bahasa malaysia makin terpinggir

Upload: anita-yusup

Post on 07-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Bahasa Malaysia Makin Terpinggir

    1/2

    Bahasa Malaysia Makin Terpinggir, Tak Dihormati, Kata Pakar Bahasa

    KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Penggunaan Bahasa Malaysia kini semakinmerosot dan terpinggir, malah ia juga semakin tidak dihormati oleh rakyat negara iniberbanding bahasa Inggeris, demikian menurut beberapa orang pakar bahasa di sini

    hari ini.

    Mereka berkata keghairahan menggunakan bahasa Inggeris oleh 500 buah institusipengajian swasta di seluruh negara sekarang menjadikan seolah-olah bahasa itubahasa utama negara.

    Isu bahasa ini dibincang hangat pada "Forum Merdeka: Sembang Kopi `O' NasiLemak" anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) danGabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena).

    Panel menganggap masalah tersebut sebagai `malang' bagi sebuah negara yangtelah merdeka selama 50 tahun. Turut dibincangkan ialah masalah integrasi kaum diperingkat sekolah.

    Seorang anggota panel, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr AbdulShukor Abdullah berkata penggunaan bahasa Malaysia atau lebih selesa beliau sebutbahasa Melayu kini tidak seunggul dulu malah semakin ketinggalan.

    Beliau berkata walaupun negara mencapai kemajuan dalam bidang kokurikulumberbanding negara Afrika namun dari sudut sistem persekolahan, Malaysia gagalmenjadikan bahasa Malaysia sebagai `bahasa penyatuan dalam sistem persekolahankebangsaan'.

    "Perjuangan bahasa Melayu dulu sangat hebat hingga bekas Menteri Pelajaran TunAbdul Rahman Yakub pada 1969 pernah membuat satu keputusan mengejutkan

    untuk memansuhkan aliran bahasa Inggeris secara berperingkat walau tanpakeizinan kabinet," katanya.

    Forum selama 50 jam itu yang bakal mencatatkan rekod di negara ini sebagai forumpaling lama dibuat secara terus menerus berakhir lewat malam ini.

    Forum berbentuk pengisian intelektual itu menampilkan lebih 100 tokoh pelbagaibidang yang berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai pencapaian negaraselepas merdeka.

    Abdul Shukor berkata usaha untuk membolehkan masyarakat pelbagai kaum belajardi bawah "satu bumbung" di sekolah kebangsaan turut gagal mencapai matlamat.

    Ini kerana, katanya, hanya 10 peratus kaum Cina belajar di sekolah kebangsaan danbakinya memilih sekolah jenis kebangsaan Cina.

    "Pengasingan kaum sekarang amat buruk di sekolah-sekolah. Jika dulu kita dapatlihat pelajar Melayu, India dan Cina boleh makan sekali kini budaya itu tidak lagiwujud. Kita perlu lihat masa depan generasi kita," katanya.

    Pensyarah Linguistik Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Profesor DrAwang Sariyan, yang memberi pandangan yang sama berkata keadaan semakin

  • 8/3/2019 Bahasa Malaysia Makin Terpinggir

    2/2

    parah apabila generasi muda gagal menguasai bahasa Malaysia dan menerimanyasebagai bahasa rasmi seperti yang terkandung dalam kontrak sosial.

    Awang berkata bahasa Melayu sangat gemilang bermula kurun ketujuh apabiladigunakan bagi urusan rasmi perdagangan oleh pedagang pelbagai negara termasukEropah hingga ke kurun ke 16.

    Seorang lagi pakar bahasa, Profesor Emiritus Datuk Dr Nik Safiah Karim pula berkatatidak wajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta untuk menggunakanInggeris kerana bahasa Malaysia adalah bahasa pengantar utama dari sekolahrendah ke peringkat tertinggi.

    Katanya, keghairahan menggunakan bahasa Inggeris oleh 500 buah IPT swasta diseluruh negara sekarang seolah-olah bahasa itu sebagai bahasa utama negara.

    "Dari segi praktikal, bahasa Melayu tidak ke mana. Walau dalam perlembagaanmenyatakan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan tetapi selepas 50 tahunnegara merdeka, bahasa Melayu masih di takuk lama," katanya.

    Antara tokoh-tokoh yang hadir pada forum hari ini ialah bekas timbalan menteripelajaran Datuk Mahadzir Mohd Khir, Bekas Ketua Pengarah Jabatan MuziumMalaysia Datuk Dr. Adi Tahar, Bekas Speaker Dewan Negara Tan Sri Adam Kadir,Pengerusi Eksekutif Yayasan Karyawan yang juga bekas Ketua Pengarah DewanBahasa dan Pustaka Datuk Dr Hassan Ahmad, dan Presiden Pertubuhan ProfesionalMelayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) Feriz Omar.

    -- BERNAMA