bali - my.isafyi.commy.isafyi.com/wp-content/uploads/2016/07/16-5038-my-bm-isarally... · dengan...

4
BALI Lawatan yang menyeronokkan ke Bali yang terkenal dengan pantai-pantai yang indah! Membangun perniagaan anda dan berkongsi Isagenix, peserta yang berjaya memperolehi mata tertinggi* berpeluang untuk memenangi lawatan ini! Peraduan Bermula: 4 hb Julai 2016 Peraduan Berakhir: 2 hb Oktober 2016 Kelayakan: Dalam tempoh peraduan, membantu enam orang ahli baru untuk memulakan Sistem Isagenix. Mencapai sekurang-kurangnya 60 mata * Hanya 40 orang Ahli Rakan Niaga dari Malaysia yang berjaya mengumpul mata Peraduan IsaRally yang tertinggi layak untuk memenangi Pakej Hadiah Bali ini. Peraduan telah bermula! Lawatan ke Bali: Bulan Disember 2016

Upload: dinhlien

Post on 03-Mar-2019

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BALI - my.isafyi.commy.isafyi.com/wp-content/uploads/2016/07/16-5038-MY-BM-IsaRally... · dengan jelas dalam pakej hadiah adalah tanggungan Ahli Rakan Niaga. • Selain daripada sekatan

BALILawatan yang menyeronokkan ke Bali yang terkenal dengan pantai-pantai yang indah! Membangun perniagaan anda dan berkongsi Isagenix, peserta yang berjaya memperolehi mata tertinggi* berpeluang untuk memenangi lawatan ini!

Peraduan Bermula: 4hb Julai 2016Peraduan Berakhir: 2hb Oktober 2016

Kelayakan:

• Dalam tempoh peraduan, membantu enam orang ahli baru untuk memulakan Sistem Isagenix.

• Mencapai sekurang-kurangnya 60 mata

* Hanya 40 orang Ahli Rakan Niaga dari Malaysia yang berjaya mengumpul mata Peraduan IsaRally yang tertinggi layak untuk memenangi Pakej Hadiah Bali ini.

Peraduan telah bermula!

Lawatan ke Bali:Bulan Disember 2016

Page 2: BALI - my.isafyi.commy.isafyi.com/wp-content/uploads/2016/07/16-5038-MY-BM-IsaRally... · dengan jelas dalam pakej hadiah adalah tanggungan Ahli Rakan Niaga. • Selain daripada sekatan

Pakej Hadiah

Seramai 40 orang Ahli Rakan Niaga dari Malaysia berpeluang untuk memenangi lawatan ke Bali - sebuah pulau yang terkenal dengan pantai, kuil bersejarah dan kawasan pergunungan yang indah. Ia merupakan satu lawatan yang tidak boleh terlepas.

Sistem Mata IsaRally

Kategori: Pelanggan BaruMata terkumpul melalui BV pesanan daripada Ahli Rakan Niaga yang baru!

Ahli Rakan Niaga baru mestilah berdaftar sebagai ahli baru dalam tempoh peraduan.

• 1 mata - 100 - 149BV• 2 mata - 150 - 299BV• 3 mata - 300 - 600BV• 4 mata - 601 - 1199BV• 5 mata - 1200+BV

Kategori: Pengekalan PelangganMata terkumpul melalui BV pesanan semula daripada Ahli Rakan Niaga yang berdaftar dalam tempoh peraduan!

Ahli Rakan Niaga mestilah berdaftar dalam tempoh peraduan.

• 1 mata - pesanan dengan 100 - 149 BV• 2 mata - pesanan dengan 150 - 299 BV• 4 mata - pesanan dengan 300+ BV

Kategori: Kenaikan Pangkat Secara IndividuMata terkumpul dari kenaikan pangkat secara individu!

• 2 mata - Mencapai pangkat Konsultan• 4 mata - Mencapai pangkat Pengurus atau Pengurus Kristal • 6 mata - Mencapai pangkat Pengarah atau Pengarah Kristal • 10 mata - Mencapai pangkat Eksekutif atau Eksekutif Kristal

Kategori: Pembangunan PasukanMata terkumpul semasa anda mencapai kitaran baru sebanyak dua kali!

Anda wajib berpangkat “Dibayar sebagai Konsultan” pada setiap hari dalam minggu ganjaran yang lepas. Mata terkumpul apabila anda mencapai kitaran baru sebanyak dua kali dalam tempoh peraduan.

• 5 mata - 5 kitaran• 10 mata - 10 kitaran • 15 mata - 15 kitaran • 20 mata - 20 kitaran • 30 mata - 30 kitaran • 40 mata - 40 kitaran

Kategori: Pengekalan Pangkat AktifMata terkumpul pada setiap minggu ganjaran dengan mengekalkan pangkat “Dibayar sebagai” anda!

Anda wajib mengekalkan pangkat Dibayar pada setiap hari dalam minggu ganjaran tersebut.

• 1 mata - Konsultan• 3 mata - Pengurus• 5 mata - Pengarah • 8 mata - Eksekutif

Kategori: Pendaftaran Cabaran IsaBodyMata terkumpul apabila anda atau Ahli Rakan Niaga tajaan peribadi anda yang baru berdaftar sebagai peserta Cabaran IsaBody dalam tempoh peraduan!

Mata maksimum untuk setiap Ahli Rakan Niaga tajaan peribadi yang baru adalah 1 mata. Ahli Rakan Niaga tersebut mestilah menyertai dalam tempoh peraduan. Anda boleh mengumpul mata maksimum sebanyak 5 mata dari pendaftaran Cabaran IsaBody.

BALI

Page 3: BALI - my.isafyi.commy.isafyi.com/wp-content/uploads/2016/07/16-5038-MY-BM-IsaRally... · dengan jelas dalam pakej hadiah adalah tanggungan Ahli Rakan Niaga. • Selain daripada sekatan

Terma & Syarat• Mata yang terkumpul dari kategori kenaikan pangkat akan dikira selepas satu minggu

untuk semua peserta di setiap pasaran. Indonesia pula akan dikira selepas dua minggu.

• Peraduan IsaRally terbuka kepada semua Ahli Rakan Niaga di Indonesia, Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Taiwan.

• Hanya seorang pemenang untuk setiap ID.

• Sebarang kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan hadiah ini dan tidak dinyatakan dengan jelas dalam pakej hadiah adalah tanggungan Ahli Rakan Niaga.

• Selain daripada sekatan undang-undang, peraturan peraduan, terma dan syarat adalah tertakluk kepada perubahan Isagenix pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Isagenix berhak untuk mengaudit, menyesuaikan atau menafikan apa-apa jumlah, pampasan, pengiktirafan, atau insentif lain yang dianugerahkan semasa atau akibat daripada peraduan ini untuk memastikan semangat peraduan ini tercapai. Setiap mata dan pesanan produk akan diaudit dan melalui pengesahan oleh Jabatan Pematuhan. Isagenix juga berhak untuk menghantar bil untuk segala kos perjalanan jika kami mendapati bahawa mata yang diterima itu telah melanggar peraturan peraduan atau Polisi dan Prosedur Isagenix selepas anda menghadiri lawatan tersebut.

• Untuk menyertai peraduan ini dan mengumpul mata, anda mestilah merupakan seorang Ahli Rakan Niaga Isagenix yang aktif. Sekiranya status anda tidak aktif dalam tempoh peraduan, semua mata anda terkumpul akan dilucutkan.

• Akaun anda wajib kekal aktif di sepanjang tempoh peraduan sehingga ke tarikh lawatan. Peserta yang gagal memenuhi syarat ini, kelayakan dan hadiah anda akan dibatalkan.

• Mata individu yang terkumpul dalam peraduan akan terpapar di Pejabat Belakang anda. Untuk menyemak mata anda, daftar masuk ke Pejabat Belakang anda, pilih tab “Peraduan & Promosi” dan klik “Melihat Laporan IsaRally”.

• Jika produk yang dibeli dalam tempoh peraduan dipulangkan kepada Isagenix, mata akan ditolak daripada jumlah mata keseluruhan anda.

• Hadiah tidak dibenarkan bertukar milik dan tiada wang tunai yang sama nilai diberikan jika pemenang tidak dapat menyertai atau menerima hadiah ini.

• Wang tunai yang diterima daripada pelan ganjaran dan promosi atau hadiah bukan dalam bentuk wang tunai seperti lawatan ini wajib dilaporkan sebagai pendapatan bercukai. Sila hubungi perunding cukai anda untuk memastikan pendapatan dilaporkan dengan sewajarnya.

• Penajaan Ahli Rakan Niaga dan pesanan produk semata-mata untuk kemajuan dalam peraduan ini tidak akan diambil kira. Jika Isagenix membeli semula produk daripada Ahli Rakan Niaga, Isagenix akan menolak volum dan ganjaran akibat daripada pesanan tersebut.

• Setiap peserta yang layak untuk hadiah ini akan menerima satu Perjanjian Penerimaan Hadiah (Prize Acceptance Agreement). Anda dikehendaki menandatangani dan memulangkan perjanjian ini kepada Isagenix sebelum anda menerima hadiah ini. Gagal memulangkan perjanjian ini dalam tempoh masa yang ditetapkan, kelayakan dan hadiah anda dalam peraduan ini akan dibatalkan.

• Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Isagenix di pasaran anda.

BALI

Page 4: BALI - my.isafyi.commy.isafyi.com/wp-content/uploads/2016/07/16-5038-MY-BM-IsaRally... · dengan jelas dalam pakej hadiah adalah tanggungan Ahli Rakan Niaga. • Selain daripada sekatan

Soalan-soalan Lazim

S Bilakah peraduan in akan bermula?

J Peraduan IsaRally Bali bermula pada 4hb Julai 2016, pukul 12:00 pagi (waktu bahagian timur Amerika Syarikat) dan tamat pada 2hb Oktober 2016, pukul 11:59 malam (waktu bahagian timur Amerika Syarikat). Tarikh pengumpulan mata adalah sama dengan tarikh permulaan peraduan iaitu 4hb Julai.

S Bagaimanakah caranya untuk melihat mata saya?

J Mata individu anda akan terpapar di Pejabat Belakang anda. Untuk melihat mata anda, sila daftar masuk ke Pejabat Belakang anda dan memilih “Peraduan & Promosi”. Rujuk kepada “Laporan” untuk melihat jumlah mata yang anda perolehi. Klik “Laporan Individu IsaRally” untuk melihat mata peribadi anda.

S Bagaimanakah saya dapat memastikan mata yang terpapar adalah betul?

J Anda boleh menyemak mata anda dengan merujuk kepada ringkasan untuk mengenalpasti dari manakah mata anda terkumpul. Mata yang terkumpul dari kenaikan pangkat akan dikira selepas seminggu (dua minggu untuk Indonesia).

S Adakah mata yang terpapar merupakan mata yang terkini?

J Tidak. Mata hanya dikemaskini sekali pada setiap hari.

S Adakah individu yang berdaftar sebagai Pelanggan Utama dikira sebagai pelanggan baru dalam peraduan ini?

J Tidak. Dalam peraduan ini, pelanggan baru anda mestilah merupakan seorang Ahli Rakan Niaga baru yang aktif.

S Adakah mata akan terkumpul jika Pelanggan Utama bertukar menjadi Ahli Rakan Niaga?

J Tidak. Anda tidak akan memperolehi sebarang mata apabila Pelanggan Utama bertukar menjadi Ahli Rakan Niaga dalam tempoh peraduan.

S Apakah yang akan terjadi kepada mata saya jika Ahli Rakan Niaga baru memulangkan produk pesanan pertama mereka?

J Semua mata yang berkaitan dengan produk yang dipulangkan kepada Isagenix akan ditolak daripada jumlah mata keseluruhan anda.

BALI

16-5

03

8 M

Y-B

M •

29

06

16