bantuan kecemasan untuk kanak-kanak (cpr)

Upload: yusnia92

Post on 11-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 bantuan kecemasan untuk kanak-kanak (CPR)

    1/9

    [PENDIDIKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN UNTUK AWAL KANAK-KANAK] KAT 1023

    1

    Sebagai seorang pendidik yang berkualiti kita perlu mempelajari cara mengendalikan kes-kes

    kemalangan sama ada kecil atau pun besar. Dengan adanya pengetahuan ini sekurang-

    kurangnya dapat mengelakkan kecederaan atau kemalangan itu menjadi bertambah teruk.

    Maka pengetahuan dan langkah-langkah awal berkenaan pertolongan cemas seperti yang

    disampaikan dalam ceramah yang disampaikan oleh Encik Majid Fazal perlu diketahui bagi

    melakukan rawatan.

    Pertolongan kecemasan adalah bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan

    kepada mangsa sebelum menerima rawatan yang sewajarnya. Ia merupakan satu usaha

    rawatan pertama (firstaid) dalam keadaan kecemasan dan kebiasaannya dilakukan di tempat

    berlakunya kejadian atau kemalangan. Ianya bertujuan untuk menggalakkan pemulihan,

    mengelakkan berlakunya komplikasi dan juga untuk menyelamatkan nyawa sementara

    menunggu bantuan perubatan daripada pakar perubatan dan profesional tiba. Dalam

    memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa anda haruslah mampu untuk mengawal

    perasaan anda agar tidak panik, mengambil sedikit masa untuk berfikir dan membuat

    penilaian terhadap situasi kecemasan yang berlaku dengan pantas dan bertenang menghadapi

    insiden yang berlaku.

    Selain itu, dalam memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa anda haruslah peka

    akan bahaya yang terdapat di sekeliling yang mungkin dapat membahayakan anda dan juga

    mangsa, jangan letakkan diri anda dalam sebarang risiko dan bertindak diluar kemampuan

    anda. Perkara pertama yang harus diutamakan adalah menjauhkan dan mengeluarkan magsa

    dari sebarang bahaya, berikan bantuan mengikut keutamaan dan meminta bantuan pihak yang

    pakar iaitu dengan mendail talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan pakar perubatan.

    Terdapat beberapa situasi yang membolehkan kita untuk memberikan bantuan

    kecemasan kepada mangsa. Antaranya adalah:

    1.0. Rawatan Luka dan Pendarahan.Luka adalah situasi di mana terdapat sebarang bentuk kecederaan pada tubuh

    badan yang mengakibatkan pecahan kulit atau tisu biasa. Terdapat bebarapa jenis luka.

    Antaranya adalah terguris (incised), terkoyak (lacerated), melecet (abrasion), calar

    balar (linear abrasion), lebam (contusion), tercucuk (puncture), tembakan (gunshot),

    dan letupan (blast).

  • 7/23/2019 bantuan kecemasan untuk kanak-kanak (CPR)

    2/9

    [PENDIDIKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN UNTUK AWAL KANAK-KANAK] KAT 1023

    2

    Pendarahan pula adalah situasi dimana terkeluarnya darah daripada sistem

    peredarannya akibat kecederaan atau penyakit. Adalah amat penting untuk mengetahui

    dan mengenal pasti jenis-jenis pendarahan yang terjadi bagi menentukan kaedah

    rawatan kecemasan yang akan dilakukan seterusnya. Antara jenis pendarahan tersebut

    adalah :

    a)Pendarahan arteri.Merupakan pendarahan dari salur darah arteri yang mengandungi oksigen dan

    darah yang keluar dari pendarahan ini adalah berwarna merah cerah serta

    keluar secara memancut-mancut mengikut rentak degupan jantung.

    b)Pendarahan vena.Pendarahan ini pula adalah dari salur darah vena yang mengandungi cardon

    dioksida dan ianya berwarna merah gelap. Apabila berlakunya pendarahan

    pada salur darah ini darah yang keluar dari luka adalah dalam bentuk lelehan.

    c)Pendarahan kapilari.Merupakan pendarahan rerambut darah yang menyebabnya darah yang keluar

    meleleh tidak banyak jika permukaan kulit tidak pecah akan menyebabkan

    lebam.

    Adalah amat penting dalam bertindak dengan segera dalam mengawal

    pendarahan bagi mengelakkan kehilangan darah, renjatan, jangkitan kuman, parut dan

    juga proses penyembuhan yang lambat. Terdapat tiga cara dalam mengawal pendarahan

    setelah memastikan jenis-jenis pendarahan yang berlaku iaitu dengan menggunakan

    tekanan langsung, tekanan tidak langsung atau ikatan tourniquet.

    Tekanan langsung adalah cara yang berkesan mengawal pendarahan dengan

    menekan secara langsung atau terus pada kawasan yang luka dengan menggunakan

    pembebat dan juga pembalut. Namun sekiranya dalam situasi kecemasan dan tidak ada

    pembebat dan pembalut, kain lain boleh digunakan namun haruslah bersih. Ikat

    pembebat dan pembalut dengan kemas pada tempat luka dan tekanan dikekalkan

    sehingga pendarahan berhenti iaitu dalam tempoh 10 hingga 15 minit.

    Sekiranya pendarahn tidak berhenti setelah tekanan langsung dilakukan, barulah

    tekanan tidak langsung digunakan, di mana pendarahan dikawal dengan menekan pada

    tempat-tempat arteri tertentu di mana arteri beralaskan tulang dengan cara yang sama

    seperti tekanan langsung dilakukan iaitu dengan menggunakan pembebat dan pembalut

    sehingga pendarahan berhenti. Sebagai contoh di bahagian anggota tangan, arteri

  • 7/23/2019 bantuan kecemasan untuk kanak-kanak (CPR)

    3/9

  • 7/23/2019 bantuan kecemasan untuk kanak-kanak (CPR)

    4/9

    [PENDIDIKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN UNTUK AWAL KANAK-KANAK] KAT 1023

    4

    badan menyamai paras kanak-kanak tersebut bagi memudahkan bantuan diberikan

    kepada kanak-kanak yang tercekik itu.

    Kemudian terdapat dua cara untuk memberikan bantuan kepada kanak-kanak

    tercekik, yang pertama tundukkan kanak-kanak dan tepuk belakang kanak-kanak

    sebanyak lima kali untuk membina satu kuasa untuk menolak keluar objek yang

    tercekik. Yang kedua adalah dengan berdiri di belakang mangsa, genggam tangan

    kanan dan letakkan dibahagian antara pusat dan tulang rusuk, kemudian kunci dengan

    menggunakan tangan kiri dan tolak ke arah in and up untuk membina kuasa menolak

    objek yang tercekik itu tadi. Jika kanak-kanak kecil gunakan sebelah tangan sahaja dan

    daya tolakan atau tekanan adalah kurang. Lakukan sebanyak lima kali atau sehingga

    mangsa pengsan dan hubungi 999.

    Bantuan untuk bayi tercekik adalah berbeza. Anda harus pastikan terlebih dahulu

    sebab bayi tersebut tercekik. Sebagai contoh, sekiranya bayi tersebut demam maka

    kemungkinan saluran pernafasannya terkena jangkitan kuman. Oleh itu bawa bayi ke

    institusi perubatan dengan segera. Sementara itu biarkan bayi itu bebas berbaring untuk

    mencari sendiri posisi yang selesa baginya.

    Namun sekiranya bayi tersebut betul-betul tercekik sesuatu objek, dukung bayi

    dengan keadaan kepalanya lebih rendah dari badannya kemudian letakkan tangan kanan

    atau ibu jari dan kelingking dibawah dagu bayi (cengkam) dan telangkupkan bayi dan

    letakkan di bahagian tangan kanan, dengan menggunakan kaki tampung tangan yang

    memegang bayi tadi. Posisi yang terbaik bagi melakukan kaedah ini adalah posisi

    duduk. Setelah itu tepuk belakang bayi sebanyak lima kali, pusingkan semula bayi dan

    lakukan compression seperti di dalam kaedah CPR sebanyak lima kali. Ulang kitaran

    tersebut hingga objek tersebut keluar. Semasa melakukkan tepukan dan compression

    tersebut perhatikan mulut dan hidung bayi sekiranya kelihatan sebarang objek,

    sekiranya ada, cuba tarik objek itu keluar. Jika semasa kita lakukan kaedah ini, bayi

    pengsan segera hubungi 999 dan lakukan CPR.

    3.0. Bantuan CPR untuk Masalah Sistem Pernafasan.Pertolongan kecemasan diberikan mengikut keutamaan, oleh itu anda harus

    membuat penilaian terhadap mangsa untuk memastikan apa yang diperlukan oleh

    mangsa dan sekiranya sistem pernafasan berhenti berfungsi, CPR harus segera

    dilakukan. Concentration oksigen dalam udara adalah sebanyak 21 peratus dan kita

  • 7/23/2019 bantuan kecemasan untuk kanak-kanak (CPR)

    5/9

    [PENDIDIKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN UNTUK AWAL KANAK-KANAK] KAT 1023

    5

    hanya menggunakan kira-kira 5 ke 6 peratus sahaja dan selebihnya itu dihembur keluar.

    Apabila diberikan kepada mangsa yang memerlukan ianya efektif kerana masih wujud

    kandungan oksigen dalam nafas yang dihemburkan keluar.

    Masa adalah emas dalam bantuan kecemasan. Dalam masa 4 minit jika bekalan

    oksigen terputus akan berlaku kematian klinikal, tetapi jika dalam masa 8 minit masih

    tiada bekalan oksigen akan berlakunya kematian biological yang tidak dapat

    diselamatkan kerana bekalan oksigen tiada di otak dan menyebabkan kerosakan pada

    atak yang tidak dapat dipulihkan. Apabila CPR dilakukan dalam 4 minit pertama

    peluang untuk hidup adalah 4 kali ganda.

    Kaedah atau langkah yang digunakan bagi bayi dan kanak-kanak adalah berbeza,

    di mana bagi bayi seperti disyorkan oleh Pertubuhan Pediatrik Malaysia gunakan

    formula D.R.A.B.C. manakala bagi kanak-kanak berumur lebih dari 1 tahun gunakan

    formula yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Amerika Syarikat iaitu D.R.C.A.B.

    Langkah melakukan CPR dengan menggunakan formula D.R.A.B.C. bagi bayi

    berumur o hingga 1 tahun adalah seperti yang berikut:

    D Danger Pastikan keselamatan mangsa dan diri diutamakan. Alihkan segala bahaya yang wujud.

    R Respon

    Tentukan tahap kesedaran bayi dengan menilai respon bayidengan mengeletek atau mengosokkantelapak kakinya bagi

    mendapatkan respon.

    Jika tiada respon, hubungi talian kecemasan 999 dengansegera.

    A Airway

    Buka salur pernafasan bayi dengan menekan dahi dan angkatdagu bayi tersebut ke posisi sniffing atau posisi normal, tidak

    boleh hyper extend.

    B Breathing

    Periksa sama ada bayi bernafas atau tidak dengan endekatkantelinga ke mulut bay bagi mendengar dan merasa nafas bayi

    serta melihat pergerakan dada bayi dalam masa 5 saat dan

    tidak melebihi 10 saat.

    Jika dalam masa 10 saat bayi tidak bernafas anda berikan bayitersebut bantuan pernafasan CPR.

    Letakkan bayi di dataran yang tinggi, serkup mulut danhidung bayi bagi membentuk shell semasa melakukan CPR.

  • 7/23/2019 bantuan kecemasan untuk kanak-kanak (CPR)

    6/9

    [PENDIDIKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN UNTUK AWAL KANAK-KANAK] KAT 1023

    6

    Lakukan hembusan sebanyak dua kali. Harus diingat bahawa paru-paru bayi adalah kecil oleh itu

    hembusan udara yang dihembur semasa CPR terhadap bayi

    adalah sedikit berbanding dengan ketika CPR terhadap orangdewasa.

    CCompression

    (circulation)

    Periksa nadi bayi dahulu pada bahagian brakial pulse iaitu dibawah lenggan bayi selama 5 ke 10 saat.

    Jika tiada denyutan nadi dikesan barulah dilakukancompression di atas dada bayi. Letakkan 3 jari di kawasan

    nimple line dan gunakan 2 jari untuk compress di tengah

    breast bone. Compression dilakukan adalah sekurang-

    kurangnya sedalam 4 cm.

    Tekan sebanyak 30 kali dan hembuskan nafas ke mulut bayisebanyak dua kali. Ulang langkah ini sebanyak lima kitaran

    sebelum nilai sama ada bayi telah berjasa diselamatkan

    ataupun tidak.

    Jika tidak berjaya ulang langkah sehingga bantuan perubatansampai.

    Langkah melakukan CPR dengan menggunakan formula D.R.C.A.B. bagi kanak-

    kanak berumur 1 tahun dan ke atas adalah seperti yang berikut:

    D Danger Pastikan keselamatan mangsa dan diri diutamakan. Alihkan segala bahaya yang wujud.

    R Respon

    Tentukan kesedaran mangsa dengan menepuk ataumenggoncangkan bahu mangsa dan bertanya keadaan

    mangsa.

    Jika tiada respon, minta bantuan dan hubungi taliankecemasan 999.

    CCompression

    (Circulation)

    Nilai sama ada kanak-kanak masih bernafas atau pun tidakdengan cara yang sama dengan formula untuk CPR terhadap

    bayi.

  • 7/23/2019 bantuan kecemasan untuk kanak-kanak (CPR)

    7/9

    [PENDIDIKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN UNTUK AWAL KANAK-KANAK] KAT 1023

    7

    Jika tiada sebarang tanda kanak-kanak bernafas dan tiadadenyutan nadi, terus lakukan compression pada dada kanak-

    kanak.

    Bagi kanak-kanak yang besar atau 6 tahun gunakan sebelahtangan, manakala bagi kanak-kanak kecil guna cara compress

    yang sama dalam formula untuk bayi namun terdapat

    perbezaan kedalaman compression iaitu sebanyak 5 cm.

    Lakukan sebanyak 30 kali.

    A Airway

    Jika kanak-kanak masih tidak bernafas, buka saluranpernafasannya dengan menekan dahi dan mengangkat dagu

    kanak-kanak pada posisi yang membolehkan saluran

    pernafasanya terbuka.

    B Breathing

    Berikan bantuan pernafasan sebanyak dua kali. Nilai semula keadaan kanak-kanak, sekiranya tiada sebarang

    perubahan, ulang semula langkah compression terhadap dada

    kanak-kanak dan bantuan pernafasan.

    Namun sekiranya tidak yakin untuk melakukan bantuanpernafasan mulut ke mulut, boleh juga dilakukan compression

    sahaja.

    4.0. Rawatan untuk Kecederaan Akibat Terbakar atau Melecur.Terdapat banyak tahap kecederaan kebakaran. Matlamat utama pertolongan

    cemas dalam kecederaan terbakar adalah untuk :

    a) Menjauhkan pesakit daripada punca atau bahan kebakaran.b) Mengurangkan kesan-kesan setempat akibat kecederaan yang dialami.c) Mengurangkan kesakitan pesakit.d) Mencegah dari berlakunya jangkitan atau sepsis.e) Mencegah dari berlakunya renjatan.f) Memulihkan pesakit sekiranya berlaku sekatan kardio-

    pulmonari(cardiopulmonary arrest)

    g) Mengangkat mangsa dengan seberapa segera ke pusat rawatan atauhospital yang berdekatan.

  • 7/23/2019 bantuan kecemasan untuk kanak-kanak (CPR)

    8/9

    [PENDIDIKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN UNTUK AWAL KANAK-KANAK] KAT 1023

    8

    h) Perhatian kepada kawasan-kawasan sensitif seperti mata, hidung,mulut,telinga, genitalia dan paru-paru.

    Sekiranya kecederaan berlaku adalah disebabkan haba, segera sejukkan kawasan

    kecederaan dengan meletakkan bahagian tercedera di bawah air yang mengalir, dan

    jangan gunakan ais atau letakkan kompres sejuk yang diperbuat daripada tuala, sapu

    tangan atau kain yang bersih. Setelah itu tudung atau tutup kawasan tercedera dengan

    menggunakan pembalut yang telah disteril, sekiranya kesederaan melebihi 15 peratus

    kawasan permukaan tubuh, dapatkan rawatan perubatan dengan segera. Jangan

    pecahkan repuh-repuh, jangan guna bahan-bahan berminyak, tanggalkan barang

    perhiasan daripada bahagian yang tercedera dan angkat anggota tubuh yang terbakar.

    Namun sekiranya kecedaraan disebabkan bahan kimia, secara umum basuh dan

    simbah bahagian yang terkena bahan kimia dengan air yang secukupnya, minta bantuan

    perubtan dengan segera. Harus diingatkan agar tidak memecahkan repuh-repuh atau

    membuang kulit yang musnah, menekan tempat yang terbakar, menggunakan bahan

    berminyak atau ubat-ubatan sendiri tanpa pengetahuan doktor serta guna bahan lain

    untuk meneutralkan bahan kimia yang terlibat. Sekiranya bahan kimia tersebut terkena

    pada kulit, basuh dan simbah dengan air dan jika perlu mandikan mangsa, tanggalkan

    pakaian selepas itu sambung usaha-usaha pembasuhan dan penyiraman anggota yang

    cedera, balut kecederaan dan bawa mangsa ke hospital. Perkara yang sama turut

    dilakukan sekiranya bahn kimia termasuk ke dalam mata atau saluran pernafasan cuci

    mata atau bahagian mulut dengan air secukupnya.

    Namun begitu tatacara rawatan mangsa kecederaan terbakar akibat arus eletrik

    agak berbeza dimana langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mematikan suis

    punca arus eletrik, asingkan mangsa dari pendawaian eletrik, dan jangan sentuh mangsa

    sekiranya tidak pasti akan keselamatan diri. Pemulihan CPR perlu diberikan segera

    sekiranya perlu. Langkah-langkah seterusnya adalah sama seperti kecederaan

    disebabkan oleh haba. Setelah itu periksa tanda-tanda fraktur dan kecederaan lain dan

    alih mangsa untuk dibawa ke hospital dengan segera.

    5.0. Rawatan terhadap Kecederaan dalam Sukan.Dalam memberikan rawatan terhadapat kecederaan yang disebabkan oleh sukan

    seperti terseliuh dan sebgainya kita menggunakan formula R.I.C.E. iaitu rest, ice,

  • 7/23/2019 bantuan kecemasan untuk kanak-kanak (CPR)

    9/9

    [PENDIDIKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN UNTUK AWAL KANAK-KANAK] KAT 1023

    9

    compress, dan elevate. Pertama sekali minta kanank-kanak untuk berehat seetiak

    kemudian barulah tuam kawasan kecederaan dengan menggunakan ais, setelah itu

    compress kawasan kecederaan dengan menggunakan bandage yang boleh diregangkan

    dan elevate atau tinggikan kecederaan. Selepas 24 hingga ke 48 jam selepas dituam

    dengan ais barulah dituam dengan menggunakan tuam panas. Namun begitu kecederaan

    ini harus dirujuk ke hospital bagi mengelakkan sebarang koplikasi berlaku dan

    kecederaan menjadi lebih parah.

    Sebagai guru dan pendidik yang bertanggungjawab, kita juga harus memastikan kawasan

    institusi pendidikan dibawah seliaan kita menitik beratkan aspek keselamatan dan kebersihan.

    Kita tidak akan dapat menjangka bila sesebuah kemalangan atau insiden buruk akan berlaku.

    Oleh itu kita harus tahu serba sedikit tentang cara untuk memberikan rawatan awal sementara

    bayi dan kanak-kanak mendapatkan rawatan perubatan daripada profesional. Dalam

    memberikan pertolongan cemas peralatan seperti peti pertolongan cemar amat berguna. Maka

    pendidik harus sentiasa periksa secara berkala bagi memastikan kandungan peti kecemasan

    boleh digunakan. Sesebuah peti pertolongan cemas mestilah mengandungi plaster, pembalut,

    pembalut tiga segi atau kain anduh, pembebat, kapas, gunting, lotion acriflavine, lotion

    gention violet dan SSD cream yang digunakan dalam merawat kecederaan akibat kebakaran.