب Ïمد ما رأ

ما سأ&وه ملسو هيلع هللا ىلصrا من أ

قرآن: ها @ ال

Bة >

لة <سأ Ðع Ñن ثن

/م�Ò �إال

مر وا&

&ونك عن ا�

، و � Óسأ

رام �هر ا� &ونك عن ا&ش/

تاÕ �، و �Óسأ

�&ونك عن ا

ت: �وÓسأ

ا نزل وال �قال فلم/

Öيم

�وا مال ا ت: �jقرل الطوهم و�ن�عز&وا طعا<هم من طعا<هم ف¥

Ø

مصلح مفسد من ا&

kعلم ا& /Kفإخوان*م وا�.«

Maksud: Ibn ‘Abbas RA yang menyatakan, “Aku belum pernah melihat suatu kaum yang lebih baik daripada sahabat Muhammad SAW Mereka tidak pernah bertanya kecuali dua belas masalah, yang semuanya itu terdapat dalam al-Quran.” Iaitu firman-Nya, ( يسألونك عن yang bermaksud, “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai (الخمر والميسر arak dan judi.” (Surah al-Baqarah, 2: 219), ( يسألونك عن الشهر الحرام), yang bermaksud, “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati.” (Surah al-Baqarah, 2: 217), ( ويسألونك عن اليتامى), yang bermaksud, “Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim.” (Surah al-Baqarah, 2: 220). Ibn ‘Abbas berkata, “ketika ayat ini turun, ( وال تقربوا ”.yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim (مال اليتيم (Surah al-Isra’, 17: 34), para sahabat memisahkan makanan mereka daripada makanan anak yatim. Lalu turun wahyu, ( يعلم المفسد من المصلح Pخالطوهم فإخوانكم و yang (وإن ت

Page 21: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

19

bermaksud, “dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seugama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya.”

(Al-Bazzar) Terbukti bahawa para sahabat yang mendokong Nabi SAW merupakan golongan yang sangat berbeza dengan kaum Bani Israil yang mendokong Nabi Musa AS. Oleh kerana itu, dalam kitab taurat ada menjelaskan bahawa Allah SWT bukan sahaja memilih Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul yang terakhir, tetapi juga memilih para sahabat untuk mendokong agama ini agar menjadi pembela dan penafsir kepada kehidupan Nabi SAW untuk umat manusia sehingga ke hari kiamat (Jasmi, 2019a). Perbincangan lanjut tentang tafsiran firman Allah SWT dijelaskan oleh Imam (Ibn al-Kathir, 1999: 1/381):

ىتنت مت زت رت يب ىب نب مب زب رب

Maksud: Adakah kamu pula hendak meminta dari Rasul kamu sebagaimana diminta dari Nabi Musa (oleh kaumnya) dahulu?

(Surah al-Baqarah, 2: 108) Iaitu memang kamu menghendakinya. Atau istifham, iaitu kata tanya di sini mempunyai erti sesuai dengan babnya, iaitu istifham inkari, iaitu kata tanya yang mengandung kecaman. Hal ini bersifat menyeluruh mencakup kaum Mukmin, juga orang kafir kerana sesungguhnya Rasulullah SAW diutus untuk kesemuanya, seperti yang disebutkan oleh firman-Nya:

حت جت هب مب خبحب جب هئ مئ خئ حئ جئ يي ىي مخجخ مح جح مج حج مث هت مت خت

Maksud: Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. Mereka berkata, “(Wahai Musa) perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata (supaya kami dapat melihat-Nya dan percaya kepadaNya)". Lalu mereka disambar oleh petir dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah).

(Surah al-Nisa’, 4: 153)

Ayat dalam surah al-Baqarah (2: 108) ini menurut riwayat adalah disebabkan oleh dua orang Yahudi yang meminta kepada Nabi SAW sesuatu sebagaimana athar berikut (Ibn Jarir, 2001: 1777; Ibn Abi Hatim, 1998: 1074):

«، قال: عن ابن ب/اس /Kد &رسول اYن زe ملة، ووهبYن حرe ملسو هيلع هللا ىلصقال رافع :�هارا نÖ/بعك ونصد; يا«

ا أ

ر { ماء �قرؤه، وفج; علينا من ا&س/

W;¥نا ب*تاب تÖد ائ ».قك Ïم/

Page 22: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

20

@ ذ&ك من قو&هم: /Kنزل ا*م كما سئل <وÛ �فأ

&وا رسول

ن Hسأ

م ترYدون أ

أ

¿يل من ºب يمان )قد ضل/ سواء ا&س/

*فر باإلل ال ». ]۰۸£:£[ا�قرة: �ل ومن يÖبد/

Maksud: Ibn ‘Abbas yang menyatakan bahawa Raff bin Huraimilah dan Wahb bin Zaid (keduanya adalah orang Yahudi) bertanya, “Hai Muhammad, datangkanlah kepada kami sebuah kitab yang engkau turunkan dari langit kepada kami untuk kami baca, dan alirkanlah buat kami sungai, nescaya kami akan mengikuti kamu dan percaya kepadamu.” Maka Allah SWT menurunkan firman-Nya sebagai jawapan terhadap ucapan mereka itu, iaitu yang bermaksud, “Adakah kamu pula hendak meminta dari Rasul kamu sebagaimana diminta dari Nabi Musa (oleh kaumnya) dahulu? Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran, maka sesungguhnya ia sesat dari jalan yang lurus.” (Surah al-Baqarah, 2: 108).

(Ibn Jarir dan Ibn Abi Hatim) Abu Ja‘far al-Razi meriwayatkan berkaitan dengan firman (surah al-Baqarah, 2: 108) dengan athar berikut (Ibn Jarir, 2001: 1783; Ibn Abi Hatim, 1998: 1076):

عا�ة، قال: قال رجل:ª ال

ارات « ن أ اراjنا كف/ &و �نت كف/ /Kيا رسول ا yب

اÝيل Þإ.« B|/}هم/ « :ملسو هيلع هللا ىلص)قال ا/ ا&ل

ثا -�بغيها ال

طاÆم ما -ثال

àا خr اهللا أ

اÝيل، بy أعطى Þنو �نت إe يÝا Þصاب إذا ل إحدهم أ

طيئة أ

وجدها ا�

ة توارjها، بابه � مك ف/

رها فإن و¹ �نت Æف/

W اY�يا @ خز Bâرها &م و�ن ا ي*ف;

�نت

W اYخرة، @ خز

طاÆم )ما اآل أ /Kا rا خ طى <م/

اÝيل بy أ Þإ.«

Maksud: Abu al-‘Aliyah berkata, “Seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, sekiranya kifarat kita sama dengan kifarat kaum Bani Israil.” Maka Nabi SAW menjawab: “ Ya Allah, kami tidak menginginkannya —sebanyak tiga kali— apa yang diberikan oleh Allah SWT kepada kamu lebih baik daripada apa yang diberikan kepada Bani Israil. Dahulu orang Bani Israil apabila seseorang dari mereka melakukan perbuatan dosa, maka ia menjumpai dosanya itu tertulis di atas pintu rumahnya dan tertulis pula kifaratnya. Jika dia membayar kifarat-nya, maka baginya kehinaan di dunia; dan jika dia tidak membayar kifarat dosanya, maka baginya kehinaan di akhirat. Apa yang diberikan oleh Allah SWT kepada kamu lebih baik daripada apa yang diberikan kepada Bani Israil.

(Ibn Jarir dan Ibn Abi Hatim) Selanjutnya Abu al-‘Aliyah membacakan firman-Nya:

ري ى ين ىن نن من زن رن مم ام يل ىل مل يك

Maksud: Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (110)

(Surah al-Nisa’, 4: 110)

Page 23: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

21

Begitu juga satu hadis ada menjelaskan (Muslim, t.th.: 233):

ª هرYرة، عن ا{/|; معة، «قال: ملسو هيلع هللا ىلصن أ

äا

iمعة إ

äمس، وا

لوات ا� ا&ص/

ارات &ما ب�نهن/ ».كف/

Maksud: Abu Hurayrah RA menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda, “Solat lima waktu dan Jumaat ke Jumaat yang lainnya merupakan kifarat bagi dosa antara keduanya.

(Muslim)

Hadis ini diperkukuhkan lagi dengan satu hadis yang lain yang menjelaskan (Al-Harith, 1992: 1050):

�س ن أ /Kن/ رسول ا

عÐ حسنات «قال: ملسو هيلع هللا ىلصأ

W سنة )عملها كتبتå /من هم،

حسنة واحدة

W ها كتبتومن هم/ Áس�;ئة )عملها كتبت عليه س�;ئة ،فإن &م kعمل

ها &م ي*تب عليه ء واحدة، فإن &م kعمل .«

Maksud: Anas menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang berniat melakukan suatu perbuatan baik, dan dia melakukannya, maka ditulis untuk sepuluh kebaik. Sekiranya dia tidak melakukannya, maka ditulis untuknya satu kebaikan. Manakala sesiapa yang berniat melakukan kejahatan dan di melakukannya, maka ditulis untuk satu dosa sahaja. Sekiranya dia tidak melakukannya, maka tidak akan ditulis untuk sesautu dosa pun.

(Al-Harith)

Terdapat juga riwayat yang menyatakan bahawa ayat (surah al-Baqarah, 2: 108) adalah berkaitan dengan satu athar Tabiin menyatakan (Ibn Jarir, 2001: 1781; Ibn Abi Hatim, 1998: 1075):

فا ذهبا، )قال: « ن æاهد قال: ن çعل &هم ا&ص/دا أ ت قرÓش Ïم/

ل، وهو �عم «سأ

اÝيل إن Æفرjم Þإ y� مائدة*م �&

» . ل /Kنزل ا

بوا ورجعوا، فأ

م ترYدون �فأ

أ

*م كما سئل <وÛ من ºبل &وا رسول

ن Hسأ

] إ ۱۰۸:£أ ،[ا�قرة �أ /Kهم اYن ير

».جهرة

Maksud: Mujahid berkata, “Orang Quraisy pernah meminta kepada Muhammad SAW agar menjadikan Bukit Safa menjadi emas buat mereka. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Ya, Bukit Safa menjadi emas bagi kamu seperti maidah (hidangan dari langit) buat Bani Israil.” Dan ternyata mereka menolak serta mencabut kembali permintaan mereka. Maka Allah SWT menurunkan wahyu-Nya yang bererti, “Adakah kamu pula hendak meminta dari Rasul kamu sebagaimana diminta dari Nabi Musa (oleh kaumnya) dahulu?, iaitu untuk melihat Allah seketika.”

(Ibn Jarir dan Ibn Abi Hatim)

Page 24: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

22

Sebenarnya ayat ini membawa maksud bahawa Allah SWT mencela orang yang meminta sesuatu hal kepada Rasulullah SAW dengan permintaan yang menyusahkan dan menggurui, seperti permintaan yang diajukan oleh Bani Israil kepada Nabi Musa AS dengan permintaan yang menyusahkan, mendustakan, dan mengingkarinya. Oleh kerana itu, Allah SWT melanjutkan firman-Nya:

مث زث رث يت

Maksud: Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran

(Surah al-Baqarah, 2: 108) Ayat ini membawa maksud kepada sesiapa yang membeli kekufuran dengan menukamya dengan keimanan. Maka balasan yang diterima meraka di dunia dijelalkan lagi dalam firman-Nya:

يف ىف يث ىث نث

Maksud: Maka sesungguhnya ia sesat dari jalan yang lurus. (108)

(Surah al-Baqarah, 2: 108) Iaitu dia benar-benar menyimpang dari jalan yang lurus dan menuju kepada kebodohan dan kesesatan. Memang demikianlah keadaan orang yang menyimpang dari percaya kepada nabi, tidak mahu mengikuti dan tidak mahu taat kepada mereka, bahkan menentang dan mendustakan mereka serta menyusahkan mereka dengan pertanyaan-pertanyaan yang tidak diperlukan yang tujuannya tiada lain hanya ingkar dan memberatkan mereka. Seperti yang dinyatakan dalam firman lainnya, iaitu:

اك يق ىق يف ىف يث ىث نث مث زث رث يت ىت نت مل يك ىك مكلك

Maksud: Tidakkah engkau melihat (dan merasa ajaib) terhadap orang kafir yang menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran, dan yang menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan? (28) (Iaitu) neraka Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; dan (ingatlah), seburuk-buruk tempat tetap ialah neraka Jahannam. (29)

(Surah Ibrahim, 14: 28-29)

Abu al-‘Aliyah menyatakan bahawa makna ayat ini (iaitu al-Baqarah, 2: 108) ialah barang siapa yang menukar kebahagiaan dengan kesengsaraan. Surah al-Baqarah (2: 109-110)

Pelbagai adab yang diajarkan oleh Allah SWT kepada para sahabat ketika bersama dengan Rasulullah SAW agar mereka tidak mengikut jejak langkah kaum Bani Israil yang dilaknat oleh Allah SWT. Kesan laknat itu menyebabkan mereka sangat menentang Nabi Muhammad

Page 25: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

23

SAW, para sahabat, dan umat Islam sehingga ke hari kiamat dan sentiasa berusaha agar umat ini terpesong daripada agama yang hak. Firman-Nya:

ام يل ىل مل يك ىك مك لك اك يق ىق جئ يي ىي ني ميزي ري ى ين ىن نن من زن رن مم مثهت مت خت حت جت هب مب خب حب جب هئ مئخئ حئ حض جض مص خص حص مس خسحس جس مخ جخ مح جح مج حج

Maksud: Banyak antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad SAW). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (109) Dan dirikanlah oleh kamu akan solat dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. (110)

(Surah al-Baqarah, 2: 109-110) Berkata Imam Ibn al-Kathir (1999: 1/382), Allah SWT memperingatkan hamba-Nya yang Mukmin agar waspada terhadap tingkah laku orang kafir dalam kalangan Ahli Kitab. Dia memberitahukan kepada mereka akan permusuhan orang Ahli Kitab itu terhadap diri mereka, baik secara lahir maupun batin. Juga diberitahukan oleh Allah SWT bahawa dalam hati ahli Kitab, mereka memendam rasa kedengkian terhadap para Mukmin, padahal mereka mengetahui keutamaan para Mukmin atas diri mereka dan keutamaan Nabi para Mukmin atas para nabi mereka. Allah SWT memerintahkan hamba-Nya yang beriman agar bersikap untuk berlapang dada dan pemaaf atau bersabar, hingga datang perintah Allah SWT yang membawa pertolongan dan kemenangan. Allah SWT memerintahkan mereka agar mendirikan solat, menunaikan zakat, serta menganjurkan dan mendorong mereka untuk mengerjakannya. Hal ini seperti yang disebutkan dalam satu athar berikut (Ibn Jarir, 2001: 1788; Ibn Abi Hatim, 1998: 1081):

عرب «عن ابن ب/اس، قال: شد; kهود &ل

خطب من أ

بو ياe Þن أ

خطب وأ

�ن حe Béن أ

Wبرسو /Kهم ا م بما استطا�،، وêنا جاهدين @ رد; ا{/اس عن ملسو هيلع هللا ىلصحسدا، إذ خص/

سال

اإل )يهما: /Kنزل ا

كتاب &و يردBون*م �فأ

هل ال

ية ۱۰۹:£ ،[ا�قرة �ود/ كثr من أ

».اآل

Maksud: Ibn ‘Abbas yang menceritakan bahawa Huyay bin Akhtab dan Abu Yasir bin Akhtab merupakan dua orang Yahudi yang paling dengki kepada orang Arab, kerana mereka diberi keistimewaan dengan Rasulullah SAW yang berasal dalam kalangan mereka. Keduanya selalu berupaya keras membalikkan orang dari Islam dengan semua kemampuan yang dimiliki kedua-duanya. Maka Allah SWT menurunkan firman-Nya: Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu. (Surah al-Baqarah, 2: 109), hingga akhir ayat.

(Ibn Jarir dan Ibn Abi Hatim)

Page 26: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

24

Terdapat juga riwayat daripada al-Zuhri berhubung dengan takwil firman Allah SWT (surah al-Baqarah, 109) bahawa yang dimaksud ialah Ka'b ibnul Asyraf. Imam Ibnu Abu Hatim menyatakan (Ibn Abi Hatim, 1998: 1083):

eيه: ا&ر/�ن بن بد ن بن كعب بن ما&ك، ن أ /Kبد ان/ كعب eن «

أ

، �ن شاعرا، وêن kهجو ا{/|/ هودي/

�Zف ا » ملسو هيلع هللا ىلصاأل /Kنزل ا

ود/ كثr �و)يهم أ

كتاب &و يردBون*م من eعد إيمان*م هل ال

ارا حسدامن أ ] 109[ا�قرة: � كف/

:Wقو

iفوا واصفحوا�إ .]109[ا�قرة: �فا Maksud: ‘Abd al-Rahman bin ‘Abdullah bin Ka’ab bin Malik daripada bapanya bahawa beliau menceritakan kepada kami Abu al-Yaman, menceritakan kepada kami Shu‘aib, dari al-Zuhri, menceritakan kepadaku Abd al-Rahman bin Abdullah bin Ka‘ab bin Malik, dari ayahnya, bahawa Ka‘ab bin Ashraf adalah seorang penyair Yahudi yang selalu menghina Nabi SAW (melalui syairnya). Maka sehubungan dengan dialah diturunkan firman-Nya yang bermaksud, “Banyak antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad SAW). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka).” (Surah al-Baqarah, 2: 109).

(Ibn Abi Hatim)

Menurut Imam Ibn Abi Hatim (1998: 1084), Ibn ‘Abbas berkata:

ق كتب واآليات، ­م/ يصد;يديهم من ا&رBسل وال

ي²ا Ëíهم بما @ أ م;

ن/ رسوال أ

أ

كن/هم جحدوا ذ&ك Æفرا شد/ من تصديقهم، ول

و أ

بذ&ك عليه مثل تصديقهم أ

غيا. �فسهم وحسدا وارا حسدا من عند أ كف/ /Kذ&ك قال ا

.و¹

Maksud: Bahawa seorang rasul yang ummi mengkhabarkan kepada mereka (ahli kitab) kitab, rasul, dan mukjizat yang dilakukan oleh Rasul mereka. Kemudian Rasul yang ummi itu membenarkan hal tersebut seperti mereka membenarkannya, tetapi mereka ingkar kepada Rasul itu kerana kufur, dengki, dan kesombongan mereka. Seperti yang dinyatakan oleh firman Allah SWT yang bermaksud kerana dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri.

(Ibn Abi Hatim)

Athar ini bermaksud bahawa sesudah kebenaran jelas dan terang bagi mereka hingga tiada sesuatu pun dari kebenaran itu yang tidak diketahuinya. Akan tetapi, kedengkian yang terpendam dalam hati mereka mendorong mereka ingkar. Oleh kerana itu, Allah SWT mencela dan mengecam serta menghina mereka dengan kehinaan yang tidak terhingga. Kemudian Allah SWT mensyariatkan kepada Nabi-Nya dan juga kepada para Mukmin semua hal yang diamalkan oleh mereka, iaitu membenarkan dan beriman serta mengakui kitab yang diturunkan kepada mereka yang berupa al-Quran dan kitab yang diturunkan sebelum mereka. Semuanya itu berkat kemurahan dari Allah, pahala-Nya yang berlimpah, serta pertolongan-Nya kepada mereka. Al-Rabi' bin Anas menyatakan bahawa min ‘indi anfusihim ( من عند أنفسهم), ertinya dari diri mereka sendiri. Manakala Abu al-‘Aliyah, Qatadah, dan al-Rabi‘ bin Anas menyatakan

Page 27: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

25

bahawa makna firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesudah nyata bagi mereka kebenaran,” iaitu sesudah nyata bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah SWT yang mereka jumpai namanya dalam kitab mereka, Taurat dan Injil. Lalu mereka ingkar kepadanya kerana dengki dan iri hati kerana Rasul tersebut bukan dalam kalangan mereka. Seterusnya Allah SWT menyambung perintah-Nya:

مئخئ حئ جئ يي ىي ني

Maksud: Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintah-Nya.

(Surah al-Baqarah, 2: 109) Perintah ini pada hakikatnya adalah sama pengertiannya dengan firman-Nya dalam surah yang lain:

خص حص مس خس حس جس مخ جخ مح حف جف مغ جغ مع جعمظ حط مض خض حض جض مص مق حق مف خف

Maksud: Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). (186)

(Surah Ali ‘Imran, 3: 186)

Ibn ‘Abbas berkata bahawa firman Allah SWT ini dimansukhkan oleh firman-Nya,

زث رث يت ىت نت مت زت رت يب ىب نب � مك لك اك يق ىق يف ىف يث ىث نث مث

رن مم ام يل ىل مل يك ىك

Maksud: Perangilah orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri. (29)

(Surah al-Tawbah, 9: 29)

Page 28: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

26

Kenyataan ini juga dipersetujui oleh Abu al-‘Aliyah, al-Rabi‘ bin Anas, Qatadah, dan al-Suddi dengan pernyataan bahawa sesungguhnya ayat ini (surah al-Baqarah, 2: 109) dimansukh oleh ayat Saif, iaitu ayat yang memerintahkan perang sebagaimana yang diisyaratkan pula oleh firman Allah SWT:

مت زت رت يب ىب نب مب زب ىث نث مث زث رث يت ىت نت

يلىل مل يك ىك مك لك اك يق ىق يف ىف يث

Maksud: Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika bapa kamu, anak kamu, saudara kamu, dan isteri (atau suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksa-Nya).

(Surah al-Tawbah, 9: 24) Satu hadis yang diriwayatkan oleh Usamah bin Zayid (Al-Bukhari, 2001: 4566):

رسول �ن /Kصحابه ملسو هيلع هللا ىلص اM¹ عن kعفون وأ Ðم

هل ا&

كتاب، وأ

<رهم كما ال

أ

، /Kون اËصYذى، � و : قال األ /Kفوا اÌ ح_/ واصفحوا (فا

يأ /Kره ا>

إن/ بأ

/Kا � ;Å ء رسول وêن قدير) /Kل ملسو هيلع هللا ىلص ا عفو من يتأو/<ره ما ال

أ /Kح_/ به، ا

ذن أ /Kقتل بقتل، )يهم ا( /Kتل من به اº ش صناديد منÓقر

Maksud: Pada mulanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya memaafkan orang musyrik dan Ahli Kitab seperti apa yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada mereka dan mereka bersabar dalam menahan gangguan yang menyakitkan (dari kalangan orang musyrik dan Ahli Kitab). Allah SWT berfirman, “Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah SWT mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Surah al-Baqarah, 2: 109). Dan Rasulullah SAW mentakwilkan makna memaafkan sesuai dengan apa yang diperintahkan Allah SWT kepadanya sehingga Allah SWT mengizinkan baginda untuk memerangi mereka. Maka terbunuhlah orang yang terbunuh dalam kalangan para pemimpin Quraisy sesudah ada izin dari Allah SWT (untuk memerangi mereka).

(Al-Bukhari)

Seterusnya, Allah SWT memerintahkan umat Islam dengan firman-Nya:

جس مخ جخ مح جح مج حج مثهت مت خت حت خسحس

Page 29: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

27

Maksud: Dan dirikanlah oleh kamu akan solat dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah.

(Surah al-Baqarah, 2: 104-110) Dalam ayat ini, Allah SWT menganjurkan mereka menyibukkan diri mengerjakan hal yang bermanfaat bagi diri mereka dan membawa kesan yang baik untuk diri mereka di hari kiamat nanti, iaitu seperti mendirikan solat dan menunaikan zakat sehingga Allah SWT menetapkan bagi mereka pertolongan dalam kehidupan di dunia dan di hari semua saksi berdiri tegak pada hari kiamat, iaitu hari yang disebutkan oleh firman-Nya:

مب زب رب يئ ىئ نئ مئزئ رئ

Maksud: (iaitu) hari yang tidak berguna bagi orang zalim permintaan maafnya dan bagi merekalah laknat dan bagi mereka ternpat tinggal yang buruk.

(Surah Gafir, 40: 52)

Oleh kerana itu, dalam akhir ayat disebutkan:

حض جض مص خص حص مس

Maksud: Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. (110)

(Surah al-Baqarah, 2: 104-110) Ayat ini membawa maksud bahawa Allah SWT sama sekali tidak melupakan amal perbuatan orang yang beramal dan amal tersebut tidak akan hilang di sisi-Nya, sama ada amal yang baik mahupun amal yang jahat. Hal ini kerana sesungguhnya Dia akan memberikan balasan kepada setiap orang sesuai dengan amal perbuatannya. Imam Ibn Jarir (2001: 2/506) menyatakan sehubungan dengan takwil firman Allah SWT ini (Surah al-Baqarah, 2: 110):

Berita dari Allah SWT ini ditujukan kepada orang Mukmin yang diperintahkan oleh Allah SWT melalui ayat ini, bahawa bagaimanapun mereka mengerjakan amal kebaikan atau amal kejahatan, iaitu sama yang baik secara sembunyi ataupun secara terang-terangan, maka Dia Maha Melihat. Tiada sesuatu pun yang samar bagi-Nya. Untuk itu Dia akan membalas kebaikan dengan kebaikan dan amal keburukan dengan pembalasan yang setimpal dengan keburukannya. Sekalipun kalimat ayat ini menurut pengertian lahiriahnya merupakan kalimat berita, tetapi dalamnya terkandung janji dan ancaman serta perintah dan larangan. Dikatakan demikian kerana Allah SWT mempermaklumatkan kepada para Mukmin bahawa Dia Maha Melihat semua amal perbuatan mereka, dengan tujuan agar mereka bersungguh-sungguh dalam taat kepada-Nya, mengingat pahalanya pasti tersimpan di sisi-Nya bagi mereka yang beramal, hingga Allah SWT menunaikan pahala-Nya buat mereka di hari kemudian. Hal ini sepertimana yang disebutkan oleh firman lainnya, iaitu:

خسحس جس مخ جخ مح جح مج حج

Page 30: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

28

Maksud: Apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. (Surah al-Baqarah, 2: 104-110) Agar mereka menghindarkan diri mereka dari perbuatan durhaka kepada-Nya.

(Ibn Jarir, 2001: 2/506)

Imam Ibn Jarir (2001: 2/506) menyatakan pula mengenai lafaz basirun ( بصير), sesungguhnya makna yang dimaksud ialah mubsirun ( مبصر), iaitu melihat, diubah bentuknya menjadi basirun ,(بديع ) iaitu pencipta menjadi badi‘un ,(مبدع ) sebagaimana diubahnya lafaz mubdi‘un ;(بصير )iaitu Maha Pencipta, dan mu’limun ( مؤلم), iaitu menyakitkan menjadi alimun ( أليم), iaitu sangat menyakitkan. Uqbah bin Amir menyatakan, “Aku acapkali mendengar Rasulullah SAW sedang membacakan ayat berikut, Sami'un basir ( سميع بصير) dengan takwil bikulli shay’in basir ( بكل شيء بصير), iaitu melihat segala sesuatu.”

PENGAJARAN AYAT

Pengajaran daripada perbincangan tafsiran berfokus kepada adab dalam berkata-kata, adab tidak meminta dan mempersoalkan hukum ketika era penurunan wahyu, nasakh dan persoalannya, larangan menyerupai orang kafir, dan ingatan Allah SWT kepada umat Islam tentang yahudi berkaitan dengan Islam. Adab dalam Berkata-kata

Allah SWT mengajar para sahabat untuk beradab dengan Rasulullah SAW dalam percakapan, iaitu tatkala berbicara dengan Rasulullah SAW agar tidak berkata Ra‘ina yang tidak disukai oleh Allah SWT untuk digunakan kepadanya ketika bercakap. Allah SWT memerintahkan kepada para sahabat agar digantikan perkataan tersebut dengan:

مح جح

Maksud: Pandanglah kepada kami dan dengarkanlah. Larangan penggunaan kata-kata ini sama seperti larangan penggunaan kalimah:

ىي مي خي حي جي يه

Maksud: “Kami dengar.” (Sedang mereka berkata dalam hati), “Kami tidak akan menurut.” (Mereka juga berkata), “Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk.”

(Surah al-Nisa’, 4: 46)

Yang diperintahkan untuk digantikan dengan kalimah:

زئ رئ

Maksud: Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami.”

(Surah al-Nisa’, 4: 46)

Page 31: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

29

Perkataan lain dalam Islam yang dilarang untuk digunakan seperti al-karam dan digantikan dengan al-hablah atau al-‘Inab sekalipun kedua-duanya bermaksud anggur (Muslim, t.th.: 2284). Berdasarkan perbincangan tafsiran, sebab larangan penggunaan perkataan Ra‘ina ini adalah kerana: (1) Orang Yahudi menggunakan perkataan ini yang juga terdapat dalamnya unsur cacian,

sindiran, dan penghinaan kepada Nabi SAW. Perkataan kata nama al-Ru‘unah ( عونة (الرadalah membawa maksud bodoh (Ibn al-Kathir, 1999: 1/373). Oleh itu, umat Islam dilarang menggunakan perkataan ini yang dianggap meniru perkataan orang Yahudi.

(2) Satu dialek yang digunakan oleh orang Ansar sebelum era pengislaman. Kalimah tersebut dilarang untuk digunakan setelah Islam kerana mengandungi maksud yang tidak baik.

(3) Terdapat unsur memperolok-olokan Nabi SAW sebagai yang digunakan oleh orang Arab al-Ra‘in min al-qawli ( اعن من القول .yang bererti kejian dalam perkataan ,(الر

(4) Terdapat unsur kurang beradab dalam percakapan budaya masyarakat Arab sebelum Islam atau budaya masyarakat Yahudi untuk digunakan pula ketika era pengislaman. Oleh itu, larangan bertujuan tidak mengikuti budaya buruk tersebut.

Larangan ini tidak lain adalah kerana untuk memberi pengajaran kepada umat manusia dan umat Islam agar tidak menggunakan kata-kata orang kafir untuk tujuan menyindir, mencaci, menghina, dan memperbodohkan orang lain (Ibn al-Kathir, 1999: 1/373) khususnya kepada orang yang dihormati di sisi manusia dan lebih-lebih lagi yang dihormati di sisi Allah SWT. Perkataan lain yang digunakan oleh orang Yahudi terhadap Nabi SAW ialah:

ىي مي خي حي جي يه

Maksud: Kami dengar.” (Sedang mereka berkata dalam hati), “Kami tidak akan menurut.” (Mereka juga berkata), “Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk.” Serta (mereka mengatakan), “Ra‘ina”

(Surah al-Nisa’, 4: 46)

Perkataan ini ditukar oleh Allah SWT untuk digunakan oleh para sahabat dan umat Islam dengan kalimah:

مئ زئ رئ

Maksud: Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami

(Surah al-Nisa’, 4: 46) Penggunaan perkataan untuk tujuan yang buruk juga digunakan orang Yahudi terhadap Rasulullah SAW apabila mereka menggunakan lafaz al-Sam ‘alaykum yang bermaksud ‘kematian kepadamu’ kepada baginda Nabi SAW sehingga mendatangkan kemarahan Sayidatina ‘A’ishah RA dan mendoakan dengan ucapan yang sama dan ditambah dengan lafaz laknat. Namun Rasulullah SAW menasihatihnya agar tidak menggunakan perkataan yang buruk yang digunakan oleh orang Yahudi tersebut sebaliknya hanya mengucapkan perkataan ‘alaykum sahaja, iaitu yang bermaksud, ‘kepada kamu juga (Al-Bukhari, 2001: 6024, 6401; Muslim, t.th.: 2165). Nasihat ini menunjukkan bahawa lidah manusia tidak wajar untuk mengucapkan sesuatu yang keji dan buruk sama untuk diri dan orang lain.

Page 32: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

30

Penggunaan sesuatu terma atau kalimah, gelaran, dan pemakaian untuk memburukkan seseorang atau kumpulan akan sentiasa berubah daripada satu zaman kepada satu zaman yang lain. Oleh itu, penggunaan ini untuk tujuan menghina, mengutuk, mencaci, menyindir, dan melabel dengan label yang buruk kepada individu atau kumpulan dianggap perbuatan terkeji sebagaimana larangan Allah SWT terhadap apa yang digunakan oleh orang Yahudi kepada Rasulullah SAW untuk diikuti oleh umat Islam sewaktu era penurunan wahyu (surah al-Baqarah, 2: 104; surah al-Nisa’, 4: 46). Adab Tidak Meminta dan Mempersoalkan Hukum Ketika Era Penurunan Wahyu

Salah satu adab yang diajar oleh Allah SWT kepada para sahabat ialah tidak banyak meminta kepada Nabi SAW dengan permintaan sebagaimana yang dilakukan oleh Bani Israil kepada Nabi Musa AS (surah al-Baqarah, 2: 108) sebagaimana permintaan Bani Israil untuk melihat Allah SWT. Sikap kaum Yahudi (surah al-Nisa’, 4: 153) dan kafir Quraish (Ibn Jarir, 2001: 1781; Ibn Abi Hatim, 1998: 1075) yang suka meminta sesuatu yang pelik yang berupa pertunjukkan mukjizat ketika era Nabi Musa AS juga dilakukan oleh mereka kepada Nabi Muhammad SAW. Kadang-kadang mukjizat yang diminta untuk ditunjukkan akhirnya memalukan mereka sendiri dan menyukarkan kehidupan mereka sebagaimana dosa yang dilakukan dizahirkan dipintu rumah pendosa (Ibn Jarir, 2001: 1783; Ibn Abi Hatim, 1998: 1076). Sedangkan bagi umat Muhammad SAW pula, ketika mereka berdosa, mereka boleh sentiasa bertaubat dalam keadaan dosa dan taubat tidak tersingkap kepada orang ramai untuk Allah ampuni dan rahmati mereka (Surah al-Nisa’, 4: 110) serta merahmati mereka dengan amalan fardu dan amalan sunat sebagai kifarah untuk memastikan dosa kecil mereka terampun sekalipun tanpa perlu bertaubat (Muslim, t.th.: 233; Al-Harith, 1992: 1050). Permintaan pertunjukkan pelabagai mukjizat ini yang dipersoalkan oleh Allah SWT, iaitu kalau dengan pelbagai mukjizat yang dipinta dan ditunjukkan oleh Bani Israil diperkenankan Nabi Musa AS masih juga menjadikan mereka kufur, ingkar, dan sombong. Begitu juga jika segala yang dipinta kepada Nabi Muhammad SAW diperkenankan, maka mereka akan tetap kufur (Ibn Jarir, 2001: 1777; Ibn Abi Hatim, 1998: 1074). Oleh kerana itu, Allah SWT dan Nabi Muhamad SAW tidak melayan permintaan kaum Yahudi untuk pertunjukkan mukjizat yang diiginkan oleh mereka bagi membuktikan kenabian Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul terakhir. Tambahan pula setiap pertunjukkan mukjizat jika diperkenankan pula dan sekiranya mereka masih tetap kufur, maka kebinasaan mereka lebih cepat berbanding jika tidak diperkenankan permintaan mereka (Surah al-Baqarah, 2: 108; Ibn Jarir, 2001: 1781; Ibn Abi Hatim, 1998: 1075; surah Ibrahim, 14: 28-29). Selain itu juga, mereka dilarang untuk banyak bertanya tentang sesuatu hukum yang difardukan kepada mereka ketika era wahyu (surah al-Ma’idah, 5: 101). Hal ini demikian kerana tidak mahu menyukarkan umat Muhammad SAW sebagaimana kesusahan yang yang berlaku Bani Israil tentang peristiwa penyembelihan lembu (Jasmi, 2019b), serta bakangan mereka kepada Nabi Musa AS (Muslim, t.th.: 1337), dan hukum beberapa jenis makanan yang asalnya halal, tetapi diharamkan selepas kaum Bani Israil sendiri yang mengharamkannya (surah Ali ‘Imran, 3: 93). Implikasi daripada peristiwa bakangan dan pertikaian kaum Bani Israil merupakan sebab kesusahan kepada pengikut Nabi Musa AS dan akhirnya membinasakan kaum ini sehingga mereka sukar mengamalkan ajarannya. Oleh kerana itu, dosa yang paling besar yang diberitakan oleh Baginda SAW ialah sesuatu hukum yang asalnya halal menjadi haram disebabkan permintaan dan pertikaian hukum halal tersebut ketika era wahyu (Al-Bukhari, 2001: 7289, 7292; Muslim, t.th.: 593). Sebagai contoh kefarduan haji yang diwajibkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam satu khutbah ketika ditanya sama ada kerfarduan tersebut setiap tahun atau sekali sahaja, maka Baginda SAW sendiri tidak bersetuju dengan soalan tersebut, bahkan Allah SWT juga tidak bersetuju sehingga diturunkan ayat yang membantah para sahabat untuk banyak bertanya (Surah al-Ma’idah, 5: 101). Sejak daripada itu, para sahabat tidak banyak yang mempersoalkan sesuatu

Page 33: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

31

hukum yang difardukan kepada mereka (Al-Tirmidhi, 1998: 3055; Ibn Majah, 2009: 2884). Hal ini sehingga para ahli ilmu dalam kalangan para sahabat sendiri tidak berani bertanya dan sangat berharap kalau ada orang Badwi daripada kampung yang boleh bertanya tentang sesuatu perkara yang mereka musykilkan (Muslim, t.th.: 12; Al-Ruyani, 1995: 308). Sifat ketaatan ini pada hakikatnya sangat baik untuk syariat Nabi Muhammad SAW sehingga parkara usul dalam Islam tidak menjadi pertikaian dalam syariat ini. Hanya perkara furuk sahaja yang saling terdapat pelbagai hukum dengan bersumberkan ayat yang sama bagi memboleh dan memudahkan umat Islam mengamalkan agama dengan mudah dan baik. Sifat para sahabat yang tidak banyak bertanya ini terbukti daripada athar sehingga perkara yang dipertikaikan dalam Islam tidak banyak, iaitu hanya dalam 12 masalah sebagaimana yang diungkapkan oleh athar dan ayat al-Quran sendiri (Al-Bazzar, 2009: 5065). Nasakh: Definisi serta Jenis dan Contoh

Umat manusia dan umat Islam perlu mengetahui dan memahami hakikat agama Islam yang mempunyai kesatuan dalam akidah, tetapi mempunyai syariat yang hukum dan ayat, serta syariat yang memiliki nasikh dan mansukh. Allah SWT yang merupakan Pencipta dan Pemilik dan sudah tentu Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya (surah al-Baqarah, 2: 107; Ibn Jarir, 2001: 2/403). Definisi Nasikh dan Mansukh

Perkataan nasakh (النسخ) berasal dari naskh al-kitab ( نسخ الكتاب), iaitu menukilnya dari suatu salinan ke salinan yang lain. Demikian pula makna menasakhkan hukum ke hukum yang lainnya dan makna yang dimaksudkan ialah memindahkan hukumnya dan menukil suatu ibarat ke ibarat yang lainnya, iaitu merevisinya, iaitu tanpa membezakan apakah yang dinasakh itu hukumnya atau tulisannya kerana kedua-dua keadaan tersebut tetap dinamakan nasakh (Ibn al-Kathir, 1999: 1/375). Dalil Pensyariatan Nasikh dan Mansukh serta Rumusan Tafsiran

Asas kepada pensyariatan nasikh dan mansukh berdasarkan dalil firman Allah SWT berikut ini:

خنحن جن يم ىم مم خم حم جم يل ىل مل

Maksud: Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya.

(Surah al-Baqarah, 2: 106)

Maksud ayat “Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan)” bermaksud apa sahaja ayat yang diganti (Ibn ‘Abbas, t.th.: 1/16) dan dicabut; ayat yang dikekalkan, tetapi hukumnya digantikan; ayat yang dilupakan atau ditinggalkan; apa sahaja syariat yang ditinggalkan oleh Allah SWT yang tidak diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW; dan hukum yang berubah kepada satu hukum yang lain (Ibn al-Kathir, 1999: 1/375; Ibn Jarir, 2001: 2/388). Sedangkan maksud firman Allah SWT, “aw nunsiha” (أو ننسها), iaitu bererti kami jadikan manusia lupa kepadanya. Dua kalimah ini boleh dibaca dengan dua jenis bacaan, iaitu nansa’aha .Orang yang membaca nansa’uha ertinya Kami menangguhkannya .(ننسها) dan nunsiha (ننسأها)Maksud kalimah ini terkandung tafsiran tetapkan tulisannya, sedangkan hukumnya diganti,

Page 34: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

32

ditangguhkan hukumnya; dihapuskan hukumnya; diakhiri hukumnya, tetapi tidak dinasakhkan ayatnya; terdapat ayat ada yang nasikh dan ada yang mansukh, iaitu ada yang merevisi dan ada yang direvisi; Allah SWT menjadikan Nabi-Nya lupa kepada apa yang dikehendaki-Nya, dan Dia menasakh apa yang dikehendaki-Nya dari ayat tersebut. Akhir sekali daripada ayat yang bermaksud Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya (Surah al-Baqarah, 2: 106) yang bermaksud lebih baik manfaatnya buat kamu dan lebih ringan bagi kamu; Kami akan mendatangkannya atau Kami datangkan yang sebanding dengannya; Kami datangkan yang lebih baik daripada apa yang Kami nasakhkan itu, atau Kami datangkan yang sebanding dengan apa yang Kami tinggalkan itu; dan ayat yang dalamnya terkandung keringanan atau rukhsah (kemurahan) atau perintah atau larangan (Ibn al-Kathir, 1999: 1/378). Jenis Nasikh dan Mansukh serta Contoh Pemansukhan

Terdapat beberapa jenis nasikh dan mansukh. Antara beberapa bentuk pemansukhan ayat beserta contohnya adalah seperti berikut: (1) Hukum dikekalkan, tetapi ayat dimansukkan (Ibn Abi Hatim, 1998: 1057), iaitu terdapat

ayat yang pernah diturunkan tetapi dimansukkan yang merujuk kepada orang yang sudah berkahwin dalam kalangan lelaki dan perempuan direjam. Ayat tersebut adalah seperti berikut hadis berikut (Ibn Majah, 2009: 2553):

اب: «عن ابن ب/اس قال: ط/ن «قال مر eن ا�

قد خشيت أ

kطول با{/اس زمان ح_/ ل

«kقول قائل:

ال، أ /Kضة من فرائض اYوا ب�ك فر

B، )يضل /Kجد ا&ر/جم @ كتاب ا

ما أ

و اع� و �ن �ل أ

�;نة، أ

حصن ا&ر/جل وقامت ا�

، إذا أ wهاو�ن/ ا&ر/جم حقj

اف، وقد قرأ

ت/ة

يخة إذا ز�يا فار�وهما ا� يخ وا&ش/ «ا&ش/ /Kعده ملسو هيلع هللا ىلصرجم رسول اe ور�نا.«

Maksud: Ibnu ‘Abbas RA berkata, “‘Umar bin Khattab berkata, “Aku khawatir setelah lama masa berlalu, hingga seseorang berkata, “Tidak aku temukan hukum rejam dalam kitab Allah (al-Quran), hingga mereka akan sesat kerana meninggalkan salah satu dari syariat Allah. Ingatlah! Sesungguhnya hukum rejam benar adanya. Apabila terjadi zina lalu ada saksi atau wanita yang bersangkutan hamil, atau ada pengakuan, maka aku membaca, “Laki-laki dan wanita dewasa apabila keduanya berzina, maka benar-benar rajamlah mereka." Rasulullah SAW melakukan hukum rejam dan kamipun melaksanakannya sepeninggal baginda."

(Ibn Majah)

Hadis ini membuktikan bahawa pernah terdapat ayat rejam yang sudah dimansukhkan oleh Allah SWT namun hukumnya masih dikekalkan.

(2) Sesuatu perkara yang dimansukhkan dalam ayat yang sama sama ada dalam al-Quran dan hadis. Hal ini sebagaimana hadis berikut (Al-Bukhari, 2001: 6436; Muslim, t.th.: 1048):

�س ن أ ت� : «ملسو هيلع هللا ىلص، قال: قال رسول اهللاe

&و �ن البن آدم واديان من مال ال

اب، وYتوب اهللا � من تاب B�&ا /

جوف ابن آدم إال kمأل

».واديا ثا�ا، وال

Page 35: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

33

Maksud: Anas bin Malik menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sekiranya anak Adam memiliki sebukit emas, nescaya ia akan mengharapkan dua bukit emas lagi, dan tidaklah mulutnya dipenuhi melainkan dengan tanah, dan Allah akan menerima taubat siapa yang bertaubat."

(Al-Bukhari dan Muslim) Dalam hadis terdapat pemansukhan antara dua wadi kepada tiga wadi yang memenuhi keinginan hati manusia.

(3) Hukum dan ayat dimansukhkan sama sekali sehingga para sahabat yang pernah mempelajari daripada Nabi Muhammad SAW dilupakan ayat dan hukumnya (Al-Tabrani, 1994: 13141; 1995: 4637).

(4) Sesuatu hukum bersumberkan dalil hadis yang dimansukhkan dengan penurunan wahyu al-Quran (surah al-Baqarah, 2: 144) sebagaimana dengan hukum pertukaran kiblat umat Islam daripada Baitulmuqaddis kepada Kaabah, Mekah.

(5) Pemansukhan sesuatu syariat dengan syariat yang lain. (a) Contoh terbaik ialah pemansukhan perkahwinan adik beradik berlainan kelahiran

dalam syariat Nabi Adam AS sudah diharamkan dalam pensyariatan Nabi yang berikutnya, iaitu setelah populasi manusia bertambah.

(b) Dalam syariat Nabi Nuh, sesudah dia keluar dari kapalnya setelah banjir besar. Ketika syariat nabi dihalalkan memakan daging semua haiwan akibat daripada kekurangan makanan. Kemudian dimansukh hukum ini dan yang dihalalkan hanya sebahagiannya saja.

(c) Syariat Nabi Ya‘qub bahawa kaum Bani Israil diperbolehkan menikahi dua orang perempuan yang bersaudara (kakak dan adiknya), kemudian dalam kitab Taurat hal tersebut diharamkan, demikian pula pada syariat sesudahnya.

(d) Allah SWT pernah memerintahkan kepada Nabi Ibrahim AS untuk menyembelih anak laki-lakinya, iaitu Nabi Ismail. Kemudian hal itu dimansukh sebelum Nabi Ibrahim melakukannya.

(e) Allah SWT memerintahkan agar membunuh semua Bani Israil yang pernah menyembah anak lembu, kemudian hukuman tersebut dinasakh agar mereka tidak habis kerana dihukum mati.

(f) Terdapat jenis makanan yang diharamkan kepada Bani Israil, tetapi diharuskan kepada syariat Nabi Muhammad SAW (surah Ali ‘Imran, 3: 93).

(g) Syariat Nabi Muhammad SAW memansukhkan segala syariat sebelumnya. Semua umat manusia wajib mengikuti Nabi SAW dan bahawa tiada lagi suatu amal pun yang dapat diterima kecuali dengan mengamalkan syariatnya, tanpa memandang kepada suatu pendapat yang menyatakan bahawa sesungguhnya syariat yang terdahulu sudah berakhir sampai dengan masa Nabi SAW diangkat menjadi utusan Allah SWT. Contoh terbaik antara hukum yang dimansukhkan oleh syariat Nabi Muhammad SAW ialah tempoh berpuasa dalam syariatnya berbanding hukum berpuasa dengan syariat sebelum baginda SAW (surah al-Baqarah, 2: 187).

(h) Pemansukhan agar bersabar dengan cacian dan makian orang Yahudi dan Nasrani (surah Ali ‘Imran, 3: 186) dengan ayat kefarduan jihad (surah al-Tawbah, 9: 24) dan kewajipan memerangi orang mereka (surah al-Tawbah, 9: 29; Al-Bukhari, 2001: 4566).

Terbukti pemansukhan sememangnya wujud dalam Islam dalam antara sesuatu syariat dengan syariat yang lain dan antara sesuatu hukum dengan hukum yang lain. Pemansukhan juga berlaku antara ayat dengan ayat dan antara ayat dengan hadis dalam syariat Nabi Muhammad SAW. Hal ini kerana sumber hadis dalam syariat Nabi Muhammad merupakan sumber penting selepas al-Quran sebagai sumber sesuatu hukum.

Page 36: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

34

Penyingkapan Pembohogan Yahudi Terhadap Pemansukhan Ayat dan Syariat

Perbincangan tafsiran juga menyingkap tentang pembohongan orang Yahudi tentang ayat dan syariat yang menasakh dan memansukhkan. Kaum Yahudi mempercayai bahawa tidak mungkin sesuatu ayat itu dimansukhkan dan tidak mungkin juga sesuatu syariat dimansukhkan berdasarkan akal rasional dan dalil yang direka-reka untuk mengukuhkan kepercayaan tersebut. Oleh kerana itu mereka tidak mempercayai bahawa syariat Nabi Musa AS sudah dimansukhkan dengan kedatangan Nabi Isa AS begitu juga syariat Nabi Muhammad AS memansukhkan syariat Nabi Isa AS dan Nabi Musa AS (Ibn Jarir, 2001: 2/403). Larangan Menyerupai Orang Kafir

Perbincangan tafsiran ayat juga memberi pengajaran kepada umat Islam, iaitu mereka dilarang untuk menyerupai orang kafir dalam bentuk percakapan, perbuatan, pemakaian, dan lain-lain bentuk yang secara urufnya adalah slogan bagi orang kafir (Ibn al-Kathir, 1999: 1/373). Menyerupai orang kafir daripada segi perkataan dan perbuatan tersebut menyebabkan seseorang dianggap sebahagian daripada kaum kafir tersebut (Ahmad, 2001: 5115; Abu Dawud, 2009: 4031). Oleh itu, apabila seseorang mengeji seseorang Mukmin dengan kata-kata, maka Mukmin tersebut wajar tidak membalas balik kejian tersebut dengan menyebut perkataan kejian yang digunakan oleh orang yang mengeji tersebut (Al-Bukhari, 2001: 6024, 6401; Muslim, t.th.: 2165). Ingatan Allah SWT kepada Umat Islam Tentang Yahudi Berkaitan dengan Islam

Umat manusia serta Mukmin dan Muslim perlu mengetahui dan memahami bahawa Allah SWT merahmati seseorang yang berada dalam Islam dengan syariat yang sempurna. Anugerah agama ini merupakan anugerah yang terbesar kepada seseorang manusia yang dipertegaskan sendiri oleh Allah SWT (surah al-Baqarah, 2: 105; Ibn al-Kathir, 1999: 1/375). Anugerah dan rahmat Islam ini yang diberikan kepada Umat Islam ini sangat menimbulkan rasa dengki dalam kalangan ahli Kitab sama ada Yahudi dan Nasrani (surah al-Baqarah, 2: 109) dan rasa sombong (Ibn Abi Hatim, 1998: 1084). Rasa dengki ini timbul disebabkan mereka mengetahui kebenaran Islam dan kesesatan mereka. Selain daripada keutamaan umat Nabi Muhammad SAW berbanding nabi mereka serta keutamaan umat Muhammad SAW berbanding umat mereka (Ibn al-Kathir, 1999: 1/382; Ibn Jarir, 2001: 1788; Ibn Abi Hatim, 1998: 1081, 1083). Mereka merancang pelbagai rancangan sama ada secara zahir atau batin. Rancangan mereka secara zahir dengan melakukan pelbagai perbuatan dan percakapan dalam bentuk cacian dan tuduhan terhadap agama Islam (surah Ali ‘Imran, 3: 186) seperti slogan pengganas, ortordok, dan tidak professional. Manakala batin dengan pengaruh isme dan amalan yang semuanya bertujuan untuk mengeluarkan mereka dan umat Islam dari agamanya sehingga menjadi kafir. Pesanan Allah SWT ini dengan nasihat Allah SWT kepada umat Islam agar memaafkan sifat kedengkian ahli kitab tersebut serta banyak bersabar dengan tingkah laku mereka (Ibn al-Kathir, 1999: 1/382; surah al-Baqarah, 2: 109-110) dan menganggap semua yang dilakukan sebagai ujian dan dugaan dalam beragama (surah Ali ‘Imran, 3: 186). Setelah itu, Allah SWT memerintahkan umat Islam dengan kewajipan perintah berjihad dengan memerangi kaum Yahudi dan Nasrani tersebut (surah al-Tawbah, 9: 29; surah al-Tawbah, 9: 24; al-Bukhari, 2001: 4566). Selain itu, umat Islam diperintahkan untuk bersolat dan mengeluarkan zakat dalam rangka mereka menghadapi kedua-dua kaum ini (surah al-Baqarah, 2: 104-110). Tujuan suruhan ibadat ini agar umat Islam menyibukkan diri mereka dengan perkara yang lebih penting untuk hari kiamat berbanding dengan balasan azab yang dijanjikan kepada kedua-dua kaum ini (Surah Gafir, 40: 52).

Page 37: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

35

RUMUSAN

Perbincangan tafsir yang dibincangkan menfokuskan kepada beberapa perkara penting, iaitu tentang adab yang ditekankan al-Quran kepada para sahabat ketika berkomunikasi dengan Rasulullah SAW ketika era perutusan wahyu. Selain itu, tafsiran juga menfokuskan kepada ingatan Allah SWT kepada umat Islam tentang orang Yahudi dan Nasrani dan apa yang perlu dilakukan kepada kedua-dua kaum ini. Akhir sekali perbincangan terfokus kepada nasikh dan mansukh serta persoalannya. Perbincangan tafsiran menghasilkan lima pengajaran utama sebagai yang dibincangkan secara terperinci.

RUJUKAN

Abu Dawud, Sulaiman. 2009. Sunan Abi Dawud. Shu‘aib al-Arnut & Muhammad Kamil Qurrah Balali (Ed.). Jld. 1-7. Beirut: Dar al-Risalah al- ‘Alamiyyah.

Ahmad, Muhammad Hambal. 2001. Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal. Shu‘ay al-Arna’ut & ‘Adil Murshid (Ed.). Al-Qahirah: Mu’assah al-Risalah.

Al-Bazzar, Ahmad. 2009. Musnad al-Bazzar. Mahfuz al-Rahman Zain Allah, Sa‘ad, ‘Adil, & Sabri al-Shafi‘i ‘Abd al-Khaliq (Ed.). Jld. 1-18. Al-Madinah al-Munawwarah: Maktabah al-‘Ulum wa al-Hikam.

Al-Bukhari, Muhammad Ismail. 2001. Al-Jami‘ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min Umur Rasulullah SAW wa Sunanihi wa Ayyamihi – Sahih al-Bukhari. Muhammad Zuhair Nasir Al-Nasir (Ed.). Jld. 1-9. Masurah: Dar Tuq al-Najat.

Al-Harith, Ibn Abi Usamah. 1992. Bughyat al-Bahith ‘an Zawa’id Musnad al-Harith. Hussain Ahmad Salih al-Bakiri (Ed.). Al-Madinah al-Munawwarah: Markaz Khidmat al-Sunnah wa al-Sirah al-Nabawiyyah.

Al-Ruyani, Abu Bakr Muhammad. 1995. Musnad al-Ruyani. Ayman ‘Ali Abu Yamani (Ed.). Jld. 1-2. Al-Qahirah: Mu’assasah Qurtubah.

Al-Sabuni. 1981. Mukhtasar Ibn Kathir. Jld. 1-3. Beirut-Lubnan: Dar al-Quran al-Karim. Al-Tabrani, Sulaiman Ahmad. 1994. Al-Mu‘jam al-Kabir. Hamdi ‘Abd al-Majid al-Salafi

(Ed.). Jld. 1-25. Al-Qahirah: Maktabah bin al-Taymiyyah. Al-Tabrani, Sulaiman Ahmad. 1995. Al-Mu‘jam al-Ausat. ‘Abd al-Muhsin bin Ibrahim al-

Hasini Tariq bin ‘Audullah bin Muhammad (Ed.). Jld. 1-10. Al-Qahirah: Dar al-Harmain.

Al-Tirmidhi, Muhammad ‘Isa. 1998. Al-Jami‘ al-Kabir - Sunan al-Tarmidhi. Bashar ‘Awad Ma‘ruf (Ed.). Jld. 1-6. Beirut: Dar al-Girb al-Islami.

Basmeih, Abdullah. 1999. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.

Ibn ‘Abbas, Abdullah ‘Abbas. t.th. Tanwir al-Mikbas Min Tafsir Ibnu ‘Abbas. Mujd al-Din Abu Tahir Muhammad bin Ya‘kub (Ed.). Lubnan: Dar al-Kutub ‘lmiyah.

Ibn Abi Hatim, ‘Abdul Rahman. 1998. Tafsir al-Quran al-‘Azim li bin Abi Hatim. As‘ad Muhammad al-Tayyib (Ed.). Al-Mamlakah al-‘Arabiyyah al-Sa‘udiyyah: Maktabah Nizar Mustafa al-Bazz.

Ibn al-Kathir, Ismail. 1999. Tafsir al-Quran al-A‘zim. Jld. Juz. 1-4. Al-Qahirah: Dar al-Hadis.

Ibn Jarir, Muhammad. 2001. Tafsir Al-Tabari - Jami‘ al-Bayan fi Ta’wil al-Quran. ‘Abdullah bin ‘Abd Al-Muhsin Al-Turkiyy (Ed.). Jld. 1-24. Yamamah: Dar Hijr li al-Tiba‘ah wa al-Nasr wa al-Tawzi‘ wa al-I‘lan.

Ibn Majah, Muhammad Yazid. 2009. Sunan Ibn Majah. Shu‘ayb Al-Arna’ut, ‘Adil Murshid, Muhammad Kamil Qurrah Balali, & 'Abd al-Latif Hirzullah (Ed.). Jld. 1-5. Beirut: Dar al-Risalah al-'Alamiyyah.

Page 38: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

36

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019a. Bani Israil dan Ilmu Sihir serta Kisah Harut dan Marut: Surah al-Baqarah (2: 102-103). Kertas Kerja dalam Budaya al-Quran, 7hb. Mac 2019. Kolej Tun Fatimah, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019b. Bani Israil dan Peristiwa Sembelihan Lembu: Surah al-Baqarah (2: 67-74). Kertas Kerja dalam Budaya al-Quran, 17 Januari 2019. Kolej Tun Fatimah, UTM.

Jasmi, Kamarul Azmi. 2019c. Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: 104-110). Kertas Kerja dalam Budaya al-Quran, 14hb Mac 2019. Kolej Tun Fatimah, UTM.

Muslim, al-Hajjaj. t.th. Sahih Muslim. Jld. 1-8. Beirut: Dar al-Fikr.

Page 39: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

37

BIODATA PENULIS

Kamarul Azmi bin Jasmi menjawat jawatan Professor Madya di Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai guru Pendidikan Islam di SM Sains Miri. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Ijazah Sarjana Pengajian Peradaban daripada Universiti Malaya, serta Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Islam) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau aktif dengan aktiviti penulisan dalam jurusan Pendidikan Islam seperti artikel, sumbangan bab dalam artikel, jurnal serta penulisan kertas kerja di persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau menghasilkan beberapa buah artikel karya individu dan karya bersama antaranya berjudul Pendidikan Wuduk Mazhab al-Shafii (2007), Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (2007), Pembaharuan dalam Dunia Islam (2007) Sekolah Agama Penjana Generasi Berakhlak (2011), Penyeliaan Guru Dalam Pengajaran & Pembelajaran (2011), Dasar Akidah Muslim (2011), Sekolah Agama di Malaysia: Sejarah, Isu & Cabaran (2012), Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam (2016) yang diterbitkan oleh Penerbit UTM.

Page 40: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

38

SURAT JEMPUTAN

Page 41: Beradab kepada Nabi Muhammad SAW: Surah al-Baqarah (2: …eprints.utm.my/id/eprint/80255/1/22 KamarulAzmiJasmi2019...Adab berkomunikasi sahabat dan beberapa perkara yang boleh dan

39