badanperundangan

Upload: deeninc

Post on 16-Mar-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

badanperundangan

TRANSCRIPT

Slide 1

BADAN PERUNDANGANPARLIMEN (komponen: Yang di-Pertuan Agong)

4.1 BADAN PERUNDANGANBadan Perundangan atau Legislatif dan kuasa-kuasanya dibincangkan dalam Bab 4 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 44 berbunyi: 'Kuasa Legislatif Persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang mengandungi Yang Dipertuan Agong dan dua Majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat.'Kuasa menggubal undang-undang di peringkat Kerajaan Persekutuan terletak pada Parlimen, yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Di peringkat Negeri, kuasa ini dipegang Badan Perundangan Negeri masing-masing.BAGAIMANA?Ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya yang diadakan setiap 5 tahun.Terdapat 3 ahli terdiri daripada pegawai ex-officio (ahli kerana jawatan) iaitu:Setiausaha Kerajaan NegeriPenasihat Undang-Undang NegeriPegawai Kewangan NegeriBagi Negeri Melaka dan Pulau Pinang hanya Penasihat Undang-Undang Negeri yang menjadi ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagi Sabah dan Sarawak tidak seorangpun menjadi ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).4.1.1 PARLIMENParlimen : Kuasa Perundangan bagi Malaysia.Peranan : menggubal undang-undang untuk dikuatkuasakan di negara.Berkuasa;meluluskan undang-undang diperingkat Persekutuan,membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang sedia ada,menyemak dasar-dasar Kerajaan,meluluskan perbelanjaan kerajaan.

Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu.

Pada penghujung tempoh lima tahun, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan.

Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen iaitu: Yang di-Pertuan AgongDewan NegaraDewan Rakyat

4.1.1.1 Yang di-Pertuan AgongPerkara 55, Perlembagan Persekutuan memperuntukkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong boleh memanggil Parlimen untuk bersidang.

Berkuasa memberhenti atau membubarkan Parlimen.

Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.