bahan bacaan 6

2
BAHAN BACAAN 6 TAHUN 5 Tajuk : Keputusan UPSR Hatiku berdebar-debar apabila mendapat tahu bahawa keputusan UPSR akan diumumkan pada hari ini. Semua murid tahun enam menanti dengan penuh debaran kepulangan guru besar membawa keputusan peperiksaan dari Pejabat Pelajaran Daerah. Tiba-tiba, Cikgu Zubaidah mengarahkan semua murid tahun enam berkumpul di dewan sekolah. Sebaik-baik sahaja sampai di dewan, kami diarahkan duduk mengikut kelas masing-masing. Guru kanan Pentadbiran, Encik Azmi Bin Mansur menyuruh kami bersabar dan menerima segala keputusan dengan hati yang terbuka. Tidak berapa lama kemudian guru besar pun datang membawa keputusan peperiksaan yang sudah lama kami nanti-nantikan. Guru besar menyerahkan keputusan peperiksaan kepada guru kelas masing-masing. Murid-murid bergilir-gilir mendapatkan slip keputusan UPSR setelah nama mereka dipanggil oleh guru kelas masing-masing. Berbagai-bagai gelagat dapat dilihat setelah murid-murid menerima slip keputusan. Ada yang melonjak keriangan, ada yang muram dan tidak kurang pula yang menitiskan air mata. Sahabat karibku, Azizan dan Hidhir baru sahaja mendapat slip keputusan peperiksaan mereka. Alhamdulilah mereka berjaya mendapat keputusan 5A. Aku menghulurkan tangan mengucapkan tahniah kepada mereka. Hatiku semakin berdebar-debar setelah namaku dipanggil oleh Cikgu Zubaidah. Pelbagai tanggapan bermain di kotak fikiranku ketika aku melangkah untuk mengambil keputusan peperiksaanku. “Tahniah, Adil! Kamu telah berjaya mendapat 5A. Kamujuga salah seorang daripada lima orang murid paling cemerlang di daerah ini”, ujar Cikgu Zubaidah. Tiba-tiba mataku kabur, air mata mula menggenangi kelopak mataku. Wajah ayah dan ibu serta guru-guru silih berganti. Aku tergaman seketika. Rakan-rakan lain mengucapkan

Upload: ily-tinus

Post on 21-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bahan

TRANSCRIPT

BAHAN BACAAN 6

BAHAN BACAAN 6TAHUN 5

Tajuk:Keputusan UPSRHatiku berdebar-debar apabila mendapat tahu bahawa keputusan UPSR akan diumumkan pada hari ini. Semua murid tahun enam menanti dengan penuh debaran kepulangan guru besar membawa keputusan peperiksaan dari Pejabat Pelajaran Daerah. Tiba-tiba, Cikgu Zubaidah mengarahkan semua murid tahun enam berkumpul di dewan sekolah.Sebaik-baik sahaja sampai di dewan, kami diarahkan duduk mengikut kelas masing-masing. Guru kanan Pentadbiran, Encik Azmi Bin Mansur menyuruh kami bersabar dan menerima segala keputusan dengan hati yang terbuka. Tidak berapa lama kemudian guru besar pun datang membawa keputusan peperiksaan yang sudah lama kami nanti-nantikan.Guru besar menyerahkan keputusan peperiksaan kepada guru kelas masing-masing. Murid-murid bergilir-gilir mendapatkan slip keputusan UPSR setelah nama mereka dipanggil oleh guru kelas masing-masing. Berbagai-bagai gelagat dapat dilihat setelah murid-murid menerima slip keputusan. Ada yang melonjak keriangan, ada yang muram dan tidak kurang pula yang menitiskan air mata.Sahabat karibku, Azizan dan Hidhir baru sahaja mendapat slip keputusan peperiksaan mereka. Alhamdulilah mereka berjaya mendapat keputusan 5A. Aku menghulurkan tangan mengucapkan tahniah kepada mereka. Hatiku semakin berdebar-debar setelah namaku dipanggil oleh Cikgu Zubaidah. Pelbagai tanggapan bermain di kotak fikiranku ketika aku melangkah untuk mengambil keputusan peperiksaanku.Tahniah, Adil! Kamu telah berjaya mendapat 5A. Kamujuga salah seorang daripada lima orang murid paling cemerlang di daerah ini, ujar Cikgu Zubaidah. Tiba-tiba mataku kabur, air mata mula menggenangi kelopak mataku. Wajah ayah dan ibu serta guru-guru silih berganti. Aku tergaman seketika. Rakan-rakan lain mengucapkan tahniah setelah namaku diumumkan sebagai pelajar cemerlang UPSR di peringkat sekolah.Aku mengambil kesempatan bersalam-salaman dengan semua guru dan mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga di atas segala didikan dan tunjuk ajar mereka selama ini. Aku percaya apabila belajar dengan bersungguh-sungguh, kita akan berjaya mencapai kejayaan.