alat tangan kerja kayu

Upload: nuddeen

Post on 18-Jul-2015

2.102 views

Category:

Documents


25 download

TRANSCRIPT

ALAT TANGAN DAN MESIN

ALATAN TANGAN DALAM KERJA KAYU

1. PENGENALANPada amnya alatan tangan dalam kerja kayu, kerja bata dan kerja paip dapat dikelompokan kepada :1.1. Alat Menanda dan Merancang Tanda 1.2. Alat mengapit dan Menyangga 1.3. Alat Memotong 1.4. Alat Memukul dan Memutar 1.5. Alat Menajam

ALAT MENGAPIT DAN MENYANGGAProses kerja-kerja pemasangan, samada kerja logam atau kerja kayu, alat-alat khas hendaklah digunakan untuk mengapit dan menyangga bendabenda kerja yang berasingan supaya aktiviti amali dapat dilakukan dengan mudah dan selamat. Peralatan ini direkebentukkan khas untuk jenis pemasangan yang tertentu.Antara peralatan untuk kerja mengapit dan menyangga ialah ragum meja, apit G, Apit F, Apit panjang,Apit Rencong,Kakaktua dan lain-lain lagi.

RAGUM MEJA1. Ragum meja dilapik dengan kayu pada kedua-dua rahangnya untuk mengelakkan permukaan benda kerja daripada rosak semasa diapit. 2. Kegunaan utama ragum meja ialah untuk memegang benda kerja semasa MENGETAM, MENGGERGAJI, MENGGERUDI dan MEMAHAT menjadi lebih mudah.

Apit G1. Bahagian pemidang Apit G diperbuat daripada bahan keluli. 2. Saiz Apit G ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian rahang. 3. Kegunaan Apit G adalah untuk : -mengapit kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu. -memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan. 4. Apit G digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi permukaan benda kerja yang diapit.

Apit Panjang Apit panjang diperbuat daripada besi tuangan atau

aluminium dengan panjangnya ialah 0.6 meter, 0.9 meter, 1.2 meter, 1.5 meter, dan 1.8 meter. Apit panjang digunakan untuk proses pemasangan

tanggam, pemidang pintu, tingkap, perabut, papan yang hendak dicantum atau diglukan.

Apit Rencung Apit rencung diperbuat daripada aluminium atau besi

tuangan. Fungsinya ialah untuk menetapkan kedua-dua bahagian kayu yang bertanggam rencung apabila hendak diglu atau dipakukan seperti dalam kerja pemasangan kerangka gambar.

APIT PENDEK / APIT FDigunakan dalam kerja pemasangan tanggam bagi saiz kayu yang pendek

Kakatua1. Digunakan untuk mengeluarkan paku, memotong dawai, dan

sebagainya.2. Biasanya bersaiz antara 125mm hingga 300mm.

3. Terdiri daripada lengan, rivet,rahang, dan kuku.

Aktiviti1.

Padankan alatan yang digunakan untuk mengapit atau menyangga dengan istilahnya yang betul a) Kakatua b) Apit rencung c) Apit G d) Apit Panjang

Aktiviti : mengapit atau menyangga2. Namakan alatan yang digunakan untuk mengapit atau menyangga tanggam objek yang diberi. a)

b)

ALAT MENANDA DAN MERANCANG TANDA

Alat alat yang direka khas bagi merancang dan menanda jarak atau panjang sesuatu bahan yang dikehendaki dengan mudah dan tepat. Ia juga dapat menguji kerataan dan ketepatan pemasangan tanggam. Antaranya adalah PITA UKUR KELULI, SESIKU L, TOLOK TURUS, PISAU PENANDA, SESIKU BOLEH LARAS, SESIKU BERGABUNG, PEMBARIS KELULI DAN TOLOK

Pembaris Keluli

1.

Pembaris keluli ini diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang tahan karat dan keras.

2.

Permukaan pembaris keluli ditandai dengan ukuran sentimeter (cm) dan milimeter (mm).

3. Pembaris keluli ini bersaiz 300 mm dan 1000 mm. 4. Fungsinya : mengukur dan menentukan jarak dalam kerja merancang tanda

a)Kegunaan alat ini ialah :-mengukur dan memindahkan ukuran -membina garisan lurus pada permukaan-menguji kerataan permukaan.Rajah 1(b) : Menguji Kerataan Rajah 1(a) : Mengukur panjang

b) Cara menggunakan pengukur keluli adalah seperti dalam rajah disebelah.

Rajah 1( c ) :Membina Garisan Lurus

Sesiku L- Bahagian lengan atau mata

sesiku L diperbuat daripada keluli yang Tahan, bahagian badannya diperbuat daripada kayu keras atau keluli.- biasanya bersaiz 20 cm.

- Pada mata ditandai dengan

ukuran cm dan inci. a)Kegunaan Sesiku L - menguji sesuatu permukaan Mengukur Sudut Dan Kerataan. bersudut tepat dan kerataan permukaan kayu

Pita Pengukur

Pita pengukur diperbuat daripada plastik atau keluli. 2. Panjang pita pengukur yang biasa dapat dilihat ialah antara 2.0 meter hingga 8.0 meter. 3. Kegunaan pita pengukur ialah untuk mengukur jarak yang pendek serta panjang. 4. Ia juga boleh digunakan untuk memindahkan ukuran.1.

Pisau Penanda

- Pisau penanda ialah sejenis pisau kecil yang

diperbuat daripada keluli khas. - Ia digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau pahat semasa membuat tanggam.

Tolok Lurus- Sejenis alat untuk menentukan menguji kerataan

muka kayu.- Ia dperbuat daripada kayu atau logam yang lurus dan

rata pada kedua-dua mukanya.

ALAT MEMOTONG DAN MENAJAM

Alat-alat dalam bahagian ini ialah untuk menyediakan kayu kepada saiz dan bentuk yang dikehendaki. Alat memotong ialah seperti GERGAJI KERAT, GERGAJI BELAH, GERGAJI PUTING, DAN GERGAJI LENGKUNG HALUS. Manakala bagi menajamkan alat-alat ini pula ia adalah seperti KETAM PELICIN, KETAM KASAR,KETAM TETINGKAT, KETAM PANGKAS, KETAM LURAH, DAN

Ketam Kasar- Terdiri daripada jenis kayu atau logam - Digunakan untuk mengetam permukaan kayu secara kasar kepada saiz yang diperlukan dengan cepat - Permukaan kayu yang dihasilkan adalah kasar dan perlu diketam semula dengan ketam pelicin kepada saiz yang tepat. - Panjang ketam kasar ini antara 355-380 mm

Ketam PelicinSebagaimana juga ketam kasar, badan ketam pelicin juga ada yang diperbuat daripada logam dan kayu. - Badannya terdapat yang berukuran 203-228 mm. - mata keluli yang tajam dan lurus selebar 37 mm hingga 62 mm. - Kegunaannya ialah untuk mengetam permukaan kayu selepas diketam dengan ketan kasar kepada saiz yang lebih tepat.

Ketam TetingkatKetam ini dibina khas untuk membuat tetingkat

pada tepi atau hujung kepingan kayu. Ketam ini juga terdapat pelbagai jenis dan bentuk. Ketam ini boleh didapati untuk kerja khas seperti ketam tetingkat berlaras, ketam tetingkat mata hujung dan ketam tetingkat mata tepi.

Ketam PangkasKetam ini dibuat khas untuk mengetam

penghujung atau pangkal kayu secara melintang ira. Ketam ini sangat berguna untuk membuat kerja-kerja penyudah atay kerja kecil yang tidak dapat dikerjakan dengan ketam yang lain seperti menyediakan kumai serong. Ketam pangkas ini bersaiz kecil, panjangnya ialah 170 mm dan lebarnya 50 mm.

Ketam LurahKetam lurah ini dibina dengan dengan mata yang

seumpamanya bagi membina lurah atau saluran yang selari di sepanjang ira kayu dengan jarak yang tertentu dari tepi kayu. Ketam lurah ini mempunyai satu penahan di bahagian tepi yang boleh dilaraskan untuk menetapkan jarak dari tepinya.

Ketam GolekKetam golek digunakan untk mengetam

bahagian tepi permukaan kayu kecil yang cembong. Ketam ini diperbuat daripada logam. Bermata lengkung ataupun lurus untuk kerja yang berasingan

Jenis-jenis Gergaji- Proses kerja-kerja di bengkel kerja kayu memerlukan

gergaji untuk memotong atau membelah kayu.Terdapat pelbagai jenis gergaji.- Proses memotong kayu mengikut urat selari memerlukan

gergaji belah.Memotong kayu melintang urat kayu memerlukan gergaji kerat.- Perbezaan utama antara kedua dua gergaji ini ialah

pada bentuk giginya.saiz mata gergaji tangan ditentukan oleh panjang mata gergaji dari hujung ke tumit dan bilangan giginya dalam 25 mm.- Terdapat beberapa jenis gergaji yang selalu digunakan,

antaranya ialah: 1. Gergaji Kerat 2. Gergaji Belah 3. Gergaji Puting

Cara-cara menggunakan gergaji tangan

1. Condongkan gergaji

45daripada benda kerja apabila mengergaji belah.2. Condongkan gergaji 60

daripada benda kerja apabila

mengergaji kerat.

Gergaji Kerat Gergaji kerat digunakan khas untuk mengerat kayu

secara melintang ira kayu. Gergaji kerat mempunyai gigi berbentuk pisau di hujungnya dan tepi hadapannya bersudut antara 70 darjah-80 darjah kepada garisan giginya. Gergaji kerat mempunyai bilanagn gigi nya antara 5 hingga 9 batang bagi setiap 25 mm. Gergaji kerat biasanya panjang antara 550 mm 700 mm.

Gergaji Belah Gergaji belah digunakan khas untuk membelah kayu yang

telah digergajikan mengikut atau selari dengan ira kayu. Gergaji belah mempunyai gigi yang berbentuk serupa

dengan mata pahat dan tepi hadapannya bersudut tepat denagn garis giginya. Gergaji belah mempunyai bilangan gigi antara 3 hingga 6

bilah bagi setiap 25 mm. Gergaji ini mempunyai tiga jenis iaitu jenis kecil, jenis

sederhan, dan jenis besar Penggunaan bergantung kepada ketebalan kayu yang

hendak dibelah.

Gergaji Puting Gergaji puting mempunyai mata yang nipis yang terpaksa

diperkuatkan oleh jalur logam ( patil keluli) di belakang matanya. Ia merupakan gergaji kecil yang mempunyai gigi-gigi yang

halus sesuai untuk memotong kayu-kayu yang kecil. Biasanya penahan tepi digunakan semasa menggergajikan

menggunakan gergaji puting. Bentuknya hampir sama dengan gergaji kerat dan

mempunyai mata kecil anta 12 hingga 14 bilah bagi setiap 25 mm.

Gergaji Bajang

Bentuk gergaji bajang serupa dengan gergaji

puting tetapi lebih kecil. Giginya pula lebih kecil iaitu 18 hingga 22 bagi

setiap inci. Gergaji bajang digunakan untuk membuat tanggam

yang pemasangannya lebih ketat dan tepat terutama dalam membuat puting tanggam.

Gergaji Lengkung halus Gergaji ini mempunyai mata yang sangat halus

dipasang pada bingkai logam yang tegak. Panjang matanya ialah 150 mm. Gergaji lengkug halus ini digunakan untuk

membuat lengkung yang sempit pada papan nipis pada bahagian dalam dan luar.

Jenis-Jenis Pahat- Terdapat empat (4) jenis pahat dalam proses kerja kayu.Pahatpahat ini mempunyai fungsi yang berlainan dalam membuat sesuatu kerja. - Pahat ini biasanya diperbuat daripada keluli.Manakala bahagian pemegang atau hulu pula diperbuat daripada kayu atau plastik yang tahan diketuk - Pahat-pahat tersebut ialah : Pahat Pelubang (Kerja Kasar) Pahat Peraut (Kerja halus) Pahat Kuku Jenis Peraut-Serong Dalam

Pahat Pelubang atau Pahat Kukuh

i.

Pahat Pelubang dibuat dengan matanya yang tebal supaya tahan diketuk dengan gandin semasa membuat lubang atau kerja-kerja kasar. Sudut menajamkan mata menggunakan batu asah pula antara 30 hingga 35. Semasa mencanai matanya mestilah bersudut 20 hingga 25.Lihat rajah di sebelah

ii.

iii.

Pahat Peraut atau Pahat Tepi Serongi.

Mata pahat ini adalah serong pada bahagian tepinya serta serongan itu adalah lebih panjang dan nipis.Matanya tebal dibahagian tengah dan nipis pada bahagian tepi.Ini menyebabkan ianya tidak sekuat pahat pelubang. Lebar matanya antara 3 mm hingga 50 mm Sudut menajamkan mata pahat ini ialah 25.Manakala untuk menajamkan menggunakan mesin pencanai pula ialah 20. Pahat peraut sesuai untuk kerja-kerja meraut seperti mengemaskan tanggam dan acuan yang mempunyai pelbagai bentuk kumai.

ii. iii.

iv.

Pahat Kuku Jenis Peraut Serong Dalami.

ii.

Pahat jenis ini biasanya digunakan untuk mendapat permukaan yang melengkung Pahat jenis ini bersaiz antara 3mm hingga 40 mm

Pahat Kuku Jenis Peraut Serong Luari. Pahat jenis ini biasanya digunakan untuk membuat lurah tepat. Ia sesuai membuat lengkung dalam kerja ukir-mengukir. Matanya bersaiz antara 3mm hingga 40 mm.

ii. iii.

Batu AsahPenting dan digunakan untuk mengasah mata ketam dan pahat

ALAT MENUKUL DAN MEMUTAR Proses kerja kayu di dalam bengkel kerja kayu melibatkan

berbagai jenis alatan. Peralatan-peralatan tersebut boleh di kelaskan kepada dua bahagian iaitu :A. i. ii. iii. iv. v.

Alat Menukul : Tukul Kuku Kambing(Tukul Besi Berkuku) Tukul Besi Warrington Tukul Besi Kepala atau Bongkol Bulat Gandin Pembenam Paku

B. Alatan Memutar : i. Pemutar Skru Jenis Alur dan Pemutar Skru Philip ii. Gerudi tangan iii. Gerudi Giarsala

Tukul Kuku Kambing(Tukul Besi Berkuku)- Tukul kuku kambing mempunyai pemegang yang dibuat daripada kayu atau besi dan bahagian bongkolnya bengkok dan terbelah - Saiznya ditentukan mengikut berat kepala biasanya antara 260 g hingga 1.2 kg. - Saiz lazimnya antara 0.5 kg hingga 0.6 kg - Tukul ini digunakan untuk mengetuk dan mencabut paku.

Tukul Besi Warrington.

Tukul warrington mempunyai bongkol berbentuk baji yang melintang.

Bongkol berbentuk baji ini dapat mengetuk paku halus yang dipegang di celah jari.Saiz semua jenis tukul ditentukan oleh berat kepalanya. Saiznya ditentukan mengikut nombor 00 ke 12, saiz 2/3, beratnya 0.4 kg merupakan saiz tukul yang sesuai untuk kerja am. Bongkol berfungsi menukul paku yang kecil seperti paku panel serta menekan kayu hiasan dan venir ke tempatnya semasa diglu dan bahagian untuk mengetuk paku di bahagian tepi perabut yang sempit

Gandin

Gandin kayu digunakan untuk memahat dan

memasang atau menanggalkan tanggam. Kepala gandin berbentuk selinder atau segi

empat . Gandin diperbuat daripada kayu keras.

Philip- Terdiri daripada dua jenis iaitu jenis biasa atau pub bergear. - Matanya dibuat daripada keluli aloi bentuk bulat dan hujung samada kepala atau Philips. - Panjang matanya antara 75mm hingga 300mm. - Pemegangnya dibuat daipada kayu atau plastik. - Kegunaan alat ini adalah untuk memasang atau menaggalkan skru.

Gerudi tangan Gerudi tangan digunakan untuk membuat lubang yang

berdiameter tidak melebihi 8 mm dalam pembinaan dan pembuatan perabot. engkol, piring gear, pinion, bindu, dan rahang.

Bahagian utama gerudi ialah hulu, pemegang tepi, tangkai Gerudi tangan digunakan bersama mata gerudi pintal. Saiz mata gerudi pintal ialah 0.4mm hingga 12.5mm. Ia boleh membiuat lubang pada kayu dan logam. Semasa mengerudi logam, mata gerudi hendaklah dibubuh

minyak untuk mengelak mata panas dan terbakar.

Gerudi Giarsala / Engkol Gerudi engkol digunakan untuk

memegang mata alat penebuk dan memberi kuasa putaran untuk menebuk. Saiznya ditentukan pada hayunan pemegangnya. Bahagian utamanya ialah kepala, pemegang, rangka, cincin sesondol, gear sehala, bindu, dan rahang. Gerudi engkol digunakan bersama mata gerimit. Saiz mata gerimit adalah lebih besar jika dibandingkan dengan

ALATAN TANGAN DALAM KERJA BATA

Sudip bata Untuk menyebarkan mortar bagi menerap bata. Alat penting dan sering digunakan. Saiz yang sesuai digunakan adalah berukuran

antara 150mm hingga 250mm Terdiri daripada dua bahagian iaitu mata ( keluli ) dan pemegang ( kayu )

Sudip kemas ikat Untuk mengemaskan sambungan mortar ufuk

dan tegak. Sudip kecil yang khas. Saiznya antara 100mm hingga 150mm. Hujung matanya tajam dan nipis

Pemaras keluli Digunakan untuk menampal mortar pada tembok

atau lantai dalam kerja melepa. Ia dapat menghasilkan kemasan yang mampat dan licin Ia dibuat daripada keluli . Terdapat dalam beberapa saiz : 250mm 500mm panjang : 75mm 120mm lebar

Pemaras kayu pendek Untuk memadat dan meratakan mortar lepaan

secara kasar Diperbuat daripada papan yang berukuran :300mm, 375mm atau 450mm panjang : 85mm atau 112mm lebar :12 25mm tebal Digunakan sebelum pemaras keluli

Bekas pemegang mortar Digunakan untuk meletakkan mortar dalam kerja

melepa atau mengemas ikatan. Diperbuat daripada papan atau kepingan logam. Berukuran : 250mm x 250mm x tebal ( 12mm bagi papan dan 2-3mm bagi logam ) Pemegang : kayu atau paip yang berukuran 75mm diameter.

Pemaras kayu panjang Digunakan untuk meratakan dan memaraskan

mortar lepaan pada permukaan yang luas. Berukuran : 62mm 112 lebar : 1 2 m panjang

Penyodok Digunakan dalam kerja membancuh mortar atau

konkrit. Ia juga digunakan dalam kerja pembersihan tapak.

Bantalan Digunakan untuk memotong bata

atau batu semasa pembinaan tembok. Sejenis pahat dengan mata yang lebar ( 100mm) Digunakan bersama tukul besi.

Tukul bata Digunakan untuk memangkas bata dan kerja

membuang lebihan mortar pada tembok. Alat ini sama seperti tukul besi berkuku tetapi kepalanya berbentuk mata pahat.

Alat aras spirit Digunakan untuk menguji keadaan pugak dan

ufuk Dibuat daripada logam atau kayu yang lurus dan dipasangkan tabung spirit/air di bahagian tengah untuk mendapatkan aras. Panjangnya : 300mm 2.0 m

Tolok lapisan Digunakan untuk menentukan

kedudukan lapisan bata dan ketebalan mortar dalam kerja menerap bata. Merupakan sebatang kayu lurus ditandakan ukuran lapisan bata, kedudukan tingkap, pintu, ambang dan lain lain struktur dalam kerja mengikat bata. Panjang maksimum sama dengan satu tungkat bangunan.

Benang dan pin Digunakan untuk mendapatkan kelurusan

semasa pembinaan tembok dan merancang tanda bangunan. Sepasang pin berukuran 100 150mm panjang diikatkan dengan benang.

Pahat jati Digunakan untuk membuat lubang dan

menanggalkan mortar serta konkrit daripada permukaan tembok atau lantai. Saiznya : 12 37mm mengikut ukuran lebar mata. Matanya tajam. Hendaklah digunakan bersama tukul besi.

Sesiku pemidang Digunakan untuk menguji sudut tepat dalam

pembinaan daun pintu, tingkap dan pembinaan tembok. Diperbuat daripada logam Terdapat 3 saiz : badan 600mm x 50mm dan lidah 400mm x 37mm : badan 300mm x 37mm dan lidah 200mm x 25mm : badan 600mm x 50mm dan lidah 300mm x 37mm Ketebalan : 2 6 mm

ALATAN TANGAN DALAM KERJA PAIP

Pemotong paip PVC Digunakan untuk memotong paip PVC dengan

tepat dan kemas

Pemotong paip beroda Digunakan untuk memotong paip bergalvani

Perengkoh paip Digunakan untuk mencengkam atau memutar

paip dalam kerja pemasangan paip. Ianya sejenis alat yang digunakan bagi membuka

atau mengikat benda kerja yang bulat seperti batang paip,bahan sambungan dan lain-lain. Bentuk matanya yang bergigi memudahkan memegang dan memusingkan benda bulat tanpa mencederakannya.

Kikir Digunakan untuk membuang bahagian kasar

pada batang paip selepas dipotong. Direka dalam berbagai bentuk iaitu:

a. Bentuk bulat.( dalam paip)

b. Separuh bulat.c. Bentuk rata. ( luar paip ) d. Bentuk tiga segi.

Sepana boleh laras Sejenis alat yang berguna untuk membuka dan

mengunci benda yang bersegi seperti Bolt and Nut. Alat ini dicipta dengan berbagai bentuk bagi

menyesuaikan keadaan kerja.

Playar cengkam 1000 Digunakan untuk memotong paip polimer.

Gergaji besi Digunakan untuk memotong logam yang persegi,bulat dan

sebagainya.Pemasangan matanya menghala kehadapan. i. Junior Hacksaw. Bingkainya kecil sedikit dari gergaji besi. Ia digunakan untuk memotong benda-benda yang lembut seperti paip PVC dan lain-lain.

Ragum paip yoke Boleh dipasang pada meja kerja,tempat

berkaki tiga dan tempat yang sesuai. Yoke menunjukkan keadaan rahang ( Jaw )

pada ragum tersebut. Digunakan untuk mengapit paip semasa kerja

memotong atau membuat ulir luar

Perengkoh paip offset Digunakan untuk memasang paip bahagian

penjuru

Gergaji besi Digunakan untuk memotong paip PVC,

bergalvani dan polimer.