banjir lumpur cameron highland

3
Banjir Lumpur Cameron Highland Oleh : Nuratikah Binti Rodi (A145657) Tragedi banjir lumpur yang berlaku di Cameron Highland, Pahang 5 November 2014 yang lalu bagaikan mimpi ngeri kepada penduduk setempat. Menurut akhbar Berita Harian yang bertarikh 6 November 2014, seorang budak lelaki berusia 13 tahun dilaporkan lemas dihanyutkan air manakala seorang pekerja kebun sayur warga Nepal maut ditimbus tanah runtuh. Dari akhbar yang sama, turut dinyatakan kira-kira 150 orang daripada 37 keluarga di Pekan Baru Ringlet dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet berikutan keadaan banjir yang semakin buruk pada hari tersebut. Manakala akhbar Utusan pula melaporkan bahawa 3 nyawa telah terkorban dan lebih 20 kediaman telah musnah dihanyutkan air. Kejadian ini bukanlah baharu pertama kali berlaku kerana kejadian yang sama pernah berlaku di Lembah Bertam pada 23 Oktober tahun lalu yang mana telah mengorbankan seramai empat nyawa. Berikutan dengan kejadian ini, pelbagai faktor dikenalpasti telah menyumbang kepada berlakunya banjir lumpur ini. Antaranya adalah pembangunan yang tidak terkawal oleh para pemaju. Jika dilihat, pembangunan kawasan perumahan dan komersial langsung tidak mengambil kira kesan dan impaknya ke atas alam sekitar. Contohnya, lumpur – lumpur yang terhasil dari kawasan binaan dibiar memasuki sungai tanpa disekat menyebabkan sungai berdekatan menjadi kotor manakala bukit – bukit yang ditarah pula langsung tidak ditutupi dengan rumput mahupun plastik. Seterusnya adalah berpunca daripada

Upload: danilamaron

Post on 12-Jul-2016

225 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

banjir

TRANSCRIPT

Page 1: Banjir Lumpur Cameron Highland

Banjir Lumpur Cameron HighlandOleh : Nuratikah Binti Rodi (A145657)

Tragedi banjir lumpur yang berlaku di Cameron Highland, Pahang 5 November 2014

yang lalu bagaikan mimpi ngeri kepada penduduk setempat. Menurut akhbar Berita Harian

yang bertarikh 6 November 2014, seorang budak lelaki berusia 13 tahun dilaporkan lemas

dihanyutkan air manakala seorang pekerja kebun sayur warga Nepal maut ditimbus tanah

runtuh. Dari akhbar yang sama, turut dinyatakan kira-kira 150 orang daripada 37 keluarga di

Pekan Baru Ringlet dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet berikutan keadaan banjir

yang semakin buruk pada hari tersebut. Manakala akhbar Utusan pula melaporkan bahawa 3

nyawa telah terkorban dan lebih 20 kediaman telah musnah dihanyutkan air. Kejadian ini

bukanlah baharu pertama kali berlaku kerana kejadian yang sama pernah berlaku di Lembah

Bertam pada 23 Oktober tahun lalu yang mana telah mengorbankan seramai empat nyawa.

Berikutan dengan kejadian ini, pelbagai faktor dikenalpasti telah menyumbang kepada

berlakunya banjir lumpur ini. Antaranya adalah pembangunan yang tidak terkawal oleh para

pemaju. Jika dilihat, pembangunan kawasan perumahan dan komersial langsung tidak

mengambil kira kesan dan impaknya ke atas alam sekitar. Contohnya, lumpur – lumpur yang

terhasil dari kawasan binaan dibiar memasuki sungai tanpa disekat menyebabkan sungai

berdekatan menjadi kotor manakala bukit – bukit yang ditarah pula langsung tidak ditutupi

dengan rumput mahupun plastik. Seterusnya adalah berpunca daripada penerokaan kawasan

untuk pertanian secara tidak terkawal oleh pengusaha – pengusaha ladang dan kebun sayur

yang terdiri daripada penduduk setempat dan juga para pendatang asing terutamanya.

Jelasnya, terlalu banyak tanah baru yang diteroka dan diceroboh untuk dijadikan kawasan

pertanian. Kawasan pertanian ini pula dilakukan tanpa mengikut peraturan yang tersedia oleh

pihak berkuasa. Kawasan bukit telah ditarah tanpa mengikut spesifikasi dan panduan yang

telah ditetapkan. Isu pendatang asing di Cameron Highland juga turut menjadi perkara yang

tidak boleh dipandang enteng kerana mereka telah mencatatkan jumlah populasi yang

semakin meningkat saban tahun. Di samping itu, hujan lebat yang berterusan turut dikatakan

menyebabkan kenaikan paras air Sungai Ringlet sehingga menyebabkan banjir lumpur dalam

kejadian sekitar jam 7 petang itu. Lantaran itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat

Cameron Highlands meminta penduduk di sekitar Lembah Bertam agar sentiasa peka dan

waspada dengan loceng amaran pihak berkuasa berikutan peningkatan paras air di Empangan

Bertam.

Page 2: Banjir Lumpur Cameron Highland

Justeru itu, pelbagai langkah persediaan dan pelan pengurusan bagi menghadapi

bencana banjir perlu dititikberatkan agar pisang tidak berbuah dua kali. Prof Dr Mohd

Ekhwan Toriman, Timbalan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dalam

Analisis Awani berkata, untuk memastikan kelestarian pengurusan banjir, penerokaan hutan

secara haram perlu dikawal dan penguatkuasaan oleh pihak terlibat perlu diperketatkan lagi.

"Saya yakin masalah sebenarnya adalah ketirisan, sebenarnya kita ada pelbagai garis

panduan pengawalan banjir, pengurusan pasir, tanah tinggi, akta, 43 akta pengurusan

sekeliling. Tapi sejauh mana akta ini dilaksanakan? Ini yang sebenarnya menjadi isu di

Cameron Highlands”.

"Saya yakin kalau semua pihak berkuasa dan agensi kerajaan mengurangkan ketirisan ini,

punca utama impak banjir kepada masyarakat dapat diminimakan," ujar Mohd Ekhwan.

Tambahnya lagi, bagi menghadapi musim tengkujuh, agensi kerajaan terlibat termasuk Majlis

Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertahanan Awam

(JPAM), polis, pejabat daerah, dan Jabatan Pengairan Dan Saliran perlu bersedia berganding

bahu menghadapi dan bekerjasama menghadapi musim banjir. Selain itu, tindakan pasca

banjir perlu dilaksanakan secara konsisten seperti merencanakan semula pelan pembangunan

komprehensif dengan mengambil kira pelan penampan banjir termasuk pengurusan

empangan dan saliran yang lebih baik. Akhir sekali, penduduk setempat perlu dididik tentang

pentingnya pemuliharaan alam semulajadi dan sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi

situasi cemas seperti banjir lumpur dan juga tanah runtuh.

(571 patah perkataan)