bahasa melayu pemahaman set 4

Upload: abdulrahman-abdullah

Post on 03-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 4

    1/15

    SULIT

    UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2013

    BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011

    SEPTEMBER

    50 minit Lima puluh

    minit

    tundA set 4(tujuan nak dapat A)

    ===============================================================

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

    1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

    2. Jawab semua soalan.

    3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan,iaitu A,B,C dan D. Bagi

    setiap soalan,pilih satu jawapan sahaja.Hitamkan jawapan kamu pada

    kertas jawapan objektif yang disediakan.

    4. Jika kamu hendak menukar jawapan,padamkan tanda yang telah dibuat.

    Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

    _______________________________________________________________________

    _

    Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak.

    011 [Lihat sebelah]SULIT

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 4

    2/15

    Arahan Am

    Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, dan D. Antaranya, ada

    satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu

    pada kertas jawapan. Hitamkan ruangan yang sama dengan jawapan yang kamu pilih.

    Isi tempat kosong denganjawapan yang paling sesuai.

    1. Sebagai seorang anak yang baik,______________________perlu menjaga nama baik

    ibu bapa dan keluarga.

    A. aku

    B. tuanku

    C. beliau

    D. kita

    2. ________________akan pergi berburu, titah Sultan Mahmud kepada Hang Tuah.

    A Aku

    B Beta

    C Patik

    D Baginda

    3. _________________hendak mengikuti lawatan ke Melaka, kata Hasyim kepada

    ayahnya.

    A Saya

    B Dia

    C Aku

    D Beta

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 4

    3/15

    4. ______________________kakinya patah dalam kemalangan itu.

    A. Dua

    B. Kedua

    C. Dua-dua

    D. Kedua-dua

    5._______________________jenis buku dijual di pesta buku yang diadakan di PWTC.

    A. Masing

    B. Seluruh

    C. Masing-masing

    D. Pelbagai

    6. Di___________________rumah datuknya terdapat sebuah kawasan tasik buatan.

    A. antara

    B. hadapan

    C. samping

    D. sudut

    7. Amira lambat sampai________________________tayar keretanya pancit.

    A. dengan

    B. kerana

    C. bersebab

    D. lantaran

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 4

    4/15

    8. Kawasan ini tidak lagi_______________________sejak kilang itu dibina.

    A. baik

    B. bising

    C. nyaman

    D. tenteram

    9. Hati Mardiha bertambah_____________________apabila kucing kesayangannya

    Mati.

    A. takut

    B. gelisah

    C. sedih

    10. _______________ruamah teres, rumah pangsa____________________tidak

    Mampu saya beli, kata Khalid.

    A. Baik.baik

    B. Usahkanpun

    C. Bukan sahaja.bahkan juga

    D. Baik..ataupun

    11. Cara pemakaian idola itu telah menjadi____________________pemuda tempatan.

    A. rujukan

    B. ikutan

    C. ciptaan

    D. idaman

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 4

    5/15

    12. Pelbagai rintangan dan cabaran yang ditempuhi oleh Datuk Malik Mydin dalam

    Renangannya._____________________beliau tidak berputus asa.

    A. Walaupun

    B. Oleh itu

    C. Justeru itu

    D. Namun demikian

    Soalan 13 berdasarkan Gambar 3

    Gambar 3

    13.Encik Mok dan Encik Johan _________________ kerana ingin menegakkan

    pendapat masing-masing.

    A. berpaling tadah

    B. bertikam lidah

    C. beralih angin

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 4

    6/15

    14. _____________________kah kamu mengulang kaji nota yang saya berikan minggu

    Lepas? Tanya Cikgu Zali kepada Arif.

    A. Apa

    B. Ada

    C. Kenapa

    D. Mana

    15. Hadiah itu __________________ dengan kertas pembalut hadiah yang cantik.

    A. dibalut

    B. pembalut

    C. membalut

    D. balut

    16. Air kopi itu____________________belum dikacau dan belum boleh dihidangkan.

    A. telah

    B. akan

    C. masih

    D. sedang

    17. Alina_________________menyiapkan makan tengah hari. Sebentar lagi siaplah,

    kata bapa.

    A selalu

    B sedang

    C pernah

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 4

    7/15

    D perlu

    18. Daun yang______________________itu telah disapu oleh tukang kebun.

    A. berguguran

    B. berterbangan

    C. berkeliaran

    D. berhamburan

    19. Muka gadis itu menjadi merah padam apabila_______________oleh sahabatnya.

    A. disindir

    B. disapa

    C. diajar

    D. diajuk

    20. Datuk gemar bermain tennis__________________________nenek pula gemar

    Membaca buku pada masa lapang.

    A. tatkala

    B. bilamana

    C. manakala

    D. walaupun

    21. Askar itu sedang ____________________kasutnya hingga berkilat.

    A. mengelap

    B. menggilap

    C. menyapu

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 4

    8/15

    D. membasuh

    22. Budak itu menangis ketakutan kerana _______________________ibunya.

    A. dijauhi

    B. dibelakangi

    C. ditinggalkan

    D. dihilangkan

    Soalan 23 berdasarkan Gambar 4

    Gambar 4

    23. Encik Jonathan memang _______________ dalam bidang muzik.A. ada jalan

    B. ada bakat

    C. ada hatiD. ada angin

    24. Kakak memakai se_________________rantai emas pemberian ayah pada hari

    Jadinya yang ke-15.

    A. bentuk

    B. utas

    C. pasang

    D. buah

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 4

    9/15

    25. Peragut itu telah_____________________oleh polis. Dia akan didakwa di

    Mahkamah.

    A. tangkap

    B. ditangkap

    C. menangkap

    D. tertangkap

    Soalan 26 hingga soalan 27

    Pilih kata yang seertibagi kata yang bergaris

    26. Kamala tertawa terbahak-bahak apabila mendengar cerita yang kelakar itu.

    A. jelik

    B. gembira

    C. mudah

    D. lucu

    27. Jangan biarkan lalat menghinggapi makanan.

    A. halau

    B. tegah

    C. usah

    D. boleh

    28. Salimah yang menghadiahi ibunya seutas rantai.

    Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di atas

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 4

    10/15

    A. Bilakah Salina menghadiahi ibunya seutas rantai?

    B. Siapakah yang menghadiahi ibu seutas rantai?

    C. Di manakah Salina membeli seutas rantai?

    D. Apakah yang Salina buat dengan hadiah tersebut?

    Soalan 29

    Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

    29. A. Budak itu tidak pandai tetapi sangat rajin.

    B. Ayah bukan pergi ke Sabah tetapi ke Serawak.

    C. Abang bukan balik ke kampung kerana cutinya dibekukan.

    D. Tidak semua murid dibenarkan menghadiri seminar itu.

    Soalan 30

    Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan

    30. Jualan buku terbaharu keluaran Syarikat Mutiara mendapat sambutan yang

    menggalakkan.

    A. Syarikat Mutiara menjual buku terbaharu amat menggalakkan.

    B. Jualan buku terbaharu yang dikeluarkan oleh Syarikat Mutiara mendapat sambutan

    yang memuaskan.

    C. Sambutan yang baik jualan buku terbaharu Syarikat Mutiara menggalakkan.

    D. Menggalakkan sambutan buku keluaran terbaharu Syarikat Mutiara.

    Soalan 31 hingga Soalan 35

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 4

    11/15

    Pada cuti penggal yang lalu, saya telah pulang ke kampung untuk meraikan majlis

    perkahwinan ayah saudara saya. Berikut adalah catatan ringkas dari awal saya bertolak

    sehinggalah hari perkahwinan itu.

    Khamis, 23 November 2007

    Ayah menghantar saya ke Pudu Raya. Ayah tidak dapat pulang awal kerana tiada cuti.

    Apabila bas Ekspres Transnasional tiba, saya cepat-cepat bergegas menuju ke bas.

    Beberapa minit kemudian bas bergerak menuju ke utara.

    Jumaat, 24 November 2007

    Saya mengikuti datuk ke Pekan Parit Saga. Datuk membeli barang-barang keperluan

    perkahwinan Pak Su. Seronok juga berjalan dengan datuk, sebab datuk suka bercerita.

    Sampai di rumah, ramai saudara- mara sudah tiba. Betapa gembiranya dapat bersama-

    sama setelah lebih setahun tidak berjumpa.

    Ahad, 26 November 2007

    Hari ini adalah hari perkahwinan Pak Su. Ayah dan ibu yang tiba malam tadi kelihatan

    begitu sibuk. Isteri Pak Su sangat menawan. Kami sempat mengusik isteri Pak Su. Jam

    6.00 petang ayah dan ibu mahu pulang. Esok mereka akan bekerja. Mahu tidak mahu

    saya terpksa mengiut mereka.

    31. Ke manakah penulis pergi bersama datuknya pada 24 November 2007?

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 4

    12/15

    A. Pudu Raya

    B. Pulang ke kampung

    C. Ke rumah penulis

    D. Pekan Parit Saga

    32. Berapa lamakah penulis berada di kampungnya?

    A. Satu hari

    B. Dua hari

    C. Tiga hari

    D. Empat hari

    33. Bilakah hari perkahwinan ayah saudara penulis?

    A. 23 November 2007

    B. 24 November 2007

    C. 25 November 2007

    D. 26 November 2007

    34. Berikut adalah benar mengenai penulis kecuali

    A. pergi ke pecan seorang diri

    B. membeli barang keperluan untuk perkahwinan Pak Su bersama datuknya.

    C. Pulang ke kampung seorang diri.

    D. Mengusik isteri Pak Usunya.

    35. Perkataan Menawan dalam petikan sesuai digantikan dengan

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 4

    13/15

    A. kolot

    B. cantik

    C. hodoh

    D. comel

    Soalan 36 hingga Soalan 40

    Baca dan Fahami petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Sekolah Rendah Kebangsaan Damansara akan menganjurkan Pertandingan Syarahan

    Perdana. Menggunakan Bahasa Malaysia selama sebulan sempena Bulan Bahasa di

    sekolah ini pada bulan hadapan.

    Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori, iaitu meliputi pelajar tahap dua

    dan setiap kategori akan ditawarkan hadiah lumayan. Hadiah bagi setiap tahap adalah

    seperti yang berikut:

    Tempat pertama: RM 200

    Tempat kedua: RM 100

    Tempat ketiga: RM 50

    Semua murid tahap dua dari sekolah ini dipelawa untuk mengambil bahagian.

    Mereka yang berminat dikehendaki mengambil dan mengisi borang khas yang disediakan

    oleh Persatuan Bahasa Malaysia sekolah ini. Semua borang yang telah siap diisi

    hendaklah disahkan oleh guru kelas masing-masing sebelum dihantar kepada

    jawatankuasa pertandingan. Para peserta dibenarkan memilih tajuk yang sesuai dengan

    mereka.

    Para pemenang pertandingan akan dipilih untuk mewakili sekolah dalam

    pertandingan peringkat seterusnya.

    Tarikh tutup penyerahan borang adalah pada 12 Julai 2007.

    36. Pada pendapat kamu, bilakah Bulan Bahasa akan diadakan di sekolah tersebut?

    A. Jun

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 4

    14/15

    B. Julai

    C. Ogos

    D. September

    37. Pertandingan ini terbuka kepada siapa?

    A. Pelajar tahap satu

    B. Pelajar tahap dua

    C. Pelajar tahun dua

    D.Pelajar tahun lima dan enam

    38. Berapakah jumlah hadiah wang tunai yang disediakan untuk pemenang

    Pertandingan?

    A. RM 350

    B. RM 1050

    C. RM 700

    D. RM 1000

    39. Apakah yang perlu dilakukan oleh pelajar yang ingin menyertai pertandingan

    ini?

    A. Mengisi borang dan menyerahkannya pada 12 Julai 2007

    B. Mengisi borang dan mendapatkan pengesahan daripada guru kelas sebelum

    Menghantar borang pada 12 Julai 2007

    C. Berjumpa dengan ahli Persatuan Bhasa Malaysia untuk mendapatkan syarat-

    syarat pertandingan.

    D. Mengisi borang yang diperoleh daripada Persatuan Bahasa Malaysia serta

    pengesahan daripada guru kelas dan dikirim sebelum 12 Julai 2007.

    40. Pada pendapat kamu, apakah objektif pertandingan tersebut diadakan?

    A. Supaya pelajar yang pandai akan mendapat hadiah.

  • 7/29/2019 Bahasa Melayu Pemahaman Set 4

    15/15

    B. Untuk menyemarakkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam kalangan

    Pelajar

    C. Untuk membolehkan pelajar menguji kemampuan mereka menguasai Bahasa

    Malaysia

    D. Untuk merapatkan hubungan antara guru dan pelajar dengan Persatuan Bahasa

    Malaysia di sekolah itu.