bahasa melayu ppt 1

4
Lengkapkan ayat-ayat di bawah menggunakan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama dengan tepat. Contoh: Adik saya murid tahun satu . 1. Puan Saliza ____________________________. 2. Ayah sedang ___________________________. 3. Sayur itu sungguh _______________________. 4. Rumah Zaitun ________________ Sungai Petani. 5. _____________________________ doktor gigi. 6. ______________________ tidur di dalam buaian. 7. ________________________ sekolah saya besar. 8. _______________________________ ke masjid. 9. Harimau bintang _____________________ sekali. 10. Faridah _______________________ Johor Bahru. CWNM/MEI 2012 Muka surat 1

Upload: noni-ahmad

Post on 23-Jul-2015

117 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Salah satu contoh evidens bagi Pentaksiran berasaskan sekolah tingkatan 1 bagi Bahasa Melayu yang telah saya buat berdasarkan Standard yang telah diberikan. Semoga bahan ini ssedikit sebanyak dapat membantu anda semua dalam mempertingkatkan mutu kerja kita semua.

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa Melayu Ppt 1

Lengkapkan ayat-ayat di bawah menggunakan frasa nama, frasa

kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama dengan tepat.

Contoh:

Adik saya murid tahun satu.

1. Puan Saliza ____________________________.

2. Ayah sedang ___________________________.

3. Sayur itu sungguh _______________________.

4. Rumah Zaitun ________________ Sungai Petani.

5. _____________________________ doktor gigi.

6. ______________________ tidur di dalam buaian.

7. ________________________ sekolah saya besar.

8. _______________________________ ke masjid.

9. Harimau bintang _____________________ sekali.

10.Faridah _______________________ Johor Bahru.

Baca teks di bawah dengan teliti.

Mutiara ialah sejenis permata yang berharga. Berbeza dengan permata

yang lain, mutiara bukan sejenis galian yang dilombong dari perut bumi.

Mutiara terbentuk di dalam cangkerang sejenis tiram. Apabila bahan asing

CWNM/MEI 2012 Muka surat 1

Page 2: Bahasa Melayu Ppt 1

seperti pasir atau serpihan cangkerang masuk ke dalam cangkerang

tiram, maka bahan itu akan dilitupi oleh partikel dengan pelbagai

lapisan nipis yang dinamakan nakre. Proses ini berlaku selama beberapa

tahun untuk membolehkan bahan asing itu bertukar menjadi mutiara.

Mutiara berkilat dan warnanya sama dengan lapisan cangkerang

tiram. Ada tiram menghasilkan mutiara yang indah warnanya seperti

hitam, oren, merah jambu, krim atau putih. Mutiara jenis ini mahal

harganya. Mutiara hitam adalah antara jenis mutiara tang tinggi nilainya.

Jika mutiara dibelah dua dan dilihat di bawah mikroskop, akan kelihatan

lapisan bulatan seolah-olah lapisan pada bawang yang dibelah dua.

Selain warna, bentuk mutiara juga penting dalam menentukan

kualiti mutiara. Mutiara yang bulat dan sama saiznya cantik dibuat kalung.

Mutiara yang tidak tentu bentuknya kurang bernilai kerana sukar untuk

dijadikan barang kemas.

Mutiara asli sukar didapati. Oleh itu, mutiara diternak dengan

memasukkan indung mutiara yang cantik dan bulat ke dalam tiram-tiram

yang terpilih dengan cara yang saintifik. Tiram-tiram itu kemudiannya

dilepaskan ke dalam sangkar khas di dalam laut selama tiga hingga lima

tahun. Selepas itu, mutiara tersebut dikeluarkan dari tiram dan digredkan

mengikut kualitinya sebelum dibentuk menjadi barang perhiasan

tertentu.

Berdasarkan teks di atas, jawab soalan berikut dengan ayat

lengkap.

1. Apakah perbezaan antara mutiara dengan permata lain?

____________________________________________________________________

__________________________________________

2. Di manakah mutiara terbentuk?

____________________________________________________________________

__________________________________________

3. Bagaimanakah mutiara terbentuk?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

________________

CWNM/MEI 2012 Muka surat 2

Page 3: Bahasa Melayu Ppt 1

4. Bagaimanakah mutu mutiara ditentukan?

____________________________________________________________________

__________________________________________

Nyatakan makna perkataan berikut berdasarkan teks tentang

mutiara di atas.

1. Berharga - ______________________________________

2. Dilitupi – ______________________________________

3. Pelbagai – ______________________________________

4. Bertukar – ______________________________________

5. Indah – ______________________________________

6. Dilihat – ______________________________________

7. Sukar – ______________________________________

8. Didapati – ______________________________________

9. Diternak – ______________________________________

10.Barang perhiasan – ______________________________________

CWNM/MEI 2012 Muka surat 3