baja organik kertas kerja.doc

12
KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR, SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA MEDAMIT SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA MEDAMIT LIMBANG, SARAWAK Kartas Kerja Projek BAJA ORGANIK | daun sayur Tarikh Perlaksanaan: Sepanjang tahun 2012 Tempat : SK Nanga Medamit Limbang Kelolaan: Kelab Pencinta Alam Sekitar 2012

Upload: cekgu-nyo

Post on 04-Oct-2015

677 views

Category:

Documents


47 download

TRANSCRIPT

KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR,

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA MEDAMIT

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA MEDAMIT

LIMBANG, SARAWAK

Kartas Kerja

Projek BAJA ORGANIK | daun sayurTarikh Perlaksanaan:

Sepanjang tahun 2012

Tempat :

SK Nanga Medamit Limbang

Kelolaan:

Kelab Pencinta Alam Sekitar 2012

SK Nanga Medamit, LimbangKERTAS KERJA

TAMAN ORKID DAN TAMAN HERBA

KELAB PENCINTA ALAM SEKITARSK NANGA MEDAMIT

LIMBANG

1.0Tujuan

Projek baja organik dilaksanakan bertujuan untuk memberi pengalaman dan pengetahuan yang pelbagai dan menarik kepada murid. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendidik pelajar tentang kepentingan membuat dan menggunakan baja organik. Seterusnya, pendedahan awal kepada pelajar luar bandar tentang teknik pembuatan baja organik yang selama ini kurang didedahkan kepada mereka. Antara lain ialah untuk mewujudkan suasana positif tentang alam sekitar di sekolah kerana apabila mempunyai pengetahuan pembuatan baja organik murid dan komuniti sekolah boleh menjana ekonomi.

2.0Latar Belakang

Kelab Pencinta Alam Sekitar, SK Nanga Medamit adalah sebuah kelab yang mempunyai seramai 29 orang keahlian dan 2 orang guru penasihat. Objektif Kelab Pencinta Alam Sekitar adalah untuk menjaga, memahami dan penglibatan dalam alam sekitar di kalangan para pelajar sekolah. Taman Orkid dan Taman Herba ini antara aktiviti yang dilakukan sepanjang tahun 2011 dan 2012 oleh Kelab Pencinta Alam Sekitar.

2.1 Carta Organisasi Kelab PALS

3.0Objektifa) Mendedahkan kepada murid tentang pembuatan baja organik.b) Memberi peluang dan pendedahan awal kepada murid mengalami sendiri pembuatan baja organik.c) Melahirkan murid yang minat mengkaji kelebihan alam sekitar.

d) Meningkatkan rasa kesedaran, nilai cintai alam sekitar, dan pentingnya menjaga alam flora. e) Mewujudkan sikap bekerjasama di kalangan murid.

4.0Matlamat Projeka) Melahirkan generasi yang mempunyai sifat cinta akan keaslian dalam semula jadi.

b) Membolehkan murid belajar mengaplikasi hidupan dan alam semula jadi

melalui aktiviti yang dilaksanakan.

c) Menyebarkan maklumat mengenai teknik pembuatan baja organik dan kelebihannya.5.0 PengenalanBaja Organika) Baja organikadalah baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang

mengalami proses Pereputan dan menghasilkan Nutrien.b) Contohbaja organikasli termasuklah pupuk kandang, sluri, kompos cacing, gambut, rumpai laut, kumbahan dan guano. c) Terdapat jugabaja organikyang dihasilkan oleh manusia seperti kompos, serbuk darah, serbuk tulang dan pati rumpai laut. Selain itu, enzim protein cerna dan serbuk ikan juga dianggap sebagai baja organik.d) Biasanyabaja organikterhasil daripada proses kitar semua bahan-bahan buangan yang dikategorikan mengandungi kandungan Nitrogen, kalsium, phosphate, serta molikul lain yang tersedia didalamnya.e) Antara bahan sisa buangan tersebut seperti najis ternakan, sayuran, buahan, sisa makanan, sisa tumbuhan yang sentiasa kita buang setiap hari.6.0Butiran Perlaksanaan BAJA ORGANIK | daun sayur.TarikhRancangan & aktiviti

Januari Mesyuarat Agong dan Pelantikan AJK

FebuariFASA I PROJEK

Memilih jenis baja organik yang akan dibuat. Menyediakan resepi pembuatan

Mac

AprilFASA II PROJEK

Penyediaan kertas kerja lengkap projek. Menyediakan bahan-bahan dan keperluan projek (rujuk 8.0).

Memastikan bahan sedia bagi memulakan FASA III.

Mei

Jun FASA III PROJEK

Penyediaan tempat.

Penyediaan medium baja Projek bermula berdasarkan kumpulan murid yang telah diagihkan.

Julai

OktoberFASA IV PROJEK

a) Menambah koleksi orkid memohon sumbangan daripada komuniti sekolah/luar & PIBGb) Penambaikan dan penyelengaraan

Membaja

Meracun

Merumput

NovemberDisember Memastikan tanaman sentiasa segar dan subur sehingga bermulanya sesi 2013

7.0 CARA MEMBUAT BAJA ORGANIK | daun sayur BAJA ORGANIKuntuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar 7.1 BAHAN-BAHAN

1. Pelbagai jenisdaun sayuratau satu jenis daun hijau secukupnya.

2. 1 kg Gula Merah 3. Sejemput Kapur - iaitu Kalsium Karbonat 4. Sebotol minuman Yakult.

NOTA:i. Jika Di Pasar ada banyakdaun sayuryang masih hijau dibuang, boleh diambil denganpercuma. Daun dan pokok ulam gila (pentutup bumi) juga boleh digunakan.

ii. Fungsi Kapur ialah supaya wujudnya kepanasan dalam adunan bagi bekteria bertindak cepat meleraikan bahan-bahan organan (nutrients) yang terdapat dalam daun-daun yang diperam/jeruk itu supaya menjadi air baja. Penggunaan kapur ini tidak boleh terlalu banyak, gunakan sedikit saja secara asal ada sahaja.iii. Calcium Carbonate atau serbuk kapur yang digunakan untuk memplaster batu-batadinding rumah. Kapur sirih juga boleh digunakan.iv. Tong takungan pemeraman daun-daun sayuryang dicincang hendaklah diletak di tempat yang tidak terkena terus cahaya mata hari kerana kesan kepanasan cahaya mata hari boleh mematikan bekteria. Peranan bekteria ialah sebagai pelerai organan dari daun-daun yang dijeruk-peram. Lebih banyak bekteria hidup berada dalam daun-daun yang diperam itu akan lebih berkualiti baja itu.

7.2 CARA MEMPROSES:i. Semuadaun sayurdicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan.

ii. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul dengan daun yang dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.

iii. Gaulkan adunan (daun) dengan sedikit (sejemput) kapur Kalsium Karbonat.

iv. Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan menjadi rata.

v. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.

vi. Setelah 14 hari daun akan menghasilkan air baja, dan air baja ini ditapis untukdibotolkan sedia boleh digunakan untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar.

7.3 CARA PENGGUNAANi. Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air;dijadiKan sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembursebanyak 2 kali seminggu.

ii. Jangan membaja lebih dari 2 kali seminggu kerana daun pokok akan menjadi kuning, rosak. Jika pokok kelapa sawit atau pokok getah yang tinggi,memadai disembur 2 kali seminggu pada bahagian batang pokok kelapa sawit atau pokok getah itu saja dan dipangkal bahagian tanahnya.8.0 TAPAK PROJEK.9.0 AGIHAN TUGAS MENGIKUT KUMPULANPenyelia kawasan : Harris DanielKawasanABCDE

PelajarAndrian (K)Roland Ignatius

Allan

Olivier

SaitTryiffeni (K)NyassipCatherine

Sebastian

Priscilla

InggolMarina (K)SemriEsther

Steward

Ellea

ConnieAnntun (K)AgongKelimah

Razi

Erwins

JenifferMagdlind K)AhmadJoy

Sofina

Changgau

10.0 PENUTUPAdalah diharapkan dengan terlaksananya projek BAJA ORGANIK|daun sayur ini akan dapat mencapai objektif-objektifnya sebagaimana yang telah ditetapkan dan seterusnya akan dapat melahirkan warga SK Nanga Medamit yang cintakan alam semula jadi. SOKONGAN GURU BESAR

Saya menyokong / tidak menyokong untuk melaksanakan projek BAJA ORGANIK|daun sayurKomen:

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Disedikan oleh :

Disahkan oleh :

Tandatangan dan Cop

...................................................

.................................................

(ABG ZAKARIA ABG HASSAN AHDIN) (EN. EDWARD PALLEH MEKUN)

Guru Penasihat,

Guru Besar,

Kelab Pencinta Alam Sekitar SK Nanga Medamit,SK Nanga Medamit Limbang, Sarawak

Limbang, Sarawak

Ajk Pengurusan Alatan

ROLAND FELIXS

NYASSIP RIVALDO

AGONG SAM SUN

AHMAD AKHIRUN

MOHD RAZI AZZIERULL

STEWARD SAM SUN

ELLEA PERRY

ERWINS MARK

GABRIEL CHANGGAU

NICKKITER SAIT

ANRRON INGGOL

CONNIE SUHAILLI

PRISCILLA RUNGGUH

Bendahari : VAROLYNN ANNTUN

Naib Bendahari : MAGDLIND ULUNG

Setiausaha : TRYFINNIE

Naib Setiausaha : MARINA

Pengerusi : HARRIS DANIEL

Naib Pengerusi : ANDRIAN MARSDEN

Guru Pembimbing

EN. ABG ZAKARIA ABG HASSAN

PN. MARLYANA BINTI UMAR

Penaung

EN. EDWARD PALLEH MEKUN

( GURU BESAR )