b.baji

12
B.Baji Cara-Cara Membiakkan Budgie Posted on 05/08/2010 by Lan83 LANGKAH PERTAMA : KENALPASTI JANTINA BUDGIE Cara paling mudah untuk mengenali jantina burung budgie adalah kenalpasti warna ‘cere’ atau senang ckp hidung la. ‘Cere’ berasal dari perkataan latin dan selain dari burung dari keluarga parrot, burung seperti helang dan merpati juga mempunyai ‘cere’. Budgie Jantan matang mempunyai cere yang berwarna biru terang atau purple. Semasa muda cere mereka berwarna pink atau biru muda. Lihat gambar di bawah. Budgie betina mempunyai cere yang berwarna coklat semasa berada dalam breeding condition, manakala mempunyai cere yang berwarna

Upload: didieseri

Post on 25-Jul-2015

258 views

Category:

Documents


31 download

TRANSCRIPT

Page 1: B.Baji

B.Baji

Cara-Cara Membiakkan   Budgie

Posted on 05/08/2010 by Lan83

LANGKAH PERTAMA : KENALPASTI JANTINA BUDGIE

Cara paling mudah untuk mengenali jantina burung budgie adalah kenalpasti warna ‘cere’ atau senang ckp hidung la. ‘Cere’ berasal dari perkataan latin dan selain dari burung dari keluarga parrot, burung seperti helang dan merpati juga mempunyai ‘cere’.

Budgie Jantan matang mempunyai cere yang berwarna biru terang atau purple. Semasa muda cere mereka berwarna pink atau biru muda. Lihat gambar di bawah.

Budgie betina mempunyai cere yang berwarna coklat semasa berada dalam breeding condition, manakala mempunyai cere yang berwarna putih kebiruan sekiranya tidak berada dalam breeding condition. Ni contoh budgie betina.

Page 2: B.Baji

LANGKAH KEDUA : SEDIAKAN AVIARY YANG SESUAI

Jika hendak mula membiak budgie. Selain nestbox, budgie yg hendak dibiakkan mestilah berasa selamat. Wujudkan suasana selamat agar burung itu rasa lebih terjamin dan membolehkan budgie cepat membiak. Budgie sangat ganas dan agresif bila mula bersarang. Budgie betina terutamanya akan bergaduh berebut nestbox dan ada kalanya menyebabkan kecederaan serius.

Page 3: B.Baji

Nestbox boleh didapati dikedai-kedai Pets dan boleh dibuat sendiri menggunakan sabut kelapa yang telah dibuang tempurung.

LANGKAH KETIGA: HADKAN TELUR KEPADA 6 HINGGA 7 BIJI SAHAJA

Kebiasaannya budgie akan bertelur purata 6 biji semusim. Tetapi ada juga yang bertelur hanya 3 biji dan ada juga yang bertelur sehingga 14 biji. Telalu banyak telur tapi tidak semua yang menetas. Telur tidak akan menetas jika tidak subur (tidak disenyakawan oleh sperma jantan). Telur yang terlalu banyak tidak muat utk betina duduk mengeramkan semuanya. Hadkan telur kepada 6-7 biji sahaja, asingkan telur berlebihan kepada ibu lain atau letak dlm incubator. Telur yang tidak dieram masih boleh hidup sehingga 20 hari.Tidak semua telur menetas serentak. Budgie menghasilkan telur sebiji selang sehari. Penetasan anak juga begitu. Ini menyebabkan anak pertama yg menetas berbeza umur sehingga seminggu daripada anak yang keenam. Tengok pada saiz anak budgie kita boleh tahu yg mana menetas dulu.

LANGKAH KEEMPAT: ASINGKAN ANAK MENGIKUT SAIZPasangan budgie akan cuba jaga semua anaknya sebaik yg boleh. Yang paling kecil akan diberi makan dulu dan diakhiri dgn yg paling besar. Namum persaingan mendapatkan makanan dari

Page 4: B.Baji

parents biasanya meyebabkan anak yang paling kecil terabai, dipijak dan mati kebuluran atau di sbbkan kecederaan fizikal.

Asingkan anak mengikut saiz. Hadkan anak setiap pasang kepada 6 ekor maksimum. Lagi sedikit anak lagi besar peluangnya untuk hidup. Asingkan anak mengikut umur. Tidak mengapa jika anda menukar anak budgie yang masih kecil kepada ibu budgie lain yang juga mempunyai anak. Dia akan menjaga anak budige ini seperti anaknya sendiri. (Awas jgn letakkan anak kepada pasangan yang masih mengeram )Najis anak yg sedang membesar boleh rosakkan telur yg belum menetas… Keluarkan telur yang belum mentas sekirangnya najis anak budgie sudah mula membasahi lantai nestbox. Tumpangkan telur tadi kepada ibu lain yang masih mengeram. Tukarkan bedding atau habuk kayu sekerap yang perlu jika ini berlaku.

LANGKAH KELIMA: ASINGKAN ANAK DENGAN PARENTSKita kena pisahkan anak dengan induk sebaik sahaja kita mendapati anak-anak tersebut sudah mula boleh makan sendiri. Kalau tak parents dia akan bunuh anak2 mereka. Mereka nak gunakan sarang yg sama untuk bertelur seterusnya.

Page 5: B.Baji

Tidak semua anak hidupMenjadi lumrah, tidak semua anak hidup, sgt penting kita periksa nestbox sekurang2nya sekali sehari. Anak yang mati perlu lah dikeluarkan, elak dari jadi bangkai dan rosakkan anak-anak yang lain. Terlalu banyak sbb budgie boleh mati. Penyakit, pergaduhan, pemakanan, atau pemangsaan.Jika anda mendapati anak budgie anda masih mati, walaupun berbagai langkah telah diambil, kemungkinan besar pasangan tersebut mmg tidak pandai menjaga anak. Seperti manusia juga, ada budgie yang lebih berbakat jaga anak , namun ada juga yang langsung tidak tahu. Asingkan anak kepada ibu lain dan biar pasangan yg tidak pandai tu bertelur dan mengeram sahaja.

Budgie berasal dari benua Australia. Benua ini kering dan jarang menerima hujan. Purata hujan 10 tahun sekali menyukarkan burung budgie untuk membiak. Apabila hujan turun, makanan semulajadi budgie bertambah. Pada masa inilah budgie akan mula membiak dengan banyak sekali. Selepas menghasil kan anak purata 5 ekor sepasang, budgie akan mula bertelur semula selepas itu. Budgie akan terus menghasilkan anak tanpa henti selagi makanan mencukupi.

Page 6: B.Baji

Pemberian makanan yang baik dan mendapat penjagaan yang sempurna dan dengan hanya meletakkan nestbox di dalam sangkar, ia akan merangsang budgie anda untuk membiak. Walau apa jenis nest box pun, pastikan dasar lantainya berlekuk. Gunanya supaya senang telur terlonggok setempat je, dan mengelakkan kaki anak

burung cacat ( terkangkang) Nestbox ini bersaiz 8″ x 8″ x 8″ plywood 12mm. Rasanya dah cukup besar untuk budgie breed. Penggunaan nestbox lebih banyak menghasilkan anak budgie yg survive. Sebagai contoh, kalau dalam tempurung kelapa survival anak average dalam 3 ekor sahaja. Nestbox pula membantu survival bilangan anak budgie yang lebih tinggi disebabkan ruang dalam yang lebih luas.

Page 7: B.Baji

Budgie anda boleh membiak sepanjang tahun. Sekarang masalah anda bukan untuk membiak budgie tapi bagaimana nak mengawal pembiakan budgie. Setelah menghasilkan anak 2 -3 kali berturut-turut adalah dinasihatkan budgie anda direhatkan daripada membiak untuk sementara. Mengeluarkan nestbox dari sangkar adalah cara terbaik.

Sumber: bukandoktorveterinar.blogspot.com

Cara-cara Membiakkan Ikan   Laga

Posted on 12/08/2010 by Lan83

LANGKAH PERTAMA: Kenalpasti Jantina

Cara nak kenalpasti ikan laga jantan dan ikan betina senang je. Biasernya ikan jantan ekor die panjang, warna lebih terang, dan lebih agresif. Tapi sekarang ni para penternak dah hasilkan betina yang ekor panjang dan warna yang terang. Jadi untuk kenal pasti ikan laga betina ialah melalui abdomen dan juga biji putih di bahagian anusnya. Tengok gambar kat bawah tu..nampak tak biji putih kat perut tu.

Page 8: B.Baji

LANGKAH KEDUA : Pilih Induk Yang Matang

Untuk membiakkan ikan laga, anda mesti memastikan induk yang akan dibiakkan adalah matang. Ikan laga biasenya dah matang bila mencapai umur 4 bulan sekiranya diberi makanan yang secukupnya. Tapi anda boleh memerhatikan ikan laga tersebut.

JantanInduk jantan yang matang dan bersedia untuk membiak akan membuat buih di permukaan..tuh maknenya dia tengah ‘hot’ arr tuh.

BetinaBagi yang betina pula, anda perlu perhatikan perut atau abdomennya. Induk ikan laga betina yang bersedia untuk dibiakkan mempunyai perut yang buncit dan terdapat biji putih di bahagian anusnya.

LANGKAH KETIGA: Sediakan Tangki Yang Sesuai

Bagi kaedah pembiakan, anda perlu menyediakan tangki yang selesa sekurang-kurangnya bersaiz 1 kaki x 1 kaki x 1 kaki. Anda boleh menggunakan macam-macam contohnya akuarium, baldi, dan sebagainya. Lagi besar lagi bagus kerana tangki yang besar boleh meningkatkan peluang anak-anak ikan untuk hidup. Masukkan air lebih kurang 4,5 inci dari dasar. Jangan letak air terlalu dalam, nanti payah induk-induk tu nak kutip telur. Dalam tangki tu kalau boleh letak la sikit perlindungan untuk induk betina macam kayu atau pokok kiambang. Mana tahukan kot-kot yang jantan ganas. Senangla induk betina nak menyorok bila kena kejar. Satu petua nak kongsi dengan anda semua, anda boleh meletakkan daun ketapang kering atau nama saintifiknya almond leaf ke dalam tangki tu..daun ketapang ni macam tongkat ali atau booster la untuk ikan ni..air akan jadi berasid dan sesuai untuk pembiakan..die lagi gersang..dan cepat membiak. Untuk meransang pembentukan buih oleh jantan, sebaiknya letak la polistrene atau kiambang untuk mengekalkan buih tuh sebab ikan akan suka buat buih di bawahnya.

Page 9: B.Baji

Ni la daun ketapang, tapi jangan letak yang masih hijau lak. Letak yang dah kering.

LANGKAH KEEMPAT: Masukkan Induk Jantan Dahulu Dalam Tangki

Sebaiknya anda letak induk jantan dulu dalam tangki pembiakan. Induk betina ni anda masukkan dalam bekas kaca atau apa-apa bekas lutsinar (biar yang jantan boleh nampak). Lepas tu masukkan dalam tangki yang ada induk jantan tadi. Ikan ni tak boleh dilepaskan sekali dalam tangki kerana yela..nama pun ikan laga..nanti ikan tu akan berlaga. Kalau betina kalah takpe, tapi kalau induk jantan yang kalah maknanya anda kena cari calon suami lain la untuk dia. Jadi macam ni la caranya untuk mengelakkan dari ikan-ikan ni berlaga. Kena kenal-kenalkan diorg dulu.

LANGKAH KEEMPAT: Masukkan Induk Betina Selepas Induk Jantan Buat Buih

Sekiranya anda nampak induk jantan telah buat buih. Maknanya dia telah bersedia untuk mengawan. Buih tu sebenarnya adalah sarang. Selepas jantan buat buih masukkan la induk betina. Induk jantan dan betina nie sebaiknya dicampurkan atau dikahwinkan di awal pagi. Mula-mula anda lepaskan induk betina, induk jantan akan mengejar induk betina. Tapi jangan risau, sang jantan tu dah lama sangat mengidam kat induk betina tu. Biasanya menjelang tengahari ikan nie akan melakukan ritual peneluran..ikan jantan akan menari dengan mengibaskan ekornya, membelit betina dan mengutip telur dan memasukkannya ke dalam buih..’projek’ nie akan berlaku dari setengah jam hinga sejam..selepas ‘projek’ tu dah selesai, eloklah anda alih yg betina dan tinggalkan yang jantan sahaja..sebab jantan akan jaga telur dan anak-anak ikan nanti.

Page 10: B.Baji

Induk betina pula akan makan telur atau anak, tapi tak semua la induk betina akan makan telur atau anak. Jadi untuk selamat, lagi mudah anda asingkan je.

Telur tu akan menetas dalam masa 24jam hingga 36jam bergantung pada suhu semasa..sebaiknya letak di atas kayu atau rak..jangan letak atas simen..sejuk..mati ikan nanti. Selepas sehari anak ikan menetas, anda boleh samaada nak asingkan induk jantan atau tidak. Kalau anda tengok induk jantan ni makan anak, anda kena asingkan cepat-cepat. Tapi kalau tak makan, tak perlu asing la sebab induk jantan ni akan jaga dan pastikan tangki anda tidak dipenuhi jentik-jentik. Jentik-jentik ni boleh makan anak-anak ikan.

Ini la ritual bertelur

LANGKAH KELIMA: Penjagaan anak

Anak2 ikan laga perlu diberi makan selepas 3 hari mereka menetas, seeloknya rotifer disamping air hijau sebagai supplemen..kebaikan air hijau ni die akan melindungi badan anak ikan dari penembusan cahaya matahari yang boleh merosakkan mata dan organ anak ikan tersebut. Air hijau nie sebenarnya mengandungi phytoplankton bernama chorella secara majoritinya, tapi ada gak banyak species lain yg ada. Ia boleh didapati dari air ternakan ikan tilapia, ikan keli.

Selepas seminggu cuba ar dapatkan moina atau artemia untuk peringkat pemakanan seterusnya..ikan laga nie akan makan apa sahaja yang muat dengan mulutnye..satu lagi tips ikan laga nie akan lagi cantik dan cepat membesar jika diberi makanan hidup seperti jentik-jentik ataupun frozen blood worm.