bagaimana nak skor a karangan

5
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI (‘A’) ? 1. Baca semua soalan yang diberi Fahami arahan kehendak soalan. Þ Kenal pasti format yang perlu digunakan. Þ Karangan yang tidak terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah Þ perkataan yang ditetapkan. 2. Guna isi yang berlainan susun isi secara berturutan Þ letak isi mengikut perenggan Þ memberi huraian yang tepat kepada isi. Þ sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai-nilai murni. Þ 3. penggunaan perkataan yang pelbagai ada menggunakan perkataan yang terkini Þ elak penggunaan perkataan sama yang berulang / kerap Þ penggunaan perkataan teknikal dengan tepat Þ elak perkataan dialek atau daerah yang tidak diterima. Þ 4. susun ayat dengan kemas elak pengaruh struktur ayat percakapan daerah / dialek Þ guna ayat yang pendek tetapi lengkap Þ kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang menarik Þ 5. penggunaan tanda baca pada tempat yang betul gunakan tanda baca pada tempat yang diperlukan Þ gunakan huruf kecil dan huruf besar pada tempatnya. Þ 6. dapat membezakan antara kata depan dan kata imbuhan dapat membezakan imbuhan an dan kan Þ guna imbuhan yang pelbagai awalan / akhiran / sisipan / apitan ( sekurang- Þ kurangnya 5 imbuhan yang berbagai jenis ) 7. tulis mengikut ejaan yang betul elak mengikut sebutan dialek / daerah Þ elak menulis huruf yang mengelirukan / cermat dalam bentuk tulisan Þ Tahukah kamu ? Hanya terdapat 29 perkataan sahaja menggunakan ejaan yang disatukan.( contoh keretapi, jawatankuasa, dan lain-lain ) & KELEMAHAN KARANGAN A] Kesalahan memilih tajuk Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja. B] Kekurangan isi Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar atau meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini berlaku kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan. C] Pembahagian perenggan Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu perenggan untuk satu karangan ! D] Tidak merangka karangan Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak merangka bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan. Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil mengharapkan isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ).

Upload: deny

Post on 17-Nov-2015

219 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bm A

TRANSCRIPT

BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI (A) ?1. Baca semua soalan yang diberi Fahami arahan kehendak soalan. Kenal pasti format yang perlu digunakan. Karangan yang tidak terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.2. Guna isi yang berlainan susun isi secara berturutan letak isi mengikut perenggan memberi huraian yang tepat kepada isi. sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai-nilai murni.3. penggunaan perkataan yang pelbagai ada menggunakan perkataan yang terkini elak penggunaan perkataan sama yang berulang / kerap penggunaan perkataan teknikal dengan tepat elak perkataan dialek atau daerah yang tidak diterima.4. susun ayat dengan kemas elak pengaruh struktur ayat percakapan daerah / dialek guna ayat yang pendek tetapi lengkap kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang menarik5. penggunaan tanda baca pada tempat yang betul gunakan tanda baca pada tempat yang diperlukan gunakan huruf kecil dan huruf besar pada tempatnya.6. dapat membezakan antara kata depan dan kata imbuhan dapat membezakan imbuhan an dan kan guna imbuhan yang pelbagai awalan / akhiran / sisipan / apitan ( sekurang-kurangnya 5 imbuhan yang berbagai jenis )7. tulis mengikut ejaan yang betul elak mengikut sebutan dialek / daerah elak menulis huruf yang mengelirukan / cermat dalam bentuk tulisanTahukah kamu ?Hanya terdapat 29 perkataan sahaja menggunakan ejaan yang disatukan.( contoh keretapi, jawatankuasa, dan lain-lain )& KELEMAHAN KARANGANA] Kesalahan memilih tajuk Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja.B] Kekurangan isi Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar atau meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini berlaku kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan.C] Pembahagian perenggan Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu perenggan untuk satu karangan !D] Tidak merangka karangan Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak merangka bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan. Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil mengharapkan isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ).E] Kesalahan tatabahasa Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan karangan mendapat A. Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada calon yang tidak dapat membezakan antara pada dengan di, dari dengan daripada, bila dengan apabila dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak menggunakan imbuhan dengan betul. Lebih malang lagi calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk karangannya.F] Kesuntukan masa Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan penting. Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat ditulis. Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan baik dan mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya mendapat 50 % ( C ) sahaja.G] Kesalahan lain Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan. Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan. Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa Kelantan )Di bawah ini adalah contoh kesalahan tatabahasa. Ayat di dalam kurungan adalah pembetulannya.A. Penggunaan Perkataan Yang Berulang Dalam Suatu Ayat.Selepas mandi Yusri bersarapan , selepas itu dia memakai baju , selepas itu dia pergi ke sekolah pula dengan menaiki basikal.R( Selepas mandi , Yusri bersarapan dan memakai baju. Kemudian Yusri pergi ke sekolah dengan menaiki basikal. )B. Salah Menggunakan Perkataandari dan daripadaKain batik itu datang daripada Terengganu.R( Kain batik itu datang dari Terengganu.)Saya baru terima surat itu dari kakak.R( Saya baru terima surat itu daripada kakak.)untuk , supaya dan selamaCikgu Zaidi pergi ke pasar untuk membeli sayur.R( Cikgu Zaidi pergi ke pasar membeli sayur.)Ahmad menjerit untuk meminta tolong.R( Ahmad menjerit meminta tolong.)Saya bercita-cita untuk menjadi doktor.R( Saya bercita-cita hendak menjadi doktor.)Aminah belajar bersungguh-sungguh untuk lulus dalam ujian.R( Aminah belajar bersungguh-sungguh supaya lulus dalam ujian.)Kami akan tinggal untuk dua minggu.R( Kami akan tinggal selama dua minggu.)Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung untuk satu jam.R( Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung selama satu jam.)adalah dan ialahAdalah dengan hormatnya dimaklumkan R( Dengan hormatnya dimaklumkan . )Tuduhan itu adalah fitnah belaka.R( Tuduhan itu fitnah belaka.)Keperluan asas manusia adalah makanan, perlindungan dan pakaian.R( Keperluan asas manusia ialah makanan, perlindungan dan pakaian.)bila dan apabilaZainal pun bangun bila namanya dipanggil.R( Zainal pun bangun apabila namanya dipanggil.)Bila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.R( Apabila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.)ramai, banyak, semua dan paraRamai murid-murid menonton pertandingan bola sepak itu.R( Ramai murid menonton pertandingan bola sepak itu.)Banyak pakaian-pakaian terpakai dijual oleh Ali.R( Banyak pakaian terpakai dijual oleh Ali.)Semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan.R( Semua guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan.)Para-para jemputan dipersilakan masuk ke dewan.R( Para jemputan dipersilakan masuk ke dewan.)Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah-hadiah pemenang-pemenang.R( Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah pemenang-pemenang.)yang dan bahawaHasri memberitahu yang dia tidak dapat hadir ke sekolah.R( Hasri memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah.Mereka memberitahu yang tindakan itu tidak adil.R( Mereka memberitahu bahawa tindakan itu tidak adil.)kata ganti namaAmbil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja sini.R( Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja ini. )Entah siapa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.R( Entah apa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.)kata ganti dia dan ianota : kata ganti dia ialah kata ganti nama untuk manusia sahaja. Kata ganti nama ia ialah untuk binatang, benda, pokok masalah dan sebagainya.Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Dia dijaga dengan rapi oleh Sani.R( Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Ia dijaga dengan rapi oleh Sani.)Perut Rosli memulas. Ia memulas sejak malam tadi lagi.R( Perut Rosli memulas sejak malam tadi lagi.)apa, mana dan bagaimanaBaju apa yang kamu pakai ?R( Baju mana yang kamu pakai ? )Mana katanya betul belaka.R( Apa katanya betul belaka.)Apa pendapat tuan mengenai soal itu ?R( Bagaimana pendapat tuan mengenai soal itu ? )penjodoh bilanganIbunya seorang yang baik hati.R( Ibunya baik hati.)Amran pulang ke rumah dengan sebuah bas sekolah.R( Amran pulang ke rumah dengan bas sekolah.)Di dan padaDi dan padaBeri surat ini pada Hasrul.R( Beri surat ini kepada Hasrul.)Di masa rehat saya ke kantin.R( Pada masa rehat saya ke kantin.)C. Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit)Dengan cepat berjalan adik kerana mengikut emak hendak ke pasar.R( Adik berjalan dengan cepat kerana hendak mengikut emak ke pasar.)Semua kuih di atas meja itu telah dimakan oleh saya.R( Semua kuih di atas meja itu telah saya makan.)Bila bangun tidur saya mandi dan makan pagi lepas itu pergi ke sekolahR( Apabila bangun tidur saya mandi dan bersarapan. Kemudian, saya pergi ke sekolah.)Mamat kelihatan muram ibunya meninggal duniaR( Mamat kelihatan muram semenjak ibunya meninggal dunia.)Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai selama-lamanya.R( Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai bila-bila.)Apakah nama kamu ?R( Siapakah nama kamu ? )D. Tanda bacamenggunakan tanda baca pada tempat yang salahRahman pandai bermain pelbagai alat muzik , gitar , piano dan , dram.R( Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik ; gitar , piano , dan dram.)tidak menggunakan tanda baca pada tempat yang betulJangan bergerak Kalau bergerak kamu akan ditembak ,jerit polis kepada perompak itu.R( Jangan bergerak ! Kalau bergerak kamu akan ditembak, ,jerit polis kepada perompak itu.)Penggunaan huruf kecil / besar tidak pada tempat Siapakah pemenang dalam Pertandingan Syarahan anjuran berita harianitu ?R ( Siapakah pemenang dalam pertandingan syarahan anjuran Berita Harianitu ? )Jarak rumah saya dari Bandar Jerteh ialah 2.5 Kilometer.R( Jarak rumah saya dari bandar Jerteh ialah 2.5 kilometer.)E. ImbuhanTidak dapat membezakan antara kata depan dengan.imbuhan di dan keMasukkan buku ini didalam beg.R( Masukkan buku ini ke dalam beg.)Semua murid di kehendaki beratur dipadang sebelum masuk ke dewan.R( Semua murid dikehendaki beratur di padang sebelum masuk ke dewan.)Tidak dapat membezakan imbuhan an dan kanMasakkan ibu sungguh lazat.( Masakan ibu sungguh lazat.)Masukan buku ini ke dalam almari.R( Masukkan buku ini ke dalam almari.)Lain-lain kesalahanKejayaan Najib membanggakan dan mengembirakan ibu bapanya.R( Kejayaan Najib membangga dan menggembirakan ibu bapanya.) Pasar Besar Jertih mempunyai tempat meletak kereta yang menyelesa.R ( Pasar Besar Jertih mempunyai tempat letak kereta yang selesa.)