bbm3401mg09

Upload: swa-ming-jian

Post on 13-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bbm3401mg09

TRANSCRIPT

  • *PERKAMUSAN

    DEFINISI

    Mengikut The American College Dictionary (1960:36), kamus ialah buku yang berisi pilihan kata sesuatu bahasa atau sesuatu kelas kata khusus, biasanya disusun mengikut abjad dengan penjelasan makna serta maklumat lain dinyatakan atau dilahirkan dalam bahasa yang sama atau dalam bahasa yang lain.

    Kamus juga dimaksudkan sebagai buku rujukan yang memuatkan daftar kata atau gabungan kata dengan keterangan pelbagai makna dan penggunaan dalam bahasa, biasanya mengikut abjad (Harimurti Kridalaksana, 1982:73).

    MINGGU 9

  • *Konsep Dasar dalam Perkamusan

    Ada tiga konsep penting dalam penciptaan kamus, iaitu tipologi, leksikologi, dan leksikografi.

    Tipologi

    Dari sudut bahasa bermaksud pengelompokan bahasa berdasarkan ciri-ciri fonologi, nahuan atau leksikal untuk menentukan jenisnya yang lalu daripada perkembangan sejarah (Hartmann, 1972:243).

    Leksikologi

    Ialah ilmu untuk mempelajari dan menganalisis kosa kata melalui perkembangan bentuk dan erti (makna) dengan bantuan bidang etimologi (asal usul kata).

  • *Leksikografi

    Bidang leksikografi merupakan bidang linguistik terapan yang garapannya mencakupi teknik dn metodologi penyusunan. Leksikografi juga adalah cabang leksikologi yang mengkaji dasar dan kaedah penyusunan kamus, iaitu dari segi pengumpulan data, pemilihan data, dan pengabjadan, di samping penyusunan definisi dan pemberian makna.

    Sejarah Perkamusan Melayu

    Berdasarkan sejarah perkembangannya, terdapat tiga jenis kamus yang dihasilkan, iaitu:

    Kamus awal yang hanya dikarang dalam bentuk senarai kata dan istilah tertentu.Kamus yang disusun bersama dengan deskripsi tatabahasa BMKamus yang dibentuk seperti yang terdapat kini

  • *Kamus Awal

    Senarai kata yang pertama diketahui ialah senarai Melayu-Cina yang dikatakan terkarang sebelum kurun ke-15. Senarai ini tertulis dalam bahasa Cina.

    Senarai kedua yang ditulis oleh Pigafetta pada tahun 1521 menggunakan bahasa Melayu-Latin, dan menggunakan tulisan Rumi.

    Senarai ketiga dikarang oleh Frederick de Houtman (1603) dalam bahasa Belanda, juga mengandungi kata bahasa Malagasi.

    Casper Wiltens dan Sebastian Danskearts telah menerbitkan kamus Belanda-Melayu dan Melayu-Belanda pada tahun 1622.

  • *Kamus dan Tatabahasa

    David Haex menyusun sebuah kamus bertajuk Dictionarium Malaico-Latino et Latinum-Malaicum pada tahun 1931.Tahun 1701, Thomas Bowery telah menyusun sebuah kamus Melayu-Inggeris yang mengandungi deskripsi tatabahasa.William Marsden telah menghasilkan kamus yang sangat penting pada tahun 1521 kerana dianggap kamus pertama yang sempurna. Marsden juga menulis sebuah kamus jilid lain pada tahun yang sama, iaitu The Grammar of the Malayan Language dalam tulisan Rumi dan Jawi.Tahun 1852, John Crawfurd telah menghasilkan kamus yang diberi judul The Grammar and Dictionary of the Malay Language.Winstedt telah menyusun kamus pada tahun 1922, Hamilton tahun 1923, dan Swettenham pada tahun 1927.

  • *

    Selepas tahun 1930-an, baharu muncul ahli perkamusan Melayu seperti Shamsuddin Mohd. Yunus (1935), Mustapha Abdul Rahman Mahmud (1940), Haji Abdul Hamid Ahmad (1941), Mohammad Haniff (1955), Mohd. Shah Munji dan Abdullah Samad (1975), Farid Wajidi (1959), Zainal Abidin Safarwan (1966), dan lain-lain lagi.

    Kamus Moden

    Usaha yang jelas dalam konteks ini dilakukan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Ada tiga jenis kamus yang dihasilkan, iaitu kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, dan kamus pancabahasa.

  • *Penjenisan Kamus Berdasarkan BahasaKamus ekabahasa, contohnya Kamus Dewan.

    Kamus dwibahasa, contohnya Kamus Dwibahasa Dewan dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan

    Kamus pancabahasa

    Penjenisan Kamus Berdasarkan Struktur Kandungan

    Kamus panduan

    Kamus ensiklopedia

    Kamus tersaurus

    Kamus definisi

    Kamus sejarah

  • *

    Penjenisan Kamus Berdasarkan Fungsi

    Kamus umum

    Kamus khusus

    Penjenisan Kamus Berdasarkan Pengguna

    Kamus pelajar

    Kamus pelancong

    Kamus bidang

  • *

    Jenis-jenis Kamus

    Daftar KataGlosariIndeksKamus SebutanKamus IstilahKamus IdiomDaftar IstilahTesaurusKamus seerti (sinonim)EnsiklopediaKamus pelancongKamus umum

  • *

    TATABAHASA

    Definisi

    Perkataan tatabahasa atau nahu adalah terjemahan daripad kata grammar. Perkataan grammar pula berasal daripada bahasa Greek yang makna asalnya ialah satu seni bacaan dan penulisan. Kemudian, perkataan ini digunakan sebagai istilah umum untuk kajian dan pemerian bahasa.

    Abdullah Hassan (1993: 1) mendefinisikan tatabahasa sebagai satu kumpulan petua bagi membentuk perkataan, frasa, klausa, dan ayat.

    Arbak Othman (1981:1) pula menyatakan ciri-ciri bahasa Melayu yang teratur dan kemas dipanggil oleh ahli bahasa sebagai sistem yang berperaturan. Peraturan sistem pengucapan inilah yang kita fahami sebagai tatabahasa.

  • *Jenis-jenis Tatabahasa

    Tatabahasa Sejarawi (historis)

    Mempunyai kaitan dengan linguistik historis, iaitu satu cabang kajian bahasa yang melihat perkembangan bahasa mengikut masa dan zaman. Penelitian dilakukan melibatkan beberapa aspek, seperti struktur, perbendaharaan kata, ejaan, dan sebagainya, di samping membincangkan sebab dan akibat perubahan yang berlaku.

    Dalam konteks BM, misalnya struktur ayat dalam karya sastera klasik adalah berbeza dengan struktur ayat yang digunakan kini.

    Dari segi perkataan, terdapat sesetengah perkataan yang mengalami kehilangan fonem tertentu walaupun maksudnya tidak berubah, misalnya kata sahaya, sahaja, halipan, dan senantiasa yang banyak digunakan dalam karya sastera lama, sekarang dinyatakan sebagai saya, saja, lipan, dan sentiasa.

  • *

    Dari segi sistem ejaan pula, bunyi-bunyi seperti [ O ], [ ], [ ], dan [ ] yang dulunya dieja dengan th, sh, dh, dan dz sekarang menjadi s, sy, d, dan z sahaja.

    Tatabahasa TradisionalAdalah sejenis tatabahasa yang tertua. Tatabahasa ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi. Salah satu ciri tatabahasa tradisional ialah berdasarkan satu model bahasa yang dianggap lengkap, ideal, dan baik. Bahasa yang dijadikan model ialah bahasa Greek dan Latin yang telah dikaji oleh Aristotle dan Plato. Aspek tumpuan penganalisisan ialah penggolongan perkataan (parts of speech atau classes of words).

  • *Bagi BM, Tatabahasa Zaba tergolong dalam tatabahasa tradisional. Dalam bukunya, Pelita Bahasa Melayu I, Zaba menyatakan tatabahasa yang dihasilkannya adalah berasaskan tatabahasa bahasa Inggeris dan tatabahasa bahasa Arab. Beliau membahagikan perkataan BM kepada lima gologan, iaitu nama, perbuatan, sendi, sifat, dan seruan. Beliau juga mengemukakan aspek pembentukan kata, iaitu penggunaan penambah (imbuhan), membincangkan rangkai kata dan ayat. Semua aspek ini dibincangkan berdasarkan makna, bukan bentuk atau struktur.

    Tatabahasa Struktural atau Tatabahasa DeskriptifTatabahasa ini muncul pada abad ke-20. Antara ahli bahasa yang menganuti aliran ini ialah de Saussure, Bloomfield, Harris, dan Otto Jesperson.

  • *Golongan ini berpendapat bahawa struktur bahasa mempunyai pertalian yang rapat antara unit fonem sebagai unit bunyi dengan morfem sebagai unit tatabahasa.

    Ahli bahasa Struktural juga menganggap bahasa sebagai satu sistem bunyi pertuturan yang arbitrari (sewenang-wenang) untuk menyatakan sesuatu keadaan, objek atau konsep yang digunakan dalam komunikasi manusia. Mereka juga memberi keutamaan kepada bahasa lisan daripada bahasa tulisan.

    Selain itu, ahli Tatabahasa Struktur juga berpendapat bahawa setiap bahasa terdiri daripada pertalian struktur yang tersendiri. Oleh itu, kajian bahasa melibatkan beberapa aspek, iaitu fonologi, morfologi, dan sintaksis.

  • *Bidang Fonologi

    Bidang ini mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan oleh manusia yang boleh dibahagikan kepada:

    a.Fonetik: bidang yang mengkaji segala bunyi dan memberikan lambang atau simbol fonetik yang ditulis dalam kurungan [ ], misalnya [ ],[ ], [ ], dan sebagainya. Dalam bidang ini juga, kajian dilakukan tentang bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh organ sebutan. Bunyi-bunyi ini dikelaskan kepada bunyi vokal, konsonan, dan diftong yang dikelaskan pula kepada bahagian yang lebih kecil, seperti nasal, glottal, afrikat, dan sebagainya.

    b.Fonemik: bidang ini mempunyai kaitan yang rapat dengan hidang fonetik kerana kedua-duanya mengkaji bunyi bahasa. Dalam bidang ini, data yang dikumpulkan oleh bidang fonetik dikelaskan bunyi-bunyi yang mempunyai persamaan berdasarkan sifat atau ciri yang sama ke dalam sesuatu fonem. Fonem ini ditulis dengan tanda / /, misalnya / cawan/, /baca/ dll.

  • *Bidang Morfologi

    Dalam bidang ini, huraian dilakukan tentang morfem dan hubungannya dalam pembentukan kata. Dalam BM, morfem boleh dibahagikan kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.

    Bidang Sintaksis

    Bidang ini lebih tertumpu kepada cara pembentukan ayat dan rangkai kata. Ahli Linguistik Struktural menumpukan perhatian kepada perkembangan unsur-unsur dalam ayat (konstituen dalam ayat). Sesuatu ayat dianalisis dengan membahagikannya kepada konstituen, dan setiap konstituen itu dikaitkan pula dengan konstituen yang lebih besar. Cara pembahagian ini dikenali sebagai konstituen terdekat.

  • *Tatabahasa Transformasi Generatif (TG)

    Aliran tatabahasa ini muncul pada tahun 1950-an yang dikenali sebagai Transformasi Generatif. Pelopor aliran ini ialah Noam Chomsky dengan bukunya Syntactic Structure (1957) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965).

    Mengikut tatabahasa ini, semua bahasa dianalisis berdasarkan korpus bagi memudahkan seseorang yang mempelajari bahasa membina ayat yang baharu dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarnya. Dua istilah penting yang digunakan dalam tatabahasa ini ialah:a.Competence (kecekapan): kecekapan dan pengetahuan bahasa yang implisit yang ada pada seseorang.

    b.Perfomance: prestasi seseorang menggunakan bahasa yang diketahuinya mengikut keadaan yang sesuai.

  • *Yang dimaksudkan dengan transformasi dalam konteks ayat ialah menerbitkan atau menukarkan sesuatu ayat asas (kernel sentences) kepada ayat yang lebih pelbagai atau sebaliknya, atau transformasi kepada ayat yang lain.

    Analisis bahasa yang dilakukan oleh ahli TG ini bertujuan menghasilkan rumus yang lengkap berdasarkan kecekapan berbahasa penutur jati. Rumus-rumus ini ialah Rumus Struktur Frasa dan Rumus Transformasi. Rumus Struktur Frasa (rumus dasar) terdiri daripada rumus yang dapat menerbitkan ayat permulaan yang menjadi ayat dasar. Rumus transformasi pula terdiri daripada rumus-rumus yang dapat mengubah struktur dalaman serta memperluas unsur dalam ayat atau frasa melalui proses pengguguran, penyusunan semula, dan peluasan.

    **