bahagian d

Upload: il

Post on 10-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

isl

TRANSCRIPT

Refleksi

Sepanjang saya terlibat dalam menjalankan pentaksiran ini seperti membina item-item yang berkaitan, melakukan pemerhatian dan sebagainya terhadap kelakuan tingkah laku murid, aspek penulisannya dan juga keboleha Matematiknya, saya telah mengalami banyak pengalaman baru.

Antaranya adalah, saya telah terdedah kepada reality bagaimana keadaan murid sebenar di sekolah. Pada hemat saya selama ini, permasalahan yang mungkin dialami oleh murid adalah seperti tidak melakukan atau menyiapkan kerja rumah yang diberikan, tidak membawa buku, bising dan sebagainya. Tanggapan saya itu ternyata tersilap. Banyak lagi elemen atau permasalahan yang membelenggu murid-murid diseolah. Kita hanya melihat murid itu tidak membawa buku kesekolah. Tetapi pada hakikatnya, dia tidak berupaya untuk menguasai sesuatu topic yang diajarkan. Hal ini berlaku mngkin guru yang bertanggungjawab tidak melakukan sebarang pentaksiran ketika menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Faktor-faktor inilah sebenarnya akan menimbulkan pelbagai lagi masalah. JIka selama ini ibu bapa dan guru hanya menyalahkan murid apabila melaukan kesalahan,fikirla semua.

Selain itu, saya juga dapat mengetahui bahawa pentaksiran yang akan dijalankan juga sebenarnya boleh dijadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini kerana, pentaksiran dan juga aktiviti yang akan dijalankan didalam kelas terus merujuk kepada objektif pengajaran yang terdapat di dalam huraian sukatanpelajaran. Perkembangan ini sedikit sebanyak membantu guru untuk merancang aktiviti yang selaras dengan sukatan pelajaran disamping mengenalpasti masalah muridnya.

Ketika menjalankan tugasan ini juga, saya dapati beberapa masalah murid yang agak kritikal dan berkemungkinan besar memerlukan usaha yang keras oleh semuapihak. Diantara kes-kes yang diperhatikan, kes yang melibatkan seorang murid tahun 5 menarik perhatian saya. Dalam usia yang sebegitu, secara teorinya, sudah berupaya untuk membaca, dan menulis dengan baik. Namun begitu, perkara sebaliknya berlaku. Agak malang baginya kerana tidak mengenal huruf, apatah lagi untuk membaca. Keadaan ini membuatkan saya terfikir, apakah yang akan terjadi sekiranya terdapat lebih ramai murid yang senasib dengan murid ini. Kita akan kehilangan mungkin seorang jurutera yang hebat, seorang doctor yang berwibawa atau mungkin juga seorang pemimpin yang agung. Jika diteliti semula, masalah yang dia hadapi ini mungkin telah lama di biarkan begitu tanpa sebarang usaha untuk memulihkannya. Jika sejak dari tahun 1 lagi, guru dapat mengenalpasti masalah tersebut, nescaya ianya takkan berlarutan seterusnya merosakkan masa depan murid tersebut.

Saya juga telah menyedari batapa pentingnya pentaksiran terhadap murid di sekolah. Seawal mungkin guru dapat mengenalpasti masalah muridnya melalui beberapa kaedah pentaksiran, seawall mungkin juga guru dapat menyelamatkan murid tersebut dari terus ketinggalan. Disinilah tanggungjawab yang penting perlu dimainkan leh guru dalam membantu muridnya mencorak masa depan. Ibu bapa yang menghantar anaknya ke sekolah sebenarnya telah memberiakan kepercayaan kepada guru untuk mendidik anaknya hingga berjaya.

Jesteru itu, kita perlu sedar bahawa pentingnya keperluan menjalankan pentaksiran ini terhadap murid-murid di dalam kelas.Pentaksiran tidak semestinya dijalankan secara formal atau dalam waktu khas. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran pun guru boleh melakukannya. Pentaksiran yang dijalankan sebenarnya adalah satu proses member keadilan kepada setiap murid untuk mendapat hak pendidikan yang terbaik.