balasan sang ular

2
Satu hari, Itik keluar untuk mencari makanan. Itik bertemu dengan Tupai. Mereka bertanya khabar dan berbual-bual. “ Itik, tempat ini dalam bahaya,” kata Tupai. “ Bahaya apa?” Tanya Itik dengan nada terkejut. Tupai berpesan agar berhati-hati. “ Ada seekor ular jahat di tempat kita ini,” kata Tupai lagi. Itik berasa takut dan bimbang akan terserempak dengan ular jahat itu. Petang itu, Itik keluar mencari makanan seperti biasa. Itik sentiasa berjaga-jaga dan ingat pesanan Tupai. Sedang Itik mematuk makanannya, ia terdengar suara meminta tolong. Itik pun mencari-cari suara itu. Itik terkejut apabila mendapati seekor ular sedang kesakitan kerana dihempap sebatang dahan pokok. Itik teringat kata-kata Tupai tentang Ular yang jahat. Ular jahat merayu, “Tolonglah aku, Itik.” Itik tidak jadi membantu kerana teringat kata-kata Tupai. Ia pun pergi dari situ. Ular jahat terus merayu. Itik berasa kasihan. Itik bertanya, “ Kaukah Ular yang jahat itu?” “Tidak! Aku tidak jahat, Itik! Aku janji tidak akan menggigit kamu kalau kamu selamatkan aku,” kata Ular yang mengerang kesakitan. Itik berasa kasihan dan mulai percaya lalu membantu mengalihkan dahan kayu itu dengan paruhnya. Setelah berjaya, Ular terus sahaja membelit kaki Itik. “ Kenapa kau belit kaki aku?” Tanya Itik dengan kesal. “ Aku lapar!” jawab Ular sambil ketawa. “ Inikah balasan kau kepada aku yang telah menolong kamu?” Tanya Itik dengan sedih. Ular jahat terus ketawa dan tidak peduli dengan kata-kata Itik. Ketika itu, Arnab melalui kawasan itu dan bertanya apa yang telah berlaku. Itik menceritakan apa yang berlaku, tetapi Ular menafikannya. Arnab mahu melihat kejadian sebenar yang berlaku dari mula lagi. Ular bersetuju dan melepaskan kaki Itik. Ular menyuruh Itik meletakkan dahan di atas badannya. Itik pun menghempapkan dahan kayu ke atas badan Ular dengan kasar kerana marah.

Upload: nor-qadariah

Post on 02-Feb-2016

254 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

cerita kanak-kanak

TRANSCRIPT

Page 1: Balasan Sang Ular

Satu hari, Itik keluar untuk mencari makanan. Itik bertemu dengan Tupai. Mereka bertanya khabar dan berbual-bual. “ Itik, tempat ini dalam bahaya,” kata Tupai. “ Bahaya apa?” Tanya Itik dengan nada terkejut. Tupai berpesan agar berhati-hati. “ Ada seekor ular jahat di tempat kita ini,” kata Tupai lagi.

Itik berasa takut dan bimbang akan terserempak dengan ular jahat itu. Petang itu, Itik keluar mencari makanan seperti biasa. Itik sentiasa berjaga-jaga dan ingat pesanan Tupai. Sedang Itik mematuk makanannya, ia terdengar suara meminta tolong. Itik pun mencari-cari suara itu.

Itik terkejut apabila mendapati seekor ular sedang kesakitan kerana dihempap sebatang dahan pokok. Itik teringat kata-kata Tupai tentang Ular yang jahat. Ular jahat merayu, “Tolonglah aku, Itik.” Itik tidak jadi membantu kerana teringat kata-kata Tupai. Ia pun pergi dari situ. Ular jahat terus merayu. Itik berasa kasihan.

Itik bertanya, “ Kaukah Ular yang jahat itu?” “Tidak! Aku tidak jahat, Itik! Aku janji tidak akan menggigit kamu kalau kamu selamatkan aku,” kata Ular yang mengerang kesakitan. Itik berasa kasihan dan mulai percaya lalu membantu mengalihkan dahan kayu itu dengan paruhnya. Setelah berjaya, Ular terus sahaja membelit kaki Itik.

“ Kenapa kau belit kaki aku?” Tanya Itik dengan kesal. “ Aku lapar!” jawab Ular sambil ketawa. “ Inikah balasan kau kepada aku yang telah menolong kamu?” Tanya Itik dengan sedih. Ular jahat terus ketawa dan tidak peduli dengan kata-kata Itik.

Ketika itu, Arnab melalui kawasan itu dan bertanya apa yang telah berlaku. Itik menceritakan apa yang berlaku, tetapi Ular menafikannya. Arnab mahu melihat kejadian sebenar yang berlaku dari mula lagi. Ular bersetuju dan melepaskan kaki Itik. Ular menyuruh Itik meletakkan dahan di atas badannya. Itik pun menghempapkan dahan kayu ke atas badan Ular dengan kasar kerana marah.

Ular mengerang kesakitan dan meminta Itik mengangkat dahan kayu itu semula. Itik dan Arnab tidak mempedulikannya lalu meninggalkan tempat itu. Ular menerima balasan daripada sikapnya yang tidak jujur. Itik berterima kasih kepada Arnab.