banjir kilat 3

5
8/7/2019 banjir kilat 3 http://slidepdf.com/reader/full/banjir-kilat-3 1/5 PUNCA-PUNCA BANJIR Kesan Pembangunan Pembangunan yang pesat telah menyebabkan banyak kawasan bandar berkembang untuk memenuhi kehendak kehidupan penduduk setempat dan demi tercapainya matlamat negara sebuah negara perindustrian baru. Pembangunan yang disebutkan merangkumi pembangunan perumahan, perindustrian dan pembinaan infrastruktur. Bagaimana pun, kesan daripada pembangunan telah menjadi salah satu punca major yang mengakibatkan berlakunya banjir.  Berkurangannya  kawasan telap air  Hutan dan tanah memang berperanan sebagai agen menyerap air hujan yang semulajadi. Apabila air hujan turun dari langit, fungsi penyerapan hutan (tumbuh-tumbuhan) dan tanah akan memanjangkan masa air hujan itu untuk mengalir ke sistem saliran, iaitu sungai dan parit. Tambahan pula, kebanyakan air hujan telah diserap dan tinggal sebahagian kecil sahaja air hujan yang masuk ke dalam sistem saliran. Oleh itu, sistem saliran yang sedia ada berkemampuan untuk menakung air sebegitu isipadunya.  Apabila pembukaan tanah hutan berlaku kerana projek pembangunan, permukaan semulajadi telah ditukarkan kepada permukaan yang tidak telap air seperti simen, tar, konkrit dan sebagainya. Oleh sebab air hujan tidak dapat diserap seperti yang sepatutnya, air akan mengambil masa yang singkat untuk mengalir ke sistem saliran. Maka, sekejap sahaja isipadu air yang banyak dan aliran yang pesat itu akan menyebabkan sistem saliran menjadi cepat penuh. Sistem saliran tersebut tidak mampu menampung isipadu air yang sebegitu banyak dan mengakibatkan air melimpah keluar. Inilah sebabnya banjir kilat berlaku selepas sekejap sahaja hujan turun.  Pemendapan  kelodak  dalam sungai Permintaan perumahan yang tinggi merupakan salah satu kesan pembangunan. Oleh sebab kekurangan tanah pamah di Pulau Pinang, maka pemaju-pemaju telah membuka tanah berbukit sebagai kawasan pembangunan perumahan. Pembangunan di kawasan lereng bukit dengan kecerunan yang melebihi 20 darjah memerlukan penyediaan Laporan Kesan Terhadap Alam Sekitar (EIA) untuk mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar. Malah, kawasan pembangunan perumahan di Paya Terubong telah mencapai 50 darjah hingga 70 darjah! Tanah bukit yang dibuka adalah terdedah dan tidak ditutupi dengan kain plastik dan penanaman rumput untuk mencegah hakisan tanah tidak dilakukan. Akibatnya, apabila hujan turun, air hujan akan menyebabkan tanah tersebut terhakis dan tanah runtuh mudah berlaku. Kemudiannya, air hujan akan membawa tanih Kekurangan Kawasan Lapang / Hijau Kekurangan kawasan lapang/hijau merupakan salah satu punca-punca berlakunya banjir di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu. Melalui pemerhatian yang kumpulan kami  jalankan, didapati bahawa kawasan berturap, konkrit, batu-bata, bertar dan permukaan jalan raya lebih banyak terdapat di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu berbanding dengan kawasan lapang/hijau yang peratusannya mungkin kurang daripada 10% daripada luas keseluruhan kedua-dua kawasan tersebut. Berdasarkan daripada rekod telemetri juga, didapati bahawa air Sungai Pinang cepat penuh dan ini menunjukkan dengan kurangnya kawasan lapang/hijau, air larian permukaan bergerak dengan laju apabila hujan turun dan memenuhkan Sungai Pinang dengan cepat tanpa sekatan oleh tumbuhan hijau dan serapan ke dalam tanah

Upload: naeyeshield

Post on 09-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: banjir kilat 3

8/7/2019 banjir kilat 3

http://slidepdf.com/reader/full/banjir-kilat-3 1/5

PUNCA-PUNCA BANJIR 

Kesan Pembangunan 

Pembangunan yang pesat telah menyebabkan banyak kawasan bandar berkembang untuk

memenuhi kehendak kehidupan penduduk setempat dan demi tercapainya matlamat negarasebuah negara perindustrian baru. Pembangunan yang disebutkan merangkumi pembangunanperumahan, perindustrian dan pembinaan infrastruktur. Bagaimana pun, kesan daripadapembangunan telah menjadi salah satu punca major yang mengakibatkan berlakunya banjir. 

Berkurangannya kawasan telap air  

Hutan dan tanah memang berperanan sebagai agen menyerap air hujan yang semulajadi. Apabilaair hujan turun dari langit, fungsi penyerapan hutan (tumbuh-tumbuhan) dan tanah akanmemanjangkan masa air hujan itu untuk mengalir ke sistem saliran, iaitu sungai danparit. Tambahan pula, kebanyakan air hujan telah diserap dan tinggal sebahagian kecil sahaja air 

hujan yang masuk ke dalam sistem saliran. Oleh itu, sistem saliran yang sedia ada berkemampuanuntuk menakung air sebegitu isipadunya. 

 Apabila pembukaan tanah hutan berlaku kerana projek pembangunan, permukaan semulajadi telahditukarkan kepada permukaan yang tidak telap air seperti simen, tar, konkrit dan sebagainya. Olehsebab air hujan tidak dapat diserap seperti yang sepatutnya, air akan mengambil masa yang singkatuntuk mengalir ke sistem saliran. Maka, sekejap sahaja isipadu air yang banyak dan aliran yangpesat itu akan menyebabkan sistem saliran menjadi cepat penuh. Sistem saliran tersebut tidakmampu menampung isipadu air yang sebegitu banyak dan mengakibatkan air melimpahkeluar. Inilah sebabnya banjir kilat berlaku selepas sekejap sahaja hujan turun. 

Pemendapan kelodak dalam sungai 

Permintaan perumahan yang tinggi merupakan salah satu kesan pembangunan. Oleh sebabkekurangan tanah pamah di Pulau Pinang, maka pemaju-pemaju telah membuka tanah berbukitsebagai kawasan pembangunan perumahan. Pembangunan di kawasan lereng bukit dengankecerunan yang melebihi 20 darjah memerlukan penyediaan Laporan Kesan Terhadap Alam Sekitar (EIA) untuk mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar. Malah, kawasan pembangunanperumahan di Paya Terubong telah mencapai 50 darjah hingga 70 darjah! Tanah bukit yang dibukaadalah terdedah dan tidak ditutupi dengan kain plastik dan penanaman rumput untuk mencegahhakisan tanah tidak dilakukan. Akibatnya, apabila hujan turun, air hujan akan menyebabkan tanahtersebut terhakis dan tanah runtuh mudah berlaku. Kemudiannya, air hujan akan membawa tanih

Kekurangan Kawasan Lapang / Hijau Kekurangan kawasan lapang/hijau merupakan salah satu punca-punca berlakunya banjir di

kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu. Melalui pemerhatian yang kumpulan kami jalankan, didapati bahawa kawasan berturap, konkrit, batu-bata, bertar dan permukaan jalan rayalebih banyak terdapat di kawasan Jalan P. Ramlee dan Jalan Terengganu berbanding dengankawasan lapang/hijau yang peratusannya mungkin kurang daripada 10% daripada luaskeseluruhan kedua-dua kawasan tersebut. Berdasarkan daripada rekod telemetri juga, didapatibahawa air Sungai Pinang cepat penuh dan ini menunjukkan dengan kurangnya kawasanlapang/hijau, air larian permukaan bergerak dengan laju apabila hujan turun dan memenuhkanSungai Pinang dengan cepat tanpa sekatan oleh tumbuhan hijau dan serapan ke dalam tanah

Page 2: banjir kilat 3

8/7/2019 banjir kilat 3

http://slidepdf.com/reader/full/banjir-kilat-3 2/5

dalam kadar yang tinggi ( rujuk...1 ). Tumbuhan-tumbuhan yang ada di kawasan Jalan P. Ramleedan Jalan Terengganu didapati kecil dan tidak banyak yang dapat menyerap sertamemperlahankan air larian permukaan dari mengalir terus ke dalam sungai. 

Berdasarkan daripada hasil temuramah dengan En. Yahya, iaitu seorang jurutera kanan diJabatan Pengairan dan Saliran, beliau mengatakan bahawa banjir berlaku disebabkan oleh

pembangunan yang pesat. (rujuk...2 ). Hal ini menunjukkan yang pembangunan mengambil tempatkawasan lapang/hijau tetapi tidak peranannya untuk memperlahankan air larianpermukaan. Mereka di Majlis Perbandaran Pulau Pinang pula menyatakan, di kawasan Jalan P.Ramlee dan Jalan Terengganu, kawasan lapangnya adalah kurang daripada 10%. Daripadarujukan juga ada mengatakan bahawa, pokok merupakan salah satu elemen bagi imbangan sertaberperanan untuk melambatkan pengliran air larian permukaaan.

Sistem Perparitan dan Sistem Saliran Sistem Perparitan 

Sistem perparitan dianggap sebagai salah satu punca menyebabkan banjir kerana dua

sebab iaitu hasil temubual dan soal selidik. Walaupun sistem perparitan bukan punca utama banjir,tetapi rekabentuk parit masih merupakan kesan yang menyebabkan banjir di kawasan kajiankumpulan kami----kawasan Jalan P. Ramlee.

Melalui temubual dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran, En. Yahya berpendapat,"secara keseluruhannya, sistem perparitan yang sedia ada tidak cukup besar dan perlu diperbaikimengikut keadaan semasa ( selaras dengan pembangunan ketika itu ) dan pelan indukperancangan gunatanah." Berdasarkan soal selidik, terdapat 61 atau 24% orang responden yangmenyatakan bahawa sistem perparitan yang tidak sempurna yang menyebabkan banjir (rujuk3). Oleh itu, andaian sistem perparitan yang kurang efisien diuji. 

Untuk membuktikan andaian tersebut, data-data seperti saiz parit (Drain size), araspembalikan iaitu aras-aras parit yang tertentu yang membolehkan air mengalir dari satu parit keparit yang lain (Invert level), peratusan kecerunan (gradient of persentage), dan jenis parit yangdibina sama ada konkrit atau bukan konkrit (type of drain). Maklumat ini penting untuk membuatpengiraan dan menentukan rekabentuk parit di kawasan Jalan P. Ramlee. Pihak yangbertanggungjawab dalam mengendalikan sistem perparitan ialah bahagian kejuruteraan di MajlisPerbandaran Pulau Pinang. Hasil pencarian data kumpulan kami, didapati pihak kejuruteraan tidakmempunyai data-data tersebut kerana tiada sistem perparitan yang dibina di kawasan Jalan P.Ramlee. Walau bagaimanapun, terdapat 'roadside drain' iaitu parit tepi jalan di kawasankajian. Perkara yang mengecewakan ialah tiada orang yang ditugaskan untuk menyimpanmaklumat yang berkaitan dengan parit itu sungguhpun kerja pengubahsuaian dijalankan. Alasanyang diberi oleh pihak kejuruteraan ialah kawasan Jalan P. Ramlee banyak bergantung padaSungai Pinang. Sistem perparitan bukan satu pengaruh yang kuat dalam sistem pangairan. Oleh

itu, reked-rekod tidak disimpan.

Jadi, kumpulan kami tidak dapat menentukan rekabentuk parit yang sebenar di kawasankajian. Tambahan pula, data-data daripada hasil temubual dan soal selidik tidak kukuh. Justeru,andaian sistem perparitan yang kurang efisien tidak dapat disahkan.

Sistem Saliran 

Page 3: banjir kilat 3

8/7/2019 banjir kilat 3

http://slidepdf.com/reader/full/banjir-kilat-3 3/5

Sistem saliran berfungsi mengalirkan jumlah air permukaan dan air sisa domestik ke tempat-tempat yang selamat seperti tasik, kolam, sungai, atau laut tanpa menjejaskan struktur-struktur lain. Untuk mengenalpastikan sama ada sistem saliran menyumbang dalam kejadian banjir,kumpulan kami telah membuat kajian ke tapak dan mengumpul maklumat yang berkaitan. Pihakyang bertanggungjawab atas sistem saliran ialah Jabatan Pengairan dan Saliran.

Berdasarkan Rancangan Struktur MPPP, terdapat enam kawasan tadahan air yang seluas12,604 ekar (rujuk..4.). Sungai Pinang merupakan salah satu kawasan tadahan air dan jugamerupakan sungai yang utama mengalir ke Terusan Selatan. Hal ini memang menunjukkankepentingan Sungai Pinang di kawasan sekitar Jalan P. Ramlee. Selain itu, terdapat sistem sub-basin, Empangan Air Itam (Air Itam Dam) dan sistem lencongan untuk menampung dan menakungair. Didapati bahawa terdapat banyak sub-basin di sekitar Sungai Pinang dan Sungai Air Itam(rujuk.5.). Terdapat dua lencongan iaitu Lencongan Terjun (Terjun Diversion Channel) danLencongan Jelutong (Jelutong Diversion Channel) (rujuk..6.).

Keputusan berasaskan analisis data, kumpulan kami mendapati sistem perparitan dansistem saliran saling berkait rapat dan mempunyai fungsi yang masing-masing. Pihak kejuruteraanmenunjukkan sikap tidak prihatin terhadap fungsi sistem perparitan di kawasan Jalan P.Ramlee. Hal ini kerana tidak mempunyai rekod-rekod dan catatan yang diperlukan untuk

memudahkan kerja pengubahsuaian masa depan. Walaupun Sungai Pinang merupakan sungaiyang utama dalam sistem saliran, tetapi sungai itu tidak digunakan dengan sepenuhnya. SungaiPinang telah mengalami pencemaran dan kadar hakisan yang serius (rujuk..7.). Hal ini telahmenunjukkan sikap tidak menghargai dan menjaga sistem saliran yang sedia ada. Oleh itu, banjir senang berlaku. Kawasan Kajian Berada di Aras Tanah Rendah 

Di dalam kajian kes kumpulan kami iaitu yang bertajuk "Kajian Banjir di Georgetown iaitu

disekitar Jalan P. Ramlee". Kumpulan kami telah mengenal pasti dan menyenaraikan empat puncautama yang menyebabkan banjir. Kesemua keempat-empat punca ini telah dikenal pasti keranamelihat ianya saling relevan dan saling berkaitan terhadap permasalahan ini. Maksudnya punca-punca ini telah dipilih setelah mengkaji setiap satu daripadanya secara terperinci melihat daripada

pelbagai aspek dan didapati bahawa keempat-empatnya boleh diterima secara logikal. Antara yangtelah disenaraikan ialah disebabkan oleh kesan pembangunan, kekurangan kawasan tanah lapang,kelemahan dalam sistem perparitan dan saliran dan juga kawasan kajian adalah pada aras tanahyang rendah. 

Bagi menerangkan tentang kawasan kajian berada pada aras tanah yang rendah ianyaberdasarkan kepada maklumat-maklumat ataupun data-data yang sedia ada seperti data primer dan data sekunder. Dalam menjelaskan tentang punca ini terdapat lima maklumat ataupun datayang dapat menyokong pernyataan ini iaitu daripada pemerhatian, laporan PenyemakanRancangan Struktur (Pengubahan) MPPP 1990-2010, kedudukan geografi (peta), hasil temubualdan akhir sekali daripada hasil soal selidik. Pemerhatian 

Sememangnya pemerhatian telah dijalankan dalam menjalankan kajian kami. Pemerhatian

sebenarnya bertujuan untuk memudahkan kami melihat situasi sebenar kawasan kajian dan dapatmemberikan sedikit gambaran tentang apa-apa yang boleh dikaitkan dengan punca tadi. Setelahbeberapa kali dibuat pemerhatian dikawasan kajian,kami mendapati bahawa paras rumah adalahlebih rendah jika dibandingkan dengan paras longkang dan jalan. Hal ini sedemikian keranasememangnya kawasan Jalan P. Ramlee sudah dikenal pasti sekian lamanya sebagai kawasanyang kerap dan teruk apabila dilanda banjir dan melihat kepada keadaan ini menyebabkan

 jalanrayanya sering ditinggikan parasnya tetapi yang teruk menjadi mangsa banjir ialah bagi

Page 4: banjir kilat 3

8/7/2019 banjir kilat 3

http://slidepdf.com/reader/full/banjir-kilat-3 4/5

kawasan penempatan ditepi-tepi jalan tersebut. Air akan mengalir terus menerus dan melimpahdengan mudah ke kawasan penempatan disitu. Di bawah adalah gambar yang menunjukkankeadaan seperti yang telah dijelaskan. 

Rancangan Struktur  Menurut Laporan Penyemakan Rancangan Struktur(Pengubahan)MPPP 1990-2010 pulasememangnya ada menyebut tentang kawasan kajian adalah berada di kawasn tanah yangrendah. Di dalam laporan itu ada menyatakan bahawa kawasan rendah adalah disepanjang SungaiPinang(termasuk kawasan kajian) dan Jelutong. Hal ini kerana mendapan menyebabkan sungaibertambah cetek,disamping kelebaran sungai tidak dapat menampung kadar aliran berlebihan darihujan lebat yang berterusan dan menyebabkan kawasan rendah menjadi sasaran. Kawasanrendah disepanjang sungai selain dari Sungai Pinang yang mana ketinggian paras sungaidipengaruhi oleh pasang surut air laut. Geografi 

Selain itu, alasan yang dapat menyokong pernyataan ini adalah dengan melihat keadaan geografi

(peta). Semasa persembahan akhir yang lalu ada ditunjukkan peta yang boleh menyokongpernyataan ini. Setelah pengkajian dibuat ke atas peta tersebut dapatlah disimpulkan bahawa arahaliran air semuanya tertumpu kearah Jln.P.Ramlee dan juga Jln. Terengganu yang menunjukkanbahawa kawasan tersebut adalah berada pada aras yang rendah j ika dibandingkan dengankawasan lain disekitarnya. Bahkan ini telah dinyatakan sendiri oleh pihak -pihak yang terlibatcontohnya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan

 juga daripada responden bancian yang mana mereka mempunyai persepsi yang sama tentangpernyataan ini. Temubual Seterusnya ialah melalui hasil temubual kami dengan dua badan kerajaan yang terlibat iaitudaripada JPS dan juga daripada bahagian kejuruteraan MPPP. Menurut salah seorang pegawainya

iaitu Encik Yahya, sememangnya paras tanah disepanjang Sungai Pinang adalah rendahterutamanya di kawasan kajian kami. Hal ini juga adalah sama seperti yang telah dinyatakan olehEncik Lim daripada bahagian kejuruteraan MPPP. Menurut beliau, diseluruh Georgetownterutamanya dikawasan Jalan P. Ramlee jalannya berada pada aras yang rendah. Walaupun iniadalah hanya merupakan pendapat ataupun pandangan tetapi ianya boleh diterima sebagaimenguatkan lagi pernyataan ini memandangkan mereka ini adalah orang ataupun pihak yangterlibat secara langsung dalam projek-projek tebatan banjir. (rujuk..8.) Soal Selidik 

Page 5: banjir kilat 3

8/7/2019 banjir kilat 3

http://slidepdf.com/reader/full/banjir-kilat-3 5/5

 Akhir sekali ialah daripada hasil soal selidik yang telah kami jalankan. Semasa menyediakan soalanbagi borang soal selidik, kami ada menyediakan satu soalan yang berkaitan dengan punca banjir.Setelah bancian tersebut selesai dijalankan dan pengumpulan dan klasifikasi maklumat dibuat,kami mengenal pasti sebanyak 28% menyatakan punca yang menyebabkan banjir di kawasantersebut adalah disebabkan oleh paras tanah yang rendah. (rujuk..9.) Kesimpulannya, punca yang menyebabkan banjir ini sememangnya tidak dapat dinafikan ianyaadalah berpunca daripada kawasan kajian berada di aras tanah yang rendah. Keadaan ini telahmenyumbang kepada kekerapan berlakunya banjir di kawasan kajian kami.