bahan bacaan 9

Upload: ily-tinus

Post on 04-Oct-2015

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bhn

TRANSCRIPT

BAHAN BACAAN 9

BAHAN BACAAN 9TAHUN 5

Tajuk:Pentingnya Amalan MembacaMembaca ialah amalan yang mulia. Terdapat pelbagai bahan bacaan yang terdapat di negara kita seperti buku, majalah, akhbar, tabloid, risalah, jurnal dan sebagainya. Kewujudan pelbagai jenis bahan bacaan ini selaras dengan perkembangan minat membaca dalam kalangan masyarakat di negara kita.Banyak kebaikan yang dapat diperoleh daripada amalan membaca. Antaranya, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Amalan membaca perlu menjadi amalan kepada setiap individu kerana melalui amalan ini seseorang dapat menguasai pelbagai jenis ilmu.Amalan membaca juga dapat melatih seseorang agar sentiasa berfikir. Dengan kata lain, dengan membaca seseorang akan menjadi celik minda kerana sering terdedah kepada perkembangan semasa. Jika kita malas membaca, kita seolah-olah membiarkan otak kita berehat tanpa melakukan aktiviti yang dapat merangsangnya.Biasanya, seseorang yang gemar membaca dapat meningkatkan kemajuan dirinya dan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Mereka bukan sahaja berfikiran lebih matang malah cemerlang dalam peperiksaan.Melalui pembacaan juga penguasaan bahasa seseorang akan bertambah baik. Banyak buku yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa. Secara tidak langsung, jika kita sering membaca buku dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris kita dapat mempertingkatkan lagi penguasaan dalam kedua-dua bahasa ini.Kesimpulannya, amalan membaca membawa banyak kebaikan. Dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan seperti cogan kata Membaca Jambatan Ilmu. Masyarakat berilmu menjadi tonggak kemajuan sesebuah negara.