bahan bacaan 3

2
BAHAN BACAAN 3 TAHUN 5 Tajuk : Teladan yang Baik Saya mempunyai seorang rakan baik yang bernama Ijam. Dia budak yang rajin dan ringan tulang. Ayah Ijam mengusahakan kebun sayur- sayuran di belakang rumahnya. Pelbagai jenis sayur-sayuran terdapat di sini. Semuanya dijual sebagai punca pendapatan. Pada kebiasaannya selepas menghabiskan kerja-kerja sekolahnya, Ijam akan pergi ke kebun untuk membantu ayahnya. Pelbagai jenis sayur-sayuran ditanam di kebun ayah Ijam seperti sawi, kangkung, bayam, kalian, kacang panjang dan cili. Ijam akan membantu ayahnya membubuh baja, mencabut rumput dan membuang daun sayur-sayuran yang telah rosak. Ayah Ijam akan memetik sayur-sayurannya untuk dijual di pasar berdekatan. Kerja-kerja memetik hasil biasanya dilakukan pada waktu pagi. Hal ini kerana peraih hanya akan mengambil sayur-sayuran yang masih segar pada waktu pagi. Kadangkala, Ijam akan membantu ayangnya membuat batas-batas baru menggunakan cangkul dan mesin penggembur tanah. Walaupun baru berusia 11 tahun, Ijam sudah pandai mengendalikan mesin penggembur tanah. Pada cuti hujung minggu pula, Ijam akan membantu ayahnya memetik dan memasukkan sayur-sayuran ke dalam bakul yang disediakan untuk diambil peraih. Sikap Ijam yang rajin memudahkan kerja-kerja ayahnya. Kadang-kadang, ayahnya memberikan Ijam sedikit upah hasil jualan sayur-sayuran itu. Walaupun kerja-kerja di kebun memenatkan, namun Ijam tidak pernah bersungut. Dia gembira kerana dapat membantu ayahnya di kebun. Selain dapat meringankan beban kerja ayahnya, sekurang-

Upload: ily-tinus

Post on 21-Nov-2015

13 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bahan

TRANSCRIPT

BAHAN BACAAN 3

BAHAN BACAAN 3TAHUN 5

Tajuk:Teladan yang BaikSaya mempunyai seorang rakan baik yang bernama Ijam. Dia budak yang rajin dan ringan tulang. Ayah Ijam mengusahakan kebun sayur-sayuran di belakang rumahnya. Pelbagai jenis sayur-sayuran terdapat di sini. Semuanya dijual sebagai punca pendapatan.Pada kebiasaannya selepas menghabiskan kerja-kerja sekolahnya, Ijam akan pergi ke kebun untuk membantu ayahnya. Pelbagai jenis sayur-sayuran ditanam di kebun ayah Ijam seperti sawi, kangkung, bayam, kalian, kacang panjang dan cili. Ijam akan membantu ayahnya membubuh baja, mencabut rumput dan membuang daun sayur-sayuran yang telah rosak.Ayah Ijam akan memetik sayur-sayurannya untuk dijual di pasar berdekatan. Kerja-kerja memetik hasil biasanya dilakukan pada waktu pagi. Hal ini kerana peraih hanya akan mengambil sayur-sayuran yang masih segar pada waktu pagi.Kadangkala, Ijam akan membantu ayangnya membuat batas-batas baru menggunakan cangkul dan mesin penggembur tanah. Walaupun baru berusia 11 tahun, Ijam sudah pandai mengendalikan mesin penggembur tanah.Pada cuti hujung minggu pula, Ijam akan membantu ayahnya memetik dan memasukkan sayur-sayuran ke dalam bakul yang disediakan untuk diambil peraih. Sikap Ijam yang rajin memudahkan kerja-kerja ayahnya. Kadang-kadang, ayahnya memberikan Ijam sedikit upah hasil jualan sayur-sayuran itu.Walaupun kerja-kerja di kebun memenatkan, namun Ijam tidak pernah bersungut. Dia gembira kerana dapat membantu ayahnya di kebun. Selain dapat meringankan beban kerja ayahnya, sekurang-kurangnya dia mendapat pengalaman cara bertani dan mendapat sedikit upah. Kita wajar mencontohi sikap Ijam.