bahasa melayu penulisan

7
BAHASA MELAYU PENULISAN KARANGAN PERBINCANGAN

Upload: shahruddin-bin-subari

Post on 12-Jun-2015

3.952 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA MELAYU PENULISAN

BAHASA MELAYU

PENULISANKARANGAN PERBINCANGAN

Page 2: BAHASA MELAYU PENULISAN
Page 3: BAHASA MELAYU PENULISAN
Page 4: BAHASA MELAYU PENULISAN
Page 5: BAHASA MELAYU PENULISAN

CONTOH JAWAPANBelajar merupakan satu proses yang penting untuk

menjadi pelajar cemerlang.Terdapat pelbagai cara untuk belajar iaitu samada secara berkumpulan bersama rakan atau secara bersendirian

Belajar secara berkumpulan adalah lebih baik jika dibandingkan dengan belajar berseorangan.Penerangan dan perbincangan dengan kawan-kawan akan membuat kita mudah mengingati apa yang telah dipelajari .Kesannya sesuatu pelajaran itu akan sentiasa kekal di dalam minda kita.

Belajar secara berkumpulan juga tidak membosankan .Perbincangan yang dibuat akan menjadikan kita lebih bersemangat dan berminat untuk belajar.Ini kerana suasana pembelajaran tidak kaku dan kita boleh bercakap untuk menyuarakan pendapat.

Page 6: BAHASA MELAYU PENULISAN

CONTOH JAWAPANSemasa belajar berkumpulan ,secara tidak langsung

kita akan belajar bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain .Amalan murni ini amat diperlukan apabila kita berada di alam pekerjaan kelak.Oleh itu,kita akan berjaya di dalam pelajaran dan kehidupan.

Selain itu,kita juga akan memperoleh maklumat yang lebih banyak kerana rakan-rakan dalam kumpulan membaca buku berlainan berkaitan tajuk perbincangan.Dengan ini,semua maklumat tersebut dapat dikongsi bersama.Kesannya sesuatu tajuk itu dapat difahami dengan lebih mendalam.

Kesimpulannya,belajar secara berkumpulan lebih banyak membantu kita memahami sesuatu tajuk dengan lebih berkesan berbanding belajar bersendirian.Maka kita boleh memilih kaedah pembelajaran yang bersesuaian untuk mencapai kecemerlangan.

Page 7: BAHASA MELAYU PENULISAN