bahan kajian tindakan.docx

17
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/PEM/ 9%20halimah.pdf http://www.slideshare.net/outtamyhead89/nurul-saadah Isu Keprihatinan Penggunaan ujian diagnostik Matematik sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran adalah perlu untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang mereka hadapi pada ketika itu. Ujian diagnostik adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru linus mengesan punca dan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid. Refleksi PdP yang lalu Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana telah memberi kesempatan kepada saya untuk melaksanakan Praktikum sebagai memenuhi keperluan untuk mendapatkan Ijazah bagi Program PPG ini. Sepanjang menjalani latihan praktikum ini terlalu banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang telah saya perolehi dalam menuju cita-cita untuk menjadi seorang pendidik. Pada kesempatan ini, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Tembakau iaitu En Abdul Latif bin Yusof, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Pembimbing dan warga SKBT. Dengan kerjasama dan dorongan mereka semua, saya telah dapat melalui program praktikum dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada Pensyarah saya En Sahrom bin ...................juga pihak OUM dan rakan-rakan seperjuangan. Segala bimbingan dan tunjuk ajar amat saya hargai dan inshaAllah akan saya gunakan dan manfaatkan segalanya dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas nanti. KAJIAN TINDAKAN BAHASA MELAYU TAHUN SATU (LINUS DAN LINUS TEGAR) SEK.KEB.ST ANTHONY CAWANGAN LANGKAP 1.0 ABSTRAK

Upload: liza

Post on 23-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: bahan kajian tindakan.docx

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/PEM/9%20halimah.pdf

http://www.slideshare.net/outtamyhead89/nurul-saadah

Isu Keprihatinan

Penggunaan ujian diagnostik Matematik sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran adalah perlu untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang mereka hadapi pada ketika itu. Ujian diagnostik adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru linus mengesan punca dan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid.

Refleksi PdP yang lalu

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana telah memberi kesempatan kepada saya untuk melaksanakan Praktikum sebagai memenuhi keperluan untuk mendapatkan Ijazah bagi Program PPG ini.

Sepanjang menjalani latihan praktikum ini terlalu banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang telah saya perolehi dalam menuju cita-cita untuk menjadi seorang pendidik.

Pada kesempatan ini, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Tembakau iaitu En Abdul Latif bin Yusof, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Pembimbing dan warga SKBT. Dengan kerjasama dan dorongan mereka semua, saya telah dapat melalui program praktikum dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada Pensyarah saya En Sahrom bin ...................juga pihak OUM dan rakan-rakan seperjuangan. Segala bimbingan dan tunjuk ajar amat saya hargai dan inshaAllah akan saya gunakan dan manfaatkan segalanya dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas nanti.

KAJIAN  TINDAKAN

BAHASA  MELAYU TAHUN SATU

(LINUS DAN LINUS TEGAR)

SEK.KEB.ST ANTHONY CAWANGAN LANGKAP

1.0       ABSTRAK

Page 2: bahan kajian tindakan.docx

        Pada tahun 2010 , Program LINUS bagi murid Tahun 1 telah dimulakan. Program

ini bertujuan memastikan murid-murid tahap 1 (1, 2 dan 3 ) adalah boleh menulis dan

membaca . Program LINUS ini juga adalah salah satu program yang terletak di bawah

Bidang Keberhasilan Utama Negara( NKRA ). Tahun 2011 merupakan tahun kedua

saya mengajar Bahasa Melayu Tahun Satu.Saya memilih masalah murid LINUS

sebagai Kajian Tindakan saya.

Merujuk kepada analisa Saringan 1(Membaca dan menulis) dan  peperiksaan

pertengahan tahun ( 2011 ) yang lalu, saya mendapati ramai murid Tahun Satu Pesona

Sek.Keb. St. Anthony  Cawangan  Langkap,yang masih belum menguasai kemahiran

mengeja suku kata terbuka ( kv ). Kumpulan murid-murid ini adalah tergolong dalam

kumpulan murid Linus dan Linus tegar (Literasi ).

2.0       REFLEKSI PENGAJARAN YANG LALU.

Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang lalu dan

saringan linus 2, didapati masih ramai murid tahun satu pesona yang belum menguasai

kemahiran mengeja suku kata terbuka (kv). Sekiranya murid-murid ini tidak boleh

mengeja suku kata (kv) agak sukar bagi mereka untuk menguasai kemahiran-

kemahiran berbahasa yang lain seperti  membaca ayat dan menulis.

  

3.0       FOKUS KAJIAN /ISU KEPERIHATINAN

Fokus kajian ini tertumpu kepada masalah pembelajaran yang dialami oleh

murid-murid Tahun Satu Pesona Sek.Keb.St.Anthony Cawangan Langkap (Tahun

2011).Kumpulan murid yang terlibat ini menghadapi masalah mengeja dan

membunyikan suku kata terbuka (kv). Seterusnya, mereka menghadapi masalah sukar

mengeja dan membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv + kv)

ataupun (kv + kv + kv ).

4.0       OBJEKTIF KAJIAN

          Dalam kajian yang dijalankan ini, saya mensasarkan kepada objektif yang ingin

dicapai terbahagi kepada dua iaitu :

            a.Objektif Umum

1) Murid-murid dapat meningkatkan prestasi murid-murid Tahun 1 Pesona.

                       

            b.Objektif Khusus

1) Murid-murid Tahun 1 Pesona dapat mengeja suku kata terbuka (kv )

2) Murid-murid Tahun 1 Pesona  dapat mengeja perkataan yang mengandungi suku

kata terbuka (kv + kv)   

Page 3: bahan kajian tindakan.docx

  

5.0       KUMPULAN SASARAN

Fokus kajian ini mensasarkan murid Tahun 1 Pesona yang masih belum

menguasai kemahiran mengeja  suku kata terbuka (kv) dan seterusnya mengeja

perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv + kv)

                                          Jumlah murid sasaran =           20   orang

                                          Jumlah murid lelaki       =          14    orang

                                         Jumlah murid perempuan =          6   orang

  

Pecahan murid sasaran mengikut bangsa dan jantina adalah seperti berikut :

Lelaki Perempuan Jumlah

Melayu 6 orang 1 orang 7 orang

India 5 orang 4 orang 9 orang

Lain-lain(Asli) 3 orang 1 orang 4 orang

6.0       PELAKSANAAN KAJIAN

            5.1 Tinjauan Masalah

                        a)Temubual dengan guru

                        Kaedah temubual dengan guru pula dibahagikan kepada :

                                     i.guru yang mengajar mata pelajaran teras      

                                   ii.guru yang mengajar bukan mata pelajaran teras

                        b)Temubual dengan murid

                        c)Temubual dengan waris/penjaga

                        d)Temubual dengan rakan sebaya

i. Temubual dengan guru

          Merujuk kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran kelas Tahun 1

Pesona ,masalah pembelajaran murid Tahun 1 Pesona yang tidak dapat menguasai

kemahiran mengeja dan membunyikan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka

(kv) ialah kebanyakan daripada mereka belum menguasai kemahiran mengenal huruf –

huruf vokal dan huruf-huruf konsonan dengan sepenuhnya.

         Menurut guru-guru yang  mengajar  bukan mata pelajaran teras pula, kebanyakan

murid-murid yang bermasalah ini ini tidak dapat menumpukan perhatian terhadap

Page 4: bahan kajian tindakan.docx

pengajaran guru. Di  samping itu , murid-murid ini juga cepat berasa bosan dan mula

mengganggu rakan-rakan yang lain.

ii. Temubual dengan murid

            Hasil temubual guru dengan murid-murid yang bermasalah ini ialah mereka

berasa sukar untuk mengeja dan membunyikan suku kata terbuka(kv) dan perkataan

yang mengandungi suku kata terbuka (kv + kv) kerana beberapa huruf vokal dan huruf-

huruf konsonan yang belum dikuasai sepenuhnya.

            Mereka juga menyatakan kurang  mendapat sokongan dan motivasi daripada

keluarga di rumah. Apabila berada di rumah, murid-murid tidak dapat mengulangkaji

pelajaran dan tiada panduan yang baik untuk dicontohi.

c) Temubual dengan waris /penjaga

“Hari Interaksi “ diadakan di sekolah selepas keputusan peperiksaan

pertengahan tahun diperolehi. Ibu bapa atau penjaga dijemput ke sekolah untuk

berinteraksi dengan guru mengenai perkembangan prestasi anak-anak ate anak di

bawah penjagaan mereka. Kesempatan ini digunakan oleh guru untuk berinteraksi bagi

mengetahui keadaan murid-murid yang bermasalah ini semasa mereka berada di

rumah.

         Daripada temubual yang dijalankan , kebanyakan ibu bapa atau penjaga murid-

murid tidak mempunyai masa yang banyak untuk memantau kerja rumah yang diberikan

oleh guru. Desakan kos hidup yang semakin meningkat dan rata-rata bekerja di kebun

atau bekerja sendiri memaksa mereka untuk bekerja keras dan bekerja lebih masa .

Setelah pulang bekerja, mereka sudah keletihan dan tidak sempat untuk memantau

kerja rumah dan pelajaran mereka di rumah. Ditambah pula dengan kebanyakan ibu

bapa dan penjaga yang berpendidikan rendah, mereka berasa rendah diri dengan

menyatakan tidak pandai untuk mengajar anak-anak  mereka di rumah.

d) Temubual dengan rakan sebaya

            Rakan-rakan sebaya juga memainkan peranan penting dalam memastikan

peningkatan prestasi murid-murid yang bermasalah ini. Pengaruh rakan yang tidak baik

akan menyebabkan murid-murid juga berprestasi tidak baik. Daripada temubual rakan

sebaya daripada kumpulan murid Perdana, murid-murid yang bermasalah ini suka

mengganggu rakan yang lain  dan tidak suka belajar. Kebanayakan

murid Perdana kurang selesa untuk membimbing rakan-rakan linusdan linus tegar yang

suka mengganggu rakan lain.

5.2       Rumusan Tinjauan Masalah

Page 5: bahan kajian tindakan.docx

Berdasarkan kepada tinjauan masalah yang dijalankan, terdapat tiga rumusan

yang perlu diberi perhatian serius untuk memastikan murid-murid yang bermasalah ini

tidak terus hanyut dibelenggu masalah yang dianggap kecil ini. Tindakan segera perlu

dilakukan agar murid-murid ini dapat keluar daripada kelompok murid linus dan linus

tegar dan seterusnya mencapai hasrat NKRA ( Nilai Keberhasilan Utama Negara)

Rumusan :

            i) memastikan murid-murid yang bermasalah ini mendapat sokongan dan

motivasi        daripada  ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan sebaya.

            ii) memastikan murid-murid bermasalah ini menguasai kemahiran mengecam

dan mengenal huruf-huruf vocal dan konsonan dengan dengan baik.

            iii) menguasai kemahiran mengeja dan membunyikan suku kata terbuka (kv )

dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv + kv).

5.3       Melaksanakan Tindakan

            Beberapa program dan aktiviti telah dijalankan  bagi meningkatkan prestasi

murid-murid yang bermasalah ini bagi memastikan mereka keluar daripada kepompong

murid linus dan linus tegar. Di antara program dan aktiviti yang dirancang ialah :

           

a)         Permata Hati

        Program ini dijalankan setelah Hari Interaksi bersama ibu bapa dilaksanakan.

Melalui program ini, Ibu bapa berperanan memantau perkembangan prestasi anak-anak

mereka di rumah. Mereka hanya memastikan anak-anak menyiapkan kerja rumah yang

diberikan oleh guru. Selain daripada itu, mereka diharapkan dapat memberikan motivasi

kepada anak-anak agar belajar bersungguh-sungguh.

        Ibu bapa atau penjaga akan diberikan ‘Kad Pemantauan Kerja Rumah (Lampiran

1). Setiap kerja rumah yang diberikan oleh guru perlu ditandatangani juga oleh ibu bapa

penjaga bagi memastikan murid-murid menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.Di

samping keja rumah, mereka diharapkan dapat memberikan sokongan dan motivasi

kepada anak-anak agar berminat untuk belajar. Perjumpaan dengan ibu bapa atau

penjaga secara langsung dan tidak langsung juga diadakan bagi memastikan program

ini berjalan lancar.

Pemerhatian :

Beberapa bulan selepas program ini dijalankan, murid-murid mula menunjukkan

minat         belajar dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan walaupun tidak

sepenuhnya.

Refleksi      :

Page 6: bahan kajian tindakan.docx

Hasil program ini menunjukkan peningkatan motivasi dan dorongan dalam diri

murid-murid dan keadaan ini memberikan kesan yang positif kepada murid-murid untuk

belajar dan seterusnya memperbaiki kelemahan diri.

b)         Sinar Pagi

         Aktiviti ini dijalankan setiap pagi hari persekolahan kecuali hari Isnin kerana

diadakan perhimpunan mingguan.Kumpulan tertentu akan membaca secara berlagu

tentang huruf-huruf dan suku kata secara berkumpulan mengikut tahap kebolehan.

Seorang ketua dilantik  bagi memastikan semua ahli kumpulan yang hadir pada hari

tersebut melakukan aktiviti yang sama. Melalui aktiviti ini adalah diharapkan akan dapat

memberikan sinar yang baharu kepada murid-murid ini.

Pemerhatian :

Hasil pemerhatian yang dijalankan melalui aktiviti ini, beberapa orang murid telah

mula menunjukkan peningkatan dalam mengenal huruf dan suku kata terbuka (kv).

Refleksi       :

Aktiviti secara berkumpulan ini banyak memberikan kesan yang positif kepada

murid-murid untuk belajar kerana berada dalam kumpulan yang kecil dapat memberikan

lebih keyakinan dalam diri murid-murid. Keyakinan sangat penting wujud dalam diri

untuk memotivasikan diri serta mengelakkan rasa rendah diri yang begitu tinggi dalam

diri muridmurid yang lemah.

c)         Program ‘Menggapai Bintang’

     Program ini bertujuan memberikan perangsang kepada kepada murid-murid untuk

meningkatkan usaha mengumpulkan seberapa banyak ‘bintang’ dan boleh ditukarkan

dengan hadiah-hadiah tertentu seperti pensel, pemadam,buku nota dan sebagainya.

Bagi mendapatkan ‘bintang ’ yang telah disediakan oleh guru, murid-murid perlu

berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dengan baik dan kemas.

Sekiranya latihan membaca dijalankan, murid-murid perlu menguasai beberapa kriteria

yang telah ditetapkan. Di samping menguasai kemahiran belajar, murid-murid yang

menunjukkan sikap baik atau mengamalkan nilai-nilai murni juga diberi ganjaran

‘bintang.

Pemerhatian:

Sepanjang perjalanan program ini dijalankan, murid-murid menunjukkan minat

untuk  melakukan tugasan yang diberikan dengan baik dan bersungguh-sungguh.

Ramai murid yang terlibat telah mendapat ganjaran yang ditawarkan oleh guru.

Refleksi   :

Page 7: bahan kajian tindakan.docx

Walaupun program ini dilihat seakan murid-murid melakukan tugasan kerana

untuk mendapatkan sesuatu, namun kesan yang diperolehi sangat menggalakkan.

Murid-murid melakukan tugasan dengan baik di samping wujudnya semangat

‘persaingan yang sihat’ di kalangan murid-murid. Mereka perlu berusaha dengan

bersungguh-sungguh untuk memperolehi sesuatu yang diharapkan.

d)         Aktiviti Latih tubi (Buku Suku Kata Berwarna)

Selepas sesi pengajaran khas untuk murid-murid linus dan linus tegardijalankan,

aktiviti latih tubi akan dijalankan bagi memastikan murid-murid diberi pengukuhan dan

tidak mudah lupa tentang perkara-perkara yang baru dipelajari.Buku rujukan membaca

yang digunakan mengandungi suku kata terbuka (kv  + kv ) yang diwarnakan dengan

warna yang berbeza. Contoh buku “Bacalah Sayang”

Pemerhatian:

Ujian serta-merta secara lisan atau bertulis dijalankan bertujuan menguji daya

ingatan murid-murid semasa /selepas sesi pengajaran dan pembelajaran menunjukkan

murid-murid dapat menjawab hampir 70%  soalan yang dinyatakan oleh guru.

Refleksi   :

Latih tubi dilihat dapat memberikan impak yang positif kerana dapat

mengukuhkan ingatan murid-murid agar ingatan murid menjadi lebih lama atau kekal

tentang perkara-perkara yang dipelajari setiap hari.

5.4       Penilaian

            Berdasarkan beberapa program dan aktiviti yang dijalankan dengan kerja sama

semua pihak termasuk ibu bapa dan penjaga murid-murid, terdapat peningkatan

prestasi di kalangan murid-murid dalam kumpulan linus dan linus tegar.

Jadual dibawah menunjukkan perbezaan pencapaian prestasi murid linus dan

murid tegar.

                       

Sebelum Kajian Tindakan(Selepas Saringan 1)

Lelaki Perempuan Jumlah

Melayu 6 orang 1orang 7 orang

India 5 orang 4 orang 9 orang

Lain-lain(Asli) 3 orang 1orang 4 orang

            Selepas Kajian Tindakan(Selepas Saringan 3)

Lelaki Perempuan Jumlah

Page 8: bahan kajian tindakan.docx

Melayu 1 orang tiada 1 orang

India 4 orang        1 orang 5 orang

Lain-lain(Asli) 2 orang          tiada 2 orang

Analisa  daripada jadual dapat diterjemahkan ke dalam graf seperti berikut :

SEBELUM KAJIAN TINDAKAN(SELEPAS SARINGAN 1)

SELEPAS KAJIAN TINDAKAN(SELEPAS SARINGAN 3)

6.5       Refleksi Kajian

          Berdasarkan kajian tindakan yang dijalankan , kita dapat membuat kesimpulan

bahawa sesuatu masalah pengajaran atau pembelajaran yang dihadapi di sekolah dapat

diselesaikan walaupun tidak seratus peratus berjaya. Kerjasama  semua pihak seperti

Page 9: bahan kajian tindakan.docx

ibu bapa , penjaga , guru-guru , pihak sekolah dan diri pelajar itu sendiri akan

membuahkan hasil yang baik . Walau bagaimanapun, kejayaan tidak akan datang

bergolek tanpa ada usaha keras yang berterusan dan juga menuntut kesabaran yang

tinggi dalam diri seseorang yang bernama guru.

Berdasarkan kepada keputusan selepas saringan 3 yang telah dijalankan, masih

terdapat seramai 8 orang murid linus bagi kelas Tahun 1 Pesona ini yang mewakili 

70.37% daripada jumlah keseluruhan murid. Peratusan ini belum mencapai sasaran

yang telah ditetapkan oleh kementerian Pelajaran Malaysia iaitu selepas saringan 3

dijalankan adalah diharapkan mencapai 90%  daripada keseluruhan murid. Walau

bagaimanapun, jika dibandingkan dengan pencapaian murid selepas saringan 1, hanya

mencapai 25.93% sahaja daripada keseluruhan murid termasuk dalam kumpulan

Perdana. Dengan kajian tindakan yang telah dijalankan ini, telah meningkatkan

peratusan murid Perdana ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Berdasarkan analisa

SWOT, masih terdapat beberapa ancaman yang menghalang pencapaian seratus

peratus Perdana.

7.0       Kajian Untuk Kajian Seterusnya.

       Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan sekiranya ingin menjalankan kajian

yang seterusnya.Misalnya, masalah pembelajaran murid dapat diperolehi lebih awal lagi.

Oleh itu masa yang lebih lama akan dapat memberikan kesan yang lebih baik apabila

sesuatu program atau aktiviti dijalankan. Keberkesanan sesuatu program atau aktiviti

juga akan   dapat dipantau dengan lebih telus. Di samping itu beberapa kekangan lain

seperti kemudahan pembelajaran untuk murid-murid perlu ditambah dan dipelbagaikan ,

peruntukan masa yang lebih perlu diberikan kepada murid-murid linus dan linus tegar

dan kerjasama semua pihak adalah diperlukan. Dalam hal ini, peranan guru pemulihan

juga perlu dipertingkatkan bagi membantu murid-murid linus tegar.Di sekolah saya ( di

cawangan Langkap), tiada kuota guru pemulihan.

8.0       Rujukan

1) Ee Ah Meng (1990).Pedagogi Satu Pengenalan Edisi Kedua,Kuala Lumpur Fajar

Bakti   

Sdn.Bhd.

2) Juriah Long,Raminah Hj.Sabran,Sofia Hamid (1990),Perkaedahan Pengajaran

Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn.Bhd

3) Ainon Mohd.,Abdullah Hassan,(2002),Guru Sebagai Pendorong Dalam

Darjah,   Kuala Lumpur :PTS Publications &Distributors Sdn.Bhd.

Page 10: bahan kajian tindakan.docx

4) Nurulhuda Abdul Rahman et al. (Eds.) (2011).Modul 1 Pengajaran,Teknologi

&Penaksiran Jilid 1 KPD3016 & KPD3026. Tanjung Malim:Fakulti Pendidikan

&Pembangunan Manusia, UPSI

5) Annuar Ayub(Christoper Bowring-Carr,John West-Burnham) (1999), Pembelajaran

Berkesan di Sekolah,Kuala Lumpur:Institut Terjemahan Negara Malaysia

*Laporan Refleksi Pengajaran Makro Matematik

PengenalanPada 15 Ogos 2012 yang lepas, bersamaan dengan Hari Ketiga saya

menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang ke-empat (Rabu), saya telah menjalankan pengajaran makro mengenai topik “Masa” terhadap 23 orang murid-murid Tahun 4 Bestari di Sekolah Kebangsaan (SK) Agama.

Pengajaran makro ini dijalankan bertujuan untuk memenuhi kehendak tugasan kursus Perancangan dan Pengajaran Matematik (MTE 3107) di samping memberikan peluang kepada saya untuk merasai bagaimanakah persediaan dan perasaan apabila saya menjalankan praktikum pada semester depan kelak. Pengajaran makro yang dijalankan selama satu jam (60 minit) tersebut dijalankan di bawah seliaan seorang guru Matematik yang berpengalaman 22 tahun di sekolah tersebut, iaitu Puan Fauziah Haji Abu Bakar.

Walaupun terdapat banyak gangguan dan kekangan semasa menjalankan pengajaran makro tersebut, namun bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah berjaya melaksanakan pengajaran tersebut dengan lancar. Terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari sepanjang merancang dan melaksanakan pengajaran makro ini. Oleh itu, refleksi ini akan membincangkan pengalaman perancangan dan pembelajaran, kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan, kelebihan, masalah, dan kelemahan yang telah dikenalpasti, serta cadangan-cadangan penambahbaikan untuk pengajaran makro atau pengajaran yang seterusnya.

Pengalaman Perancangan dan PembelajaranSelepas kumpulan kami menerima kertas tugasan ini pada 30 Julai 2012,

kami telah duduk bersama di perpustakaan institut untuk membincangkan topik dan tahun manakah yang hendak kami ajar. Kami menggunakan masa yang agak panjang untuk menentukan topik yang hendak diajar kerana kami sedar bahawa setiap topik mempunyai kesukaran dan cabaran yang tersendiri apabila menjalankan pengajaran makro kelak. Setelah lama berbincang, akhirnya kami bulat hati memutuskan bahawa kami akan mengajar topik “masa” bagi Tahun 4. Keputusan ini diambil memandangkan kami berpendapat bahawa topik ini lebih menarik dan senang diajar berbanding dengan topik-topik yang lain. Malah, kami yakin bahawa kami mampu menyediakan bahan bantuan mengajar (BBM) dan lembaran kerja yang menarik bagi topik ini.

Page 11: bahan kajian tindakan.docx

Lantas, kami pun mula mengenalpasti hasil pembelajaran yang hendak kami capai pada akhir unit pembelajaran kelak. Kami sedar bahawa adalah mustahil bagi seseorang guru untuk mengajar terlalu banyak kandungan pembelajaran pada masa satu jam ini. Oleh itu, kami hanya menetapkan satu hasil pembelajaran bagi Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pada kali ini, iaitu “memahami, membaca, dan menulis masa dalam unit jam dan minit”.

Sepanjang merancang RPH ini, kami juga menghadapi kesukaran untukmenentukan kaedah dan teknik pengajaran yang mahu kami gunakan semasa mengajar kelak. Namun, dengan mengambil kira kelebihan dan kelemahan yang dapat kami kenal pasti terhadap semua teknik dan kaedah yang sedia ada, serta kesesuaiannya terhadap topik ini, akhirnya kami bertekad untuk menggunakan gabungan beberapa jenis kaedah agar pengajaran kami lebih berfleksibel dan menarik.

Akhir sekali, kami juga meluangkan masa untuk memikirkan bahan bantuan mengajar dan lembaran kerja. Salah satu sebab kami memilih topik ini juga disebabkan kami merasakan bahawa ia memiliki bahan bantuan mengajar yang sangat senang diperoleh, iaitu jam. Selepas menyediakan lembaran kerja, maka kami bersedia untuk menjalankan pengajaran makro.

Kaedah dan Teknik PengajaranTerdapat beberapa jenis kaedah dan teknik pengajaran yang telah saya guna

pakai semasa menjalankan pengajaran makro yang lepas. Antaranya ialahpembelajaran koperatif. Menurut Tai (2000), pembelajaran  koperatif didefinisikan sebagai sekumpulan murid belajar dalam kumpulan kecil secara bekerjasama bagi mencapai matlamat pendidikan yang dikongsi bersama. Pembelajaran sebegini dikatakan mampu menggalakkan murid mengambil bahagian dalam P&P secara aktif di samping dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran sesuatu pelajaran. Oleh itu, sebelum saya memulakan pengajaran makro saya pada hari tersebut, saya telah membahagikan murid-murid Tahun 4 Bestari kepada 5 kumpulan, di mana setiap kumpulan terdiri daripada 4-5 orang murid.

Selain itu, saya juga telah menggunakan kaedah bercerita semasa menjalankan pengajaran makro. Kaedah ini digunakan sepanjang masa, apabila saya menjalankan fasa set induksi saya, iaitu menyampaikan satu cerita bagaimana perkembangan jam dari masa dahulu hingga kini, Saya sedar bahawa penggunaan kaedah bercerita dapat menarik minat murid di samping menggalakkan penglibatan mereka semasa proses P&P.

Di samping itu, saya juga telah mengamalkan kaedah demonstrasisepanjang mengajar di kelas 4 Bestari tersebut. Menurut Noriati, Boon, dan Sharifah (2009), demonstrasi merupakan satu cara untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Pada hari itu, saya diibaratkan sebagai model hidup apabila saya mengajar murid-murid bagaimana untuk melukis waktu pada jam di papan hitam dan juga bagaimana memusing anak jarum untuk menunjukkan waktu yang betul pada jam dinding yang sebenar.

Malah, saya turut menggunakan pendekatan deduktif, iaitu pengajaran dari umum ke spesifik sepanjang pengajaran makro ini. Contohnya, saya telah memberitahu murid-murid bahawa  semasa membaca waktu pada jam, kita perlu

Page 12: bahan kajian tindakan.docx

lihat dan membaca jarum jam terlebih dahulu, diikuti dengan jarum minit sebelum kami melihat contoh-contoh soalan, kemudian murid mencuba sendiri dan menjawab soalan-soalan yang terdapat pada lembaran kerja. 

Kelebihan yang DikenalpastiSepanjang menjalankan pengajaran makro di kelas 4 Bestari, saya sedar

bahawa kumpulan kami telah berjaya mecipta satu cerita yang sangat menarik untuk peringkat set induksi pengajaran kami. Hal ini demikian kerana apabila saya menyampaikan cerita dan menampalkan kad-kad cerita pada papan hitam, maklum balas murid-murid adalah begitu memberangsang. Semua murid juga mengambil bahagian apabila saya mengemukakan soalan-soalan untuk dijawab oleh mereka. Keadaan ini memberikan ikthibar kepada saya bahawa kita harus mempunyai satu set induksi yang menarik supaya dapat terus menarik perhatian murid dan membolehkan proses P&P ini berjalan dengan lancar dan berjaya.

Selain itu, saya berpendapat bahawa saya mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi sepanjang menjalankan pengajaran makro saya. Walaupun saya tidak pernah mengajar sebelum ini, namum saya tetap bertindak seperti saya seorang guru yang sangat berpengalaman dalam bidang pendidikan semasa mengajar murid-murid 4 Bestari. Pada saya, keyakinan diri ini adalah amat penting kerana murid hanya akan mendekati, menghormati, dan mencontohi tindakan gurunya apabila gurunya sentiasa berkeyakinan dalam menjalankan semua tugasannya. Kesannya, pengajaran saya berjaya dan semua murid membuat apa yang saya minta tanpa menimbulkan sebarang masalah disiplin.

Kefasihan dan kelancaran bahasa yang ada pada diri saya juga membantu saya menyempurnakan pengajaran makro pada hari ini. Walaupun saya berhadapan dengan semua murid Melayu, namun saya masih dapat menyampaikan segala kandungan pembelajaran saya dengan lancar tanpa sebarang masalah ketidakfahaman bahasa.

Penggunaan bahan bantu mengajar, iaitu jam, dan juga lembaran kerja yang menarik juga membolehkan murid mengekalkan minat dan motivasi mereka terhadap pelajaran dan menyebabkan mereka sentiasa melibatkan diri secara aktif sepanjang proses P&P ini. Oleh itu, BBM dan juga lembaran kerja juga memainkan peranan dalam pelaksanaan pengajaran makro yang berjaya dan berkesan.

Masalah dan Kelemahan yang DikenalpastiPada hari pertama saya pergi ke sekolah tersebut untuk PBS, saya

dimaklumkan bahawa kelas yang bakal saya ajar tersebut tidak mempunyai kemudahan ICT. Ini bermakna saya tidak dapat menggunakan perisian power point untuk menyampaikan cerita saya pada set induksi dan kandungan pembelajaran saya. Kesannya, saya terpaksa memikirkan alternatif yang lain, iaitu menggunakan kad-kad untuk menyampaikan cerita saya, dan menggunakan kad-kad manila dan juga papan hitam untuk menyampaikan kandungan pembelajaran saya.

Semasa menjalankan pengajaran makro, saya mendapati bahawa saya menghadapi masalah untuk menyempurnakan apa yang telah dirancangkan untuk setiap langkah. Contohnya, pada peringkat set induksi, saya mendapati saya telah menggunakan masa yang terlampau panjang, iaitu kira-kira 10 minit untuk menyempurnakannya. Ini menyebabkan saya harus mempercepat segala langkah

Page 13: bahan kajian tindakan.docx

pembelajaran saya dan mengurangkan sesetengah langkah pengajaran saya. Saya menjadi semakin cemas dan terburu-buru apabila saya mendapati saya telah melebihi masa pengajaran saya.

Selepas pengajaran, saya mendapati bahawa kumpulan kami telahmemasukkan terlalu banyak langkah pengajaran dalam satu-satu peringkat fasa. Walaupun pada awalnya secara teori, kami rasa langkah ini tidak banyak, namun, apabila kami melaksanakannya, kami menghadapi masalah kekurangan masa. Maka kami sedar bahawa penguasaan masa untuk setiap langkahmerupakan salah satu aspek yang perlu kami jaga dan tambah baik selepas ini.

Walaupun saya dapat melaksanakan pengajaran makro saya dengan berjaya, tetapi saya mendapati bahawa murid-murid seakan-akan tertekan semasa saya mengajar. Selepas melihat semula proses pengajaran makro saya, saya mendapati bahawa unsur humor atau kecindaan masih kurang dalam diri saya. Saya juga mendapati bahawa saya agak serius dan tidak senyum, dan ini mungkin menyebabkan murid-murid beranggapan bahawa saya ialah seorang guru yang garang dan tegas.Cadangan Penambahbaikan

Saya berpendapat bahawa pengajaran makro saya akan dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna sekiranya saya dapat menggunakan kemudahan ICT yang sesuai untuk menyampaikan pengajaran saya. Hal ini demikian kerana saya mampu membuatkan kandungan penyampaian saya lebih menarik dan kelihatan lebih canggih. Contohnya, saya dapat menayangkan video semasa mengajar atau menggunakan animasi untuk menyampaikan cerita saya. Walau bagaimanapun, saya sedar bahawa sebagai seorang guru, kita perlu menyesuaikan diri dengan semua keadaan yang dihadapi  dan seterusnya memikirnya alternatif untuk menyelesaikannya.

Selain itu, saya sedar bahawa RPH yang akan kami hasilkan pada masa yang akan datang tidak harus terlalu padat dengan langkah pengajaran dan aktiviti. Hal ini demikian kerana kita perlu mengambil kira masalah-masalah yang mungkin akan timbul dengan tiba-tiba dalam bilik darjah dan mengambil masa untuk menyelesaikannya. Selain itu, kita juga perlu mengambil kira penerimaan murid terhadap pengajaran kita sambil menjangkaan respon murid. Tiada gunanya sekiranya kita menetapkan terlalu banyak hasil pembelajaran, tetapi murid tidak dapat menguasai apa-apa pun pada akhir pembelajaran. Oleh itu, saya akan lebih berhati-hati semasa merancang RPH dan membuat persediaan yang lebih rapi semasa menyediakan pengajaran saya kelak.

Malah, adalah lebih baik sekiranya saya mendapatkan komen atau refleksi tentang pengajaran daripada murid pada akhir kelas, sama ada secara bertulis atau lisan. Melalui cara ini, saya akan dapat lebih mudah melihat kelemahan yang ada pada perspektif murid dan membaikinya.

Akhir sekali, saya sedar bahawa membuat persediaan awal yang rapiadalah perlu dan mustahak agar dapat menguasai penggunaan masa dalam kelas dengan lebih baik. Semasa membuat persediaan awal yang lebih rapi, saya dapat menjalankan rehearsal dan memastikan bahawa saya dapat menyampaikan semua kandungan pengajaran saya pada masa yang telah ditetapkan.

Page 14: bahan kajian tindakan.docx

PenutupKesimpulannya, saya mempelajari banyak perkara yang tidak dapat saya

pelajari dalam kuliah daripada pengajaran makro ini. Ini memberikan keyakinan kepada saya bahawa saya akan dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang apabila saya menjalankan praktikum semester depan kelak.