bahan-cetak
DESCRIPTION
0000TRANSCRIPT
Bahan Cetak
1) Apakah maksud resos?
Resos adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru sebagai bantuan dalam
menyampaikan pengajaran sama ada di dalam atau luar bilik darjah. Asiah Abu Samah (1990)
mengatakan perkembangan sains dan teknologi yang pesat telah menyebabkan kaedah
menyebarkan data dan ilmu pengetahuan melalui bilik darjah menjadi tidak lengkap. Maka guru
pelatih di Malaysia telah diperkenalkan dengan penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) untuk
membantu mereka mengajar dengan lebih berkesan. Menurut Ngui Kuen Sang (1981) resos
ialah penggunaan bahan pengajaran dalam situasi pengajaran dan pembelajaran melibatkan
penglihatan dan pandangan seseorang murid. Selain itu juga, resos juga merupakan bahan-
bahan pengajaran dan mempunyai pelbagai jenis iaitu mungkin berbentuk buku, carta, slaid
yang dipancarkan pada layar putih (Atan Long, 1982). Penggunaan resos perlulah bersesuaian
dengan peringkat umur murid. Sebagai contoh penggunaan bahan maujud dan semi konkrit
adalah bersesuaian dengan peringkat umur murid-murid sekolah rendah.
Resos dalam matematik adalah dirujuk sebagai sesuatu yang dapat diguna untuk
menyokong atau membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Adalah
diakui bahawa terdapat pelbagai jenis resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran
matematik seperti Internet, Rencana, Jurnal, CD ROM, Alat Bantu Mengajar, Buku Teks,
Majalah, Program TV, Muzik, Model 3-D, Kad dan sebagainya. Sebenarnya resos boleh
dibahagikan kepada 3 kumpulan, iaitu bahan cetakan, bahan bantu pengajaran dan
pembelajaran, dan teknologi. Ketiga-tiga kumpulan resos di atas mampu digunakan sebagai
bahan rujukan, bahan pengajaran dan juga bahan pembelajaran.
KANA|KITTY|SIVA| THANES|TLAGA|VANI|
2) Apakah jenis bahan bercetak?
Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud
secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Ciri penting pada bahan
bercetak ialah bahan tersebut mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada
tulisan tangan mana-mana individu.
Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, enskilopedia, surat khabar, kad, katalog,
kamus, buku teks, dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Bahan bercetak seperti ini
banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan
oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal dalam bidang masing-masing.
Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh guru-guru di
sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini. Bahan ini murah
dan senang didapati di mana-mana. Selain itu, bahan bercetak adalah bahan yang kekal dan
mudah dirujuk diakses yang menyebabkannya menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran
yang terkenal dan selalu digunakan.
Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini.
Kebiasaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya buku
teks. Jadi sukar untuk dibawa kerana berat selain tidak boleh disunting dan akan menjadi
masalah apabila berlakunya peredaran zaman yang mana isi kandungan buku tersebut menjadi
ketinggalan dan tidak terkini. Ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu
kemudian dicetak seterusnya diedar yang mana mengambil masa yang agak lama untuk
mengikut peredaran zaman.
KANA|KITTY|SIVA| THANES|TLAGA|VANI|
3) Apakah kelebihan menggunakan bahan bercetak dalam pengajaran dan pembelajaran?
Resos juga boleh diertikan sebagai segala kelengkapan dan peralatan yang digunakan oleh
guru sebagai bantuan dalam menyampaikan pengajaran sama ada di dalam atau di luar bilik
darjah. Resos boleh terdiri daripada bahan bercetak, bahan manipulatif dan penggunaan
perisian komputer serta teknologi maklumat. Bahan bercetak termasuk lembaran kerja, jurnal,
carta, graf, keratan akhbar, buku teks, ensiklopedia, lukisan, gambar, peta, poster, komik dan
buku latihan. Bahan manipulatif Matematik pula boleh terdiri daripada kit-kit seperti papan geo,
blok Dienes, blok asas sepuluh dan rod Cruisenaire. Bahan manipulatif memberi peluang untuk
murid menggunakan, mengolah dan memegang resos tersebut. Kalkulator, abakus dan alat
penimbang juga dikategorikan sebagai resos. Penggunaan komputer, projektor dan perisian
pendidikan, persembahan multimedia, video interaktif juga adalah salah satu medium resos.
Saya juga percaya bahawa subjek Matematik memerlukan pembinaan konsep asas yang
kukuh. Tidak dapat dinafikan bahwa kefahaman konsep di dalam matematik adalah amat
penting dalam proses pembelajaran. Para pendidik juga sedia maklum bahawa pengetahuan
merupakan sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain
sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh pelajar itu sendiri melalui proses berinteraksi dengan
persekitaran pembelajaran. Persekitaran boleh dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat
mengaitkan idea matematik dengan pengalaman harian. Pembentukan konsep pembelajaran
yang betul dalam matematik amatlah sukar untuk dicapai. Kesukaran ini adalah disebabkan
oleh ciri-ciri matematik yang kebanyakkan konsepnya saling berkait di mana pemahaman
sesuatu konsep adalah bersandar kepada pemahaman konsep-konsep sokongan yang lain.
Sebagai contoh, pembinaan konsep mengenai pecahan wajar perlu diajarkan secara
menyeluruh agar murid benar-benar faham akan konsep tersebut kerana ianya akan berkait
rapat dengan pembelajaran pada peringkat seterusnya iaitu pecahan setara dan pecahan tidak
wajar.
Oleh sebab itu, saya berpendapat bahawa pembinaan konsep Matematik boleh
diperjelaskan melalui penggunaan bahan resos yang bersifat konkrit. Ini kerana, bahan konkrit
atau manipulatif boleh dipegang dan disentuh oleh murid menggunakan pancaindera sekaligus
mereka akan merasai, berfikir, membentuk dan membina pemahaman konsep Matematik
tersebut. Contoh bahan manipulatif yang terbaik ialah rod Cuissenaire, papan geo dan
sebagainya. Guru juga boleh mereka cipta bahan manipulatif sendiri tanpa terikat dengan
KANA|KITTY|SIVA| THANES|TLAGA|VANI|
bahan manipulatif yang telah sedia ada. Ini akan memberikan pengalaman yang sebenar
kepada murid untuk memahami sesuatu konsep asas Matematik itu dengan mudah dan
mencambahkan pemikiran Matematik murid-murid tersebut.
Tidak dapat dinafikan, penggunaan bahan resos akan menjimatkan masa. Masa satu jam
yang diperuntukkan untuk subjek Matematik misalnya berjalan dengan lancar tanpa perlu
menunggu guru menulis setiap patah perkataan di atas papan putih, kemudian
memadamkannya dan menulis perkataan yang lain pula di atas papan putih. Ini boleh
digantikan dengan penggunaan carta yang telah lengkap dengan segala maklumat ataupun
penggunaan persembahan slaid atau multimedia yang mempunyai unsur-unsur pergerakan
objek yang lebih menarik perhatian murid. Masa yang diperuntukkan mampu digunakan dengan
sebaik-baiknya oleh guru mahupun murid. Guru boleh membina pengetahuan mereka dengan
menggunakan bahan resos bersifat manipulatif dan sebagainya.
Tuntasnya, di era serba moden ini, resos merupakan medium yang memberi kemudahan
dan laluan untuk membantu guru melicinkan proses pembelajaran dan pengajaran. Resos
berbentuk tidak terikat. Guru boleh mencipta resos yang tersendiri tanpa perlu terikat atau
terbiasa dengan resos yang sama berulang-ulang. Daya kreativiti guru diuji untuk menghasilkan
resos yang baik agar murid sentiasa berasa teruja menantikan kehadiran guru ke kelas.
4) Bagaimana menggunakan bahan bercetak dalam pengajaran dan pembelajaran?
5) Bagaimana menilai kesesuaian bahan bercetak dalam pengajaran dan pembelajaran?
KANA|KITTY|SIVA| THANES|TLAGA|VANI|