bentuk kerajaan

5
BENTUK KERAJAAN Antara bentuk kerajaan yang diperkatakan Machiavelli ialah tiga bentuk kerajaan iaitu kerajaan republik, kerajaan warisan dan kerajaan gabungan. Hal ini adalah kerana bentuk kerajaan sedemikian yang dilihat Machiavelli berlaku pada zaman kehidupannya. Negara atau wilayah adalah dimana tempat manusia berlindung dikenali sebagai kerajaan. Kerajaan republik ialah kekuasaan hanya ada pada seorang penguasa dan pemerintahan berkenaan dilihat oleh Machiavelli akan membawa kebebasan kepada sesebuah negara dan rakyatnya. Kebanyakkan penulisan Machiavelli berasakan pemikiran Aristotle. Menurut Machiavelli, seorang yang kejam yang ingin selalu menurut perintahnya tidak patut mengetuai sebuah Negara kerana Negara tidak sesuai dikuasai dengan pendapat untuk seseorang pemerintah sahaja. Dalam pengertian dasar, sebuah Republik adalah sebuah negara di mana asas pemerintahan akhirnya bercabang dari rakyat, bukan dari prinsip keturunan bangsawan. Ciri – ciri bagi Negara republik ialah presiden sebagai ketua Negara, beliau bertanggungjawab untuk menjaga rakyat dan presiden dipilih terus dari pilihan raya. Machiavelli telah mula mengasaskan kerajaan republik ketika di Rome dan di Renaissance,Italy. Sistem republik yang digunakan oleh Machiavelli telah memenuhi semua keperluan rakyat dari pelbagai kelas dan mengimbangi keadaan politik pada masa tersebut. Machiavlli turur memperkenalkan pembelajaran dari sudut pandangan sejarah melalui perbandingan sistem republik purba di Roma dengan sistem republik pada masa tersebut di Florence. Machiavelli membuat sedemikian kerana ingin mengembalikan pemerintahan republik yang asal di Florence pada masa itu.

Upload: cheyennelea

Post on 25-Sep-2015

13 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Falsafah Machiavielles

TRANSCRIPT

BENTUK KERAJAANAntara bentuk kerajaan yang diperkatakan Machiavelli ialah tiga bentuk kerajaan iaitu kerajaan republik, kerajaan warisan dan kerajaan gabungan. Hal ini adalah kerana bentuk kerajaan sedemikian yang dilihat Machiavelli berlaku pada zaman kehidupannya. Negara atau wilayah adalah dimana tempat manusia berlindung dikenali sebagai kerajaan.Kerajaan republik ialah kekuasaan hanya ada pada seorang penguasa dan pemerintahan berkenaan dilihat oleh Machiavelli akan membawa kebebasan kepada sesebuah negara dan rakyatnya. Kebanyakkan penulisan Machiavelli berasakan pemikiran Aristotle. Menurut Machiavelli, seorang yang kejam yang ingin selalu menurut perintahnya tidak patut mengetuai sebuah Negara kerana Negara tidak sesuai dikuasai dengan pendapat untuk seseorang pemerintah sahaja. Dalam pengertian dasar, sebuahRepublikadalah sebuah negara di mana asas pemerintahan akhirnya bercabang dari rakyat, bukan dari prinsip keturunan bangsawan. Ciri ciri bagi Negara republik ialah presiden sebagai ketua Negara, beliau bertanggungjawab untuk menjaga rakyat dan presiden dipilih terus dari pilihan raya.Machiavelli telah mula mengasaskan kerajaan republik ketika di Rome dan di Renaissance,Italy. Sistem republik yang digunakan oleh Machiavelli telah memenuhi semua keperluan rakyat dari pelbagai kelas dan mengimbangi keadaan politik pada masa tersebut. Machiavlli turur memperkenalkan pembelajaran dari sudut pandangan sejarah melalui perbandingan sistem republik purba di Roma dengan sistem republik pada masa tersebut di Florence. Machiavelli membuat sedemikian kerana ingin mengembalikan pemerintahan republik yang asal di Florence pada masa itu.

Kerajaan warisan ialah sebuah kerajaan yang diperintah oleh raja atau penguasa secara turun-temurun. Pemerintahan turun temurun ini adalah merupakan kerajaan yang sudah sedia terbentuk dan raja tidak perlu untuk bekerja keras untuk mempertahankan kekuasaanya tetapi hanya perlu menjaga hati dan kebajikan rakyat supaya rakyat dapat memberikan taat setia kepada raja dan menyayangi raja. Kerajaan sedemikian dilihat merupakan sebagai sebuah kerajaan yang paling selamat dan raja tidak perlu bimbang akan hilang kekuasaanya. Hal ini adalah kerana tidak akan ada rakyat yang akan memberontak kepada pemerintahan raja yang baik dan di sini raja perlu bijak untuk mengambil hati rakyat. Negara memerlukan satu akta yang lengkap bagi warisan dan budaya untuk mengatasikan masalah kehilangan atau membangunkan warisan dan budaya di masa hadapan (Norliza Rofli & Eddin Khoo, 2009:174).Kerajaan yang bersifat warisan atau turun menurun, masalah masalah yang timbul lebih sedikit berbanding dengan kerajaan yang baru dibina. Ini kerana kerajaan warisan yang lebih kukuh dari segi undang undang dan telah mendapat bantuan kepimpinan dari pemimpin yang sebelumnya. Manakala dengan adanya raja yang dipilih secara turun menurun mempunyai kelebihan untuk memastikan rakyatnya patuh dan taat kepadanya. Raja tersebut telah mengetahui apa perkara yang dilalkukan dan apa perkara perkara tidak sesuai dilakukan yang boleh mengugat kedudukanya sebagai raja. Kepemimpinan akan melibatkan penggunaan pengaruh, komunikasi, dan matlamat ( Nik Rashid,1993:3). Kerajaan sedemikian hanya mempunyai potensi untuk direbut oleh kekuasaan luar sekiranya mendapat bantuan rakyat. Tetapi sekiranya kekuasaan raja itu sudah kukuh dan lama bertapak disatu- satu kawasan, maka adalah sangat sukar untuk mengugat kekuasaan raja atau pemerintah tersebut.Kerajaan warisan lebih mudah dibentuk kerana rakyat telah mengetahui asas untuk membuatkan negaranya lebih kukuh. Raja hanya perlu menampilkan sifat yang positif kepada rakyat jelatanya supaya dijadikan contoh kepada rakyatnya. Kepimpinan juga ditakrifkan sebagai aktiviti mempengaruhi individu supaya berusaha secara sukarela untuk mencapai objektif sesuatu kumpulan (Jaafar, 1996:4).

Kerajaan yang seterusnya ialah kerajaan baru. Kerajaan baru adalah sebuah kerajaan yang dibentuk akibat daripada jatuhnya kerajaan yang lama. Kerajaan baru ini juga terdiri daripada kerajaan baru gabungan dan kerajaan baru sepenuhnya. Kerajaan baru ini adalah seperti kerajaan Milan yang dibentuk Frencesco Sforza (1401-1466) dan kerajaan baru gabungan ini adalah gabungan daripada kerajaan warisan yang digabungkan dibawah kekuasaan seorang raja seperti yang berlaku ke atas kerajaan Neples yang bergabung dengan Raja Sepanyol.Dalam karya Machiavelli iaitu The Prince : Machiavellis Presantation of The Prince to Lorenzo de Medici menyatakan kerajaan baru akan mendatangkan kesulitan. Rakyat pada mulanya akan gembira mendapat pemimpin yang baru dengan harapan membawa kebaikan. Namun masalah akan timbul apabila mereka akan rasa bebanan pada kemudian hari. Dimana raja akan membuat perkara yang menyebabkan rakyat akan menurut perintah golongan raja dan menyebabkan pertelingkahan berlaku. Hubungan antara raja dengan rakyat akan tegang dan tidak ada asas persahabatan antara mereka.Namun kerajaan baru memberi kesan positif kepada negaranya. Pengabungan baru dengan kerajaan lama akan menjadikannya lebih mudah dibelenggu masalah kekacauan. Hal ini berlaku adalah kerana rakyat akan mengulingkan kerajaan lama dan menggantikan dengan kerajaan yang baru yang dilihat dapat memberikan pemerintahan yang lebih baik kepada rakyat dan menjaga kebajikan mereka.Menuru karya Machiavelli dalam The Prince, sebuah Negara baru yang mempunyai kawasan yang lemah akan lebih baik jika ada penguasa asing menjadi pemimpin dan pembela kepada wilayah wilayah yang lemah dan menjaga Negara tersebut supay tidak dicerobohi oleh kuasa kuasa Negara lain.Dalam ketiga tiga jenis wilayah ini mempunyai sifat yang saling berkaitan antara satu sama lain. Di mana kedudukan seseorang raja atau pemiping berdasarkan corak kepimpinan mereka dan cara bagaimana mereka menjaga rakyat dari segi kebajikkan dan peranan rakyat kepada Negara.

KesimpulanMachiavelli merupakan seorang ahli falsafah yang mementingkan cara kempimpinan sebuah Negara demi mencapai matlamatnya. Machiavelli yang popular dengan Machiavellianism yang membawa maksud matlamat menghalalkan cara (the end justifies the means). Beliau berpendapat pemerintah baru harus mendapat sokongan daripada golongan penentang pada peringkat permulaan. Machiavelli menyatakan cara seseorang pemerintah mengekalkan kuasa. Seseorang pemerintah harus bersifat liberal, berperikemanusiaan dan mencintai kebenaran. Bagi mengekalkan kedudukan, pemerintah harus melakukan apa sahaja termasuk perbuatan keji dan tidak berperikemanusiaan