bahasa arab melayu

7
Pengenalan Di dalam mengkaji dan menganalisis pelbagai dimensi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berdasarkan rujukan-rujukan, beberapa istilah khusus banyak diguna pakai bagi tujuan pemahaman kepada unsur-unsur dan proses pelaksnaan pengajaran tersebut. Antaranya ialah istilah pendekatan, teknik, teknik, strategi dan aktiviti. Pemahaman terhadap setiap unsur tersebut adalah amat penting bagi memastikan seseorang guru itu mengetahui dan memahami apa yang dilakukannya dan bagaimana untuk mencapai objektif sesuatu pengajaran dan seterusnya mencapai matlamat pendidikan yang dirancang. guru yang baik perlu mempunyai perancangan dan perlaksanaan yang baik untuk menarik minat setiap pelajarnya. murid akan bosan jika guru itu melakukan cara yang sama setiap kali sesi pengajaran berlaku. tugasan kedua. dalam tugasan yang kedua ini, saya diminta untuk pergi ke sekolah dan menemubual seorang ustaz yang mengajar subjek bahasa arab di sekolah itu. saya diminta untuk Tanya tentang bagaimana teknik dan strategi yang dilakukan oleh guru tersebut dalam proses pengajaran yang dilakukan oleh ustaz itu. semasa melakukan tugasan pengalaman berasaskan sekolah di sekolah kebangsaan tanjong lalang di pahang, saya telah menjalankan tugasan ini bersama ustaz Muhammad awang satip bin mukhtar. ustaz awang telah memberikan jawapan dan tindak balas yang baik semasa proses temubual dijalankan. berikut adalah teknik dan strategi yang dijalankan oleh ustaz awang kepada muridnya semasa proses pengajaran bahasa arab berlangsung.

Upload: james-juarez

Post on 22-Nov-2015

23 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sasa

TRANSCRIPT

Pengenalan

Di dalam mengkaji dan menganalisis pelbagai dimensi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berdasarkan rujukan-rujukan, beberapa istilah khusus banyak diguna pakai bagi tujuan pemahaman kepada unsur-unsur dan proses pelaksnaan pengajaran tersebut. Antaranya ialah istilah pendekatan, teknik, teknik, strategi dan aktiviti. Pemahaman terhadap setiap unsur tersebut adalah amat penting bagi memastikan seseorang guru itu mengetahui dan memahami apa yang dilakukannya dan bagaimana untuk mencapai objektif sesuatu pengajaran dan seterusnya mencapai matlamat pendidikan yang dirancang. guru yang baik perlu mempunyai perancangan dan perlaksanaan yang baik untuk menarik minat setiap pelajarnya. murid akan bosan jika guru itu melakukan cara yang sama setiap kali sesi pengajaran berlaku.tugasan kedua.dalam tugasan yang kedua ini, saya diminta untuk pergi ke sekolah dan menemubual seorang ustaz yang mengajar subjek bahasa arab di sekolah itu. saya diminta untuk Tanya tentang bagaimana teknik dan strategi yang dilakukan oleh guru tersebut dalam proses pengajaran yang dilakukan oleh ustaz itu. semasa melakukan tugasan pengalaman berasaskan sekolah di sekolah kebangsaan tanjong lalang di pahang, saya telah menjalankan tugasan ini bersama ustaz Muhammad awang satip bin mukhtar. ustaz awang telah memberikan jawapan dan tindak balas yang baik semasa proses temubual dijalankan.berikut adalah teknik dan strategi yang dijalankan oleh ustaz awang kepada muridnya semasa proses pengajaran bahasa arab berlangsung. Sebagaimana yang telah dijelaskan kepada kita sebelum ini bahawa terdapat banyak teknik yang boleh digunakan dengan sistematik bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun , beberapa aspek penting perlu diambil kira dalam proses pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan bahasa arab kerana bahasa arab ini merupakan bahasa asing dan sukar bagi pelajar untuk memahaminya.Antaranya ialah kesesuaian aktiviti yang terkandung di dalamnya serta penerapan aspek nilai. hal Ini kerana dalam falsafah pendidikan Islam, pencapaian sesorang murid itu bukan hanya diukur berdasarkan keupayaan menguasai maklumat dan isi pelajaran yang terkandung dalam sukatan pembelajaran sahaja, sebaliknya pembangunan nilai sahsiah dalam diri dan aplikasi moral terhadap persekitaran mengikut acuan pendidikan Islam juga menjadi kriteria terhadap pencapaian seseorang pelajar.

Oleh yang demikian, tidak semua teknik adalah sesuai dalam konteks pendidikan bahasa arab yang amat berkait rapat dengan nilai tarbiah Islam.kita perlu tahu bahawa mempelajari bahasa Arab jauh sekali perbezaannya dengan mempelajari bahasa Inggeris. Salah satu elemen yang penting untuk menguasai sesuatu bahasa itu ialah kemampuan bagaimana untuk berfikir dalam bahasa tersebut.berikut adalah beberapa teknik dan strategi yang digunakan oleh ustaz awang dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab :

yang pertama ialah Teknik Mengeja (Tariqah Al Imlaiyah)Teknik ejaan ini berdasarkan catatan sejarah adalah bentuk penyebaran ilmu yang paling penting. teknik ini berlaku sesudah kertas dan tulisan dihasilkan. teknik ini merupakan teknik kedua selepas teknik hafalan yang diamalkan dalam perkembangan ilmu dalam sejarah umat Islam. Berdasarkan teknik ini, murid akan menulis setiap kalimah dan ayat yang diungkapkan oleh guru mereka.dalam teknik mengeja ini, strategi yang dijalankan ialah melibatkan semua pihak yang ada dalam kelas tersebut iaitu guru dan murid. guru dan murid perlu memainkan peranan yang penting dalam menjayakan teknik ini. guru akan mengeja perkataan yang dipilih dan murid akan menulis perkataan yang dieja oleh guru tersebut. guru perlu menyemak setiad ejaan yang dieja oleh murid tersebut dan setiap kesalahan perlu dibetulkan oleh guru tersebut.teknik ini dapat menghilangkan rasa bosan atau mengantuk pelajar di dalam kelas. seperti yang diketahui oleh semua orang, subjek bahasa merupakan subjek yang paling bosan kepada pelajar. sudah semestinya dengan teknik ini dapat menghilangkan rasa bosan dan mengantuk yang dialami oleh pelajar.seterusnya ialah Teknik Tematik. (Tariqah Al Mauduiyah)Teknik tematik bermaksud proses sesuatu pengajaran itu adalah berasaskan satu idea besar sebagai tema sebelum dikembangkan kepada beberapa langkah kecil. Contohnya, dalam minggu pembelajaran tersebut, tema utama yang dipilih ialah berkaitan keluarga. Dalam satu slot pengajaran , tema ini boleh dipelbagaikan seperti nama anggota keluarga, aktiviti keluarga, perbualan bersama keluarga dan sebagainya. Bagi satu tajuk seperti keluarga ini, semua cabang pembelajaran Bahasa Arab boleh dipraktikkan melaluinya sam ada dari segi nahu, maqal, atau mutholaah.Di samping itu ia juga boleh dikaitkan dengan teknik-teknik lain seperti perbualan dalam situasi keluarga atau rakan sebaya di sekolah.teknik ini juga menjalankan strategi yang berpusatkan guru dan murid. guru perlu memainkan peranan utama untuk memperkembangkan tema ini kepada murid-murid. melalui teknik ini, pelajar akan rasa lebih seronok kerana mereka mempunyai pengalaman sendiri untuk menceritakan tentang tema tersebut. di samping itu, teknik yang ketiga ialah Teknik InduktifTeknik adalah berlawanan dengan teknik perbandingan. Melalui teknik ini , para pelajar didedahkan dengan pelbagai contoh dan situasi serta penghuraian sebelum pergi menuju konklusi dan kesimpulan atau merujuk sesuatu hukum.Teknik ini dapat mengalakkan murid untuk membuat kesimpulan dan rumusan sendiri sebelum dibandingkan dengan kesimpulan umum yang ditetapkan oleh guru. Teknik ini banyak membantu murid untuk berfikir, merenung, menganalisa, dan berlatih membina kesimpulan dan prinsip Contohnya dalam konteks pembelajaran bahasa Arab, teknik ini turut sesuai dipraktikkan dalam pengajaran qawaid atau tatabahasa. Setelah diberikan contoh yang banyak dan murid membuat rumusan daripada apa yang boleh difaham berdasarkan contoh. strategi dalam teknik ini adalah lebih berpusatkan kepada guru kerana guru perlu menerangkan tentang perkara yang ingin diajarkan kepada pelajar.

selain itu, yang keempat ialah Teknik soal jawab (Tariqah Al Munazharah)Teknik soal jawab ini amat sesuai dan praktikal dalam konteks pembelajaran bahasa. hal Ini kerana dalam teknik ini proses pembelajaran berlangsung dengan semua pihak memainkan peranan termasuk guru dan murid, strategi yang dijalankan berpusatkan guru dan murid. teknik ini lebih kepada interaksi dua hala. Bermula dengan penyediaan teks perbualan yang mudah seperti ucapan aluan, terima kasih, bertanya nama atau bertanya khabar. Frasa-frasa ringkas ini mudah untuk diingat dan sesuai untuk dipraktikkan di luar bilik darjah sebagai pengayaan.Walau bagaimanapun , setiap murid perlu memahami maksud setiap frasa bagi menyesuaikan dengan konteks perbualan dan kesesuaian penggunaannya.teknik ini dapat membuatkan pelajar lebih berfikir untuk memahami setiap kalimat yang keluar daripada mulut guru itu. jika tidak memahami soalan tersebut maka murid tidak dapat menjawab soalan daripada guru tersebut. yang kelima ialah Teknik Perbandingan (al Qiyasiyah)Teknik ini dimulakan dengan memperkenalkan prinsip asas dan umum sebelum di huaraikan dengan contoh-contoh serta perincian yang mendalam. Teknik ini adalah teknik lazim yang diguna pakai dalam sistem pembelajaran moden. Sebagai contoh, teknik ini boleh diterapkan dalam pengajaran teknik tatabahasa. Guru akan menjelaskan tajuk pelajaran dan teknik seperti hukum Jamak Taksir. Sesudah memberi penjelasan berkenaan sifat jamak taksir dan bagaimana mengenalnya berdasarkan beberapa contoh, maka guru akan memberikan contoh tambahan untuk memudahkan murid dalam menghadapi latihan susulan.teknik ini menjalankan strategi yang berpusatkan guru. murid akan mendengar setiap penerangan yang diajar oleh guru di dalam kelas. murid akan mudah rasa bosan dan mengantuk. guru juga boleh memasukan sesi soal jawab bagi mengelakkan rasa bosan dan mengantuk yang dialami oleh pelajar tersebut.

Akhir sekali ialah Teknik Latih Tubi (Tariqah al Mulazamah)Teknik latih tubi ini juga adalah bersesuaian dengan bentuk pembelajaran bahasa kerana kemahiran berbahasa perlu kepada proses mengulangi apa yang dipelajari, disebut atau ditulis.Di dalam Islam, teknik ini antara bentuk pengajaran yang awal di mana Malaikat Jibril menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad dengan mengulangi kalimah Iqra beberapa kali sehinggalah Nabi Muhammad dapat menyebutnya.Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam pengajaran berbentuk latih tubi ini. Ia amat baik terutamanya bagu tujuan meningkatkan kemahiran lisan dan kemahiran membaca . Teknik pembelajaran al Quran secara tradisional lazimnya menggunakan teknik ini sejak zaman berzaman dan ia amat berkesan untuk jangka masa yang panjang di samping mengukuhkan penguiasaan tajwid dan dalam kontek bahasa Arab ia penting dalam menjelaskan aspek nahu secara terperinci mengikut tahap pembelajaran. strategi yang dijalankan dalam teknik ini lebih berpusatkan bahan. guru perlu menyediakan bahan untuk dijawab oleh pelajar. semakin banyak latihan dan soalan yang diberi kepada murid, semakin bertambah kefahaman dalam diri murid itu.Kesimpulannya , dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran itu, langkah pemilihan teknik, strategi, kaedah dan pendekatan yang dipilih adalah penting dan menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai. Sebagai seorang guru yang mengajar bahasa asing, persediaan amat penting untuk berhadapan dengan pelajar terutamanya bagaimana untuk melatih mereka berfikir dan bekerjasama atau interaksi dalam bahasa tersebut.sekian sahaja teknik dan strategi yang saya dapat melalui ustaz awang ini. melalui temubual ini, banyak perkara yang dapat saya pelajari untuk saya melakukan teknik dan strategi yang diberi ini sebagai guru pada masa hadapan. semoga dengan ilmu yang diberi oleh ustaz awang dapat saya amalkan semasa bergelar guru pada masa hadapan.