bagaimana saya bertaubat

15

Click here to load reader

Upload: nurulaini-rahim

Post on 14-Jun-2015

331 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bagaimana saya bertaubat

Bagaimana saya

bertaubat ??

Page 2: Bagaimana saya bertaubat

1. Awas!! Jangan memperlekehkan Dosa walaupun sekecil mana

Segera meninggalkan dosa-besar/kecilDosa kecil apabila terkumpul tanpa bertaubat boleh

memusnahkan diri.

Sabda Nabi s.a.w: “Waspadalah dengan dosa-dosa kecil. Sesungguhnya dosa-dosa kecil seperti suatu

kumpulan yang singgah di tengah-tengah wadi. Lalu seorang demi seorang menghimpun satu ranting

sehingga mereka melonggokkan ranting yang boleh memasak roti mereka. Sesungguhnya dosa-dosa kecil

apabila pelakunya dihukum kerananya, ia boleh memusnahkan pelakunya itu. (Riwayat Ahmad & Lain2)

Page 3: Bagaimana saya bertaubat

Dalam riwayat lain….

“Waspadalah dengan dosa-dosa kecil. Kerana sesungguhnya ia terhimpun pada seseorang sehingga

ia memusnahkannya”

Janganlah kamu lihat kepada kecilnya keingkaran yang kamu lakukan, tetapi amatilah keagungan siapa

yang kamu ingkar

Musnad Imam Ahmad daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a. katanya: Sesungguhnya kamu melakukan

perbuatan dosa pada pandangan kamu lebih halus daripada sehelai rambut, sedangkan pada zaman

Rasulullah s.a.w kami kira perbuatan itu merupakan dosa besar yang membinasakan.

Page 4: Bagaimana saya bertaubat

Nabi s.a.w bersabda: sesungguhnya seorang mengungkap satu kalimah yang dimurkai Allah,

perkataan itu tidak diambil peduli baginya, menyebabkannya terjatuh ke dalam neraka

sedalam 70 tahun.

Page 5: Bagaimana saya bertaubat

2. Waspadalah daripada mempertayangkan dosa dan memberitahu manusia dosa yang dilakukan meskipun dosa yang lepas

“Semua umatku sejahtera kecuali orang yang menguar-uarkan dosanya. Sesungguhnya antara

tindakan menguar-uarkan dosa ialah seoarang lelaki yang melakukan suatu dosa pada waktu malam,

kemudian tiba waktu pagi dia menceritakan kepada orang lain sedangkan Allah telah menyembunyikan

perbuatannya itu: “wahai polan, sesungguhnya saya telah melakukan itu dan ini pada malam tadi.

Sesungguhnya Allah telah menyembunyikan itu pada malam hari. Namun keesokan pagi dia mendedahkan sendiri perbuatan yang telah disembunyikan Allah itu.

Riwayat al-Bukhari dan Muslim”

Page 6: Bagaimana saya bertaubat

Tindakan menghebohkan dosa sebagai suatu dosa akan mendorong masyarakat memandang ringan dan

kecil dosa yang dilakukan.Sesungguhnya org2 yg suka t’hebah tuduhan2 yg buruk dlm kalangan org2 yg beriman mereka akn beroleh azab

seksa yg tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat, dan ingatlah Allah

mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang

demikian.(an-nur:19)

Page 7: Bagaimana saya bertaubat

Riwayat ibnu Majah: “sesungguhnya saya akan mengenali golongan daripada kalangan

umat saya. Mereka datang pd hari kiamat dengan pahala kebaikan yang banyak seperti

gunung Tihamah lagi putih bersih. Namun Allah menjadikannya bagai debu yg

berterbangan . Sesungguhnya mereka adalah saudara-saudara kamu dan sebangsa dengan kamu. Mereka mengisi malam kamu. Tetapi

mereka adalah golongan yang apabila mereka bersendirian berhadapan dengan perkara yang diharamkan Allah, mereka mencerobohnya (melakukan perbuatan

haram itu)

Page 8: Bagaimana saya bertaubat

Waspadalah daripada sikap menyerlahkan perlakuan dosa, begitu

juga sikap memandang enteng terhadap maksiat yang dilakukan

ketika sendirian.

Page 9: Bagaimana saya bertaubat

3. Waspada daripada sikap melewat dan menangguhkan taubat

Az-zumar ayat 54:Dan kembalilah kamu kepada tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum

kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan

Sabda nabi s.a.w “sesungguhnya Allah taala menerima taubat hamba, selagi mana

nyawanya belum sampai ke kerongkong” (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Page 10: Bagaimana saya bertaubat

Mana-mana hamba yang melakukan sesuatu dosa, lalu dia berwudhuk dan

memperelokkan wudhuknya. Kemudian dia mendirikan sembahyang 2 rakaat. Setelah itu dia beristighfar terhadap dosa tersebut. Pasti Allah akan mengampunkan dosanya.

(Riwayat Ahmad dan lain-lain)

Page 11: Bagaimana saya bertaubat

4. Waspada daripada terus-menerus melakukan dosa

Ali-Imran ayat 135: Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa

mereka-dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah,

dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang

mereka mengetahui akan salah dan akibatnya”

Page 12: Bagaimana saya bertaubat

5. Waspada daripada berputus asa terhadap rahmat Allah

Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya

melainkan orang-orang yang sesat.(Al-Hijr:56)

Az-zumar:53

Page 13: Bagaimana saya bertaubat

6. Melakukan amalan baik setelah melakukan kejahatan dapat menghapuskan dosa

Hud:14Al-Furqan:70

Imam Ibnu Taimiah: org yang cerdik adalah orang yang sentiasa melakukan kebaikan yang dapat menghapuskan

kejahatan

Page 14: Bagaimana saya bertaubat

Amalan yg mampu menghapuskan dosa:

Memperelokkan wudhuk dan berjalan menuju ke masjid

Berpuasa pada hari Arafah dalam hari Asyura Menunaikan sembahyang terawih pada bulan

Ramadhan Haji mabrur

Pemurah dalam memberi salam dan sopan pertuturan

Memelihara sembahyang 5 waktu, jumaat dan puasa ramadhan

Zikir-zikir yang boleh menghapuskan dosa

Page 15: Bagaimana saya bertaubat

Syuqran ala kulli hal