bahasa melayu pemahaman set 6

Upload: abdulrahman-abdullah

Post on 03-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 6

    1/15

    SULIT

    UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2013

    BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011

    SEPTEMBER

    50 minit Lima puluh

    minit

    tundA set 6(tujuan nak dapat A)

    ===============================================================

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

    2. Jawab semua soalan.

    3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan,iaitu A,B,C dan D. Bagi

    setiap soalan,pilih satu jawapan sahaja.Hitamkan jawapan kamu pada

    kertas jawapan objektif yang disediakan.

    4. Jika kamu hendak menukar jawapan,padamkan tanda yang telah dibuat.

    Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

    _______________________________________________________________________

    _

    Kertas soalan ini mengandungi 16 halaman bercetak.

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 6

    2/15

    011 [Lihat sebelah]SULIT

    Soalan 1 20

    Isi tempat kosong dengan jawapan yangpaling sesuai.

    1. .. hendak ke mana, tanya kakak kepada perempuan di sebelahnya itu.

    A Encik

    B Saudari

    C Saudara

    D Tuan hamba

    Soalan 2berdasarkan Gambar 1

    Gambar 1

    2. Emak mula memberi makanan .. kepada adik apabila umurnya

    mencecah lapan bulan.

    A pejal

    B padat

    C tumpat

    D mampat

    3. Beberapa .. pisau telah diasah oleh ayah pada petang semalam.

    A buah

    B bilah

    C cucuk

    D batang

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 6

    3/15

    2

    Soalan 4berdasarkan Gambar 2

    Gambar 2

    4. Shahril telah diberi gelaran terbaik bagi acara sukan di sekolahnya

    untuk tahun ini.

    A sejarawan

    B sukarelawan

    C olahragawan

    D olahragawati

    Soalan 5berdasarkan Gambar 3

    Gambar 3

    5. Datuk sering . barang tembaganya sehingga berkilat.

    A mengesat

    B mengelap

    C menggilap

    D menggiling

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 6

    4/15

    3

    6. Tandas di stesen minyak itu berbau kerana sudah beberapa hari

    tidak dibersihkan.

    A hapak

    B hanyir

    C tengik

    D hancing

    7. Saya tidak pernah melihat penyu bertelur . saya menetap di

    Terengganu.

    A setelah

    B apabila

    C selama

    D sementara

    8. Pameran kereta itu telah mendapat sambutan daripada beberapa orang

    kenamaan.

    A kuno

    B antik

    C usang

    Soalan 9berdasarkan Gambar 4

    Gambar 4

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 6

    5/15

    9. Pekerja-pekerja itu sedang menyiapkan kerja . jalan tar di Jalan

    Semarak.

    A merata

    B menurap

    C menggelek

    D melenyek

    10. Pengerusi majlis meminta yang hadir masuk ke dalam dewan

    kerana ceramah akan dimulakan sebentar lagi.

    A segala

    B separuh

    C sekalian

    D sebilangan

    Soalan 11berdasarkan Gambar 5

    Gambar 5

    11. Adik terjatuh setelah terpijak bungkusan plastik.

    A terjelepok

    B terperosokC tersungkur

    D tersembam

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 6

    6/15

    5

    12. .. berikan kain yang berjahit ini kepada Mak Eton.

    A Sila

    B Harap

    C Jemput

    D Tolong

    13. Warga kota ke KLCC untuk menyaksikan persembahan artis

    popular itu.

    A bertalu-talu

    B berasak-asak

    C bersesak-sesak

    D berduyun-duyun

    14. Ahli sains dari Malaysia giat menjalankan terhadap penemuan yang

    baharu itu.,

    A uji kaji

    B kaji selidik

    C soal selidik

    D uji bakat

    Soalan 15 berdasarkan Gambar 6

    Gambar 6

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 6

    7/15

    6

    15. Dahan pokok itu . kerana buahnya lebat.

    A meluyut

    B menurun

    C menunduk

    D membongkok

    16. Cikgu Mala meminta murid-murid mengeluarkan buku teks . dia

    menulis tarikh di papan hitam.

    A dan

    B jika

    C sambil

    D sementara

    17. .. yang dijual pada waktu tengah hari di kedai itu sentiasa ditutup agar

    tidak dihinggapi lalat.

    A Kuih-muih

    B Lauk-pauk

    C Sayur-mayur

    D kaya-maya

    18. Murid-murid .. rakaman syair semasa pelajaran Bahasa Malaysia.

    A dipermainkan

    B diperlihatkan

    C diperakamkan

    D diperdengarkan

    19. Di tepi bangunan itu ada se.. burung merpati yang sedang mencari

    makan.

    A kawan

    B pasukan

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 6

    8/15

    C kumpulan

    D gerombolan

    20. Pasukan kami terpaksa . daripada pertandingan itu kerana kekurangan

    pemain.

    A tarik diri

    B tarik tali

    C tarik harga

    D tarik muka

    21. Tidak baik menengking ibu bapa dan orang tua.

    Perkataan seerti bagi menengking ialah

    A menjerit

    B meraung

    C melolong

    D mengherdik

    22. Peserta ekspedisi mula mendaki gunung yang tinggi itu pada pukul 7.30 pagi.

    Perkataan berlawan bagi mendaki ialah

    A meluncur

    B menuruni

    C menyusuri

    D menggelongsor

    23. Bagaimanakah dia memperoleh wang untuk membeli kereta itu?

    Pilihjawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.

    A Dia mendapat wang bagi membeli kereta itu.

    B Untuk mendapatkan wang dia menjual kereta.

    C Dia dapat membeli kereta itu dengan mencagarkan tanahnya.

    8

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 6

    9/15

    24. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

    I Tekaknya berasa kecut selepas berjemur di bawah terik

    matahari.

    II Buah limau itu menjadi kecut kerana tidak disimpan di dalam

    peti sejuk.

    III Hazimah berasa kecut apabila berada di tempat yang tinggi.

    IV Kakak memakai selipar yang kecut itu untuk ke kedai.

    A I dan II

    B II dan III

    C III dan IV

    D I dan IV

    Soalan 25 berdasarkan Gambar 7

    Gambar 7

    25. A Encik kenal dengan Encik Musa bin Atan?

    B Benarkah Encik Musa bin Atan tinggal di sini?

    C Di manakah rumah Encik Musa bin Atan?

    D Siapakah yang kenal dengan Encik Musa bin Atan?

    Soalan 26 27

    Pilih ayat yangsama maksuddengan ayat yang diberikan.

    9

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 6

    10/15

    26. Apakah pekerjaan ayah kamu? tanya Abu kepada murid baharu itu.

    A Abu bertanya kepada murid baharu itu tentang pekerjaan ayahnya.

    B Abu menerangkan pekerjaan ayahnya kepada murid baharu itu.

    C Abu meminta murid baharu itu bertanya pekerjaan ayahnya.

    D Abu sedang menyiasat murid baharu itu.

    27. Pihak polis memerlukan kerjasama daripada orang ramai untuk membantunya

    dalam penyiasatan itu.

    A Orang ramai membantu polis dengan kerjasama dalam penyiasatan itu.

    B Kerjasama orang ramai diperlukan oleh pihak polis bagi membantu

    penyiasatan itu.

    C Kerjasama daripada pihak polis diperlukan oleh orang ramai bagi

    membantu penyiasatan itu.

    D Kerjasama orang ramai dan pihak polis diperlukan bagi menyiasat kes itu.

    Soalan 28 30

    Pilih ayat yangbetul.

    28. A Apalah nasib budak itu, sudah jatuh ditimpa tangga.

    B Bilatah lagi majlis itu hendak diadakan kalau bukan semasa cuti.

    C Apatah barang yang kamu bawa?

    29. I Pemenang kuiz itu menerima hadiah dari Guru Besar.

    II Setiap bulan Nazim mengirim wang bagi ibunya di kampung.

    III Dia tiada di situ sewaktu saya sampai.

    IV Ali membaca hingga larut malam.

    A I dan II

    B I dan III

    C II dan III

    D II dan IV

    10

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 6

    11/15

    30. I Perabot-perabot di dalam kedai itu cantik-cantik belaka.

    II Masakan Puan Ramlah sungguh sedap sekali

    III Abang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

    IV Mereka balik ke kampung menaiki kereta api.

    A I dan IV

    B III dan IV

    C I dan III

    D II dan III

    Soalan 31 35

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya.

    Hujung minggu itu, aku mengikut nenek pergi ke rumah Puan Lili Chia, wanita

    Peranakan Cina. Puan Lili dikenal ramai kerana kemahiran beliau menjahit baju kebaya.

    Baju kebaya yang dimaksudkan ialah kebaya nyonya.

    Di kedai jahitan Puan Lili, kulihat banyak baju kebaya nyonya yang sudah siap.

    Kebanyakan kebaya nyonya yang ditempah ialah kebaya rendah, iaitu kebaya

    berpotongan pendek paras pinggang. Nenek hendak menempah kebaya pendek untukku.

    Kata nenek, sudah lama dia ingin melihat aku memakai baju kebaya nyonya.

    Sambil mengambil ukuran badanku, Puan Lili leka bercerita. Katanya, kebaya

    nyonya ini diwarisi daripada masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Asal pakaian ini

    adalah daripada pakaian tradisional Melayu, iaitu kebaya. Perkembangan fesyen dari

    barat telah membawa kemeja dari Eropah ke dalam lingkungan generasi baru kaum Baba

    dan Nyonya. Maka, mereka telah memendekkan baju kebaya yang asalnya labuh hingga

    paras lutut menjadi ke paras pinggang sahaja. Mereka juga menjahitkan sempadan yang

    berenda agar lebih cantik dan selesa.

    11

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 6

    12/15

    Kata Puan Lili lagi, kaum Baba dan Nyonya ini turut tertarik oleh kecantikan

    sarung batik. Pakaian ini sesuai sekali dipadankan dengan kasut manik dan disematkan

    kerongsang rantai.

    Seminggu lagi kebaya yang kami tempah akan siap. Nenek sudah berjanji mahu

    membawa aku bersama ketika mengambil baju itu. Malangnya, sehari sebelum baju itu

    siap, nenek pergi buat selama-lamanya.Aku berasa sangat sedih kerana nenek tidak

    sempat melihat aku memakai baju kebaya nyonya tersebut. Baju kebaya nyonya itu

    kusimpan baik-baik tanda kenanganku kepada arwah nenek.

    31. Yang berikut benar tentang Puan Lili Chia, kecuali

    A tukang jahit.

    B Peranakan Cina.

    C berketurunan Baba dan Nyonya.

    D selalu memakai baju kebaya nyonya.

    32. Kata dipadankan sama maksudnya dengan

    A dirangkaikan.

    B disesuaikan.

    C disambungkan.

    D dibandingkan.

    33. Kebaya nyonya sangat menarik jika dipadankan dengan

    A sarung batik dan kasut manik

    B kerongsang batik dan sarung batik

    C kasut manik dan kerongsang rantai

    D sarung batik, kasut manik dan kerongsang rantai.

    12

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 6

    13/15

    34. Pilih penyataan yang tidak benar

    A Kebaya nyonya diwarisi daripada masyarakat Baba dan Nyonya di

    Melaka.

    B Terdapat sulaman yang berenda pada bahagian tepi kebaya nyonya.

    C Panjang kebaya nyonya hingga paras lutut.

    D Asal pakaian ini adalah daripada pakaian tradisional Melayu, iaitu

    kebaya.

    35. Mengapakah kebaya nyonya dinamai sedemikian?

    A Pakaian tersebut diwarisi daripada masyarakat Baba dan Nyonya di

    Melaka.

    B Pakaiaan tersebut dipakai oleh kaum Nyonya.

    C Pakaian itu dijahit oleh Nyonya

    D Pakaian itu direka oleh Nyonya.

    Soalan 36 40

    Teliti jadual di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    LAWATAN SAMBIL BELAJAR

    MURID SEKOLAH KEBANGSAAN SERENDAH

    Tarikh: 14 April 2008 Masa: 8.00 pagi 12.00 tengah hari

    Masa Perkara

    7.45 pagi Berkumpul di dewan sekolah.

    8.00 pagi Berangkat ke Shah Alam.

    8.30 9.30 pagi * Tiba dan melawat ke Taman Orkid.

    * Mendengar penerangan daripada pegawai taman.

    * Melawat sekitar taman dan melihat pelbagai jenis tanaman.

    9.30 10.15 pagi Berjalan kaki ke lading tenusu, satu-satunya ladang menternak

    kambing di Selangor.

    10.15 11.00 pagi Melawat ladang menternak burung puyuh, ayam, ayam belanda

    dan itik.

    11.00 11.45 pagi Melawat ladang memelihara ikan dan kawasan di sekitarnya

    dengan menaiki bas perkhidmatan ulang-alik secara percuma.

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 6

    14/15

    12.00 tengah hari Pulang ke sekolah.

    12.30 tengah hari Tiba di sekolah dan bersurai.

    Peringatan

    1 Kamu dibenarkan membeli hasil ladang tetapi perlu memberitahu guru lebih awal.2 Kamu hendaklah memakai pakaian seragam sekolah.

    3 Kamu dilarang membawa bekalan makanan yang terlalu banyak.

    4 Kamu mestilah berkelakuan sopan sepanjang masa.

    5 Sebarang masalah, hubungi guru kamu.

    36. Ke manakah murid-murid Sekolah Kebangsaan Serendah hendak pergi?

    A Melawat

    B Beriadah

    C Berekreasi

    D Melancong

    37. Tujuan lawatan ini diadakan untuk

    A melapangkan fikiran

    B membeli hasil tenusu

    C memelihara ternakan

    D menambah pengalaman

    38. Lawatan ini berlangsung selama

    A 4 jam

    B 4 jam 15 minit

    C 4 jam 30minit

    D 4 jam 45 minit

    14

    39. Yang berikut ialah ladang-ladang yang dilawati oleh murid-murid kecuali

    A. ladang kambing

    B. ladang kerbau

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 6

    15/15

    C. ladang ayam

    D. ladang itik

    40. Rangkai kata berkelakuan sopan dalam jadual bermaksud

    A menjaga tatasusila

    B menjaga maruah diri

    C bersikap lemah lembut

    D menjaga nama baik sekolah

    15