bangsawan

12
MZU3117 Muzik Malaysia TAJUK 3 Muzik Bentuk Seni Lakon - Bangsawan Sinopsis Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang Bangsawan. Hasil Pembelajaran 1. Menghuraikan ciri-ciri muzik yang diperdengarkan dari segi melodi, harmoni, irama, tekstur, bentuk, dinamik dan warna ton. (1.2) 2. Menganalisis repertoire muzik dari segi sejarah dan asal-usul. (1.6) 3. Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza alat muzik yang digunakan dari segi fungsi dan jenis. (1.5) 4. Menghayati pelbagai jenis muzik tradisi tempatan. (3.2) Kerangka Tajuk 8 ‘Extra turns’ Alat-alat muzik: kombinasi alat muzik Melayu dan alat muzik Barat Bangsawan Repertoir muzik dan cerita

Upload: amran-aris

Post on 13-Jan-2017

59 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BANGSAWAN

MZU3117 Muzik Malaysia

TAJUK 3 Muzik Bentuk Seni Lakon - Bangsawan

Sinopsis

Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang Bangsawan.

Hasil Pembelajaran

1. Menghuraikan ciri-ciri muzik yang diperdengarkan dari segi melodi, harmoni, irama, tekstur, bentuk, dinamik dan warna ton. (1.2)

2. Menganalisis repertoire muzik dari segi sejarah dan asal-usul. (1.6)

3. Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza alat muzik yang digunakan dari segi fungsi dan jenis. (1.5)

4. Menghayati pelbagai jenis muzik tradisi tempatan. (3.2)

Kerangka Tajuk

Rajah 1: Kerangka tajuk bangsawan

8

‘Extra turns’Alat-alat muzik:

kombinasi alat muzik Melayu

dan alat muzik Barat

Bangsawan

Repertoir muzik dan cerita

Page 2: BANGSAWAN

MZU3117 Muzik Malaysia

3.0. Pengenalan

Muzik di Tanah Melayu telah berkembang pesat mengikut peredaran zaman.

Pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20 telah menampakkan satu perubahan

yang besar dalam bentuk muzik dan hiburan. Fungsi muzik bukan lagi hanya

sebagai mengiringi upacara dan ritual untuk dipersembahkan kepada Sultan serta

golongan bangsawan istana atau dimainkan oleh rakyat di desa-desa. Akibat

perubahan dari segi suasana sosio-politik dan pendedahan penduduk bandar

kepada budaya asing telah menyumbang kepada wujudnya bentuk hiburan baru.

Kesinambungan antara hiburan moden dan hiburan tradisi menghasilkan bentuk

hiburan dan popular. Muzik popular berbeza dengan muzik rakyat kerana muzik itu

berbentuk sinkretik. Pengaruh luar dalam perkembangan muzik popular lebih

meluas berbanding dengan muzik rakyat dan klasik (Matusky dan Tan, 1997).

Akibat pertembungan budaya banyak genre muzikal telah dihasilkan. Antara genre

hiburan muzikal yang popular pada zaman itu ialah Teater Bangsawan.

3.1. Alat-alat muzik, kombinasi alat muzik Melayu dan alat muzik Barat

Pada abad ke 19 dan awal abad ke 20, teater bangsawan atau opera

Melayu ialah teater baru yang muncul akibat daripada pengaruh dari negeri Parsi.

Istilah ’bangsawan’ merujuk kepada cerita dan watak yang berkisar tentang

golongan bangsawan. Teater bangsawan mempunyai satu atau lebih cerita yang

diselang-seli dengan muzik berbentuk instrumental dan nyanyian. Teater ini

mempunyai pengaruh Barat, iaitu ia dipentaskan di pentas prosenium, mengikut

stail atau gaya panggung di Barat. Di atas pentas terdapat tirai latar (backdrop)

jalar atau ’drop sin’, kota bam atau ’side wing’, kening dan mahkota. Pentas

tersebut dipersembahkan di bawah khemah besar atau di taman-taman hiburan

(Matusky dan Tan 1997:58).

Alat muzik bangsawan bergantung kepada 3 jenis kombinasi instumental

yang biasa digunakan dalam teater bangsawan. Secara ringkasnya kombinasi atau

ensembel ini boleh disimpulkan dalam rajah di bawah:

9

Page 3: BANGSAWAN

MZU3117 Muzik Malaysia

Kombinasi Ensembel

Penerangan Alat muzik Bilangan alat

Kombinasi 1

Di sebut orkestra Melayu yang mencontohi orkestra tarian Barat

BiolaTrumpetTrombonSaksafonFlutKlarinetPianoGitarBesDramMarakasBlok kayu dan Tamborin

Bilangan alat muzik bergantung kepada berapa bilangan pemain muzik yang ada

Alat-alat muzik seperti trompet, trombon, dan lain-lain alat dalam Orkestra Melayu boleh dikecualikan jika tiada pemain muzik.

Adakala hanya piano digunakan

Alat muzik sentiasa ditambah-ganti kerana teater bangsawan sentiasa mengalami perubahan.

Kombinasi 2

Ensembel ini menyerupai ensembel sosial ronggeng.Ensembel dalam teater bangsawan ini digunakan dalam cerita Melayu dan Jawa

BiolaAkordianRebana danGong

* Pemain muzik biasanya akan: -Ganti arkodian dengan piano

-Ganti rebana dengan dram barat

-Ganti gong dengan bes

Rebana ialah alat muzik terulung dalam bangsawan’

Kombinasi 3

Ensembel ini dimainkan dalam bangsawan yang mempunyai latarbelakang cerita Hindustan

HarmoniumTablaBaya atau gendang

Rajah 2: Ketiga-tiga kombinasi ensembel dalam teater bangsawan

Cuba layari internet dan cari penerangan dan gambar alat-alat muzik yang tersenarai di atas. Buat nota berdasarkan hasil carian anda.

10

Page 4: BANGSAWAN

MZU3117 Muzik Malaysia

3.2. Repertoir muzik dan cerita

3.2.1. Repertoir muzik

Repertoir bangsawan menggunakan kreativiti pencipta kerana lagu-lagunya

adalah bersifat seperti lagu barat, iaitu lagu yang menggunakan rentak-rentak

waltz, tango, foxtrot, quickstep, mac dan rentak lain yang dimainkan oleh

pancaragam barat, kumpulan teater barat, di radio yang memainkan muzik dari

piring hitam.

Setiap lagu dikaitkan dengan unsur-unsur muzik spesifik seperti rentak dan

tempo yang membantu penonton mengenali adegan, watak atau keaadaan dalam

cerita. Lagu spesifik atau lagu-lagu yang khas yang digunakan untuk

menggambarkan situasi dramatik atau mengiringi watak-watak tertentu. Lagu Nasib

ialah satu contoh repertoir yang digunakan untuk adegan penceraian, kemalangan

atau peristiwa sedih. Lagu taman pula digunakan untuk mengiringi adegan

permaisuri serta dayang-dayang yang sedang bermain di dalam taman. Lagu cakap

digunakan untuk mengiringi adegan raja, permaisuri, anak-anak raja atau menteri-

menteri sedang berdialog. Lagu strit digunakan untuk adegan watak yang sedang

berjalan di atas jalan raya. Lagu jin pula digunakan untuk mengiringi watak jin dan

lagu perang semasa peperangan (Matusky dan Tan, 1997).

Repertoir bangsawan adalah unik dan berbeza dari repertoir tradisional

kerana melodi sentiasa berubah, dan ciptaan baru sentiasa diwujudkan seperti

contoh lagu tema baru untuk cerita baru, seumpama dalam filem dan teater barat.

Terdapat tiga jenis cerita yang lazim dipersembahkan kepada penonton, iaitu

Cerita Klasik, Cerita Arab dan Cerita Melayu/Jawa. Cerita dari barat adalah

tergolong dalam cerita klasik. Repertoir muzik bangsawan ditulis berdasarkan tema

dan jalan cerita tersebut. Berikut adalah gambar rajah yang menunjukkan

hubungan keadaan dramatik, watak dengan rentak dan tempo:

11

Page 5: BANGSAWAN

MZU3117 Muzik Malaysia

Situasi dramatik/Watak

Rentak/tempoCerita Klasik

Rentak/tempoCerita Arab

Rentak/tempoCerita Melayu/Jawa

Lagu Nasib waltz lambat,foxtrot lambat

masri lambat,asli lambat

asli lambat

Lagu Taman waltz lambat, waltz cepat, foxtrot, quickstep

inang/ masri inang, masri, asli cepat

Lagu Cakap waltz cepat waltz cepat, masri asli cepat , inang

Lagu Strit mac, quickstep, foxstrot mac, quickstep asli cepat , inang

Lagu Jin mac , quickstep mac , quickstep tidak ada

Lagu Perang Mac mac joget/ inang

Rajah 3 : hubungan keadaan dramatik, watak dengan rentak dan tempo

Beberapa contoh lagu yang digunakan dalam persembahan bangsawan

yang mengaitkan adegan, watak atau situasi cerita dengan rentak dan tempo

adalah seperti Lagu Penceraian Jula Juli dengan Sultan (lagu nasib) yang

mengunakan rentak waltz lambat dalam Cerita klasik dan Arab, Lagu Puja Kamati

Darsha Alam (lagu nasib) dengan rentak asli lambat, Lagu Donau Walen (lagu

cakap) dengan rentak waltz cepat, dan Lagu Che Wan Gayah (lagu taman, lagu

cakap dan lagu strit) dalam cerita Melayu dan Jawa. Secara umum tempo yang

lambat menunjukkan kesedihan dan tempo yang rancak untuk menggambarkan

suasana riang (Matusky dan Tan, 1997:60)

12

Page 6: BANGSAWAN

MZU3117 Muzik Malaysia

Gambar 1 : Salah satu adegan dalam cerita Jula Juli Bintang Tiga

3.2.2. Cerita

Bangsawan bersifat komersial oleh itu ia diiklankan melalui risalah, radio,

surat khabar dan surat siaran. Teater komersial ini akan mengunjungi Bandar-

bandar di Semenanjung, Singapura, Sumatera, Jawa dan Borneo sepanjang tahun.

Teater seumpama ini telah menarik minat penonton, pelakon dan tauke dari

pelbagai kaum. Kumpulan bangsawan yang terkenal diuruskan oleh tauke dari

berbagai bangsa seperti Dean’s Opera, Opera Nooran, Wayang Yap Chow Thong,

Pushi Indera Bangsawan dan Wayang Kassim (Matusky dan Tan, 1997).

Gambar 2 : Dua jenis iklan teater bangsawan : kiri- iklan dari surat-khabar

pada tahun 1926 dan kanan- iklan berbentuk poster tahun 2010

13

Page 7: BANGSAWAN

MZU3117 Muzik Malaysia

Cerita dalam bangsawan adalah berbeza jika dibandingkan dengan teater

rakyat kerana ia bersifat komersial. Cerita bangsawan sentiasa dalam corak aneka

warna. Hal ini menyebabkan kemunculan tiga jenis cerita bagi memenuhi selera

audiens pelbagai kaum, iaitu Cerita Klasik, Cerita Arab dan Cerita Melayu/ Jawa.

Terdapat juga cerita bangsawan barat dipersembahkan. Matusky dan Tan

(1997:59) menyatakan beberapa cerita yang popular termasuklah Laksamana

Bentan (Melayu), Laila Majnun (Arab), Sam Pek Eng Tai (Cina), Puteri Bakawali

(Hindustan) dan Hamlet (Barat/Klasik).

Gambar 3: Satu adegan dari cerita ‘Hamlet’ iaitu cerita Barat.

Gambar 4: Adegan dari cerita ‘Lela Manja’ iaitu cerita Melayu.

14

Page 8: BANGSAWAN

MZU3117 Muzik Malaysia

3.3. ‘Extra turn’

Pementasan bangsawan terdiri dari sebuah atau lebih dari sebuah cerita

dengan diiringi lagu-lagu selingan atau ‘extra turn’ yang dipersembahkan apabila

set ditukar. Tirai latar atau ‘back sin’ menunjukkan permandangan untuk cerita atau

adegan yang tertentu. Babak cerita akan bertukar apabila sin atau backdrop

diubah. Semasa itu muzik selingan yang mengiringinya turut berubah dan memberi

warna kepada cerita seterusnya.

Gambar 5: Beberapa jenis backdrop atau tirai mengikut adegan cerita.

Bincang dengan rakan dan pensyarah anda mengenai elemen-elemen muzik yang

terdapat dalam Muzik Bangsawan.

RUJUKAN

Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre.

Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku 1, Pulau Pinang: The Asian Centre.

15