bahkan kamu sesat wahai al-tijani - jawapan kepada buku 'akhirnya kutemui kebenaran oleh...

8

Click here to load reader

Upload: darulkautsar

Post on 28-Jul-2015

242 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Ini adalah terjemahan buku بل ضللت (Bal Dolalta) Karangan Syeikh Khalid Al-‘Asqalani sebagai jawapan kepada buku (Tsummah tadaitu) Akhirnya Kutemui Kebenaran tulisan Muhammad al-Tijani al-Samawi. Kedatangan buku Tijani ini merupakan cantuman-cantuman liar bagi kesesatan dan kedegilan yang ada pada Syi’ah. Mereka terus menunjukkan kejelekan fahaman-fahaman mereka dalam setiap lembaran yang mereka tulis pada masa dijalankan usaha pendekatan antara Syi’ah dan Ahli Sunnah.

TRANSCRIPT

Page 1: Bahkan Kamu Sesat Wahai Al-Tijani - Jawapan Kepada Buku 'Akhirnya Kutemui Kebenaran Oleh Al-Tijani (Pendahuluan & Pengantar

                     

Ini adalah terjemahan buku ضللت بل yang akan dikemaskini dari masa ke

semasa

 

BAHKAN KAMU SESAT WAHAI AL-TIJANI

Jawapan Kepada Penyesatan Muhammad Al-Tijani Al-Samawi Dalam Bukunya

Akhirnya Kutemui Kebenaran

 

Oleh: Syeikh Khalid Al-‘Asqalani

Terjemahan Oleh Panel Penterjemah Darulkautsar

Petikan daripada www.darulkautsar.net

 

 

Pendahuluan

 

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, selawat dan salam buat Rasul-Nya yang

digelar dengan al-Amin, Muhammad bin Abdullah, juga buat keluarganya dan para

sahabat kesemuanya.

 

Sejak Abdullah bin Saba`, seorang Yahudi telah memasyhurkan fahaman tentang

wajibnya imamah1 Sayyidina ‘Ali dan menzahirkan serangan fitnah ke atas Abu Bakar,

‘Umar dan ‘Uthman kemudiannya disambar oleh anak-cucunya yang terdiri daripada

kaum Majusi dan merekalah yang mencetuskan kerosakan dan perpecahan di kalangan

umat Islam dengan modal murahan dan sesuatu yang telah ditinggalkan oleh zaman

seperti dakwaan ‘Ali lebih berhak menjadi khalifah, keutamaannya mengatasi semua

sahabat, memprovokasi persoalan pembunuhan Sayyidina Husain dengan mengadakan

upacara ratapan tahunan untuknya. Yang menghairankan ialah isu-isu ini telah berlalu

dengan berlalunya masa, namun Syi’ah Rafidhah terus mahu meniupkannya sebagai

percubaan untuk menghidupkannya semula.

1[1] Konsep imamah yang dicanang oleh mereka bukan seperti yang difahami oleh Ahli Sunnah Wa Jama’ah sebagai kepimpinan negara dan politik, tetapi imamah menurut mereka kepimpinan rohaniah imam-imam 12 itu mempunyai sifat-sifat ketuhanan iaitu mengetahui ilmu-ilmu ghaib, terpelihara daripada sifat lupa, dan maksiat. (pent.)

Page 2: Bahkan Kamu Sesat Wahai Al-Tijani - Jawapan Kepada Buku 'Akhirnya Kutemui Kebenaran Oleh Al-Tijani (Pendahuluan & Pengantar

 

Oleh kerana hujah-hujah mereka ini tidak dapat memperdayakan cerdik pandai, maka

mereka mula menzahirkan hakikat mereka yang terpendam sedikit demi sedikit bagi

menutupi realiti seperti fahaman mereka tentang kufurnya semua sahabat kecuali tiga

orang atau tujuh orang, imam-imam dua belas itu ma’sum, menerima wahyu dan

didatangi oleh malaikat terbaik termasuk Jibril dan Mika`il, mereka itu lebih utama

daripada Rasul-rasul, mereka mengetahui apa yang telah berlaku dan apa yang akan

berlaku!! Sesiapa yang tidak beriman dengan imamah mereka maka dia menjadi kafir!!

 

Akan tetapi mala petaka yang terbesar ialah Syi’ah Rafidhah yang sentiasa mengheret

majoriti besar orang-orang Islam dengan menyebarkan racun-racun yang membunuh

dan mencampakkan ke dalam hati mereka kebencian dan dendam terhadap umat Islam

sehingga seorang daripada mereka menyangka bahawa dia berada di atas kebenaran

tetapi malangnya dia lebih menghampiri kebatilan, lebih melekat dengan penipuan dan

lebih layak dengan kekufuran. Oh! Alangkah baiknya hal ini berhenti setakat ini sahaja.

Bahkan tidak. Mereka terus melontarkan kebencian. Tetapi kepada siapa? Kepada

Yahudi dan Nasara? Tidak! Bahkan sebenarnya mereka melontarkan kepada para

sahabat Rasulullah s.a.w. dan tokoh-tokoh umat.

 

Syi’ah sentiasa menabur racun-racun yang membunuh bahawa kitab yang diturunkan

oleh Allah s.w.t. telah dipinda dan ditukar ganti. Apakah mereka maksudkan itu adalah

Taurat dan Injil? Tidak!! Bahkan mereka maksudkan al-Qur`an yang telah dijamin

penjagaan dan pemeliharaan. Tidak ada sebarang kebatilan dari sudut mana sekalipun.

Allah s.w.t. berfirman:

 

�ا �َّن �ْحُن� ِإ �ا َّن َن ْل �َّز� َر� َّن �ا اْلِّذ�ْك �َّن �ُه� َو�ِإ �ْح�اِف�ُظ�وَن� ْل ْل

 

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan

menjaganya. (Surah al-Hijr: 9)

 

Dalam keadaan sentiasa terubang ambing itu, Syi’ah datang dengan buku mereka,

Akhirnya Kutemui Kebenaran tulisan Muhammad al-Tijani al-Samawi. Kedatangan buku

ini merupakan cantuman-cantuman liar bagi kesesatan dan kedegilan yang ada pada

Syi’ah. Mereka terus menunjukkan kejelekan fahaman-fahaman mereka dalam setiap

Page 3: Bahkan Kamu Sesat Wahai Al-Tijani - Jawapan Kepada Buku 'Akhirnya Kutemui Kebenaran Oleh Al-Tijani (Pendahuluan & Pengantar

lembaran yang mereka tulis pada masa dijalankan usaha pendekatan antara Syi’ah dan

Ahli Sunnah.

 

Nah, sejarah membuktikan bahawa Syi’ah adalah penyeru kepada keruntuhan bukan

pendekatan antara Sunnah dan Syi’ah. Mengapa tidak, pada hal tidak ada satu bukupun

yang mereka terbitkan melainkan mereka hiaskan dengan kebatilan dan disulami pula

dengan pembohongan mereka. Pengarang buku ‘Akhirnya Kutemui Kebenaran’

menulisnya dengan berasaskan kepada dua prinsip yang menjadi paksi yang kuat

kepada hukum-hukum yang terbit darinya. Dua prinsip itu ialah pembohongan dan

percanggahan. Melalui kajian ini, para pembaca akan mendapati banyak sekali kedua-

dua prinsip tersebut diguna pakai. Sebagaimana dimaklumi, kedua-duanya itu adalah

bukti kepada kebatilan bukan bukti kepada kebenaran.

 

Penulis berani bersumpah bahawa al-Tijani tidak mengenali agama Syi’ah Imamiyyah

yang kononnya dia mendapat hidayat kepadanya. Malah al-Tijani tidak pernah

membaca kitab-kitab Syi’ah yang muktabar. Tambahan pula, dia bukanlah seorang yang

pernah bernaung di bawah panji Ahli Sunnah sebaliknya dia menisbahkan dirinya

kepada pelampau-pelampau sufi, Tariqah Tijaniyyah .

 

 

Tidak ada siapapun yang mempertikaikan perbezaan yang jelas antara manhaj Ahli

Sunnah dan manhaj Tariqah Tijaniyyah2[2] yang dianuti oleh al-Tijani al-Samawi.

Dengan membuat rujukan secara sederhana sahaja tentang aqidah tariqah ini sudah

cukup menjelaskan kepada orang yang adil sejauh mana kesesatan dan kefasiqan yang

2[2] Tariqat ini mempercayai konsep wahdah al-wujud ya’ni setiap yang ada di alam ini sebenarnya gambaran tentang Allah s.w.t. Ali Hirazam menulis dalam bukunya “Jawahir al-Ma’ani Wa Bulugh al-Amani Fi Faidh Sayyidi Abi al-‘Abbas al-Tijani, sebuah buku terpenting tentang Tariqah Tijaniyyah, katanya: “Ketahuilah zat-zat orang yang ‘arif dalam zat-zat kewujudan bahawa mereka itu melihat diri-diri segala yang ada seperti fatamorgana di tanah rata. Apa sahaja dalam zat-zat kewujudan itu semuanya (merujuk) kepada Allah s.w.t.” (jil. 1, hal. 259). Di tempat lain dia menulis: “Setiap orang yang beribadat atau orang yang sujud kepada selain Allah pada zahirnya dia tidak beribadat dan tidak sujud melainkan kepada Allah jua, kerana Dia menjelma dalam rupa-rupa itu.” (Jil 1, hal. 184). Penganut-penganut Tariqah Tijaniyyah mengatakan selawat Fatih (yang direka-reka oleh pemimpin mereka) kepada orang yang kesempitan lebih afdhal daripada al-Qur`an. Penulis kitab Jawahir al-Ma’ani mendakwa bahawa sekali membaca selawat Fatih menyamai bacaan al-Qur`an sehingga enam kali. Kemudian dia mengatakan: “Bahkan sehingga enam ribu kali.” Dia mengatakan: “Sesiapa yang melihat (dalam mimpi) syaikh mereka, Ahmad al-Tijani pada hari Isnin dan Jumaat akan masuk syurga tanpa hisab dan azab. Bahkan mereka mengatakan penghormatan ini berlaku kepada setiap orang yang melihatnya pada dua hari tersebut walaupun dia seorang kafir.” (Jawahir al-Ma’ani, jil. 2, hal. 180, Bughyah al-Mustafid Syarh Muniyyah al-Murid, hal. 275) Tetapi tiba-tiba, Syi’ah mengatakan al-Tijani penulis ‘Akhirnya Ku Temui Kebenaran’ yang berasal daripada Ahli Sunnah telah mendapat hidayat dengan agama Syi’ah. Oh, alangkah peliknya!!

Page 4: Bahkan Kamu Sesat Wahai Al-Tijani - Jawapan Kepada Buku 'Akhirnya Kutemui Kebenaran Oleh Al-Tijani (Pendahuluan & Pengantar

tersembunyi dalam al-Tijani. Oleh itu, al-Tijani yang mendakwa dirinya Ahli Sunnah telah

mendapat ‘hidayat’ kepada agama Syi’ah Imam Dua Belas adalah pembohongan yang

paling besar. Bahkan sebenarnya dia berpindah daripada satu kesesatan kepada

kesesatan lain yang disangkakan sebagai hidayat. Tetapi bagi orang yang melepaskan

dirinya daripada ta’sub dan membenarkan dirinya untuk mengkaji kebenaran tanpa bias

dan prejudis pasti dia akan sampai kepada jalan kebenaran.

 

Kajian kami ini akan membuka ufuk pemikiran para pencari kebenaran, di samping

mengemukakan dalil-dalil daripada Kitab Ahli Sunnah dan Syi’ah Imam Dua Belas

sendiri.

 

Sebelum mengakhiri muqaddimah ini, penulis tidak lupa untuk mengucapkan ribuan

terima kasih dan rasa terhutang budi kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan

dan menerbitkan buku ini yang memakan usaha dan waktu. Semoga Allah s.w.t.

menganjari usaha mereka di dunia ini dan menjadi sebab untuk masuk syurga di akhirat

nanti.

 

Penulis mengharapkan usaha penulisan ini ikhlas kerana Allah dan Dia menghimpunkan

penulis bersama-sama dengan para sahabat Rasulullah s.a.w.

 

Ya Allah, jadikanlah tempat tinggal penulis di akhirat dalam syurga yang kekal abadi

bersama-sama dengan al-hur al-‘ain. Amin… Ya Allah perkenankanlah.

 

Pengantar

 

Al-Tijani membahagikan bukunya itu kepada dua bahagian. Bahagian pertama

menceritakan pengembaraannya ke negara-negara Arab Islam yang membawa kepada

‘petunjuk’ dan perhubungan rapat dengan Syi’ah yang memberi kesan yang ‘baik’

kepadanya dalam usaha keluar daripada ‘kegelapan’ menuju kepada ‘cahaya’ dan

menjelaskan perbezaan antara ‘kebenaran’ dan ‘kebatilan’.

 

Bahagian kedua pula menyentuh tentang pengembaraannya yang ‘ilmiah’ yang

membawanya kepada ‘hakikat kebenaran’ iaitu persoalan sekitar sahabat Rasulullah

s.a.w. dan peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh mereka. Akhirnya ‘kebenaran’ itu berjaya

Page 5: Bahkan Kamu Sesat Wahai Al-Tijani - Jawapan Kepada Buku 'Akhirnya Kutemui Kebenaran Oleh Al-Tijani (Pendahuluan & Pengantar

membawanya kepada memutuskan bahawa sesatnya Ahli Sunnah dan betapa mereka

itu terseleweng daripada kebenaran. Natijah kajian yang diperolehi oleh al-Tijani ialah

jalan yang lurus iaitu Syi’ah Imam Dua Belas atau Syi’ah Rafidhah.3[3]

 

Oleh kerana bahagian kedua ini berkisar tentang sahabat, yang menjadi batu asas

persoalan ini dan ia amat membahayakan maka menjadi kemestian kepada penulis

untuk menyanggah al-Tijani bermula dari persoalan ini. Kemudian penulis akan

menyelesaikan jawapan demi jawapan terhadap pemalsuan dan pembohongan lain

yang terkandung dalam buku al-Tijani yang menyesatkan itu.

 

 

 

3[3] Dalam kitab al-Rawdhah Min al-Kafi, al-Kulaini mengemukakan satu riwayat yang panjang daripada Muhammad bin Salman daripada ayahnya, dan tersebut dalam riwayat itu Abu Busair berkata kepada Abu Abdullah: “Kutebus engkau dengan diriku, sesungguhnya kami telah digelar dengan gelaran yang buruk yang mematahkan tulang belakang kami, mematikan hati kami dan pemimpin-pemimpin mereka menghalalkan darah kami kerana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ulama mereka. Abu Busair berkata, lalu Abu Abdullah berkata: “al-Rafidhah? Abu Busair menjawab: “Ya”. Abu Abdullah berkata: “Tidak, demi Allah, bukan mereka yang menamakan kamu, tetapi Allah yang menamakan kamu dengannya..” jil. 8, hal. 28) 

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=1419