bagaimana menjadi ahli kwsp.doc

12
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) TANGGUNGJAWAB MAJIKAN MENDAFTARKAN ANDA Jika anda buat pertama kalinya menjadi seorang pekerja mana- mana majikan, adalah menjadi tanggungjawab majikan anda untuk mendaftarkan anda sebagai ahli KWSP melalui Borang Pendaftaran Ahli KWSP 3(AHL). Borang KWSP 3(AHL) ini hendaklah dipenuhi dengan butiran peribadi anda seperti yang terdapat di dalam Kad Pengenalan anda. Anda juga dikehendaki menurunkan cap ibu jari kanan dan kiri anda di atas borang ini. Anda perlu memastikan semua butiran peribadi anda yang dinyatakan di dalam borang ini adalah tepat dan benar serta tentukan cap ibu jari anda adalah terang dan jelas. Untuk memastikan cap ibu jari anda di atas Borang KWSP 3(AHL) adalah jelas, anda mestilah menggunakan dakwat hitam khusus untuk cap ibu jari dan bukan dakwat-dakwat lain. Sungguhpun majikan anda yang bertanggungjawab untuk mendaftarkan anda, anda juga hendaklah menentukan bahawa Borang KWSP 3(AHL) diisi dengan betul. Ini ialah kerana maklumat di dalam borang ini akan menjadi rekod peribadi anda yang utama di KWSP. Rekod ini nanti akan digunakan dalam semua urusan KWSP yang berkaitan dengan anda termasuk untuk tujuan pengeluaran simpanan anda. Anda hanya perlu mendaftar sekali sahaja sebagai ahli KWSP. TANGGUNGJAWAB ANDA MENDAFTAR DENGAN KWSP Jika anda seorang pekerja dan belum didaftarkan sebagai ahli KWSP, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengingatkan majikan anda supaya mendaftarkan anda dengan segera. Jika majikan anda enggan berbuat demikian, anda boleh pergi ke mana- mana Pejabat KWSP untuk mendaftarkan diri anda sebagaimana yang dilakukan oleh majikan anda dengan memenuhi Borang KWSP 3(AHL). Anda juga boleh membuat aduan terhadap keengganan majikan anda mendaftarkan anda sebagai ahli KWSP dengan mana-mana Pejabat KWSP. kwsp 1

Upload: amegoasri

Post on 11-Feb-2016

44 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bagaimana Menjadi Ahli KWSP.doc

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN MENDAFTARKAN ANDA

Jika anda buat pertama kalinya menjadi seorang pekerja mana-mana majikan, adalah menjadi tanggungjawab majikan anda untuk mendaftarkan anda sebagai ahli KWSP melalui Borang Pendaftaran Ahli KWSP 3(AHL). Borang KWSP 3(AHL) ini hendaklah dipenuhi dengan butiran peribadi anda seperti yang terdapat di dalam Kad Pengenalan anda. Anda juga dikehendaki menurunkan cap ibu jari kanan dan kiri anda di atas borang ini.

Anda perlu memastikan semua butiran peribadi anda yang dinyatakan di dalam borang ini adalah tepat dan benar serta tentukan cap ibu jari anda adalah terang dan jelas. Untuk memastikan cap ibu jari anda di atas Borang KWSP 3(AHL) adalah jelas, anda mestilah menggunakan dakwat hitam khusus untuk cap ibu jari dan bukan dakwat-dakwat lain.

Sungguhpun majikan anda yang bertanggungjawab untuk mendaftarkan anda, anda juga hendaklah menentukan bahawa Borang KWSP 3(AHL) diisi dengan betul. Ini ialah kerana maklumat di dalam borang ini akan menjadi rekod peribadi anda yang utama di KWSP. Rekod ini nanti akan digunakan dalam semua urusan KWSP yang berkaitan dengan anda termasuk untuk tujuan pengeluaran simpanan anda. Anda hanya perlu mendaftar sekali sahaja sebagai ahli KWSP.

TANGGUNGJAWAB ANDA MENDAFTAR DENGAN KWSP

Jika anda seorang pekerja dan belum didaftarkan sebagai ahli KWSP, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengingatkan majikan anda supaya mendaftarkan anda dengan segera. Jika majikan anda enggan berbuat demikian, anda boleh pergi ke mana-mana Pejabat KWSP untuk mendaftarkan diri anda sebagaimana yang dilakukan oleh majikan anda dengan memenuhi Borang KWSP 3(AHL). Anda juga boleh membuat aduan terhadap keengganan majikan anda mendaftarkan anda sebagai ahli KWSP dengan mana-mana Pejabat KWSP.

BILAKAH ANDA SEPATUTNYA DIDAFTARKAN SEBAGAI AHLI?

Anda sepatutnya didaftarkan sebagai ahli sebaik sahaja anda diambil bekerja buat pertama kalinya. Ini adalah untuk menentukan supaya caruman KWSP anda boleh dibayar dalam tempoh yang telah ditetapkan. Jika anda diambil bekerja pada 1 Januari, majikan anda hendaklah mendaftarkan anda pada awal bulan tersebut supaya gaji anda pada bulan berkenaan dapat dipotong dan dimasukkan ke KWSP sebagai caruman bulan Februari yang perlu dihantar ke KWSP selewat-lewatnya pada 15 Februari.

kwsp1

Page 2: Bagaimana Menjadi Ahli KWSP.doc

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMASTIKAN BAHAWA ANDA TELAH DIDAFTARKAN SEBAGAI AHLI KWSP?

a) Nombor Keahlian

Sekiranya anda belum menerima sebarang maklum balas daripada KWSP atau majikan anda mengenai pendaftaran anda, anda boleh pergi ke mana-mana Pejabat KWSP yang berhampiran untuk mendapatkan nombor keahlian anda atau menelefon KWSP dengan menyatakan nombor Kad Pengenalan anda. Sekiranya KWSP telah memperuntukkan nombor keahlian kepada anda, ini bererti anda telah mendaftar dengan KWSP.

Setiap ahli KWSP hanya diperuntukkan dengan satu nombor keahlian sahaja. Nombor keahlian ini adalah juga nombor akaun KWSP anda. Nombor keahlian ini akan digunakan dalam setiap urusan di antara anda dan KWSP.

Dalam hal ini, sekiranya anda bertukar majikan, anda dikehendaki memberitahu majikan baru anda mengenai nombor keahlian anda bagi membolehkan majikan anda menggunakan nombor ini apabila ia membayar caruman bagi pihak anda. Sekiranya anda tidak memberitahu nombor keahlian anda kepada majikan baru anda, majikan anda mungkin mendaftarkan anda sekali lagi dan pendaftaran ini akan ditolak oleh KWSP. Jika hal ini berlaku, caruman anda mungkin tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun anda dengan segera. Bagaimanapun, jika anda mempunyai lebih daripada satu nombor keahlian, anda dikehendaki menghubungi Pejabat KWSP untuk menyatukan akaun anda di bawah satu nombor akaun.

BOLEHKAH ANDA BERHENTI MENJADI AHLI KWSP?

Tidak. Anda tidak sekali-kali dibenarkan berhenti daripada menjadi ahli KWSP walau dengan apa alasan sekalipun. Keahlian KWSP adalah wajib bagi semua pekerja. Akta KWSP memberi perlindungan untuk anda bagi hari persaraan anda. Keahlian anda dengan KWSP akan terhenti apabila anda mengeluarkan kesemua simpanan anda di bawah Skim Pengeluaran Persaraan, Skim Pengeluaran Meninggalkan Negara, Skim Pengeluaran Hilang Keupayaan dan Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen.

ADAKAH ANDA MENERIMA UPAH?

Ya, jika saraan yang anda terima daripada majikan anda adalah dalam bentuk wang. Walau bagaimanapun, caj perkhidmatan, bayaran kerja lebih masa, ganjaran atau faedah persaraan, faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara atau penamatan kerja serta elaun perjalanan anda tidak dianggap sebagai gaji. Oleh yang demikian, ia tidak dikenakan caruman KWSP.

kwsp2

Page 3: Bagaimana Menjadi Ahli KWSP.doc

Majikan

Gaji/Upah

Semua saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisannya sama ada dipersetujui untuk dibayar secara bulanan, mingguan, harian atau selainnya dan termasuklah apa-apa bonus, komisen atau elaun yang kena dibayar oleh majikan kepada pekerja sama ada bonus, komisen atau elaun itu kena dibayar di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan atau selainnya.

DI ANTARA BAYARAN YANG DIKENAKAN POTONGAN CARUMAN Gaji/upah Bayaran bagi cuti rehat tahunan dan cuti sakit yang tidak digunakan Bonus Elaun Komisen Tunggakan gaji/upah Gaji/upah bagi cuti bersalin Gaji/upah bagi cuti belajar Gaji/upah bagi cuti separuh gaji Bayaran-bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan atau sebaliknya

DI ANTARA BAYARAN YANG TIDAK DIKENAKAN POTONGAN CARUMAN Caj perkhidmatan Bayaran kerja lebih masa Ganjaran Yuran Pengarah Faedah persaraan Faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara atau penamatan Mana-mana elaun perjalanan atau nilai mana-mana konsesi perjalanan

Sistem Disket Borang A (SDBA)

Tahukah Anda?

Majikan kini boleh mengemukakan Jadual Caruman Bulanan (Borang A) dalam bentuk disket.

Apakah SDBA?

SDBA ialah satu perisian komputer yang dibangunkan oleh KWSP untuk membantu memudahkan majikan mengemukakan Jadual Caruman Bulanan (Borang A) dalam bentuk disket. SDBA adalah aplikasi ‘Stand-alone’ dan KWSP tidak menyediakan ‘interface’ untuk mana-mana sistem gaji (payroll system).

kwsp3

Page 4: Bagaimana Menjadi Ahli KWSP.doc

Pengguna SDBA

Semua majikan yang mempunyai pekerja di antara 10 hingga 150 orang boleh dan digalakkan untuk menggunakan sistem ini.

Kelebihan Menggunakan SDBA Perisian komputer ini diberikan percuma oleh KWSP Menjimatkan masa kerana butir-butir dan jadual caruman bulanan boleh

dimasukkan ke dalam disket Mempercepatkan proses kemasukan data dan mengurangkan kesilapan

kerana data di dalam disket boleh dipindahkan terus ke dalam komputer KWSP tanpa perlu dimasukkan data semula

Memudahkan pindaan dibuat Rekod lebih mudah disimpan dan menjimatkan ruang simpanan

Spesifikasi Komputer

Untuk mengunakan SDBA, majikan perlu menggunakan komputer yang mempunyai spesifikasi minimum seperti berikut :

Memori 8 MB Ruang Cakera 10 MB Pemacu Disket 3.5 inci Sistem pengoperasian Windows 95 Pencetak

Pertanyaan

Jika anda berminat untuk menggunakan sistem ini, anda bolehlah memindah turun (download) perisian SDBA di bawah dan jika mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan KWSP di 03-87326000 atau hantarkan e-mail kepada [email protected]

Senarai Surat Yang Perlu Diberi Maklumbalas Segera

Senarai Surat PeneranganKWSP 1000 Surat peringatan caruman tertunggak KWSP

KWSP 1195 dan KWSP 1195A

Surat tuntutan faedah dan dividen ke atas caruman yang terlewat dibayar

KWSP 1314 Surat kepada majikan mengenai butiran pekerja yang tidak lengkap untuk pengkreditan caruman ke dalam akaun ahli

KWSP 1314A Surat kepada ahli mengenai butiran pekerja yang tidak lengkap untuk pengkreditan caruman ke dalam akaun ahli

KWSP 1360 Surat memohon penjelasan mengenai lebihan bayaran caruman dengan jumlah caruman yang dicatatkan dalam Borang A

kwsp4

Page 5: Bagaimana Menjadi Ahli KWSP.doc

KWSP 1740 Surat memohon penjelasan mengenai kurangan jumlah bayaran caruman dengan jumlah caruman yang dicatatkan dalam Borang A

KWSP 1743 Surat memohon penjelasan mengenai butiran caruman kurangan bayaran dengan butiran caruman yang dicatatkan dalam Borang A

Siapakah Yang Wajib Mencarum?

1. Pengarah yang dibayar gaji/upah.

2. Pekerja sambilan, sementara, sampingan dan pekerja dalam tempoh percubaan.

3. Pekerja yang mencapai umur 55 tahun dan ke atas dan belum membuat pengeluaran atas alasan mencapai umur 55 tahun.

4. Pekerja yang mencapai umur 55 tahun dan ke atas dan belum menjadi ahli KWSP.

5. Pekerja yang telah mengeluarkan kesemua simpanan di bawah Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen dan bekerja dengan majikan selain daripada kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkanun atau berkuasa tempatan.

6. Pekerja yang telah mengeluarkan simpanan di bawah Skim Pengeluaran Hilang Keupayaan yang telah pulih kesihatannya dan bekerja semula dalam mana-mana perkhidmatan.

Siapakah Pula Yang Tidak Wajib Mencarum Tetapi Boleh Memilih Untuk Mencarum?

Berikut ialah pekerja yang tidak wajib mencarum tetapi boleh memilih untuk mencarum :

1. Orang gaji domestik yang bekerja di rumah kediaman dan digaji oleh orang perseorangan (tuan rumah berkenaan). Notis pilihan boleh dibuat melalui Borang KWSP 16 dan Borang KWSP 16A. Borang KWSP 16 hendaklah dikemukakan kepada KWSP manakala Borang KWSP 16A kepada majikan.

2. Pekerja asing iaitu mana-mana orang yang diambil bekerja dan negara domisilnya adalah di luar Malaysia dan yang masuk dan berada di Malaysia secara sementara di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubung dengan imigresen. Notis pilihan boleh dibuat melalui Borang KWSP 16B dan Borang KWSP 16C. Borang KWSP 16B hendaklah dikemukakan kepada KWSP manakala Borang KWSP 16C kepada majikan.

3. Pemilik tunggal atau rakan kongsi yang tidak bergaji, pekerja berpencen, orang yang bukan majikan atau bukan pekerja menurut Akta KWSP atau orang yang bukan majikan dan bukan pekerja menurut Akta KWSP dan kedua-duanya bersetuju untuk mencarum. Notis pilihan boleh dibuat melalui Borang KWSP 16D.

kwsp5

Page 6: Bagaimana Menjadi Ahli KWSP.doc

4. Pekerja yang berumur melebihi 55 tahun dan telah mengeluarkan caruman di bawah Skim Pengeluaran 55 tahun tetapi telah bekerja semula. Notis pilihan untuk mencarum semula boleh dibuat melalui Borang KWSP 20 dan Borang KWSP 20A. Borang KWSP 20 hendaklah dikemukakan kepada KWSP manakala Borang KWSP 20A kepada majikan.

5. Pekerja (warganegara Malaysia/warganegara asing) yang telah mengeluarkan simpanan di bawah Skim Pengeluaran Meninggalkan Negara tetapi telah kembali dan bekerja semula di Malaysia. Notis pilihan untuk mencarum semula boleh dibuat melalui Borang KWSP 20B dan Borang KWSP 20C. Borang KWSP 20B hendaklah dikemukakan kepada KWSP manakala Borang KWSP 20C pula kepada majikan.

Borang

Apakah Borang-borang KWSP Yang Perlu Diketahui Oleh Majikan?

Borang KWSP 1

Borang untuk membuat pendaftaran sebagai majikan.

Borang KWSP 1A

Borang untuk membuat pendaftaran oleh majikan yang menggaji pekerja domestik.

Borang KWSP 2

Borang yang perlu diisi oleh majikan untuk memberi maklumat mengenai pendaftaran Syarikat/Perniagaan dengan Pendaftar Syarikat/Perniagaan.

Borang KWSP 3

Borang untuk mendaftar seseorang pekerja baru sebagai ahli KWSP

Borang KWSP 3A

Borang untuk ahli yang telah mendaftar tetapi cap ibu jari tidak jelas dan ahli dikehendaki menurunkan semula cap ibu jari ke atas borang ini.

Borang KWSP 4

Borang untuk membuat penamaan ke atas simpanan KWSP ahli.

Borang A (KWSP 6)

kwsp6

Page 7: Bagaimana Menjadi Ahli KWSP.doc

Borang A (KWSP 6) adalah borang untuk majikan membuat caruman bulanan kepada KWSP. Terdapat beberapa jenis Borang KWSP 6 (Borang A) yang boleh digunakan oleh majikan:-

(a) Borang A Pracetak

Setiap bulan Borang KWSP 6 (Borang A) akan dihantar kepada majikan. Borang A ini tersedia dicatitkan maklumat nama majikan, alamat majikan, nombor majikan, bulan gaji, bulan caruman, nombor kad pengenalan dan nama pekerja yang mendaftar dengan KWSP yang diperolehi berdasarkan Borang A yang dihantar oleh majikan sebelum ini. Borang A ini akan dibekalkan kepada majikan sebelum tarikh akhir bayaran caruman bulan berikutnya untuk digunakan membayar caruman bagi bulan berkenaan. Majikan tidak dibenarkan mencetak sendiri Borang A untuk dihantar kepada KWSP. Majikan digalakkan mengemukakan Borang A yang bertaip bagi pekerja-pekerja baru atau pekerja yang tidak dicetak oleh KWSP. Salinan fotostat tidak dibenarkan. Majikan wajib menggunakan Borang A yang dikeluarkan oleh KWSP sahaja.

(b) Borang A dalam bentuk pita, disket dan EDI

Maklumat Borang A juga boleh dihantar melalui pita atau disket yang diberi secara percuma oleh KWSP atau melalui EDI (Electronic Data Interchange). Disket ini boleh disediakan sendiri oleh majikan atau disediakan oleh KWSP. Kaedah ini akan mempercepatkan urusan pengkreditan caruman ke akaun pekerja dengan cepat dan tepat serta dapat mengelakkan kesilapan semasa memasukkan data.

(c) Borang A Internet

Majikan yang mempunyai akaun dengan Bank Bumiputra-Commerce (BCB), Public Bank danMaybank boleh membuat bayaran caruman bulanan pekerja melalui perkhidmatan internet bank tersebut iaitu BizChannel, PBeBank.com dan Maybank2e.net. Fail Borang A akan dipindahnaik ke dalam server BCB/Public Bank/Maybank dan bank pilihan akan memproses bayaran caruman berdasarkan jumlah yang dicatatkan di dalam Borang A tersebut. Jumlah caruman yang perlu dibayar seperti yang tercatat dalam Borang A tersebut akan didebitkan dari akaun majikan dan dikreditkan ke dalam akaun KWSP. Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak sah dalam transaksi ini seperti format data tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan oleh KWSP atau baki dalam akaun majikan tidak mencukupi, transaksi ini akan ditolak secara automatik. Majikan akan diberitahu mengenai kegagalan transaksi ini menerusi mesej yang dikeluarkan pada paparan skrin komputer majikan.

Borang E (KWSP 7)

Borang E ialah borang yang digunakan untuk membayar caruman tunggakan. Majikan dikehendaki mencatatkan butir-butir pekerjanya seperti nama, nombor kad

kwsp7

Page 8: Bagaimana Menjadi Ahli KWSP.doc

pengenalan, nombor keahlian KWSP, caruman bahagian pekerja dan majikan dan potongan upah pekerja.

Borang F (KWSP 8)

Borang F ialah borang untuk membuat bayaran caruman tertunggak.

Borang KWSP 16 dan Borang KWSP 16A

Borang KWSP 16 ialah borang untuk membuat pilihan mencarum oleh orang gaji domestik dan dikemukakan kepada KWSP untuk makluman. Borang KWSP 16A ialah borang untuk membuat pilihan oleh orang gaji domestik dan dikemukakan kepada majikan untuk makluman.

Borang KWSP 16B dan Borang KWSP 16C

Borang KWSP 16B ialah borang untuk membuat pilihan mencarum oleh orang bukan domisil dan dikemukakan kepada KWSP untuk makluman. Borang KWSP 16C ialah borang untuk membuat pilihan mencarum oleh orang bukan domisil dan dikemukakan kepada majikan untuk makluman.

Borang KWSP 16D dan Borang KWSP 16E

Borang KWSP 16D ialah borang untuk membuat pilihan mencarum oleh orang bekerja sendiri atau pekerja berpencen atau mana-mana orang yang bukan majikan atau pekerja mengikut pengertian Akta dan dikemukakan kepada KWSP untuk makluman.Borang KWSP 16E ialah borang untuk membatalkan pilihan mencarum oleh orang bekerja sendiri atau pekerja berpencen atau mana-mana orang yang bukan majikan atau pekerja mengikut pengertian Akta dan dikemukakan kepada KWSP untuk makluman.

Borang KWSP 16F

Borang KWSP 16F ialah borang daripada mana-mana badan yang diluluskan untuk memindahkan sejumlah amaun simpanan bagi pekerja-pekerjanya kepada KWSP sebagai faedah persaraan pekerja-pekerjanya.

Borang KWSP 17 (Majikan) dan Borang KWSP 17A (Pekerja)

Borang KWSP 17 (Majikan) ialah borang pilihan oleh majikan untuk membayar caruman lebih daripada kadar yang ditetapkan

Borang KWSP 17A (Pekerja) ialah borang pilihan oleh pekerja untuk membayar caruman lebih daripada kadar yang ditetapkan.

kwsp8

Page 9: Bagaimana Menjadi Ahli KWSP.doc

Borang KWSP 18 (Majikan) dan Borang KWSP 18A (Pekerja)

Borang KWSP 18 (Majikan) ialah borang daripada majikan untuk membatalkan pilihan membayar caruman lebih daripada kadar yang ditetapkan.

KWSP 18A (Pekerja) ialah borang daripada pekerja untuk membatalkan pilihan membayar caruman lebih daripada kadar yang ditetapkan.

Borang KWSP 20 dan Borang KWSP 20A

Borang KWSP 20 ialah borang yang diberi kepada KWSP untuk mencarum semula setelah membuat pengeluaran atas alasan mencapai umur 55 tahun.

Borang KWSP 20A ialah borang yang diberi kepada majikan untuk mencarum semula setelah membuat pengeluaran atas alasan mencapai umur 55 tahun

Borang KWSP 20B dan Borang KWSP 20C

Borang KWSP 20B ialah borang yang diberi kepada KWSP untuk mencarum semula setelah membuat pengeluaran meninggalkan negara

Borang KWSP 20C ialah borang yang diberi kepada majikan untuk mencarum semula setelah membuat pengeluaran meninggalkan negara

Borang KWSP 24

Borang KWSP 24 ialah borang untuk mendapatkan pernyataan daripada seseorang. Lazimnya borang ini diisi oleh Pemeriksa untuk mendapatkan kenyataan daripada seseorang untuk pengesahan mengenai rekod KWSP yang memerlukan pengemaskinian akaun, aduan ahli, pembatalan nombor majikan dan lain-lain.

kwsp9