33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

31
Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

Upload: aminuddin-azizan

Post on 16-Jul-2015

739 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

Page 2: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

"33 Rahsia Merakam Gambar Menarik Dengan Hanya

Mengetahui Asas Fotografi" Oleh: Noorizam Sabran

Pengenalan tentang diri saya.

Saya adalah peminat fotografi yang sentiasa belajar untuk menambah ilmu dalam bidang ini. Kepakaran saya adalah dalam bidang ‘Prototype’. Ijazah saya pula dalam bidang senireka! …Dan hobi saya adalah ‘Photography’. Dengan minat yang mendalam dalam fotografi, saya melaburkan wang sendiri untuk menuntut ilmu fotografi. Saya menghadiri kelas fotografi, berjumpa dengan jurugambar yang berpengalaman, banyak membaca buku fotografi dan banyak bertanya dengan yang pakar dalam industri. Di dalam e-book ini, saya sebenarnya berkongsi asas ilmu dan pengetahuan saya dalam bidang fotografi. Ya! E-book ini untuk anda yang masih baru (beginner) dan ingin memahami asas-asas dalam fotografi. Saya adalah Noorizam Sabran.

Page 3: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

1. Fahami Apa itu ‘shutter speed’ Rahsia pertama untuk merakamkan gambar yang menarik adalah memahami apa itu "shutter speed". Shutter Speed adalah berapa lama kamera terbuka dan terdedah kepada cahaya untuk merakamkan sesuatu imej. Jika dalam keadaan cahaya yang kurang,lagi lama masa yang diperlukan oleh kamera untuk menggumpul cahaya bagi mendapatkan gambar yang baik. Bagi mengetahui bagaimana pergerakan dirakamkan, gunakan kelajuan (speed) yang berbeza. Sebagai satu contoh, jika kita menggunakan 1/30 sesaat, ia akan merakamkan gambar biasa bagi subjek yang bergerak. Jika menggunakan 1/500, subjek bergerak akan terhenti serta merta. Untuk merakamkam gambar aksi sukan, gunakan kelajuan yang tinggi melainkan anda ingin merakamkan imej dengan pergerakan.

Shutter speed 1/20 Shutter Speed 1/500

Page 4: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

2. Fahami apa itu 'aperture' Aperture adalah berapa luas iris lensa kamera dibuka. Lebih luas ianya dibuka, bermakna lebih banyak cahaya yang masuk.

Aperture yang besar diwakili dengan nombor yang kecil seperti f/4. Aperture yang kecil pula diwakili dengan nombor yang besar seperti f/16. Aperture yang besar hanya fokus pada satu bahagian sahaja. Berbeza dengan aperture kecil seperti f/16 akan fokus pada semua. Jarak di dalam fokus dipanggil 'depth of field’.

Aperture F22 Aperture F 5.6

Page 5: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

3. Apa pula ISO? Ini perlu difahami bagi mendapatkan gambar yang menarik. ISO juga dahulunya dikenali sebagai ASA. ISO adalah berapa sensitif filem atau digital kamera pada cahaya. Pada zaman digital ini, ISO amat mudah dilaras dan diubah. Gunakan ISO yang rendah bagi mendapatkan 'aperture' dan 'shutter speed' yang diperlukan. Tambahkan ISO untuk 'aperture' yang kecil dan 'shutter speed' yang laju. ISO yang laju seperti ISO 800, 1600.

Contoh penggunaan ISO 100 Contoh penggunaan ISO 6400 Manakala ISO yang perlahan biasanya ISO 100 atau ISO 200. Sebab utama untuk menggunakan ISO yang perlahan adalah untuk menggurangkan noise atau 'grain'(bintik-bintik pada gambar). Penetapan ISO yang laju bisanya lebih 'grain’, berbanding dengan ISO yang perlahan.

Page 6: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

4. Lihat subjek pada bahagian matanya. Jika merakam gambar potret, cuba letakkan kamera anda satu aras dengan mata subjek (eye level). Ini akan menghasilkan gambar yang lebih beremosi dan mendapatkan watak sebenar seperti senyuman dan reaksi wajah subjek. Untuk gambar kanak-kanak, anda harus berada sama paras dengan subjek (eye level). Pastikan subjek melihat pada kamera anda. Ini akan mendapatkan interaksi dari subjek dan anda.

Interaksi dengan mata subjek memberi kesan pada gambar anda. Lihat contoh perbezaan gambar subjek yang melihat kamera dan tidak melihat pada kamera.

Page 7: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

5. Latar belakang yang bersih (tidak serabut)

Latar belakang yang bersih akan menonjolkan lagi subjek anda. Lihat pada perbezaan gambar. Latar belakang yang bersih akan menonjolkan lagi subjek yang anda rakam. Cuba belajar melihat latar belakang subjek dengan menggunakan 'view finder' camera anda. Jika anda merakam sesuatu subjek, pastikan tiada objek lain yang menggangu subjek utama anda.

Page 8: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

6. Alih posisi subjek anda Jika terlalu banyak gangguan pada latar belakang subjek anda, cuba alihkan posisi subjek. Contohnya dalam merakam gambar potret, arahkan subjek untuk bergerak setapak ke hadapan atau ke belakang atau ke kiri dan ke kanan.

Sensitif dengan persekitaran semasa membuat ‘framing’

Page 9: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

7. Sudut (angle) anda merakam gambar. Satu lagi tip jika terdapat gangguan dalam ‘frame’ gambar anda, cuba ubah sudut anda merakam gambar. Cari sudut yang baru, bergerak dari tempat asal anda. Sama ada berpusing di keliling subjek atau anda juga boleh turun ke sudut bawah; contoh dengan menjadikan awan sebagai latar belakang anda.

Dua gambar dari sudut yang berbeza.

Page 10: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

8. Gunakan flash untuk gambar 'outdoor' Cahaya matahari yang terik biasanya akan menghasilkan bayang yang kuat pada wajah subjek. Untuk mengatasi masalah ini, gunakan flash kamera anda. Anda boleh mengawal berapa kuat cahaya yang anda ingin dengan kamera anda.

Anda dapat lihat perbezaan setelah subjek diisi dengan sedikit cahaya. Kadangkala cahaya matahari itu sendiri sudah membuatkan subjek kelihatan menarik dan jelas, tidak perlulah lagi anda menggunakan flash.

Page 11: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

9. Rapatkan jarak anda dengan subjek Jika subjek anda terlalu kecil atau jauh, anda sebaiknya pergi lebih rapat dengan subjek itu. Merakam gambar secara dekat dengan subjek akan mendapatkan lagi gambar yang 'detail' atau lebih jelas. Tetapi ingat jangan pula terlalu rapat dengan subjek kerana ia akan membuatkan gambar anda menjadi kabur. Jarakkan kamera anda dengan subjek lebih kurang tiga meter.

Subjek yang jelas.

Page 12: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

10. Cuba elak dari meletakkan subjek anda di tengah frame Ini adalah sesuatu yang biasa jika kita merakam gambar. Kebiasaannya kita akan meletakkan subjek ditengah-tengah. Apa kata anda cuba sesuatu yang baru.

Subjek yang berada di tengah Komposisi subjek di tepi ‘frame’ Bayangkan 'viewfinder' anda mempunyai garisan grid seperti permainan Tic-Tac-Teo. Cuba bermain dengan meletakkan subjek anda pada satu pertemuan garisan tersebut. Ini juga dikenali sebagai ‘Rules of third’. Pasti anda akan dapat lihat perbezaannya.

Rules of Third; subjek diletak pada tanda merah.

Page 13: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

11. Kunci (lock) fokus subjek anda Jika subjek anda tidak berada di tengah, anda perlu mengunci fokus anda supaya anda dapat gambar yang tajam dan jelas. Kebanyakkan kamera yang mempunyai 'auto' fokus hanya memfokuskan subjek yang berada di tengah sahaja. Tetapi untuk mendapatkan gambar yang menarik, anda harus cuba lari dari meletakkan subjek di tengah. Anda boleh mengunci (lock) subjek dengan tiga langkah. Pertama, letakkan subjek anda di tengah dan tekan separuh butang 'shutter' kamera anda. Kedua, ubah arahkan kamera anda (sementara anda masih menekan separuh butang ' shutter'), dengan cara ini subjek akan berubah posisi dari tengah. Langkah ketiga adalah tekan terus butang 'shutter' anda untuk merakam gambar. Mudah kan?

Page 14: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

12. Fahami kemampuan flash kamera anda Gambar yang dirakam dengan melangkau kemampuan flash kita akan menjadi gelap. Ini antara satu masalah jika tidak memahami kemampuan flash anda. Kebanyakan kamera biasa, kemampuan maksima flash adalah kurang dari 8 meter.

Penggunaan ‘flash’ yang betul akan menonjolkan subjek anda. Untuk mengetahui kemampuan flash, sila rujuk manual kamera anda. Pastikan jarak anda dengan subjek tidak terlalu jauh hingga cahaya flash anda tidak sampai pada subjek anda. cara lain anda juga boleh tambahkan ISO pada kamera anda.

Page 15: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

13. Sensitif pada pencahayaan Selain subjek,apa yang paling penting dalam fotografi adalah cahaya. Jika tiada cahaya, imej tidak akan dapat dirakamkan. Lihat cahaya semulajadi pada subjek.

Contoh penggunaan cahaya yang sedia ada dari tingkap Kadangkala cahaya matahari atau cahaya semulajadi adalah cahaya terbaik untuk merakamkan subjek anda. Jika anda tidak kehendaki cahaya yang sedia ada pada subjek, anda haruslah mengubah arah atau subjek anda.

Page 16: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

14. Cuba ambil pada posisi menegak (vertical) Satu lagi cara yang sering kita lakukan semasa merakam gambar iaitu posisi mendatar (horizontal). Apa kata kali ini cuba rakamkan gambar secara menegak. Pusingkan kamera anda ke arah menegak. Pasti anda dapat melihat satu kelainan dari biasa. Rakamkan subjek anda menggikut kesesuaian sama ada menegak atau mendatar.

Kesesuaian gambar dalam ‘frame’ menegak atau mendatar

Page 17: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

15. Jadi pengarah (director) untuk gambar anda Jadilah pengarah yang bagus kepada subjek anda, bukan hanya 'penangkap gambar' yang duduk diam. Pengarah memainkan peranan yang amat penting untuk mendapatkan gambar yang menarik. Pengarah gambar, menambahkan rencah untuk gambar anda menjadi lebih menarik dan lebih hidup!

Arahkan dan berkomunikasi dengan subjek anda

Page 18: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

16. Pegang kamera anda dengan setabil (steady) Elakkan getaran semasa menekan butang 'shutter'. Jika anda bergetar semasa menekan butang 'shutter', gambar anda akan menjadi kabur. Pastikan juga jari anda tidak menutupi bahagian hadapan lensa kamera anda. Jika kamera anda mempunyai 'live viewfinder', cuba gunakan optical 'viewfinder'. Ini bukan sahaja dapat membantu anda melihat subjek sebenar, tetapi dapat membantu menstabilkan kamera dari gegaran.

Page 19: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

17. Masukkan elemen garisan untuk merakam gambar Anda tentu masih ingat asas bentuk geometri yang diajar di alam persekolahan. Cuba aplikasikan segala elemen-elemen sepertibulatan, segi empat, segi tiga, garisan lurus dan garisan 's-curve' pada subjek anda.

Masukkan elemen-elemen garisan

Page 20: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

18. Penuhkan ‘frame’ anda. Pastikan anda penuhkan ‘frame’anda. Cara terbaik adalah dengan rapat ke subjek anda. Sebelum anda menekan butang ‘shutter’ anda, pastikan anda memerhati setiap penjuru ‘frame’dan latar belakang subjek anda. Pastikan tiada benda yang tidak diperlukan menggangu dalam ‘frame’ anda.

Penuhkan subjek di dalam ‘frame’ anda

Page 21: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

19. Tentukan tema untuk gambar anda.

Cari tema untuk gambar anda Anda tidak sepatutnya merakam gambar tanpa tahu apakah yang anda inginkan. Walaupun anda melihat sesuatu subjek yang menarik, jika anda tidak tahu apa yang anda ingin rakamkan, gambar anda tidak akan kelihatan menarik! Tanya diri anda adakah gambar yang anda ‘frame’ menerangkan tema yang anda pilih? Adakah orang lain yang melihat gambar kita itu boleh rasai tema yang anda pilih? Jadi pilih tema untuk gambar yang anda mahu rakam.

Page 22: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

20. Gunakan tripod anda. Tip ini sesuai untuk merakam gambar di dalam situasi yang kurang cahaya. Gunakan ‘shutter’ yang perlahan untuk mendapatkan cahaya yang cukup ke dalam kamera anda. Contoh ‘shutter yang perlahan seperti; 1/15, 1/10.

Penggunaan tripod dapat membantu menggurangkan gegaran.

Page 23: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

21. Alat kawalan jauh, pemasa (timer) atau ‘shutter release’ kabel. Jika anda menggunakan ‘shutter’ yang perlahan, kamera akan bergetar semasa anda menekan butang ‘shutter’. Jika bergetar, gambar anda akan kabur. Bagaimana untuk mengelakkan perkara ini? Cuba gunakan pemasa ‘timer’ kamera anda atau anda boleh menggunakan alat kawalan jauh untuk kamera anda. Ada kamera yang boleh digunakan dengan ‘shutter release’ kabel.

Contoh alat kawalan jauh kamera.

Page 24: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

22. Gunakan ISO tinggi. Sama dengan situasi di atas. Dalam situasi yang kurang cahaya juga anda boleh manambah ISO kamera anda. Contohnya untuk kamera digital, anda boleh memilih ISO sehingga 800, 1600 atau 6400.

Tambahkan ISO dalam situasi kurang cahaya Ini berpandukan jenis kamera yang anda gunakan. Tetapi awas, pengawalan ISO yang tidak betul akan menyebabkan gambar anda menpunyai bintik merah kekuningan ynag dipanggil ‘noise’.

Page 25: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

23.‘Reflector’ sebagai pengisi cahaya tambahan. Anda boleh menggunakan ‘reflector’ untuk menambahkan pencahayaan pada subjek anda. Kadangkala menggunakan cahaya ‘flash’ kamera anda boleh membuatkan subjek anda hilang karektor asli. Dengan ‘reflector’, anda boleh memantulkan cahaya semulajadi pada subjek anda. Biasanya ‘reflector’ sesuai digunakan semasa merakam gambar potret.

Gambar yang dirakam menggunakan ‘reflector’ cahaya.

Page 26: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

24. Banyak melihat gambar yang menarik Saya percaya anda memang suka melihat gambar-gambar yang menarik. Ambil kriteria yang membuatkan gambar itu menarik. Contohnya komposisinya, sudut pandang dan latar belakang. Cuba aplikasi pada gambar anda. 25. Rakam beberapa keping gambar Untuk merakamkan gambar potret berkumpulan, lebih baik rakam lebih dari satu gambar dalam satu masa. Jika anda hanya merakam satu gambar, tentu akan ada subjek yang tidak bersedia, terpejam mata atau sedang membetulkan baju! Untuk lebih selamat, rakamlah lebih dari satu gambar. 26. Hormati dan fahami subjek anda Hormat, respect pada subjek anda. Sebagai satu contoh, jika anda ingin merakam potret seseorang dan individu itu tidak mahu potretnya dirakamkan, anda perlu mnghormati keputusan itu. Menghormati subjek anda amat penting jika anda juga mahu dihormati.

Page 27: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

27. Senyum! Ya! Sebagai jurugambar, terlalu penting untuk ANDA senyum selalu semasa merakam gambar. Gembira dan enjoi, pasti subjek anda juga akan senang dengan anda. Ini akan memudahkan anda mendapatkan gambar yang menarik! 28. Ikhlas semasa merakam gambar. Tahukah anda, keikhlasan anda dalam merakam gambar akan dapat dilihat pada hasil rakaman gambar anda! Percayakah anda, kebanyakkan gambar-gambar menarik dari jurugambar bertaraf dunia adalah kerana keikhlasan mereka dalam merakam gambar. Jika anda tidak percaya, cuba praktikkan perkara ini, keikhlasan dalam berkarya! 29. Bawa pembantu. Sedarkah anda, pembantu memainkan peranan yang amat penting dalam sesuatu sesi fotografi! Ramai jurugambar tidak menyedari perkara ini. Adanya pembantu akan memudahkan banyak kerja anda. Pembantu boleh membantu membawa beg, kamera, tripod, lampu dan jika situasi tidak terkawal, pembantu amat diperlukan. Ia memudahkan kerja anda sebanyak 90%! Bawa pembantu!

Page 28: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

30. Belajar dari golongan professional. Saya percaya, ramai dikalangan anda malu, takut atau tidak mahu berjumpa jurugambar professional. Mungkin kerana anda takut tidak dilayan, takut dikritik atau bermacam-macam sebab bermain di kepala anda. Tidak rugi jika anda berjumpa dengan golongan ini. Sebenarnya kebanyakkan mereka tidak sombong atau kedekut ilmu. Banyak tip yang mereka boleh berikan. Ini satu bonus untuk anda! Boleh dikatakan 80% ilmu fotografi saya secara praktikal saya perolehi dari jurugambar- jurugambar professional Malaysia!

Page 29: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

31. Beli dan baca buku fotografi. Jangan kedekut mengeluarkan duit untuk membeli buku. Ini adalah pelaburan ilmu yang tidak rugi untuk anda. Pelajari cara-cara terbaik dari jurugambar-jurugambar luar melalui buku atau majalah.

Selalu membaca dan melihat gambar tentang fotografi Dedahkan diri anda dengan dunia luar. Anda akan mendapat banyak idea dapat merakam gambar dengan lebih baik.

Page 30: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

32. Gunakan internet untuk belajar. Zaman berteknologi tinggi ini, internet adalah salah satu media yang digunakan berleluasa untuk mendapatkan informasi. Salah satu cara yang berkesan adalah menggunakan forum! Dari forum, banyak ilmu fotografi yang boleh kita pelajari. Yang penting kita ambil yang baik dan jangan amalkan yang tidak baik. 33. Praktikan apa yang anda pelajari. Keseluruhannya, jika anda sudah membaca, melihat,mempelajari cara- cara merakam gambar yang menarik, jangan lupa untuk praktikan ilmu itu! Sia-sia sahaja jika ilmu yang anda dapat tidak diamalkan! Gilap segala ilmu yang anda perolehi! Praktikkan!

Page 31: 33 rahsia merakam gambar menarik dengan hanya mengetahui asas fotografi[bdkminang@teamgempak]

Lawati blog saya di www.noorizamsabran.com

Penutup Saya berharap dengan perkongsian e-book 33 Rahsia Merakam Gambar Menarik Dengan Hanya Mengetahui Asas Fotografi ini, anda akan mendapat sedikit pengetahuan dan tip dalam merakam gambar. Selamat berkarya! Terima Kasih. Noorizam Sabran. Untuk mendapatkan tip fotografi digital terbaru, sila lawati blog saya : www.noorizamsabran.com