bahasa malaysia pt3 ujian bertutu 2.docx

20
KEPENTINGAN AMALAN TOLONG-MENOLONG Mengikut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-sama. Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan di kampung-kampung dan kurang dilakukan di bandar pada masa ini. Pada pendapat saya, aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat di negara kita. Terdapat beberapa kebaikan amalan gotong-royong jika diamalkan dalam kehidupan seharian. Kebaikan pertama amalan gotong-royong ialah dapat memudahkan kerja yang kita lakukan. Dengan membuat kerja secara gotong-royong, kerja yang kita lakukan akan lebih senang. Di kampung, majlis yang diadakan biasanya dibuat secara gotong-royong seperti majlis perkahwinan. Dalam sesuatu majlis yang diadakan itu,, penduduk kampung akan membantu tuan rumah khususnya dalam kerja memasak dan mendirikan khemah. Selain itu, amalan gotong-royong juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Kerja yang dilakukan akan mengambil masa yang lebih singkat jika dilakukan secara gotong-royong. Contohnya, gotong-royong dalam membersihkan kawasan balai raya atau sekolah. Apabila kerja yang kita lakukan cepat siap, secara tidak langsung kita dapat menjimatkan masa dan tenaga. Amalan gotong-royong juga membolehkan kita menjimatkan belanja. Dalam sesetengah keadaan, kita boleh menjimatkan perbelanjaan sehingga lima puluh peratus. Sebagai contoh, jika sesebuah majlis perkahwinan dibuat secara gotong- royong, kita tidak perlu membayar upah pekerja dan kos penyediaan makanan. Selain itu, kita juga boleh menjimatkan perbelanjaan membina tempat menunggu bas, jika dibuat secara gotong-royong. Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong-royong ialah bekerjasama, bertolak ansur dan kerajinan. Selain itu, amalan

Upload: kai-guan

Post on 12-Jul-2016

66 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA MALAYSIA PT3 UJIAN BERTUTU 2.docx

KEPENTINGAN AMALAN TOLONG-MENOLONG

Mengikut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-sama. Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan di kampung-kampung dan kurang dilakukan di bandar pada masa ini. Pada pendapat saya, aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat di negara kita. Terdapat beberapa kebaikan amalan gotong-royong jika diamalkan dalam kehidupan seharian.

                Kebaikan pertama amalan gotong-royong ialah dapat memudahkan kerja yang kita lakukan. Dengan membuat kerja secara gotong-royong, kerja yang kita lakukan akan lebih senang. Di kampung, majlis yang diadakan biasanya dibuat secara gotong-royong seperti majlis perkahwinan. Dalam sesuatu majlis yang diadakan itu,, penduduk kampung akan membantu tuan rumah khususnya dalam kerja memasak dan mendirikan khemah.

                Selain itu, amalan gotong-royong juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Kerja yang dilakukan akan mengambil masa yang lebih singkat jika dilakukan secara gotong-royong. Contohnya, gotong-royong dalam membersihkan kawasan balai raya atau sekolah. Apabila kerja yang kita lakukan cepat siap, secara tidak langsung kita dapat menjimatkan masa dan tenaga.

                Amalan gotong-royong juga membolehkan kita menjimatkan belanja. Dalam sesetengah keadaan, kita boleh menjimatkan perbelanjaan sehingga lima puluh peratus. Sebagai contoh, jika sesebuah majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong, kita tidak perlu membayar upah pekerja dan kos penyediaan makanan. Selain itu, kita juga boleh menjimatkan perbelanjaan membina tempat menunggu bas, jika dibuat secara gotong-royong.

                Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong-royong ialah bekerjasama, bertolak ansur dan kerajinan. Selain itu, amalan bergotong-royong juga dapat memupuk sikap berjimat cermat dalam masyarakat.

                Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.

Page 2: BAHASA MALAYSIA PT3 UJIAN BERTUTU 2.docx

                Sebagai kesimpulan, aktiviti gotong-royong mempunyai beberapa faedah kepada masyarakat dan negara. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu ‘Maufakat Membawa Berkat’. Pada pendapat saya, pihak kerajaan boleh juga memupuk amalan gotong-royong melalui kempen yang diadakan di televisyen dan surat khabar secara berterusan. Aktiviti gotong-royong ini wajar diamalkan semula. Oleh itu, semua pihak mestilah memainkan peranan dengan mengamalkan budaya hidup bergotong-royong ini dalam kehidupan seharian.

USAHA- USAHA MEMBANTU ORANG KURANG UPAYA

Orang Kelainan  Upaya (OKU) merupakan orang yang kurang bernasib baik. Mereka dilahirkan dalam keadaan cacat.  Ada juga yang menjadi cacat akibat mengalami kemalangan yang menjejaskan anggota badan. Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna kerana kekurangan yang dimiliki. Mereka perlu dibantu untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Terdapat pelbagai pihak yang perlu memainkan peranan  untuk membantu Orang Kelainan Upaya (OKU).       Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak mereka supaya menghormati serta tidak memandang hina OKU.  Hal ini demikian kerana OKU juga mempunyai perasaan mahu dihargai, disayangi dan dihormati oleh masyarakat. Sebagai contoh, anak-anak diajar supaya tidak memandang sebelah mata terhadap OKU. Mereka juga dilarang mentertawakan OKU akibat kecacatan yang mereka alami ketika berhadapan dengan mereka. Tegasnya, ibu bapa perlu mendidik anak-anak supaya menghormati OKU.      Selain itu, pihak kerajaan hendaklah menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan memberikan kemahiran kepada golongan OKU. Hal ini demikian kerana pendidikan dan kemahiran sangat penting demi masa depan mereka. Langkah pihak kerajaan mewujudkan Kelas Pendidikan Khas amat wajar diberiakan pujian. Jelaslah bahawa pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam membantu OKU sebagaimana slogan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak ,’Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Di samping itu, pihak swasta juga hendaklah turut sama membantu golongan OKU menjalani kehidupan yang lebih baik.  Mereka tidak seharusnya bersikap lepas tangan dan tidak menganggap OKU sebagai beban. Sebagai contoh, usaha murni pengusaha pusat beli-belah yang menyediakan kemudahan untuk golongan OKU seperti lorong khas, tandas dan tempat letak kenderaan amat dihargai.  Sikap pihak swasta yang menunjukkan keperihatinan dan menunaikan tanggungjawab mereka terhadap golongan yang kurang bernasib baik ini perlu dicontohi.

Page 3: BAHASA MALAYSIA PT3 UJIAN BERTUTU 2.docx

       Seterusnya, pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan maklumat tentang peluang pendidikan dan kerjaya bagi  OKU. Setiap maklumat  mestilah disampaikan dan disebarkan oleh pihak media massa  kepada orang ramai. Kempen  Masyarakat Penyayang yang dilancarkan oleh pihak kerajaan perlulah disampaikan melalui saluran media massa. Maklumat tersebut boleh disalurkan melalui iklan, kempen dan melalui drama. Kesannya, orang ramai akan mendapat maklumat tentang OKU secara telus. Jelaslah, nasib OKU akan terbela dengan adanya peranan media massa.    Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa  pelbagai pihak perlu memainkan peranan untuk membantu OKU.  Semua pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, bagi membela nasib dan masa depan golongan OKU.

FAEDEAH MEMPUNYAI KAWAN YANG BANYAK

Pepatah ada mengatakan,"berkasih biarlah satu,berkawan biarlah seribu".Hal ini jelas menunjukkan bahawa kita digalakkan berkawan dengan seberapa banyak yang mungkin.Apabila kita mempunyai banyak kawan,hidup kita tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung.Orang yang tidak mempunyai kawan atau tidak suka berkawan dikatakan sebagai kera sumbang.Sebenarnya,banyak faedah yang akan kita peroleh jika kita mempunyai banyak kawan.

    Satu daripada faedahnya ialah kita akan mendapat pelbagai maklumat.Jika kita akan menghadapi peperiksaan,kita boleh bertukar-tukar maklumat tentang mata pelajaran yang kita pelajari.Sebagai contohnya,kita boleh bertukar-tukar kertas soalan peperiksaan percubaan atau soalan peperiksaan ujian bulanan melalui e-mel.Melalui cara ini,maklumat yang akan kita peroleh   bertambah,lebih-lebih lagi dalam era ini pelbagai maklumat terletak diujung jari.

    Selain itu,kawan yang banyak akan meningkatkan hubungan silaturahim.Apabila kita berkawan dengan banyak orang,hubungan kita dalam masyarakat sangat baik dan mesra.Sebagai contohnya,kita hendaklah berkawan dengan semua pelajar daripada pelbagai peringkat umur.Apabila kita berkawan,kita akan dapat meningkatkan hubungan erat selain dapat mengetahui pelbagai ragam manusia kerana banyak udang banyak garam banyak orang banyak ragam.

    Seterusnya kita akan dapat meningkatkan perpaduan dalam kalangan pelajar.Di sekolah.terdapat pelbagai kaum.Jika kita berkawan dengan pelajar daripada kaum lain,kita akan dapat mengenali mereka dengan lebih dekat.Sebagai contohnya,kita berpeluang untuk meraikan perayaan Deepavali,Tahun Baru Cina,Hari Raya Aidil Fitri dan sebagainya.Melalui cara ini,kita akan dapat meningkatkan hubungan yang baik sesama

Page 4: BAHASA MALAYSIA PT3 UJIAN BERTUTU 2.docx

mereka selain kita dapat meningkatkan perpaduan di negara kita kerana bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

    Bukan itu sahaja,kawan akan dapat membantu kita sewaktu kita menghadapi masalah.Kawan kita kemungkinan mempunyai kepandaian dalam mata pelajaran yang tidak kita kuasai.Oleh itu,kawan boleh membantu kita untuk menangani masalah tersebut.Sebagai contohnya,jika kita lemah dalam mata pelajaran Sejarah,kita bolehlah meminta pertolongan daripada kawan kita yang bijak dalam mata pelajaran tersebut.Oleh itu,kita hendaklah mencari kawan yang boleh membantu atau menolong kita,dan bukannya yang membawa kita ke lembah kehinaan.

      Tuntasnya,kita hendaklah sentiasa berusaha untuk berkawan dengan sesiapa sahaja di sekolah atau di luar sekolah.Namun demikian,kita hendaklah berhati-hati,iaitu ingat sebelum kena,jimat sebelum habis kerana kawan yang baik membawa kebahagiaan manakala kawan yang jahat akan membawa kehancuran.Oleh hal yang demikian,pandai-pandailah kita untuk membuat pilihan antara intan dengan kaca.Jika kita bijak memilih kawan,masa depan kita akan lebih bijak dan bersinar.

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah   mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul.   Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama keluarga, guru mahupun rakan-rakan.Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka juga sentiasa   berlapang dada   untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang cemerlang. Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih dalam pergaulan dengan membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi akademik kerana menyedari bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Allah. Sahsiah dan peribadi pelajar yang cemerlang yang unggul disenangi oleh orang di sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra kerana tidak bersikap seperti   kera sumbang . Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul.

                        Selain itu,   pelajar yang cemerlang sentiasa menyedari hakikat bahawa masa itu emas dan tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya.   Mereka sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku, mengulang kaji pelajaran, dan beriadah. Mereka juga menyediakan jadual

Page 5: BAHASA MALAYSIA PT3 UJIAN BERTUTU 2.docx

aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti yang mereka lakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani. Penyediaan jadual aktiviti harian amat penting bagi memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan masa selama 24 jam di meja belajar sahaja. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa yang terluang. Hal ini demikian kerana, mereka menyedari melalui pembacaan, mereka akan dapat meluaskan horizon pemikiran mereka dan seterusnya menjadikan diri mereka seorang pelajar yang cemerlang. Mereka juga sentiasa menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak menangguhkannya. Mereka juga tidak mengamalkan sikap   seperti pahat dengan penukul   dalam proses menuntut ilmu. Oleh hal yang demikian, jelaslah kepada kita semua bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa bijak dalam mengisi setiap saat dan minit dalam kehidupan mereka agar tidak berakhir dengan penyesalan.

                      Sementara itu,   untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, setiap pelajar hendaklah sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.   Hal ini demikian kerana, melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan para pelajar akan terserlah dan dapat terus digilap untuk mencapai kejayaan. Tamsilannya, para pelajar akan sentiasa melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang diadakan oleh unit beruniform, serta kelab dan persatuan seperti berkawad dan berkhemah. Dalam konteks ini, para pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan mereka malah turut dapat mencerdaskan otak mereka kerana   otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas.   Para pelajar juga haruslah menyertai sebarang pertandingan bagi mengenal pasti potensi diri sama ada melalui unit beruniform mahupun akademik. Contohnya, pelajar yang cemerlang akan menyertai pertandingan yang dapat menguji minda serta pemikiran mereka seperti pertandingan perbahasan, forum dan catur. Oleh hal yang demikian, setiap pelajar perlu bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan seimbang.

TEKNIK BELAJAR YANG BERKESAN

Kejayaan pelajar dalam peperiksaan sudah menjadi sesuatu yang mesti dalam diri setiap pelajar. Cuma masih banyak pelajar yang gagal untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka. Oleh itu, apakah kaedah pembelajaran yang harus dimiliki oleh pelajar untuk berjaya dalam peperiksaan mereka?

Sudah pasti aspek penting melibatkan penumpuan penuh mereka dalam proses pembelajaran di kelas itu. Semua penerangan guru amat penting dan kemampuan untuk memberikan perhatian memastikan semua informasi penting difahami oleh pelajar. Jelaslah, pelajar harus

Page 6: BAHASA MALAYSIA PT3 UJIAN BERTUTU 2.docx

memberikan tumpuan seratus peratus ketika berada di dalam kelas.

Kedua, pelajar hendaklah menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh guru mereka dengan baik. Semua tugasan ini diberikan dengan harapan pelajar akan lebih memahami topik itu sebaik sahaja menyudahkan kerja sekolah tersebut. Sesungguhnya, pelajar yang berjaya ialah pelajar yang selalu menghabiskan tugasan sekolah mereka dengan sebaik mungkin.

Malah, pelajar harus memiliki satu jadual belajar yang lengkap dan sistematik. Jadual pembelajaran yang baik menjadikan semua subjek di beri perhatian yang setara oleh pelajar pula. Jadi, tindakan membuat jadual belajar dan mematuhinya menjamin kejayaan cemerlang pelajar dalam peperiksaan pula.

Kewujudan kumpulan belajar menjadikan tugas untuk menelaah begitu mudah pula. Setiap ahli kumpulan akan menerangkan topik atau bahagian yang telah ditugaskan kepada mereka itu untuk dikongsi bersama-sama rakan pelajar yang lain. Sesungguhnya, kumpulan belajar memberikan pelajar satu penjimatan masa untuk membaca banyak topik dalam satu masa yang suntuk.

Kesimpulannya, kejayaan pelajar banyak bergantung dengan cara teknik belajar yang betul. Kemampuan pelajar untuk melakukan semua teknik ini pasti membuahkan hasil dalam kehidupan persekolahan mereka kelak. Bak kata orang tua-tua, 'usaha itu tangga kejayaan' yang membuktikan setiap usaha pelajar pasti membawakan kejayaan yang diadam-idamkan oleh mereka semua.

KEPENTINGAN MATA PELAJARAN SEJARAH

Mata pelajaran Sejarah sering dikatakan susah oleh para pelajar masa kini. Mereka tidak memahami bahawa Sejarah amat penting untuk masa dpan negara.Jadi mereka yang gagal untuk mempelajari sejarah mereka pasti mengulangi kesilapan orang kita pada masa dahulu. Dengan

Page 7: BAHASA MALAYSIA PT3 UJIAN BERTUTU 2.docx

mempelajari sejarah kita dapat mengenal asal usul kemunculan tulisan, bandar, sistem pemerintahan dan sebagainya. Setiap rakyat malaysia khususnya anak muda harus mengetahui latar belakang negara kita dan pembentukan negara malaysia itu sendiri kerana ini merupakan sejarah negara kita.oleh itu, terdapat pelbagai kepentingan mempelajari mata pelajaran sejarah.

    Mengambil iktibar daripada peristiwa lalu merupakan kepentingan mempelajari Sejarah. Hal ini demikian kerana, mereka yang tidak mempelajari sejarah berkemungkinan mengulangnya dan membawa kepada kejatuhan negara. Memetik kata-kata ahli falsafah george santayana mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya. Kesilapan orang terdahulu sewajarnya diambil berat dan bukannya dipandang enteng sahaja kerana kesannya amat menyakitkan. Buktinya pada zaman pendudukan jepun orang kita terdahulu hidup terseksa dan di bunuh tanpa belas kasihan akibat mempercayai janji palsu jepun. Oleh itu, kita wajar mengambil iktibar daripada peritiwa lalu.

Selain itu, mempelajari sejarah dapat menimbulkan rasa patriotisme dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana, jika kita lihat senario pada hari ini, masyarakat tidak lagi menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang telah bersusah payah membebaskan negara kita daripada dijajah. Akibat daripada itu semangat patriotisme semakin terhakis dalam diri masyarakat kita terutamanya golongan remaja. Sambutan hari kemerdekaan juga sering tidak diendahkan oleh para remaja hari ini kerana mereka menganggap sambutan itu tidak mendatangkan apa –apa faedah sedangkan sambutan itu wajib diadakan untuk menghargai jasa-jasa pejuang tanah air. Mereka harus sedar bahawa segala kesenangan dan kebebasan yang mereka perolehi pada hari ini hasil usaha pewira-perwira negara kita.nama mereka sentiasa meniti di bibir pejuang negara kerana harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama.

      Seterusnya, kita dapat menyedari kepentingan mengekalkan perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, kestabilan negara bergantung kepada perpaduan masyarakat. Negara kita ibarat pokok dan rakyat kita ibarat akar. pokok tidak akan berdiri kukuh tanpa akar begitu juga negara kita. Jika rakyat bersatu padu, negara kita akan aman dan stabil, maka, perpaduan dapat dikekalkan. Negara kita penah mencatatkan sejarah hitam selepas merdeka iaitu tragedi persalahfahaman antara kaum pada 13 mei 1969. Tragedi ini meragut banyak nyawa dan perpaduan negara pada masa itu ibarat telur di hujung tanduk. Selepas terjadinya peristiwa hitam itu, kita mestilah sentiasa memastikan bahawa perpaduan antara kaum itu dipelihara agar tragedi itu tidak berulang kembali.

Tuntasnya, kepentingan mempelajari mata pelajaran sejarah negara amat penting dalam pembentukan masyarakat yang sentiasa menghayati dan menghargai   jasa-jasa pejuang tanah air yang berjuang untuk kebebasan

Page 8: BAHASA MALAYSIA PT3 UJIAN BERTUTU 2.docx

kita pada hari ini. Jadi, pelajar terutamanya   tidak sewajarnya mengeluh untuk mempelajari matapelajaran kerana di dalamnya terkandung 1001 iktibar, teladan serta pengajaran untuk pedoman hidup.

SEKOLAH SELAMAT

Sekolah yang selamat bermaksud tidak berlakunya kejadian yang boleh menjejaskan keselamatan pelajar dan guru di situ. Antara kejadian yang pernah berlaku di kawasan sekolah ialah kejadian pergaduhan, kecurian, dan perkosaan. Oleh itu, wujud pelbagai ciri yang menjadikan sesebuah sekolah itu selamat pada mata masyarakat umum.

Ciri yang paling mudah ialah pihak sekolah menempatkan pengawal keselamatan di pintu masuk sekolah itu. Pengawal ini juga boleh meronda kawasan sekolah mengikut masa tertentu sebagai usaha memastikan keselamatan sekolah terjaga. Jadi, tindakan menggaji pengawal keselamatan menjadi langkah mudah untuk memastikan sekolah selamat.

Selain itu, setiap bilik di sekolah itu perlulah dilengkapi dengan alat pemadam api yang mudah untuk diperoleh. Maknanya, pelajar bukan sahaja diberi latihan menggunakannya tetapi hendaklah diletakkan di tempat yang paling strategik untuk keberkesanan penggunaannya kelak. Jelaslah, alat pemadam api boleh memastikan kebakaran yang berlaku dikawal sebelum ketibaan pihak bomba.

Tambahan pula, sebuah sekolah yang selamat turut memiliki pelan arah keselamatan apabila berlakunya sebarang kejadian seperti kebakaran, banjir, dan sebagainya. Pelan ini memudahkan pelajar mengetahui tindakan yang harus diambil oleh mereka dan arah yang dituju ketika perkara kecemasan berlaku. Sebenarnya, kewujudan pelan sebegini memastikan pelajar dapat menyelamatkan diri dalam keadaan tenang dan teratur apabila berlaku sesuatu perkara buruk.

Kewujudan pengawal lalu lintas terutama di kawasan sekolah yang berhampiran jalan utama lalu lintas turut penting dalam menjamin keselamatan penghuni sekolah. Pengawal ini akan memastikan pelajar melintas jalan dengan selamat dan memerhatikan persekitaran ketika pelajar sedang menunggu kedatangan ibu bapa mereka itu. Sesungguhnya, pengawal lalu lintas menjadikan pelajar lebih selamat ketika keluar dari kawasan sekolah.

Kesimpulannya, setiap sekolah hendaklah memberi penekanan terhadap aspek keselamatan pelajar mereka. Jika pihak sekolah masih berdolak-dalih dalam hal ini sudah pasti sesuatu tragedi hanya menanti masa sahaja untuk berlaku. Mungkin sudah sampai masanya pihak sekolah melihat keselamatan pelajar melebihi segala-galanya sebelum nasi menjadi bubur.

Page 9: BAHASA MALAYSIA PT3 UJIAN BERTUTU 2.docx

USAHA –USAHA MELAHIRKAN ATLET BERTARAF ANTARABANGSA

Acap kali negara kita menganjurkan sukan berprestij di dunia seperti Formula One, LeTour De Langkawi, Sukan Komenwell dan sebagainya. Pecapaian Malaysia sebagai penganjur tidak dapat dinafikan kehebatannya. Walaupun begitu, pencapaian Malaysia sebagai peserta amatlah mengecewakan. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha haruslah dilakukan untuk memajukan sukan negara.

          Punca utama para atlet tidak bergiat lama dalam bidang ini kerana tiada jaminan masa depan kepada mereka. Oleh itu, suatu usaha harus dilakukan untuk menjamin masa depan mereka. Terutama peluang pekerjaan jika berlaku kecederaan kepada mereka. Selain itu, elaun dan pencen harus diberikan kepada mereka yang bergiat aktif dalam mewakili Malaysia, tidak kira sama ada atlet tersebut menang ataupun kalah. Di samping itu, suatu organisasi harus ditubuhkan untuk menjaga kebajikan atlet Malaysia.

          Bak kata pepatah, meluntur buluh biar dari rebungnya. Oleh itu, untuk membentuk atlet, pendedahan haruslah dimulakan dari peringkat kanak-kanak. Sekolah sukan haruslah dibina di setiap daerah atau disetiap negeri. Sekolah sukan berkaitan pula dibina dari peringkat sekolah rendah. Di sekolah tersebut, kelengkapan sukan haruslah lengkap. Segala ilmu seperti teknik pernafasan yang betul diajar selain teknik menguasai permainan sukan yang dipilih. Subjek sukan dimasukkan dalam silibus dan diuji, sama seperti ujian bagi mata pelajaran lain.Oleh itu, pelajar tersebut akan memandang serius dalam subjek tersebut.

          Di peringkat sekolah pula, Bulan kesukanan perlulah diadakan. Pelbagai aktiviti kesukanan haruslah diadakan dan hadiah yang menarik pula perlulah ditawarkan sebagai ganjaran. Selain itu, perlawanan persahabatan dalam sukan serta perlawanan peringkat sekolah haruslah ditingkatkan untuk mencungkil bakat terpendam para pelajar yang seharusnya menjadi pelapis atlet yang sedia ada. Sementelahan, kemudahan untuk sukan dan peruntukan untuk membeli peralatan sukan haruslah disediakan selain galakan daripada pihak guru dan ibu bapa.  

Page 10: BAHASA MALAYSIA PT3 UJIAN BERTUTU 2.docx

          Konklusinya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk memajukan lagi sukan di negara kita. Pihak Kerajaan haruslah giat menjalankan kajian untuk memantapkan lagi sukan negara. Semua pihak termasuklah ibu bapa seharusnya memberi bimbingan dan galakan kepada anak-anak yang berkecenderungan terhadap bidang sukan. Majulah sukan untuk negara.

FAEDAH SUAKN

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita   peroleh.

Salah satu daripada faedahnya ialah   dapat menyihatkan tubuh badan .Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.

  Seterusnya, melalui bersukan kita   dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan . Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.

                    Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti   mengisi masa lapang secara bermanfaat .Sesi latihan   permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.

                    Di samping itu, dengan bersukan kita   dapat mengharumkan nama sekolah .Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan

Page 11: BAHASA MALAYSIA PT3 UJIAN BERTUTU 2.docx

dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah.

              Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas.

ORSukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk mengisi masa lapang dan beriadah. Pada tahun yang lalu, kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, renang, bola sepak, tenis, badminton dan skuasy. Persoalannya apakah faedah jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam aktiviti   bersukan?

Faedah bersukan yang utama kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin. Hal ini demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya, setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatih.   Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turut membentuk disiplin murid tersebut.

Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalanya, seseorang murid yang bersukan pada setiap petang akan membakar lemak berlebihan dalam badan. Oleh itu, murid yang aktif bersukan

Page 12: BAHASA MALAYSIA PT3 UJIAN BERTUTU 2.docx

jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan.

Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya kerana masa itu emas. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk   memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya   belajar.   Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.

Faedah berikutnya, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi serta tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei   tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pingat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan murid yang berfikiran positif.

Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain   permainan komputer   dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berpeleseran di pusat beli-belah, menonton televisyen dan berbual-bual kosong. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.

SUKAN KE ARAH PERPADUAN

Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah. Sukan dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajar-pelajaR.

Page 13: BAHASA MALAYSIA PT3 UJIAN BERTUTU 2.docx

Pendekatan daripada   aspek bidang sukan   telah dirancang bagi memantapkan integrasi nasional.umum mengetahui bahawa bidang sukan merupakan medium ke arah pembentukan masyarakat yang sihat.Namun begitu,penglibatan kaum yang mengambil bahagian dalam acara sukan mampu membentuk perpaduan seperti memasuki acara perbarisan atau larian.Peserta dari pelbagai kaum saling bekerjasama sesama mereka untuk memacu kejayaan dalam bidang sukan.oleh hal yang demikian,bidang sukan mampu memantapkan integrasi nasional.

Page 14: BAHASA MALAYSIA PT3 UJIAN BERTUTU 2.docx

OBASITI(PUNCA)

  Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hdup yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan. Untuk mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperti ikan. Kita juga hendaklah mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan memasak dengan cara mengukus, membakar atau merebus.

Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya masalah obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Akhirnya badan kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk. Oleh itu, kita mesti melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Antara senaman yang boleh dilakukan oleh mereka yang malas atau sukar melakukan pergerakan ialah berjalan kaki pantas, berenang, atau bermain badminton. senaman ini dapat mengelakkan kecederaan.

Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalam bungkusan atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera seperti KFC, Mcdonald, Ayamku, dan Pizza Hut digemari ramai penduduk Brunei terutama mereka yang bekerja kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk memasak makanan selepas penat bekerja. Walaupun makanan yang disediakan oleh restoran makanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa pengambilan makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak berkhasiat dan mengandungi kadar garam, gula, dan lemak yang tinggi.

  Kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah

Page 15: BAHASA MALAYSIA PT3 UJIAN BERTUTU 2.docx

pengambilan makanan, cara memasak, dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan

OBESITI(LANGKAH)

          Belakangan ini, masalah obesiti semakin meningkat dalam kalangan rakyat negara kita. Mengikut laporan akbar, peratusan rakyat Malaysia yang mempunyai berat badan yang berlebihan ini adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara Asia yang lain. Umumnya, obesiti ini mendatangkan pelbagai keburukan khususnya penampilan diri yang tidak menarik. Bukan itu sahaja, mereka yang mengalami masalah ini mudah diserang penyakit. Antara penyakit yang sering dikaitkan dengan obesiti ialah diabetes, darah tinggi dan juga serangan jantung. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan diri kita daripada masalah ini?

            Antara langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan diri kita daripada masalah ini adalah dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Kita haruslah mengambil kira keperluan karbohidrat, lemak dan zat-zat pemakanan yang sesuai dengan peringkat umur. Oleh yang demikian, kita haruslah menjadikan piramid makanan sebagai panduan dalam pemilihan menu atau jenis makanan agar hidup lebih sihat. Selain itu, kita juga mestilah makan mengikut waktu secara teratur terutamanya tiga waktu makan yang utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Tambahan pula, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menguar-uarkan slogan “makan secara sihat, sihat sepanjang hayat” bagi memastikan rakyat mengamalkan pemakanan yang sihat. Hal ini kerana,     kita bukan sahaja sihat malah kehidupan lebih bahagia dan terjamin tanpa penyakit berbahaya sekiranya kita bijak dalam memilih makanan yang sihat dan seimbang setiap hari.

            Langkah yang seterusnya adalah dengan melakukan senaman secara teratur. Kita perlulah   mendisiplinkan diri     dan melakukan senaman sekurang-kurangnya selama dua puluh minit dalam tiga kali seminggu. Aktiviti senaman ini haruslah dijadikan rutin dalam kehidupan kita. Kita tidak seharusnya     menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk tidak bersenam. Tambahan pula, kini banyak alatan senaman yang mampu dimiliki dan dapat digunakan di rumah. Dengan itu, kita tetap berpeluang untuk bersenam dan kekal hidup sihat. Jadi, jelaslah bahawa melalui senaman yang teratur akan dapat membantu kita mengekalkan berat badan yang sihat sekali gus mencegah daripada masalah kegemukan,malahan kita seperti menyelam sambil minum air

Page 16: BAHASA MALAYSIA PT3 UJIAN BERTUTU 2.docx

kerana dengan bersenam bukan sahaja badan kita sihat tetapi otak juga lebih cerdas.

            Selain daripada menjaga pemakanan dan melakukan senaman yang teratur, kita juga tidak seharusnya terpedaya dengan produk pelangsingan badan yang kian berlambak dalam pasaran. Pelbagai produk pelangsingan badan dijual dan diiklankan yang boleh mengaburi mata pengguna. Pengguna haruslah berhati-hati kerana biasanya kandungan bahan-bahan dalam produk pelangsingan badan boleh membahayakan kesihatan malah, kebanyakan produk     tiada jaminan keselamatan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh yang demikian, penggunaan produk ini tidak selamat dan boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif yang boleh menjejaskan kesihatan. Penggunaan produk tersebut bukannya dapat menguruskan badan sebaliknya mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Oleh itu, kita haruslah mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pakar perubatan yang bertauliah sebelum menggunakan sesuatu produk pelangsingan badan yang ada dalam pasaran.

MAKANAN SEIMBANG

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini. Kepentingan pemakanan seimbang yang utama ialah sikap ini menjadikan pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya. Selain itu, pemakanan yang seimbang menjadikan perkembangan mental seseorang itu terganggu pula. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Page 17: BAHASA MALAYSIA PT3 UJIAN BERTUTU 2.docx

Kemungkinan kepentingan pemakanan seimbang yang mudah difahami ialah makanan yang seimbang memberikan vitamin yang cukup kepada badan seseorang itu. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja. Akhirnya, pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar obesiti masyarakat dunia. Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya. Kesimpulannya, kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.