bahasa melayu pemahaman set 7

Upload: abdulrahman-abdullah

Post on 03-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 7

    1/13

    SULIT

    UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2013

    BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011

    SEPTEMBER

    50 minit Lima puluh minit

    tundA set 7

    (tujuan nak dapat A)

    ================================================================

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

    2. Jawab semua soalan.

    3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan,iaitu A,B,C dan D. Bagi

    setiap soalan,pilih satu jawapan sahaja.Hitamkan jawapan kamu pada kertasjawapan objektif yang disediakan.

    4. Jika kamu hendak menukar jawapan,padamkan tanda yang telah dibuat.

    Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

    _________________________________________________________________________

    Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak.

    011 [Lihat sebelah]SULIT

    1

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 7

    2/13

    Soalan 1 hingga Soalan 20Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang sesuai.

    Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

    Gambar 1

    1. Helang itu telah .. seekor anak ayam milik jiran saya.

    A. meragut

    B. menyambarC. membaham

    D. melepas

    2. Mei Mei masih berbahasa Melayu walaupun sudah hampir 10 tahun tinggal

    di luar negara.

    A. lincah C. petah

    B. alpa D. pantas

    3. Air sungai yang jangan disangka tiada buaya.

    A. susut

    B. surutC. tenang

    D. dalam

    4. Sultan Mansur . beliau sebutir pingat emas semasa hari keputeraan baginda.

    A. menganugerahi

    B. menganugerahkanC. anugerahkan

    D. anugerahi

    2

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 7

    3/13

    Soalan 5 berdasarkan Gambar 2

    Gambar 2

    5. Para universiti itu berbincang tentang kemahiran berbahasa.

    A cendekiawan

    B bangsawan

    C. wartawanD. wirawan

    Soalan 6 berdasarkan Gambar 3

    Gambar 3

    6. Marina cemerlang dalam pelajaran cemerlang dalam bidang sukan.

    A. walaupunnamun

    B. bahkanjuga

    C. biarpuntetapiD. bukan sahajatetapi juga

    3

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 7

    4/13

    7. Dia.. di kaki lima itu semasa menunggu kedatangan sahabatnya.

    A. simpang-siur C. sesat-barat

    C. pantang-panting D. mundar-mandir

    8. Se.. rumah kedai dan tiga kenderaan musnah dalam letupan itu.

    A buahbijiB. gugusbaris

    C. deretbuah

    D. buah baris

    9. Tolong belikan saya se. lontong dan tiga roti canai.

    A. mangkukbiji C. buahhelaiB. bungkuskeping D. genggambutir

    Soalan 10 berdasarkan Gambar 4

    Gambar 4

    10. Usah.. semasa hendak membeli tiket perlawanan bolasepak itu.

    A potong- memotong

    B elak-mengelakC tolak-menolak

    D balas-membalas

    11. ..melindungi diri daripada pemangsa dengan mengubah warna badannya.

    4

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 7

    5/13

    A. Sesumpah C. Sesibur

    B. Kekunang D. Lelabah

    12. Mereka kepala kerana tidak memahami penjelasan orang itu.

    A. menggeleng-gelengkanB. mengganguk-anggukkan

    C. mengebil-ngebilkan

    D. memulas-mulaskan

    13. Barang.. negara dieksport ke Amerika Syarikat.

    A. keluaran

    B. hantaranC. perolehan

    D. keperluan

    14. Anak gadis Encik Adam maluapabila bertemu dengan tunangnya.

    A. terngiang-ngiang

    B. terkebil-kebil

    C. terangguk-anggukD. tersipu-sipu

    Soalan 5 berdasarkan gambar 5

    Gambar 5

    15.Pasukan keselamatantembakan dengan perompak itu.

    5

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 7

    6/13

    A. bergilir-gilir

    B. berselang-selang

    C. berbalas-balasD. berlepas-lepas

    16.ibu bapa tidak menghiraukan pelajaran anak mereka.

    A. Setengah C. Para-para

    B. Sesetengah D. Setiap

    Soalan 17 berdasarkan Gambar 6

    Gambar 6

    17. Kami beroleh manfaatceramah motivasi itu.

    A. dari C. daripada

    B. pada D. kepada

    18. Kami..kerana majlis kenduri itu baru sahaja bermula .

    A. langkah kanan C. bidang terjunB. durian runtuh D. angkat kaki

    19. Dia.sepanjang hari kerana tidak berwang untuk membeli makanan.

    A. tutup mata B. jauh hati

    C. ikat perut D. makan hati

    20.lagi ayah telah ke ladang.

    6

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 7

    7/13

    A. Terang-terang tanah

    B. Keramat hidup

    C. Adu untungD. ada hati

    Soalan 21 berdasarkan gambar 7

    Gambar 7

    21. Bagaimanakah keadaan nenek kamu sekarang?

    A. Nenek saya tinggal di kampungB. Nenek saya akan ke Mekah

    C. Nenek saya masih sihat

    D. Ya,dia sihat sekarang.

    Soalan 22

    Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

    22. Negara ini aman kerana rakyat bersatu padu dan bertolak ansur.

    A. Bagaimanakah sikap rakyat di negara ini?

    B. Adakah negara ini aman?C. Bagaimanakah negara ini boleh aman?

    D. Mengapakah rakyat bersatu padu dan bertolak ansur?

    Soalan 23

    7

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 7

    8/13

    Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

    23.A.Melentur buluh hendaklah disemai sejak dari rebungnya.B.Gula dan coklat disemai di atas kek.

    C.Amalan bergotong-royong patut disemai di jiwa anak-anak.

    D.Baja organik disemai pada pokok-pokok itu.

    Soalan 24 dan 25Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul

    24. I. Dia memotong tali yang mengikat kotak itu.

    II. Lori itu memotong kereta dengan laju.III. Kakak memotong kek itu lalu diberikannya kepada adik.

    IV. Harga yang dijualnya memang memotong leher.

    A. I dan II B.III dan IVC. I,II dan III D.I,II,III dan IV

    25. I. Dian mundar-mandir di halaman rumahnya.

    II. Kakak mengibas-ngibas selimut itu sebelum melipatnya.

    III. Siapakah yang pandai-pandai membuat kerja ini?IV. Anak itik itu jalan terkedek-kedek

    A. I dan II B. III dan IV

    C. I,II dan IV D. I,II,III dan IV

    Soalan 26 dan 27

    Plih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

    26.Majalah yang baru dibeli oleh ibu telah saya baca,kata Munirah kepada kakaknya.

    A. Kakak Munirah menyatakan bahawa majalah ibunya telah dibaca olehnya.

    B. Munirah memberitehu kakaknya tentang majalah yang baru dibeli oleh ibunya.

    C. Munirah memberitahu kakaknya bahawa majalah yang baru dibeli oleh ibunya telah

    dibaca olehnya.D. Munirah memberitahu kakaknya bahawa majalah yang baru dibeli olehnya telah

    dibaca oleh ibu.

    27.Kerja-kerja mengecat bilik darjah itu telah disiapkan oleh murid-murid tahun 6

    Amanah.

    8

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 7

    9/13

    A. Murid-murid itu telah mengecat bilik tahun Enam Amanah.

    B. Murid-murid tahun Enam Amanah menyiapkan kerja di bilik darjah itu.

    C. Murid-murid tahun Enam Amanah diarahkan untuk menyiapkan kerja mengecat bilikdarjah itu.

    D. Murid-murid tahun Enam Amanah mengecat bilik darjah itu.

    Soalan 28

    Pilih jawapan yang betul

    28. A. Baju itu belum saya cuci.

    B. Buku itu saya belum baca.

    C. Buku cerita itu ingin dibeli oleh saya.D. Majalah itu telah ibu belikan.

    Soalan 29

    Pilih ayat-ayat yang betul.

    29. I. Di hari esok kami akan bermain lelayang.II. Saya berjumpa kawan lama tadi.

    III. Mereka belum bersedia untuk menyertai pertandingan itu.

    IV. Hal ini demikian kerana dia belum berusia remaja.

    A. III sahaja B. I dan II sahaja

    C. II dan III sahaja D. III dan IV sahaja

    30. I. Duit syilingnya jatuh dalam lubang itu.

    II. Dia memasukkan beberapa kaki cendawan ke dalam gulai itu.

    III. Reban ayam itu ayah saya bina pagi tadi.IV. Orang yang ringan tulang tentu disukai oleh orang ramai.

    A. I dan III B. II dan IVC. II,III dan IV D. I,II,III dan IV

    Soalan 31 hingga 35

    Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

    9

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 7

    10/13

    Jawatankuasa Taman Perumahan Indah,

    Taman Perumahan Indah47000 Teluk Intan

    Yang Dipertua,Majlis Perbandaran Teluk Intan,

    47000 Teluk Intan. 15 MEI 2006

    Tuan,

    Masalah Banjir Taman Perumahan Indah

    Berhubung perkara di atas, saya sebagai Pengerusi JawatankuasaTaman Perumahan Indah,

    ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang masalah kami.

    2. Untuk makluman pihak tuan, taman perumahan kami bukan sahaja mengalamikerosakan lampu jalan tetapi juga menghadapi masalah banjir yang sering berlaku.

    3. Kejadian banjir ini disebabkan oleh sistem perparitan yang tidak sempurna di taman

    ini.Apabila hujan lebat, air akan bertakung di kawasan parit yang tersumbat.Kami

    difahamkan bahawa sistem perparitan ini adalah di bawah pengurusan Majlis Perbandaran

    Teluk Intan.

    4. Jika hujan lebat berterusan, air akan melimpah ke kawasan perumahan kami.

    Akibatnya, banyak barang di dalam rumah kami rosak dan kami terpaksa menanggungbanyak kerugian.Selain itu, terdapat juga keadaan penduduk di sini mengalami penyakit

    seperti gatal-gatal kulit. Keadaan sedemikian benar-benar meyusahkan kami yang rata-ratanya bekerja di pejabat.

    5. Untuk mengatasi masalah ini, kami berharap agar pihak tuan dapat mendalamkan

    parit di tepi jalan raya berhampiran taman perumahan ini secepat mungkin.

    6. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah kami hargai.

    Sekian terima kasih.

    Yang benar,

    Mohd Aiman

    ..

    (MOHD. AIMAN BIN IBRAHIM)

    Pengerusi Jawatankuasa Taman Perumahan Indah,

    Taman Perumahan Indah.

    10

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 7

    11/13

    31. Siapakah yang menulis surat tersebut ?A. Setiausaha Jawatankuasa Taman Perumahan Indah

    B. Salah seorang penduduk Taman Perumahan Indah

    C. Pengerusi Majlis Perbandaran Teluk IntanD. Pengerusi Taman Perumahan Indah

    32. Apakah tujuan surat itu ditulis ?A. Untuk memberitahu bahawa banjir sedang berlaku di taman perumahan itu.

    B. Untuk merayu supaya kerajaan membina parit baru.

    C. Untuk memberitahu tentang masalah banjir yang sering berlaku di taman itu.

    D. Untuk menganjurkan gotong-royong membersihkan parit.

    33. Berikut adalah masalah yang dikemukakan dalam surat ini kecuali A. penduduk kampung mengalami kerugian akibat kerosakan baran-barang rumah.

    B. penduduk Taman Perumahan Indah sering mengalami masalah banjir.C. sekiranya berlaku kecemasan, mereka tidak dapat menghubungi sesiapa melalui

    telefon.

    D. penduduk kampung terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.

    34. Mengapakah kejadian banjir boleh mengancam kesihatan penduduk di situ ?

    A. Kerana di kawasan perumahan itu terdapat banyak kanak-kanak.

    B. Kerana kejadian yang berlaku boleh menyebabkan penyakit berjangkitC. Kerana banjir yang berlaku boleh menyebabkan demam denggi.

    D. Kerana kebanyakan penduduk di situ tidak sihat.

    35. Pada pendapat kamu, apakah langkah yang perlu dilakukan oleh Majlis Perbadanan

    Teluk Intan dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mengatasi masalah banjir di situ?

    A. Mengarahkan penduduk berpindah.B. Meletakkan pasukan penyelamat di kawasan itu.

    C. Memastikan kawasan itu bersih.

    D. Mendalamkan longkang dan membersihkan longkang yang tersumbat.

    Soalan 36 hingga Soalan 40

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    11

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 7

    12/13

    KUALA LUMPUR, 1 Januari Sambutan Tahun Baru dicemari dengan kemalangan ngeri

    pada pukul 2 pagi tadi. Sebuah lori tangki minyak petrol telah terbakar dan meletup di

    Jalan Tun Abdul Razak.Pemandu lori yang belum dikenali bersama dengan kelindannya mati di tempat

    kejadian manakala beberapa orang pemandu kereta mengalami cedera ringan setelah

    terbabas kerana cuba mengelak daripada terlanggar lori itu. Lori yang terbakar tiba-tibameletup dan menyebabkan kebakaran besar. Kejadian yang berlaku telah menyebabkan

    kesesakan lalu lintas yang teruk lebih-lebih lagi ketika orang ramai hendak pulang ke

    rumah selepas menyambut Tahun Baru di bandaraya itu.Menurut pegawai bomba, lori tersebut menghala ke selatan semasa kejadian itu berlaku.

    Pemandu lori dipercayai gagal mengawal lori yang dipandunya ketika cuba membuat

    pusingan U secara tiba-tiba. Lori yang dipandunya telah terbalik lalu terbakar dan meletup.

    Pihak bomba dengan dua puluh orang anggotanya telah berjaya memadamkan apidalam masa satu jam.

    36. Bilakah kemalangan itu berlaku ?A. Sebelum sambutan Tahun Baru diadakan.

    B. Beberapa jam sebelum sambutan Tahun Baru .C. Pada awal pagi Tahun Baru itu.

    D. Pada sebelah petang Tahun Baru itu.

    37. Mengapakah sambutan Tahun Baru dikatakan dicemari?

    A. Kerana berlakunya masalah tidak diingini pada pagi itu.

    B. Kerana letupan itu tidak sama dengan letupan bunga api pada hari Tahun Baru itu.

    C. Kerana terjadinya suatu kemalangan yang mengakibatkan kebakaran dan letupansebuah lori tangki minyak.

    D. Kerana orang ramai berduyun-duyun meninggalkan sambutan Tahun Baru untuk

    melihat kemalangan tersebut.

    38. Apakah punca yang menyebabkan kemalangan itu ?A. Pemandu lori mengantuk dan mencuba mengelak daripada terlanggar kereta.

    B. Pemandu lori membuat pusingan U secara tiba-tiba.

    C. Pemandu lori itu mabuk selepas menyambut Tahun Baru di Kuala Lumpur.

    D. Brek lori tangki itu tidak berfungsi dengan baik.

    39. Apakah kesan yang terjadi akibat kemalangan itu ?

    A. Seluruh kawasan itu terbakar.B. Orang ramai tidak menyambut Tahun Baru lagi.

    C. Kesesakan lalulintas pada awal pagi itu.

    D. Beberapa orang pemandu mati terbakar pada awal pagi itu

    40.Manakah antara pernyataan berikut tidak benar tentang petikan di atas.

    A. Beberapa pemandu kenderaan cedera disebabkan terbabas ke tepi jalan.

    B. Kemalangan yang berlaku pada lori itu tidak melibatkan kenderaan lain.

    12

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 7

    13/13

    C. Pihak bomba berjaya memadamkan api kebakaran itu selama 60 minit.

    D. Pemandu lori yang menyebabkan kemalangan itu telah ditahan oleh pihak polis.

    13