belajar asas fotografi digital

26
E-Book Oleh : Harris Fadzilah b. Rahmat (Reds) Pengasas NahamPhoto.com E-book ini diterbitkan dan diedarkan secara PERCUMA. Anda dibenarkan untuk mengedar dan mencetakkannya kepada rakan, ahli keluarga, pelanggan, prospek dan sesiapa sahaja yang mencari ilmu tentang topik e-book ini. NAMUN, anda dilarang untuk menjual dan mengubah semua kandungan serta pautan yang terdapat di dalam e-book ini tanpa kebenaran dan pengetahuan pihak www.nahamphoto.com . Jika terdapat sebarang aduan, ralat atau perubahan, sila emelkan ke [email protected] untuk penambahbaikan pada masa akan datang. Terima kasih.

Upload: azman-hj-ayup

Post on 16-Jan-2017

603 views

Category:

Art & Photos


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Belajar Asas Fotografi Digital

E-Book

Oleh : Harris Fadzilah b. Rahmat (Reds)

Pengasas NahamPhoto.com

E-book ini diterbitkan dan diedarkan secara PERCUMA. Anda dibenarkan untuk mengedar dan mencetakkannya kepada

rakan, ahli keluarga, pelanggan, prospek dan sesiapa sahaja yang mencari ilmu tentang topik e-book ini.

NAMUN, anda dilarang untuk menjual dan mengubah semua kandungan serta pautan yang terdapat di dalam e-book ini

tanpa kebenaran dan pengetahuan pihak www.nahamphoto.com. Jika terdapat sebarang aduan, ralat atau

perubahan, sila emelkan ke [email protected] untuk penambahbaikan pada masa akan datang. Terima kasih.

Page 2: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

1

KANDUNGAN

Kandungan BAB 1: Asas Fotografi M/s : 3 BAB 2 : Fotografi Digital M/s : 5 BAB 3 : Asas Kamera M/s : 10 BAB 4 : Teknik Fotografi M/s : 19 BAB 5 : Cahaya & Warna M/s : 23

Page 3: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

2

BAB 1 : ASAS FOTOGRAFI

Apa Itu Fotografi?

Photoraphy (Fotografi) berasal dari 2 perkataan iaitu PHOTO yang bererti cahaya dan GRAPH yang bererti tulisan /

lukisan. Dari aspek istilah seni, fotografi adalah proses melukis / menulis dengan menggunakan media cahaya.

Dalam erti kata lain, fotografi bererti proses atau kaedah untuk menghasilkan gambar dari suatu objek dengan

merakam pantulan cahaya yang mengenai objek tersebut pada alat yang peka cahaya. Alat paling sesuai untuk

menangkap cahaya ini adalah kamera.

Sejarah Fotografi

Perkataan fotografi telah diperkenalkan oleh Sir John Herschel dalam tahun 1839 ketika beliau menjelaskan tentang

proses fotografi kepada orang ramai.

Sejarah awal fotografi telah wujud sekian lama.

• 1820an – kajian menggunakan bahan kimia untuk fotografi ditemui.

• Abad ke-19 – banyak fotografi dibuat pada kaca, besi & kertas.

• 1884 – teknologi filem mula dicipta.

• 1908 – fotografi warna diperkenalkan.

• 1990 – fotografi digital wujud tetapi mahal.

• 2000 keatas – fotografi digital mula berkembang

Page 4: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

3

Kategori Fotografi

Fotografi adalah satu bidang yang luas dan boleh dibahagikan kepada banyak kategori. Antara kategori-kategori

fotografi sekarang adalah;

• Portraiture/ People – merakamkan gambar manusia, wajah dan selalunya ia dalah satu gambar yang dirancang

terlebih dahulu.

• Still life / Macro – merakam gambar objek yang kecil untuk kelihatan besar dengan menggunakan peralatan

khas seperti lens macro

• Photojournalism – merakam gambar kewartawanan ataupun gambar yang menunjukkan sesuatu berita/ cerita.

• Advertising – gambar unutk tujuan pengiklanan.

• Fashion / Glamour – gambar model atau pakaian yang menunjukkan fashion atau portfolio.

• Landscape / Nature – gambar-gambar permandangan diluar.

• Wildlife / Animal – gambar binatang liar.

• Sport / Action – sukan dan aksi-aksi yang pantas.

• Architecture / Buildings – gambar bangunan dan seni rekabentuknya.

• Night – permandangan diwaktu malam

• dan banyak lagi

Page 5: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

4

BAB 2 : FOTOGRAFI DIGITAL

Kamera Digital

Terdapat beberapa kategori kamera digital iaitu;

• Compact : dicipta untuk pengguna amatur dimana

semua setting telah ditetapkan bagi memudahkan pengguna

(mengandungi pelbagai ciri). Lazimnya berbentuk empatsegi

tepat dan mempunyai skrin LCD berupaya mengambil gambar

video & merakam suara.

• Prosumer : mempunyai setting seperti pengguna professional

dengan saiz yang agak besar berbanding kamera compact.

Kadangkala dikenali sebagai kamera bridge. Seakan-akan

kamera DSLR tetapi lensa tidak boleh ditukar. Seperti juga

kamera kompak tetapi mempunyai setting manual.

• DSLR (Digital Single Lens Reflex) : kamera untuk professional

dengan pelbagai setting serta boleh menukar lens.

Menggunakan sistem cermin automatik dan memantulkan

cahaya dari subjek ke viewfinder. Lensa yang boleh ditukar-

tukar mengikut pengikat (mount) yang sepadan.

Page 6: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

5

Gambar Asal Jika gambar asal anda

resolusinya 6MP, Anda boleh

crop gambar ini dan print 4R

dengan jelas

Jika gambar asal anda

resolusinya 3MP, Anda crop

dan print 4R tetapi gambar

menjadi kabur

Megapixel & Resolution

Apabila memilih kamera digital, megapixel (MP) adalah satu faktor yang selalu dilihat. MP adalah kiraan pixel yang

dirakamkan ke sensor kamera. Semakin besar MP semakin banyak pixel dalam satu gambar. Kamera dengan 3MP

(resolusi 1600 x 1250) sudah cukup untuk print gambar bersaiz 4R.

Gambar digital mempunyai kualiti yang berbeza dan ditentukan oleh bilangan pixel yang membentuk gambar

tersebut. Bilangan pixel ini dikenali sebagai resolusi.

Page 7: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

6

Media Storan

Untuk kamera digital, media storan yang digunakan adalah memory card . Terdapat banyak jenis memory card untuk

kamera digital seperti CF (compact flash) ,SD (secure digital) dan Xd. Saiz memori card adalah dalam unit megabyte

(MB) atau gigabyte (GB).

Ada dua jenis kelajuan pada memory card iaitu kelajuan menulis dan membaca data. Memory card professional

boleh membaca dan menulis data dari 20 MB per saat. Kelajuan memory card adalah penting sekiranya anda

memerlukan kamera yang boleh merakam gambar dengan pantas terutamanya untuk mode burst.

Saiz & Jenis Gambar

Terdapat 3 jenis format gambar yang selalu digunakan dalam fotografi;

• JPEG : format yang selalu digunakan. Ia adalah fail yang telah dimampatkan (compress) dan bersaiz kecil

• TIFF : selalu digunakan untuk penerbitan & percetakan. Saiznya lebih besar dan mempunyai compression yang

lebih baik dari JPEG.

• RAW : digunakan oleh professional. Bersaiz besar dan memerlukan perisian yang khas untuk membuka fail

tersebut. Lebih baik dari segi editing.

Exif

Exchangeable image file format (Exif) adalah spesifikasi terhadap sesuatu gambar yang diambil oleh kamera digital.

Exif akan memaparkan maklumat-maklumat penting mengenai sesuatu gambar seperti shutter, aperture, ISO, tarikh &

jenis kamera yang digunakan. Exif boleh dilihat dalam kamera anda atau komputer melalui perisian tertentu seperti

ACDSee.

XD Card SD Card Compact Flash

Page 8: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

7

Pengesan Imej (Image Sensor)

Image sensor adalah media yang berbentuk segiempat dan rata yang diletakkan di dalam kamera digital. Ia

digunakan untuk mengesan imej yang terbentuk apabila difokus oleh lensa kamera dan dijadikan gambar. Gambar

digital itu disimpan ke dalam media storan. Sensor merupakan cip elektronik yang peka cahaya.

Format Sensor / Crop Factor

Ada beberapa jenis format sensor bagi kamera DSLR. Setiap format hanya sesuai digunakan dengan lensa-lensa

tertentu sahaja. Format sensor akan mempengaruhi kualiti gambar yang dihasilkan dari segi jumlah data dan

kepekaan terhadap cahaya.

Full Frame

Menggunakan sensor bersaiz seperti filem 35mm. Contoh

kamera full frame adalah Nikon D700 dan Canon 5D Mark II.

Cropped Format

Sensor yang bersaiz lebih kecil dari sensor kamera full frame.

Contohnya adalah kamera-kamera DSLR yang biasa digunakan

seperti Nikon D90 dan Canon 60D.

Page 9: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

8

Jenis-Jenis Sensor

Dua (2) jenis sensor yang digunakan dalam fotografi digital adalah;

CCD (Charge-Coupled Device)

Apabila shutter terbuka untuk mengambil gambar, pengesan imej CCD didedahkan kepada cahaya. Elemen

pengesan (yang mewakili setiap pixel) dibaca secara jujukan baris ke baris. Isyarat yang dihasilkan dari CCD

adalah isyarat analog. Ia ditukar ke isyarat digital dalam litar berasingan diluar CCD.

CMOS (Complementary Metal Oxide Semiconductor)

Sama seperti CCD tetapi litar litar elektrik dipasang dalam satu cip. Oleh kerana dalam cip CMOS litar adalah

sekaligus, isyarat yang dihantar adalah dalam format digital. Disebabkan ini, CMOS dikatakan lebih pantas.

Namun ada yang mengatakan CMOS menghasilkan lebih banyak noise.

Page 10: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

9

BAB 3 : ASAS KAMERA

Pengenalan Kamera

Kamera merupakan alat untuk mengambil gambar menggunakan cahaya. Komponen asas bagi kamera adalah

kotak yang kedap cahaya (body), lensa (lens), shutter & media simpanan (film @ sensor).

Lens

Lens (lensa) adalah bahagian kamera yang mengandungi kanta optik yang memfokus cahaya yang dipantulkan dari

subjek ke atas pengesan imej dalam kamera. Ia juga digunakan untuk mengawal fokus.

Lens bergantung kepada aperture & focal length contoh 35mm-70mm untuk kamera standard. Terdapat beberapa

jenis lens seperti;

- Fish-eye (8mm-16mm) - Wide angle (18mm-24mm)

- Normal (35mm-70mm) - Telephoto (100mm-keatas).

Zoom lens : adalah lens yang mempunyai pelbagai focal length. Sebagai contoh 70-200mm atau 17-50mm

Prime lens : adalah lens yang mempunyai 1 focal length/sudut pandangan saja.Sebagai contoh 50mm 1.4

Fisheye Wide Angle (10-24 mm) Prime Lens (50 mm) Telefoto Lens

Page 11: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

10

Focal Length

Focal length menentukan sudut untuk paparan, sejauh mana subjek itu diletakkan dalam sesebuah gambar. Ia adalah

jarak titik tengah lensa dengan titik fokus pada permukaan sensor.

Jika focal length itu kecil seperti 16mm itu bermakna ia untuk wide angle manakala jika focal length lensa tersebut

300mm, ia adalah lensa telefoto. Dibawah adalah satu contoh hasil gambar yang diambil dikedudukan yang sama

tetapi menggunakan focal lenght yang berbeza.

Semakin jauh kanta (bulat putih)

dengan sensor (palang hitam),

semakin kecil sudut yang

diperolehi.

Page 12: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

11

Aperture

Aperture ibarat iris mata yang mengawal kemasukkan cahaya dalam lens. Aperture yang dibuka akan memasukkan

banyak cahaya manakala jika ditutup akan mengurangkan cahaya. Ia selalu dikira dalam ukuran f-number.

Jika f-number yang besar bermaksud bukaan yang kecil. Misalnya f5.6 adalah lebih besar bilangannya jika

dibandingkan dengan f22. Ini kerana bukaan lensa dalam unit relatif, iaitu

(focal length) / (diameter bukaan)

Mana-mana lensa yang disetkan dengan nilai bukaan yang sama membenarkan jumlah cahaya yang sama

memasuki kamera sekiranya keamatan cahaya adalah sama.

Berikut adalah senarai nombor bukaan piawai (1 stop)

1.0 1.4 2.0 2.8 4 5.6 8 11 16 22 32

F1.4 (ditulis f/1.4) bermaksud saiz bukaan adalah 1/1.4 panjang fokus lensa. Jika lensa adalah lensa 50mm, diameter

bukaan adalah

1/1.4 x 50mm

= 35.71 mm

Page 13: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

12

Depth Of Field (Bokeh)

Depth of Field (DoF) merupakan istilah untuk zon ketajaman sesuatu gambar. DoF akan bergantung pada setting

aperture, focal length & jarak antara subjek anda. Aperture yang dibuka besar contoh f2.8 akan menjadikan depth of

field yang tinggi. (latar belakang yang kabur).

Cuba lihat contoh gambar dibawah bokeh berbeza mengikut kepada setting aperture pada kamera anda

Kamera Di Fokus Semakin jauh semakin kabur

Page 14: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

13

Shutter

Shutter adalah satu bahagian yang menghalang cahaya dari masuk selagi pengguna tidak menekan butang. Ia

dibuka dengan pantas bergantung pada setting pengguna. Apabila shutter terbuka, cahaya akan masuk & mengenai

film @ sensor.

Shutter Speed

Menentukan berapa lama shutter akan terbuka. Unit kiraan untuk shutter adalah 1/number. Shutter speed yang tinggi

akan menjadikan gambar di ‘freeze’. Namun cahaya yang masuk adalah kurang. Shutter speed yang rendah akan

meningkat kadar gegaran .

Page 15: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

14

Gunakan kelajuan pengatup sekurang-kurangnya seperti jadual dibawah. Namun ia bergantung juga pada keadaan

cahaya ketika itu;

Panjang Fokus Lensa

(mm)

Kelajuan minima pengatup (saat)

20 1/30

50 1/60

100 1/125

200 1/250

500 1/500

Gunakan tripod atau ‘bean bag’ jika seseorang jurufoto itu menggunakan slow shutter. Dibawah merupakan

perbezaan gambar yang diambil dengan perubahan pada shutter speed.

Page 16: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

15

ISO

ISO atau ASA adalah rating untuk kelajuan film @ sensor. ISO rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada

cahaya dan anda akan memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama. Ia selalunya di

set dengan nombor 100, 200, 400, 800,1600, 3200 dan seterusnya. Nombor tersebut menerangkan berapa ‘pantas’

reaksi film @ sensor terhadap cahaya.

Asasnya, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah dalam kamera. Ia akan memberikan

kelajuan shutter dan ketajaman (Depth Of Field) yang anda perlukan. Sekiranya anda perlukan lebih ketajaman

(Depth Of Field) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka anda perlu menaikkan ISO dan

mengurangkan aperture.

ISO & Persekitaran

ISO 100-200 sesuai digunakan ditempat terang. Ia menghasilkan imej dengan keamatan warna yang tinggi.

ISO 400-800 sesuai digunakan untuk mengambil gambar sukan atau aktiviti pantas. Ia digunakan untuk mendapatkan

shutter speed yang tinggi supaya subjek dapat ’freeze’.

ISO 1600 keatas sesuai digunakan untuk mengambil gambar diwaktu malam tanpa menggunakan flash. Lazimnya

gambar yang dihasilkan mempunyai keamatan warna yang rendah dan noise akan kelihatan.

Page 17: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

16

Kebaikan & Keburukan ISO Yang Tinggi

Kebaikan Keburukan

Memudahkan penggunaan

kamera tanpa tripod

Kualiti gambar menurun kerana

penghasilan NOISE

Mendapatkan gambar yang lebih

sharpe

Kualiti Warna akan menurun

Membantu dalam situasi yang

tidak memerlukan flash

Kualiti sharpness akan menurun

Dibawah merupakan satu lagi contoh hasil gambar yang diambil menggunakan ISO yang berlainan;

Page 18: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

17

Kaitan Antara Aperture, Shutter & ISO Untuk Mendapatkan Exposure

= cahaya lebih = cahaya kurang

ISO tinggi = banyak noise

Shutter perlahan = gegaran

Aperture besar = DOF tinggi

ISO rendah = kurang noise

Shutter laju = freeze

Aperture kecil = kurang DOF

Page 19: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

18

BAB 4 : TEKNIK FOTOGRAFI

Camera Grip

Bagi mengelakkan gegaran pada gambar, teknik

memegang kamera juga perlu diambil berat.

Bagaimana cara untuk memegang kamera anda?

Half-Press

Cara untuk ‘lock’ subjek anda adalah penting

untuk mendapatkan gambar yang diingini.

Teknik half-press perlu dikuasai kerana ini adalah

asas untuk memfokus subjek.

Lihat viewfinder & lock subjek anda dengan menekan SEPARUH

pada button mengambil gambar

Tahan dahulu sementara MENCARI komposisi

yang sesuai

Tanpa mengangkat lagi jari, TEKAN

SEPENUHNYA butang tersebut untuk mengambil

gambar

Page 20: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

19

Focusing

Lihat contoh viewfinder dibawah, bulatan ditengah-tengah adalah point utama untuk memfokus subjek. Ada

viewfinder yang menunjukkan bulatan berwarna hijau untuk subjek yang ‘focus’ manakala merah untuk ‘out of focus’.

Jurufoto perlu ‘lock’ subjek mereka dahulu untuk mengelakkan terjadinya ‘out of focus’.

Page 21: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

20

Exposure Mode

Kebanyakkan kamera disediakan dengan pelbagai jenis exposure mode samada auto atau manual

Auto : kamera akan mengawal exposure & flash sepenuhnya

Manual : pengguna mengawal keseluruhan setting

(A) Aperture Priority : pengguna mengawal aperture sahaja

(S) Shutter Priority : pengguna mengawal shutter sahaja

Program : seperti Auto tetapi pengguna masih boleh mengawal

setting lain

Portraiture : setting untuk mengambil gambar manusia

Lanscape : setting untuk megambil gambar permandangan

Macro : setting untuk mengambil gambar close-up

Sport : setting untuk gambar aktiviti pantas

Page 22: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

21

Exposure Yang Sesuai

Exposure adalah sukatan & keseimbangan cahaya. Jumlah cahaya tersebut adalah yang diterima oleh filem atau

sensor di dalam kamera dan di kawal oleh lens diaphragm atau aperture. Terdapat 3 faktor utama untuk

mendapatkan exposure yang sesuai dalam gambar anda iaitu Shutter Speed, Aperture & ISO. Menguasai 3 faktor ini

adalah yang paling asas bagi jurugambar.

Exposure Value (EV) atau EV - Stop

Dalam istilah fotografi ia bermaksud ukuran cahaya yang diukur dalam exposure value (EV). +1 stop bermakna

penambahan cahaya satu kali ganda daripada cahaya semasa (0). -1 stop bermakna cahaya kurang sekali ganda

daripada cahaya semasa.

Page 23: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

22

BAB 5 : CAHAYA & WARNA

Sifat Cahaya & Warna

Penting bagi seorang jurugambar memahami sifat-sifat cahaya & warna. Terdapat beberapa sifat cahaya yang iaitu

front, side & backlight. Mengetahui dari mana arah cahaya dapat memberikan impak yang baik pada gambar.

Front Light

Jika cahaya berada dibelakang jurugambar, cari objek yang boleh dijadikan diffuser seperti pokok untuk

mendapatkan gambar yang tidak terlalu ‘flat’

Side Light

Jika cahaya berada ditepi jurugambar, cari objek yang boleh dijadikan reflector seperti bangunan untuk

mendapatkan lighting yang seimbang.

Back Light

Untuk mengambil gambar yang baik, jurufoto cuba elakkan mengadap cahaya (back light). Back light akan

mengakibatkan subjek anda menjadi gelap. Namun jika gambar perlu juga diambil, gunakan flash secara direct untuk

jelaskan subjek anda.

Page 24: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

23

Metering

Metering adalah satu kaedah pengiraan untuk mendapatkan nilai dedahan atau exposure value (ev). Ia bertujuan

menentukan dengan lebih TEPAT julat kecerahan/ kegelapan cahaya sesuatu keadaan (scene). Terdapat beberapa

jenis metering dalam kamera anda;

Matrix/Evaluative : mengira dedahan pada keseluruhan paparan(100%). Ia

merupakan kaedah mengira dedahan yang optimum berdasarkan zon-zon

di atas sensor. Dalam keadaan cahaya biasa dan sekata, matrix metering

tiada masalah untuk mendapatkan nilai dedahan yang betul. Metering ini

juga dikenali sebagai multi-zone metering, honeycomb atau segment

metering..

Partial : mengira dedahan berdasarkan kawasan lebih besar dari spot

metering, iaitu 10-15% dari viewfinder.

Center weighted : mengira dedahan berdasarkan satu bulatan di tengah

sensor. Ia bagus digunakan untuk subject seperti potret kepala.

Spot metering : mengira dedahan kawasan yang amat kecil iaitu (1-5%).

Kebanyakan kamera membenarkan spot metering hanya ditengah tetapi

kamera yang lebih canggih membenarkan spot metering pada titik focus.

Spot metering adalah amat tepat kerana tidak dipengaruhi oleh kawasan

lain didalam viewfinder.

Page 25: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

24

White Balance

White balance bertujuan membetulkan warna putih situasi tertentu kepada warna putih yang semulajadi dilihat oleh

mata manusia. Perubahan WB berlaku kerana suhu atau warna disebabkan punca cahaya mengukit situasi. Ukuran

suhu cahaya adalah dalam kelvin (k).

Auto WB : kamera memilih

WB yang sesuai

Daylight (3000k-4000k) : untuk

cuaca panas

Cloudy (5000k-6000k) : untuk

cuaca berawan/ mendung

Shade (6000k-8000k) : untuk

dibawah bangunan

Tungsten (2500k-3200k) :

untuk lampu bermentol &

neon

Fluorescent (3200k-4000k) :

untuk lampu kalimantang

Flash : (6500k-7000k) : jika

menggunakan flash

Custom/ Preset : pengguna

memilih WB sendiri

Page 26: Belajar Asas Fotografi Digital

Ebook Belajar Asas Fotografi Digital Hakcipta terpelihara © NahamPhoto.com

25

RUMUSAN

Fotografi adalah seni melihat dan juga sangat subjektif. Gambar yang menarik adalah hasil dari gabungan situasi,

kreativiti & kemahiran jurugambar tersebut.

RUJUKAN

Buku

• Asas Fotografi Digital – Iskandar Ab Rashid

• Digital Photography – Tricks of the Trade : Tim Gartside, D&C.

• Digital Camera Magazine (Malaysia).

Online

• http://www.practicalphotographytips.com

• http://www.photonhead.com/

• http://www.cambridgeincolour.com/tutorials.htm

• http://www.digital-cameras-help.com/photography.html

• http://digital-photography-school.com/tips

• http://www.dpreview.com/

Disediakan Oleh :

Harris Fadzilah bin Rahmat (Reds)

Pengasas/ Jurugambar

NahamPhoto

013-7443734

[email protected]

www.nahamphoto.com

www.nahamphoto.com/blog

www.facebook.com/NahamPhoto