borang pengesahan status tesis - fp.utm.my binti rahmat... · cmc dalam menguasai bahasa inggeris...

29
PSZ 19 : 16 : (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN FACEBOOK BERDASARKAN MODEL CMC DALAM MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI PERINGKAT MENENGAH ATAS SESI PENGAJIAN: 2012/2013 Saya RAFIDAH BINTI RAHMAT ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis (PSM /Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh: __________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO. 8, LORONG 1, JALAN OKED, KAMPUNG MELAYU DR. ZALEHA BINTI ABDULLAH 86000 KLUANG , JOHOR Nama Penyelia Tarikh : 23 MEI 2013 Tarikh : 23 MEI 2013

Upload: phamdiep

Post on 29-Apr-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PSZ 19 : 16 : (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. � Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS��

JUDUL: KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN FACEBOOK BERDASARKAN MODEL

CMC DALAM MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI PERINGKAT MENENGAH

ATAS

SESI PENGAJIAN: 2012/2013 Saya RAFIDAH BINTI RAHMAT ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (�� )

SULIT Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan

√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh:

__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: NO. 8, LORONG 1,

JALAN OKED, KAMPUNG MELAYU DR. ZALEHA BINTI ABDULLAH

86000 KLUANG , JOHOR Nama Penyelia

Tarikh : 23 MEI 2013 Tarikh : 23 MEI 2013

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)”.

Tandatangan : ……………………………………………

Nama Penyelia : DR. ZALEHA BINTI ABDULLAH

Tarikh : 23 MEI 2013

KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN FACEBOOK

BERDASARKAN MODEL CMC DALAM MENGUASAI BAHASA

INGGERIS DI PERINGKAT MENENGAH ATAS

RAFIDAH BINTI RAHMAT

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI , 2013

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ……………………………….. Nama Penulis : RAFIDAH BINTI RAHMAT Tarikh : 23 MEI 2013

iii

“ Teristimewa Buat Emak , Abah dan Keluarga Tersayang…..

Hj. Rahmat Bin Satiman dan Hjh. Kamariah Binti Ariffin

…Terima kasih di atas segala pengorbanan dan sokongan yang kalian telah

berikan selama ini… Sesungguhnya kejayaan ini adalah hak milik kita bersama..

Buat Suami Tercinta,

Muhamad Hafizi Bin Said @ Awang

Terima kasih atas sokongan dan dorongan yang telah abang berikan….

Kasih sayang abang sentiasa menjadi inspirasi.

.Moga kita sentiasa di bawah rahmat dan kasih Ilahi.

Buat Anakanda Yang Tersayang…….

Nur Qaleesya Zafiera Binti Muhamad Hafizi

Mama sangat menyayangimu… Kalian sangat bermakna dalam hidupku….

Tidak lupa buat pensyarahku

Dr. Zaleha Binti Abdullah

Terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan nasihat

Halalkan segala ilmu yang telah kupelajari

Rafidah Bte Rahmat 2013

iv

PENGHARGAAN

“ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya akhirnya saya

dapat menyiapkan tesis ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Di sini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih saya kepada penyelia projek

saya iaitu Dr. Zaleha Binti Abdullah yang telah sama-sama menyumbangkan masa dan

idea- idea baru untuk merancang dan menyiapkan tesis saya ini. Tanpa tunjuk ajar dari

beliau tentu projek ini tidak dapat dijalankan dengan begitu lancar sekali.

Selain itu juga penghargaan terima kasih saya yang tidak terhingga kepada pihak

Sekolah dan pelajar-pelajar yang terlibat sudi memberikan maklumat-maklumat yang

berguna dalam usaha menjalankan kajian ini.

Sekalung budi yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa saya Hj Rahmat

Bin Satiman dan Hajjah Kamariah Bte Ariffin dan suami saya Muhamad Hafizi Bi

Said@Awang yang banyak memberi dorongan dan mendoakan kejayaan saya ini. Tidak

lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam usaha

menjalankan kajian ini. Segala kerjasama yang diberikan amatlah saya hargai dan tidak

akan saya lupakan.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang banyak memberikan galakan,

dorongan serta semangat untuk saya menyiapkan kajian ini. Semoga Allah SWT dapat

membalas pergorbanan kalian semua.

v

ABSTRAK

Perkembangan Facebook telah mewujudkan fenomena yang tersendiri di seluruh

pelosok dunia. Kini, penggunaan Facebook bukan lagi hanya untuk berinteraksi secara

peribadi, malah ianya berkembang sebagai medium perantara dalam menyampaikan

maklumat, menjalankan perniagaan, alat berhubung antara satu sama lain dan medium

perkongsian gambar dan video. Selain itu, Facebook juga dapat memberikan implikasi

yang baik dalam dunia pendidikan dan berpotensi digunakan dalam proses

pembelajaran. Dengan mengambil kira perkembangan Facebook di Negara ini, kajian ini

bertujuan untuk menghurai kesan penggunaan Facebook berdasarkan model CMC

kepada pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris. Model CMC merangkumi elemen

berikut – communication , material and resource sharing , collaboration . Objektif

kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti penerimaan pelajar dalam menggunakan

Facebook sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ,

mengenalpasti faktor-faktor penggunaan Facebook yang membantu pelajar mengusai

Bahasa Inggeris; mengenalpasti pendekatan proses pembelajaran yang terbentuk dalam

sosial media; dan mengenalpasti keberkesanan penggunaan Facebook berdasarkan

model CMC dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Inggeris. Kajian

dilakukan di empat buah sekolah di daerah Kluang, Johor. Data di kumpul menggunakan

kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan deskriptif dan dianalisa menggunakan Statistic

Package For Sosial Sciences (SPSS). Hasil kajian mendapati keberkesanan penggunaan

dan penerimaan Facebook sebagai landasan pembelajaran secara keseluruhan berada

pada tahap sederhana berdasarkan model CMC.

vi

ABSTRACT

Facebook developments have created a distinctive phenomenon in every aspects of the

world. Now, the use of Facebook is no longer just for personal interaction, but it is

growing as an intermediary medium in conveying information, conducting business,

functioning as communication tools for sharing photos and videos. In addition,

Facebook offers positive implications in education and potentially used in the learning

process. With regard to the development of Facebook in this country, this study aims to

describe the effects of using Facebook based on the CMC model for students

undertaking English Language lesson. CMC model includes the following elements-

communication, material and resource sharing, collaboration. The objectives of this

study are to identify students’ acceptance in using Facebook as part of the process of

teaching and learning (T & L); to identify the factors that help students in mastering

English through Facebook; to identify learning approach that develops in social media;

and to identify the effectiveness using of Facebook based on the CMC model in the

process of teaching and learning (T & L) for English language. The study was conducted

at four schools located in Kluang region of Johor. Data was collected using quantitative

descriptive survey method and was analyzed using the Statistic Package for Social

Sciences (SPSS). The study found that the effectiveness use and acceptance of Facebook

as a platform of learning are moderate based on the CMC model.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI JADUAL xv

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

viii

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Rasional Kajian

1.7 Kepentingan Kajian

7

8

1.8 Skop Kajian 8

1.9 Definisi Istilah 9

1.9.1 Pengaruh 9

1.9.2 Facebook 9

1.9.3 Sosial Media 10

1.9.4 Pelajar Menengah Atas 11

1.10 Penutup 11

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 13

2.2 Pengajaran dan Pembelajaran 13

2.3 Pembelajaran Berpandukan Sosial Media 15

2.4 Pengaruh Facebook Dalam Dunia Pendidikan 17

1.94 CMC 11

ix

2.5 Kajian Mengenai Keberkesanan Facebook 19

2.6 Teori Pembelajaran 21

2.6.1 Teori Sosial Konstruktivisme 22

2.7 Pembangunan Rekabentuk Kajian 23

2.7.1 Rekabentuk Instruktional (ID) 23

2.8 Kerangka konsep kajian 25

2.8 Penutup 28

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Rekabentuk Metodologi Kajian 30

3.3 Prosedur Kajian 31

3.4 Populasi Kajian 37

3.5 Pemilihan Sampel 37

3.6 Instrumen Kajian 38

3.6.1 Borang Soal Selidik 39

3.7 Kajian Rintis 41

3.8 Prosedur Etika Dalam Penyelidikan 42

3.9 Analisis Data 43

3.9.1 Kaedah Analisis Data Soal Selidik 44

x

3.9.2 Kaedah Analisis Data Bahagian A :

Demografi

44

3.9.2.1 Jantina 44

3.9.2.2 Tingkatan Pengajian Terkini 45

3.9.2.3 Memiliki Akaun Facebook 45

3.9.3 Kaedah Analisis Data Bahagian B : 46

3.9.4 Kaedah Analisis Data Bahagian C :

Komen dan Cadangan

48

3.10 Penutup 49

4 ANALISA DATA

4.1 Pengenalan

50

4.2 Analisa Dapatan Soal Selidik 51

4.2.1 Analisa Dapatan Soal Selidik A :

Demografi

52

4.2.1.1 Jantina 52

4.2.1.2 Tingkatan Terkini 53

4.2.1.3 Mempunyai Akaun Facebook 54

4.2.2 Kaedah Analisis Data Bahagian B 55

4.2.2.1 Persoalan Kajian 1 : 56

xi

Penerimaan Pelajar Terhadap

Facebook

4.2.2.2 Persoalan Kajian 2 :

Faktor Penggunaan Facebook

57

4.2.2.3 Persoalan Kajian 3 :

Proses Pembelajaran Dalam

Facebook

4.2.2.4 Persoalan Kajian 4 :

Keberkesanan Facebook

Dalam Pendidikan

58

4.2.3 Kaedah Analisis Data Bahagian C :

Komen dan Cadangan

62

4.3 Penutup 66

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

RUMUSAN

5.1 Pengenalan 67

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 68

5.2.1 Persoalan Kajian 1 68

5.2.2 Persoalan Kajian 2 69

61

xii

5.2.3 Persoalan Kajian 3 71

5.2.4 Persoalan Kajian 4

72

5.3 Implikasi Kajian

Komen Pengguna

73

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 75

5.5 Rumusan 75

RUJUKAN 77

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

xiii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Aktiviti pembelajaran berdasarkan model ADDIE & CMC

36

3.2 Kaedah Analisa Data menggunakan Skala Likert

41

3.3 Pekali Saiz Cronbach’s Alpha

42

3.4 Taburan Responden

44

3.5 Taburan Responden Mengikut Jantina

45

3.6 Taburan Responden Mengikut Tingkatan

45

3.7 Taburan Responden yang Mempunyai Facebook

46

3.8 Analisis Data Bahagian B

47

3.9 Analisa Skor Min

47

3.10 Kaedah Pembentukan Tema

48

4.1 Dapatan Analisis Data Mengikut Jantina

52

4.2 Dapatan Analisis Data Mengikut Tingkatan

53

4.3 Dapatan Analisis Data Mempunyai Facebook

55

4.4 Dapatan Analisis Data Bahagian B (1)

56

4.5 Dapatan Analisis Data Bahagian B (2)

58

4.6 Dapatan Analisis Data Bahagian B (3)

59

4.7 Dapatan Analisis Data Bahagian B (4)

61

4.8 Dapatan Analisis Data “Open Ended Question” 64

xiv

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Statistik Facebook Disember, 2009

17

2.2 Aktiviti dalam Facebook untuk Tujuan Pendidikan

20

2.3 Model Kajian Gabungan ADDIE & CMC Aliran kerja berdasarkan model ADDIE Kumpulan (Closed group) dibina untuk pembelajaran Aktiviti yang berlangsung dalam Facebook

25

26

27

28

3.1 Aliran Carta Penyelidik membuat Kajian 31

3.2 Formula Pengiraan Min

46

4.1 Peratusan Mengikut Jantina

53

4.2 Peratusan Mengikut Tingkatan

54

2.4

2.5

2.6

xv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN PERKATAAN PENUH P & P Pengajaran dan Pembelajaran

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

SPSS Statistik Package Sosial Science for Windows

PPD Pejabat Pelajaran Daerah

UTM Universiti Teknologi Malaysia

�����

��������

��� ��� �������

����� � ��� � ����� � � ������ � ��� � �������� � ��� � ������ � ����

������ ��� � ������ � �������� � ����� � ��� � ������ � ��� � ����� � ������

��� ���������������� ���������������� ����������� �������� ������������� ���

�����������������������������������������������������������������������������

��!�����������"�"���!#�$��������� ��������������������� �����������������������

%����� ���������'���� �����+<�%=>�+��?���'���������!�>�����������������

����Q� � ��� ����� � ������ � ��������� � ����� � ������ �� � ���� � ����� �� � ����

������������������������������������������

������ � <���� � ��� � ����� � +!$$V>� � ������������ � ��� ����� � ������ � ��

������ � ���� ������Q� ������ ���������� ������ ��������� �X������ �������� ������

���?��������"���������������������������������������������������+<��������

�������!$$V>��[������������������������������������������������� ����������

������������������������������������������������������� �������������������

2

pembelajaran (Malony, 2007). Laman sosial media merupakan salah satu aplikasi yang

terdapat dalam internet. Laman sosial media adalah tempat dimana penggunanya boleh

berkomunikasi secara dalam talian tidak kira masa dan tempat. Pengguna laman sosial

media seperti Facebook, Myspace dan Friendster boleh berkongsi maklumat seperti

memaparkan maklumat peribadi, gambar dan video (Stutzman,2006).

Laman sosial media didapati unik kerana ia membolehkan individu bertemu,

berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali, dan memanjatkan perhubungan antara

satu dengan yang lain (Boyd dan Ellison, 2007). Selain itu,sosial media merupakan

medan yang membolehkan manusia saling berinteraksi tanpa dibatasi ruang dan waktu.

Populariti aplikasi sosial media telah meningkat secara mendadak dari semasa ke

semasa. Kini,Facebook merupakan di antara sosial media yang paling popular di

kalangan pelajar. Quantcast (2009) menyatakan penggunaan rangkaian sosial seperti

Facebook mencatatkan kedudukan ketiga dari keseluruhan trafik web, dengan sebanyak

94 juta pengunjung melawat tapak tersebut dalam tempohsebulan.

Facebook merupakan rangkaian sosial media yang paling popular dikalangan

pelajar sejak akhir ini. Facebook telah diperkenalkan pada 4 Februari 2004 oleh seorang

bekas pelajar Universiti Harvard iaitu Mark Zukerberg. Pada mulanya Facebook hanya

digunakan oleh pelajar Universiti Harvard untuk berhubung di antara satu sama lain

sebelum ianya berkembang menjadi laman sosial yang universal (Grossman, 2010).

Justeru itu, kebanyakan pendidik di Amerika Syarikat melihat potensi ianya boleh

digunakan dalam pendidikan kerana mampu menggalakkan pembelajaran aktif serta

kolaboratif (Malony,2007)

Sementara itu, menurut Brabazon (2007), sekiranya penggunaan sosial media

dipraktikan dalam bidang pendidikan, ia boleh memisahkan pelajar dari mempelajari

kemahiran secara tradisional (Brabazon, 2007). Pengkaji Karpinski dan Duberstein

(2009) juga turut melahirkan rasa kebimbangan jika penggunaan sosial media seperti

Facebook boleh memberi kesan yang negatif ke atas prestasi akademik para pelajar

(Karpinski dan Duberstein, 2009). Namun demikian, kajian yang telah dilakukan oleh

3

Persatuan Lembaga Sekolah Antarabangsa (2007) telah membuktikan bahawa terdapat

kolerasi positif di antara Facebook dan keputusan peperiksaan pelajar dimana sikap

komunikasi, kreatif, bekerjasama, kemahiran kepimpinan dan kecekapan teknologi

dapat dipertingkatkan di kalangan pelajar.

1.1 Latar Belakang Masalah

Perkembangan teknologi yang semakin pesat telah banyak memberikan impak

yang besar dari segenap aspek. Sebagai contoh, penggunaan sosial media telah

berkembang secara meluas dan mempengaruhi pelbagai pihak tidak kira dari segi umur

dan latar belakang pendidikan.Dalam tempoh lima tahun yang lalu, rangkaian sosial

media telah muncul sebagai aplikasi sosial yang paling menonjol dimana penggunanya

telah dianggarkan melebihi ratusan juta orang diseluruh dunia. Sehingga kini, terdapat

lebih 40 juta pengguna yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun dan aktif

menggunakan laman sosial Facebook (Smith, 2010).

Facebook kini sangat penting sebagai saluran komunikasi. Dilaporkan kira-

kira 60,000 pelajar berusia dalam lingkungan antara 12 hingga 18 tahun di negara ini

dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam masa sehari melayari internet

terutama laman sosial Facebook (Smith, 2010). Gelombang teknologi menjadikan

kebanyakan pelajar lebih gemar untuk berkomunikasi dan berhubung secara dalam

talian berbanding berjumpa secara nyata ( Heiberger dan Harper, 2008 ). Oleh itu,

golongan pelajar menggunakan laman sosial untuk berkongsi latihan dan

membincangkan topik pelajaran hanya dalam talian (Lupsa, 2006) . Berdasarkan

populariti Facebook yang telah dinyatakan , kajian ini difokuskan menyelidik dan

mengenal pasti keberkesanan penggunaan Facebook berdasarkan model CMC dalam

mempengaruhi pelajar untuk menguasai Bahasa Inggeris di peringkat menengah atas.

4

CMC adalah singkatan bagi communication (komunikasi) material and resource

sharing, (perkongsian bahan dan sumber) dan collaboration (kolaboratif).Penerangan

lanjut mengenai CMC akan dibincangkan dalam Bab 2.

Kebanyakan pelajar menjadikan Facebook sebagai aktiviti kemestian harian dan

boleh memberi kesan yang besar dalam mempengaruhi keputusan dan kualiti

peperiksaan pelajar(Lupsa, 2006).Melalui penggunaan Facebook, pelajar bebas

memaparkan aktiviti harian mereka termasuk maklumat peribadi yang terpapar di profil

masing-masing. Perkara yang sering menimbulkan masalah ialah apabila pelajar

melayari Facebook secara berlebihan sehingga fokus terhadap pelajaran terganggu .

Fenomena yang berleluasa ini sedikit sebanyak mengganggu pelajar untuk

mengulangkaji pelajaran (Nonis dan Hudson,2006). Selain itu, Martinez dan Wartman

(2009) juga turut mendapati bahawa pelajar menggunakan Facebook untuk berlengah-

lengah dan mengelakkan melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan pelajaran di

sekolah. Justeru itu, perkara ini perlu di beri penekanan kerana gangguan dan leka

melayari laman sosial boleh mengakibatkan prestasi akademik yang lemah (Glick dan

Spencer,1979).

1.3 Pernyataan Masalah

Jasmadi dan Widodo (2008) menjelaskan bahawa proses pembelajaran dapat

dimanafaat melalui sosial media di mana pembelajaran menjadi dua arah,lebih

interaktif,lebih efisien dan lebih menarik. Antara aktiviti pelajar dalam sosial media

adalah menggabungkan maklumat , mempelajari maklumat dan menggunakan

maklumat tersebut untuk menyelesaikan masalah secara khusus. Ini semua dapat

dilakukan menerusi penggunaan alatan sosial media secara efektif (Batchelder, 2010) .

5

Berdasarkan kajian Batchelder (2010), penglibatan aktif dalam sosial media

dapat membantu pelajar dalam membina keyakinan diri dan mampu menyelesaikan

masalah pelajaran melalui komunikasi dengan orang lain. Sebagai contoh, pelajar boleh

menyatakan atau menanyakan soalan berkaitan pelajaran di ruangan status dan rakan-

rakan boleh menjawab dengan berbalas komen diruangan tersebut (Reynard, 2009) .

Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk melihat kesan penggunaannya

berdasarkan model CMC dalam mempengaruhi pelajar untuk menguasai Bahasa

Inggeris di kawasan daerah Kluang, Johor .

Dari perspektif sosial media, proses pembelajaran boleh dicapai melalui

komunikasi , berkongsi latihan dan hubungan sosial di laman sosial (Brown dan

Duguid , 1991). Walaubagaimanapun menurut Fodeman dan Monroe (2009),

penggunaan Facebook telah meningkatkan tahap kebimbangan guru di mana pelajar

jelas kelihatan rungsing sekiranya tidak memiliki telefon bimbit atau alatan komunikasi

lain untuk melayari laman sosial. Persoalan yang timbul daripada senario ini adalah

(1)apakah yang menjadi punca kepada gejala ketagihan Facebook di kalangan pelajar?;

(2)apakah tujuan utama pelajar menggunakan Facebook dalam kehidupan mereka?; dan

(3) sejauhmanakah Facebook digunakan bagi tujuan pembelajaran?

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini ialah :

i. Mengenalpasti penerimaan pelajar dalam menggunakan Facebook

berdasarkan model CMC sebagai proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P).

6

ii. Mengenalpasti faktor-faktor pengunaan Facebook berdasarkan model

CMC yang boleh mempengaruhi pelajar dalam menguasai Bahasa

Inggeris.

iii. Mengenalpasti pendekatan proses pembelajaran yang terbentuk dalam

sosial media.

iv. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan Facebook berdasarkan model

CMC dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang terdapat dalam kajian ini ialah :

i. Bagaimanakah penerimaan pelajar terhadap penggunaan Facebook

berdasarkan model CMC dalam proses P&P ?

ii. Apakah faktor yang terdapat dalam Facebook berdasarkan model CMC

yang dapat mempengaruhi prestasi Bahasa Inggeris pelajar?

iii. Apakah proses pembelajaran yang terbentuk dalam laman sosial media ?

iv. Adakah penggunaan Facebook berdasarkan model CMC berkesan

digunakan dalam proses P&P?

7

1.6 Rasional Kajian

Secara rasionalnya, terdapat beberapa faktor pengkaji memilih untuk menyelidik

dan menganalisa pengaruh sosial media ke atas prestasi akademik pelajar menengah

atas. Ini adalah disebabkan kebanyakan golongan remaja kerap menggunakannya untuk

kehidupan sosial, arena untuk mengeksplorasi dan membangunkan kemahiran

berkomunikasi (Livingstone, 2009) .Laman sosial media juga memainkan peranan yang

penting dalam persekitaran pembelajaran dan dijadikan sebagai saluran utama

pertukaran sumber maklumat (Stefanone dan Gay, 2002). Jumlah sosial media telah

berkembang dan bertambah sejak tiga belas tahun dahulu. Sosial media seperti Facebook

telah menjadi sosial media paling utama sebagai acuan lanskap kajian ( Boyd dan

Ellison , 2008).

Berdasarkan kajian yang telah dirujuk (Boyd, stefanon etc), pengkaji

mengandaikan Facebook sekarang telah menjadi sebahagian daripada budaya

masyarakat kini. Facebook dilaporkan menjadi gangguan signifikan yang amat ketara

sekali. (Stern dan Taylor, 2008). Facebook kerap digunakan dan yang paling popular

dikalangan pelajar (Alexa , 2010). Oleh yang demikian, masa yang digunakan untuk

melayari Facebook secara langsung atau pun tidak langsung telah memberi kesan

terhadap pencapaian pelajar. Pelajar lebih kerap memeriksa akaun Facebook seharian

walaupun mempunyai kerja sekolah yang perlu diulangkaji. Dalam sesetengah kes,

Facebook telah menjadi keutamaan berbanding belajar dan mengulangkaji pelajaran.

Nonis dan Hudson (2010) menyatakan bahawa pelajar seharusnya mencari jalan

dan berusaha untuk menumpukan pelajaran tanpa sebarang gangguan. Namun,

penggunaan Facebook secara tidak langsung telah menjadi gangguan pelajar daripada

memberi tumpuan kepada pelajaran dan boleh memberi kesan terhadap prestasi

akademik pelajar.

8

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan menyelidik keberkesanan penggunaan sosial media

(Facebook) dalam menguasai Bahasa Inggeris di kalangan pelajar menengah tingkatan

empat dan lima. Oleh yang demikian, kajian ini akan menjadi suatu garis panduan

kepada para pelajar pada masa hadapan. Para pelajar dan pendidik akan dapat mengenal

pasti kelemahan dan kebaikan yang diperolehi daripada penggunaan sosial media. Dari

sudut lain pula, hasil kajian ini juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tentang pengaruh sosial media terhadap

pencapaian prestasi akademik pelajar secara langsung dan tidak langsung. Selain itu, ia

juga akan menjadi garis panduan ibu bapa memantau anak-anak mereka yang

menggunakan sosial media.

1.8 Skop Kajian

Terdapat beberapa skop yang telah dikenalpasti , skop kajian yang perlu difokus

untuk memastikan objektif-objektif dapat dicapai dan memudahkan lagi pemahaman

serta pengendalian kajian.

Skop- skop kajian ialah :

i. Kajian ini terhad kepada pelajar tingkatan empat dan lima di kawasan

daerah Kluang , Johor.

ii. Penggunaan Facebook berdasarkan model CMC tertumpu pada kesan

menguasai Bahasa Inggeris.

9

iii. Ujian disediakan untuk melihat pengaruh dan faktor yang menyumbang

terhadap perubahan keputusan akademik pelajar.

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Pengaruh

Menurut Kamus Pelajar (2008), Pengaruh boleh didefinisi sebagai daya atau

kebolehan yang dapat mengubah perangai (kepercayaan dan lain-lain) ataupunkuasa

yang dapat mengubah sikap atau menarik perhatian orang .Contoh ayat : Pengaruh

penggunaan Facebook secara berlebihan boleh memberikan kesan yang negative

terhadap prestasi pelajar.

1.9.2 Facebook

Daripada definisi istilah Neil Selwyn et al., (2009),Facebook ialah laman

rangkaian sosial yang paling popular. Rangkaian ini membolehkan para pengguna

mencari kawan baru, berkongsi minat, menyertai pelbagai kumpulan dan

mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Sejak kebelakangan ini, Facebook

telah menakluki aktiviti web sedunia dan memberikan pelbagai impak pada kehidupan

seharian kita. Laman web Facebook pada asalnya dipanggil TheFacebook.com. Laman

web tersebut dicipta untuk menjadi laman web jenis “face books” yang diedarkan untuk

mengenali para mahasiswa di Universiti Harvard.Pada tahun 2006, Facebook dibuka

kepada sesiapa sahaja yang berumur 13 tahun ke atas dan mempunyai alamat e-mel yang

10

sah.Pada Januari 2012, Facebook mempunyai lebih daripada 800 juta pengguna aktif.

Pengguna perlu mendaftar sebelum menggunakan tapak ini,dan selepas itu mereka boleh

membuat profil peribadi, menambah pengguna lain sebagai rakan-rakan, memberi mesej

dan memuat naik gambar dan video.Selain itu, pengguna boleh menyertai kumpulan

yang berkongsi minat, yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah atau kolej. Facebook

juga menyediakan permainan dimana pengguna boleh bermain secara dalam talian

bersama rakan-rakan.

1.9.3 Sosial media

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka , Sosial Media membawa maksud

alat atau perantara dalam komunikasi.Selain itu, ia juga boleh dijadikan alat

perhubungan untuk bersosial,bergaul atau bercampur dengan masyarakat.

Sosial media dapat dikelompokkan menjadi beberapa bahagian besar iaitu :

1) Rangkaian sosial :media sosial untuk bersosial dan berinteraksi ( Facebook,

myspace, hi5,Linked in, bebo, dan lain-lain)

2) Rangkaian perbincangan : media sosial yang mengumpulkan sekumpulan

orang untuk melakukan perbincangan dan diskusi (google talk, yahoo! M, skype,

phorum)

3) Rangkaian perkongsian : media sosial yang membolehkan pengguna untuk

saling berkongsi file, video, music, dan lain-lain (youtube, slideshare, feedback,

flickr, crowdstorm )

4) Blog, (wordpredss, wikipedia, blogspot dan lain-lain)

11

1.9.4 CMC

CMC adalah singkatan bagi communication (komunikasi) material and resource

sharing, (perkongsian bahan dan sumber) dan collaboration (kolaboratif). Model ini

direka bentuk berdasarkan education usage (Yasemin, 2010 ms.46) dan model ADDIE .

1.9.5 Pelajar Menengah Atas

Murid tingkatan empat dan lima yang berumur dalam lingkungan 16-17 tahun.

1.10 Penutup

Sebagai penutup, terdapat lima bab yang terkandung dalam kajian ini. Didalam

bab pertama, penyelidik telah membincangkan tentang pengenalan, latar belakang

masalah kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian , kepentingan

kajian, rasional kajian , skop serta beberapa definisi istilah berkaitan dengan kajian ini.

Berdasarkan perbincangan dari bab satu, penggunaan teknologi internet seperti

sosial media bukanlah merupakan perkara yang asing lagi bagi pelajar, Secara

umumnya, pengaruh penggunaan sosial media dapat memberi kesan secara langsung

atau tidak terhadap prestasi akademik pelajar. Berpandukan rumusan yang diperolehi

dari Bab Satu, kajian menunjukkan pelajar sering menghabiskan waktu untuk melayari

laman sosial media dapat memberikan kesan yang negatif terhadap pretasi akademik.

12

Walaubagaimanapun, ianya dapat memberikan kesan positif sekiranya pelajar

menggunakannya sebaik mungkin untuk mencari maklumat dan berbincang mengenai

pelajaran dengan rakan-rakan secara talian.

Bab kedua akan membincangkan mengenai soroton penulisan, pengajaran dan

pembelajaran (P&P) , kajian mengenai keberkesanan Facebook dalam pendidikan,

pembelajaran berpandukan sosial media, teori pembelajaran, pembangunan rekabentuk

kajian dan kerangka konsep kajian.

.

Bab seterusnya iaitu bab ketiga akan membincangkan mengenai metodologi

kajian, rekabentuk kajian, prosedur kajian, populasi kajian dan pemilihan sampel,

instrumen kajian,soal selidik, kajian rintis dan analisis data.

Bab keempat pula akan membincangkan analisis data-data yang diperolehi

daripada responden untuk mendapatkan maklum balas terhadap kajian yang sedang

dijalankan. Bab terakhir iaitu Bab kelima akan membincangkan hasil dapatan, implikasi

kajian, cadangan dan rumusan hasil-hasil kajian yang telah di perolehi daripada Bab 4.