bahagian b (kb)

13
Bahagian B Kehidupan kini agak berbeza berbanding kehidupan pada zaman dahulu. Kanak-kanak era kini sudah didedahkan dengan penggunaan teknologi sejak dari kecil lagi terutamanya kanak-kanak yang dilahirkan pada era teknologi sudah berkembang. Dunia kini diumpamakan lebih kecil dan jurang antara penduduk dunia semakin rapat dengan wujudnya teknologi yang kian berkembang mengikut arus pembangunan. Pengenalan tablet, i-pad,android, serta telefon pintar yang menjadi trending dan menjadi kegilaan hampir kesemua remaja mahupun dewasa kerana fungsi yang lengkap. Kesemua fungsi seperti kamera, internet, bluetooth, wi-fi, pemain lagu dan pelbagai lagi dimasukkan dalam telefon bimbit. Perubahan fasa teknologi turut mengubah cara manusia berfikir kerana manusia kini terlalu terdedah dengan pelbagai situasi malah berita dunia tersebar dengan sangat cepat dengan adanya kemudahan internet. Perubahaan kepada fasa teknologi turut membawa kepada perubahan sikap manusia .Jika kita kita kecilkan skop perubahan kepada skop pelajar,pelbagai isu dan persoalan dapat ditimbulkan kerana pelajar masa kini dikatakan mampunyai masalah berkaitan dengan disiplin yang lebih teruk jika dibandingkan dengan pelajar pada zaman dahulu. Pelajar zaman kini terdedah dengan pelbagai perkara terutamanya berita yang yang tidak sesuai bagi peringkat umur mereka melaui pelbagai medium tidak seperti pelajar zaman dahulu walaupun telah diberi peringatan sebelum sesuatu informasi ditayangkan seperti filem, video dan pelbagai lagi. Secara logik akal, masalah pendedahan tersebut memberi kesan psikologi yang mendalam kepada golongan muda. Kesannya, pelbagai masalah yang di luar logik akal berlaku melibatkan moral pelajar. Dalam pembangunan jati diri pelajar, sekiranya mereka terlalu mudah untuk didedahkan dengan perkara negatif terutamanya melaui internet, secara tidak langsung akan menimbulkan satu perasaan memberontak yang sangat kuat dalam diri pelajar. Tidak hairanlah jika terlalu banyak kes penentangan ke atas pihak tertentu apabila melibatkan golongan muda ini.Kebanyakan murid kurang memahami konsep disiplin yang sememangnya membawa kebaikan kepada mereka kerana beranggapan bahawa kewujudan konsep disipli seolah olah mengongkong kebebasan merekan bagi melakukan sesuatu perkara sesuka hati tanpa memikirkan sebarang bentuk risiko. Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), konsep disiplin boleh didefinisikan sebagai.

Upload: haziq-zaidel

Post on 29-Sep-2015

244 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

Bahagian B

Kehidupan kini agak berbeza berbanding kehidupan pada zaman dahulu. Kanak-kanak era kini sudah didedahkan dengan penggunaan teknologi sejak dari kecil lagi terutamanya kanak-kanak yang dilahirkan pada era teknologi sudah berkembang. Dunia kini diumpamakan lebih kecil dan jurang antara penduduk dunia semakin rapat dengan wujudnya teknologi yang kian berkembang mengikut arus pembangunan. Pengenalan tablet, i-pad,android, serta telefon pintar yang menjadi trending dan menjadi kegilaan hampir kesemua remaja mahupun dewasa kerana fungsi yang lengkap. Kesemua fungsi seperti kamera, internet, bluetooth, wi-fi, pemain lagu dan pelbagai lagi dimasukkan dalam telefon bimbit. Perubahan fasa teknologi turut mengubah cara manusia berfikir kerana manusia kini terlalu terdedah dengan pelbagai situasi malah berita dunia tersebar dengan sangat cepat dengan adanya kemudahan internet.Perubahaan kepada fasa teknologi turut membawa kepada perubahan sikap manusia .Jika kita kita kecilkan skop perubahan kepada skop pelajar,pelbagai isu dan persoalan dapat ditimbulkan kerana pelajar masa kini dikatakan mampunyai masalah berkaitan dengan disiplin yang lebih teruk jika dibandingkan dengan pelajar pada zaman dahulu. Pelajar zaman kini terdedah dengan pelbagai perkara terutamanya berita yang yang tidak sesuai bagi peringkat umur mereka melaui pelbagai medium tidak seperti pelajar zaman dahulu walaupun telah diberi peringatan sebelum sesuatu informasi ditayangkan seperti filem, video dan pelbagai lagi. Secara logik akal, masalah pendedahan tersebut memberi kesan psikologi yang mendalam kepada golongan muda. Kesannya, pelbagai masalah yang di luar logik akal berlaku melibatkan moral pelajar. Dalam pembangunan jati diri pelajar, sekiranya mereka terlalu mudah untuk didedahkan dengan perkara negatif terutamanya melaui internet, secara tidak langsung akan menimbulkan satu perasaan memberontak yang sangat kuat dalam diri pelajar. Tidak hairanlah jika terlalu banyak kes penentangan ke atas pihak tertentu apabila melibatkan golongan muda ini.Kebanyakan murid kurang memahami konsep disiplin yang sememangnya membawa kebaikan kepada mereka kerana beranggapan bahawa kewujudan konsep disipli seolah olah mengongkong kebebasan merekan bagi melakukan sesuatu perkara sesuka hati tanpa memikirkan sebarang bentuk risiko. Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), konsep disiplin boleh didefinisikan sebagai.

Jika dirujuk kepada Panduan Am disiplin Sekolah Sekolah (1981:1) disiplin didefinisikan sebagai peraturan-peratiran yang dipersetujui oleh sesuatu kelompok atau badan masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat itu. Disiplin juga adalah caara berfikir yang teratur yang melahirkan sifat rasional, keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang. Disiplin diwujudkan atas dua tunggak atau objektif yang ditegaskan oleh Moles (1989) iaitu seorang tokoh dalam bidang akademik yang relevan bagi mewujudkan suatu keadaan yang selamat antaranya ialah;

Jelas terbukti oleh kata-kata tokoh akademik bahawa kewujudan disiplin amat penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah yang melibatkan pelbagai pihak dari latar belakang yang berbeza.Gangguan disiplin berupa salah laku murid yang serius dan dapat menggagalkan kedua-dua objektif selain daripada menyebabkan insiden insiden yang tidak diingini daripada berlaku seperti masalah ponteng sekolah, masalah kecurian, masalah gangguan guru, buli dan pelbagai lagi. Kewujudan disiplin dalam sistem pentadbiran global khusunya di Malaysia diadaptasi dalam satu sistem formal yang menjadi kebiasaan didengari iaitu peraturan.

Dalam sistem pendidikan di negara kita, disiplin di sekolah, disiplin dapat diterbitkan dalam dua bentuk iaitu1) Disiplin asas2) Disiplin intrisik

Disiplin IntrisikDisiplin Intrisik ialah didiplin yang lahir daripada dalam diri individu.Disiplin jenis ini merangkumi sifat empati iaitu iaitu seseorang bagaikan dapat merasai apa yang dilalui oleh orang lain.Seseorang tidak melakukan sesuatu perkara apabila dia tidak inginkan perkara itu berlaku ke atas dirinya sendiri. Individu ini dikatakan mempunyai kesedaran sivik, moral agama dan pergaulan yang tinggi dalam masyarakat. Disiplin intrisik hanya dapat dicapai sekiranya penerapan disiplin berlula daripada peringkat asas iaitu dari hasil usaha institusi bukan formal dan formal.

Disiplin asasDisipli asas melibatkan individu dalam masyarakat yang lebih besar.Dalam memupuk disiplin asas, individu haruslah mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh institusi institusi bukan formal yang wujud dalam masyarakat demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup seharian.Contoh institusi bukan formal ialah adat resam individu, adat keluarga yang wujud dalam suatu kelompok masyarakat. Sebagai comtoh, amalan memberi salam apabila bertemu kepada orang lebih dewasa. Budaya ini diterap dalam diri individu melalui medium peradaban sesuatu kelompok masyarakat. Selain itu, apabila berjalan di depan orang lain, maka sesorang itu perlu menundukkan badannya sebagai satu simbolik hormat kepada orang yang sedang duduk. Dalam stigma masyarakat, sekiranyaperkara ini tidak dilakukan maka seseorang itu tidak dianggap mempunyai disiplin yang tinggi kerana tidak mempunyai sebarang pertimbangan serta hormat kepada orang lain atau dengan erti kata lan tidak menjaga hati orang lain terutamanya golongan yang lebuh tua.

Institusi formal pula ialah merujuk kepada pejabat, sekolah dan institusi-institusi pendidikan yang lain seperti universiti, kolej, pusat latihan dan pelbagai lagi. Dalam institusi-intistusi formal selalunya penerapan disiplin selalunya telah dirancang, digubal dan dilaksanakan secara sistematik dalam bentuk peraturan rasmi.Tujuan peraturan ini digubal bagi melatih individu supaya mempunyai jati diri yang cemerlang.Selain itu, peraturan digubal bagi memastikan perjalanan pentadbiran enjadi lebih cemerlang serta licin tanpa ada sebarang kecacatan yang membolehkan sesuatu institusi jatuh.

Dalam pelaksanaan peraturan, penjelasan telah dierangkan sebelum perlaksanaan lagi bagi mengelakkan sebarang salah faham srta mengawal tingkah laku pelajar bagi membentuk individu yang lebih rasional dan matang. Sekolah bukanlah sebagai badan pengajar sahaja. Ia mempunyai tujuan mendidik dalam erti kata yang lebih luas.Murid-murid sepatutnya mendapat bukan sahaja pengetahuan dan kebolahan intelektual yang diuji melalui peperiksaan tetapi juga kebolehan intelektual, mutu moral dan sosial secara ammnya di mana ketiga-tiga aspek ini tidak diuji secara formal.(KPM, 1988:1)Kebanyakan perbuatan melanggar peeraturan selalunya diakukan oleh murid adalah akibat sifat semula jadi manusia dan dilakukan secara spontan dan bukan berniat atau terancang. Kesalahan seumpama ini selalunya berlaku secara kecil kecilan dan tidak sepatutunya merungsingkan pihak pentadbiaran sekolah.Namun, kesalahan ringan tidak seharusnya dipandang terlalu ringan kerana memungkinkan perkara ini akan menjadi serius apabila sesorang pejar menjadi lebih dewasa kelak. Dalam pelanggaran tatatertib disiplin sepatutunya ditegah atau ditangani dengan lebih awal atau pada peringkat awal umbi lagi.

Dalam melaksanakan peraturan disiplin dengan lebih menyeluruh, pelbagai usaha dan surat pekeliling dikeluarkan bagi mewara-warakan tentang peraturan yang sentiasa perlu diingatkan bagi mengatasi sebarang salah laku murid serta mengelakkan sesuatu yang serius daripada menjadi lebih parah seperti penggunaan terlarang di sekolah

Penggunaan telefon bimbit di sekolah, relevan atau tidak?

Belakangan ini, kita dikejutkan dengan pelbagai berita yang mula menjadi perbualan hangat pada kira-kira 2012 yang menyaksikan pelbagai pendapat yang dikeluarkan oleh pelbagai sumber malah kementerian yang rancak berbincang serta bermesyuarat bagi membincangkan isu penggunaan telefon bimbit di sekolah.Sebenarnya penggunaan telefon bimibit di sekoah telah lama dilarang sejak tahun 2009 melalui Surat Pekeliling Iktisas Bil 2/2009 . Dalam surat pekeliling ini sudah dinyatakan secara bahawa penggunaan telefon bimbit adalah dilarang;

3. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat ketetapan agar larangan penggunaan telefon bimbit oleh murid di dalam kawasan sekolah termasuk asrama sekolah hendaklah dikuatkuasakan sepenuhnya oleh pihak sekolah dengan serta merta. Bagi menguatkuasakan larang tersebut pihak sekolah hendaklah mengambil langkah-langkah tersebut...

Dalam surat pekeliling tersebut juga diselitkan jadual tindakan disiplin yang dengan mengenakan hukuman yang tertentu bagi pelajar yang melanggar peraturan sekolah khususnya pembawaan telefon bimbit ke sekolah.

Kesalahan Kali PertamaDiberi amaran (murid dan ibu bapa perlu menandatangani Surat Aku Janji tidak mengulangi perbuatan tersebut).

Kesalahan Kali KeduaDilarang menggunakan kemudahan di sekolah atau asrama atau mengambil bahagian dalam program atau aktiviti sekolah.Kemudahan, program atau aktiviti yang dilarang sebagai hukuman termasuklah yang berikut;

a) Tidak dibenar menggunakan kemudahan di perpustakaan, di pusat sumber atau apa-apa kemudahan lain untuk suatu tempoh tertentu;b) Tidak dibenar keluar daripada asrama pada mana-mana satu cuti hujung minggu atau cuti am;c) Tidak dibenar mengikuti program sekolah seperti perkhemahan dan lawatan untuk suatu tempoh tertentu; dand) Tidak dibenar menggunakan kemudahan sukan atau mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum atau pertandingan sukan untuk suatu tempoh tertentu.

Di Malaysia, penggunaan telefon bimbit kian meningkat dan mendapat perhatian dalam kalangan generasi muda terutamanya kepada golongan remaja. Statistik menunjukkan bahawa 20.5 peratus daripada 92.5peratus adalah para remaja yang menggunakan perkhidmatan telefon bimbit (Suruhanjaya Komunikasidan Multimedia, 2006: 11).Sebenarnya Kementerian Pelajaran Malaysia pernah membenarkan penggunaan telefon bimbit di sekolah suatu ketika dahulu namun ditarik semula pada tahun 2009 melalui mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, pada 17 Mac 2009 seperti petikan surat di atas. Jika dilihat secara menyeluruh pelbagai keburukan serta kebaikan dapat ditimbulkan mengenai penggunaan telefon bimbit di sekolah.Namun adakah wajar bagi membenarkan semula penggunaan telefon bimbit di sekolah pada masa hadapan? Saya akan sertakan kebaikan dan keburukan penggunaan telefon bimbit untuk anda berfikir bagi mengeluarkan kata putus pada diri anda adakah penggunaan telefon ini wajar atau tidak wajar untuk masa hadapan.

Kebaikan

a) Memudahkan PemantauanPenggunaan telefon bimbit oleh pelajar memudahkan guru untuk melakukan pemantauan contohnya bagi mengambil kedatangan pelajar serta memudahkan pesanan untuk sampai kepada pelajar dengan lebih efisyen dan tepat tanpa mengerah tenaga yang lebih memandangkan guru kini memikul tugas yang sangat banyak yang perlu dilaksanakan pada masa yang singkat. Selain itu, telefon bimbit kini yang dilengkapi dengan sistem GPS memudahkan ibu bapa serta guru bagi menjejaki pelajar apabila berlaku kecemasan seperti penculikan dan kehilangan. Bagi pelajar yang menduduki asrama pula, mereka mampu untuk menghubungi keluarga dengan lebih mudah walau di mana mereka berada.

b) Pembelajaran interaktif melalui internetPenggunaan telefon pintar yang sememangnya menjadi kegilaan remaja kini boleh dimanfaatkan dengan mengadakan pembelajaran secara atas talian (online) dengan mengaplikasikan penggunaan laman sosial seperti facebook ke arah yang lebih positif memandangkan hampir setiap remaja diktakan mempunyai sekurang-kurangnya satu telefon pintar. Secara tidak langsung, pembalajaran kendiri menjadi lebih berkesan jika dibandingkan dengan pembelajaran kendiri tanpa bantuan sesiapa. Langkah ini bagi menggalakkan pelajar bagi mengaplikasikan penggunaan bahan berteknologi tinggi dalam kehidupan mereka agar tidak ketinggalan padda masa hadapan.

Keburukan

1) Gangguan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)Proses pengajaran dan pembelajaran sudah tentunya akan terganggu sekiranya terdapat gangguan daripada teelefon bimbit pelajar. Penggunaan mode senyap tidak dinafikan kadang kadang mampu menimbulkan gangguan kerana bunyi getaran yang kuat.Peranan proses pengajaran dan pembelajaran ada;ah untuk memberikan input kepada kepada pelajar semaksimum mungkin, sekiranya perkara ini gangguan ini berlaku, maka objektif proses pengajaran dan pembelajaran tidak tercapai sepenuhnya. Selain itu, penggunaan telefon bimbit ini mampu melalaikan pelajar kerana kelajar akan sibuk bermain telefon bimbit ketika guru sedang mengajar.Secara tidak langsung, pelajar tersebut akan menimbulkan persepsi yang buruk daripada gurunya sekali gus menimbulkan jurang yang terlau jauh antara guru dan pelajar.

2) Menambah beban guruKebanyakkan sekolah terutamanya sekolah harian mempunyai bilangan pelajar daripada 35-40 pelajar dalam satu kelas. Sekiranya sebahagian daripada merekan membawa telefon bimbit ke sekolah dan sebahagiannya lagi tidak.Tidakkah kita nampak bahawa suatu beban guru bertambah kerana sekiranya berlaku sebarang kecurian dan kehilangan barang, guru terpaksa mengerah akal dan tenaga bagi mencari pencuri tersebut.secara tidak langsung, keadaan ini akan mengganggu tugas hakiki seorang guru bagi memberi ilmu serta input sebaik mungkin kepada pejar supaya masa depan pelajr tersebut tidak akan terjejas serta emosi mereka kerana memikul tugas yang banyak.

3) Penyalahgunaan telefon bimbit

Melangkah ke zaman baru membawa kita kepada dunia tanpa sepadan dengan wujudnya internet.Pelbagai laman sesawng mampu dilayari dan pelbagai input yang banyak mampu diperoleh contohnya maklumat daripada wikipedia, dan pelbagai lagi. Sosial alam maya semakin memuncak terutamanya penggunaan laman facebook, twitter, edmodo dan pelbagai lagi. Namun menjadi satu persoalan bahawa adakah penyalahgunaan telefon bimbit akan terjadi. Sudah tentunya ya kerana penggunaan telefon bimbit yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti wireless, bluetooth memudahkan pengaksesan terutamanya dalam internet.Pelajar tersebut akan menggunakan telefon bimbit pintar bagi menontonn bahan yang tidak sepatutnya oleh pelajar seperti bahan lucah ketika guru ttiada dalam kelas

Satu hasil kaji selidik oleh pihak Kementerian Pelajaran pada tahun 2011 membabitkan kira-kira 2000 responden di seluruh Negara mendapati 75 peratus ibu bapa dan 55 peratus pelajar sendiri menolak cadangan untuk membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Ini dinyatakan oleh Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) Muhammad Khailani Abdul Jalil yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid. Menurut beliau lagi berdasarkan pengalaman pihak sekolah,60 peratus pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan ketika ini.Yang menjadi persoalan sekarang adakah wajar kebenaran membawa telefon bimbit ini diberikan semula kepada pelajar pada masa hadapan?Berdasarkan kajian soal selidik yang dijalankan oleh Ahmad Puhad bin Alim dan Nazatul Akma binti Zakaria dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang bertajuk Persepsi Ibu Bapa Melayu Muslim Bandar Terhadap Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menegah,ramai ibu bapa yang menyatakan persetujuan terhadap larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah oleh pelajar atas faktor yang tertentu. Kajian soal selidik tersebut telah diedarkan setiap satu kepada ibu bapa Melayu muslim bandar di Taman Melur, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. Kajian tersebut bertujuan untuk mengenalpasti persepsi ibu bapa Melayu muslim bandar terhadap pemilikan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah menengah, mengenal pasti persepsi ibu bapa Melayu muslim bandar terhadap penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan mengenal pasti kecenderungan ibu bapa Muslim bandar untuk membelikan telefon bimbit kepada anak-anak.

Kajian tersebut melibatkan responden yang terdiri daripada 260 orang yang terdiri daripada ibu bapa pelajar sekolah menengah yang juga merupakan sampel kepada kajian bagi mendapatkan data berdasrkan persepsi mereka. Setiap responden (260 orang) diberikan satu set borang soal selidik bagi setiap seorang. Namun, dalalm kajian yang dijalankan hanya 81 sahaja yang mengembalikan borang soal selidik yang bermakna 31 peratus daripada responden sahaja mengembalikan borang soal selidik. Walaubagaimanapun, menurut Mohamad Najib abdul Ghafar (1999: 38), 30 peratus daripada keseluruhan populasi yang dijadikan sampel kajian.

Hasil rumusan daripada kajian tersebut, menunjukkan bahawa terdapat banyak masalah yang timbul dan kesan yang tidak baik hasil daripada penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah menengah malah terdapat ramai ibu bapa bersetuju serta menyokong larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah.

Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah telah terbukti wajar dilarang berdasarkan kajian yang dijalankan. Keadaan ini memungkinkan peningkatan ke arah peningkatan kes jenayah seperti kes kecurian, kes rogol dan pelbagai lagi kerana pelajar terdedah kepada dunia maya yang mana pelbagai maklumat sama ada baik atau buruk terpapar dengan jelas dan mengelirukan pelajar bagi memlilih jalan yang betul atau yang salah. Tidak salah sebenarnya penggunaan telefon bimbit namun haruslah kena pada tempat, situasi dan masa supaya tidak menimbulkan satu persepsi buruk terhadap orang lain dan melangga objektif utama sesuatu perkara yang dijalankan seperti proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas memandangkan pelajar merupakan permata negara yang harus digilap dengan berhati hati supaya tidak mencacatkan masa depan negara.Di samping itu juga, pendidkan harus diutamakan terlebih dahulu berbanding perkara lain, bukan untuk diabaikan tetapi dikurangkan kepentingan terlebih dahulu seperti penggunaan teknologi dan maklumat agar dapat menghasilkan kualiti yang baik sert bermanfaat kepada masyarakat dunia.