bananas

77
Pisang Musa cultivars

Upload: rione-drevale

Post on 15-Dec-2014

80 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

biology of economic agriculture

TRANSCRIPT

Page 1: Bananas

Pisang

Musa cultivars

Page 2: Bananas

Pengenalan

• Pisang tergolong di dalam famili Musaceae. Pisang yang boleh dimakan berasal dari Musa accuminata Colla dan M. balbisiana Colla. Penanaman pisang sebagai sumber makanan tersebar luas di kawasan tropika.

• Negara-negara Amerika Latin, Kepulauan Caribbean dan beberapa buah negara di Asia merupakan pengeluar dan pengeksport utama pisang di dunia.

• Di Asia pula, negara utama pengeluar pisang adalah Filipina, Thailand, Indonesia, India dan Malaysia.

Page 3: Bananas

• Di Malaysia kultivar seperti pisang emas, berangan, Cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar.

• Kultivar seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan awak sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan.

Page 4: Bananas

• Kini pisang berangan, cavendish dan mas ditanam secara komersial untuk dieksport.

• Pisang raja, rastali dan nangka juga mempunyai nilai komersial untuk permintaan pasaran tempatan.

• Kebanyakan tanaman pisang didapati ditanam di Johor, Perak, Kelantan dan Selangor.

Page 5: Bananas

• Pisang masak (ripened fruit) boleh dimakan segar atau diproses menjadi berbagai2 produk seperti puree, hirisan dalam sirap atau buah cocktail, pisang kering atau salai, makanan bayi, kerepek, keropok, jam, jelly, serbuk, minuman dan juga cuka.

• Pemerosesan buah pisang di peringkat matang (matured fruit) terhad kpd pengeluaran produk kerepek dan tepung pisang.

Page 6: Bananas

• Isi pisang mengandungi komposisi air, karbohidrat dan sedikit sekali kandungan protein dan lemak.

• Sebanyak 75% adalah air dan selebihnya bahan pepejal (dry matter).

• Pisang merupakan sumber vitamin A, B6, B2 dan C & potassium.

• Nilai kalori ialah 1 calorie setiap gram isi pisang.

Page 7: Bananas

Botani Tanaman

• Nama saintifik (Binomial name):

Musa paradisiaca L

M. acuminata L

• Famili: Musaceae

• Nama tempatan: Pisang

Page 8: Bananas

Pokok

• Pokok pisang bersaiz sederhana besar dgn ketinggian 3 – 4 m dan mempunyai batang di dalam tanah yang dipanggil umbisi (corm), dan hidup berumpun (cluster).

• Umbisi mengandungi banyak akar dan tunas (buds). Setiap tunas yg tumbuh mengeluarkan akar2 baru sehingga melewati ke atas tanah, diikuti dgn pengeluaran pucuk baru.

• Pada asasnya, umbisi pisang terdiri dpd bhg utama iaitu isi tengah dan diliputi oleh korteks.

Page 9: Bananas

Rajah 1: Keratan rentas umbisi atau batang benar pisang

Page 10: Bananas

• Pada bhg korteks, akar dan pokok induk tumbuh dari umbisi. Induk yg terbit ke permukaan tanah dikenali sbg sulur (suckers).

• Susunan padat seludang daun (leaf sheath) pula membentuk batang palsu (pseudo-stem) yang dapat dilihat diatas permukaan tanah. Saiz dan ketinggian batang palsu bergantung kepada varieti/kultivar pisang.

Page 11: Bananas

Sistem Perakaran (Rooting System)

• Akar adventitious terbit dari bhg korteks umbisi dan menjalar keluar ke dalam zone perakaran sehingga 5 meter lebar dan 75 cm ke dalam tanah.

Kebanyakan akar tertumpu pd zone 15 cm dipermukaan bawah tanah dan merupakan akar pemakanan (feeding roots) untuk pisang.

• Akar tua akan mati dan diganti dgn akar baru; didapati akar tersebut tumbuh pd kadar 60 cm setiap bulan.

Page 12: Bananas

Daun

• Daun pisang adalah helaian daun di hujung batang palsu yg terdiri dari susunan seludang yang teguh.

• Pengeluaran daun muda (atau pucuk) bermula pd tengah batang palsu iaitu berasal dari primordial umbisi pisang.

Page 13: Bananas

• Daun mula melebar, terbuka lampai dan mudah pecah bila ditiup angin kencang.

• Rupa bentuk pelepah dan helaian daun dpt membezakan kultivar2 pisang.

• Saiz daun matang mencapai 50 cm lebar dan melebehi 2 meter panjang.

Page 14: Bananas

• Sebanyak 40 – 70 helai daun dihasilkan sebelum pokok mengeluarkan jantung pisang.

• Pokok yg sihat mempunyai 10 – 15 daun hijau pd peringkat matang.

Page 15: Bananas

Bunga dan Pendebungaan

• Setelah pokok matang, pertumbuhan hujung batang palsu bertukar kpd pengeluaran primordia jambak bunga.

• Jambak bunga berbentuk compound spikes. Bunga2 tersusun bertingkat dlm beberapa kelompok pada ruas ditandan.

• Setiap kelompok bunga ditutupi oleh braktea (bracts) besar yg berwarna kemerahan tua , setiap ruas ditangkai atas tandan mengeluarkan bunga betina. Pada hujung pula terdapat bunga jantan.

• Semasa bunga mengorak(opens up), kedapatan serangga spt rama-rama mengunjungi, tetapi pembentukan pisang adalah melalui parthenocarpy.

Page 16: Bananas

Buah (Fruit)

• Buah pisang adalah jenis buah berry terbentuk tanpa pendebungaan, yg dikenali sbg ‘parthenocarpy’.

• Kelompok2 buah pada tangkai atau tandan dipanggil sisir

• Setiap sisir terdiri dpd sejumlah buah pisang disebut jejari. Bhg yang dimakan inilah terbentuk dpd dinding ovari (ovary wall).

• Bentuk dan saiz buah pisang merupakan ciri pengenalan pisang yang mudah selain dpd pengenalan pada pokok.

Page 17: Bananas

Rajah 2: Buah (Jejari) Pisang

Page 18: Bananas

Biji (Seeds)

• Beberapa species pisang liar (wild bananas) mempunyai biji dan pisang jenis ini tidak dapat dimakan.

• Kegunaan pisang ini adalah untuk baikbiak (breeding program) tanaman sahaja.

Page 19: Bananas

Sulur (Suckers)

• Sulur adalah bahan tampang (vegetative part) yg tumbuh di atas paras tanah dari umbisi sekeliling pokok induk (mother plant).

• Sulur2 ini akan membesar, berbuah dan menjadi tanaman ratoon.

• Pokok pisang menghasilkan dua jenis sulur: sulur pedang dan sulur air

Page 20: Bananas

Rajah 3:Pokok pisang, sulur dan jantung (bunga)

Page 21: Bananas

• Sulur pedang (spears) – terbentuk dari tunas berasal dari umbisi induk dan mengeluarkan daun runcing & menirus ke atas. Ukuran biasa melebehi 50 cm dan meruncing.

• Umbisi sulur pedang bulat dan sederhana besar. Pertumbuhannya aktif dan subur, sangat sesuai digunakan sbg bahan tanaman.

Page 22: Bananas

• Sulur air – terbentuk dari tunas bhg umbisi induk. Pengeluaran daun2 lebar dan tidak ada perbezaan pangkal dan batang palsu (pseudo-stem).

• Penanaman dari sulur air tidak diyorkan krn pertumbuhan kurang cergas dan kurang subur.

Page 23: Bananas

• KEPERLUAN ASAS TANAMAN

• (BASIC GROWTH REQUIREMENTS)

Page 24: Bananas

1. Faktor Iklim

• Secara umumnya, suhu optimum antara 25 – 30oC sesuai utk tanaman pisang. Suhu yg rendah akan memberi kesan yg negatif kpd pertumbuhan batang, daun dan melewatkan kematangan pokok.

• Utk pertumbuhan yg baik, pokok pisang sangat memerlukan cahaya yg terbuka. Jika dapat naungan (shaded) pertumbuhan batang palsu akan berlarutan & pokok bertambah tinggi. Tempoh kematangan juga akan berlarutan (delayed) dari keadaan biasa.

Page 25: Bananas

• Suhu yg terlalu tinggi serta pendedahan cahaya yg berpanjangan akan mengakibatkan kelecuran pada buah.

• Tiupan angin turut mempengaruhi pertumbuhan pokok dan angin yg kuat akan merosakkan daun & mematahkan pucuk serta merendahkan mutu hasil buah.

• Penanaman pisang tidak digalakan di kawasan yg terdedah kpd tiupan angin melebehi 15 km/jam

Page 26: Bananas

• Tanaman pisang memerlukan air yg cukup, iaitu 1000 – 2000 mm setahun, terutama di peringkat pengeluaran jantung atau bunga.

• Kawasan yg mengalami musim kemarau melebehi sebulan tidak sesuai kecuali diadakan sistem pengairan.

• Pisang juga tidak sesuai ditanam di kawasan terendam air pd tempoh yg lama. Daun pisang akan bertukar warna kpd kuning, layu dan akarnya akan mati jika terendam dlm air melebehi 24 jam.

Page 27: Bananas

Faktor Tanah

• Tanah yg bertekstur lempung berpasir dan keadaan tanah adalah peroi (friable) sesuai untuk pisang.

• Keadaan permukaan tanah yg sesuai ialah rata (flat) hingga beralun (undulating) iaitu kecerunan < 12%.

• Effective soil depth (kedalaman efektif) mestilah sekurang2nya 75 cm bagi memberi ruang perakaran yang sempurna.

Page 28: Bananas

• Pisang tidak sesuai ditanam di tanah yg mempunyai halangan (obstacles) terhadap pertumbuhan akar spt tanah padat (compact soils), lapisan batu (rocky layer), paras air tinggi (high water depth), gambut (peat) dan lapisan asid (acidic layers).

Pisang sesuai ditanam di tanah alluvium sungai, laut, dan tanah sedentary.(Pisang boleh ditanam di tanah yg sederhana sesuai dgn pengurusan yg baik)

Page 29: Bananas

Amalan Kultura(Cultural Practices)

• Penyediaan kawasan – – di kawasan yang baru dibuka, pembajakan minimum

boleh dilakukan selepas pembakaran bersih tunggul. Cara begini tidak banyak menyebabkan kerosakan dan gangguan ke atas tanah permukaan yang sangat subur dan gembur.

– bagi kawasan yang memerlukan pembajakan selepas pembersihan, kawasan tanaman hendaklah dibajak piring 2 X sedalam 20-25 cm (jangka masa diantara nya 2-3 minggu) dan bajak putar sekali sebelum menanam. Pembarisan dan menggali lubang dilakukan selepas penyediaan tanah.

Page 30: Bananas

– Bagi tanah masam (acidic soils), pengapuran hendaklah dilakukan tidak kurang 14 hari sebelum menanam. Umumnya 20-25 tan/ha kapur diperlukan bagi tanah gambut baru (new peat soils), 2-3 tan/ha bagi tanah mineral.

(Seperti lazimnya, pengapuran elok dilakukan semasa kerja pembajakan dijalankan supaya kapur boleh digaulkan ke dalam tanah).

Page 31: Bananas

Penyediaan benih tanaman(Preparation of planting materials)

• Benih tanaman pisang boleh diperolehi dengan:

(i) teknik belahan (quartering),

(ii) tisu didik (tissue culture), dan

(iii) dpd sulur (suckers)

Page 32: Bananas

Benih secara sulur

• Pembiakan vegetatif ini adalah satu kaedah mudah dan selalu digunakan dalam penyediaan benih tanaman pisang

• Sulur pedang yang berbentuk cone, berdaun tirus, mempunyai bhg umbisi besar, berukuran 45 -100 cm tinggi dgn berat 1-1.5 kg (sebelum dibersihkan) adalah yang dipilih untuk benih

Page 33: Bananas

• sulur yang dikorek hendaklah mempunyai umbisi yg mencukupi bagi menampung bahan makanan utk pertumbuhan akar sulur.

• sulur yg dipilih tadi dibersihkan dan semua akar dan tisu rosak serta reput dibuang.

• setelah itu dirawat dgn campuran satu bhg formaldehide dgn 4000 bhg air untuk mengawal cacing nematode sebelum ditanam.

Page 34: Bananas

Benih menggunakan teknik ‘quartering’

• Benih pisang ini dibiakkan melalui umbisi pisang yg mengandungi mata tunas (buds): – Sulur pisang dibersihkan dpd akar dan

kotoran yg terdapat pd bhg umbisi.

– Bhg pangkal sulur diasingkan (separate) dari bhg umbisi.

Page 35: Bananas

– Seterusnya keratan umbisi tersebut dipotong kecil berukuran 4 - 5 cm dan dirawat dgn merendam ke dalam campuran berikut selama 30 minit:

• Benomyl 50%w/w (racun kulat) 50 g/4.5 liter air• Cypermethrin 5.5%w/w 5 ml/4.5 liter air• Rooting hormone 50 g/4.5 liter air

Page 36: Bananas

– Keratan umbisi pisang tersebut disemai di dalam pasir di rumah lindungan (netted house) dgn kedalaman 5-6 cm. Seterusnya dikambus dgn pasir dan ditutup dgn guni.

– Semaian hendaklah disiram 2X sehari dan selepas 3 minggu anak pisang yg tumbuh dari umbisi tersebut dipindahkan ke dalam 150x230 mm polybag masih dibawah lindungan.

– Selepas 2 minggu anak pisang tersebut boleh ditanam di ladang.

Page 37: Bananas

Benih tanaman tisu didik(Tissue culture plant materials)

• Benih pisang dibiak secara in vitro di antara induk terpilih (chosen culture) dan secara pengeluaran yang begitu terkawal (under controlled production) menghasilkan anak2 benih bebas dari penyakit dan pathogen

• Pertumbuhan benih didapati seragam dgn psuedo-stem besar. Pokok tumbuh subur & pengeluaran hasil lebih awal dibandingkan dengan benih sulur.

• Benih tisu didik setelah berukuran 20 cm (atau mempunyai 6-7 helai daun) selepas mengalami pengubahsuaian cuaca dapat dipindahkan ke ladang

Page 38: Bananas

Penanaman di Ladang(Field planting)

• elok dilakukan pada musim hujan supaya % kematian (mortality) dpt dikurangkan.

• Lubang, 30 x 30 x 30 cm, digali & diisi dgn campuran 100 g baja fosfat (CIRP), 100 g kapur (GML), 100 g baja N:P:K=8:8:8, 25 g carbofuran dan 0.5 g baja organik (reputan tahi ayam) sebelum benih pisang ditanam.

Page 39: Bananas

Sistem tanaman(Planting system)

• Dua sistem penanaman pisang yang biasa diusahakan ialah:

(i) tanaman secara tunggal dan (ii) tanaman selingan dengan tanaman kekal sebagai pokok lindungan

Page 40: Bananas

Tanaman Tunggal(Monoculture)

• Kaedah ini diusahakan utk pengeluaran secara komersial dan bekalan berpanjangan (continuous supply)

• Jarak tanaman – 2.5 x 2.5 meter dgn kepadatan 1600 pokok sehektar

• Cultivar Cavendish, Berangan & Mas biasanya ditanam sbg tanaman tunggal secara besara2an untuk pasaran eksport.

• Cultivar Lang, Awak dan Nipah ditanam secra tunggal utk diproses memenuhi pasaran tempatan

Page 41: Bananas

Tanaman Selingan(Intercropping)

• Pisang ditanam bersama tanaman kekal spt getah, sawit, koko dan durian sbg selingan sebelum pengeluaran hasil daripada tanaman utama.

• Sebaris pisang dgn jarak 3 m x 3 m dgn kepadatan 700 – 900 pokok sehektar dpt ditanam antara barisan sawit atau getah dan juga pokok buah2an yang bersesuaian

Page 42: Bananas

Pembajaan(Fertilization)

• Baja yg cukup dan seeimbang adalah penting utk pertumbuhan yang elok dan hasil yg tinggi.

• Zat makanan yg mencukupi harus terdapat dari masa penanaman hingga ke peringkat pengeluaran serta pertumbuhan dan penghasilan pokok seterusnya yg dikenali sbg pokok ratoon.

Page 43: Bananas

• Pada prkt awal pertumbuhan, kadar unsur N yg mencukupi adalah perlu utk pertumbuhan vegetatif. Dgn ini baja sebatian Nitrophoska Green (N:P2O5:K2O = 15:15:15) biasa digunakan pd bulan yang pertama selepas menanam

• Pada bulan ke 3 dan seterusnya, baja sebatian Nitophoska Blue (N:P2O5:K2O:MgO = 12:12:17:2) diberikan.

Page 44: Bananas

Kadar pembajaan untuk Pisang Mas

Page 45: Bananas

• Adalah digalakkan pembajaan dilakukan berperingkat, iaitu 3 atau 4 kali setahun dan ditabur di keliling pokok.

• Jarak baja ditabur hendaklah mengikut peringkat pertumbuhan pokok; (i) dewasa @1 m dari pangkal pokok, (ii) ratoon pula boleh ditabur diantara baris krn keseluruhan permukaan tanah akan dipenuhi dgn akar.

Page 46: Bananas

• Pisang boleh tumbuh di tanah yg mempunyai pH 3.5 – 9.0. Utk pertumbuhan yg elok, pH yg diperlukan ialah 5.5 – 8.0

• Pada pH rendah, penyakit layu Panama (wilt disease) mudah merebak. Kapur GML boleh digunakan untuk menaikkan pH tanah

Page 47: Bananas

Pengurusan Air

• Pokok pisang memerlukan air sebanyak 8 -12 liter sehari.

• Biasanya pisang tidak dibekalkan dgn pengairan tetapi ia mendapat bekalan air dari simpanan dalam tanah atau dari air hujan.

• Pemasangan sistem pengairan melibatkan kos yg tinggi.

Page 48: Bananas

Pemangkasan Sulur(Removal of Suckers)

– ialah aktiviti membuang sulur yg tidak dikehendaki dgn tujuan menjarakan penuaian hasil dlm satu-satu rumpun serta memastikan hasil & mutu buah tidak terjejas akibat persaingan dalam permakanan.

– Pemangkasan prkt awal dilakukan dgn memilih dan membiarkan satu pokok induk dan satu sulur (ratoon 1), di prkt umur 3 bulan bagi pisang emas dan 4 bulan pisang berangan.

Page 49: Bananas

Pemangkasan dan penjagaan sulur Pisang Mas

Page 50: Bananas

• Seterusnya sulur2 lain dipangkas secara berjadual iaitu 3-4 minggu sekali dan dipilih serta dikekalkan satu lagi sulur (ratoon 2) pada umur 8 bulan bagi Mas dan 9 bulan Berangan

(Cara pemangkasan yg mudah ialah menggunakan pisau tajam untuk memotong sulur pada aras tanah).

Page 51: Bananas

Pengenalan Perosak Tanaman

• Tanaman pisang boleh diserang oleh berbagai jenis penyakit seperti bintik daun Sigatoka, jalur hitam daun, layu Panama, reput basah pangkal dan bintik daun “Periconiella”.

• Penyakit yg paling teruk ialah layu Panama yg disebabkan oleh kulat Fusarium oxysporium.

Page 52: Bananas

Penyakit Sigatoka

• Bintik-bintik daun atau Sigatoka kuning adalah disebabkan oleh kulat Mycosphaerella musicola atau Cercospora musae (conidial stage) manakala M. fijinensis pula dikenali sbg Sigatoka hitam.

• Kulat ini senang membiak di kawasan yg lembab dan sistem saliran air kurang baik. Taburan hujan yg tinggi juga menggalakkan pembiakan kulat ini.

Page 53: Bananas

• Penyakit ini boleh menyebabkan daun2 mati sebelum sempat matang.

Jika berlaku serangan yg teruk, daun tua dan daun muda termasuk pucuk akan diserang.

• Keseluruhannya pokok akan kelihatan dari jauh seperti terbakar.

• Tumbesaran buah akan terbantut dan buah2 akan masak sebelum cukup matang.

Page 54: Bananas

Penyakit bintik daun Sigatoka

Page 55: Bananas

Panama Wilt

- atau dikenali sbg layu Fusarium ialah sejenis penyakit pisang yang menyerang beberapa kultivar spt pisang Rastali, Embun, Gros Michel

• Kultivar yg didapati resistant ialah pisang Mas, Berangan dan Cavendish.

• Tanda2 serangan bermula dgn spora kulat Fusarium memasuki akar pisang melalui tebukan (penetration) dan diikuti dgn serangan nematode atau luka pada bhg akar.

Page 56: Bananas

• Akibatnya saluran makanan tersumbat dan menggangu pengaliran air dan zat makanan.

• Tanda2 serangan: pd prkt pokok muda ialah pucuknya yg masih bergulung kelihatan layu dan mati. Bagi pokok tua pucuk juga akan kelihatan kekuningan dan disamping itu daun2 lain kelihatan patah terkulai.

• Tandan buah juga menghadapi masalah yg sama dan kering.

• Pokok2 yg diserang selalunya mengeluarkan banyak anak tetapi kelihatan layu.

Page 57: Bananas

Gambar: Penyakit layu Panama

Page 58: Bananas

Perosak akar dan umbisi

• Terdapat 4 jenis; tetapi dua jenis didapati serius.

• Dua perosak jenis kumbang ini ialah:

kumbang Cosmopolites &

kumbang Odoiporous

Page 59: Bananas

Pengorek umbisi

• Cosmopolites sordidus Germ merupakan perosak utama tanaman pisang di negeri kita.

• Peringkat dewasa (adult stage) adalah jenis kumbang dlm Famili Curculionoidae dan larva stage adalah peringkat yg paling merosakkan.

• Bekas lubang2 seranggannya boleh dijangkiti oleh layu Panama

Page 60: Bananas

• Tanda2 serangan dan kerosakkannya – larva mengorek di bhg umbisi dan pangkal batang yg berhampiran dgn tanah. Ia tidak menyerang pada akar.

• Tisu2 di sekeliling lubang yg dikorek akan menjadi perang dan busuk. Akibatnya akar baru tidak akan tumbuh.

• Serangan teruk menyebabkan daun2 menjadi kuning dan pokok mudah tumbang. Sulur bhg tengah terbantut. Anak pokok yg diserang akan mati jika serangannya merebak sehingga ke bhg pucuk. Poko yg diserang akan mengelurakan tandan buah yg lebih kecil dari saiz biasa.

Page 61: Bananas

Pengorek batang pisang

• Larva Odoiporus longicollis Oliv menyerang dgn memakan tisu2 batang dan bhg tengah batang menbentuk alur2 panjang (long channels within the pseudostem).

• Bhg yg diserang akan berubah warna coklat dgn cepat. Daun menjadi kuning dan batang pisang mudah patah apabila ditiup angin kencang.

Page 62: Bananas

Gambar: Kumbang dewasa O. longicollis

Page 63: Bananas

Perosak daun

• Terdapat 30 jenis serangga perosak daun, tetapi hanya beberapa jenis shj yg berbahaya.

• Serangga yg selalu kelihatan memakan daun pisang ialah ulat gulung, Erionata thrax dan menyerang pada semua jenis pisang.

• Biasanya mengerat (cut) dan menggulung helai daun.

Page 64: Bananas

• Tanda2 serangan dan kerosakan – serangga bertelur sebiji-sebiji pd daun muda; setelah menetas larvanya bersembunyi dgn cara menggulungkan daun ke arah tulang daun. Larva cerga pd waktu mlm, keluar dari gulungan utk makan daun pisang.

• Ia menggulungkan daun dan melekatkan dgn menggunakan bbebenag putih (white threads).

• Diwaktu siang ia bersembuyi dan daun yg bergulung akhirnya kering & tidak berfungsi.

Page 65: Bananas

Gambar: Serangan ulat gulung di ladang pisang

Page 66: Bananas

Perosak bunga

• Terdapat 5 jenis serangga yg menyerang bunga pisang (3 kupu-kupu, 1 lebah dan 1 kutu thrips) dan antaranya thrips adalah serangga yg paling mustahak.

• Sungguhpun thrips dianggap sbg agen pendebunga, serangga ini boleh menyebabkan buah2 pisang kelihatan berkeruping (scales)

• Jika tahap seranggan teruk, buah tidak akan masak dgn sempurna sungguhpun dituai pd peringkat matang

Page 67: Bananas

Kerosakkan oleh kutu thrips pada buah matang

Page 68: Bananas

Perosak buah

• Terdapat 8 jenis serangga yg menyerang buah pisang dan yg paling mustahak ialah lalat buah (fruit flies), Dacus dorsalis Hend

• Lalat ini hanya menyerang buah yg hampir dan telah masak. Tandan-tandan yg dibiarkan terlalu lama di ladang sehingga buahnya merekah (crack) akan memberi kesempatan pd lalat buah untuk bertelur. Larvanya akan merosak buah dan tidak boleh disimpan lama dan dipasarkan.

• Tanda2 buah yg telah diserang apabila masak atau berwarna kuning terdapt bintik2 hitam bekas tusukan ovipositir semasa lalt nuah bertelur.

Page 69: Bananas

Nematode

• Species nematode yg penting ialah Radpholus similis yg menyerang pd bhg akar pisang.

• Akar yg diserang kelihatan tompok2 hitam, berbintil2 & pecah terutama dekat bhg umbisi & menjadi reput. (Rhizome dan sulur yg mula terbentuk juga boleh diserang).

• Kerosakkan pd akar boleh membawa symptom serupa dgn kekurangan air

• Pokok yg diserang oleh nematode mudah pula diserang oleh kulat Rhizoctonia solani dan F. oxysporium yang akan menambahkan lagi kerosakan pada akar, seterusnya pokok pisang akan mati.

Page 70: Bananas

Rumpai (Weeds)

• Rumpai yg tumbuh terbiar di kawasan penanaman pisang akan memberikan persaingan dlm pengambilan nutrien dan air.

• Rumpai yg biasa terdapat ialah lalang (Imperata cylindrica), Asystasia intrusa, Borreria latifolia, Chromolaena odorata, Mimosa pudica, Paspalum conjugatum, dll.

Page 71: Bananas

Penjagaan buah di ladang(Fruit handling in the farm)

• Untuk mendapatkan buah bermutu tinggi, penjagaan buah secara teratur harus bermula pada peringkat ladang.

• Langkah awal yg perlu diambil ialah membungkus tandan buah.

• sarung plastik berwarna (biru biasanya), berukuran 75 cm lebar (double-layered) serta 120 cm panjang dan 0.02 mm tebal dan berlubang-lubang sering digunakan

• Selain itu kertas atau guni jute juga boleh digunakan.

Page 72: Bananas

Menongkat pokok(Plant support)

• Apabila buah pisang mulai membesar, pokok pisang yg condong perlu ditongkat dgn menggunakan kayu atau buluh.

• Ini utk manahan pokok pisang dpd tumbang atau patah tengkok disebabkan oleh buah yg berat atau tiupan angin.

Page 73: Bananas

Kematangan Buah(Fruit maturity)

• Buah pisang mencapai tahap matang apabila pembesaran buah berakhir. Bagi menentukan kematangan buah, beberapa panduan digunakan seperti saiz dan rupa bentuk jejari, warna kulit, rupa warna benang sari yg tinggal atau umur buah selepas pengeluaran jantung.

• Buah matang tua berwarna hijau kecerahan (light green) berbanding dgn buah matang muda yg berwarna masih hijau pekat (dark green).

• Penuaian buah yg cukup matang biasa juga dihitung bilangan hari (no. of days) dari mula pengeluran jantung.

Page 74: Bananas

Tempoh peringkat pembesaran buah pisang

Page 75: Bananas

Penuaian buah mengikut umur kematangan

Page 76: Bananas

Pengutipan hasil(Yield harvest)

• Penuaian pisang dilakukan dgn teliti supaya kerosakan fizikal tidak berlaku.

• Penuaian dilakukan waktu pagi atau lewat petang bagi mengelak dpd suhu panas matahari. Hawa panas boleh menggangu kemasakan buah nanti.

• Buah pisang dituai dgn memotong batang pisang sedikit pada aras 0.5 meter dari tandan buah. Tandan yg tergantung dipotong setelah batang pisang tadi patah. Awas: buah yang dituai tidak terhempas ke tanah atau tergeser dgn benda lain bagi mengelakan kecederaan kpd kulit buah supaya mutu tidak terjejas.

Page 77: Bananas

• Buah pisang dikumpulkan di tepat redup bertujuan mengurangkan berlakunya kehilangan berat buah dan melindungi terdedah kpd cahaya matahari yang boleh mempengaruhi proses kemasakan buah.

• Buah-buah ini disimpan semalaman (overnight) diladang sebelum diangkut ke pusat pengumpulan atau untuk dipasarkan