bb_smvas

21
KURSUS : BINAAN BANGUNAN SINOPSIS Aliran vokasional memberi peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak alam vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan aliran vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Pelajar aliran vokasional menduduki enam mata pelajaran teras yang diambil di samping dua mata pelajaran elektif vokasional. Enam mata pelajaran teras tersebut ialah : i) Bahasa Melayu ii) Bahasa Inggeris iii) Matematik iv) Sains Gunaan v) Pendidikan Agama Islam / Pendidikan Moral vi) Sejarah Manakala untuk mata pelajaran elektif pula ialah: i) Teknologi Binaan ii) Bahan Binaan Teknologi Binaan dan Bahan Binaan adalah satu kemahiran yang penting dalam bidang pembinaan. Pendedahan peringkat awal amat penting khususnya bagi golongan pelajar yang cenderung dan berminat dalam bidang ini.

Upload: nananani

Post on 19-Jun-2015

768 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BB_SMVAS

KURSUS : BINAAN BANGUNAN

SINOPSIS

Aliran vokasional memberi peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana

dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak alam vocational (berkaitan

pekerjaan). Isi kandungan aliran vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang

seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional

(juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.

Pelajar aliran vokasional menduduki enam mata pelajaran teras yang diambil di

samping dua mata pelajaran elektif vokasional.

Enam mata pelajaran teras tersebut ialah :

i) Bahasa Melayu

ii) Bahasa Inggeris

iii) Matematik

iv) Sains Gunaan

v) Pendidikan Agama Islam / Pendidikan Moral

vi) Sejarah

Manakala untuk mata pelajaran elektif pula ialah:

i) Teknologi Binaan

ii) Bahan Binaan

Teknologi Binaan dan Bahan Binaan adalah satu kemahiran yang penting dalam bidang

pembinaan. Pendedahan peringkat awal amat penting khususnya bagi golongan pelajar

yang cenderung dan berminat dalam bidang ini.

Di peringkat menengah rendah pelajar didedahkan asas teknologi binaan dan asas

ketukangan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Apabila pelajar meningkat ke tingkatan

empat dan lima, mereka sudah di ambang kerjaya dan perlu diberi pendedahan yang

sewajarnya bagi menentukan bidang pengkhususan tertentu yang terdapat di sekolah.

Page 2: BB_SMVAS

Mata pelajaran Teknologi Binaan dan Bahan Binaan merupakan mata pelajaran vokasional.

Dalam mata pelajaran Teknologi Binaan, pelajar didedahkan kepada Kerja Kayu dan

Tanggam, Kerja Bata, Kerja Paip, Elektrik, Konkrit dan Lukisan Bangunan. Manakala, dalam

mata pelajaran Bahan Binaan pelajar pelajar didedahkan kepada bahan binaan seperti kayu,

bata, konkrit dan kerja paip.

Selain daripada aktiviti di bilik darjah, pelajar didedahkan kepada kerja amali di bengkel

serta lawatan ke tapak bina bagi memperkukuhkan penguasaan dalam mata pelajaran ini.

Pengetahuan yang diperolehi pada peringkat ini amat penting bagi pelajar kerana ia dapat

menjuruskan mereka ke arah memilih bidang kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan

kecenderungan mereka selepas menamatkan pelajaran mereka di tingkatan lima.

Matlamat mata pelajaran Teknologi Binaan ialah untuk melengkapkan pelajar dengan

pengetahuan dan kemahiran dalam keselamatan am, penyelenggaraan alat tangan dan

mesin kerja kayu, membuat kerja kayu dan bata, membaca dan melukis cetak biru,

memahami sistem pembuangan air sisa dan najis serta lukisan bangunan. Kandungan mata

pelajaran Teknologi Binaan mendedahkan pelajar kepada bidang ketukangan binaan

bangunan. Mata pelajaran ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan asas

Teknologi Binaan agar dapat melaksanakan kerja binaan dengan penuh yakin, berkesan

dan sempurna. Ia juga disusun untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan teknologi

pembinaan terkini.

Matlamat mata pelajaran Bahan Binaan pula ialah untuk melengkapkan pelajar dengan

pengetahuan dan kemahiran bahan-bahan binaan dalam industri pembinaan.

Page 3: BB_SMVAS

MATA PELAJARAN : TEKNOLOGI BINAAN

Senarai Modul di dalam Mata pelajaran Teknologi Binaan :

MODUL 1.0 : KESELAMATAN AM

MODUL 2.0 : LUKISAN GEOMETRI

MODUL 3.0 : ALAT TANGAN DAN MESIN

MODUL 4.0 : TANGGAM DALAM KERJA KAYU DAN BINAAN

MODUL 5.0 : MERANCANG TANDA TAPAK, ASAS BANGUNAN DAN BINAAN

SEMENTARA

MODUL 6.0 : PEMBINAAN LANTAI, DINDING DAN TEMBOK

MODUL 7.0 : PINTU, TINGKAP DAN GERBANG

MODUL 8.0 : TANGGA

MODUL 9.0 : BUMBUNG

MODUL 10.0 : SISTEM RAWATAN KUMBAHAN

MODUL 11.0 : BEKALAN ELEKTRIK

MODUL 12.0 : LUKISAN BANGUNAN

Maklumat Ringkas Modul

Modul 1.0 : Keselamatan Am

Modul ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan punca kemalangan,

peraturan keselamatan dan penggunaan peralatan keselamatan di tapak bina atau tempat

kerja.

Page 4: BB_SMVAS

Gambar foto menunjukkan sebahagian daripada alat keselamatan di tempat pembinaan.

Gambar menunjukkan simbol-simbol keselamatan.

Page 5: BB_SMVAS

Modul 2.0 : Lukisan Geometri

Modul ini bertujuan memberikan pemahaman kepada pelajar berkenaan lukisan geometri

dan kemahiran dalam penggunaan peralatan lukisan.

Gambar foto menunjukkan pelajar sedang menyiapkan latihan lukisan geometri

Gambar foto menunjukkan contoh alat lukisan yang digunakan .

Page 6: BB_SMVAS

Modul 3.0 : Alat Tangan dan Mesin

Modul ini bertujuan memberikan kemahiran kepada pelajar berkenaan penggunaan alat

tangan dan mesin dalam kerja kayu, kerja bata dan kerja paip serta penyenggaraannya.

Gambar foto menunjukkan pelajar sedang menggunakan mesin gergaji belah

Gambar foto menunjukkan pelajar sedang menggunakan mesin gergaji lengan

Page 7: BB_SMVAS

Modul 4.0 : Tanggam-tanggam Dalam Kerja Kayu dan Binaan

Modul ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pelbagai jenis tanggam serta

kegunaannya. Pelajar juga diberi kemahiran dalam melakar pelbagai jenis tanggam.

Gambar foto menunjukkan pelajar sedang menjalankan kerja merancang tanda untuk

membuat tanggam.

Gambar foto menunjukkan contoh tanggam yang dihasilkan oleh pelajar

Page 8: BB_SMVAS

Modul 5.0 : Merancang Tanda Tapak, Asas Bangunan dan Binaan

Sementara

Modul ini mendedahkan pelajar kepada kaedah penggunaan peralatan dan kaedah

merancang tanda, mengenal pelbagai jenis asas, pelbagai jenis binaan sementara serta

kaedah pemasangannya.

Gambar foto menunjukkan pelajar sedang menjalankan kerja merancang tanda

Page 9: BB_SMVAS

Gambar foto menunjukkan langkah pembinaan asas pad

Modul 6.0 : Pembinaan Lantai, Dinding dan Tembok

Modul ini bertujuan mendedahkan pelajar mengenal pasti jenis lantai serta kaedah

pembinaanya, memahami ciri utama pembinaan dinding dan tembok serta kaedah

pembinaannya.

Gambar foto menunjukkan pembinaan lantai atas di sebuah tapak pembinaan

Page 10: BB_SMVAS

Gambar foto menunjukkan contoh pelbagai kemasan lantai

Modul 7.0 : Pintu, Tingkap dan Gerbang

Modul ini memberikan pengetahuan kepada pelajar berkenaan pelbagai jenis tanggam untuk

pintu dan tingkap, pemusat, gerbang dan kaedah pembinaannya.

Gambar foto menunjukkan gerbang separuh bulat yang dihasilkan oleh pelajar

Gambar foto menunjukkan contoh model pemusat untuk

gerbang separuh bulat

Page 11: BB_SMVAS

Gambar foto menunjukkan model pintu rata

Modul 8.0 : Tangga

Modul ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang fungsi, jenis dan prinsip pembinaan

tangga. Pelajar juga dapat memahami kaedah pemasangan tangga serta membuat kiraan

bagi menentukan ukuran naik, jejak dan bilangan anak tangga.

Gambar foto menunjukkan contoh tangga separuh pusingan serta komponen-komponen tangga

Page 12: BB_SMVAS

Modul 9.0 : Bumbung

Modul ini membolehkan pelajar mengenal pasti jenis, ciri dan pengiraan rentang, curam dan

naik sesebuah bumbung.

Gambar foto menunjukkan model struktur bumbung.

Page 13: BB_SMVAS

Gambar foto menunjukkan pelbagai jenis bumbung curam

Modul 10.0 : Sistem Rawatan Kumbahan

Modul ini mendedahkan kepada pelajar berkenaan sistem rawatan kumbahan serta

kelengkapannya.

Gambar foto menunjukkan contoh alat lekapan sanitari

Gambar foto menunjukkan kedudukan kebuk pemeriksaan

Page 14: BB_SMVAS

Modul 11.0 : Bekalan Elektrik

Modul ini mendedahkan pelajar mengenai sistem pendawaian dan litar bekalan elektrik ke

bangunan kediaman.

Gambar foto menunjukkan contoh litar pendawaian elektrik.

Modul 12.0 : Lukisan Bangunan

Modul ini membolehkan pelajar mengenal pasti simbol dalam lukisan bangunan dan melukis

lukisan bangunan.

Page 15: BB_SMVAS

Gambar foto menunjukkan pelajar sedang menyiapkan latihan lukisan bangunan

MATA PELAJARAN : BAHAN BINAAN

Senarai Modul di dalam Mata pelajaran Bahan Binaan :

MODUL 1.0 : KAYU – JENIS KAYU TEMPATAN DAN PROSES PENGELUARAN

MODUL 2.0 : BARANG LOGAM DAN KELENGKAPAN SERTA BAHAN BINAAN LAIN

MODUL 3.0 : BATA

MODUL 4.0 : KONKRIT

MODUL 5.0 : KERJA PAIP

MODUL 6.0 : ANGGARAN KUANTITI KOS

MODUL 7.0 : KEUSAHAWANAN

Modul 1.0 : Kayu – Jenis Kayu Tempatan dan Proses Pengeluaran

Modul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kayu tempatan,

proses pengeluaran serta kegunaannya. Pelajar juga didedahkan kepada cara membuat

kemasan dalam kerja kayu.

Gambar foto menunjukkan jenis-jenis kayu dan kecacatan kayu.

Page 16: BB_SMVAS

Modul 2.0 : Barang Logam dan Kelengkapan serta Bahan Binaan Lain

Modul ini akan memberi pendedahan kepada pelajar tentang bahan logam dan kelengkapan

serta kegunaannya dalam pembinaan. Pelajar juga didedahkan dengan bahan-bahan lain

yang turut digunakan dalam pembinaan seperti plastik, kaca dan aluminium

Gambar foto menunjukkan contoh barangan logam yang digunakan dalam kerja binaan

Modul 3.0 : Bata

Modul ini memberi pengetahuan kepada pelajar tentang prinsip ikatan, jenis bata serta kerja

kemasan yang terdapat dalam kerja bata. Disamping itu, pelajar juga aka dapat mentafsir

lukisan kerja bata.

Page 17: BB_SMVAS

Gambar foto menunjukkan pelajar sedang menjalankan kerja amali membina tembok bata

Modul 4.0 : Konkrit

Modul ini memberi pengetahuan tentang ciri, kaedah penyediaan, ujian serta penggunaan

konkrit dalam kerja pembinaan.

Gambar foto menunjukkan contoh ujian yang dijalankan untuk menguji kekuatan konkrit.

Modul 5.0 : Kerja Paip

Page 18: BB_SMVAS

Modul ini memberi peluang kepada pelajar mendapat pendedahan tentang sumber dan

sistem bekalan air bagi kegunaan domestik. Pelajar juga berpeluang mengetahui kaedah

penyambungan paip serta boleh mentafsir lukisan kerja paip.

Gambar foto menunjukkan contoh kerja perpaipan dan system perpaipan di rumah.

Modul 6.0 : Anggaran Kuantiti Kos

Modul ini bertujuan membolehkan pelajar mentafsir lukisan struktur. Di akhir modul ini

pelajar juga dapat membuat anggaran kos pembinaan dengan menggunakan kaedah

senarai kuantiti.

Page 19: BB_SMVAS

Gambar foto menunjukkan contoh borang kaedah taksiran senarai kuantiti.

Modul 7.0 : Keusahawanan

Modul ini disusun supaya bersifat ‘hands-on’ dan dinamik. Ia merangkumi 4 unit iaitu

Pengenalan Kepada Keusahawanan, Milikan Perniagaan, Pemasaran dan Rancangan

Perniagaan.

Contoh perniagaan yang boleh dijalankan

Page 20: BB_SMVAS