ujian bulan mac

7
SK INTAN BAIDURI, KUALA LUMPUR UJIAN PENGESANAN KEMAHIRAN BULAN MAC 2016 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4 MASA : 1 JAM NAMA : ___________________________ TAHUN: ____________________ A. Bulatkan jawapan yang betul. 1. Menghormati amalan dan kepercayaan jiran amat penting dalam kehidupan berjiran. Antara yang berikut, yang manakah bukan cara menghormati amalan dan kepercayaan jiran? A. Tidak menghidangkan menu makanan daging lembu ketika Kumari datang bertandang ke rumahnya. B. Mengejek dan mentertawakan Harjit Singh yang sedang mengikat rambutnya untuk membuat sanggul. C. Tidak berbuat bising ketika Ah Kiat dan keluarganya sedang membakar colok di hadapan rumahnya. 2. Sikap mengambil tahu amalan beribadat dan kepercayaan jiran merupakan amalan yang A. mulia dan terpuji B. tidak membawa kepada kebaikan C. keji dan merugikan 3. Amalan pergi ke gereja dan membaca kitab Injil merupakan amalan ibadat jiran yang beragama A. Islam B. Buddha C. Kristian 4. Jiran kamu, Kho Seng mengajak kamu mengikuti rombongan sekolah sedangkan kamu dan keluarga akan menghadiri pesta Thor Phor. Apakah tindakan kamu? A. Menolak ajakannya dengan sopan dan menjelaskan alasan kamu B. Terpaksa menerima ajakannya kerana tidak mahu hubungan menjadi renggang C. Memarahinya kerana tidak mahu memahami kamu 1

Upload: mommyaqil

Post on 13-Apr-2016

57 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Pendidikan Moral Tahun 4

TRANSCRIPT

Page 1: Ujian Bulan Mac

SK INTAN BAIDURI, KUALA LUMPURUJIAN PENGESANAN KEMAHIRAN BULAN MAC 2016

PENDIDIKAN MORALTAHUN 4

MASA : 1 JAM

NAMA : ___________________________ TAHUN: ____________________

A. Bulatkan jawapan yang betul.

1. Menghormati amalan dan kepercayaan jiran amat penting dalam kehidupan berjiran. Antara yang berikut, yang manakah bukan cara menghormati amalan dan kepercayaan jiran?A. Tidak menghidangkan menu makanan daging lembu ketika Kumari

datang bertandang ke rumahnya.B. Mengejek dan mentertawakan Harjit Singh yang sedang mengikat

rambutnya untuk membuat sanggul.C. Tidak berbuat bising ketika Ah Kiat dan keluarganya sedang membakar

colok di hadapan rumahnya.

2. Sikap mengambil tahu amalan beribadat dan kepercayaan jiran merupakan amalan yangA. mulia dan terpujiB. tidak membawa kepada kebaikanC. keji dan merugikan

3. Amalan pergi ke gereja dan membaca kitab Injil merupakan amalan ibadat jiran yang beragamaA. IslamB. BuddhaC. Kristian

4. Jiran kamu, Kho Seng mengajak kamu mengikuti rombongan sekolah sedangkan kamu dan keluarga akan menghadiri pesta Thor Phor. Apakah tindakan kamu?A. Menolak ajakannya dengan sopan dan menjelaskan alasan kamuB. Terpaksa menerima ajakannya kerana tidak mahu hubungan menjadi

renggangC. Memarahinya kerana tidak mahu memahami kamu

5. Yang berikut adalah kepentingan saling menghormati amalan ibadat dan kepercayaan jiran, kecualiA. mengelakkan perselisihan faham antara satu dengan yang lainB. memupuk perpaduan sesama jiranC. merenggangkan hubungan sesama jiran

1

Page 2: Ujian Bulan Mac

6. Jiran kamu telah menetapkan tarikh ingin mengadakan majlis akikah sedangkan kamu ingin mengadakan majlis suka ria di rumah. Apakah tindakan kamu?A. Menangguhkan pada tarikh lain supaya tidak mengganggu majlis jiranB. Meneruskan rancangan kamu tanpa mengendahkan majlis jiranC. Tidak ambil peduli akan hal jiran

7. Kamu dan jiran, James akan menziarahi Kavita Kaur yang baru kematian datuknya. James hendak berpakaian tidak sopan. Apakah tindakan kamu?A. Menasihati dan menegurnya supaya berpakaian sopanB. Kamu turut sama berpakaian tidak sopanC. Membiarkan James berpakaian tidak sopan

8. Jiran saya, Salwa sedang berpuasa hari ini. Saya patutA. makan dan minum di hadapannyaB. tidak makan dan minum di hadapannyaC. memperlekehkan amalan beribadat dan kepercayaannya

( / 16 Markah)

B. Tandakan ( ∕ ) atau ( X ) pada pernyataan yang berikut.

1. Kamu tidak membuka pintu ketika jiran mahu bertandang ke rumah.

2. Jiran kamu baru keluar hospital. Kamu menziarahinya dan bertanya khabar.

3. Kamu memarahi jiran kamu yang menegur kamu berbuat bising ketika bermain di halaman rumahnya.

4. Kamu memberi tempat duduk kepada jiran yang lebih tua ketika berada di dalam bas.

( / 8 Markah)

C. Lengkapkan peta minda di bawah ini tentang tanggungjawab sebagai jiran.

2

pertolongan tidak mementingkan melawat

bantuan melibatkan diri mengambil tahu

1. Menghulurkan ________________ dengan ikhlas jika diperlukan.

Page 3: Ujian Bulan Mac

( / 12 Markah)

D. Terangkan cara memberi bantuan kepada jiran.

3

6. ____________________ jiran yang sakit sama ada di rumah atau di hospital.

Tanggungjawab Sebagai

Jiran

2. ____________________ jiran yang sakit sama ada di rumah atau di hospital.

3. Memberi ____________________ ketika majlis keramaian atau kenduri jiran.

5. _______________________ diri sendiri.

4. ________________________ dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kejiranan.

Memberikan rawatan kepada anak jiran yang tercedera

Memberikan sumbangan wang ringgit kepada jiran yang terbabit

Menghulurkan bantuan untuk membantu jiran mengangkat barang

Mempelawa rakan kamu menaiki kereta

____________________________________________

____________________________________________

____________________________________________

1.

2.

____________________________________________

____________________________________________

____________________________________________

6.

4.

Page 4: Ujian Bulan Mac

E. Fahami situasi. Terangkan tindakan yang patut dilakukuan.

4

( / 8 Markah)

3. Jiran kamu meminta kamumemerhatikan rumah merekaketika mereka pulang ke kampung

________________________________________

________________________________________

________________________________________

________________________________________

2. Jiran kamu meminta kamumemerhatikan rumah merekamemberi makan kepada haiwan peliharaan mereka ketika mereka bercuti ke luar negara

________________________________________

________________________________________

________________________________________

________________________________________

1. Penduduk kampung mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes

________________________________________

________________________________________

________________________________________

________________________________________

( / 6 Markah)

Page 5: Ujian Bulan Mac

F. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. Janganlah kita melupakan segala _______________________ yang pernah diberikan oleh jiran sehingga kita berjaya ke menara gading.

2. Amalan mengucapkan _________________________ sesama jiran dapat mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan perpaduan dalam kehidupan seharian.

3. Semua jiran akan berasa bangga dan gembira apabila semua orang saling ___________________________ antara satu sama lain.

4. Hasliza telah berjaya mengharumkan nama kawasan kejiranan dalam pertandingan catur. Beliau telah diberi _______________________ atas kejayaannya itu.

5. Jiran yang baik sentiasa menghargai dan tidak melupakan _________________ jiran-jirannya.

_______________________SOALAN TAMAT_________________________

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(Rashidah binti Abdul Malik) (Norizan binti Mahmud)Guru Pendidikan Moral Tahun 4 PK Tadbir dan KurikulumSK Intan Baiduri, Kuala Lumpur SK Intan Baiduri, Kuala Lumpur

5

jasa

pengiktifarantunjuk ajar

terima kasih mengambil berat

( / 10 Markah)