bahan bm th 4

25
October 27 CONTOH PENGAJARAN DAN NILAI-NILAI MURNI (BAHAGIAN C) Penulisan Bahagian C (1) Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan. Klinik 1 Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia tidak sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka. Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi, mereka berasa lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-buahan yang berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah. Pengajaran 1. Kita tidak boleh menipu ibu bapa. 2. Ponteng sekolah akan merugikan diri sendiri 3. Jangan melakukan kerja yang tidak berfaedah. 4. Tertinggal dalam pelajaran akan merugikan kita. 5. Jangan mencuri harta benda orang. 6. Masa depan akan menjadi gelap jika tertinggal dalam pelajaran. Contoh jawapan Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah bangun awal untuk pergi ke sekolah. Menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Jika ponteng sekolah kita akan tertinggal dalam pelajaran. Masa depan kita akan menjadi gelap jika kita tidak mementingkan pelajaran. Mencuri harta benda orang lain adalah amalan yang tidak baik. Perbuatan sedemikian akan mencemarkan nama baik keluarga. KLINIK 2 TEMA : KELUARGA

Upload: aminorashid-salamon

Post on 03-Jul-2015

284 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan bm th 4

October 27

CONTOH PENGAJARAN DAN NILAI-NILAI MURNI

(BAHAGIAN C)

Penulisan Bahagian C (1) Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan

kamu dalam satu perenggan.

Klinik 1

Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia tidak

sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke rumah

Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di

sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka.

Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi, mereka berasa

lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-buahan yang

berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke

rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.

Pengajaran

1. Kita tidak boleh menipu ibu bapa.

2. Ponteng sekolah akan merugikan diri sendiri

3. Jangan melakukan kerja yang tidak berfaedah.

4. Tertinggal dalam pelajaran akan merugikan kita.

5. Jangan mencuri harta benda orang.

6. Masa depan akan menjadi gelap jika tertinggal dalam pelajaran.

Contoh jawapan

Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah bangun awal untuk pergi ke sekolah.

Menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Jika ponteng sekolah kita akan tertinggal

dalam pelajaran. Masa depan kita akan menjadi gelap jika kita tidak mementingkan pelajaran.

Mencuri harta benda orang lain adalah amalan yang tidak baik. Perbuatan sedemikian akan

mencemarkan nama baik keluarga.

KLINIK 2

TEMA : KELUARGA

Page 2: Bahan bm th 4

Esok Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang. Aku sekeluarga sibuk melakukan persiapan akhir

untuk menyambut kedatangannya. Sejak pagi lagi, ibu tidak menang tangan menyediakan

pelbagai juadah. Aku dan kakak turut membantu ibu di dapur. Kali ini ib memasak ketupat,

rendang daging, gulai ayam dan kuah kacang. Ibu turut menyediakan makanan kegemaranku

iaitu lontong.

Di belakang rumah ayah dan abang sedang sibuk mengacau dodol. Tahun ini merupakan tahun

kedua kami menyediakan dodol sebagai juadah hari raya. Adik-adikku pula bersorak riang

sambil bermain bunga api di halaman rumah.

“Baik-baik bermain bunga api itu!” jerit ibu yang turut menjenguk keluar tingkap. Dalam

kesibukan di dapur, ibu tetap bimbang akan keselamatan ketiga-tiga orang adikku itu. Selepas

membantu ibu akau beralih ke ruang tamu pula. Aku menyusun kad-kad ucapan hari raya yang

telah diterima daripada sanak-saudara dan rakan-taulan yang kusayangi Kad-kad itu aku

gantungkan pada ranting pokok yang diletakkan di dalam pasu bunga.

Aku tidak sabar menanti hari esok kerana selepas menunaikan solat hari raya kami sekeluarga

akan bertolak pulang ke kampung ayah. Aku mula merasakan keseronokan berhari raya bersama

dengan sanak saudara di kampung.

Contoh jawapan

Sikap suka membantu keluarga yang merupakan sikap yang terpuji. Ini kerana dengan bantu-

membantu dapat meringankan beban keluarga dan seterusnya menambah kasih-sayang. Selain

itu akiviti bergotong-royong dalam keluarga juga baik, memandangkan banyak kerja dapat

disiapkan dengan segera. Bermain bunga api pula, boleh mendatangkan kecederaan dan

merupakan satu kesalahan. Menghantar kad-kad ucapan hari raya dapat mengeratkan tali

silaturahim dan kasih sayang selain kad-kad yang diterima dapat menghias rumah dengan cantik.

.Berziarah merupaka amalan yang baik kerana dapat mengeratkan hubungan sanak-saudara yang

jauh.

KLINIK 3

Pada hari minggu, keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ibubapanya

menghadiri satu majlis perkahwinan. Mereka berpesan kepada Faridah agar menjaga adik-

adiknya yang seramai tiga orang di rumah. Di rumah, Faridah terpaksa mengemas rumah,

memasak, menyiram pokok bunga, memandikan adik-adik dan memberi mereka makan. Faridah

melakukan semua pekerjaan itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Adik-adiknya sangat patuh

kepada arahan kakak mereka. Ketiga-tiga adik Faridah juga rajin menolong meringankan beban

Faridah. Faridah mengucapkan terima kasih kepada adik-adiknya kerana sudi meringankan

tanggungjawabnya pada hari itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan dengan ibubapa yang baik

dan adik-adik yang ringan tulang.

Page 3: Bahan bm th 4

JAWAPAN

1. Menurut/ patuh arahan ibu bapa.

2. Rajin membantu dan ringan tulang

3. Pandai menguruskan rumah

4. Bertanggungjawab terhadap semua pekerjaan yang diamanahkan.

5. Budaya mengucapkan terima kasih.

6. Bersyukur.

KLINIK 4

Izzat seorang anak yang baik. Dia sentiasa mendengar kata ibu bapanya. Dia juga tidak pernah

meninggikan suara apabila bercakap dengan orang tuanya. Adam, adiknya pula suka bergaduh

dengan Ali, jiran mereka. Izzat selalu memberi nasihat kepada Adam supaya jangan berbuat

demikian. Selain itu, Izzat juga sering menegur sikap Adam yang selalu terlupa membasuh

tangan sebelum makan dan suka membeli makanan dan minuman di warong yang kotor. Sikap

Adam yang menggemari makanan manis, berminyak dan tidak berkhasiat juga tidak disenangi

oleh Izzat. Dia selalu mengingatkan adik kesayangannya itu supaya mengamalkan pemakanan

yang seimbang.

JAWAPAN

1. Menghormati ibu bapa/ orang lain

2. Menghormati orang lain/ kawan-kawan.

3. Kasih saying – memberi nasihat / teguran

4. Menjaga kebersihan – makanan

5. Menjaga kesihatan – dengan makan makanan seimbang/ berkhasiat

KLINIK 5

Tema : Murid yang bersikap negative

Jamil murid Tahun 4 Hijau. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan

tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh

guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak

menumpukan perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh

guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka

hilang. Apabila disiasat, Jamil tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia juga

berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Murid-murid

dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Jamil.

JAWAPAN

1. Kita perlu menepati masa

2. Mesti memberi tumpuan terhadap pelajaran

3. Tidak mengganggu dan membenci orang lain

Page 4: Bahan bm th 4

4. Mesti bersikap jujur dan amanah

5. Mesti menghormati guru

KLINIK 6

Ibu menyuruh Melati ke kedai Pak Naim untu membeli tepung dan gula. Dengan marah Melati

menunggang basikal ke kedai Pak Naim. Dia menunggang basikal sambil melepaskan sebelah

tangan. Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan gula. Dia juga membeli gula-gula dan

aiskrim. Selepas dia habis makan aiskrim dan gula-gula, dia pun terus menunggang basikal ke

rumahnya. Dalam perjalanan ke rumah, dia singgah sebentar di tepi sungai yang berhampiran

lalu bermain-main selama beberapa jam.Kemudian,barulah dia pulang ke rumah. Sesampai di

rumah dia menyerahkan tepung dan gula kepada ibunya. Wang bakinya tidak dipulangkan.

Apabila ibu bertanya akan wang bakinya, dia memberikan alasan wangnya hilang lalu lari ke

rumah jirannya semula.

JAWAPAN

1. Menghormati ibu

2. Berhati-hati / mementingkan keselamatan

3. Menghargai masa

4. Perlu jujur dan amanah

5. Bercakap benar /

0 comments |

December 2

PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA "DARI" DAN

"DARIPADA"

Kita sering terkeliru bilakah kata sendi nama "dari" dan "daripada" sesuai digunakan. Saya paparkan sedikit info mengenainya. Secara mudahnya,kata sendi nama "dari" digunakan untuk menyatakan tempat,masa dan arah. Anda boleh juga menggunakan formula ATM (A=arah)(T=tempat)(M=masa) Contoh penggunaan kata sendi nama dari: 1. Cikgu Ahmad Rafie berasal dari Bukit Merah, sebuah lokasi yang terkenal dengan industri ikan arowana. - (Tempat) 2. Dari pagi tadi lagi ibu masih belum menjamah walaupun sesuap nasi. - (Masa) 3. Dari situ menuju ke sini mengambil masa lebih kurang lima belas minit. - (Arah)

Page 5: Bahan bm th 4

Kata sendi nama'daripada' pula digunakan untuk menyatakan orang,perbandingan dan asal kejadian. Contoh penggunaan kata sendi nama "daripada": 1. Kasut itu diperbuat daripada campuran getah dan plastik. - (asal-usul) 2. Muhammad menerima kiriman baju raya daripada tunangnya, Erma. - (orang) 3. Walaupun badannya kecil, Hasif mempunyai pemikiran yang lebih matang daripada kakaknya, Zaleha. - (Perbandingan) 0 comments |

December 2

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN C

1. Baca sekali untuk memahami petikan secara umum.

2. Baca sekali lagi dan gariskan perkataan atau ayat yang mempunyai nilai murni atau

pengajaran.

3. Senarai semua nilai murni atau pengajaran untuk dibuat ulasan.

4. Gunakan penanda wacana bagi setiap nilai murni atau pengajaran yang diulas.

5. Pastikan tiada nilai murni atau pengajaran yang diulas berulang-ulang.

6. Setiap nilai murni atau pengajaran perlu disertai dengan huraian yang baik.

7. Pastikan tiada kesilapan tatabahasa apabila membina ayat.

8. Elakkan menggunakan ayat yang terlalu panjang.

9. Jawapan yang bersifat positif.Mulakan ayat seperti berikut:

i. Kita mestilah….........................................

ii. Kita sepatutnya…....................................

iii. Kita seharusnya..................................….

iv. Kita dikehendaki….................................

v. Kita sewajarnya .....................................

CONTOH PENULISAN:

1. Nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas, antaranya kita mestilah..............

2. Selain itu, kita sepatutnya......................................................

3. Seterusnya, kita seharusnya .....................................................

4. Kita juga dikehendaki............................................................

5. Akhir sekali kita sewajarnya ....................................................

Page 6: Bahan bm th 4

Setiap Nilai Murni perlu dihuraikan dalam ayat lengkap. Sebagai contoh, perhatikan rumusan

berikut:

Nilai murni yang dapat diambil dari petikan di atas antaranya, kita mestilah mematuhi

peraturan walaupun di mana juapun kita berada. Selain itu kita juga sepatutnya melaksanakan

tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Seterusnya,kita juga seharusnya

perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita. Kita juga dikehendaki

berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib dapat menghulurkan

bantuan. Akhir sekali, Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.

(Bilangan perkataan lebih kurang 55-60 patah )

0 comments |

December 2

PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN

Contoh Keterangan /Ayat Yang Dipadankan Dengan Nilai Murni

Page 7: Bahan bm th 4

CONTOH PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN

Lihat nilai murni yang terdapat dalam ayat di bawah. Kemudian lihat ayat yang dibina daripada

nilai murni tersebut .

1. Pada waktu rehat, kami beratur untuk membeli makanan di kantin.

Nilai Murni: mematuhi peraturan.

Ayat: Kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana-mana.

2. Pengawas sibuk menjalankan tugas masing masing.

Nilai Murni: bertanggungjawab

Ayat: Kita sepatutnya melaksanakan tugas yang diberikan dengan rasa tanggungjawab.

3. Seorang pengawas lelaki yang kebetulan berada di situ mendekati budak itu.“Mengapakah

adik menangis? “ tanya pengawas itu.

Nilai Murni: perihatin

Ayat: Kita seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita.

4. “ Makanan saya terjatuh ke lantai. Seorang murid telah terlanggar saya. Saya sangat lapardan

saya tidak ada duit lagi untuk membeli untuk membeli makanan,“ jawab budak itu sambil

menangis.

Nilai Murni: berterus-terang.

Ayat: Kita dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib

dapat menghulurkan bantuan.

5. “Abang ada duit. Abang akan membelikan makanan dan minuman untuk kamu. Mari ikut

abang. “ kata pengawas itu.

Nilai Murni: memberi pertolongan.

Ayat: Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.

Page 8: Bahan bm th 4

Kepulangan Wira Negara Disambut Meriah

Tahniah kepada pasukan wushu negara. Itulah kata-kata yang

wajar diucapkan kepada pasukan wushu negara yang baru pulang petang

tadi. Sambutan bagi menyambut wira negara ini diberikan kepada

mereka setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

(KLIA), petang tadi.

Kejayaan merangkul tujuh pingat emas dalam Kejohanan

Wushu Dunia ke-4 di China, tiga hari lalu, di luar jangkaan. Sasaran awal

untuk mendapatkan tiga pingat emas pada kejohanan kali ini sudah

melebihi jangkaan. Yang lebih membanggakan kesemua empat acara yang

disertai telah menyumbang pingat emas kepada negara. Acara-acara itu

ialah Quan Shu tradisional, acara Qiang Shu, beregu dan berpasukan.

Sewaktumengulas kejayaan pasukan Negara ini, Menteri Belia

dan Sukan turut menyatakan rasa bangga atas kejayaan yang dicapai.

Beliau mengharapkan kejayaan ini dapat dijadikan perangsang dan

semangat “Malaysia Boleh” di kalangan pasukan sukan yang lain.

Aktiviti 1

1 Berapakah jumlah pingat yang dimenangi dalam Kejohanan Wushu Dunia ke-4?

2 Bagaimanakah cara-cara menarik minat orang ramai mempelajari wushu?

3 Jelaskan makna perkataan yang dicetak berwarna mengikut konteks.

a. wajar =

b. wira =

c. merangkul =

d. jangkaan =

Page 9: Bahan bm th 4

e. mengulas =

Petikan 2 Seni Pertahanan Diri

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang

berikutnya.

Kaum utama di negara kita mempelajari seni pertahanan diri sejak

dahulu lagi. Antara yang terkenal hingga kini ialah silat, wushu, dan

silambam. Karate dan tae kwon do pula berasal dari Jepun dan Korea.

Silat merupakan warisan budaya kaum Melayu. Silat

terbahagi kepada dua jenis: silat tradisional dan silat olahraga.

Antara senjata yang digunakan dalam seni silat ialah keris, tombak,

tongkat, tekpi, pedang, dan parang.

Wushu ialah seni pertahanan diri masyarakat Cina. Seni ini

memang berasal dari negara China. Wusyu mempunyai lima gaya

persilatan. Gaya-gaya tersebut ialah Changquan (tinju utara),

Nanquan (tinju selatan), Daoshu (seni parang), Jiangshu (seni pedang),

dan Qiangshu (seni tombak).

Silambam pula dibawa ke Negara ini dari India oleh kaum

India. Silambam bermaksud pertempuran dengan menggunakan

Page 10: Bahan bm th 4

tongkat. Namun begitu, mereka juga diajar menggunakan pednang,

kayu, serta tombak.

Sebenarnya, seni pertahanan diri ini memerlukan

pergerakan yang tangkas. Seni ini dipelajari untuk kesihatan selain

untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh.

Aktiviti 2

1 Seni pertahanan diri berikut milik asal kaum utam Negara kita, Kecuali

A Taewondo B Silambam

C Wusyu D Silat

2 Dari manakah seni pertahanan diri Wusyu berasal ?

A Korea B Jepun

C China D India

3 Senjata dalam silat Melayu berbeza sedikit kerana menggunakan

_______________ .

A tongkat B tombak

Page 11: Bahan bm th 4

C parang D keris

4 Antara penyataan berikut yang manakah benar ?

A Daoshu – seni parang B Jiangshu – seni tombak

C Nanquan – tinju utara D Changquan – tinju selatan

5 Frasa tangkas dalam petikan bermaksud ____________.

A lekas B pantas

C berkesan D sempurna

Petikan 3 - Silambam

Baca dan nyatakan fakta.

Silambam

Silambam ialah seni mempertahankan diri masyarakat India. Seni ini dikatakan

berasal dari negara India. Walaupun tidak diketahui orang yang mula-mula membawanya ke

Page 12: Bahan bm th 4

negara ini, silambam tetap menjadi warisan seni dan budaya masyarakat India.

Silambam mementingkan kelincahan menggerakkan anggota badan. Pergerakan ini

dibuat sama ada dengan menggunakan senjata atau tanpa menggunakan senjata. Senjata

yang biasa digunakan dalam silambam adalah seperti tongkat kayu, pedang, tombak, dan

sebagainya.

Anggota silambam diajar kemahiran dan teknik menggunakan senjata. Kemahiran ini

digunakan untuk mempertahankan diri dan menguasai lawan. Seseorang yang benar-benar

mahir dalam seni ini boleh memusingkan senjata dengan lincah tanpa jatuh.

Silambam adalah baik untuk menjaga kesihatan badan. Silambam dapat

mengelakkan pengamalnya daripada serangan penyakit seperti sakit perut, masalah buang

air besar, penyakit angin, selesema, paru-paru, dan sebagainya. Silambam juga dipercayai

boleh membantu menaikkan selera makan.

Aktiviti 3

1 Silambam berasal dari mana ?

2 Apakah faedah mempelajari silambam?

3 Kenal pasti maklumat dan susun mengikut perenggan.

Perenggan

Maklumat

Perenggan

1

Silambam ialah seni mempertahankan diri masyarakat India.

Perenggan 2

Perenggan 3

Perenggan 4

4 Pada pendapat kamu, perlukah setiap orang mempelajar seni mempertahankan diri ?

Mengapa ?

Page 13: Bahan bm th 4

Aktiviti 4

Namakan jenis seni mempertahankan diri berpandukan gambar :

( Silat / Taekwando / Karate / Wushu / Silambam )

1.

____________________________

2.

___________________________

3.

_______________________________

Page 14: Bahan bm th 4

4.

_______________________________

5.

____________________________

UPSR BM012 Bahagian C

Teknik Mencari Nilai / Pengajaran Daripada Petikan :

1.Baca dan fahami arahan.

2.Baca dan fahami keseluruhan petikan/puisi.

3.Baca petikan/puisi secara ayat demi ayat serta kenal pasti sama ada ayat tersebut

mengandungi nilai/pengajaran atau tidak.

4.Jika terdapat nilai/pengajaran garisi ayat atau rangkai kata tersebut.

5.Catat nilai/pengajaran di tepi petikan.Jika terdapat nilai yang negatif , jadikan nilai itu

kepada yang positif.Catatkan seberapa banyak nilai/pengajaran.

6.Tulis nilai berserta huraian yang berkaitan dalam petikan/puisi dalam satu perenggan.

Skima Pemarkahan:

1.Cemerlang ( 18 hingga 20 markah )

5 nilai diperlukan

Ayat gramatis,penggunaan kata dan kosa kata yang luas, betul penggunaan ejaan dan

Page 15: Bahan bm th 4

tanda baca, pengolahan idea yang baik serta menggunakan penanda wacana.

2.Baik (12 hingga 17 markah )

4 nilai diperlukan

3.Memuaskan ( 06 hingga 11 markah )

2 atau 3 nilai diperlukan

4.Pencapaian Tahap Minimum ( 01 hingga 05 markah )

1 nilai sahaja.

Panduan Menulis Ulasan :

Terdapat beberapa pengajaran /nilai-nilai murni daripada petikan/puisi.

Antaranya , kita hendaklah ............................................... Selain itu , kita mestilah .............

..................................................................... Di samping itu , kita haruslah ........................

........................................................ Seterusnya , kita hendaklah .......................................

............................................... Akhirnya , kita wajarlah ....................................................

Contoh Bahagian C UPSR 2005 :

Terdapat beberapa pengajaran daripada petikan.Antaranya, kita hendaklah

rajin seperti kakak yang pergi bekerja.Selain itu, kita mestilah meminta kebenaran

sebelum kita masuk ke bilik kakak. Di samping itu, kita haruslah menasihati seperti

penulis yang melarang adiknya bermain-main dengan cendera mata kepunyaan

kakak. Seterusnya, kita hendaklah mendengar kata tidak seperti adik yang tidak

mengendahkan teguran kakak.Akhirnya , kita wajarlah berasa insaf seperti adik

yang meminta maaf dan berjanji tidak akan mengusik barang-barang kepunyaan kakak.

Contoh jawapan Petikan Buku Teks Tahun 5 (ms :136-137)

Terdapat beberapa pengajaran daripada petikan. Antaranya, kita hendaklah mempunyai perasaan belas

kasihan tidak seperti tentera Jepun yang bertindak sewenang-wenangnya.Selain itu, kita mestilah mempunyai

semangat patriotik menentang tentera Jepun.Di samping itu,kita haruslah bijak melakukan sesuatu seperti Leftanen

Adnan yang menukar strategi dalam peperangan.Seterusnya , kita haruslah gigih untuk terus menyerang tentera

Jepun walaupun Leftanen Adnan tercedera.Akhirnya,kita wajarlah mengenang budi kepada Leftanen Adnan yang

menggadai nyawa demi membebaskan negara daripada cengkaman musuh.

Page 16: Bahan bm th 4

Nilai Murni :

1. Adil :

Mempertimbangkan sesuatu secara objektif ,menyeluruh, tepat

dan wajar.

2. Amanah :

Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan kepada orang lain.

3. Baik hati :

Sikap yang sentiasa mengambil berat akan perasaan dan kebaikan orang lain.Sikap ini boleh dinilai berdasarkan

tindak tanduk orang lain terhadap kita.

4. Belas kasihan :

Perasaan simpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain.

5. Berani bertanggungjawab :

Sanggup bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah diambil.

6. Berani tidak mambuta tuli :

Sanggup dan bersedia menghadapi cabaran dengan mengambil kira kemampuan diri dan akibat daripada tindakan

yang diambil.

7. Berani kerana benar :

Sanggup mempertahankan sesuatu yang diakui benar dengan memberikan bukti-bukti yang nyata.

8. Berani mempertahankan pendirian :

Sanggup mempertahankan sesuatu yang diyakini benar dengan alasan-alasan yang munasabah.

9. Bercakap benar :

Menyatakan sesuatu dengan betul dan benar tanpa menokok tambah dan tidak berselindung.

10. Berdikari :

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

11. Berfikiran logik dan terbuka :

Sikap dan pandangan yang boleh diterima akal dan munasabah.

12. Bermuafakat :

Page 17: Bahan bm th 4

Sentiasa mengutamakan persetujuan dan bekerjasama dalam menjalankan sesuatu pekerjaan bagi kepentingan

bersama.

13. Bertanggungjawab :

Kesanggupan seseorang untuk memikul tugas atau kewajipan dan melaksanakannya dengan sempurna.

14. Berterima kasih ;

Perasaan yang dilahirkan untuk menunjukkan pengiktirafan terhadap sesuatu jasa,sumbangan dan pemberian.

15. Bertimbang rasa :

Mengabil kira keperluan dan perasaan orang lain.

16. Berupaya bertindak sendiri:

Sanggup dan boleh melakukan sesuatu untuk diri sendiri dan bertindak tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

17. Boleh membuat pertimbangan:

Berupaya mengambil kira baik buruk sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.

18. Boleh melakukan penaakulan:

Mempu berfikir dan dapat memberikan alasan yang munasabah.

19. Cekal :

Teguh,tetap dan tabah hati.

20. Cinta kepada keamanan dan keharmonian:

Suka hidup berbaik-baik antara satu dengan lain dan mengutamakan kedamaian serta kesejahteraan hidup.

21. Cinta kepada negara:

Bangga dan taat setia kepada negara.

22. Daya usaha:

Berusaha bersungguh-sungguh dengan semangat inisiatif,inovatif dan kreatif untuk mencapai kejayaan.

23. Dedikasi :

Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga melakukan sesuatu perkara.

24. Gigih :

Usaha dengan penuh semangat tanpa mengenal putus asa.

25. Gotong-royong:

Turut serta dan membantu dalam melaksanakan sesuatu tugas secara beramai-ramai tanpa menerima sebarang upah.

Page 18: Bahan bm th 4

26. Hemah tinggi :

Budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut serta berbudi bahasa yang patut diamalkan oleh

individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain.

27. Hormat-menghormati:

Menghargai dan memuliakan seseorang dalam institusi sosial dengan memberi layanan yang sopan.

28. Hormat dan taat kepada ibu bapa:

Kewajipan dan tanggungjawab seseorang anak bagi memuliakan ibu bapa.

29. Hormat kepada hak asasi:

Menghormati hak dan keperluan asasi seseorang seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.

30. Mengenang budi

Mengingati jasa baik seseorang serta berharsat untuk membalasnya.

31. Menghargai Kebijaksanaan , Pengalaman dan Jasa

Menghargai seseorang kerana pengetahuaan, pengalaman, pengorbanan, dan jasanya dalam sesuatu lapangan.

32. Menghargai Maruah Diri

Menghargai maruah diri setiap individu tanpa mengambil kira taraf dan kedudukan sosialnya.

33. Murah Hati

Sedia memberikan bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukan sama ada dalam bentuk kebendaan atau

sokongan moral

34. Patuh Kepada Ketepatan Masa

Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah.

35. Patuh Kepada Undang-undang

Menerima dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu

berada.

36. Peka

Sentiasa sedar,mengambil berat,dan berusaha mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah yang berkaitan

37. Penghargaan :

Pengakuan seseorang terhadap jasa dan sumbangan yang diterima.

38. Perpaduan :

39. Suasana persefahamaan dan kerjasama peringkat keluarga,komuniti, masyarakat,Negara,dan antarabangsa.

40. Tekun

Sabar dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.

41. Semangat bermasyarakat

Bersedia melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian

hidup bermasyarakat

42. Sedia memaafkan

Tidak menaruh dendam terhadap seseorang yang telah insaf akan kesalahannya

43. Cintai alam

Sentiasa ingin memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk kesejahteraan hidup

44. Sayang akan nyawa

Menghargai dan tidak menganiayai makhluk yang bernyawa

45. Saling Memahami

Kesanggupan untuk saling menerima pendapat serta perasaan dan keperluan masing-masing.

Page 19: Bahan bm th 4

46. Saksama

Tidak berat sebelah dan berpatutan dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberikan ganjaran

atau hukuman

47. Rasional

Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang menyatakan dan mendapat mengambil tindakan yang sewajarnya

tanpa dipengaruhi oleh perasaan.

48. Toleransi

Sanggup bertolak ansur,sabar serta dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan.

49. Pertuturan dan kelakuan yang sopan

Peraturan dan kelakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain

kearah mencapai kebersihan rohani dan jasmani.

50. Persaudaraan:

Hubungan mesra sesama manusia tanpa mengira keturunan atau bangsa yang dapat melahirkan kerjasama yang erat

untuk kesejahteraan sejagat.

51. Yakin

Percaya pada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak.

52. Keberanian

Kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati.Keberanian itu perlu ada pada

setiap orang,tetapi dia harus tahu batas dan keupayaan sendiri kerana keberanian yang melulu boleh mengakibatkan

bencana.

53. Kesopanan

Bersopan santun,berbudi pekerti yang tinggi,tidak angkuh,tidak menunjuk-nunjuk, dan tidak sombong.

54. Kesyukuran

Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas atas nikmat dan kesenangan yang diperoleh.

55. Mengakui kesalahan diri

Sikap bersedia menyatakan kesilapan dan kelemahan diri sendiri.

56. Hormat-menghormati

Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia.

Menghormati sifat-sifat yang tersendiri yang ada pada setiap individu,terutama golongan yang kurang bernasib baik.

Menunjukkan rasa hormat kepada orang yang lebih tua,guru,rakan,jiran,pemimpin dengan memberikan layanan

yang baik.

57. Kejiranan

Hidup berbaik-baik,bertolak ansur,tolong-menolong,dan bekerjasama dengan jiran tetangga.

58. Kejujuran

Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik,amanah,dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.

59. Kerajinan

Usaha berterusan penuh dengan semangat ketekunan,kecekalan,kegigihan,dedikasi,

dan daya usaha dalam melakukan sesuatu.

60. Kerjasama

Usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu,komuniti,masyarakat atau

Negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

10 Gambar Koleksi Kereta Mewah Sultan Johor Posted on Tuesday, April 01 @ 19:52:02 MYT

Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Page 20: Bahan bm th 4

Pada tahun yang lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berjaya membida

nombor Plat W1N dengan harga paling mahal RM 748,000.00 dan diletakkan pada Proton

Suprima S.

Di sebalik ‘keghairahan’ Sultan Johor membida nombor-nombor istimewa itu, pastinya baginda

memiliki koleksi kereta-kereta mewah yang menarik. Di bawah adalah antara kereta kepunyaan

baginda antaranya Bentley, Hummer, dan Bugatti Veyron merupakan kereta paling laju di dunia

setakat ini (pengiktirafan daripada Guinness Of World Record).

Jom tengok kereta-kereta mahal di bawah: