bahasa melayu tahun 5 penilaian bulan mac · pdf filebahasa melayu tahun 5 penilaian bulan mac...

9
BAHASA MELAYU TAHUN 5 PENILAIAN BULAN MAC KERTAS 1 Masa : Satu jam lima belas minit Nama : ………………………………………………. Tarikh : …./ 3 / 2016 Tahun : 5 ( ) 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini. 3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. BAHAGIAN A [20 markah] Soalan 1 hingga 16 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai . 1 Maharaja dan maharani sangat disenangi oleh rakyat. Hati ____________ berdua amat mulia. A kalian B mereka C baginda D tuan hamba 2 Semasa perhimpunan, murid-murid _________________ mengikut kelas. A berguling B berkawad C berbaris D berlari 3 Ibu bapa boleh _____________ anak mereka ke tahun satu selepas melengkapkan borang ini. A mengurus B memberitahu C mendaftarkan D mengumumkan 4 Pemilik kedai ___________________ makanan kepada kami. A mencari B menatang C menjualkan D menghidangkan MS 1

Upload: vuongdiep

Post on 20-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA MELAYU TAHUN 5 PENILAIAN BULAN MAC · PDF fileBAHASA MELAYU TAHUN 5 PENILAIAN BULAN MAC KERTAS 1 ... [ 2 markah ] Soalan 23 ... mempunyai akhlak yang baik dan sahsiah yang tinggi

BAHASA MELAYU TAHUN 5

PENILAIAN BULAN MAC

KERTAS 1

Masa : Satu jam lima belas minit

Nama : ………………………………………………. Tarikh : …./ 3 / 2016

Tahun : 5 ( )

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih

satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak

menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

BAHAGIAN A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 16 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai .

1 Maharaja dan maharani sangat disenangi oleh rakyat. Hati ____________ berdua amat mulia.

A kalian

B mereka

C baginda

D tuan hamba

2 Semasa perhimpunan, murid-murid _________________ mengikut kelas.

A berguling

B berkawad

C berbaris

D berlari

3 Ibu bapa boleh _____________ anak mereka ke tahun satu selepas melengkapkan borang ini.

A mengurus

B memberitahu

C mendaftarkan

D mengumumkan

4 Pemilik kedai ___________________ makanan kepada kami.

A mencari

B menatang

C menjualkan

D menghidangkan

MS 1

Page 2: BAHASA MELAYU TAHUN 5 PENILAIAN BULAN MAC · PDF fileBAHASA MELAYU TAHUN 5 PENILAIAN BULAN MAC KERTAS 1 ... [ 2 markah ] Soalan 23 ... mempunyai akhlak yang baik dan sahsiah yang tinggi

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Adik meletakkan se____________________ bunga di tepi katil nenek.

A jambangan

B kuntum

C tangkai

D ikat

6 Kim Seng berasa _______________ apabila menerima hadiah daripada guru besar.

A tenteram

B bangga

C selesa

D sabar

7 Petani itu memberikan se__________________ lidi kepada anak-anaknya.

A raut

B berkas

C potong

D bungkus

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Mereka menonton rancanagn televisyen bersama-sama untuk merapatkan hubungan ___________.

A kekeluargaan

B berkeluarga

C keluarga

D keluar

MS 2

Page 3: BAHASA MELAYU TAHUN 5 PENILAIAN BULAN MAC · PDF fileBAHASA MELAYU TAHUN 5 PENILAIAN BULAN MAC KERTAS 1 ... [ 2 markah ] Soalan 23 ... mempunyai akhlak yang baik dan sahsiah yang tinggi

9 Kuku yang panjang perlu diketip ________________ kotoran tidak melekat di sana.

A dan

B supaya

C jikalau

D kerana

10 Pekerja di restoran itu ialah bekas _________________ lulusan dalam bidang kulinari.

A maharaja

B maharani

C mahaguru

D mahasiswa

11 Pemuda yang rajin itu bekerja seperti _________________________.

A ikut jejak

B buah mulut

C ringan tulang

D lipas kudung

12 Ketua kampung ___________________ untuk mencari punca kehilangan buah-buah mangga itu.

A mati akal

B buah fikiran

C panjang tangan

D pembasuh mulut

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13 Busut ialah sarang ___________ yang dibina daripada tanah.

A semut

B anai-anai

C kura-kura

D kerengga

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

14 Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya.

A Jalan raya itu berlaku kemalangan kepada pejalan kaki dengan motosikal.

B Jalan raya pemuda itu sering dilanggar oleh pejalan kaki yang lalu dengan motosikal.

C Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.

D Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal. MS 3

Page 4: BAHASA MELAYU TAHUN 5 PENILAIAN BULAN MAC · PDF fileBAHASA MELAYU TAHUN 5 PENILAIAN BULAN MAC KERTAS 1 ... [ 2 markah ] Soalan 23 ... mempunyai akhlak yang baik dan sahsiah yang tinggi

15. “Jangan dibunuh semut-semut itu,” kata nenek kepada Amirul.

A Nenek memberitahu Amirul membunuh semut-semut itu.

B Nenek melarang Amirul membunuh semut-semut itu

C Nenek memarahi Amirul membunuh semut-semut itu.

D Nenek menyuruh Amirul membunuh semut-semut itu.

Pilih ayat yang betul.

16 A Bayaran ke pameran Sains itu terlalu mahal sangat.

B Kebanyakan bahan yang dipamerkan berasal daripada Timur Tengah.

C Setengah pengunjung datang ke pameran ialah murid sekolah.

D Sila dapatkan maklumat tentang pameran itu di kaunter pertanyaan.

Soalan 17 hingga 20 Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hutan semula jadi yang luas. Terdapat beberapa

spesies haiwan liar yang menghuni hutan tersebut seperti gajah, badak sumbu, kijang, orang utan,

harimau, dan pelbagai jenis unggas.

Walau bagaimanapun, kini haiwan-haiwan yang tinggal bebas di hutan telah hampir pupus

kerana perbuatan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka telah memburu dan

membunuh haiwan-haiwan tersebut. Tujuan mereka memburu haiwan liar tersebut kerana mereka

percaya bahawa daging haiwan itu mempunyai khasiat yang luar biasa. Ada juga yang membunuh

haiwan hanya untuk mendapatkan tulang, gading atau bahagian tertentu.

Haiwan liar juga semakin pupus kerana kepesatan pembangunan negara. Antaranya

penerokaan hutan bagi tujuan perumahan dan perindustrian serta pembinaan empangan untuk

janakuasa elektrik ataupun pengairan kawasan pertanian. Hal yang demikian, menyebabkan haiwan

liar lari ke kawasan baru untuk mencari makanan dan perlindungan.

Kepupusan haiwan liar ini tidak harus dipandang sepi. Langkah awal yang perlu diambil oleh

kerajaan adalah dengan mengawal penerokaan hutan. Di samping itu, undang-undang menyekat

pemburuan haiwan liar perlu dikuatkuasakan terutama pemburuan secara haram.

Disebabkan kelalaian kita, genarasi akan datang tidak dapat melihat haiwan-haiwan liar ini

kerana telah pupus. Mereka tidak dapat mengenali haiwan liar di negara mereka sendiri, bahkan

mungkin tidak dapat menggambarkan bagaimana rupa bentuk haiwan tersebut yang sebenarnya. Oleh

itu, kita mesti memelihara dan memulihara agar haiwan-haiwan ini tidak pupus. Berilah perlindungan

yang sewajarnya kepada haiwan-haiwan tersebut.

MS 4

Page 5: BAHASA MELAYU TAHUN 5 PENILAIAN BULAN MAC · PDF fileBAHASA MELAYU TAHUN 5 PENILAIAN BULAN MAC KERTAS 1 ... [ 2 markah ] Soalan 23 ... mempunyai akhlak yang baik dan sahsiah yang tinggi

17 Apakah yang dimaksudkan dengan haiwan liar?

A Haiwan ganas yang biasa di hutan.

B Haiwan yang tinggal di dalam hutan.

C Haiwan ganas tetapi boleh dijinakkan.

D Haiwan yang tidak dipelihara.

18 Mengapakah haiwan liar diburu?

A Harga bulunya yang sangat mahal.

B Dijadikan bahan awet dan dipamerkan.

C Dagingnya mempunyai khasiat luar biasa.

D Dijinakkan dan dijadikan haiwan peliharaan.

19 Penebangan dan pembangunan pesat hutan telah mengakibatkan haiwan liar

A berpindah ke tempat lain dan pupus begitu sahaja.

B meneruskan hidup di kawasan tersebut dan terus pupus

C berhijrah ke tempat lain untuk mencari makanan dan tempat tinggal

D pupus dan hidup semula di kawasan baru dengan saiz yang berbeza.

20 Generasi akan datang tidak dapat menggambarkan rupa haiwan yang telah pupus kerana

A takut untuk menggambarkannya.

B tidak pernah melihat haiwan yang sebenar.

C haiwan liar tersebut sentiasa berpindah-randah.

D hanya melihat lakaran gambar haiwan tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT

MS 5

Page 6: BAHASA MELAYU TAHUN 5 PENILAIAN BULAN MAC · PDF fileBAHASA MELAYU TAHUN 5 PENILAIAN BULAN MAC KERTAS 1 ... [ 2 markah ] Soalan 23 ... mempunyai akhlak yang baik dan sahsiah yang tinggi

BAHAGIAN B [30 markah]

Soalan 21 Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

oleh dari sejak daripada

di ke pada akan

Keng Huat dan kawan-kawannya pergi ke kilang membuat kain batik di Pengkalan Cepa, tidak jauh

____________ bandar Kota Bharu. Mereka diberi peluang __________ pelukis batik di situ untuk

melakar corak pada kain batik. Keng Huat membeli sehelai kain batik untuk ibu, sehelai baju batik

untuk ayah dan sehelai selendang yang dibuat ___________ sutera untuk kakak. Selesai makan

tengah hari, mereka bertolak ke Pantai Cahaya Bulan untuk bersantai sambil menonton persembahan

tradisional yang disediakan untuk orang ramai. Mereka sempat membeli cenderamata berupa wau di

gerai yang terdapat di situ. Keng Huat ingin menggantungnya ____________ dinding biliknya nanti.

[ 4 markah ]

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

_______________________________________________________________________________

Menjahit baju adalah kerja sambilan Puan Ani. [ 2 markah ]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

MS 6

Saya suka melancong ke

Pulau Ketam kerana

pantainya yang bersih

dan cantik.

Page 7: BAHASA MELAYU TAHUN 5 PENILAIAN BULAN MAC · PDF fileBAHASA MELAYU TAHUN 5 PENILAIAN BULAN MAC KERTAS 1 ... [ 2 markah ] Soalan 23 ... mempunyai akhlak yang baik dan sahsiah yang tinggi

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Apakah simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas?

________________________________________________

[ 2 markah ]

Soalan 23

Bulatkan kata adjektif yang terdapat dalam ayat di bawah.

a. Perjalanan ke tempat itu mengambil masa tiga hari kerana jaraknya yang amat jauh.

b. Banjir melanda pantai timur setelah hujan turun dengan lebat selama beberapa hari.

c. Kempen makan buah-buahan tempatan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

d. Suasana di pesta itu bertambah meriah apabila pertandingan diadakan.

e. Baju merah itu kepunyaan adik saya.

[5 markah]

Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Setiap orang memerlukan sahabat dalam hidupnya. Sahabat merupakan orang yang rapat dengan

kita selepas kedua-dua orang tua kita. Sahabat memainkan peranan yang penting dalam hidup kita.

Sahabat dapat mempengaruhi perwatakan kita. Hubungan yang rapat antara kita dengan sahabat

merupakan faktor utama situasi ini berlaku. Selain itu, kita lebih gemar berkongsi cerita atau masalah

dengan sahabat berbanding dengan ibu bapa atau adik-beradik yang lain. Hal ini demikian kerana

sahabat dianggap lebih memahami sikap dan perasaan kita.

Tambahan pula, sahabat yang mempunyai sikap-sikap positif dapat mempengaruhi kehidupan

kita. Kita akan mudah mencontohi nilai-nilai positif yang ada pada diri sahabat kita. Oleh itu, kita akan

mempunyai akhlak yang baik dan sahsiah yang tinggi.

Seorang sahabat yang baik akan sentiasa memberi dorongan dan nasihat kepada sahabatnya

untuk melakukan sesuatu yang membawa kebaikan bersama.

Kesimpulannya, sahabat memainkan peranan penting dalam menentukan arah hidup kita. Oleh

yang demikian, berhati-hatilah ketika memilih sahabat.

MS 7

Page 8: BAHASA MELAYU TAHUN 5 PENILAIAN BULAN MAC · PDF fileBAHASA MELAYU TAHUN 5 PENILAIAN BULAN MAC KERTAS 1 ... [ 2 markah ] Soalan 23 ... mempunyai akhlak yang baik dan sahsiah yang tinggi

a. Bagaimanakah seorang sahabat mampu mempengaruhi perwatakan kita?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

[2 markah]

b. Nyatakan tiga sinonim untuk sahabat.

1. __________________________________

2. __________________________________

3. __________________________________ [3 markah]

c. Jika sahabat kamu melakukan kesalahan, apakah tindakan kamu ? Mengapa ?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

[3 markah]

Soalan 25 Baca lagu di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sepakat jadi amalan

Sepakat beramai-ramai

Ringan sama dijinjing

Kalau yang berat sama dipikul

Sepakat jadi amalan

Sepakat sesama rakan

Sikit sama dirasa

Banyaklah pula dikongsi sama

Sepakat jadi amalan

Sepakat hati dan jiwa

Senyum ramai yang senyum

Tatkala sedih ramai temankan

Sepakat jadi amalan

Sepakat bekerjasama

Salam tangan dihulur

Tanda berkawan selama-lama

a. Apakah maksud rangkap pertama lagu di atas?

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

[3 markah]

MS 8

Page 9: BAHASA MELAYU TAHUN 5 PENILAIAN BULAN MAC · PDF fileBAHASA MELAYU TAHUN 5 PENILAIAN BULAN MAC KERTAS 1 ... [ 2 markah ] Soalan 23 ... mempunyai akhlak yang baik dan sahsiah yang tinggi

b. Apakah yang harus kita lakukan jika kawan kita bersedih?

__________________________________________________________________________________

[2 markah]

c. Tandakan ( √ ) bagi 2 nilai murni yang terdapat dalam petikan dan ( X ) 3 nilai murni yang tiada

dalam petikan.

insaf

amanah

murah hati

ramah mesra

menjaga kebersihan

[2 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh : Pn Norhayati Daud

Disemak oleh : Puan Zaidah Muhaed

MS 9