bahasa melayuzb165.blogspot.com/2009/09/analisis-kesalahan-bahasa-1-kesalahan.htmlberdasarkan pola...

Download Bahasa MeLayuzb165.blogspot.com/2009/09/analisis-kesalahan-bahasa-1-kesalahan.htmlberdasarkan pola KV (a-u) @ Ejaan daripada bahasa asalnya perlu dikekalkan @ Kesalahan mengeja kata

If you can't read please download the document

Upload: dangkhuong

Post on 11-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Bahasa MeLayu

Bahasa MeLayu

Rabu, 30 September 2009

ANALISIS KESALAHAN BAHASA

1 Kesalahan Ejaan

Bil

Kesalahan

Pembetulan

1

2

3

4

5

pamiran, lakun, anih, tulin, calun, perabut

istirehat, modern, definasi, sessi, billion

olih, untok, pelek

deraf, setor, kelinik

menyalah gunakan, ketidak hadiran,

pameran, lakon, aneh, tulen, calon, perabot

istarahat, moden, definisi, sesi, billion

olih, untuk, pelik

draf, stor, klinik

menyalah gunakan, ketidak hadiran,

Keterangan

1 perabot ialah pinjaman yang perlu dieja mengikut pola KKV, iaitu a-o , bukannya berdasarkan pola KV (a-u) @ Ejaan daripada bahasa asalnya perlu dikekalkan @ Kesalahan mengeja kata pinjaman.

2 Kesalahan mengeja kata pinjaman.

3 Kata jati BM oleh mesti dieja mengikut Pola Keselarasan Vokal, iaitu o-e @ oleh ialah kata jati bahasa Melayu dan perlu dieja mengikut Pola Keselarasan Vokal o-e, bukannya o-i.

4 Gugus konsonan dalam kata pinjaman hendaklah dikekalkan bentuk ejaannya dalam bahasa Melayu.

5 Unsur yang menerima apitan me-kan sepatutnya dieja sebagai satu perkataan.

2 Kesalahan Tanda Baca

Bil

Kesalahan

Pembetulan

1

2

3

4

5

6

7

8

9

berlari lari, terus menerus, gotong royong, serta merta, adik beradik, kejar mengejar

miskin-kaya, kerusi-meja, tua-muda, asal-usul,

bersatu-padu,

memporakperandakan, menghuruharakan,

abad ke21

tahun 80an, dekad 70an

hambaMu, rahmatNya, KDNKnya,

proMalaysia, antiAmerika, antiBarat

anti-dadah, pro-kerajaan, juru-cakap, pra-sekolah, pasca merdeka, dwi-bahasa,

Sukma - VI

berlari-lari, terus-menerus, gotong-royong, serta-merta, adik-beradik, kejar-mengejar

miskin kaya, kerusi meja, tua muda, asal usul,

bersatu padu,

memporak-perandakan, menghuru-harakan,

abad ke-21

tahun 80-an, dekad 70-an

hamba- Mu, rahmat-Nya, KDNK-nya

pro-Malaysia, anti-Amerika, anti-Barat

antidadah, prokerajaan, antisosial, prasekolah, pascamerdeka, dwibahasa

Sukma VI

Keterangan

1 Tanda sempang perlu digunakan untuk menulisa kata ganda berlari-lari @ serta-merta ialah kata ganda, oleh sebab itu tanda sempang perlu digunakan.

2 Tanda sempang tidak perlu digunakan kerana perkataan tersebut bukan kata ganda.

3 menghuru-harakan ialah kata ganda dan tanda sempang diperlukan @ tanda sempang diperlukan untuk menulis kata ganda

4 Tanda sempang perlu digunakan untuk merangkaikan ke dengan angka 21

5 Tanda sempang perlu digunakan untuk menghubungkan angka yang merujuk kepada tahun dengan akhiran an

6 Tanda sempang perlu digunakan untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama.

7 Tanda sempang perlu digunakan apabila mengabungkan imbuhan pinjaman pro dengan kata nama khas selepasnya, iaitu Malaysia.

8 Tanda sempang tidak perlu digunakan apabila merangkaikan imbuhan pinjaman juru dengan kata nama am.

9 Tanda sempang tidak perlu digunakan untuk memisahkan perkataan (huruf) dengan angka roman.

3 Kesalahan Penanda Jamak

Bil

Kesalahan

Pembetulan

1

2

sederetan kedai-kedai, sebilangan pelajar-pelajar, antara masalah-masalah, sebahagian besar remaja-remaja, para remaja-remaja, ramai peniaga-peniaga

mereka-mereka, umat-umat, rakyat-rakyat,penduduk-penduduk

sederetan kedai, sebilangan pelajar, antara masalah, sebahagian remaja, para remaja, ramai peniaga

mereka, umat, rakyat, penduduk

Keterangan

1 Kata nama selepas kata bilangan yang menunjukkan banyak (jamak) tidak perlu digandakan kerana kata demikian berunsur lewah.

2 Kata nama tersebut telah menunjukkan bilangan yang banyak dan tidak perlu digandakan kerana kata demikian dianggap lewah.

4 Kesalahan Penggunaan Kata Majmuk

Bil

Kesalahan

Pembetulan

1

2

3

4

5

6

semulajadi, temuduga, mengulangkaji, mengenalpasti,urusetia, aturcara, terimakasih

jawatan kuasa, warga negara, beri tahu, kaki tangan, suka rela, kerja sama

surat khabar-surat khabar, kapal terbang-kapal terbang, mata pelajaran-mata pelajaran

tanda-tandatangan, jawatan-jawatankuasa, setia-setiausaha,

menyatu padukan, persurat khabaran, mencampur adukan,

bersatupadu, mengambilalih, dayaserapan

semula jadi, temu duga, menguulang kaji, mengenal pasti, urus setia, atur cara, terima kasih,

jawatankuasa, warganegara, beritahu, kakitangan, sukarela, kerjasama

surat-surat khabar, kapal-kapal terbang, mata-mata pelajaran

tandatangan-tandatangan, jawatankuasa-jawatankuasa, setiausaha-setiausaha

menyatupadukan, persuratkhabaran, mencampuradukan

bersatu padu, mengambil alih, daya serapan

Keterangan

1 Kata majmuk semulajadi perlu dieja terpisah (dijarakkan ejaannya).

2 jawatan kuasa ialah kata majmuk yang dianggap mantap dan ejaannya perlu ditulis serangkai (dirapatkan ejaannya).

3 Untuk menggandakan kata majmuk, hanya unsur/perkataan pertama sahaja yang perlu digandakan @ kata majmuk surat khabar perlu digandakan unsur yang pertama sahaja.

4 Bagi kata majmuk yang dianggap mantap, penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.

5 Kata majmuk yang menerima apitan men-kan perlu dieja sebagai satu perkataan/dicantumkan ejaannya.

6 Kata majmuk yang menerima awalan atau akhiran sahaja ejaannya tetap terpisah.

5 Kesalahan Imbuhan

Bil

Kesalahan

Pembetulan

1

2

3

4

5

6

7

kemasukkan, kebanyakkan, kebaikkan, kenaikkan

memperbesarkan, memperindahkan, mempereratkan, memperlebarkan

mempersetujui, memperbaiki, memperolehi, memperakui

menghadkan, mensyorkan, mengkhaskan

mengkagumkan, mengketepikan, mengketengahkan, mempastikan, mengkebumikan, pengkayaan

memeroses, menakrifkan, menafsirkan

juru foto, maha siswa, pra sekolah, pasca merdeka, anti sosial, dwi bahasa, tata etika

kemasukan, kebanyakan, kebaikan, kenaikan

memperbesar, memperindah, mempererat, memperlebar

menyetujui, membaiki, memperoleh, memperakukan

mengehadkan, mengesyorkan, mengekhaskan

mengagumkan, mengetepikan, mengetengahkan, memastikan, mengebumikan, pengayaan

memproses, mentakrifkan, mentafsirkan

jurufoto, mahasiswa, prasekolah, pascamerdeka, antisosial, dwibahasa, tataetika

Keterangan

1 Tidak ada imbuhan ke-kan dalam bahasa Melayu, sepatutnya ke-an

2 Bagi kata dasar yang terdiri daripada golongan kata adjektif, penggunaan imbuhan memper- sudah memadai untuk maksud menjadikan lebih @ Penggunaan apitan memper-kan pada kata adjektif adalah lewah.

3 Kata dasar oleh perlu memakai imbuhan merper- sahaja, bukannya memepr-i kerana dianggap lewah. @ bagi kata adjektif baik akhiran i tidak diperlukan.

4 Bagi kata dasar yang terdiri daripada satu suku kata, imbuhan menge-kan hendaklah digunakan @ had ialah kata yang ekasuku kata dan imbuhan menge-kan perlu digunakan, bukannya meng-kan.

5 Huruf pertama dalam perkataan kagum, iaitu k akan berubah kepada huruf ,ng, apabila menerima apitan meN-kan.

6 Kata pinjaman yang bermula dengan huruf p, t, k, s; huruf pertama perkataan tersebut tidak berubah kepada m, n, ng, ny @ huruf pertama bagi kata pinjaman proses tidak akan berubah kepada huruf m apabila menerima imbuhan meN-kan.

7 Imbuhan pinjaman juru hendaklah ditulis serangkai/ digabungkan dengan kata nama am yang mengikutinya.

6 Kesalahan kata Bilangan

Bil

Kesalahan

Pembetulan

1

2

3

4

5

tiap pelajar, setengah orang

setiap orang pelajar, setiap buah rumah

beribu penonton, kedua ibu bapa

berguni beras, berbagai masalah

dua pelajar, ..seratus rumah

setengah pihak berpendapat

setiap pelajar/tiap-tiap pelajar, sesetengah orang/setengah-setengah orang

setiap pelajar, setiap rumah

beribu-ribu penonton, kedua-dua ibu bapa

berguni-guni beras, berbagai-bagai masalah/

pelbagai masalah,

dua orang pelajar, seratus buah rumah

sesetengah pihak berpendapat

setengah-setengah pihak berpendapat..

Keterangan

1 tiap kata bilangan pisahan dan perlu digandakan atau menerima imbuhan se- untuk menyempurnakan maksudnya.

2 Penjodoh bilangan tidak perlu selepas kata bilangan pisahan setiap

3 Perkataan berguni perlu digandakan untuk menyempurnakan maksudnya sebagai kata bilangan himpunan.

4 Kata bilangan tentu perlu diikuti oleh penjodoh bilangan @ seratus ialah kata bilangan tentu dan perlu diikuti oleh penjodoh bilangan buah

5 setengah bermaksud separuh, manakala sesetengah bermaksud sebilangan daripada sesuatu @ setengah ialah kata bilangan pisahan dan perlu digandakan untuk membawa maksud sebilangan daripada sesuatu.

7 Kesalahan Kata Tugas

Bil

Kesalahan

Pembetulan

1

2

3

4

5

6

7

... ialah untuk ayah

KLCC adalah bangunan tertinggi

adalah universiti tertua

adalah bukan untuk ayah

adalah dimaklumkan.., adalah merupakan faktor utama.., .adalah bergantung, adalah disebabkan keracunan makanan

ke pihak atasan

di masa dahulu, di saat itu

dari bahaya dadah, dari persatuan kami

pendapatannya bukan besar sangat

adalah untuk ayah

KLCC ialah bangunan tertinggi

ialah universiti tertua

bukan untuk ayah

(kata pemeri adalah tidak diperlukan)

kepada pihak atasan

pada masa dahulu, pada saat itu

daripada bahaya dadah, daripada persatuan kami

.pendapatanya tidak besar sangat

Keterangan

1 Kata pemeri ialah tidak boleh digunakan sebelum FSN.

2 Kata pemeri adalah digunakan sebelum FA dan FSN. @ Kata pemeri ialah hendaklah digunakan sebelum KN/FN. Kata pemeri adalah tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi bukan untuk menafikan FSN

3 Kata pemeri adalah tidak boleh hadir di hadapan kata kerja/frasa kerja.

4 KSN kepada perlu digunakan di hadapan KN/FN yang menunjukkan sasaran.

5 KSN di digunakan selepas FN yang menunjukkan tempat, dan tidak boleh digunakan di hadapan

FN yang menunjukkan waktu/masa.

6 KSN dari digunakan di hadapan FN yang menunjukkan tempat/masa. KSN daripada perlu

digunakan untuk menujukkan punca bagi manusia/unsur abstrak.

7 Kata nafi bukan untuk menafikan FN&FSN sahaja, dan kata nafi tidak perlu digunakan untuk

menafikan FA.

8 Kesalahan Hukum D-M

Bil

Kesalahan

Pembentulan

1

2

tiram sos, cili sos, daging kari, ayam kari, goreng pisang, Pusat Besar Kesihatan

lain-lain hal, lain-lain agenda, buat kali pertama, lain-lain keperluan

sos tiram, sos cili, kari daging, kari ayam, pisang goreng, Pusat Kesihatan Besar

hal-hal lain, agenda-agenda lain, buat pertama kali, keperluan-keperluan lain

Keterangan

1-2 Tidak mematuhi hukum D-M, iaitu unsur yang diterang (D) mestilah mendahului unsur yang menerang (M).

9 Kesalahan Frasa Kerja Transitif

Bil

Kesalahan

Pembetulan

1

2

3

membincangkan tentang isu rasuah,

memeriahkan lagi majlis tersebut

memperkatakan semula perkara itu

memahami akan kehendaknya

mengunjungi ke pusat beli-belah

beliau memberitahu bahawa..

membaca di perpustakaan, melaporkan dari tapak ekspo, menyerahkan kepada pihak berkuasa

membincangkan isu rasuah

memeriahkan majlis tersebut

memeprkatakan perkara itu semula

memahami kehendaknya

mengunjungi pusat beli-belah

beliau memberitahu mereka bahawa

membaca buku di perpustakaan, melaporkan berita dari tapak ekspo, menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa

Keterangan

1 Kata sendi nama tentang tidak diperlukan selepas kata kerja transitif membincangkan @ Kata sendi nama ke tidak diperlukan selepas kata kerja transitif mengunjungi kerana kata kerja transitif perlu diikuti oleh FN/KN sebagai objek.

2 memberitahu ialah kata kerja transitif dan perlu diikuti oleh objek / tiada objek selepas kata kerja transitif. memberitahu.

3 Tidak ada objek selepas kata kerja transitif melaporkan. @ melaporkan ialah kata kerja transitif dan perlu diikuti oleh FN/KN sebagai objek

10 Kesalahan Frasa Kerja Tak Transitif

Bil

Kesalahan

Pembetulan

1

budak itu tidur berbantalkan dengan lengan, berdasarkan kepada bukti,

bersulamkan dengan benang emas,

berpandukan kepada peta

budak itu tidur berbantalkan lengan,

berdasarkan bukti,

bersulamkan benang emas,

berpandukan peta

Keterangan

1 Kata kerja tak transitif yang berimbuhan ber-kan perlu diikuti oleh KN sebagai pelengkap @ kata sendi nama kepada tidak diperlukan selepas kata kerja tak transitif berdasarkan.

11 Kesalahan Frasa Kerja Pasif

Bil

Kesalahan

Pembetulan

1

2

3

4

masalah yang mereka bincangkan,

hujah yang beliau kemukakan

majalah itu diaca oleh kami semalam,

berita itu dilaporkan oleh anda

surat itu kami sudah jawab semalam

terpesona dengan keindahan

tidak tertipu dengan jenama tiruan

masalah yang dibincangkan oleh mereka,

hujah yang dikemukakan oleh beliau

majalah itu kami baca semalam,

berita itu anda laporkan

surat itu sudah kami jawab semalam

terpesona oleh keindahan..

tidak tertipu oleh jenama tiruan

Keterangan

1 Tidak menepati binaan ayat pasif KGND ketiga @ Kata ganti nama diri ketiga mereka hendaklah hadir selepas kata kerja dalam ayat pasif KGND3.

2 Kesalahan binaan ayat pasif KGND 1 & 2 @ Kata ganti nama diri pertama kami hendaklah hadir sebelum kata kerja dalam ayat pasif KGND1.

3 Tidak boleh disisipkan sebarang unsur di antara FN kami dengan KK pasif jawab @ kesalahan ayat pasif KGND1.

4 terpesona ialah kata kerja pasif dan perlu diikuti oleh oleh untuk menjadikan ayat yang gramatis

12 Kesalahan Frasa Adjektif

Bil

Kesalahan

Pembetulan

1

2

paling besar sekali

rumahnya terbesar sekali di kampung itu

paling besar/besar sekali

rumahnya terbesar di kampung itu

rumahnya besar sekali di kampung itu

Keterangan

1 Dua kata penguat yang menunjukkan darjah penghabisan,iaitu paling dan sekali tidak boleh hadir serentak kerana dianggap lewah.

2 terbesar dan sekali , kedua-duanya membawa maksud darjah penghabisan dan tidak perlu hadir secara berturutan kerana dianggap penggunaan yang lewah.

13 Kesalahan Frasa Sendi Nama

Bil

Kesalahan

Pembetulan

1

2

3

4

5

6

7

oleh kerana

bergerak ke kiri dan kanan

hendak pergi ke KL atau Langkawi

dari masa ke semasa

selain daripada itu

sejak dari seminggu lalu..

kebahagian hingga ke akhir hayat

demi untuk negara tercinta

balik kampung, pergi pasar, berbincang hal itu

di antara masalahnya, di dalam hal ini

curiga terhadap kejujuran anak buahnya

oleh sebab

bergerak ke kiri dan ke kanan

hendak pergi ke KL atau ke Langkawi

dari masa ke masa/dari semasa ke semasa

selain itu

sejak seminggu lalu

kebahagian hingga/ke akhir hayat

demi negara tercinta/untuk negara tercinta

balik ke kampung, pergi ke pasar, berbincang tentang hal itu

antara masalahnya, dalam hal ini..

curiga tentang kejujuran anak buahnya

Keterangan

1 KSN oleh mesti diikuti oleh KN, kerana bukan kata nama tetapi kata hubung.

2 Dalam FSN gabungan, kata sendi nama ke mesti hadir dalam kedua-dua bahagian yang

digabungkan.

3 Dalam FSN berpasangan, perkataan yang sama mesti dikekalkan.

4 Penggunaan dua kata sendi nama secara serentak dianggap lewah kerana kedua-duanya mendukung makna yang sama @ dua KSN tidak boleh hadir serentak @ selain ialah KSN dan tidak perlu diikuti oleh KSN daripada secara serentak.

5 KSN tidak boleh digugurkan selepas kata kerja tak transitif sekiranya ada FN yang mengikutinya.

6 Kata sendi nama di tidak perlu digunakan @ di antara membawa pengertian lingkungan yang mempunyai ruang atau jarak.

7 Kata sendi nama tentang perlu digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang umum/tidak tentu, atau mujarad (abstrak)

14 Kesalahan Ayat

Bil

Kesalahan

Pembetulan

1

2

3

4

5

6

7

8

9

Bagi sesiapa yang berasa ragu-ragu dalam soal ini, bolehlah meneliti sejarah.

Orang ramai dari jauh dan dari dekat yang datang ke bandar itu.

Sesetengah daripada mereka mengikuti kursus-kursus tertentu. Misalnya, kursus komputer.

Setiausaha seminar menyatakan yang seminar itu.

Golongan petani itu mengetahui yang nasib mereka terancam.

Saya diberitahu yang bapanya baru pulang dari luar negeri.

Bangunan terletak di bandar itu kepunyaan ayahnya.

Banyak tetamu hadir di majlis perkahwinannya.

Beliau terharu oleh sikap prihatin ditunjukkan .

Di daerah Pontian banyak menghasilkan nanas.

Kepada para hadirin diminta berdiri.

Ini kerana mereka secara tidak langsung tergolong sebagai artis dan berada dalam dunia glamour.

Bintang-bintang bertaburan di langit.

Dedaun kering berterbangan ditiup angin.

Bagi sesiapa yang berasa ragu-ragu dalam soal ini, mereka bolehlah meneliti sejarah.

Orang ramai dari jauh dan dari dekat yang datang ke bandar itu terpesona oleh keindahannya.

Sesetengah daripada mereka mengikuti kursus-kursus tertentu, misalnya kursus komputer.

Setiausaha seminar menyatakan bahawa seminar itu.

Golongan petani itu mengetahui bahawa nasib mereka terancam.

Saya diberitahu bahawa bapanya baru pulang dari luar negeri.

Bangunan yang terletak di bandar itu kepunyaan ayahnya.

Banyak yang tetamu hadir di majlis perkahwinannya.

Beliau terharu oleh sikap prihatin yang ditunjukkan.

Daerah Pontian banyak menghasilkan nanas.

Para hadirin diminta berdiri.

Hal ini demikian kerana mereka secara tidak langsung tergolong sebagai artis dan berada dalam dunia glamour. @ Ini disebabkan.

Bintang bertaburan di langit.

Daun kering berterbangan ditiup angin.

Keterangan

1 Ayat tergantung kerana tiada subjek.

2 Ayat tergantung kerana tiada predikat @ Pernyataan di atas tidak membentuk ayat yang lengkap.

3 Pernyataan ini tidak dapat berdiri sendiri dan perlu digabungkan dengan ayat yang terdahulu.

4 Kata hubung komplemen bahawa hendaklah digunakan dalam ayat majmuk komplemen, bukannya kata hubung relatif yang.

5 Kata hubung yang perlu digunakan untuk menghubungkan subjek bangunan dengan unsur penerang subjek. @ KH yang perlu digunakan untuk membentuk klausa yang berfungsi sebagai penerang KN/FN.

6 Perkataan yang perlu ada sesudah kata prihatin supaya wujud pertalian yang jelas antara kata prihatin dengan ditunjukkan.

7 Ayat tergantung kerana di depan subjek daerah Pontian terdapat kata sendi nama di.

8 Struktur binaan ayat tidak lengkap kerana tiada subjek dan predikat.

9 Kata kerja bertaburan telah menunjukkan jumlah subjek yang banyak, dengan demikian kata nama bintang tidak perlu digandakan lagi.

15 Kesalahan-Kesalahan Lain.

Bil

Kesalahan

Pembetulan

1

2

3

4

5

6

terima kasih di atas kehadiran

saling faham-memahami, saling tolong-menolong, saling bermaaf-maafan

berhenti bermain bola bila hujan turun

buku rujukan yang mana baru dibelinya

latihan jalan lasak di mana diadakan di hutan lipur itu

Salah satu daripada ciri

Rumah-rumah di taman itu besar-besar belaka.

terima kasih atas kehadiran,

saling memahami/faham-memahami, saling menolong/tolong-menolong, saling bermaafan/bermaaf-maafan..

berhenti bermain bola apabila hujan turun

buku rujukan yang baru dibelinya

latihan jalan lasak diadakan di hutan lipur itu

Salah satu ciri, satu daripada ciri

Rumah-rumah di taman itu besar belaka./Rumah di taman itu besar-besar belaka.

Keterangan

1 di atas membawa maksud bahagian atas, oleh yang demikian penggunaannya dalam ayat tersebut tidak tepat.

2 Kata ganda tolong-menolong sudah membawa maksud perbuatan berbalasan. Oleh sebab itu, perkataan saling tidak perlu lagi digunakan sebelumnya.

3 bila ialah kata tanya bukannya kata hubung keterangan dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut

4 yang mana dan di mana ialah FSN Tanya, bukannya kata hubung dan tidak tepat penggunaannya dalam ayat tersebut.

5 Penggunaan bahasa yang dianggap lewah.

6 Jika subjek ayat berbentuk jamak, KA dalam predikat ayat tidak perlu digandakan.

Zi/smkpm05

2006

1 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan setiap kesalahan dan kemudiaan buat pembetulan.

Penduduk yang tinggal di kawasan itu terdiri dari golongan elit. Kediaman-kediaman yang terdapat di situ besar-besar belaka dan agak berlainan daripada tempat tinggal orang kebanyakan. Golongan elit tersebut bergiat dalam bidang perniagaan dan sesetengahnya menjadi pegawai tinggi kerajaan. Selain daripada tinggal di kawalan kediaman yang serba mewah, mereka juga mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Hampir setiap buah rumah mempunyai perabut yang diimport. Sesetengah kediaman di situ terdapat kolam renang. Ketika penulis melalui di jalan ke kawasan tersebut, didapati suasananya sunyi sekali. Kami dapat melihat beberapa orang pekerja asing sedang memotong rumput. Pergaulan golongan elit terbatas kerana masing-masing sibuk dengan urusan harian. Walaupun begitu, mereka bukanlah golongan anti -sosial.

Bil

Kesalahan

Sebab Kesalahan

Pembetulan

Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan setiap kesalahan dan kemudiaan buat pembetulan.

Penduduk yang tinggal di kawasan itu terdiri dari golongan elit. Kediaman-kediaman yang terdapat di situ besar-besar belaka dan agak berlainan daripada tempat tinggal orang kebanyakan. Golongan elit tersebut bergiat dalam bidang perniagaan dan sesetengahnya menjadi pegawai tinggi kerajaan. Selain daripada tinggal di kawalan kediaman yang serba mewah, mereka juga mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Hampir setiap buah rumah mempunyai perabut yang diimport. Sesetengah kediaman di situ terdapat kolam renang. Ketika penulis melalui di jalan ke kawasan tersebut, didapati suasananya sunyi sekali. Kami dapat melihat beberapa orang pekerja asing sedang memotong rumput. Pergaulan golongan elit terbatas kerana masing-masing sibuk dengan urusan harian. Walaupun begitu, mereka bukanlah golongan anti -sosial.

Bil

Kesalahan

Sebab Kesalahan

Pembetulan

1

terdiri dari

KSN dari digunakan di hadapan KN @ FN yang menunjukkan keterangan tempat atau waktu

terdiri daripada

2

Kediaman-kediamandi situ besar-besar

Jika subjek ayat berbentuk jamak, kata adjektif dalam bahagian predikat tidak perlu digandakan

Kediaman-kediaman di situ besar @ Kediaman di situ besar-besar

3

Selain daripada tinggal

Selain ialah KSN dan tidak perlu diikuti oleh KSN daripada secara serentak

Selain tinggal

4

setiap buah rumah

Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan selepas kata bilangan pisahan setiap

setiap rumah

5

melalui di jalan

Melalui ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti oleh objek/KSN di tidak diperlukan selepas kerja transitif melalui

melalui jalan

6

anti-sosial

Imbuhan pinjaman anti hendaklah ditulis serangkai dengan KN am yang mengikutnya.

antisocial

7

perabut

perabot ialah kata pinjaman dan perlu dieja mengikut pola KKV a-o, bukannya pola a-u/kesalahan mengeja kata pinjaman

Perabot

2 Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [15]

Beberapa jenis haiwan di taman itu diimport dari negara Afrika dan dari Amerika Selatan. Orang ramai yang berkunjung ke taman tersebut dilarang memberikan makanan pada haiwan tersebut. Pada petang itu, kelihatan seekor orang utan membuat bising sambil menggaru-garu kepalanya berkali-kali apabila anaknya diganggu oleh pengunjung. Pengawal taman itu mensyaki bahawa haiwan tersebut diberikan makanan lalu menasihati pengunjung agar tidak berbuat demikian. Setelah berjaya mententeramkan orang utan itu, pengawal tersebut beredar dari tempat itu. Semua petugas di taman berkenaan mempelajari tentang ilmu haiwan, termasuk cara merawat haiwan yang sakit. Bagi sesiapa yang ingin mengunjungi taman tersebut, hendaklah mendapat kebenaran masuk terlebih dahulu daripada pihak pengurusan. Yuran sebanyak RM 5.00 seorang dikenakan kepada setiap pengunjung.

Jawapan Soalan 2

Bil

Kesalahan

Sebab Kesalahan

Pembetulan

1

...memberikan makanan pada haiwan

Untuk menyatakan arah yang merujuk kepada haiwan, kata sendi nama kepada hendaklah digunakan, bukannya pada.

memberikan makanan kepada haiwan

2

menggaru-garu kepalanya berkali-kali

Kata berkali-kali tidak perlu digunakan kerana menggaru-garu menunjukkan perbuatan yang berulang-ulang.

menggaru-garu kepalanya

3

mensyaki

Bagi kata dasar yang terdiri daripada satu suku kata, imbuhan menge- perlu digunakan, bukannya men-

mengesyaki

4

mempelajari tentang ilmu haiwan

Kata sendi nama tentang tidak perlu digunakan selepas kata kerja transitif mempelajari

mempelajari ilmu haiwan

5

Bagi sesiapa yang ingin mengunjungi taman tersebut, hendaklah

Keterangan tersebut tidak menepati binaan ayat kerana tidak mempunyai subjek.

Bagi sesiapa yang ingin mengunjungi taman tersebut, mereka hendaklah

atau

Sesiapa yang ingin mengunjungi taman tersebut hendaklah

Soalan 3

Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan.

Di masa ini kemerosotan disiplin di kalan pelajar sekolah telah menjadi satu masalah kepada pihak sekolah mahupun ibu bapa. Dalam hal ini, masalah kemerosotan disiplin bertambah serius dari sehari ke sehari dan berlaku hampir di semua sekolah di negara ini. Bebera;pa masalah-masalah kemerosotan disiplin berpunca daripada pihak sekolah itu sendiri, ibu bapa, dan seterusnya pihak pelajar. Pihak sekolah yang mempunyai peraturan yang tidak ketat tentang pelajar-pelajar merupakan satu faktor penyebab terjadinya kemerosotan disiplin. Sekiranya tindakan yang tidak tegas diambil terhadap pelajar yang melanggar disiplin di mana akan mengakibatkan disiplin di sekolah itu terus merosot. Oleh itu, pihak sekolah bertanggungjawab dalam menjaga disiplin pelajar demi untuk masa hadapan mereka.

Soalan 4

Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan

Tajuk ucapan yang akan disampaikan oleh saya pada pagi ini ialah Kemajuan Sains dan Teknologi. Kini, semua pihak hendaklah melengkapkan diri dengan pelbagai persiapan-persiapan menghadapi era globalisasi. Bagi maksud tersebut, setiap individu tidak harus memperbesarkan isu yang remeh-temeh di dalam perkara ini. Daripada saat ini, generasi muda seharusnya berusaha menambahkan ilmu pengetahuan sesuai dengan kehidupan di negara maju pada abad ke 21. Di samping itu, semangat patriotisme dan sayangkan negara perlu disuburkan dalam diri generasi muda.

Soalan 5

Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan

Di peringkat awal lagi pihak majikan diminta mengemukakan senarai nama-nama pekerja mereka. Langkah ini penting untuk mengelakkan pekerja asing memasuki ke negara ini. Setiap orang pengurus syarikat mematuhi arahan itu tapi lama-kelamaan ada yang mengingkarinya. Oleh sebab sayangkan pekerja asing, terdapat ramai pemilik-pemilik ladang yang melindungi mereka dengan berbagai-bagai cara. Akhirnya, tindakan yang mereka ambil itu menyusahkan diri sendiri.

Soalan 6

Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan

Rusuhan kaum di bandar itu berakhir dengan wakil kedua puak yang bertelagah menandatangani perjanjian untuk berdamai. Walaupun begitu, anggota tentera yang bersenjatakan dengan senapang masih kelihatan ke sana sini mengawal keadaan. Suasana yang sangat riuh-rendah ketika rusuhan memuncak di bandar itu telah tenang kembali. Bagi menyemak senarai nama perusuh yang ditahan untuk dibicarakan. Beberapa orang wartawan asing yang mengambil kesempatan melawat ke tempat-tempat yang menarik di bandar itu terpesona dengan keunikan tasik buatan manusia yang terletak di pinggir bandar itu. Ketika ditanya oleh wartawan tentang rusuhan tersebut, kebanyakan penduduk di situ mengatakan yang peperangan bukanlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan konflik.

Skema Soalan 3

Bil

Kesalahan

Pembetulan

Alasan

1

di masa

pada masa

Kata sendi nama pada perlu digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu; kata sendi nama di tidak wajar digunakan

2

beberapa masalah-masalah

beberapa masalah/ masalah-masalah

Beberapa ialah kata bilangan yang mendukung maksud jamak. Oleh itu, kata nama maksud jamak yang mengikutinya tidak perlu diulang.

3

tentang pelajar-pelajar

terhadap pelajar-pelajar

Pelajar-pelajar ialah penyambut rujukan tertentu iaitu manusia. Kata sendi nama yang sesuai ialah terhadap kerana terhadap digunakan sebagai rujukan yang membabitkan penyambut rujukan tertentu.

4

di mana

dan

Penggunaan frasa sendi nama Tanya di mana merupakan pengaruh bahasa Inggeris dan tidak sesuai digunakan dalam bahasa Melayu.

5

demi untuk masa hadapan

demi/ untuk masa hadapan

Penggunaan kata sendi nama demi untuk dianggap lewah. Oleh itu, frasa tersebut tidak tepat digunakan.

Skema Soalan 4

Bil

Kesalahan

Pembetulan

Alasan

1

disampaikan oleh saya

saya sampaikan

Kata ganti nama diri orang pertama hendaklah hadir sebelu kata kerja.

2

pelbagai persiapan-persiapan

pelbagai persiapan/

persiapan-persiapan

Penggunaan pelbagai persiapan-persiapan dianggap lewah.

Pelbagai merupakan penanda jamak dan perkataan yang mengikutinya tidak perlu digunakan.

3

memperbesarkan isu

memperbesar isu

Penggunaan apitan memper-kan dengan kata adjektif dianggap leawah.

4

di dalam perkara ini

dalam perkara ini

Kata sendi nama di merujuk kepada tempat (perkara tidak merujuk kepada kosep tempat)

5

daripada saat ini

dari saat ini

Kata sendi nama yang sesuai digunakan untuk menerangkankonsep masa ialah dari bukan daripada.

6

abad ke 21

abad ke-21

Tanda sempang (-) perlu digunakan untuk merangkaikan kata sendi nama ke dengan angka.

7

Sayangkan

sayang akan

Kata sendi nama akan hadir selepas kata adjektif perasaan (emotif).

Skema Soalan 5

Bil

Kesalahan

Pembetulan

Alasan

1

Di peringkat

Pada peringkat

Kata sendi nama pada perlu digunakan untuk menyatakan bentuk ungkapan yang abstrak

2

senarai nama-nama pekerja

senarai nama pekerja/nama-nama pekerja

Kata nama am yang mendukung maksud jamak tidak perlu diulang.

3

memasuki ke negara

memasuki negara

Kata sendi nama ke tidak perlu digunakan selepas kata kerja transitif memasuki

4

tapi

tetapi

Kata hubung tapi digunakan dalam bahasa pasar, tidak sesuai digunakan dalam bahasa formal.

5

sayangkan pekerja asing

sayang akan pekerja asing

Kata sendi nama akan perlu digunakan selepas kata adjektif yang menunjukkan perasaan.

6

ramai pemilik-pemilik

ramai pemilik/pemilik-pemilik

Kata nama tidak perlu digandakan selepas kata bilangan tidak tentu.

7

tindakan yang mereka ambil

tindakan yang diambil oleh mereka

Kata kerja perlu hadir sebelum kata ganti nama dalam ayat pasif kata ganti nama diri ketiga

Skema Soalan 6

Bil

Kesalahan

Pembetulan

Alasan

1

kedua pihak

kedua-dua pihak

Kata kedua merujuk kepada kedudukan atau bilangan. Oleh itu, kata bilangan tidak tentu perlu digandakan.

2

brsenjatakan dengan senapang

bersenjatakan senapang

Perkataan bersenjatakan ialah kata kerja tak transitif berpelengkap yang memerlukan kata sebagai pelengkap.

3

Bagi meyemak senarai nama perusuh yang ditahan untuk dibicarakan

Bagi menyemak senarai nama perusuh yang ditahan untuk dibicarakan, pihak polis telah menghubungi kedutaan masing-masing untuk diambil tindakan

Ayat ini tergantung kerana tidak mempunyai predikat.

4

terpesona dengan keunikan

terpesona oleh keunikan

Kata terpesona ialah kata kerja pasif yang memerlukan kata oleh selepasnya.

5

menyatakan yang peperangan

menyatakan peperangan/menyatakan bahawa peperangan

menyatakan merupakan kata kerja transitif yang memerlukan objek selepas kata tersebut.

Dicatat oleh

zakaria bin ibrahim

di11:52 PTG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Lama

Laman utama

Langgan:Catat Ulasan (Atom)

Mengenai Saya

zakaria bin ibrahim

Lihat profil lengkap saya

Pengikut

Arkib Blog

2009

(3)

September

(3)ANALISIS KESALAHAN BAHASA 1 Kesalahan Ejaan ...SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU Asal Us...Soalan Latih Tubi : Sintaksis