badan kebajikan dan sukan jabatan ukur brunei newsletter edisi 10_2018.pdf · 6 salam ramadhan 7 7...
TRANSCRIPT
BADAN KEBAJIKAN DAN SUKAN JABATAN UKUR BRUNEI
JABATAN UKUR
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
BANDAR SERI BEGAWAN BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BAUKUR 2016-2018 JUN 2018
BIL NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 AHLI TERTINGGI BAUKUR 2016 - 2018 2
2 PESTA UKUR SUKAN RIA 3
3 TILAWATIL AL-QURAN SEMPENA ISRA’ MIRAJ 4
4 SUKAN BAUKUR 2018 5
5 BOWLERS UKUR BERTANDING DI PERINGKAT KEMENTERIAN PEMBANGUNAN 6
6 SALAM RAMADHAN 7
7 RENCANA KESIHATAN 8
BAUKUR 2016-2018 MS 1/8
BAUKUR 2016-2018 JUN 2018
BAUKUR 2016-2018 MS 2/8
BADAN BAUKUR ::
AHLI TERTINGGI BAUKUR 2016 –2018
PENASIHAT : HJ ALI BAKAR BIN HJ KASIM
YANG DI PERTUA : PG HJH HASNALIATI BINTI PSJ PG HJ ABD MOMIN
NAIB YANG DI PERTUA : DK SITI SAIHALINA BINTI PG HJ IBRAHIM
PENGERUSI : NOR LIZA BINTI HJ MOHAMED DAUD
SETIAUSAHA AGUNG : HJH NONA LIEZA BINTI HJ YAHYA
TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG : PG MD NORHASHIMI PG HJ BUNGSU
PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG : PG MASNAH BINTI PG HJ AHMAD
BENDAHARI AGUNG : NORHAZEMAH BINTI KALONG
TIMBALAN BENDAHARI AGUNG : HJH NURHAYATI BINTI HJ MUHD SAID
KETUA BAHAGIAN KEBAJIKAN : HJ MUHD AZRI BIN ABDULLAH EDONG
KETUA BAHAGIAN SOSIAL : HJH AIERNA BINTI HJ BAKAR
KETUA BAHAGIAN SUKAN : SUMARDI BIN MASTANI
KETUA BAHAGIAN UGAMA : PG HJ NORDIN BIN PG HJ AHMAD
AHLI : HJ HAMIDUN BIN HJ ISMAIL
: HJH MARLINASSURIWANIE BINTI ABDULLAH
: SITI NOOR RAMZIYAH BINTI NOOR
: HJH MAIMUNAH BINTI HJ OSMAN
: DK AZIANTY BINTI PG HJ OTHMAN
EDISI KE - 10 BAUKUR 2018
BADAN KEBAJIKAN DAN SUKAN JABATAN UKUR BRUNEI
JABATAN UKUR
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
EDISI KE - 10 BAUKUR 2018
PESTA UKUR SUKAN RIA
Januari, Tutong – Tahun baru 2018, Pesta Sukan Ria telah diadakan pada 07 Jan
2018, bertempat di Pantai Seri Kenangan, Tutong yang dikelolakan oleh Badan
Sukan dan Kebajikan Ukur (Baukur) . Tujuan Pesta Suka Ria ini diadakan untuk
mengeratkan silaturahim sesama warga Ukur. Hadir selaku tetamu kehormat
Yang Mulia Haji Ali Bakar Bin Haji Kasim Juruukur Agung.
Sebanyak 9 pasukan rumah telah menyertai pertandingan. Nama Rumah-rumah
yang ikut bertanding adalah Rumah Pandai Amas, Rumah Ujong Bukit, Rumah
Pelabuhan Kapal, Rumah Limbongan, Rumah Bukit Salat, Rumah Kuala
Peminyak, Rumah Sg Kedayan dan Rumah Pg Pemancha Lama.
Pesta sukan didahului dengan aktiviti senaman aerobik sebelum acara aktiviti
bermula. Antara aktiviti sukan tersebut ialah acara mengisi air ke dalam botol
menggunakan span, lari sambal kepit bola, makan roti geri, memasukkan benang
dalam jarum, mencari benda dalam tepung dan lain-lain.
Acara kemuncak adalah menentukan pemenang keseluruhan bagi Pertandingan
Pesta Sukan Ria. Johan keseluruhan pertandingan menerima wang sebanyak
$200 iaitu Rumah Ujong Bukit manakala naib johan menerima sebanyak $150.00
iaitu Rumah Pemancha Lama dan tempat ketiga adalah Rumah Bukit Salat
menerima sebanyak $100.
Terima kasih kepada seluruh warga ukur yang turut serta dalam sama-sama
memeriahkan dan menjayakan pesta sukan ria. Tahniah kepada rumah-rumah
yang berjaya merebut tempat johan, naib johan dan ketiga.
BAUKUR 2016-2018 JUN 2018
Photo :: Pesta Sukan Ria
Photo :: Pesta Sukan Ria
BAUKUR 2016-2018 MS 3/8
BADAN KEBAJIKAN DAN SUKAN JABATAN UKUR BRUNEI
JABATAN UKUR
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
EDISI KE - 10 BAUKUR 2018
TILAWATIL AL-QURAN
SEMPENA ISRA’ MIKRAJ
JKR - Pertandingan Musabaqah Tilawatil Al-Quran 1439H Kementerian
Pembangunan dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya Sempena Sambutan Isra’
Mikraj telah diadakan pada 16 Apr 2018 dibawah kelolakan Jabatan
Perkhidmatan Teknikal. Hadir selaku tetamu kehormat majlis adalah Yang
Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi Bin Gafar, Menteri
Pembangunan.
Peserta Qari dan Qariah telah melalui saringan sebelum layak masuk
pertandingan akhir. Syukur Alhamdulilah peserta qari dan qariah dari Jabatan
Ukur telah berjaya melangkah ke pertandingan diperingkat akhir.
Sebelum penyampaian hadiah, sesi ceramah ugama telah disampaikan oleh
Pegawai Pusat Dakwah Islamiah.
Penyampaian hadiah bagi Pertandingan Akhir Majlis Tilawatil Al-Quran 1439H
telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan.
Tahniah kepada peserta qariah telah berjaya mendapat johan manakala peserta
qari mendapat naib johan. Syabas Tahniah diucapkan kepada kedua-dua perserta
qari dan qariah telah mengharumkan nama Jabatan Ukur.
BAUKUR 2016-2018 JUN 2018
Photo :: Tilawatil Al-Quran
Photo :: Tilawatil Al-Quran
BAUKUR 2016-2018 MS 4/8
BADAN KEBAJIKAN DAN SUKAN JABATAN UKUR BRUNEI
JABATAN UKUR
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
EDISI KE - 10 BAUKUR 2018
SUKAN BAUKUR 2018
SUKAN: Badan Kebajikan dan Sukan Ukur (Baukur) telah mengadakan
beberapa aktiviti sukan. Diantaranya Perlawanan Bowling yang telah diadakan
pada 1 April 2018, bertempat di Pusat Insani, Kuala Belait manakala Perlawanan
Badminton diadakan di Ukur Bengkel, Sinarubai pada 22 April 2018.
Penyertaan perlawanan bowling hanya disertai sebanyak 7 buah rumah-rumah.
Juara keseluruhan jatuhan pin disandang oleh Rumah Kuala Peminyak dan
tempat naib johan dimenangi oleh Rumah Bukit Salat dan tempat ketiga adalah
Rumah Sg Kedayan.
Manakala Perlawanan Badminton penyertaan sebanyak 8 buah rumah-rumah
yang ikut serta dalam pertandingan tersebut. Format badminton dibahagikan
kepada 2 kumpulan dan secara liga.
Perlawanan akhir menyaksikan di antara Rumah Limbongan bertemu Rumah
Pelabuhan Kapal. Perlawanan berkesudahan yang dimenangi oleh Rumah
Limbongan selaku juara perlawanan dan naib johan adalah Rumah Pelabuhan
Kapal. Manakala tempat ketiga dimenangi bersama dari Rumah Kuala Peminyak
dan Rumah Pg Pemancha Lama.
Syabas tahniah diucapkan kepada pemenang perlawanan samada bowling dan
badminton. Perlawanan diadakan adalah untuk mencari pelapis pemain ukur.
BAUKUR 2016-2018 JUN 2018
Photo : Sukan Baukur
Photo :: Sukan Baukur
BAUKUR 2016-2018 MS 5/8
BADAN KEBAJIKAN DAN SUKAN JABATAN UKUR BRUNEI
JABATAN UKUR
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
EDISI KE - 10 BAUKUR 2018
BOWLERS UKUR BERTANDING DI PERINGKAT
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
BOWLING UTAMA - Kejohanan Tenpin Bowling, Kementerian Pembangunan
dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya yang di Kelolakan Oleh Jabatan Ukur bagi
tahun 2018 telah diadakan pada 4 hingga 6 Mei 2016. Acara tenpin bowling
berlangsung selama 3 hari bertempat Di Bowling Utama Jalan Laksmana Abdul
Razak.
Kejohanan Tenpin Bowling telah dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Kategori A
(VIP), Kategori B (Divisyen III, IV dan V), Kategori C (Bebas Lelaki) dan Kategori
D (Bebas Wanita).
Sebanyak 13 Jabatan telah menyertai tenpin bowling.
Acara Penyampaian Hadiah Tenpin Bowling kepada pemenang berlangsung pada
hari Ahad 06 Mei 2018 yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato Seri Paduka
Awang Haji Suhaimi Bin Gafar, Menteri Pembangunan selaku tetamu kehormat
majlis bagi Perlawanan Tenpin Bowling.
Tahniah kepada bowlers Ukur yang berjaya merebut gelaran johan bagi Kategori
Div III, IV dan V manakala naib johan telah di menangi bagi Kategori Lelaki Bebas
dan Kategori Bebas Wanita.
Juara keseluruhan bagi pertandingan tenpin bowling telah disandang oleh Jabatan
Tanah. Disamping itu juga Tenpin bowling memberikan hadiah kepada pemain
yang mendapat High Game dan High Series bagi setiap kategori.
BAUKUR 2016-2018 JUN 2018
Photo : Bowlers Ukur
Photo :: Bolwers Ukur
BAUKUR 2016-2018 MS 6/8
BADAN KEBAJIKAN DAN SUKAN JABATAN UKUR BRUNEI
JABATAN UKUR
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
BAUKUR 2016-2018 JUN 2018
BAUKUR 2016-2018 MS 7/8
EDISI KE - 10 BAUKUR 2018
Editor : Masnah Ahmad
Semak Oleh: Nor Liza Daud
BADAN KEBAJIKAN DAN SUKAN JABATAN UKUR BRUNEI
JABATAN UKUR
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
SALAM RAMADHAN
BAUKUR 2016-2018 JUN 2018
BAUKUR 2016-2018 MS 8/8
EDISI KE - 10 BAUKUR 2018
RENCANA :: KESIHATAN
Editor : Masnah Ahmad
Semak Oleh: Nor Liza Daud
BADAN KEBAJIKAN DAN SUKAN JABATAN UKUR BRUNEI
JABATAN UKUR
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN