bcm katalog 2020...melalui doa dan iman. ... pada tahun 2017, bcm memulakan program teologi...

40
1 BCM KATALOG 2020 21 Januari, 2020

Upload: others

Post on 20-Feb-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

1

BCM

KATALOG

2020

21 Januari, 2020

Page 2: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

2

ISI KANDUNGAN

PRAKATA OLEH PRESIDEN 4

PERNYATAAN MISI & VISI DAN TUJUAN 5

ASAS KEPERCAYAAN 6

MAKLUMAT UMUM 7 - 9

Latar Belakang

Pentadbiran

Akreditasi

Lokasi

Kemudahan Kampus

Lawatan Ke Kampus

PERSONEL 10 - 13

Lembaga Pengarah

Fakulti Sepenuh Masa

Fakulti Undangan

KEMASUKAN 14 - 15

Syarat Kemasukan Umum

Cara Permohonan

Jadual Permohonan Kemasukan

Polisi Penuntut Dewasa

POLISI DAN MAKLUMAT AKADEMIK 16 - 18

Kalender Akademik

Pemindahan Kredit

Sistem Trimester

Penuntut Tetap/ Biasa

Sistem Gred/Pemarkahan

Audit

Penarikan Diri Daripada Kursus

Kerja Kursus Yang Tidak Lengkap

Kehadiran Di Kelas

Kedudukan Akademik

Tempoh Percubaan Akademik

Pertukaran Program Akademik

Penuntut Berterusan

Syarat Pengijazahan

ANUGERAH KHAS 19 - 20

Page 3: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

3

PROGRAM AKADEMIK 21 - 25

Sijil Pengajian Alkitab Dan Pelayanan

Teologi Watikah Pelayanan

Diploma Pengajian Kristian dan Pelayanan

Diploma Teologi

Sarjana Muda Teologi

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH 26

Program Asas Pengajian Kristian

PROGRAM EKSTENSI 27

Asas Pengajian Alkitab

Sijil Pengajian Alkitab Dan Pelayanan

KEHIDUPAN PENUNTUT 28 - 29

Kehidupan Kerohanian

Pelayanan Bagi Para Penuntut

Pertubuhan-pertubuhan Penuntut

Penerbitan Kolej

Koir

Tatasusila Berpakaian

Tempat Tinggal Dan Makanan

Disiplin

Khidmat Komuniti

KETERANGAN KURSUS 30 - 40

Bahasa Alkitab

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Teologi

Pelayanan

Pendidikan Kristian

Pendidikan Umum

Misi

Page 4: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

4

PRAKATA OLEH PRESIDEN

Bible College of Malaysia (BCM) merupakan sebuah

institusi pengajian dan latihan pelayanan di bawah

naungan Assemblies of God. BCM komited

memperlengkapi anda dengan latihan sebaik mungkin

untuk pelayanan mengikut tradisi Pentakosta. Tenaga

pengajar di BCM merupakan pastor-guru (Efesus

4:11) yang komited kepada pengajian teologi yang

baik, cemerlang dalam akademik, bersemangat dan

jitu dalam pelayanan, serta memiliki kerohanian

mendalam Pentakosta.

BCM menawarkan pelbagai program latihan untuk

Sarjana Muda, Diploma, atau pun Sijil. Para penuntut

di BCM datang dari seluruh Malaysia serta dari

negara-negara lain dan walaupun sebahagian besar

dari naungan Assemblies of God, kami tetap

mengalu-alukan pelajar dari tradisi gereja lain,

termasuk kelompok gereja bebas. Kebanyakannya

dipersiapkan untuk menjadi pastor, pekerja gereja,

penasihat/kaunselor, penginjil, misionari dan guru.

Yang lain terdiri daripada pemimpin jemaat yang ingin melengkapi diri bersedia untuk

pelayanan di gereja-gereja tempatan.

BCM telah menghasilkan lebih daripada 1,000 graduan sejak permulaannya. Kebanyakan

daripadanya sangat aktif melayani di Malaysia sebagai pastor, pekerja gereja, penginjil, guru,

dan pemimpin gabungan gereja. Sesetengah graduan ini melayani sebagai misionari di beberapa

negara di kawasan Asia Pasifik, Afrika, Eropah, dan di Amerika. Beberapa alumni kolej

merupakan pemimpin-pemimpin Kristian terkemuka di dalam dan luar negara.

Kami menjemput anda untuk menyertai kami dalam mempersiapkan diri anda demi melayani

Tuhan dengan lebih berkesan dalam pelayanan yang Ia telah memanggil anda. Apabila anda

menyemak katalog ini, saya yakin anda akan menemukan program dan kursus yang sesuai

dengan keperluan peribadi anda. Yakinlah bahawa kami akan berusaha sedaya upaya untuk

membantu anda mencapai matlamat pelayanan anda. Kami berazam untuk “memperlengkapi

jiwa untuk pelayanan”.

Rev Dr Victor Lee Tat Yan

PhD Divinity (University of Aberdeen)

MTh (Trinity Theological College, Singapore)

BTh (Bible College of Malaysia)

Page 5: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

5

PERNYATAAN MISI & VISI DAN TUJUAN

PERNYATAAN MISI

Bible College of Malaysia (BCM) merupakan sebuah institusi pengajian yang mempunyai misi

utama untuk memperlengkapi dan memberi latihan holistik bagi mereka yang menyahut

panggilan Tuhan agar karunia Tuhan dalam diri mereka (Efesus 4:11-12) akan berkembang dan

mereka mampu melayani secara efektif menyebarkan Injil di Malaysia dan negara-negara lain

(Markus 16:15).

PERNYATAAN VISI

BCM sebagai komuniti berkepenuhan Roh Kudus, berusaha mengintegrasikan kesarjanaan

Alkitabiah dengan pelayanan berkesan masa kini dan latihan kepimpinan yang akan

mempersiapkan tenaga kerja lelaki dan wanita dalam gabungan pelayanan transformasi insan,

kepimpinan bervisi, penglihatan kerohanian, semangat penginjilan, kesungguhan sebagai

penginjil dan pengajian Firman Tuhan seumur hidup.

TUJUAN

• Melatih para pekerja Kristian di dalam pengetahuan Alkitab untuk

pelayanan yang efektif

Bible College of Malaysia mengakui bahawa Alkitab sebagai landasan Ilahi dan

kebenaran dalam Tuhan. Para penuntut digalakkan untuk membaca dan mengkaji buku-

buku yang mengandungi khazanah hikmat dan pengetahuan. Namun, mereka diajar

mempertimbangkan serta menilai semua penulisan berdasarkan Firman Tuhan yang

sempurna - yang merupakan kuasa tertinggi tentang semua kebenaran doktrin dan

teologi.

• Memelihara suasana dan perselitaran yang menggalakkan serta memupuk

pertumbuhan kehidupan rohani para penuntut

Bible College of Malaysia menyedari kepentingan meningkatkan potensi penuntut dari

segi intelek, fizikal, sosial dan kerohanian mereka dalam pembentukan seseorang yang

berguna, hidup dalam kesempurnaan dan penuh bermakna.

• Membangkitkan semangat penginjilan dan misi di Malaysia dan negara serantau

Bible College of Malaysia bertanggungjawab terhadap Amanat Agung Tuhan Yesus

dengan meningkatkan kesedaran dan penglibatan para penuntut dalam perkhabaran Injil

ke seluruh dunia.

• Menyumbang kepada perpaduan dan mengekalkan tahap nilai moral yang mulia

dalam perlakuan dan pelayanan seorang Kristian

Bible College of Malaysia berusaha menanamkan keperibadian Kristian dalam diri setiap

penuntut. Ianya terangkum dalam program samada akademik atau pun praktikal, direka

untuk menolong para penuntut membentuk sikap disiplin diri dan mengekalkan

hubungan yang baik dengan Tuhan dan sesama manusia, supaya mereka menjadi seorang

yang matang dan bertanggungjawab di kalangan masyarakat mereka.

• Melayani sebagai alat untuk meneruskan dan menguatkan pekerjaan Assemblies of

God

Bible College of Malaysia akui kewajipan istimewanya untuk menjaga, melindungi dan

mengembangkan sejarah iman Pentakosta dan kesaksian Assemblies of God.

Page 6: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

6

ASAS KEPERCAYAAN

Bible College of Malaysia menyetujui Kenyataan Kebenaran Dasar Assemblies of God. Berikut

ini adalah ringkasannya. Kami percaya:

• Alkitab adalah Firman Tuhan yang diilhamkan; standard mutlak bagi iman dan perilaku.

• Tuhan itu Esa, wujud secara kekal dalam tiga oknum; Allah Bapa, Allah Anak dan Allah

Roh Kudus.

• Tuhan Yesus Kristus; Illahi adanya, lahir daripada seorang anak dara, hidup tanpa dosa,

melakukan mukjizat-mukjizat, menebus manusia yang berdosa melalui kematianNya,

bangkit secara jasmaniah, naik ke syurga dan dimuliakan di sebelah kanan Bapa dan

akan datang kembali ke bumi dalam kuasa dan kemuliaan untuk memerintah dalam

kerajaan seribu tahun.

• Pengangkatan gereja pada waktu kedatangan Kristus di awan-awan merupakan

pengharapan yang bahagia bagi orang-orang percaya.

• Oleh pelanggaran satu orang, dosa telah masuk ke dalam dunia dan dosa membawa

maut; demikian maut telah menimpa semua orang kerana semua orang telah berbuat

dosa.

• Pengampunan dan penyucian dari dosa hanyalah melalui pertaubatan dan iman kepada

kuasa penyucian darah Kristus.

• Pembaharuan yang dikerjakan oleh Roh Kudus mutlak perlu bagi keselamatan seseorang.

• Karya penebusan Kristus di atas salib menyediakan penyembuhan bagi tubuh manusia

melalui doa dan iman.

• Baptisan Roh Kudus menurut Kisah Para Rasul dikaruniakan kepada orang-orang

beriman untuk hidup dan pelayanan yang berkesan.

• Dalam pengudusan oleh Roh Kudus tinggal kekuatan yang memungkinkan orang

Kristian hidup suci.

• Kebangkitan tubuh bagi orang yang percaya mahupun yang tidak percaya; yang pertama

untuk menerima kehidupan yang kekal dan yang kedua untuk menerima hukuman yang

kekal.

Page 7: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

7

MAKLUMAT UMUM

LATAR BELAKANG

Bible College of Malaysia (BCM) ditubuhkan pada tahun 1960 sebagai Bible Institute of

Malaya bagi melatih para hamba Tuhan dalam pekabaran Injil. Kelas pertama terdiri daripada

tujuh orang iaitu empat lelaki dan tiga perempuan yang menyelesaikan pengajian mereka pada

tahun 1962. Sejak awalnya Kolej menekankan program latihan holistik untuk penuntut yang

akan melayani sepenuh masa. Kolej telah menawarkan program diploma selama tiga tahun.

Pada awalnya kolej hanya menawarkan program dalam Bahasa Inggeris. Bagi para penuntut

yang ingin belajar dalam Bahasa Cina harus pergi ke Institut Alkitab Ecclesia (Ecclesia Bible

Institute) di Hong Kong. Sekitar tahun 1968 dan 1972 sebahagian daripada penuntut dapat

belajar dalam Bahasa Cina dengan Rev. David dan Alice Nyien sebagai perintisnya. Namun,

bahagian Bahasa Cina ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1980.

Pada tahun 1982 nama kolej diubah menjadi Bible College of Malaysia dengan pengenalan

program Sarjana Muda Teologi. Sijil Pengajian Alkitab & Pelayanan bagi para pemimpin jemaat

dimulakan pada tahun 1986.

BCM telah diakreditasi oleh Persatuan Teologikal Asia (Asia Theological Association - ATA)

pada tahun 1989, dan pada tahun 1990 BCM menjadi ahli bertauliah pertama Persatuan

Teologikal Asia Pasifik (Asia Pacific Theological Association - APTA). BCM telah diakreditasi

oleh APTA antara tahun 1994-1999. BCM juga merupakan salah satu ahli pengasas Persatuan

Sekolah-sekolah Teologi Malaysia (Malaysian Association of Theological Schools - MATS).

Pada tahun 2001, program Sarjana Teologi dalam bahasa Cina diperkenalkan dengan kursus

modular, dan kemudiannya menjadi sebahagian daripada program tetap pada tahun 2004.

Pada tahun 2003, Bahagian Bahasa Malaysia (BM) dibentuk dengan menawarkan program

Diploma Teologi. Kemudian pada tahun 2010, Bahagian BM memulakan program Sarjana

Muda Teologi.

Program teologi peringkat siswazah diperkenalkan terlebih dahulu sebagai program Sarjana

Pelayanan pada tahun 2004 (Bahasa Inggeris) dan 2010 (Cina). Kemudian, Sarjana Ketuhanan

bermula pada tahun 2008 (bahasa Inggeris) dan 2019 (Cina).

Selain itu, BCM juga bekerjasama dengan Pelayanan Latihan Global (Global Training

Ministries) pada tahun 2005 yang diasaskan oleh Kevin dan Glenys Hovey, menawarkan

program latihan misionari. Program ini terpaksa ditamatkan pada tahun 2015 apabila

Pembimbing Australia tidak lagi boleh datang ke Malaysia.

Pada tahun 2006, BCM bekerjasama dengan Malaysia Teologi Seminari dan Malaysia CARE

untuk menawarkan Sijil dalam Pelayanan Kristian (Pelayanan Sosial). Program ini berakhir pada

tahun 2012 berikutan perubahan tumpuan latihan dengan salah satu rakan kongsi.

Diploma Pengajian Kaunseling (Bahasa Inggeris) dimulakan pada 2007 oleh BCM sebagai

usaha kerjasama dengan Christian Heritage College dan Malaysian Care. Sejak 2013, program

ini ditawarkan oleh BCM sendiri dan kini program ini dinamakan "Diploma Pelayanan

Kaunseling". BCM memulai program Ijazah Sarjana Muda Pelayanan Kaunseling pada tahun

2018. Bahagian bahasa Cina memulai Program Diploma Pelayanan Kaunseling pada tahun 2014

dan Ijazah Sarjana Muda Pelayanan Kaunseling pada tahun 2020.

Page 8: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

8

BCM juga merupakan sekolah ahli Sekolah Siswazah Siswazah Asia, AGST-Alliance,

konsortium kolej teologi dan seminari yang menawarkan program pascasiswazah berkualiti

untuk menyediakan sarjana dan pemimpin untuk melengkapkan gereja di Asia. Pada tahun 2015,

BCM menyertai Seminar AGST Alliance dan Seminari Bible Malaysia untuk menawarkan

program Doktor Pelayanan dalam Kepimpinan. Program ini bertujuan untuk melengkapkan

pengamal pelayanan untuk menjadi lebih berwibawa dan mencerminkan peranan dalam

kepimpinan mereka.

Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program

Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan latihan kepimpinan praktikal

untuk pastor yang telah berkahwin selama lebih dari tiga tahun. Pada tahun yang sama, Program

teologi watikah pelayanan diperkenalkan untuk melatih pelayan - pelayanan Tuhan untuk

permohonan kelayakan.

Untuk membantu melatih pemimpin untuk gereja-gereja tempatan, BCM juga mempunyai

beberapa pusat lanjutan di merata Malaysia yang menawarkan program dalam tiga bahasa.

PENTADBIRAN

BCM dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Umum Assemblies of God Malaysia. Ia ditadbir oleh

Lembaga Pengarah: dua wakil dari kalangan ahli Exco yang dilantik oleh Jawatankuasa

Eksekutif (Exco) Assemblies of God Malaysia; seorang wakil bukan ahli Exco yang dilantik

oleh Exco; dua orang yang dilantik oleh Lembaga Pengarah; dan Presiden Persekutuan Alumni.

AKREDITASI

Program-program akademik yang menerima akreditasi Persatuan Teologikal Asia (Asia

Theological Association) merangkumi Diploma Teologi (Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan

Bahasa Malaysia), Sarjana Muda Teologi (Bahasa Inggeris , Bahasa Cina dan Bahasa Malaysia),

Sarjana Pelayanan (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina) dan Sarjana Ilmu Ketuhanan (Bahasa

Inggeris).

BCM juga merupakan ahli bertauliah Persatuan Teologikal Asia Pasifik (Asia Pacific

Theological Association) dan Persatuan Sekolah-sekolah Teologi Malaysia (Malaysian

Association of Theological Schools).

• Asia Graduate School of Theology

• Malaysian Baptist Theological Seminary

• Malaysia Bible Seminary

• Methodist Theological School

• Seminari Theoloji Malaysia

• AOIC

Page 9: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

9

LOKASI

Kampus BCM dengan keluasan 2.5 ekar terletak di No. 99 Jalan Gasing, Petaling Jaya, dilalui

oleh bas dan LRT Putra. Mengambil masa 20 minit perjalanan daripada pusat bandar Kuala

Lumpur dan sekitar 1 jam daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Restoran “mamak”, kedai runcit dan bank terletak berdekatan dengan kampus.

KEMUDAHAN KAMPUS

BCM memiliki empat bangunan utama.

• Bangunan utama terdiri dari pejabat urusan dan pentadbiran, chapel, bilik-bilik kuliah,

dan dewan makan.

• Asrama yang diperuntukkan bagi para pelajar sepenuh masa, para pensyarah dan

kakitangan.

• Perpustakaan memiliki lebih kurang 25,227 judul buku dalam Bahasa Inggeris, Bahasa

Cina, dan Bahasa Malaysia. Sistem katalog berkomputer memudahkan proses mencari

buku. Perpustakaan juga melanggani “ATLA Religion Database with ATLA

Serials.” Kemudahan komputer dan internet juga disediakan.

• Auditorium berbentuk teater yang mempunyai kapasiti tempat duduk untuk 650 orang.

LAWATAN KE KAMPUS

Anda dialu-alukan untuk melawat kami. Sila hubungi kami terlebih dahulu dan kami akan

mengaturkan seorang kakitangan untuk menemani anda melawat kampus dan menjawab

pertanyaan-pertanyaan anda. Sila hubungi pejabat BCM untuk maklumat lanjut.

Page 10: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

10

PERSONEL

LEMBAGA PENGARAH

Rev Lawrence Yap, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Eksekutif,

Assemblies of God of Malaysia

Senior Pastor, Charis Christian Centre

Rev Dr Victor Lee Tat Yan

Presiden, Kolej Alkitab Malaysia

Rev Wong Yin Ming, Setiausaha

Ahli Jawatankuasa Eksekutif, Assemblies of God of Malaysia

Senior Pastor, Subang Jaya Assembly of God

Rev Caleb Chan

Presiden Persekutuan Alumni, BCM Alumni Fellowship

Rev Paulus Wong

Pastor in charge

Agape Community Center Seremban 2 (A/G)

Rev Marcus Tan

Senior Pastor, Penang First Assembly of God (E)

Mr. Rajen Devadason, CFP

Chief Executive Officer

RD WealthCreation Sdn Bhd

Page 11: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

11

FAKULTI SEPENUH MASA

Chen Chee Way

DipTh, Bible College of Malaysia

BTh, Malaysia Bible Seminary

MDiv, China Evangelical Seminary, Taiwan

DMin, Logos Evangelical Seminary, California

Wendy Ching

DipTh, Assemblies of God Bible College, Singapore

BMin, Garden City School of Ministries, Australia

MDiv, Asian Theological Seminary, Philippines

ThM, Regent College, Canada

Peter Lai

Bachelor of Science, University Kebangsaan Malaysia

Master of Agricultural Science, University Kebangsaan Malaysia

Master of Christian Study, Malaysia Bible Seminary

MDiv, Malaysia Bible Seminary

Victor Lee

Dip in Counseling Studies, Bible College of Malaysia

BTh, Bible College of Malaysia

MTh, Trinity Theological College, Singapore

PhD, University of Aberdeen, Scotland

Andrew Lim

ATCL, Trinity College of London

BA (Music), National Taiwan Normal University, Taiwan

MCM, Singapore Bible College, Singapore

ThM, Alliance Bible Seminary, Hong Kong

Sharon Lye

DipTh, Bible College of Malaysia

BTh, Malaysia Bible Seminary

MDiv, China Evangelical Seminary, Taiwan

Avis Ng

Bachelor of Science in Psychology, Bemidji State Uni, USA

Certificate in Satir Systemic Brief Family Therapy

Certificate in Expressive Art

Certificate in Rational Emotive Behavioral Therapy

Masters in Counselling, University Malaya

Rasit Anak Unyu

Bachelor of Business Management (Marketing), Universiti Teknologi Mara

BTh, Bible College of Malaysia

MTh, Sekolah Tinggi Teologi Intheos

Eva Wong

Bachelor of Arts, University of Malaya

MDiv, Bible College of Malaysia

Page 12: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

12

FAKULTI UNDANGAN

Agustinus Dermawan

BTh, Sekolah Tinggi Teologi Satyabhakti, Malang, Indonesia

MDiv, Asia Pacific Theological Seminary, Philippines

Andreas Sudjono

BTh (Sekolah Tinggi Teologi Intheos, Solo, Indonesia)

MDiv (Sekolah Tinggi Teologi Intheos, Solo, Indonesia)

MTh (Sekolah Tinggi Teologi Intheos, Solo, Indonesia)

DTh (Sekolah Tinggi Teologi Intheos, Solo, Indonesia)

Norman Bradshaw

Dip in Education, University of Adelaide

BTh, Flinders University, Australia

MEd, University of South Australia

Chan Nam Chen

DipTh (Bible College of Malaysia)

BABS (Asia Pacific Theological Seminary, Philippines)

MACS (Asian Theological Seminary, Manila)

PhD in Missions & Leadership, Fuller Theological Seminary, Pasedena

Daniel Sutoyo

MTh (Mission), Sekolah Tinggi Teologi Tabernakel, Indonesia

MTh (Pastoral Theology), Sekolah Tinggi Teologi Intheos, Indonesia

Doktor Biblika (Perjanjian Baru), Sekolah Tinggi Theologi Baptis Indonesia

Florence Francis

BTh, Bible College of Malaysia

Gatut Budiyono

MDiv, Asia Pacific Theological Seminary, Philippines

DMin, Asia Pacific Theological Seminary, Philippines

Jeremiah Gun

BTh, Bible College of Malaysia

MA in Ministry, Asia Pacific Theological Seminary, Philippines

Jeremiah Kong Hup Yew

DipTh (Bible College of Malaysia)

Lam Kee Hing

BEcons Hons (BA), Universiti Malaya

DipTh, Discipleship Training Centre, Singapore

Tryphena Law

BTh, Bible College of Malaysia

Ong Boon Cheang

MDiv, Theological Center of Asia, Singapore

Page 13: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

13

FAKULTI UNDANGAN

Sanusi Bah Sahak

BTh, Sekolah Tinggi Teologia Sumatera Utara, Indonesia

Sarah Andrianti

MTh, Sekolah Tinggi Teologi Intheos, Indonesia

DTh, Sekolah Tinggi Theologi Baptis Indonesia

Pax Tan

BTh, Trinity Theological College, Singapore

Dip in Advanced Studies (Social Sciences), Oxford Brooks University, England

Certified Substance Abuse Counselor (ICRC/AODA), USA

Phyllis Barnabas

Bachelor of Management (Technology), Universiti Teknologi Malaysia

MMin, Bible College of Malaysia

Posuka Loke

MA in Theology, Asia Pacific Theological Seminary, Philippines

MDiv, Asia Pacific Theological Seminary, Philippines

Soerono Tan

MDiv, Asia Pacific Theological Seminary, Philippines

MTh, Seminari Alkitab Asia Tenggara, Malang, Indonesia

George Terry

BA, Bible, Columbia International University

MDiv, Theology, Southwestern Baptist Theological Seminary, Fort Worth, Texas

DMin, Pastoral Leadership, Reformed Theological Seminary, Charlotte, North Carolina

Phillip Wee

BA in Management Technology, Universiti Teknologi Malaysia

MMin, Bible College of Malaysia

Page 14: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

14

KEMASUKAN

SYARAT KEMASUKAN UMUM

Pemohon harus:

1. mempunyai reputasi yang baik dan jujur di gereja yang dilayani

2. menyedari panggilan Tuhan untuk pelayanan Kristian

3. mempunyai sokongan dari pastor/gembala mengesahkan penglibatan dalam pelayanan di

gereja

4. tamat pengajian Sekolah Menengah, sebaik-baiknya pengalaman bekerja di luar gereja

5. mempunyai kecekapan bertutur dan menulis di dalam Bahasa Malaysia

6. mempunyai kesihatan yang baik

7. mempunyai surat kebenaran daripada keluarga/ penjaga jika berumur di bawah 21 tahun

CARA PERMOHONAN

1. Borang permohonan boleh dimuat-turun dari laman BCM (www.bcm.org.my), ataupun

pemohon boleh menulis kepada Pendaftar, P.O. Box 141, Jalan Sultan, 46710 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan ataupun menghantar emel kepada [email protected].

2. Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dengan dokumen-dokumen berikut harus

dihantar kepada Pendaftar melalui emel ([email protected]) atau pos kepada P.O.

Box 141, Jalan Sultan, 46710 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan:

• Borang Permohonan

• Borang Perubatan dan laporan ujian darah Hepatitis B dan HIV

• Transkrip dan sijil sekolah dan/atau kolej dan/atau universiti

• Surat naungan rohani daripada gereja

• Tiga Borang Perujuk

• Surat penaja kewangan (jika berkenaan)

• Surat Persetujuan daripada Ibu bapa / Penjaga (jika anda berumur di bawah 21 tahun)

• Kesaksian Keselamatan (1 atau 2 muka surat sahaja)

• Ringkasan Panggilan untuk Pelayanan Kristian Sepenuh Masa (1 atau 2 muka surat

sahaja)

• 2 keping gambar saiz pasport terkini dan 1 salinan kad pengenalan

• Sumbangan Permohonan sebanyak RM50.00 yang tidak akan dikembalikan. Sila bayar

kepada BIBLE COLLEGE OF MALAYSIA

3. Para pemohon akan dihubungi untuk sesi temuduga dengan Jawatankuasa Kemasukan. Ujian

piawai Alkitab perlu diambil.

JADUAL PERMOHONAN KEMASUKAN

Permohonan diterima tiga kali dalam satu tahun.

Masa akhir penyerahan permohonan seperti berikut:

Penerimaan Trimester Pertama (Jan-Apr) - awal November

Penerimaan Trimester Kedua (Apr-Julai) - awal Mac

Penerimaan Trimester Ketiga (Ogos-Nov) - awal Julai

Page 15: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

15

POLISI PENUNTUT DEWASA

Pemohon yang memiliki beberapa tahun pengalaman dalam pelayanan sebagai pemimpin atau

pelayan Kristian sepenuh masa, boleh memohon program berikut di bawah Polisi Penuntut

Dewasa.

1. Sarjana Muda Teologi

Kategori A

a. Umur 35 tahun dan ke atas

b. Memiliki sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman dalam kepemimpinan Kristian.

Syarat untuk melengkapi program ini memerlukan sekurang-kurangnya 144 jam kredit.

Kategori B

a. Umur 35 tahun dan ke atas

b. Memiliki kelulusan Diploma Teologi

c. Memiliki sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman dalam pelayanan.

Syarat untuk melengkapi program ini memerlukan sekurang-kurangnya 28 jam kredit.

2. Diploma Teologi

a. Umur 35 tahun dan ke atas

b. Memiliki sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman dalam kepimpinan Kristian.

Syarat untuk melengkapi program ini memerlukan sekurang-kurangnya 96 jam kredit.

Nota: Kredit dari kelas malam BCM dan institusi lain yang diakui oleh BCM boleh mohon

dipindahkan sehingga satu pertiga daripada jumlah kredit yang disyaratkan dalam

program berkenaan dan tertakluk kepada polisi penuntut dewasa. Tertakluk kepada

persyaratan lain.

Page 16: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

16

POLISI DAN MAKLUMAT AKADEMIK

KALENDAR AKADEMIK

Tahun akademik bagi setiap trimester terdiri daripada 13-minggu (dua belas minggu kelas dan

satu minggu ujian akhir). Kolej akan bermula pada awal Januari dan berakhir pada awal

Disember.

PEMINDAHAN KREDIT

Penuntut-penuntut yang ingin memindahkan kredit dari kolej lain ke BCM mesti menyerahkan

transkrip rasmi bersama salinan katalog kolej tersebut. Kredit akan diberikan bagi hasil kerja

pada paras yang setaraf. BCM mempunyai hak untuk menerima atau menolak hasil kerja

daripada kolej yang lain.

SISTEM TRIMESTER

Program Akademik BCM mengikuti sistem trimester. Setiap kredit mewakili kelas kerja yang

terdiri daripada 600 minit jam kuliah tidak termasuk peperiksaan akhir.

Penuntut Sepenuh Masa

Pelajar sepenuh masa adalah mereka yang mengambil sekurang-kurangnya 12

kredit setiap trimester dan dikehendakiuntuk mengambil bahagian dalam aktiviti ko-

kurikulum.

Penuntut Bukan Sepenuh Masa

Pelajar bukan sepenuh masa boleh mendaftar mengikut keupayaan mereka untuk

menangani dan diharapkan ada latihan ko-kurikulum tambahan di gereja masing-masing.

SISTEM GRED/ PEMARKAHAN:

BCM menggunakan sistem berikut untuk merekodkan semua markah penuntut.

Markah Gred Nilai-Gred Markah Gred Nilai-Gred

93 - 100 A 4.0 63 - 66 D 1.0 90 - 92 A- 3.7 60 - 62 D- 0.7 87 - 89 B+ 3.3 60 ke bawah F 0 83 - 86 B 3.0 P Lulus 80 - 82 B- 2.7 S Memuaskan 77 - 79 C+ 2.3 W PDDK (Penarikan Diri Daripada Kursus) 73 - 76 C 2.0 WF PDDK - Gagal 70 - 72 C- 1.7 AU Audit 67 - 69 D+ 1.3

AUDIT

Untuk audit kursus atau pertukaran daripada kredit kepada audit, kebenaran harus diperolehi

daripada Dekan Akademik. Sekiranya penuntut gagal berbuat demikian, pelajar akan mendapat

gred ‘gagal’.

Page 17: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

17

PENARIKAN DIRI DARIPADA KURSUS

Jika seseorang penuntut menarik diri daripada suatu kursus pengajian dalam tempoh waktu kelas

yang keenam, tiada rekod kekal akan disimpan. Jika seseorang penuntut menarik diri daripada

kursus selepas tempoh berkenaan, maka gred kekal “PDDK” atau “PDDK - GAGAL” akan

direkodkan, bergantung kepada sebab penarikan diri tersebut dan kredit tidak akan diberikan.

KERJA KURSUS YANG TIDAK LENGKAP

Kerja kursus yang belum lengkap harus disiapkan selewat-lewatnya sebelum permulaan

trimester berikutnya. Kegagalan menyiapkan semua kerja kursus akan mengakibatkan kegagalan

dalam kursus tersebut.

KEHADIRAN DI KELAS

Penuntut-penuntut wajib menghadiri kesemua kelas. Penuntut yang meninggalkan kelas awal

tanpa izin daripada pensyarah akan dikira sebagai tidak hadir. Tiga kes kelewatan sama dengan

satu ketidakhadiran.

Jumlah ketidakhadiran maksimum yang dibenarkan adalah seperti berikut:

kursus 2 jam kredit – 3 jam kuliah

kursus 3 jam kredit – 4 jam kuliah

kursus 4 jam kredit = 2 kelas pagi/malam (?? To check with Ps. Rasit)

Sekiranya ketidakhadiran seorang penuntut telah melebihi jam maksimum yang dibenarkan,

penuntut tersebut tidak dibenarkan mengambil kredit untuk kelas tersebut. Dalam kes-kes yang

tertentu, penuntut boleh merayu kepada Jawatankuasa Pentadbiran untuk pengecualian.

KEDUDUKAN AKADEMIK

Penuntut harus mengekalkan prestasi akademik yang memuaskan dalam tempoh program

pengajiannya. Penuntut akan diturunkan pangkat ke program yang lebih rendah jika gagal

mengekalkan purata nilai gred (PNG) 1.0 bagi tahap Sijil, PNG 2.0 bagi tahap Diploma, dan

PNG 2.5 bagi program Sarjana Muda.

TEMPOH PERCUBAAN AKADEMIK

Penuntut yang mempunyai PNG yang tidak mencapai tahap minimum yang ditetapkan perlu

melalui tempoh percubaan akademik. Pelajar dalam tempoh percubaan akademik selama dua

trimester berturut-turut dan masih tidak menunjukkan pencapaian yang memuaskan,

pengajiannya akan ditamatkan.

PERTUKARAN PROGRAM AKADEMIK

Penuntut yang ingin menukar program pengajian harus membuat permohonan bertulis yang

disertai dengan surat perakuan daripada gereja yang mengutusnya.

Page 18: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

18

PENUNTUT BERTERUSAN

Penuntut sepenuh masa harus membayar sumbangan penerusan jika mereka ingin menghentikan

pengajian untuk sementara waktu tetapi masih ingin mengekalkan status di dalam program

pengajiannya.

Jika penuntut spenuh masa menghentikan pengajian mereka selama dua tahun berturut-turut,

maka status mereka akan dilucutkan serta-merta. Penuntut perlu membuat permohonan yang

baru untuk memulihkan kembali status penuntut.

SYARAT PENGIJAZAHAN

1. Memenuhi segala syarat sebagaimana yang dikehendaki oleh Dekan Akademik.

2. Mengekalkan PNG minimum 1.0 bagi program Sijil, 2.0 bagi program Diploma dan 2.5 bagi

program Sarjana Muda Teologi.

3. Mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pengijazahan sebagai seorang yang memiliki

keperibadian dan tingkahlaku Kristian.

4. Menghadiri upacara pengijazahan (kecuali mendapat keizinan khas daripada Jawatankuasa

Pengijazahan untuk tidak hadir).

5. Memenuhi semua kewajipan yang dinyatakan dalam borang pelepasan pengijazahan.

Page 19: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

19

ANUGERAH KHAS

1. Anugerah Lembaga Pengarah BCM

Anugerah ini diberikan kepada graduan yang paling menonjol dalam perwatakan Kristian,

pencapaian akademik yang cemerlang dan kepimpinan efektif dalam kolej.

2. Anugerah Fakulti BCM

Anugerah ini diberikan oleh fakulti BCM kepada graduan yang menunjukkan perwatakan

Kristian yang mulia, memiliki pencapaian akademik yang cemerlang dan kepimpinan efektif

dalam kolej.

3. Anugerah Akademik Cemerlang (Anugerah Khas)

Anugerah khas ini diberikan kepada para graduan yang telah mencapai kecemerlangan

akademik dengan GPA minima 3.60.

4. Anugerah Bruns

Anugerah ini diberikan oleh Rev. Richard Winter untuk menghargai penajaan yang diberi

oleh Bob Bruns semasa beliau berada di seminari, dan diberikan kepada graduan yang

mempamerkan semangat perintisan dan kepimpinan yang baik.

5. Anugerah Pendidikan Kristian

Anugerah ini dicipta dan dibiayai bekas Dekan Akademik, Saudari Yeang Yoot Wah.

Anugerah tahunan ini diberikan kepada seorang graduan atau pelajar yang menunjukkan

sifat dan peribadi diri yang baik, dan mempamerkan panggilan yang kuat dalam Pendidikan

Kristian.

6. Anugerah Howard Osgood

Anugerah ini diberikan kepada pelajar "Assemblies of God" yang menunjukkan prestasi

akademik yang baik, sikap yang baik, setia kepada BCM serta mempunyai keperluan

kewangan sebagai penghormatan kepada pengasas BCM, iaitu mendiang Rev Howard

Osgood.

7. Anugerah Ng Boo Chin

Bagi mengingati Puan Ng Boo Chin, anugerah ini diberikan kepada graduan yang paling

menonjol dalam pelayanan beri bantuan, menunjukkan keperibadian dan sikap seorang

Kristian yang baik, sentiasa rela membantu, jujur berhemat dan bertanggungjawab dalam

semua tugasan yang diberi serta merupakan satu berkat kepada pihak kolej.

8. Anugerah Pembiayaan Glad Tidings Assembly Petaling Jaya

Anugerah ini dicipta menerusi tabung pembiayaan yang ditubuhkan oleh Glad Tidings

Assembly, Petaling Jaya. Ianya diberikan kepada pelajar atau graduan yang menunjukkan

karunia atau panggilan dalam Penginjilan, Prihatin dalam Khidmat Masyarakat atau Misi.

9. Anugerah Peringatan Sally Yeoh

Bagi mengingati Rev Sally Yeoh, bekas graduan BCM tahun 1977, atas kehidupan beliau

yang menonjolkan pelayanan yang harus diteladani dan sumbangan kepada BCM, anugerah

ini diberi kepada pelajar wanita yang mencerminkan kualiti kepimpinan dan semangat

perintisan.

Page 20: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

20

10. Anugerah Jennifer Young Chooi Fong

Bagi mengingati Mdm Jennifer Young Chooi Fong, bekas Naib Presiden ‘Sahabat BCM’,

anugerah ini diberi kepada pelajar yang mempunyai karunia dan bakat dalam pelayanan

music, nyanyian atau penyembahan dan menunjukan perwatakan yang mulia dan potensi

pelayanan.

11. Anugerah Persekutuan Alumni BCM

Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dan

menyelesaikan tugas yang diberikan oleh pihak Kolej.

Page 21: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

21

PROGRAM AKADEMIK

SIJIL PENGAJIAN ALKITAB DAN PELAYANAN

Sijil Pengajian Alkitab dan Pelayanan telah dirancang untuk menyediakan latihan bagi

memperlengkapi pemimpin-pemimpin untuk pelayanan di gereja tempatan. Kredit yang diterima

boleh dipindah kepada program-program pengajian biasa di BCM.

Syarat-syarat Kemasukan

1. Setelah memenuhi 12 jam kredit pengajian, penuntut dikehendaki untuk Matrikulasi

(Matrikulasi bermakna anda perlu berdaftar dalam program Sijil Pengajian Alkitab &

Pelayanan dengan rasmi). Tanpa matrikulasi tiada kredit yang diberikan untuk kursus-

kursus selanjutnya.

2. Surat perakuan dari pastor/pemimpin jemaat gereja disyaratkan sebagai sebahagian dari

proses matrikulasi.

Kursus Teras: 16 kredit

Tinjauan Perjanjian Lama 4

Tinjauan Perjanjian Baru 4

Dasar-dasar Pentakosta * 4

Pembentukan Rohani 4

Fokus/Tumpuan : 16 kredit

Tuhan &Wahyu/

Kristus & Keselamatan 4

Kitab Perjanjian Lama 4

Kitab Perjanjian Baru 4

Penulisan Penyelidikan Teologi 4

Elektif : 16 kredit

Perjanjian Lama (OT) 4 kredit

Perjanjian Baru (NT) 4 kredit

Teologi (TH) 4 kredit

Pelayanan (MN) 4 kredit

Keperluan untuk Pengijazahan: 48 kredit

(setara 36 kredit semester)

Nota:

1. *Kursus ini boleh digantikan dengan kursus teologi lain bagi penuntut bukan AG

2. Modul tersenarai adalah tertakluk kepada perubahan

Page 22: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

22

TEOLOGI WATIKAH PELAYANAN

Program ini menawarkan kursus-kursus yang diperlukan untuk maksud di bawah Pengiktirafan

kategori Tidak Formal Pendidikan/Latihan Teologi dengan Assemblies of God Malaysia.

1. Tinjauan Perjanjian Lama Pendeta

2. Tinjauan Perjanjian Baru Bersekutu

3. Dasar – Dasar Pentakosta (Kursus 1-4)

4. Pelayanan Penggembalaan Pendeta

Yang Dilesenkan

5. Kitab 1 Perjanjian Lama (Kursus 1-9)

6. Kitab 1 Perjanjian Baru

7. Roh Kudus

8. Kepimpinan Pendeta

9. Berkotbah Yang Ditahbiskan

(Kursus 1-16)

10. Pentafsiran Alkitab

11. Doktrin Alkitab

12. Kitab 2 Perjanjian Lama

13. Kitab 2 Perjanjian Baru

14. Pelayanan

15. Teologi sistematik

16. Misi

Kriteria Kemasukan

1. Pemohon mestilah berumur tidak kurang daripada 35 tahun dan mempunyai 3 tahun

pengalaman pelayanan.

2. Mesti mendapatkan perakuan daripada Pastor/Gereja.

Tempoh Siap

Kursus-kursus yang diperlukan untuk Pendeta Bersekutu dan Pendeta Yang Dilesenkan boleh disiapkan

dalam 1 tahun pengajian sepenuh masa.

Kursus Pendeta Yang Ditahbiskan boleh disiapkan dalam tempoh 2 tahun pengajian sepenuh masa.

Nota Penting:

BCM tidak bertanggungjawab dalam pengiktirafan. Oleh itu, sila semak dengan Superintenden

Daerah masing-masing sama ada anda layak untuk berada di bawah kategori Tidak Formal

Pendidikan/Latihan Teologi untuk watikah pelayanan.

Modul tersenarai adalah tertakluk kepada perubahan

Page 23: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

23

DIPLOMA PENGAJIAN KRISTIAN DAN PELAYANAN

Diploma Pengajian Kristian dan Pelayanan telah dirancang untuk memenuhi keperluan pemimpin

jemaat awam yang inginkan latihan lebih lanjut daripada Sijil Pengajian Alkitab dan Pelayanan.

Syarat-syarat Kemasukan

1. Setelah memenuhi 12 kredit pengajian, penuntut dikehendaki untuk Matrikulasi (Matrikulasi

bermakna anda perlu berdaftar dalam program Diploma Pengajian Kristian dan Pelayanan dengan

rasmi). Tanpa matrikulasi tiada kredit yang diberikan untuk kursus-kursus selanjutnya.

2. Mendapat tiga surat sokongan daripada Ketua Pastor/Pengerusi Gereja/Pemimpin Jemaat dan dua

pemimpin gereja tempatan masing-masing.

Kursus Teras: 32 kredit

Tinjauan Perjanjian Lama 4

Hermeneutik Perjanjian Lama 4

Tinjauan Perjanjian Baru 4

Hermeneutik Perjanjian Baru 4

Dasar-dasar Pentakosta * 4

Tuhan & Wahyu /

Kristus & Keselamatan 4

Pembentukan Rohani 4

Penulisan Penyelidikan Teologi 4

Fokus/Tumpuan: 28 kredit

Roh Kudus 4

Gereja Lokal & Misi 4

Tinjauan Sejarah Gereja 4

Agama & Kultus 4

Etika Kristian 4

Kaunseling elektif 4

Pelayanan elektif 4

Elektif : 20 kredit

Perjanjian Lama (OT) 4 kredit

Perjanjian Baru (NT) 4 kredit

Teologi (TH) 4 kredit

Pelayanan (MN) 4 kredit

Elektif Umum 4 kredit

Keperluan untuk Pengijazahan: 80 kredit

(setara 60 kredit semester)

Nota: 1. * Kursus ini boleh digantikan dengan kursus teologi lain bagi penuntut bukan AG.

2. Modul tersenarai adalah tertakluk kepada perubahan

Page 24: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

24

DIPLOMA TEOLOGI

Diploma Teologi telah dirancang untuk menyediakan latihan bagi memenuhi keperluan

penuntut-penuntut yang ingin melayani sepenuh masa sebagai seorang pastor atau pekerja di

gereja.

Kursus Teras: 68 kredit

Tinjauan Perjanjian Lama 4

Hermeneutik Perjanjian Lama 4

Tinjauan Perjanjian Baru 4

Hermeneutik Perjanjian Baru 4

Dasar-dasar Pentakosta* 4

Tuhan & Wahyu 4

Kristus & Keselamatan 4

Gereja & Tanda Akhir Zaman 4

Roh Kudus 4

Etika Kristian 4

Pembentukan Rohani 4

Homiletik 4

Pelayanan Pastoral 4

Prinsip & Teknik Mengajar 4

Tinjauan Sejarah Gereja 4

Penulisan Penyelidikan Teologi 4

Pendidikan Praktik 4

Fokus/Tumpuan : 32 kredit

Agama dan Kultus 4

Gereja Lokal & Misi 4

Kepimpinan & Pengurusan 4

Pendidikan Kekeluargaan/ Kaunseling Pastoral 8

Pelayana kanak-kanak/remaja atau

Pelayanan Penyembahan/Perintisan Gereja 8

Gereja & Undang-undang * 4

Elektif : 12 kredit

Keperluan untuk Pengijazahan: 112 kredit

(setara 72 kredit semester)

Nota: 1. * Kursus ini boleh digantikan dengan kursus lain bagi penuntut bukan AG

2. Modul tersenarai adalah tertakluk kepada perubahan

Pelajar yang tidak dapat memenuhi keperluan akademik Diploma Teologi akan menerima Sijil Teologi.

Page 25: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

25

SARJANA MUDA TEOLOGI

Sarjana Muda Teologi telah dirancang untuk menyediakan latihan bagi memenuhi keperluan

penuntut-penuntut yang ingin melayani sepenuh masa sebagai seorang pastor, mubaligh, guru

Kristian dan pekerja di gereja.

1. Para pemohon dengan tiga kelulusan STPM/GCE “A” level pass atau yang setaraf, atau bagi yang

memiliki diploma perniagaan kolej boleh melengkapi pengajian Sarjana Muda Teologi dengan 144

trimester kredit.

2. Bagi pemegang Diploma Teologi daripada Institut Alkitab dengan purata nilai gred (PNG) 2.5

boleh melengkapi pengajian Sarjana Muda Teologi dengan menambah 48 trimester kredit.

Kursus Teras: 84 kredit

Tinjauan Perjanjian Lama 4

Hermeneutik Perjanjian Lama 4

Tinjauan Perjanjian Baru 4

Hermeneutik Perjanjian Baru 4

Dasar-dasar Pentakosta* 4

Tuhan & Wahyu 4

Kristus & Keselamatan 4

Gereja & Tanda Akhir Zaman 4

Roh Kudus 4

Etika Kristian 4

Pembentukan Rohani 4

Homiletik 4

Pelayanan Pastoral 4

Prinsip & Teknik Mengajar 4

Tinjauan Sejarah Gereja 4

Agama dan Kultus 4

Gereja Lokal & Misi 4

Pengantar Bahasa Yunani/Ibrani** 4

Gereja & Undang-undang * 4

Penulisan Penyelidikan Teologi 4

Pendidikan Praktik 4

Fokus/Tumpuan: 36 kredit

Kaunselin/Kitab Perjanjian Lama/

Kitab Perjanjian Baru/ Teologi 24

Kanak-Kanak/Remaja/Perintisan Gereja 8

Kepimpinan dan Pengurusan 4

Elektif: 44 kredit

Perjanjian Lama (OT) 12 kredit

Perjanjian Baru (NT) 12 kredit

Elektif Umum 20 kredit

Keperluan untuk Pengijazahan: 164/144 kredit

(setara 123/108 kredit semester)

Nota:- 1. * Kursus ini boleh digantikan dengan kursus lain bagi penuntut bukan AG.

2. ** Kursus ini boleh digantikan dengan Pengantar Bahasa Asli Alkitab

3. Modul tersenarai adalah tertakluk kepada perubahan

Page 26: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

26

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH

PROGRAM ASAS PENGAJIAN KRISTIAN

Program AsasPengajian Kristian merupakan program yang dibentuk khusus untuk mereka yang

ingin menerima latihan dan pendidikan di sekolah alkitab tetapi tidak dapat menghadirkan diri di

kelas. Para pelajar boleh memilih untuk belajar sendiri ataupun belajar bersama-sama rakan-

rakan yang lain. Gereja tempatan yang berminat boleh menggunakan program ini untuk

menguatkan lagi program Pendidikan Kristian yang sedia ada. Kredit yang diperolehi daripada

kursus-kursus ini boleh digunakan untuk program lanjutan sehingga ke peringkat Sarjana Muda

di BCM.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Penyelaras Program Pendidikan Jarak Jauh

Tel: 03-79550541

Page 27: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

27

PROGRAM EKSTENSI

BCM mengakui pentingnya kepimpinan jemaat awamnya dan pelayanan di dalam gereja

tempatan. Oleh itu, walaupun misi utama BCM ialah melatih para pastor, pemimpin dan pekerja

gereja untuk pelayanan sepenuh masa, BCM juga komited dalam latihan pemimpin jemaat

awam Kristian.

Kami berusaha untuk mewujudkan hal ini dengan menyediakan peluang untuk pendidikan

teologi melalui dua program yang ditawarkan di pusat-pusat ekstensi di gereja-gereja tempatan

untuk memenuhi keperluan gereja melengkapi dan melatih pemimpin-pemimpinnya.

ASAS PENGAJIAN ALKITAB 24 kredit

Asas Pengajian Alkitab hanya memerlukan 24 kredit untuk siap.

Apabila pelajar telah melengkapkan 24 kredit, mereka boleh memilih untuk meneruskan

pengajian sehingga terkumpul 48 kredit untuk lulus dengan Sijil Pengajian Alkitab.

Kursus Wajib: Kredit

Tinjauan Perjanjian Lama 4

Tinjauan Perjanjian Baru 4

Dasar-dasar Pentakosta * 4

Elektif Umum : 12 kredit Pengambilan kursus elektif umum harus dipilih daripada dua (2) kategori yang berlainan

(OT,NT,TH,MN,GE)

* Kursus ini boleh digantikan dengan kursus teologi lain bagi penuntut bukan AG.

SIJIL PENGAJIAN ALKITAB DAN PELAYANAN 48 kredit

Kursus Teras: 16 kredit

Tinjauan Perjanjian Lama 4

Tinjauan Perjanjian Baru 4

Dasar-dasar Pentakosta * 4

Pembentukan Rohani 4

Fokus/Tumpuan : 12 kredit

Tuhan & Wahyu /

Kristus & Keselamatan 4

Kitab Perjanjian Lama 4

Kitab Perjanjian Baru 4

Elektif : 20 kredit

Perjanjian Lama (OT) 4

Perjanjian Baru (NT) 4

Teologi (TH) 4

Pelayanan (MN) 4

Elektif Umum 4

Nota: 1. * Kursus ini boleh digantikan dengan kursus teologi lain bagi penuntut bukan AG.

2. Modul tersenarai adalah tertakluk kepada perubahan

Page 28: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

28

KEHIDUPAN PENUNTUT

KEHIDUPAN KEROHANIAN

Pembentukan kerohanian merupakan bahagian penting kurikulum di BCM. Hal ini termasuk

saat teduh atau devosi peribadi, kebaktian chapel, pertemuan kelompok kecil dan kebaktian di

asrama. Para penuntut diharapkan memelihara dan menjaga kepentingan kehidupan peribadi

rohani masing-masing. Penuntut yang tinggal di asrama digalakkan menjalankan saat teduh pagi

sebagaimana yang ditetapkan.

Kebaktian chapel dilaksanakan setiap hari dari Selasa hingga Jumaat, merupakan sebahagian

daripada latihan holistik bagi setiap penuntut. Pertemuan kelompok kecil yang diadakan setiap

minggu dipimpin oleh para fakulti. Kebaktian di asrama dilakukan setiap minggu. Bilik doa

siswa dan siswi disediakan di asrama masing-masing.

Pada setiap tahun, trimester pertama dan kedua bermula dengan kebaktian khas selama dua hari

iaitu Kesegaran Rohani dan masa mengeratkan lagi persaudaraan dan persekutuan di antara para

pelajar dan pensyarah. Trimester ketiga pula bermula dengan Kem Tahunan Kolej.

PELAYANAN BAGI PARA PENUNTUT

1. Pelayanan Penuntut

Para penuntut dikehendaki untuk melibatkan diri secara aktif dalam pelayanan di gereja-

gereja tempatan.

2. Pasukan Pelayanan[Ministry Team (M-Team)

BCM M-Team ditetapkan setiap trimester untuk memberi peluang pelayanan serta

mendedahkan para penuntut sepenuh masa kepada gereja-gereja di seluruh Semenanjung

Malaysia.

Pelajar Sepenuh Masa diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam BCM M-Team.

3. Lawatan Misi

Lawatan misi sama ada tempatan atau pun luar negara dirancang untuk mendedahkan

para penuntut kepada pelayanan antara-budaya dan juga memberi peluang belajar

menyesuaikan diri dengan keadaan alam sekitar, budaya, bahasa dan bahkan makanan

yang berbeza. Tujuan utama kami adalah menanamkan semangat tinggi untuk pelayanan

perkhabaran Injil ke seluruh dunia.

PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PENUNTUT

Pertubuhan MAJLIS PENUNTUT terdiri daripada penuntut-penuntut yang dipilih oleh para

penuntut. Majlis Penuntut akan mengadakan pertemuan dengan Dekan Penuntut secara berkala

untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan kerohanian penuntut, kebajikan

penuntut, projek-projek kolej, majlis penghormatan untuk para lulusan, rekreasi dan aktiviti

sosial lain. Majlis Penuntut membimbing dan mempromosikan setiap aktiviti dan projek kolej.

Pertubuhan ini juga merupakan satu wadah bagi para penuntut yang ingin menyumbangkan

cadangan-cadangan yang berguna untuk pentadbiran kolej, melalui Dekan Penuntut.

Page 29: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

29

PENERBITAN KOLEJ

Majalah Tahunan Kolej “KEY” memaparkan kehidupan penuntut dan aktiviti-aktiviti kolej pada

tahun yang berkenaan. Semua kerja dilakukan oleh Sidang Pengarang yang terdiri daripada

penuntut-penuntut dan jawatankuasa di bawah penyeliaan seorang Penasihat.

“ADVANCE” ialah surat berita yang diterbitkan setiap trimester dan merupakan saluran

komunikasi antara kolej dan semua gereja Assemblies of God, para penaung, dan rakan-rakan.

KOIR

Koir merupakan sebahagian daripada aktiviti penuntut bagi mengembangkan potensi mereka

dalam bidang muzik untuk pelayanan pada masa hadapan.

TATASUSILA BERPAKAIAN

Tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan bagi Kristian yang bermartabat, para penuntut

dikehendaki berpakaian dengan sopan dan berpatutan sebagai seorang yang mengkhabarkan

Injil.

TEMPAT TINGGAL DAN MAKANAN

Kolej menyediakan tempat tinggal untuk para penuntut sepenuh masa yang bujang. Permohonan

untuk tempat tinggal harus dibuat satu trimester sebelumnya. Keutamaan akan diberikan kepada

penuntut yang datang dari luar Lembah Klang. Makanan juga disediakan di kolej. Penuntut yang

tinggal di luar kolej juga boleh menempah makanan.

DISIPLIN

Setiap penuntut harus menerima dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kolej

dan menjaga keperibadian sebagai seorang Kristian yang bermartabat sepanjang masa.

Kemasukan ke BCM bererti penuntut bersetuju menerima dan mematuhi semua peraturan kolej

yang ditetapkan.

Pihak kolej berhak meminta penuntut untuk menarik diri daripada pengajian mereka, oleh

kerana kelemahan fizikal atau mental, sikap dan juga tingkah laku penuntut yang bercanggah

dengan prinsip Alkitabiah dan kehendak Kolej.

KHIDMAT KOMUNITI

Setiap penuntut sepenuh masa dikehendaki menjalankan kewajipan masing-masing melakukan

khidmat komuniti seperti yang telah ditetapkan.

Page 30: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

30

KETERANGAN KURSUS

BAHASA ALKITAB Kredit

BL 400 Pengantar Bahasa Asli Alkitab 4 Kursus ini akan memperkenalkan latar belakang dipakainya bahasa Ibrani dan bahasa Yunani sebagai bahasa-bahasa asli Alkitab, kemiripan dan perbezaan di antara keduanya, abjad/alfabet, pelafalan, kerangka dasar tata bahasa (basic structure) dari kedua-dua bahasa ini secara umum, beberapa kosa kata yang paling sering dipakai dalam Alkitab. Penekanan juga akan diberikan dalam hal mempergunakan alat-alat bantu penterjemahan seperti lexicon, concordance, theological workbooks dan lain-lain.

Page 31: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

31

KETERANGAN KURSUS

PERJANJIAN LAMA Kredit

OT 100 Tinjauan Perjanjian Lama (kursus wajib untuk semua program)

4

Kursus ini memberi satu tinjauan umum mengenai Perjanjian Lama. Latarbelakang, tema-tema utama, ciri-ciri yang menonjol dan mesej-mesej yang terdapat dalam setiap buku Perjanjian Lama serta implikasi Perjanjian Lama bagi kehidupan orang-orang Kristian sekarang akan dikaji dan dipelajari.

OT 111 Atlas dan Budaya Alkitab 4

Kursus ini berkaitan dengan materi pokok teologia bahawa Alkitab yang memiliki latar belakang budaya, bahasa, geografis dan teknologi yang berbeza. Kerana penyataan Allah dalam Alkitab itu adalah penyataanNya secara peribadi kepada orang-orang tertentu yang dipilihNya dalam ruang dan waktu yang tertentu pula. Sedangkan Alkitab yang memiliki perbezaan ruang dan waktu dengan dunia moden lebih dari 3000 tahun ini, telah diyakini sebagai Firman Allah yang kekal dan masih sesuai hingga sekarang. Maka sangat penting untuk pelajar mengerti lebih baik lagi Alkitab dengan mengetahui hal-hal yang ada dalam “konteks”. Kursus ini akan sangat membantu pelajar mengerti lebih baik lagi konteks Firman Allah dalam Alkitab.

OT 200 Hermeneutik Perjanjian Lama (kursus wajib untuk SMT, DT, DPKP, TWP)

4

Kursus ini mendedahkan para pelajar akan prinsip-prinsip pentafsiran alkitabiah khususnya dalam Perjanjian Lama.

OT 211 Kitab Kejadian 4 Kursus ini adalah kursus pengenalan tentang Kitab Kejadian. Ia akan melihat bagaimana kitab ini adalah dasar kepada banyak ajaran Alkitab yang lain. Ia akan menerangkan dari segi teologi dan alkitabiah dan bukan dari sains atau falsafah. Beberapa tema yang penting di dalam kitab ini akan dikaji dan pelajar akan belajar bagaimana kebenaran-kebenaran itu membentuk sejarah Alkitab.

OT 212 Ezra & Nehemia 4 Mengetahui bahagian mana yang awal dan bahagian mana yang terakhir, serta kaitannya dengan satu sama lain amat penting dalam pembacaan dan pemahaman sesebuah buku. Dalam Kitab-kitab Ezra dan Nehemia, objektif ini dapat dicapai melalui tinjauan dan kajian latar belakang sejarah serta tujuan penulisan buku-buku tersebut.

OT 312 Kitab Yeremia 4 Kursus ini akan menelaah Kitab Yeremia dengan maksud untuk memahami ajaran, berita pokok dan pesan teologisnya dengan memperhatikan konteks sosial-historis dan struktur literaturnya. Latar belakang historis dalam pentafsiran kitab Yeremia sebagai kitab nubuatan akan mendapatkan perhatian secukupnya.

Page 32: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

32

KETERANGAN KURSUS

PERJANJIAN BARU Kredit

NT 100 Tinjauan Perjanjian Baru (kursus wajib untuk semua program)

4

Kursus ini merupakan tinjauan kandungan buku-buku dalam Perjanjian Baru. Tema-tema utama dan ciri-ciri khas setiap buku dan juga kaitan setiap buku dengan buku-buku lain dalam Perjanjian Baru akan dikaji.

NT 111 Kehidupan Kristus 4

Satu kajian mengenai kehidupan dan pelayanan serta ajaran Kristus di bumi seperti yang dipaparkan dalam Injil Sinoptik. Penekanan khusus akan diberikan kepada bahagian-bahagian dan tema-tema tertentu setiap Injil Sinoptik.

NT 200 Hermeneutik Perjanjian Baru (kursus wajib untuk SMT, DT, DPKP, TWP)

4

Kursus ini mendedahkan para pelajar kepada prinsip-prinsip pentafsiran alkitabiah khususnya dalam Perjanjian Baru.

NT 215 Surat Roman 4

Kursus ini merupakan kajian surat Roman. Ini termasuk tema-tema utama, konteks sejarah serta isu-isu teologi yang berkaitan dengan surat ini. Daripada kajian yang terperinc, pelajar-pelajar akan menerapkan apa yang dipelajari dalam kehidupan sendiri, pelayanan, gereja and masyarakat.

NT 216 Surat 1 Korintus 4 Kursus ini mengkaji surat 1 Korintus dengan memberi tumpuan khas kepada latarbelakang sejarah dan jawapan Paulus terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh gereja tersebut serta cara-cara menghubungkaitkan prinsip-prinsip berkenaan dengan pembangunan gereja kini.

NT 311 Surat-surat Penjara 4 Kursus ini mengkaji surat-surat Rasul Paulus yang dikirim dari penjara, iaitu: Efesus, Filipi, Kolose dan Filemon, dengan menerapkan pedoman pentafsiran Alkitab sepatutnya. Perhatian khusus diberikan pada kegiatan eksegesis teks yang selanjutnya dituangkan dalam bentuk bahan khutbah atau kajian Alkitab dengan menemukan buah-buah fikiran teologi di dalamnya serta implikasi praktisnya bagi kehidupan Kristian masa ini.

Page 33: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

33

KETERANGAN KURSUS

TEOLOGI

Kredit

TH 100 Dasar-Dasar Pentakosta (kursus wajib untuk semua program. Kursus ini boleh digantikan dengan kursus teologi lain bagi penuntut bukan AG.)

4

Kursus ini ialah suatu kajian sejarah kebangkitan Pentakosta serta asal-usul teologinya, terutamanya Assemblies of God, USA, di mana ia bermula. Tumpuan juga diberi kepada sejarah nasional. Kajian ini juga ialah untuk penelitian Pernyataan Iman Assemblies of God.

TH 201 Tuhan, Wahyu & Manusia (kursus wajib untuk semua program. Kursus ini boleh digantikan dengan “Kristus dan Keselamatan” begi penuntut DPKP,SP)

4

Kursus ini bertujuan untuk menganalisa doktrin Allah yang merangkumi kewujudan Allah dan perwatakan Allah, doktrin wahyu dan firman Allah, dan doktrin manusia yang merangkumi penciptaan manusia dan kejatuhan manusia. Pemahaman doktrin-doktrin utama di atas harus disertai dengan aplikasi praktikal dalam kehidupan peribadi dan pelayanan kita.

TH 202 Kristus dan Keselamatan (kursus wajib untuk semua program. Kursus ini boleh digantikan dengan “Tuhan, Wahyu & Manusia ” begi penuntut DPKP,SP)

4

Kursus ini mendedahkan para pelajar kepada dasar mengenai teologi Kristus dan Keselamatan. Dari segi teologi Kristus, para pelajar akan mengkaji perkembangan sejarah doktrin Kristus, keilahian, inkarnasi serta kemanusiaan Yesus. Dari segi teologi Keselamatan pula, para pelajar akan mengkaji pekerjaan Yesus Kristus berkaitan dengan keselamatan serta pandangan-pandangan yang berlainan mengenai doktrin ini.

TH 203 Gereja dan Tanda Akhir Zaman (kursus wajib untuk SMT, DT, TWP)

4

Kursus in akan memberikan penjelasan tentang hakikat gereja Tuhan dan pemahaman tentang hal-hal yang akan terjadi pada masa depan (eskatologi). Apabila pelajar mempunyai pemahaman tentang ajaran gereja dan peristiwa-peristiwa yang akan terjadi dengan benar, maka pelajar dapat menjelaskan dan merumuskan kembali doktrin tentang gereja dan eskatologi dengan benar. Diharapkan dengan pemahaman yang benar, ini maka pelajar dapat mengaplikasikan dalam gereja, pelayanan dan dalam kehidupan sehari-hari.

TH 204 Roh Kudus (kursus wajib untuk semua program keculai SP)

4

Kursus ini berkaitan dengan pembelajaran doktrin Roh Kudus, keperibadianNya dan pekerjaanNya. Ia juga melibatkan pemahaman mengenai pembaptisan Roh Kudus berdasarkan pandangan Pentakosta yang merangkumi bahasa roh sebagai tanda awalan pembaptisan Roh Kudus. Perhatian akan diberikan kepada karunia-karunia Roh Kudus, buah Roh Kudus dan juga isu peperangan rohani.

Page 34: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

34

KETERANGAN KURSUS

TEOLOGI

Kredit

TH 302 Etika Kristian (kursus wajib untuk semua program keculai TWP, SP)

4

Bidang etika adalah bidang yang mengkaji bagaimana menentukan yang betul daripada yang salah dan yang indah daripada yang buruk. Kursus ini bertujuan memperkenalkan pelajar kepada skop bidang ini dan selanjutnya menolong pelajar membentuk sesuatu pemikiran etika yang berdasarkan Alkitab dan yang mampu menghadapi isu-isu etika yang muncul dalam kehidupan, pelayanan dan masyarakat moden.

TH 313 Apologetik 4 Kursus ini memperlengkapi para pelajar untuk mempertahankan iman Kristian dari serangan-serangan/cabaran-cabaran masa kini, baik dari luar maupun dari dalam kekristianan, dan selanjutnya membangun suatu wawasan dunia (worldview) dan wawasan hidup (lifeview) Kristian yang positif.

Page 35: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

35

KETERANGAN KURSUS PELAYANAN Kredit

MN 101 Pembentukan Rohani (kursus wajib untuk semua program kecuali TWP)

4

Kursus ini menumpukan perhatian kepada keperluan pembentukan karakter dan pertumbuhan dalam kehidupan seorang Kristian. Unsur-unsur dalam pembentukan rohani yang asas akan dibincangkan, termasuk perkara yang membawa perubahan menyeluruh (transformasi) seorang individu.

MN/MIS 121 Gereja Lokal & Misi (kursus wajib untuk SMT, DT, DPKP)

4

Kursus ini bertujuan untuk melatih bakal pastor dan pemimpin gereja untuk memimpin dan mempengaruhi gereja-gereja tempatan dengan fokus misi dunia, dalam semua dimensi Alkitab, sejarah, budaya dan strategi. Ini akan merangkumi pembentukan program misi gereja baik dalam negeri maupun di luar negeri.

MN 201 Homiletik (kursus wajib untuk SMT, DT, TWP)

4

Kursus ini merupakan pengenalan kepada teori dan amalan ilmu berkhutbah. Pelajar akan didedahkan kepada jenis-jenis khutbah dan belajar bagaimana menyediakan dan menyampaikan khutbah dengan penekanan kepada persiapan peribadi pengkhutbah.

MN 211 Pendidikan Praktik (kursus wajib untuk SMT, DT) Tujuan Pendidikan Praktik adalah untuk menyepadukan pembelajaran dengan kemahiran pelayanan. Pelajar akan diberi peluang untuk membangun kecekapan melalui prestasi tugas pelayanan di bawah bimbingan penyelia.

4

MN 213

Perintisan Gereja (kursus wajib untuk SMT, DT)

4

Kursus ini akan memberikan tumpuan terhadap perintisan gereja di Malaysia. Antara isu –isu yang akan dibincangkan ialah berkenaan dengan kaedah-kaedah perintisan gereja, persiapan kehidupan seorang perintis gereja, faktor-faktor yang dipercayai akan membantu keberkesanan proses perintisan gereja, isu-isu dan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi. Perhatian juga akan diberi terhadap peperangan rohani dan kelengkapan senjata rohani dalam kehidupan seorang perintis gereja.

MN 225 Pelayanan Penyembahan (kursus wajib untuk DT)

4

Kursus ini memberi tumpuan kepada makna dan dinamik pelayanan penyembahan di gereja termasuk belajar bagaimana cara menjalankan latihan secara efektif. Cabaran utama dalam memimpin penyembahan dalam kumpulan kecil, dan hubungan yang unik antara ibadah dan musik, doa dan penginjilan akan dikaji. Kursus ini juga akan melihat kepentingan hubungan di antara Gembala dan pemimpin penyembahan serta pasukan penyembahan dan membantu pelajar membangunkan kefahaman dan penghargaan kepada ungkapan penyembahan Kristen yang berbeza.

Page 36: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

36

KETERANGAN KURSUS

PELAYANAN Kredit

MN 301 Pelayanan Pastoral (kursus wajib untuk SMT, DT, TWP)

4

Ini merupakan kursus praktik tentang panggilan and pelayanan penggembalaan berdasarkan Alkitab. Proses pembentukan peribadi seorang gembala serta prinsip-prinsip etika yang terlibat akan dijelaskan. Pelajar juga akan diajar bagaimana memahami serta memperoleh kemahiran untuk melaksanakan tugas-tugas yang terlibat dalam tuntutan-tuntutan terhadap gembala gereja pada zaman kini. Pengamalan gaya hidup yang mengembangkan pelayanan efektif untuk jangkamasa panjang akan ditegaskan.

MN/GE 302 Kepimpinan dan Pengurusan (kursus wajib untuk SMT, DT)

4

Keberkesanan kepimpinan bergantung kepada tiga faktor yang utama iaitu kerohanian yang kuat, karakter (kepribadian yang baik) dan kemahiran yang cekap. Kursus ini menumpu khusus kepada mengajar kemahiran-kemahiran kepimpinan supaya pelajar akan menjadi semakin cekap dan yakin di dalam pelayanan mereka.

MN 303 Kaunseling Pastoral (kursus wajib untuk SMT, DT)

4

Kursus ini memberikan perspektif Alkitab dalam memahami akar punca masalah manusia. Kajian kes akan digunakan untuk meneroka cara-cara untuk membantu orang Kristian tumbuh dalam kematangan iman mereka semasa mengatasi kesukaran dan masalah individu. Ini bukan hanya langkah rancangan tetapi merupakan strategi alkitabiah untuk membantu dan memberi kaunseling kepada mereka yang mempunyai masalah-masalah individu yang tidak diselesaikan.

MN 315 Peperangan Rohani 4 Kursus ini akan membahas tentang konsep peperangan rohani dari sudut pandang biblika, teologis, historis dan praktis.

Page 37: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

37

KETERANGAN KURSUS

PENDIDIKAN KRISTIAN Kredit

CE/GE 201 Prinsip & Teknik Mengajar (kursus wajib untuk SMT, DT)

4

Kursus ini membahas teknik pengajaran yang didasarkan pada landasan Alkitabiah serta bertujuan menolong pelajar memperoleh kemahiran mengajar. Pelajar akan didedahkan kepada dasar teologi, prinsip-prinsip pengajaran Kristian, kaedah-kaedah dan strategi-strategi mengajar, proses penilaian pengajaran dan menyusun perancangan satu pelajaran.

CE/GE234 Pendidikan Kekeluargaan (kursus wajib untuk DT)

4

Kursus ini membahas tentang rencana Allah dalam perkahwinan dan rumah tangga Kristian. Akan dibahas tentang hal membangun hubungan pergaulan berkelompok, pacaran, pertunangan, dan perkahwinan yang sihat sesuai dengan Alkitab. Dibahas pula tentang dinamika rumah tangga Kristian dengan cabaran termasuk cabaran membesarkan anak-anak sesuai dengan kehendak Tuhan dan membangun sebuah keluarga yang melayani Tuhan serta menjadi berkat bagi sesama umat manusia.

Page 38: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

38

KETERANGAN KURSUS

PENDIDIKAN UMUM

Kredit

GE 100 Penulisan Penyelidikan Teologi (Sebelum ini dikenali sebagai "Penulisan Kertas Kajian")

(kursus wajib untuk semua program kecuali TWP)

4

Kursus ini bertujuan untuk membantu para pelajar memahami kaedah penyelidikan untuk menyediakan kertas kajian. Pelajar akan belajar tentang langkah-langkah dalam penyediaan kertas kajian dan bagaimana mempersembahkan kertas kajian menurut format yang betul. Pelajar juga berpeluang belajar menggunakan perisian (computer software) untuk mencatatkan nota kaki dan bibliografi. Panduan untuk menulis kritik buku juga akan diliputi dalam kursus ini.

GE 121 Tinjauan Sejarah Gereja (kursus wajib untuk SMT, DT, DPKP)

4

Kursus ini meninjau sejarah gereja di dalam perkembangan sejarah kekristianan. Fokus utama kursus ini adalah meninjau mengenai peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku dalam tempoh masa selama 2000 tahun di dalam sejarah gereja, antaranya meliputi perkembangan gereja pada awal abad, pertengahan abad, tempoh pembaharuan, sejarah gereja moden, tokoh-tokoh sejarah, peristiwa-peristiwa yang penting dan kesannya terhadap perkembangan gereja-gereja.

GE/CE 201 Prinsip & Teknik Mengajar (kursus wajib untuk SMT, DT)

4

Kursus ini membahas teknik pengajaran yang didasarkan pada landasan Alkitabiah serta bertujuan menolong pelajar memperoleh kemahiran mengajar. Pelajar akan didedahkan kepada dasar teologi, prinsip-prinsip pengajaran Kristian, kaedah-kaedah dan strategi-strategi mengajar, proses penilaian pengajaran dan menyusun perancangan satu pelajaran.

GE 202 Agama dan Kultus (kursus wajib untuk SMT, DT, DPKP)

4

Pengenalan kepada agama-agama utama dunia dengan perhatian khas terhadap agama-agama dan kultus utama tempatan Malaysia termasuk perbandingan dengan agama Kristian.

GE/CE 234 Pendidikan Kekeluargaan (kursus wajib untuk DT)

4

Kursus ini membahas tentang rencana Allah dalam perkahwinan dan rumah tangga Kristian. Akan dibahas tentang hal membangun hubungan pergaulan berkelompok, pacaran, pertunangan, dan perkahwinan yang sihat sesuai dengan Alkitab. Dibahas pula tentang dinamika rumah tangga Kristian dengan cabaran termasuk cabaran membesarkan anak-anak sesuai dengan kehendak Tuhan dan membangun sebuah keluarga yang melayani Tuhan serta menjadi berkat bagi sesama umat manusia.

Page 39: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

39

KETERANGAN KURSUS PENDIDIKAN UMUM

Kredit

GE 301 Gereja Dan Undang-Undang (kursus wajib untuk SMT, DT. Kursus ini boleh digantikan dengan kursus lain bagi penuntut bukan AG.)

4

Kursus ini ialah untuk memperkenalkan rangka undang-undang asas untuk perkhidmatan daiam konteks Malaysia. Ini akan merangkumi pengurusan dan undang-undang mesyuarat "Robert's Rule'-'Peraturan Ketertiban' dan Ordinansi undang-undang yang menjejaskan Gereja Malaysia sekarang.

GE/MN 302 Kepimpinan dan Pengurusan (kursus wajib untuk SMT, DT)

4

Keberkesanan kepimpinan bergantung kepada tiga faktor yang utama iaitu kerohanian yang kuat, karakter (kepribadian yang baik) dan kemahiran yang cekap. Kursus ini menumpu khusus kepada mengajar kemahiran-kemahiran kepimpinan supaya pelajar akan menjadi semakin cekap dan yakin di dalam pelayanan mereka.

Page 40: BCM KATALOG 2020...melalui doa dan iman. ... Pada tahun 2017, BCM memulakan program teologi peringkat siswazah yang ketiga, program Pembangunan Sarjana Kepimpinan, yang bertujuan memberikan

40

KETERANGAN KURSUS

MISI

Kredit

MIS/MN 121 Gereja Lokal & Misi (kursus wajib untuk SMT, DT)

4

Kursus ini bertujuan untuk melatih bakal pastor dan pemimpin gereja untuk memimpin dan mempengaruhi gereja-gereja tempatan dengan fokus misi dunia, dalam semua dimensi Alkitab, sejarah, budaya dan strategi. Ini akan merangkumi pembentukan program misi gereja baik dalam negeri maupun di luar negeri.