bagaimana untuk membuat partition di windows 7

Upload: grapok

Post on 10-Jan-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

komputer

TRANSCRIPT

Bagaimana Untuk Membuat Partition Di Windows 7

1.Klik kanan di "Computer" dan pilih "Manage".

2.Akan keluar satu kotak seperti di bawah dan masuk di bahagian "Storage" dan pilih "Disk Management".

3.Klik kanan pada "drive C" dan pilih "Shrink volume...".

4.Setelah itu akan keluar satu popup seperti ini, ianya memakan masa juga. Sekiranya komputer anda laju, lajulah masa menunggu untuk dibaca. Sekiranya perlahan komputer anda, harap bawa bersabarlah. ^^,

5.Ok, setelah lama menunggu, akan keluar kotak seperti di bawah ini. Di "Total size before shrink in MB" itu adalah ruangan hard disk komputer anda. Ok, tapi yang penting lihat di "Enter the amount of space to shrink in MB". Di situ adalah ruangan yang anda inginkan untuk drive baru anda nanti. Letak seberapa banyak pun boleh, tapi di situ dibaca dalam MB sahaja, kalau anda ingin drive baru bersaiz 1GB, anda letaklah 1000 di situ.

Tapi sekiranya makin besar anda letakkan saiz drive itu, makin lamalah prosesnya untuk ditunggu. Kalau sikit, sekejap saja.

6.Ok, setelah Shrink, jadinya seperti inilah paparannya (kotak kecil warna hitam). Di sini saya membuat 10MB sahaja untuk tutorial.

Ok, kemudian anda klik kanan pada kotak drive baru itu dan pilih "New Simple Volume...".

7.Kemudian keluar satu kotak yang mengatakan "Welcome to the New Simple Volume Wizard" dan tekan saja next sehinggalah sampai ke sini (seperti paparan di bawah ini).

Ok, anda boleh pilih huruf apa-apa sahaja untuk drive baru anda. Kemudian tekan Next.

8.Di sini anda letakkan nama drive baru anda di ruangan yang disediakan itu (Volume label:). Kemudian tekan Next.

9.Ok, sekarang partition anda telah diaktifkan iaitu akan diberitahu di situ "Healthy". Bermakna sudah aktiflah drive anda. Huhuhu..

10.Kini anda boleh semak di dalam Computer anda sudah terciptanya drive baru anda. Bolehlah simpan apa-apa fail yang peribadi dan sebagainya.

Selamat mencuba. Tak faham boleh tanya.