beberapa kesan juga akan timbul disebabkan kelunturan semangat kejiranan

Upload: niraindera-shanmugam

Post on 02-Mar-2016

640 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

weded

TRANSCRIPT

Beberapa kesan juga akan timbul disebabkan kelunturan semangat kejiranan. Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara jiran yang berbilang kaum. Hal menyebabkan masyarakat berpecah-belah. Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri. Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik. Impaknya, kesejahteraan negara akan tergugat.