bahan kitar semula

Upload: mohamad-fadli

Post on 16-Jul-2015

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

asalamualaikum dan selamat sejahtera.kitar semula barangan yang sudah terpakai adalah satu perbuatan yang baik. Terdapat beberapa kepentingan kitar semula yang boleh kita perolehi . Antaranya ialah : 1. Mengurangkan pencemaran alam sekitar . Apabila ramai dikalangan masyarakat yang mengamalkan amalan kitar semula , masalah pencemaran boleh diatasi dengan lebih efektif . 2. Memupuk sikap berjimat cermat . Sikap berjimat cermat mamberikan banyak faedah kepada pengamalnya . Kita boleh menabung atau mengurangkan penggunaan sesuatu sumber. 3. Menceriakan persekitaran alam sekitar . Melalui kaedah guna semula , kita boleh memanfaatkannya untuk menceriakan persekitaran kita . Contohnya kita boleh menggunakan botol - botol yang terpakai untuk dijadikan pagar kawasan pokok bunga . 4. Mengurangkan penggunaan sumber . Melalui kitar semula kita boleh mengurangkan penggunaan sumber kerana kita boleh mengurangkan pembelian untuk sumber yang baru dengan menggunakan sumber yang sedia ada . 5. Menambah pendapatan kita . Melalui amalan jual beli , kita boleh menambahkan lagi pendapatan kita di samping memberikan peluang pekerjaan kepada sesetengah pihak . Ini boleh mengurangkan kadar pengangguran rakyat di Malaysia .

KITAR SEMULA

PengenalanKitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, pencemaran udara ( dari pembakaran ), dan pencemaran air ( dari tapak perlupusan ) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru

dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "pengurangan pembaziran, guna semula, kitar semula dan hirarki buangan ".

Bahan boleh dikitar semula termasuk:

Kaca

Kertas

logam

Plastik

Elektronik

Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegrable seperti sampah makanan atau lebihan taman dan biasanya tidak dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula samada di bawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, dibersihkan dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

Dalam erti kata sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polisterin terpakai digunakan bagi menghasilkan polisterin lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu

sukar atau terlalu mahal berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain, dengan ini kebanyakan barangan atau bahan kitar semula sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain seperti kadbod.

Pengkritik seringkali mempertikaikan kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran mengitar semula berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula seringkali menjadikan keadaan lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa kos dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan pengangkutan mengurangkan dan melebihi kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan juga kerja yang dihasilkan oleh industri kitar semula adalah pertukaran merugikan kepada kehilangan kerja dalam pembalakan, perlombongan dan industri yang dikaitkan dengan pengeluaran baru dan bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar beberapa kali sebelum penguraian bahan menghalang lanjutan pengitaran semula. Penyokong kitar semula menafikan semua tuduhan, dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong kepada pertikaian yang yang berpanjangan.

Kepentingan kitar semula

Kitar semula mempunyai kepentingan yang tersendiri. Antara kepentingan kitar semula ialah untuk memelihara ruang hidup kita. Seperti yang diketahui, kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Jika tapak pelupusan sampah dipenuhi dengan sampah ini menyebabkan tapak baru perlu dibuka untuk menampung jumlah sampah yang banyak dan lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita.

Persekitaran yang lebih sihat dan selesa juga diperolehi dengan mengamalkan kitar semula. Sampah yang banyak akan menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Kitar semula ini dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada menular dengan cepat. Kitar semula ini dapat mengurangkan pencemaran akibat daripada longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah yang mana merupakan salah satu punca daripada tiga pencemaran utama.

Selain daripada itu, kos, sumber dan tenaga dapat dijimatkan. Dengan mengitar semula 1 tin

alumunium, kita umpama menjimatkan tenaga elektrik selama 3 jam daripada penggunaan televisyen. Apa yang dapat kita perolehi daripada mengitar semula kertas secara maksimum ialah kita dapat mengurangkan penebangan pokok dan secara tidak langsung kita dapat memelihara sumber hutan semulajadi.

Masalah

atau

halangan

kitar

semula

Pada masa kini, konsep kitar semula ini kurang diterapkan dalam diri masyarakat kerana masyarakat pada hari ini lebih mengamalkan sikap tidak menghiraukan alam sekitar. Antara punca dan halangan utama yang menyebabkan amalan kitar semula ini tidak mendapat sambutan ialah sikap individu dimana terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini. Kebanyakan barangan yang boleh dikitar semula dibuang dan dibakar begitu sahaja.

Selain daripada itu kurangnya pengetahuan di kalangan masyarakat pada masa kini yang membuang bahan kitar semula kerana mereka tidak sedar betapa pentingnya amalan kitar semula. Bagi mereka, amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak mendatangkan sebarang kepentingan.

Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dnegna harga yang rendah menyebabkan penduduk sekitar lebih senang membakar bahan tersebut daripada menjualnya. Di samping itu, kurangnya pusat pengumpulan bahan kitar semula juga menjadi punca utama mengapa amalan kitar semula ini tidak mendapat sambutan. Selain daripada itu, terdapat juga masyarakat yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula ini dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak ambil peduli tentang amalan kitar semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak akan terlaksana.

Langkah-langkah

untuk

mengatasi

masalah

Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian, beberapa langkah atau tindakan dapat di lakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik. Langkah-langkah tersebut adalah seperti mengadakan kempen bagi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin terhadap

alam sekitar. Selain itu, kempen ini dapat memberikan kesedaran kepada rakyat supaya menjaga alam sekitar daripada mengalami kemusnahan. Pendidik juga memainkan peranan penting dalam memberikan galakan kepada pelajar untuk melaksanakan amalan kitar semula. Pendidik perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula dapat menyelamatkan bumi dari ancaman kemusnahan. Dengan memberikan pendekatan yang menarik, pelajar dapat memupuk minat pelajar untuk mencintai alam sekitar.

Peranan kerajaan juga perlu untuk memastikan amalan kitar semula ini mendapat sambutan dengan cara menyediakan lebih banyak lagi kemudahan pusat pengumpulan. Institusi pendidikan juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula dan diletakkan di lokasi yang strategik begi memudahkan pelajar membuang bahan yang boleh dikitar semula ke dalam tong yang betul.

Amalan gotong-royong juga mampu menjamin kebersihan persekitaran sekaligus mengumpulkan bahan kitar semula dan tidak membakar atau membuangnya begitu sahaja. Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama agar kitar semula ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk bersama-sama menjaga bumi ini daripada ancaman kemusnahan.

KEMPEN KITAR SEMULA

DEFINISI Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru. MENGAPA PERLU KITAR SEMULA Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa. Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana : Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa . Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa . Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi). Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.

KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi. Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal. Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan. Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.

KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya. Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air. Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula. Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.

Kitar Semula..Mengapa Perlu Malu?

google image

Kalau sebut pasal kitar semula x ramai orang yang berminat nak kitar semula barang2 yang telah mereka gunakan. Tapi ada segelintir orang yang menjadikan aktiviti kitar semula sebagai sumber pendapatan utama atau sampingan. Mungkin masih ramai lagi yang x sedar tentang kebaikan Amalan Kitar Semula.

Kebaikan bukan hanya untuk kita tapi untuk alam sekitar tempat manusia menghuni. Selain dapat menjaga kebersihan alam sekitar, poket kita juga dapat berisi.Hasil daripada jualan barang2 yang boleh dikitar semula sangat berbaloi. Bolehla dapat pendapatan sampingan tanpa perlu berusaha keras.

Kita perlu mulakan amalan kitar semula ni daripada rumah. Barang2 yang kita dah guna boleh kita jual semula. Contohnya, surat khabar, kertas2 yang dah digunakan, tin susu, tin sardin, botol2 plastik dan macam2 lagi boleh kita jual.Memangla hasilnya x sebanyak jumlah duit yang kita keluarkan untuk beli barang2 tu tapi berbaloilah dapat pusingan modal untuk beli barangan lain pulak. Yang penting niat dalam hati nak jaga alam sekitar.

Antara barang2 yang boleh dikitar semula atau dijual adalah kotak,kertas,plastik, tin,botol kaca, surat khabar lama, barang2 elektrik yang dah rosak,botol plastik atau besi buruk. Harga bagi kotak,kertas putih, surat khabar adalah RM 0.40 sekilogram.

Kertas yang berwarna sekilogram RM 0.20. Bagi barang aluminium dikira RM 3.50 hingga RM 4.00 sekilogram. Botol plastik pula RM 1.10 sekilogram. Kemudian botol kaca dikira mengikut kuantiti

bukannya berat. Manakala barang2 elektrik yang dah rosak perlu diasingkan antara palstik, besi, tembaga dan wayar. Boleh dijual secara berasingan. Cuma banyak kerja sikit la sebab kena bukak compartment dalam barang elektrik tu.Harga tin pula kalau x silap RM 0.40 atau lebih. Kertas2 bil atau apa juga jenis kertas uols blh simpan utk dijual tapi kena la lipat elok2 baru dpt harga tinggi sikit kalau x orang yang beli tu akan anggap itu kertas sampah.

Dulu memang kawan x amalkan kitar semula ni tapi tiba2 je datang keinsafan dalam diri dan semangat nak cari duit lebih. Oleh kerana suami kawan kerja dekat restoran jadi banyaklah kotak2 dan tin2 yang boleh kawan jual. Dalam sebulan kawan boleh dapat RM 50 secara percuma. Itu pun kerja main2..x agresif sangat. Kalau x dapat lebih lagi.

Hanya keluar duit minyak sikit dan tenaga je untuk angkat barang2 tu masuk dalam kereta. Bagi kawan sangat berbaloi dapat lah lepas duit broadband tiap2 bulan atau selalunya kita orang gunakan duit tu untuk tengok wayang. Jadi x payahlah usik duit gaji. Berbaloi kan??

Bagi kawan2 yang belum amalkan kitar semula meh la...x perlu rasa malu sebab kita buat kebajikan pada bumi kita. Pedulikan apa orang nak cakap asalkan rezeki yang kita dapat rezeki halal. x mintak pun duit diaorang. Betul x?? Selamat mencuba ye kawan2...