bagi peringkat menengah atas

6
BAGI PERINGKAT MENENGAH ATAS ( TINGKATAN 4 DAN 5 ) EMPAT PELUASAN PERLU DIBERI PENEKANAN 1.Bahasa yang gramatis Tatabahasa Dewan Daftar Ejaan Rumi Kamus Dewan terkini 2.Laras yang tepat Variasi bahasa Bahasa klasik, bahasa istana, bahasa perundangan 3.Pertautan idea Perhubungan yang erat ( kohesi ) Kejelekitan Kesinambungan antara satu ayat dengan ayat yang berikut ( koheren ) 4.Wacana yang kemas Sebuah karangan yang lengkap Terdiri daripada perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup PERTAUTAN IDEA DARI SEGI 1. PERTAUTAN NAHUAN 2. PERTAUTAN LEKSIKAL 3. WACANA YANG KEMAS IAITU PENGEMBANGAN ISI DALAM PERENGGAN TIGA PILIHAN PERENGGAN : Perenggan Deduktif – ayat topik diikuti oleh ayat huraian Perenggan Induktif – ayat huraian diikuti oleh ayat topik Perenggan Deduktif-Induktif – ayat topik -> ayat huraian -> ayat simpul SOALAN CONTOH Usaha menangani kemelut ekonomi menuntut komitmen dan pengorbanan semua pihak terutamanya institusi keluarga. Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang patut dilaksanakan secara berterusan oleh anggota keluarga untuk menangani masalah yang melanda negara kini. FOKUS SOALAN Cara atau usaha-usaha anggota keluarga ( ibu, bapa dan anak-anak ) untuk menangani masalah yang melanda negara kini (kemelut ekonomi). RANGKA KESELURUHAN Pendahuluan Ayat Rangsangan Ayat Fokus Ayat Arah Perenggan Isi Usaha 1 : Menabung Perenggan Isi Usaha 2 : Merancang perbelanjaan Perenggan Isi Usaha 3 : Mencari sumber kewangan baru

Upload: fiqatul

Post on 06-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

han

TRANSCRIPT

Page 1: Bagi Peringkat Menengah Atas

BAGI PERINGKAT MENENGAH ATAS ( TINGKATAN 4 DAN 5 ) EMPAT PELUASAN PERLU DIBERI PENEKANAN

1.Bahasa yang gramatis Tatabahasa Dewan Daftar Ejaan Rumi Kamus Dewan terkini

2.Laras yang tepat Variasi bahasa Bahasa klasik, bahasa istana, bahasa perundangan

3.Pertautan idea Perhubungan yang erat ( kohesi ) Kejelekitan Kesinambungan antara satu ayat dengan ayat yang berikut ( koheren )

4.Wacana yang kemas Sebuah karangan yang lengkap Terdiri daripada perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup

PERTAUTAN IDEA DARI SEGI1. PERTAUTAN NAHUAN2. PERTAUTAN LEKSIKAL3. WACANA YANG KEMAS IAITU

PENGEMBANGAN ISI DALAM PERENGGANTIGA PILIHAN PERENGGAN : Perenggan Deduktif– ayat topik diikuti oleh ayat huraian Perenggan Induktif– ayat huraian diikuti oleh ayat topik Perenggan Deduktif-Induktif– ayat topik -> ayat huraian -> ayat simpul

SOALAN CONTOH

Usaha menangani kemelut ekonomi menuntut komitmen dan pengorbanan semua pihak terutamanya institusi keluarga.Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang patut dilaksanakan secara berterusan oleh anggota keluarga untuk menangani masalah yang melanda negara kini.

FOKUS SOALANCara atau usaha-usaha anggota keluarga ( ibu, bapa dan anak-anak ) untuk menangani masalah yang melanda negara kini (kemelut ekonomi).

RANGKA KESELURUHANPendahuluan Ayat RangsanganAyat FokusAyat ArahPerenggan Isi Usaha 1 : MenabungPerenggan Isi Usaha 2 : Merancang perbelanjaanPerenggan Isi Usaha 3 : Mencari sumber kewangan baruPerenggan Isi Usaha 4 : Mengelakkan pembaziranPerenggan Isi Usaha 5 : Memantapkan disiplin keluargaPenutup Pendirian, pandangan, harapan

JENIS-JENIS PENDAHULUANPENGEMBANGAN ISIUntuk mengembangkan isi, cubalah guna formula atau rumus amalan saya.FORMULA / RUMUS PENGEMBANGAN ISIATAH (5W 1H 1I) ACAS pbAT ( Ayat Topik ) Isi utamaAH ( Ayat Huraian ) apa, siapa, bila, di mana, mengapa

Page 2: Bagi Peringkat Menengah Atas

( 5W ), bagaimana (1H) dan sekiranya (1I)AC ( Ayat Contoh ) Contoh yang berkaitan dengan isiAS ( Ayat Simpul ) Penutup perenggan1I ( SEKIRANYA ) Merujuk kepada KBKK– Kaitan atau perhubungan– Membanding atau membeza– Meramal– pb merujuk kepada peribahasaCONTOH APLIKASI RUMUS

Menabung(AT) Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi tetapi caranya sahaja yang berbeza.(AH 1) Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda negara. (Apa yang harus dilakukan ?)(AH 2) Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya tabungan sudah memadai.( Mengapa? )(AH 3) Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan. ( Bagaimana ?)(AH 4) Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada setiap anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi. ( Bila ?)(AH 5) Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank-bank atau institusi kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak menabung.( Siapa ? )(AH 6) Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi. ( Sekiranya )(AC) Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap, simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu. ( Di mana ? )(AS) Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.(Sisipan peribahasa)

CONTOH APLIKASI RUMUS Merancang perbelanjaan(AT) Jika selama ini kita berbelanja mengikut cita rasa dan selera masing-masing, sudah tiba masanya untuk setiap anggota keluarga merancang perbelanjaan sewajarnya.(AH 1) Perkara pertama yang patut dilakukan ialah mewujudkan buku catatan perbelanjaan peribadi untuk merekodkan setiap pengeluaran wang. ( Apa yang patut dilakukan ? )(AH 2) Dalam buku tersebut akan dicatatkan apa-apa sahaja barang yang perlu dibeli pada setiap hari, minggu atau bulan dengan harganya sekali. ( Bila ? )(AH 3) Selepas menjumlahkan perbelanjaan, sudah pasti kita akan saling mengingat semua anggota keluarga agar berjimat cermat dan memikirkan kemampuan keluarga. ( Bagaimana ? )(AH 4) Sebenarnya , kenaikan harga barangan utama kini memaksa setiap anggota keluarga merancang dan mengatur perbelanjaan dengan cara yang bijaksana.(Bagaimana?)(AH 5) Seandainya amalan menyenarai barangan keperluan yang patut dibeli dilaksanakan setiap kali membeli belah, tentulah masalah berbelanja melebihi kemampuan dapat dielakkan. ( Sekiranya )(AC) Bagi ketua keluarga, misalnya utamakanlah barang makanan, ubat-ubatan dan buku-buku pendidikan yang menjadi keperluan asas setiap keluarga.(AS) Dengan cara demikian, tentulah jumlah perbelanjaan dapat kita aturkan dan wang selebihnya dapatlah disimpan sebagai tabungan kerana kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENGEMBANGAN ISI KARANGAN CEMERLANG IALAH :ISI CUKUP DAN BERKEMBANG SEKURANG-KURANGNYA 3 ISI SEBAIK-BAIKNYA 5 ISI GUNAKAN FORMULA YANG DICADANGKANATAH (5W + 1H + I ) ACAS pb SUSUN ISI IKUT KEUTAMAAN BERIKAN CONTOH ATAU BUKTI PERENGGAN SEIMBANG ADA UNSUR KEMATANGAN ( KBKK ) SATU ISI -SATU PERENGGANKESIMPULAN

Page 3: Bagi Peringkat Menengah Atas

Pengembangan perenggan isi perlu dipelajari secara sistematis.– Proses yang tersembunyi perlu dizahirkan.– Konsep kohesi dan koheren perlu ditekankan.– Formula atau rumus hanyalah kreativiti untuk memudahkan pelajar mengingat langkah-langkah pengembangan isi agar huraian menjadi jelas.

PENUTUP KARANGAN Penutup karangan merupakan rumusan keseluruhan atau kesimpulan terhadap isi-isi yang telah dikemukakan terdahulu. Jadi, pelajar-pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isi-isi yang telah dibincangkan. Bahagian ini juga menjadi ruang pengukuh bicara dan pengunci pendirian pelajar terhadap isu yang telah dibincangkan. Penanda wacana yang sesuai hendaklah digunakan untuk memberi gambaran bahawa karangan sudah tiba ke penghujung. Peribahasa, sedutan kata pujangga atau puisi yang sesuai juga boleh digunakan untuk mengindahkan kesimpulan dan memberi kesan. Ramalan, bayangan masa hadapan atau soalan yang mencabar daya fikir pembaca juga boleh diutarakan. Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan yang hampir seimbang dengan perenggan terdahulu iaitu antara lima hingga tujuh ayat.

A. PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN· 

- Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …

- Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….

-Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.

- Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.

- Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …

- Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

B. PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN· 

-Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

- Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.

- Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.

- Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….·

- Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

C. PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN· 

-Kita dapat menyaksikan betapa…· 

-Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…· 

-Lazimnya, dalam keadaan …· 

-Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …· 

-Pada hemat saya …/ Pada pandangan saya …· 

Page 4: Bagi Peringkat Menengah Atas

-Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …· 

-Sebagaimana yang kita ketahui /Sebagaimana yang kita maklumi

- Sejak awal lagi / Kebelakangan ini

- Selain itu, pada masa ini juga

D. PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN· 

-Bagi sesetengah orang …·

- Begitu juga dengan …/Begitu juga halnya dengan …· 

-Bertitik tolak daripada itu …· 

-Bukan itu sahaja …· 

-Dalam hal ini …/ Dalam konteks ini ..· 

-Dalam zaman yang serba canggih ini …· 

-Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …· 

-Dengan adanya … /Dengan berbuat demikian …/ Dengan perkataan lain ..· 

-Disebabkan hal itu /Disebabkan keistimewaan inilah kita ..· 

-Hal ini berlaku disebabkan / Hal ini penting dalam / Hal ini serupa dengan / Hal yang serupa berlaku apabila...

- Jadi kita perlu / Jadi kita hendaklah

-Keadaan ini tentunya

- Lantaran itu sehingga kini

- Kesemua ini menyumbang kepada

- Kita mengakui hakikat bahawa·

- Kita sering menonton di kaca televisyen / Kita sering membaca di dada-dada akhbar

- Memandangkan keadaan yang sedemikian

- Namun sejak belakangan ini

-Oleh itu, bolehlah dikatakan

- Secara logiknya masa yang

- Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita

- Yang paling nyata ialah /Yang perlu kita pastikan ialah 

E. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK· 

-Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak

- Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan

- Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak

Page 5: Bagi Peringkat Menengah Atas

………… 

F. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH· 

-Sebagai contohnya

- Biar kita lihat/ Biar kita ambil contoh

- Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah

- Sebagai analoginya,

- Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah 

G. PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN· 

-Intihanya,

- Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas

- Konklusinya,

- Dengan ini diharapkan

- Mudah-mudahan perkara ini

- Dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa, kita yakin dan percaya bahawa

- Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insya-Allah perkara ini akan …

- Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama