22 tips bagaimana saya menghafal al-quran dalam 4 bulan

27
8/10/2015 22 Tips Bagaimana Saya Menghafal AlQuran Dalam 4 Bulan http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 1/27 Navigation YOU ARE HERE: Home » Inspirasi » 22 Tips Mudah Bagaimana Saya Menghafal Al-Quran Dalam Masa 4 Bulan Tim SirapLimau.com — August 4, 2015 156k 33 106 INSPIRASI NUR 22 Tips Mudah Bagaimana Saya Menghafal Al- Quran Dalam Masa 4 Bulan Foto Kredit: Facebook Fadhil Azman Perkongsian ini adalah dari Fadhil Azman yang berasal dari Singapura. Berusia 22 tahun, beliau kini menyambung pelajaran di University of Jordan dalam bidang Islamic Theology. Artikel asal adalah dalam Bahasa Inggeris. Kami menukarkannya ke Bahasa Melayu untuk memudahkan kita semua memahaminya, dan semoga dapat memberi inspirasi pada yang lain.

Upload: m-yahya

Post on 16-Jul-2016

58 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

22 Tips Bagaimana Saya Menghafal Al-Quran Dalam 4 Bulan

TRANSCRIPT

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 1/27

    Navigation

    YOU ARE HERE: Home Inspirasi 22 Tips Mudah Bagaimana Saya Menghafal Al-Quran Dalam Masa 4 Bulan

    Tim SirapLimau.com August 4, 2015 156k 33 106

    INSPIRASI NUR

    22 Tips Mudah Bagaimana Saya Menghafal Al-Quran Dalam Masa 4 Bulan

    Foto Kredit: Facebook Fadhil Azman

    Perkongsian ini adalah dari Fadhil Azman yang berasal dari Singapura. Berusia 22 tahun, beliau kinimenyambung pelajaran di University of Jordan dalam bidang Islamic Theology.

    Artikel asal adalah dalam Bahasa Inggeris. Kami menukarkannya ke Bahasa Melayu untukmemudahkan kita semua memahaminya, dan semoga dapat memberi inspirasi pada yang lain.

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 2/27

    Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah atas segala rezeki dan rahmat yang diberi. Akubermohon pada Allah agar selalupermudahkan urusanku dalam mengulang al-Quran & berikan aku petunjuk untuk berkongsi dan memberi inspirasi pada oranglain.

    Saya ingin berkongsibahawa saya telah menghafal lebih kurang 9 juzu semasa di sekolah rendah, sekolah menengah danmatrikulasi.

    Jadi, sebenarnya saya cumamenghafal lebih kurang 20 juzu yang baru dan hanyamengulang 9 juzu lama sahajadalammasa 4 bulan.

    Saya juga tidak mempunyai komitmen lain selain dari berbuat baik kepada ibu bapa. Tetapi, bagi sesiapa yang berkehendakmenghafal ayat al-Quran kerana Allah, Insya Allah, Allah akan permudahkan.

    Ini adalah pengalaman saya dan semoga ia dapat memberikan inspirasi pada yang lain.

    Berikut adalah tips yang saya amalkan;

    1.Betulkan niat

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 3/27

    Ini adalah poin yang paling penting yang perlu dititik beratkan, lakukannya ikhlas kerana Allah, mengharapkan rahmat-Nya,keredhaan-Nya & untuk memperoleh syurga. Bukan sebab kawan, keluarga atau untuk menunjuk-nunjuk. Ya Allahlindungilah kami darinya.

    Semoga Allah tetapkan hati kita untuk melakukannya semata-mata kerana Allah.

    2.Mulakan sekarang.Jangan tangguh-tangguh. Kalau niat sudah ada, itu sudah bagus. Jangan ingat kalau bertangguh, ia jadi lebih baik.

    Usah berikan alasan tidak cukup masa. Cari masa untuk diri sendiri dan dalam menghafal Al-Quran. Saya kenal beberapaorang, yang mempunyai niat, tetapi tidak mempunyai motivasi.

    Pada saya, untuk mencari motivasi, fikirkan tentang betapa besar faedah yang kita akan dapat. Percayalah, anda akan dapat

    Foto Kredit: Facebook Fadhil Azman

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 4/27

    banyak sangat kebaikan.Pahala juga dikira hanya dengan membaca satu huruf. Juga ada banyak kisah yang menarik dalamAl-Quran yang akan anda temui.

    Cuba baca Al-Quran selepas solat. Insya Allah, anda akan dapat momentum dari situ.

    3.Gunakan mushaf yang sama.

    Saya telah menggunakan mushaf yang sama sejak berumur 14 tahun. Inilah perkara yang selalu diingatkan oleh asatizah(guru-guru). Sebabnyaialah, apabila anda menggunakan mushaf yang sama, mata anda telah terbiasa dengan cara penulisan,warna dan hiasan dalamnya. Ini membuatkan minda anda terbiasa dengannya Insya Allah.

    4.Mendengar pembacaan ayat al-QuranPerkara ini mungkin susah, tetapi Allah boleh mempermudahkannya untuk anda: tinggalkan lagu-lagu anda, muzik pop danrock. Dua benda yang bertentangan tidak dapat wujud dalam masa yang sama. Tetapi, sudah tentu terdapat beberapapendapat mengenai hal ini. Adakah anda lebih suka mendengar muzik dari mendengar ayat al-Quran yang dikatakanmenenangkan hati seseorang?

    Saya suka mendengar bacaan surah dalam Quran yang saya sedang hafal atau surah seterusnya yang akan dihafalkemudian, saya akan ulang surah yang sama sambil melakukan kerja lain.

    Perkataan tersebut akan masuk ke dalam minda kita tanpa disedari. Anda akan dapati menghafal surah menjadi lebihmudah. Saya juga akan membuka mushaf sambil mendengar bacaan Quran untuk membiasakan dengan mukasurat tersebut.Kemudian saya akan mulakan hafalan.

    5.Pengulangan dan pembahagian halaman adalah asas untuk menghafalBaca keseluruhan halaman beberapa kali, anda boleh memilih untuk membahagikan halaman kepada tiga atau duabahagian. Ini bergantung kepada berapa mudah untuk menghafal halaman tersebut. Hafal bahagian pertama sebelummeneruskan ke bahagian seterusnya. Elakkan pergi ke muka hadapan sebelum anda dapati hafalan tersebut tersimpan utuh

    Foto Kredit: quranflash.com

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 5/27

    dalam ingatan.

    6.Pemahaman adalah kunci penting dalam menghafalAdalah sangat menyeronokkan jika anda memahami apa yang disampaikan oleh-Nya. Demi Allah, saya dapati al-Quransangat cantik, ia boleh membawa anda ke titik terendah dan membuka anda kepada perubahan yang lebih besar.

    Fokus pada apa yang anda baca untuk memahami ayat tersebut. Jangan memikirkan hal lain ketika membacanya.

    Muat turun aplikasi terjemahan / tafsir al-Quran dalam telefon anda. Atau boleh juga menggunakan mushaf yangmempunyai terjemahan di bahagian tepi. Ustazah saya (semoga Allah anugerahkan kebaikan kepadanya) sentiasa menasihatikita bahawa kefahaman telah menjawab sebahagian dari soalan. Jadi, dalam konteks ini, pemahaman adalah sebahagianpenghafalan ayat tersebut, Insya Allah.

    7.Mulakan dengan perlahan-lahanAmbil selangkah demi selangkah, Insya Allah anda akan dapati menghafal dengan konsisten lebih mudah.

    8.Jangan putus asaTidak bermakna jika hari ini terasa susah, esok juga akan terasa susah. Bacalah doa sebelum memulakan hafalan. Ingatlah dimana jua anda sekarang (dalam menghafal) adalah satu langkah untuk menamatkan penghafalan seuruh al-Quran. Yangpenting, jangan berhenti.

    9.Berkawan dengan mereka yang turut menghafal

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 6/27

    Dengan mempunyai rakan yang turut menghafal, ia boleh membuatkan anda lebih bermotivasi untuk menghafal danmengulang.

    10.MerancanglahSecara asasnya, saya menghafal lebih kurang 4-6 halaman setiap hari. Untuk menghafal satu halaman, saya mengambil masalebih kurang 30 min, bergantung pada tahap kesukaran halaman tersebut. Ada halaman yang mengambil masa 20 min untukdihafal.

    Alhamdulillah, Allah permudahkan bagi saya. Manakala bagi halaman yang lebih susah, saya mengambil masa 45 minit.

    11.Masa yang terbaikUntuk menghafal al-Quran adalah selepas subuh atau fajar, iaitu ketika minda masih segar. Ketenangan fajar akanmemasuki minda anda. Ustaz saya selalu menasihatkan kami untuk lebih produktif pada waktu pagi.

    Selain itu, waktu selepas solat adalah masa yang sesuai untuk menghafal selain dari waktu antara Maghrib dan Isya.

    12.Jadilah produktifBacalah al-Quran dalam perjalanan ke sekolah atau tempat kerja. Secara peribadi, saya lebih suka menaiki kereta apiberbanding memandu kerana masa perjalanan tersebut saya boleh isi dengan menghafal atau mengulang.

    13.Bawalah mushaf anda ke mana jua anda pergiIa akan menjadi peringatan untuk anda membacanya Insya Allah.

    14.Jagalah mata anda

    Foto Kredit: Facebook Fadhil Azman

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 7/27

    Dari memandang atau melihat aurat berlainan jantina. Telinga anda dari mendengar gossip. Mulut anda dari berkatabelakang, mengumpat dan dari semua perbuatan yang dilarang. Ustazah saya sering kali mengingatkan dan meminta kamiuntuk menghafal puisi Imam Syafiie sebagai peringatan.

    Aku mengadu kepada Wakii (Imam Syafiie) mengenai ingatanku yang lemah.

    Dia menasihatku untuk meninggalkan dosa

    Dan dia memberitahuku bahawa ilmu adalah cahaya

    Dan cahaya Allah tidak akan sampai pada pendosa

    15.BertaubatlahBertaubatlah selalu, kadang kalau kita melakukan dosa tanpa menyedarinya. Apabila seseorang membuat dosa, dia perlulahsegera bertaubat kepada Allah. Allah menerima taubat orang yang ikhlas, Insya Allah.

    16.Minta seseorang mendengar bacaan anda ;tasmii.Carilah seorang kawan, ahli keluarga atau guru untuk tasmii anda. Dia mestilah seorang yang tahu membaca al-Qurandengan betul, jadi apabila berlaku kesalahan kecil, dia dapat membetulkannya.

    17.Murajaah(ulang) apa yang anda telah hafal.

    Foto Kredit: Facebook Fadhil Azman

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 8/27

    Carilah seseorang untuk mendengaranda mengulang bacaan.Seseorang itu perlulah memperkukuhkan hafalannya denganselalu mengulang.

    18.Makan kismis & maduSaya tidak pasti dengan mendalam mengenai hal ini, tetapi saya diajar bahawa memakan kismis & madu dapatmengukuhkan ingatan Insya Allah.

    19.Tunaikanlah solat malamBuatlah sekurang-kuranya dua rakaat, kemudian berdoalah. Ia amat membantu Insya Allah.

    Doa semasa tahajjud diibaratkan seperti busar panah yang tidak pernah tersasar dari sasarannya ImamSyafiie

    Foto Kredit: Facebook Fadhil Azman

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 9/27

    20.Berdoalah selalu dan harapkan pertolongan Allah

    Jangan memandang rendah kuasa doa. Ketahuilah bahawa tiada yang lebih disukai Allah lebih dari hambanya berdoa kepada-Nya. (Tirmidhi)

    Berdoalah kepada Allah agar memudahkan minda dan hati anda untuk menghafal dan tidak melupakan hafalan tersebut.Mohon padaNya agar dikuatkan ingatan dan mohonlah agar Allah singkirkan sifat malas dalam diri.

    21.Doakanlah kebaikan untuk orang lainSemasa anda berdoa untuk diri sendiri, selitkan sekali doa untuk orang lain yang mungkin amat memerlukan rahmat Allah.

    Doa seorang Muslim untuk saudaranya (muslim lainnya) yang tidak berada di hadapannya akan dikabulkan oleh Allah. Di ataskepala orang muslim yang berdoa tersebut terdapat seorang malaikat yang ditugasi menjaganya. Setiap kali orang Muslim itumendoakan kebaikan bagi saudaranya, niscaya malaikat yang menjaganya berkata, Aamiin (semoga Allah mengabulkan) dan

    Foto Kredit: Facebook Fadhil Azman

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 10/27

    bagimu hal yang serupa. (Muslim)

    22.Minta ibu bapa anda mendoakan andaApabila saya mula menghafal al-Quran, saya memberitahu ibu saya akan niat tersebut & meminta ibu bapa saya mendoakansaya. Ia sangat membantu.

    Itu sahaja, saya harap perkongsian ini bermanfaat dalam apa sudut sekali pun meskipun sedikit. Semoga Allahpermudahkan bagi anda untuk menghafal dan mengulang al-Quran dan semoga Allah permudahkan segala urusan kita.

    Tags: menghafal al-quran

    106 Comments

    Anggi Yulinda SariAugust 4, 2015 at 2:45 am Reply

    Amin Ya Allah

    Aim SurianiAugust 4, 2015 at 3:15 am Reply

    Amin ya rabb..

    Semoga kita semua mendapat kekuatan untuk mengikut jejak langkah Fadhil Azman dalam menghafalal-Quran. Aamiin.

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 11/27

    Mzulk AbdAugust 4, 2015 at 3:24 am Reply

    Amin

    IvanolvskiAugust 4, 2015 at 3:27 am Reply

    subahanallah

    Lin KorinaAugust 4, 2015 at 3:35 am Reply

    terbaik, syukran di atas perkongsian

    Lianaleya JueAugust 4, 2015 at 3:46 am Reply

    Tebaik. Tkasih berkongsi ilmu

    Ruqoiyah HermantoAugust 4, 2015 at 4:18 am Reply

    Aamiin

    Nilamsari Putri AbuAugust 4, 2015 at 5:14 am Reply

    Afwan berkongsi tips menghafal AlQuran.

    Muhammad Hamka StsAugust 4, 2015 at 5:25 am Reply

    masya allah

    Anis ZahidAugust 4, 2015 at 5:42 am Reply

    Tolong doakan saya untuk hafal AlQuran . Amin, Ya Rabbi.

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 12/27

    Abu Muhammad AisyAugust 4, 2015 at 5:55 am Reply

    parking

    Ahmad JaafarAugust 4, 2015 at 6:25 am Reply

    subahanallah! terbaik

    Latipah TahirAugust 4, 2015 at 6:35 am Reply

    Tolong doakan saya juga untuk membaca dan menghafal AlQuranAmin, Ya Rabbi

    Latipah TahirAugust 4, 2015 at 6:37 am Reply

    Terima kasih Fadhil Azman, semoga Allah sahaja yg dpat membalas jasa baik muAmin

    Liesa AyoeAugust 4, 2015 at 6:41 am Reply

    Aamiin Allohumma Aamiin

    Nia NurAugust 4, 2015 at 7:02 am Reply

    Tabik spring ar yg hafal al-quran ne..Bukan mudah nk hafal..

    Yulnaeni YusufAugust 4, 2015 at 7:15 am Reply

    Aamiin..

    adnansAugust 4, 2015 at 3:53 pm Reply

    Alhamdulillah.. terimakasih tp tak dinyatakan kaedah yg digunakannya untuk hafazan. Hrp dapt dinyatakanuntuk perkongsian di sini.

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 13/27

    Altaf AliAugust 4, 2015 at 7:55 am Reply

    Amin Ya Allah.

    Mohd Hasanudin ZakariaAugust 4, 2015 at 8:11 am Reply

    Allahurabbi

    Abu HarithAugust 4, 2015 at 8:21 am Reply

    Harap dapat mendoakan saya sekeluarga utk membaca dan menghafal Al Quran Jazakallah Khairan

    Azian Jaafar Azian JaafarAugust 4, 2015 at 8:41 am Reply

    ALLAH masukkan kami diantara mereka

    Suci MuyassarohAugust 4, 2015 at 9:09 am Reply

    Aamiin

    MThorik MNoorAugust 4, 2015 at 9:14 am Reply

    Subhanallah.

    faizAugust 4, 2015 at 6:23 pm Reply

    Rizki Shafaruddin AhmadAugust 4, 2015 at 10:24 am Reply

    Subhanallah, Insya Allah jadi penghafal

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 14/27

    Zakiah SaadAugust 4, 2015 at 10:30 am Reply

    Insya Allahameen

    Ahmad Nordi IsmailAugust 4, 2015 at 10:37 am Reply

    aminn.

    Siti AishahAugust 4, 2015 at 11:18 am Reply

    JazakAllah

    Tri RahayuAugust 4, 2015 at 11:19 am Reply

    Terima Kasih kak.BismillahStep by step

    MrsSalina IsmailAugust 4, 2015 at 11:19 am Reply

    doakan saya

    Muzri AffandiAugust 4, 2015 at 11:22 am Reply

    Aamin

    Mumud NazmudinAugust 4, 2015 at 11:41 am Reply

    alham;'dulillah

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 15/27

    Ukhty MarwahahAugust 4, 2015 at 12:30 pm Reply

    Amiin makasih tips nya kak

    Wan Nor Syahirah SyerahAugust 4, 2015 at 12:31 pm Reply

    In sha Allah akn dipermudahkan oleh-Nya.

    Mohd Suhani BaharumAugust 4, 2015 at 12:38 pm Reply

    Aamin

    Zaila EllaAugust 4, 2015 at 12:40 pm Reply

    Tkasih d atas tips tusmga adik brjya d dunia dan d akhirat

    Hamidani Abdul HalimAugust 4, 2015 at 12:42 pm Reply

    Tkasih. Saya telah membaca dan sangat mendapat ilmu ini. Sy akan sampaikan kepada anakSaya.

    Ramlan adlinAugust 4, 2015 at 8:52 pm Reply

    amin..ya rabbal alamin

    ina mkAugust 4, 2015 at 9:12 pm Reply

    Subhanallah..Allahurabbiiterima kasih atas perkongsian inisy mmg seringkali terlintas i gin mencubamenghafal al quran sikit demi sikitInsyaAllahtips yg diberikan akan byk membantu.terima kasihsemogaAllah merahmati saudara

    Umizah Hashim

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 16/27

    August 4, 2015 at 1:19 pm Reply

    Syabas.bahagia mbaca tips yg diberikn..doa Allah merahmati & mgasihi anakanda Fadhil Azman d/akhirat..Moga beroleh ganjaran syurga Jannah..In Shaa Allah

    Azu DinAugust 4, 2015 at 1:20 pm Reply

    Aamiin..

    Zarina BeeAugust 4, 2015 at 1:22 pm Reply

    T kasihsemoga tips ini dapat membantu merealisasikan impian saya..

    Juliah IsmailAugust 4, 2015 at 1:33 pm Reply

    Mohon tolong doakan saya dan sekeluarga untuk berjaya mengahafal al quran 30 juz amin ya rabbal alamin

    Deddy LBAugust 4, 2015 at 1:49 pm Reply

    Semoga seluruh umat Islam hafal Alquran, kemudian tahu artinya, kemudian bisa mengamalkannya. aamiin.

    Deddy LBAugust 4, 2015 at 1:50 pm Reply

    Semoga seluruh umat Islam hafal Alquran, kemudian tahu artinya, kemudian bisa mengamalkannya. aamiin.

    Mohammad Abu BakarAugust 4, 2015 at 2:48 pm Reply

    Kaedah yang baik.Tip yang diberikan memang akan membuahkan hasil.semoga Allah swt memilih zuriat saya yanghafal dan faham segala isi kandungannya.

    Azmah Wati AzizanAugust 4, 2015 at 3:19 pm Reply

    Allahu Akbar.betapa aku ingin..

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 17/27

    Aksar TahirAugust 4, 2015 at 3:19 pm Reply

    Bagus ,tahniah

    Asya EiyraAugust 4, 2015 at 3:26 pm Reply

    in sha allah aamiin

    Ahmad HanafiahAugust 4, 2015 at 3:27 pm Reply

    AMIN YA RABBI

    Zahir KhanAugust 4, 2015 at 3:37 pm Reply

    Terima Kasih

    Ina JaalAugust 4, 2015 at 3:54 pm Reply

    Terima kasih kerana berkongsi

    Dwi SeptiaAugust 4, 2015 at 4:10 pm Reply

    :")

    Yann DayyanAugust 4, 2015 at 4:27 pm Reply

    Alhamdulillah ramai yg dah share.He's my bestfriend! Ni orangnya @Fadhil Azman

    Sharmilla TahirAugust 4, 2015 at 5:43 pm Reply

    amin

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 18/27

    Fauziah IsmailAugust 4, 2015 at 8:40 pm Reply

    Ya allah semoga anak ku cepat menjadi al hafiz muhammad faiz.

    Beeha AbdulAugust 4, 2015 at 9:55 pm Reply

    Insya Allah..Doakan makcik sekeluarga berjaya menghafal Al Quran. Ikhlas lillahitaala

    Habib Syukron HamdanyAugust 4, 2015 at 10:59 pm Reply

    Amin

    Zaid HishamAugust 4, 2015 at 11:07 pm Reply

    Syukran jazilan fadhil azmansemoga Allah rahmatimu atas pengkongsian iniharap doakan makcik yg teringinmenghafal Al-Quran juga.

    Khaleez MehmetAugust 4, 2015 at 11:10 pm Reply

    Tolong doakan saya untuk hafal AlQuran . Amin, Ya Rabbi.

    Jeffry Abu BakarAugust 4, 2015 at 11:12 pm Reply

    Tuan..tolongkan doakan saya..ya.

    Tyna TusirinAugust 4, 2015 at 11:55 pm Reply

    doakan saye juge..habis kan quran..

    Roselan Abd HamidAugust 5, 2015 at 12:19 am Reply

    Aamiin ya rabb..

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 19/27

    AgoesAgoesagoesAugust 5, 2015 at 12:27 am Reply

    Subhanallah..

    Julham IskandarAugust 5, 2015 at 12:39 am Reply

    Alhamdulillah terimakasih Tips nya Ustadz,,,,In Sya Allah, semua hajat kita hendak d mudah kan oleh Allah SWT,, Amiin,,,Tolong do'akan saya juga yah,,,,Sekarang lagi dalam tahap menghafal,,,,

    Syahru RamadhanAugust 5, 2015 at 1:12 am Reply

    amiiin

    Siti Mariam MasroAugust 5, 2015 at 1:17 am Reply

    Ya allah kau golongkn aku juga keluargaku juga sahabat2ku dlm golongn ini ya allahkau prmudahknlahaaamiinnn

    Mohd SolehinAugust 5, 2015 at 1:20 am Reply

    Alhamdulillah, terima kasih di atas perkongsian..Semoga diberkati dan doakan saya dan yang lain juga untuk dapatmenghafaz alquran..aminn

    Marwan Mardiah IbrimAugust 5, 2015 at 1:44 am Reply

    Tq share ..tlng doa saya skeluarga dpt mebhafal al-quran dgn btul ..aminl

    Habibi BbiAugust 5, 2015 at 2:22 am Reply

    Subehanallah

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 20/27

    Maisyarah AdhamAugust 5, 2015 at 2:22 am Reply

    saya mau anak saya hafal AlQuran tapi cemana caranyakalau saya aja cuma hafal ayat pendekmalahan anaksaya yg usianya masih 5 tahun hafalan ayat pendeknya sama seperti saya..

    Hakim DarnoAugust 5, 2015 at 2:32 am Reply

    Terima KasihSaya pun sedang berusaha menghafal Al-Quran. Mencontohi para sahabat dan ulama' terdahulu

    Nurhaniah Na I SuaibAugust 5, 2015 at 2:45 am Reply

    Subhanallah terima kasih, semoga saya bisa mengamalkan semua poin di atas, aamiin.

    Mohd QhusairiAugust 5, 2015 at 3:00 am Reply

    Sya amat teruja sngat d harap anak anak sya dpat mengikut jejak langkah mu ya fadhil amin

    Che Sukri Abu BakarAugust 5, 2015 at 3:11 am Reply

    Barakatillah

    Ahlia MunibAugust 5, 2015 at 3:13 am Reply

    Muka mcm org biasa tp hafiz rupanya Hebat hamba Allah ni

    Nawarlis TuangkuAugust 5, 2015 at 3:29 am Reply

    Amiiiin. Insya Allah.

    hanie ranieAugust 5, 2015 at 11:32 am Reply

    Subhanallah. semoga Allah merahmati dan memberkati mu Fadhil Azman..

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 21/27

    Mohd Roslan OmarAugust 5, 2015 at 3:40 am Reply

    AllahuAkhbar

    Mohd Roslan OmarAugust 5, 2015 at 3:40 am Reply

    Amiiin

    Mariah Abu BakarAugust 5, 2015 at 4:01 am Reply

    Perkongsian yang sgt bermanafaat.

    Fazilah Mohd YusofAugust 5, 2015 at 4:03 am Reply

    Doakan juga agar saya dan anak-anak saya dilembutkan hati oleh Allah swt agar terdorong untuk menjadikan AlQuran sahabat sejati, dipermudahkan oleh Allah swt menghafal Al Quran.

    Rahmadhiny KaharudinAugust 5, 2015 at 4:13 am Reply

    Subhanallah..Semoga saya dan kita semua dimudahkan dalam menghafal alqur'an..

    Putryliza Nur KasihAugust 5, 2015 at 4:18 am Reply

    perkongsian yg baik

    Erna ArryynaAugust 5, 2015 at 4:23 am Reply

    INSHALLAHakn disebarkan

    syeraAugust 5, 2015 at 12:24 pm Reply

    Doakan sy utk menghafal al-Quran..

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 22/27

    Aamiin

    Rahiza IzaAugust 5, 2015 at 4:28 am Reply

    Amin

    Cahaya JannahAugust 5, 2015 at 4:33 am Reply

    terima kasih berkongsi ilmu Allahjazakallahakan saya beritahu pada anak saya jgn mudah putusasa.walaupun dia seorang OKU

    Opick KawakibAugust 5, 2015 at 4:38 am Reply

    yaa Allah ya Rabbii,,, mg keluarku serta anak2ku diberikan hidayah untuk juga menjadi seorang hafidzah.

    Muhammad Shahanizam ShamsuddinAugust 5, 2015 at 4:41 am Reply

    Terima kasih untuk tips yg berguna ini

    Daalinn LindaAugust 5, 2015 at 4:44 am Reply

    doakan saya juga dapat hafal alquran Aamiin

    Syamsuar TanjungAugust 5, 2015 at 4:44 am Reply

    Aamin

    Mohammad RohimAugust 5, 2015 at 4:45 am Reply

    Assalamualaikum Tips yang bagus..Adalah lebih bagus lagi jika dapat copy atikel tersebut untuk dijadikanpanduan kepada semua yang memerlukan..semoga bermanfaat..

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 23/27

    Asep Sang AdamAugust 5, 2015 at 4:59 am Reply

    Aamien ini selalu bermanfaat

    Mus MblAugust 5, 2015 at 5:14 am Reply

    terima kasih kerana berkongsi ilmu yang sangat brmanfaat.semoga Allah swt merahmati kamu..doakn sy agarmudah belajar membaca ayat suci al-quran dan memahami maknanya.

    syawal setiawanAugust 5, 2015 at 1:30 pm Reply

    amin, insya Allah

    Mohd yazedAugust 5, 2015 at 4:30 pm Reply

    Perkongsian yang menarik..sesuai untuk semua orang

    Siti AisyahAugust 5, 2015 at 6:02 pm Reply

    Asalamualaikum saya seorang mualaf .sejak kebelakangan Ini hati saya meronta utk belajar membaca alquran..doakan saya

    hasmida haswanAugust 6, 2015 at 12:46 pm Reply

    waalaikumsalam..saya doakan kamu siti Aisyah..

    diyanaAugust 6, 2015 at 2:25 am Reply

    doakan saya jgak dapat menghafal al quran . amin .

    Nurul fatimahAugust 6, 2015 at 10:16 am Reply

    Masya allah.. Sunggu luar biasa,, tekesan membaca artikel ini semogaa bisa seperti dia.. Bisa mnjadi hafidz al-Qur`an.. Syukron atas tipsX, cuma AllahLah yg dapat membalasnya

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 24/27

    faisalAugust 6, 2015 at 12:06 pm Reply

    terima kasih. moga allah melimpahkn kurnia dan rahmatNya selalu

    hidayatAugust 7, 2015 at 4:21 pm Reply

    Subhaanallohsemoga kita bisa menghapal jugayuk mulai, thsx 4 sharemau baca ttg keajaiban singkong sbg alternatif obat kanker dan gula alternatif untuk diabetes silahkan masuk kekingbitterhoney.blogspot.com

    itaAugust 7, 2015 at 7:27 pm Reply

    Bagusnya perkongsian ini..takut nak hafaz..coz pikir susah..tapi nampak mudah je tips tukne usaha ya..terimakasih

    Leave a reply

    Your email address will not be published.Required fields are marked*

    Name (required)

    E-Mail (required)

    Website

    SUBMIT COMMENT

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 25/27

    TrendingSekarang

    byPollen(https://getpollen.co)

    1149othersviewing146othersviewing 95othersviewing

    62othersviewing

    52othersviewing 47othersviewing42othersviewing

    "KalauSuamiAdaPerempuanLain,JanganMenangis"(http://siraplimau.com/suamiadaperempuanlainjanganmenangis/)

    BayiMenangisKetakutan,IngatkanIbunyaSudahMati(http://siraplimau.com/bayimenangisketakutanibumati/)

    5SebabSayaPerlukanSeksBersamaSuamiSetiapMalam(http://siraplimau.com/seksbersamasuamisetiapmalam/)

    7TempatMenarikDiMalaysiaUntukKeluarga.Semulajadi!(http://siraplimau.com/tempatmenarikdimalaysiauntukkeluarga/)

    10TandaSuamiCurangPadaIsteri,AdaAffair&Skandal!(http://siraplimau.com/tandaciripuncasuamicurangadaaffairperempuanlain/)

    22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan(http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/)

    14CaraMenghilangkanSakitGigiTanpaUbat.Cubalah!(http://siraplimau.com/caramenghilangkansakitgigipetua/)

    Search

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 26/27

    Artikel Terkini

    35.7k August 8, 2015

    Pesan Saya, Kalau Suami Ada Perempuan Lain, Jangan Menangis

    186 August 7, 2015

    Pengalaman Bersalin di Hospital Sungai Buloh. Manis Atau Pahit?

    6.4k August 6, 2015

    7 Perkara Kecil Yang Boleh Buat Suami Kecil Hati Dengan Isteri, Tanpa Disedari

    156k August 4, 2015

    22 Tips Mudah Bagaimana Saya Menghafal Al-Quran Dalam Masa 4 Bulan

    32.6k August 3, 2015

    12 Resepi Periuk Noxxa Yang Sangat Mudah, Cepat & Sedap

    5.7k August 2, 2015

    Layanan Biadap Kepada Warga Emas Di Rumah Orang Tua

    569 August 2, 2015

    Bandar Ini Bagaikan Didiami Oleh Orang Pekak

    1.4k August 1, 2015

    Lelaki Ini Cacat Tapi Hebat

    56k July 31, 2015

    Cara Menghilangkan Migrain Dengan Cepat, Dalam 3 Minit Sahaja

    35.2k July 31, 2015

    5 Sebab Mengapa Saya Perlukan Seks Bersama Suami Setiap Malam

    Media Sosial

  • 8/10/2015 22TipsBagaimanaSayaMenghafalAlQuranDalam4Bulan

    http://siraplimau.com/tipsmudahmenghafalalquran/?fb_ref=ccd0842102694c9c83382063e074da82Facebook 27/27

    Bethefirstofyourfriendstolikethis

    SirapLimau124klikesLikePage

    Tentang Kami

    Hubungi Kami

    Dasar Privasi

    Penafian

    Siapa Kami?

    Part of Dua Marhalah Sdn Bhd

    Copyright SirapLimau.com 2015, All Rights Reserved.